Adam pandang jamnya lagi. Entah untuk yang ke berapa kali. Dia kerling pula pintu
besar yang masih tertutup tu. Dalam hati berharap yang dia sempat berjumpa
dengan seseorang. Kelasnya dah habis untuk hari ni. Tapi dia sengaja menunggu
seseorang.
Pintu terbuka dan keluar kelompok
demi kelompok dari dewan kuliah itu. Mata Adam mencari-cari seseorang yang dia
kenali. Dah nak habis dah pelajar yang keluar, tapi bayangan manusia yang
dicari masih belum jumpa.
“Dia tak datang ke hari ni?”
Baru sahaja dia berjalan nak beredar
dari situ, telinganya menangkap gelak tawa seseorang yang sangat dia kenal.
Tapi gelak tawa tu bukan milik seseorang yang dia cari-cari tadi. Pantas dia
menoleh mencari.
Hah! Dia orang keluar last rupanya. Ni kes tak nak bersesak ke
caner? Senyum lebar senyuman Adam bila nampak Damia bersama kawan-kawannya.
“Mia!” Panggil Adam. Adam berjalan
mendekati Damia.
Damia yang tengah jalan melenggang
kangkung terkejut dengan kehadiran Adam di dewan kuliahnya. Buka ke bangunan
Adam sebelah kiri sana? Macam mana boleh tersesat sampai sini? Matanya meliar
pula cari seseorang yang dia kenal selain Adam.
“Is tak ada.” Macam tahu-tahu, Adam
menjawab. Dah siapa aje yang selalu melepak dengan dia kalau bukan Iskandar?
“Kau nak apa? Jauh kau merantau
sampai sini.” Buku ditangan dia pegang kuat.
Adam pandang June dengan Zulaikha
yang berdiri disebelah Damia. “Aku nak cakap dengan Mia, personal. Boleh?” Pintanya.
June dengan Zulaikha pandang Damia.
Takut-takut mereka nak tinggalkan Damia dengan Adam. Tapi bila nampak anggukan
Damia, mereka turut sama mengangguk. Adam takkan berani buat sesuatu pada
Damialah. Iskandar kan ada.
“Kita orang balik dululah, Mia.
Jumpa esok.”
Damia senyum. Dia kembali pandang
Adam kemudiannya. “Ada apa?”
“Kau ada kelas lagi lepas ni?” Tanya
Adam tidak pada tujuan asal dia menemui Damia. Dia melangkah perlahan mengikuti
langkah Damia.
“Tak ada dah. Is mana?”
“Dia dalam kelas lagi. Kelas aku
habis awal tadi, itu yang aku cari kau kat sini.”
“Ada apa kau datang cari aku sampai
sini?” Bukan Said Adamlah kalau datang jumpa Damia saja-saja. Mesti ada maksud
tersirat dan tersurat ni.
“Kau dengan Is masih tak ngam lagi
ke?” Selidik Adam. Dia tanya bukan bermaksud dia nak menyebok hal orang lain,
tapi dia sebagai kawan rasa lain gila bila melepak dengan Iskandar, tapi lelaki
tu hanya diam aje. Tak macam selalu. Macam dalam perpustakaan.
“Hmm.. Macam yang kau tengok
sekaranglah.” Malas Damia menjawab.
Adam berhenti. Dia pandang Damia. “Please weh.. Tolong baikkan hubungan
korang secepat mungkin. Aku rasa janggal gila dengan Is yang sekarang ni. Dia
dah tak macam dulu lagi weh.”
Damia mengeluh. Pipinya
dikembungkan. Besar juga impak penangan kamera tu eh. Sampai diam terus mamat
kacak tu. “Tengoklah. Aku tengah cuba sedaya upaya aku sekarang ni. Kau tunggu
dan lihat aje eh.”
“Adam!”
Damia dan Adam serentak menoleh ke
belakang. Berjalan Iskandar mendekati mereka bersama wajah menyinganya. Tajam
pandangannya pada Damia sebelum pandangannya jatuh pada wajah Adam.
“Jomlah!” Keras dan dingin suara tu.
Dan Damia.. Hanya pandang dua jejaka
tu pergi darinya. Tinggallah dia sendirian di sini. Keluhan, dilepaskan. Banyak
betullah aku mengeluh dua tiga hari ni. Ish, Iskandar pun satu. Kamera aje pun
yang berkecai, bukannya tangan dia ke haper. Merajuk tak nak cakap dengan aku
macam aku dah pecahkan limpa dia ajelah!
Damia buka langkah ke kereta.
DAMIA
pandang jam. Dah setengah jam dia tunggu Iskandar kat sini. Tapi bayang lelaki
tu tak muncul juga. Manalah lelaki tu pergi? Telefon dalam beg tangan dia capai
dan dail nombor telefon lelaki tu.
