"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Sunday, December 06, 2015

Suamiku Ramai Crush [Part 46]



Damia baca doa dalam hati. Lepastu disembur doa yang dibacanya ke sekelilingnya. Detak jantungnya cuba dikawal. Tenang, Damia. Rumah mama aje. Bukannya rumah profesor Faried yang garang kalah harimau mengaum tu.

            “Kak Mia? Masuklah.” Dengar suara Mazni. Damia hantar senyuman tak berapa nak ikhlas pada gadis tu.

            “Hmm.. Mama ada?” Soal Damia takut-takut. Tak pernah pula dia merasa gentar macam ni. Masa Iskandar bawa dia datang sini sebelum mereka belum bernikah pun tak ada pula gentar dia rasa macam ni. Yelah, punya bersemangat Damia nak jumpa bakal mama mertua. Terus tak fikir lain dah.

            Mazni tayang wajah pelik. Sejak bila pula nak jumpa mama kena tanya dia? Bukan selalu Damia main masuk aje ke? Mama ada atau tiada belakang cerita. “Ada. Kat dapur. Akak tak ada kelas ke hari ni?”

            Damia menggeleng. Dia sanggup poteng kelas hari ni semata-mata nak jumpa mama mertuanya. Demi Iskandar, lautan api sanggup dia patah balik! Damia ikut langkah Mazni masuk dalam rumah. Bila Mazni panjat anak tangga, dia mula melangkah ke dapur.

            “As.. Assalamualaikum mama!” Ceria suara dia. Dibuat-buat okeh. Hati tengah susah ni. Bakat berlakonnya dulu cuba dimainkan disini.

            Puan Iqmah menoleh. Terkejut dia bila nampak wajah menantunya kat dapur. “Waalaikumussalam. Hey, datang tak beritahu pun.” Tangan yang basah, dia lap pakai kain di atas meja.

            Damia garu kepala. Dia salam dengan mama mertuanya bila wanita itu hulur tangan. Dia kemudiannya kutuk diri sendiri bila sedar yang dia lupa nak hormat wanita tu. Damia kemudiannya ditarik Puan Iqmah duduk di kerusi.

            “Mia takkan datang sendiri kan kalau tak ada apa-apa?” Lembut Puan Iqmah menyoal. Inilah kali kedua Damia datang ke rumah sendirian tanpa Iskandar disisi. Masa kali pertama, menantunya ni tanya padanya makanan kegemaran Iskandar.

            Damia gigit bibir. Aiseh, mama ni macam tahu-tahu aje yang dia datang ni sebab ada sesuatu yang nak ditanya. “Hmm.. Mama ingat lagi tak yang mama ada hadiahkan Is kamera?”

            “Mestilah. Memang itu yang dia nak dari dulu lagi. Kenapa Mia tanya?”

            Damia telan liur bila dengar yang kamera tu memang Iskandar mahukan semenjak dahulu. “Mama beli kamera tu kat mana?”

            Ya. Itulah sebenarnya maksud kedatangannya ke sini. Nak tanya di mana mama dengan ayah beli kamera DSLR tu. Sebab dia nak ganti balik kamera yang tak sengaja berkecainya semalam.

            Puan Iqmah berfikir sekejap buatkan Damia dah tak sabar-sabar nak tahu jawapannya. Tolonglah beritahu cepat, ma. Mia dah tak sanggup nak tunggu lama-lama ni.

            “Mama beli masa honeymoon dengan ayah. Dekat New Zealand.”

            Damia melopong. New Zealand, mama? Kenapa jauh sangat? Nak pitam Damia dengar. Jemarinya diletup-letupkan. Lepastu mata meliar. Dia mengeluh kemudiannya.

            Puan Iqmah sentuh tangan menantunya lembut. “Kenapa Mia?”

            Damia gosok tengkuknya yang dilapik selendang. Macam mana nak beritahu mama ni? Agak-agak mama marah tak kalau tahu hal sebenar? Iyelah, jauh kot mama dengan ayah merantau nak cari kamera tu. Tapi akhirnya, berkecai macam tu aje.

            “Kalau Mia cakap, mama jangan marah eh? Mia tak sengaja. Betul-betul tak sengaja.” Tangan wanita tu dia cium lama.

            “Hey, hey! Kenapa ni? Beritahu mama, kenapa.” Risau Puan Iqmah melihat menantunya. Kenapa ni? Ada apa-apa masalah ke?

            “Mia.. Mia tak sengaja terjatuhkan kamera tu.” Tuturnya perlahan. Menunduk kepalanya. Takut nak pandang wajah mama mertuanya.

            Puan Iqmah senyum walaupun dia turut sama kaget mendengarnya. “Mia jumpa kat mana kamera tu?” Sebab dah lama dia tak nampak Iskandar kelek kamera tu bersamanya semenjak dia mendirikan rumah tangga bersama Damia.

