"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Sunday, April 10, 2016

Cerpen - Amnesia [Ending]





Mata Kristine membulat sebaik saja mendengar apa yang diluahkan Nadiya padanya. “Is it for real, Nad?” Matanya dikerdipkan beberapa kali memandang Nadiya. Kek red velvet kesukaannya tidak berusik semenjak mendengar cerita Nadiya.

            Nadiya mengeluh sebelum mengangguk. “Itu apa yang aku dengar kelmarin.” Air masak di hadapannya disedut. Tekaknya sangat dahaga sekarang ni. Tak tahulah samada cuaca yang sangat panas, atau dirinya yang panas tiba-tiba.

            Dahi Kris berkerut. “Kelmarin kau tahu, harini baru kau nak cerita dengan aku?” Soalnya tak puas hati.

            Nadiya sandarkan tubuhnya di kerusi. “Please Kris. Jangan serabutkan otak aku. Aku tak tahu nak buat apa sekarang ni.” Tuturnya lemah. Sungguh dia buntu. “Kenapa Fiq tak beritahu aku benda ni dari awal lagi?” Keluhnya lagi.
bo
            Kris juga binggung. Tak faham dengan Syafiq yang bertindak merahsiakan perkara ni. Tapi yang lagi menyerabutkan otaknya adalah, “Sihir pemisah tu apa?” Soal Kristine akhirnya. Wajah yang penuh dengan tanda tanya ditayangkan pada Nadiya.

            Nadiya mendengus. Aku cepuk juga si Kris ni nanti. “Aku ingatkan kau sekali emo dengan aku, kau tahulah tu benda apa.”

            “Unfortunately, I'm not.” Balas Kristine.

            Nadiya rapatkan tubuhnya dengan meja. Wajahnya didekatkan dengan Kristine. “Sihir pemisah tu, dia gunakan something untuk pisahkan seseorang yang tengah bercinta.” Suaranya ditekankan. Nak beritahu Kris yang dia benar-benar memaksudkan apa yang diucapkannya.

            “Something seperti?” Soal Kristine.

            “Hantu?”

            “Uish.” Kristine buat muka.

            “Itulah kebenarannya.” Nadiya sambung menghabiskan air suamnya.
            Kristine pandang Nadiya lama. “Jadi sekarang macam mana?” Soalnya. “Apa kau nak buat?” Tambahnya lagi.

            Nadiya gigit bibir. Jujur dia sendiri buntu mahu lakukan apa lagi selepas ini. “Teruskan hidup. Jalani kehidupan berumah tangga dengan penuh rasa cinta. Lahirkan anak yang ramai. Jadi seorang ibu mithali dan penyayang untuk anak-anak, aku rasa.” Dia mengeluh dihujung ayatnya.

            “Aku sokong.” Pintas Kristine sebelum sempat Nadiya habiskan keluhannya.

            Nadiya pandang Kris. “Apa yang kau sokong?” Tiba-tiba nak menyokong aku. Aku tak perlukan sokongan dari Kris, kalau perempuan di hadapannya nak tahu. Sebab Kris semua benda yang aku buat dia akan sokong. Tak pernah nak membantah waima sekali pun.

            “Sokong kalau kau nak teruskan rumah tangga kau dengan Fiq.” Balas Kris yakin.

            Nadiya jungkit sebelah keningnya. “Ada aku cakap aku nak terus hidup dengan Fiq ke?”

            “Maksud kau, dengan orang lain?”

            Nadiya sekadar jungkit kedua bahunya.

            Teruskan hidup dengan orang lain? Sound interesting.


PUAS Syafiq mencari isterinya. Dua butang paling atas kemejanya dibuka. Hairan juga bila pulang saja dari kerja, isterinya tidak menyambutnya. Selalunya ada saja Nadiya di ruang tamu. Tapi hari ini, kelibat isterinya langsung dia tak nampak.

            “Nad?” Panggil Syafiq lagi.