Berulang kali dia cuba menghubungi
lelaki tu. Bukan tu aje, mesej pun dia hantar sekali. Tapi lelaki kesayangan
dia langsung tak balas. Nak minta tolong kawan-kawan dia, mesti dia orang dah
sampai rumah. Malas pula nak kacau.
Akhirnya Damia ambil jalan pintas.
Bukan jalan pintas nak cepat sampai rumah eh, tapi jalan pintas dengan.. Naik
bas!
ADAM
pandang Iskandar. Mata mereka sama-sama jatuh pada Iphone Iskandar yang
berdering atas meja. Adam jeling nama pemanggil di skrin. Nak tergelak dia bila
nampak nama yang tertera.
“Kau tak nak jawab ke panggilan Baby Ohsem kau tu?” Adam tahan gelak.
Iskandar jegilkan matanya. Suka-suki
dia aje nak gelakkan nama baby aku.
Bukan main susah aku cari nama tu nak simpan dalam telefon, dia belasah gelak
eh. Memang nak kena.
“Biarlah. Nanti dah penat, dia
berhentilah.” Senang Iskandar membalas. Donut di tangan dia gigit dan kunyah
masuk perut.
“Kau cakap apa dekat baby aku tadi?” Iskandar nak tahu.
Mananya dia nak tahu kalau idea Adam jumpa Damia tu dia sendiri yang suruh.
Adam gelak. “Aku cakaplah, kalau
dalam masa seminggu kau orang tak baik-baik juga, aku siap jadi pengganti kau.”
Kening dimain-mainkan.
“Musibat kau, Dam!” Gula donut yang
bersisa dalam pinggan, dia ambil dan baling pada Adam. Ada yang nak kena sula
ni.
Adam gelak lagi. Tahu takut. Ada
pula disuruhnya aku masuk campur dalam urusan rumah tangga dia orang? “Macam
yang kau suruh tulah.” Gula yang masuk dalam bajunya buatkan Adam
mengibas-ngibas bajunya.
Iskandar angguk. Dia sambung balik
kunyahannya. Sesekali air limau ais disisip pakai penyedut minuman.
“Bila kau nak berbaik dengan Mia tu?
Kesian aku tengok dia weh.”
Iskandar jungkit bahu. Dia bila-bila
pun boleh nak berbaik dengan isterinya, tapi.. “Tunggulah sampai tengkuk aku
cair dia goda.” Dia gelak. Adam turut sama gelak.
“Ikut suka kaulah, Is. Jangan sampai
dia cari orang lain dah lah.” Pesan Adam.
“Mia takkan cari orang lainlah, der.
Dia setia pada aku yang kacak ni aje.” Kolar bajunya dinaikkan. Nak berlagak
depan Adam yang entah bila nak mendirikan masjid ni. Kata aje hari tu nak ikut
dia dirikan masjid awal, tapi sampai sekarang dia tak dengar lagi Arissa duk
kepoh yang Said Adam ni nak kahwin.
Adam pandang jamnya. Lama juga dia
dengan Iskandar melepak di kafe ni. “Kau tak nak balik lagi ke?” Soalnya. Bukan
tadi Damia dah nak gerak balik ke?
“Tunggu Mialah. Kelas dia tak habis
lagi.” Jawab Iskandar bersahaja.
Adam dah kerut dahi. Mia ada kelas
lagi? Aik, tadi bukan ke.. “Weh Is.. Mia dah habis kelas tadi lagilah.”
Iskandar yang dengar terus pandang
Adam. Tegak badannya. “Serius ni weh?” Dia pandang jam.
“Ha lah. Yang tadi aku jumpa dia,
dia dah habis kelaslah tu.”
“Ya Allah!” Iskandar tepuk dahinya.
Cepat dia capai sling bag dan Iphone
atas meja. Berlari laju ke kereta.
Sampai di tempat parkir kereta,
Iskandar cari kelibat Damia tapi dia tak jumpa. Keliling lot parkir ni dia
cari. Langsung tak nampak wajah cantik isterinya. Iphone ditangan dia swipe. Miscalled dari Damia melebihi tujuh. Jadi Mia telefon dia tadi
sebab nak beritahu yang dia dah habis kelaslah?
Ya Allah, aku buat apa ni? Nombor
Damia dia dail. Banyak kali dah dia dail, tapi tak dapat. Atau lebih tepat,
telefon Damia mati. Galau hatinya. Dia berjalan ke pondok dihadapan tempat
parkir kereta. Ada sekumpulan pelajar disitu. Yang pasti semuanya perempuan.
Dah dia tak nampak selain kumpulan ni aje yang ada disini.
“Assalamualaikum.” Sapanya lembut.
Kumpulan perempuan tu menoleh. Ada
yang tersenyum, ada yang tersengih. Dan ada juga yang sambut sapaan salamnya.
“Abang Is..”
Iskandar angguk seraya senyum.
Junior rupanya. “Hmm nak tanya sikit ni. Nampak Kak Mia lalu sini tak tadi?”