            “Is yang jumpa dalam almari. Lepastu dia bawa pergi uni. Kat uni semalam, Mia terjatuhkan kamera tu. Berkecai dah tak nampak rupa dah, ma. Itu yang ingat nak ganti balik.” Terang Damia menyatakan niat tulusnya.

            Puan Iqmah senyum lagi. Dia beli kat New Zealand kot. Takkan Damia nak pergi sana semata-mata nak beli kamera tu aje? Entah ada entah tidak lagi kamera jenis tu disana. Dah lama kot dia melawat negara tu.

            “Habistu, Is sekarang macam mana?” Mesti kecewa anak sulung dia tu. Dia faham macam mana barang yang paling kita sayang separuh mati, kita jaga barang tu macam nyawa sendiri, tapi akhirnya orang lain saja-saja rosakkan.

            Damia mengeluh. Itulah masalahnya. “Entahlah, ma. Semenjak semalam dia tak cakap langsung dengan Mia. Tegur Mia pun tak. Hantar isyarat tangan apatah lagi.” Kecil hati dia. Tapi inilah risikonya. Lain kali, jangan main ambil barang kepunyaan orang lain sesuka hati. Kan dah jadi macam ni.

            New Zealand tu, Mia. Kalau kat Thailand ke, Singapura ke, bolehlah diterima lagi. Dekat aje lagipun. Ni ha, ambil kau. New Zealand perginya.

            “Setahu mama lah kan. Anak-anak mama, nak pujuk senang aje. Dia orang tak pernah nak marah orang lama-lama walaupun barang kesayangan dia orang yang jadi mangsa. Mia, cubalah pujuk Is tu. Dia merajuk sekejap aje. Percayalah.”


YA, ma. Mia percaya cakap mama ni. Sebabtu sampai sekarang Mia tengah cuba sedaya upaya memujuk anak lelaki mama ni. Haih, entah bilalah nak hilang rajuknya?

            Damia sentuh lengan berketak tu dengan berhati-hati. Takut lelaki tu melenting ke tiba-tiba, tak ke naya. “Boboy.. Sorrylah. Baby tak sengaja.”

            Diam.

            “Boboy.. Say something, please.

            Masih lagi diam.

            Damia renung tangannya. Apa aku nak buat ni? Dah habis ikhtiyar dah aku ni. Kepala dihentakkan agak kuat di penghadang kepala kerusi. Mata hanya memandang arah jalan raya. Kereta membelok ke kanan nak masuki kawasan universiti.

            Damia hulurkan tangan sesudah kereta dihentikan di petak parkir. Bersemangat dia menghulur tangan tu. Siap tersenyum-senyum. Tapi yang dia dapat sangat mengecewakan. Nak tak nak aje Iskandar hulur tangan dia. Bila Damia nak kucup tangan sasa tu, cepat-cepat lelaki tu tarik tangan dia buatkan Damia mencium tangannya sendiri.

            Mengeluh lagi Damia. Aish! Susah juga nak pujuk lelaki. Sedar tak sedar, inilah kali pertama Damia pujuk Iskandar. Selama ni, asyik lelaki tu aje yang memujuk dia. Aih.. Tak apa, Mia. There is a will, there is a way.

            Bak kata Abang Jong Kook, Aja-aja fighting!

            “Nak duduk dalam ni terus ke?”

            Suara dingin dan keras tu menyentakkan Damia yang tersenyum-senyum. Dia toleh ke kanan. Terpampang wajah serius Iskandar. Lelaki tu keluar semula dari kereta seraya menutup pintu.

            Damia senyum. Nak sujud syukur dia sekarang ni. Walaupun enam patah aje yang keluar dari mulut suami dia, dia tetap bersyukur. Sekurang-kurangnya, lelaki tu masih ambil berat pada dia. Haih. Keluar juga suara lelaki tu dari kelmarin yer.

            Laju Damia buka pintu kereta. Segala fail dan beg tangan dia ambil sebelum melangkah keluar. Baru aje dia tutup pintu kereta, alarm kereta berbunyi dua kali menandakan kereta sudah dikunci. Haih, cepatnya tangan dia bergerak. Tak tengok langsung pintu kereta ni rapat ke tidak.

            Damia baru nak melangkah menyaingi Iskandar, kotlah boleh berbual dengan lelaki tu masa perjalanan pergi kelas masing-masing ke. Tapi hampa.. Bukan main laju lelaki tu melangkah pergi tinggalkan dia.

            Damia pejam mata dan lepas keluhan panjang. Macam lama lagi aje rajuk Iskandar ni. Macam mana dia nak ajak lelaki tu pergi beli kamera baru kalau macam ni? Tak pergi beli dekat New Zealand pun tak apalah, asalkan kamera yang baru untuk lelaki tu ada.


            Sudahnya, Damia berjalan perlahan ke kelasnya.

2 comments:

Buah fikiran anda amatlah di hargai.