            Hanya sunyi yang kedengaran. Dia panjat anak tangga. Pintu bilik ditolak. Keadaan bilik yang suram itu diterangi dengan pancaran lampu sebaik saja suis lampu dipetik Syafiq. Dapat dia lihat bonggolan pada selimut di atas katil.

            Berkerut dahinya bila mengamati selimut itu, dan mendapati ada sedikit gerakan pada selimut itu. Nad tidur waktu Maghrib macam ni?

            Lantas katil dihampiri. Hujung selimut dipegang sebelum selimut diselak. Dapat dia lihat isterinya yang lagi lena tidur bersama satu bantal yang dipeluknya. Wajah yang sedikit pucat itu sesekali merisaukan dirinya.

            Lantas dia labuhkan duduk di sisi Nadiya. Bahu isterinya dipegang sebelum digoncang bahu itu lembut-mahu mengejutkan isterinya dari tidur di waktu Maghrib ini.

            Nadiya bergerak sedikit apabila lenanya diganggu. Dan kembali meneruskan tidurnya.

            “Nad, bangun sayang.” Dikejut isterinya sekali lagi.

            Tidak perlu menunggu lama, isterinya perlahan-lahan membuka mata. Kedua mata itu digosok lembut.

            “Kenapa tidur waktu Maghrib ni?” Tanya Syafiq hairan.

            Nadiya kuatkan pelukan pada bantal peluknya. Dia memandang kipas dan lampu yang tergantung di syiling. “Kenapa pasang lampu dengan kipas?” Perlahan suaranya. Kedengaran lemah.

            Syafiq kerutkan dahinya. “Kenapa pula? Youkan suka tidur pasang kipas.” Makin bertambah pelik dengan kelakuan isterinya.

            “I senggugutlah.”

            Syafiq terdiam. Senggugut? Isterinya senggugut? “Dah makan ubat?” Dia tak pernah rasa macam mana sakitnya bila senggugut. Tapi dia pernah kena marah dengan Nadiya bila dia mengacau isterinya sewaktu senggugut. Sempatlah dia kena lempar dengan buku yang berkulit keras tu.

            Dan dari situ, dia dapat tahu yang sakit senggugut ni teramatlah sakit.

            Perlahan Nadiya menggeleng. “Tak nak bergantung pada ubat.”

            Syafiq mengeluh. Yang dia tahu, setiap kali isterinya senggugut, dia akan biarkan isterinya berselubung bawah selimut. “Okey, you rehatlah.” Syafiq bersedia mahu bangkit.

            “Tutup lampu dengan kipas.” Sempat Nadiya bersuara sebelum Syafiq berdiri dengan betul. Dia tarik selimut menutupi kepalanya.

            Sakit yang teramat sangat pada bahagian bawah perutnya sesekali buatkan dia mengaduh. Dicuba sekali lagi untuk melelapkan mata. Berharap sebaik saja dia bangkit nanti, sakit senggugutnya akan hilang.


JAM dua pagi, mata Nadiya terbuka. Gelap dan panas. Dia julurkan tangannya mencapai suis di atas kepala. Suis ditekan dan cahaya memancar walaupun tidak sepenuhnya. Lampu meja itu membantu penglihatannya ke serata bilik.

            Ditoleh ke kanan. Kosong. Mana Syafiq? Dan telinganya mendengar suara orang menjerit goal dari ruang tamu tingkat bawah. Ada perlawanan bola sepak ke?

            Selimut dikuis dengan kaki ke tepi. Getah rambut berwarna biru dicapai sebelum rambutnya diikat kuda. Dia bangkit dan bergerak ke pintu bilik. Tekaknya sangat dahaga.

            Tiba di bawah, dia nampak Syafiq tengah menonton bola sepak sambil menjamah maggie di atas sofa. Makanan kegemaran lelaki itu setiap kali bola sepak menjadi pilihannya.