“Kak Mia?” Mereka berpandangan
sesama mereka. Iskandar sabar menunggu. Dalam hati berdoa yang Damia tidak
ditimpa bahaya. Iskandar.. Kenapa kau cuai sangat ni? Tak habis-habis dia
salahkan diri.
“Tadi Kak Mia ada tunggu kat sini.
Tunggu Abang Is lah kot. Tapi lepastu dia jalan kaki keluar dari uni ni. Tak
tahulah pula pergi mana.” Beritahu salah seorang dari mereka. Iskandar mengerut
dahi. Damia ada tunggu kat sini? Lepastu dia jalan kaki keluar dari sini? Pergi
mana? Itu tak penting, jalan kaki tu penting. Jalan kaki?!
“Ohh.. Okay, terima kasih.” Dia
berlari anak ke kereta. Enjin dihidupkan. Kereta diundur keluar dan dia terus
pecut laju keluar dari perkarangan universiti. Berharap yang Mia masih belum
jauh dari sini.
“Tunggu boboy, sayangg..”
Iskandar memandu laju kereta keluar
dari universiti. Dia tak kisah dah dia kena saman ke haper sebab memandu laju.
Apa yang dia kisahkan sekarang ialah keselamatan isterinya. Seandainya terjadi
sesuatu pada Mia, memang dia takkan maafkan dirinya untuk selama-lamanya.
“Mana awak, sayang?” Kepalanya fokus
pandang jalan raya tapi matanya meliar di bahu jalan. Kotlah Damia tengah jalan
kaki ke.
Makin kuat dia tekan pedal minyak
bila nampak seseorang tengah berjalan dibahu jalan raya. Bila makin dekat dia
perlahankan kenderaan dan melihat warna baju yang dipakai. Warna biru. Ah,
bukan Mia tu. Damia pakai baju warna oren terang hari ni. Pedal minyak kembali
ditekan.
Dah dua simpang dia lepasi. Tapi
batang tubuh Damia langsung dia tak nampak. Dah makin jauh dah ni jarak dari
universiti ke sini, makin dia bimbang. Mana awak, sayang? Jangan buat saya
risau. Stereng kereta dia genggam kuat.
Iskandar tekan pedal brek kaki kuat
bila dia berhenti betul-betul di hadapan bus
stop. Kuat bunyi seretan tayar kereta bila terpaksa berhenti tiba-tiba.
Nasib baiklah jalan raya ni lengang hari ni. Kalau tak, percuma aje dia kena
maki.
Dadanya berombak bila dia terpaksa
membrek mengejut macam tu. Dia letak ke gear P. Brek tangan dia tarik.
Kepalanya menoleh ke arah bus stop.
Disitu, duduk seorang perempuan bersama beg tangan yang dipeluknya. Ya,
perempuan tu berbaju oren terang. Dan itu cukup buatkan Iskandar lepas nafas
lega. Jumpa juga akhirnya.
DAMIA
pandang sebuah kereta berhenti mengejut dihadapannya. Tengok dari cara kereta
ni meluncur tadi dia dah tahu siapa punya kerja. Hatinya senyum nipis. Gila kau
nak tayang senyum dibibir.
Damia tahu, Iskandar mesti cari dia
punya. Kalau tak, tak adanya dia menunggu kat sini. Dah dua bas yang berhenti
disini. Tapi satu pun Damia tak naik. Sebab apa.. Sebab dia tunggu suami dia
datang ambil dia. Telefon bimbit pun memang sengaja dia matikan.
Dia hanya merenung cermin tinted tu. Masih tiada ura-ura nak
bangkit masuk dalam kereta. Dia dah berangan-angan yang Iskandar akan turun dan
menjemputnya naik walaupun dia dah cukup lebih dari pasti yang lelaki tu takkan
buat macam tu. Berangan pun jadilah.
Damia nampak cermin tinted tu perlahan-lahan turun dengan
sendirinya. Dan terserlah wajah tampan yang dia rindu saban hari. Lelaki yang
duduk dalam kereta tu pandangnya. Dan untuk seketika mata mereka bertentang.
Tapi tak lama, lepas aje Iskandar jungkitkan keningnya, dia kembali naikkan
cermin kereta tu.
Dengan malas Damia bangun. Beg tangan dan buku-buku dia pegang. Pintu sebelah pemandu dia hampiri dan pintu dibuka sebelum dia memboloskan diri masuk dalam perut kereta.
singgah isnin
ReplyDeleteBila nk smbg????
ReplyDeleteerr, tak sambung dah kot.
DeleteKnape dh taknak smbung? Huhu
ReplyDeletesebab tengah dalam penilaian pihak penerbitan, sayang.. Jadi tak boleh nak sambung buat masa sekarang..huhuhuu
DeleteNovel ni dh publish ker??
ReplyDeletebelum lagi.. huhuhuu
Delete