            Nadiya teruskan langkah ke dapur. Lampu dapur dipetik dan cahaya merembes ke serata ruang dapur yang tadinya gelap. Dia membuka peti sejuk. Botol yang terisi air sejuk dicapai dan pintu peti sejuk ditutup.

            Belum sempat hujung botol berwarna putih itu mendarat di atas meja, botol itu terlebih dahulu dirampas seseorang dari tangan Nadiya. Nadiya menoleh. Nampak Syafiq kembali menyimpan botol itu ke dalam peti sejuk.

            “I nak minumlah.” Apa masalah lelaki ini entah. Nak minum air pun tak kasi.

            “Orang period mana boleh minum air sejuk.” Ujar Syafiq penuh yakin. Dia sendiri yang mendengar ayat itu dari mulut isterinya sendiri.

            Nadiya mengeluh. Bibir dibasahkan. “Tapi I dahagalah.”

            “Air suam ada.” Sambil menunjuk pada air suam di atas meja.

            Nadiya menggeleng. “I perlukan ais yang boleh hilangkan dahaga I.” Dipandang Syafiq memohon simpati. “Cuaca panas ni kan.” Rayunya.

            Syafiq menggeleng. “Tak boleh.”

            “Alah Danish. Pleaseee..

            Syafiq tetap dengan gelengannya. Keputusannya muktamad. Nadiya sendiri yang beritahunya, air berais tidak elok untuk perempuan haid.

            “Sikit je,” Ucap Nadiya sambil jarinya menunjuk pada kuantiti sedikit.

            “Still no.

            “Alahhhh...”

            Syafiq pandang Nadiya. “Two word.” Dua jari diangkat. “Tak.” Satu jari diturunkan. “Boleh.” Satu jari lagi diturunkan.

            Lama Nadiya pandang Syafiq. “Sampai hati.”

            “Tetap tak boleh.”


“NAD.” Panggil Syafiq sebaik saja mereka merebahkan diri di atas katil. Jam sudah menunjuk ke angka 5 pagi. Dia memandang Nadiya yang terlentang memandang syiling bilik.

            “Apa dia?” Tanya Nadiya bersama mata terpejam. Dia cuba melelapkan matanya. Entah tak tahulah samada dia boleh sambung tidur ataupun tidak setelah tidur hampir tujuh jam tadi.

            “Nak tanya sesuatu,”

            “Shoot.”

            “Bila nak mula lakonan kita?”

            Soalan itu buatkan kepala Nadiya terteleng memandang Syafiq. Dahinya berkerut. “Lakonan?” Soalnya tidak mengerti. “Lakonan apa?” Mereka ada masuk dalam mana-mana agensi perlakonankah?

            Dengar Syafiq mengeluh perlahan. “Dua bulan untuk hidup sebagai suami isteri yang penuh dengan cinta, sebelum..” Syafiq terdiam seketika sebelum menyambung ayatnya. “Sebeum I lepaskan you.”

            Ayat tu macam tersekat di kerongkong. Tak sanggup nak ucapkan ayat yang menjurus kepada perpisahan mereka.

            Giliran Nadiya pula terdiam. Janji itu. Janji yang mereka tepati bersama. Bukan janji bersama mungkin kerana hanya dirinya yang mahukan perkara itu terjadi. Tapi itu sebelum dia mengetahui kebenaran. Sekarang dia rasa bersalah bila meletakkan segalanya pada bahu Syafiq tanpa periksa kebenaran.

            Perkara takkan jadi rumit macam ni kalau Syafiq berterus-terang dengannya dari awal.

            “You dah bersediakah nak lepaskan I?” Tanya Nadiya. Menguji.

            Syafiq basahkan bibirnya. “You nak I jawab jujur atau tak?”

            “Hanya kejujuran je yang I perlukan sekarang, Danish.”

            Syafiq mengeluh lagi. Dia duduk dari pembaringan. Kakinya dinaikkan sebelum dirapatkan di kedua dadanya. Lutut itu dipeluk. “Lord knows how I really don't want to let you go, Nad.

            Nadiya senyum mendengarkan jawapan suaminya. Dia mengikuti suaminya duduk. Disilakan kakinya memandang Syafiq. “Tapi kenapa you nak lepaskan I juga?”

            Sekarang ni, dia benar-benar yakin dengan keputusan yang dibuat beberapa hari lepas. Tuhan, tetapkan pilihan aku. Jangan kau bolak-balikkan hati aku.

            Syafiq pandang isterinya. Berkerut dahinya mendengarkan pertanyaan itu. “You yang suruh I lepaskan you.”

            “Kenapa you bodoh sangat ikut apa yang I suruh?” Pintas Nadiya pantas.

            “Nad.” Suara Syafiq meninggi. “I tak bodoh okey.” Sebal. Sakit hati bila dua orang yang dia sayang mengatakan yang dirinya bodoh.

            “Yes you are.” Matanya dibulatkan memandang Syafiq.

            “Nad, please.” Suara Syafiq berubah perlahan. Malas mahu bertekak di pagi-pagi buta seperti ini.

            Lama mereka mendiamkan diri. Nadiya capai tangan Syafiq. Tangan itu digenggamnya. “Kenapa you tak beritahu apa yang Tia buat pada you?” Soal Nadiya tatkala mata mereka bertentang. “Kenapa you diamkan?”

            Wajah Syafiq berubah. “Maksud you?”

            “Danish.” Tangan suaminya digenggam erat. “I dengar apa yang you bualkan dengan Kak Shaz haritu. Pasal Tia. Pasal dia,” Ayat Nadiya mati tiba-tiba. Dia terus tunduk mencium tangan kekar itu. “I minta maaf.”

            Kepala diangkat. Tatap wajah Syafiq. “I minta maaf sebab.. huh.” Ayat Nadiya mati tiba-tiba. “Kenapa you rahsiakan perkara ni?” Sungguh dia tak mengerti dengan Syafiq. “Kenapa diamkan diri?”

            “You should tell me everything, Danish.” Ujar Nadiya lagi. “You dah janji dengan I kan yang kita tiada rahsia?”

            “Nad.” Syafiq bersuara setelah mendiamkan diri. Jadi isterinya dah tahu mengenai itu? “I hanya sedar segalanya bila tahu yang Adam dah tiada.” Dia jeda sebelum menyambung, “I just realized when see Tia put something in my drink.

            “Dan I tak rasa yang you akan terima segala kejujuran I masa tu. Lebih-lebih lagi dengan you yang amnesia.” Sambung Syafiq lagi.

            Sungguh, dia tersepit dengan dua keadaan. Di mana saat dia mahu mengatakan kejujuran, tapi dengan perubahan Nadiya yang tiba-tiba amnesia buatkan niatnya hancur. Kemudian, dengan kehadiran Tiara yang tiba-tiba menghasut Nadiya.

            Ah! Dia sakit dengan keadaan tu.

            Nadiya terdiam. Jadi maksudnya, Syafiq mahu memberitahukan kejujuran, tapi keadaan yang tidak mengizinkan?

            “Tapi kenapa bila I suarakan yang I nak berpisah dengan you, you hanya diam dan ikut?” Soal Nadiya.

            Syafiq pandang wajah di hadapannya. “I tak pernah setuju dengan niat you yang tu.” Dia kembali bersuara bila melihat wajah Nadiya yang nampak bingung itu. “Sebab itu I letakkan syarat untuk kita jadi suami isteri yang sebenar-benarnya sebelum I lepaskan you.” Diam. “Dan dalam masa tu, I berharap sangat yang you akan terima I semula dan kita akan teruskan rumah tangga kita sampai bila-bila. Sebab I masih cintakan you.”

            Nadiya telan liur. Kenapa dia tak berfikir seperti itu? Kenapa dia bodoh sangat tak berfikir seperti yang Syafiq fikir?

            “I tak pernah cintakan Tia.” Syafiq bersuara lagi. “You seorang dah cukup bagi I, dan kenapa I perlukan orang lain lagi?”

            Nadiya kerdipkan matanya yang tiba-tiba kabur. “Danish,” Dia menunduk lagi. Mencium tangan kasar itu. “I minta maaf.” Air liur ditelan. “I minta maaf.” Diulangnya lagi kata maaf. Sebab baginya, dialah yang salah dalam hal ni.

            Syafiq angkat wajah yang menunduk mencium tangannya. Kedua pipi isterinya dipegang lembut. “You tak buat salah dengan I, I yang tak beritahu kejujuran pada you.” Syafiq senyum.

            Nadiya membalas senyuman itu sebelum mendakap erat tubuh di hadapannya. Tubuh yang dah lama dia tak peluk. Tubuh yang dia rindu. “I minta maaf.” Diucapkannya lagi.

            Syafiq menggeleng perlahan. Belakang badan isterinya diusap perlahan. Pelukan itu dibalasnya erat. Dia tak ingat bila kali terakhir mereka berpelukan seperti ini. Tapi dia sangat rindukan isterinya.

            “I love you, Nad.


SUARA tangisan yang kedengaran buatkan Nadiya pantas menjengahkan kepalanya dari ruang dapur. Dah kenapa pula menangis tu?

            “Mamaaa!!” Suara tangisan itu buatkan Nadiya pantas mendapatkan seorang kanak-kanak yang berusia dua tahun yang berjalan terkedek-kedek mendapatkannya. Tubuh kecil itu dikendong.

            “Kenapa ni sayang?” Tanya Nadiya hairan. Tadi sewaktu dia meninggalkan budak perempuan yang dalam dukungannya ni, budak perempuan itu hanya diam bermain dengan anak patungnya.

            “Papa..” Ucapnya bersama tangisan sambil tangan menggosok kedua matanya.

            Dahi Nadiya berkerut. “Kenapa dengan papa?” Tanya Nadiya hairan. Apa yang papa dah buat pada si anak ni? Sampai menangis tersedu-sedan macam ni.

            “Papa.. Abang Aliff..” Berkerut dahi Nadiya cuba fahamkan apa yang diucapkan anaknya. Air mata yang mengalir itu diseka lembut. Dipujuk anaknya supaya berhenti dari menangis.

            Sambil itu, Nadiya berjalan ke laman rumah. Dapat dia lihat Aliff yang lagi duduk di atas badan Syafiq di gazebo tepi kolam ikan. Elok je dia orang bersama. Dah kenapa pula dengan Harissa ni? Dia pandang anak perempuannya. “Kenapa dengan Abang Aliff?” Disoal anaknya sebaik saja tangisan anaknya berhenti. Hanya sendu yang kedengaran.

            “Abang Aliff, dia tak bagi Rissa main dengan papa. Papa pun tak bagi Rissa main dengan dia.” Ucap suara comel itu lagi. Tangan kecil itu mendarat lembut di kedua bahu Nadiya.

            Nadiya tersenyum mendengarkan jawapan itu. Ni kes cemburulah ni? Abang tak bagi Rissa main dengan papa? Papa pula asyik melayan si abang.

            “Meh main dengan mama, nak?”

            Harissa pantas menggeleng laju. “Tak nak.” Jawapan yang sesekali merobek hati Nadiya. Tapi dia dah lali dengan jawapan tu. Memang diakui, kedua anaknya sangat rapat dengan Syafiq berbanding dengan dirinya.

            Pernah satu hari, dia diberitahu Syafiq, mengatakan yang kedua anaknya memberitahu lelaki itu, Nadiya seorang yang garang. Tersentap jugalah dengar ayat itu, dari anak sendiri pula tu.

            “Okey okey. Jom pergi dekat dia orang.” Nadiya melangkah ke gazebo. Dia meletakkan Harissa di atas gazebo sebelum dia labuhkan duduk di situ. Sempat matanya menangkap jelingan yang diberikan Aliff pada Harissa.

            “Kenapa jeling adik macam tu?” Tanya Nadiya pada Aliff.

            Aliff pandang mamanya. “Aliff tak nak kawan dengan Rissa.” Dia jeling lagi adiknya yang semakin merapati papanya.

            Nadiya hairan. Dia pandang Syafiq dengan wajah kebingungan. Masih samar-samar dengan perbalahan yang berlaku. Sebelah keningnya dinaikkan. Menyoal kenapa. Syafiq membalas dengan menjungkitkan kedua bahunya ke atas.

            Nadiya kembali pandang Aliff. “Tak nak kawan kenapa? Tak baiklah.” Suara memujuk.

            “Rissa tu, dia baling mainan Aliff dalam kolam ikan.” Sambil menunjuk pada barang permainannya yang sudah tenggelam dalam kolam ikan. Ada beberapa mainannya yang timbul di permukaan air. Sesekali Aliff menayangkan wajah sedih.

            Nadiya pandang pula Harissa yang seronok bermain dengan patungnya. “Kenapa Rissa buang mainan Abang Aliff?” Buang dalam kolam pula tu.

            Harissa angkat wajah dari patungnya. Dia pandang Aliff dengan pandangan yang jengkel sebelum memandang mamanya. “Sebab Abang Aliff tak bagi Rissa main dengan papa.”

            “Kenapa Aliff tak bagi Rissa main dengan papa? Kan boleh main sama-sama.” Disoal Aliff pula.

            “Sebab asyik Rissa je dapat main dengan papa. Aliff pun nak juga.”

            Nadiya menggeleng kepala. Susah betul ada anak kembar yang kedua-duanya kuat manja dan kuat cemburu. “Dah tu siapa yang nak main dengan mama?”

            Diam.

            Nadiya kecilkan matanya pandang kedua anaknya yang leka dengan permainan masing-masing. Aku yang setiap masa dengan dia orang, kenapa Syafiq pula yang mereka pilih?

            Sedih. Sampai hati.

            “Papa nak.” Suara Syafiq yang kedengaran. Nadiya pandang wajah itu. Nampak Syafiq sengih.

            “Tak boleh!” Suara Harissa buatkan Syafiq dan Nadiya pandang wajah comel itu. “Papa kena main dengan Rissa.” Harissa bangkit dan memeluk papanya erat.

            Sekali lagi, sekali lagi Nadiya terasa hati. Oh suratan takdir apakah ini? “Fine! Tak nak masakkan untuk Rissa dengan Aliff.” Dan Nadiya pantas bangkit tinggalkan gazebo itu.

            “Ayukk!” Suara Syafiq. Dipandang kedua anaknya yang hanya memandang langkah mama mereka pergi. “Mama merajuk.” Dia tersenyum bila melihat kedua anaknya saling berpandangan. “Biar Aliff dengan Rissa mati sebab lapar.” Dia mengusik lagi.

            Dan Syafiq tergelak kecil sebelum kepalanya digelengkan beberapa kali saat melihat kedua anaknya sudah berlari meninggalkan gazebo. Mulut masing-masing memanggil mama mereka.

            Sigh. Syafiq mengeluh bila melihat permainan yang berterabur atas lantai gazebo. “Memang akulah yang nak kena kemas semua ni?”


NADIYA labuhkan duduk. Senaskah Yassin di tangannya ditutup sesudah menamatkan pembacaannya. Jam tangan dipandang. Enam petang. Lama juga dia berteleku di sini. Memandang satu kuburan yang tidak asing lagi dalam hidupnya.

            Kuburan kecil yang sangat mulia. Kuburan syurga. Jauh dari dosa dunia.

            Air liur ditelan. Dia sebak setiap kali datang ke sini. Dengan awan mendung dan angin sepoi-sepoi bahasa lagi menambahkan rasa sebak di dada.

            “Mama.” Suara Harissa memanggil. Nadiya menoleh. Harissa yang bersusah payah bangkit, pantas mendekati mamanya. Lutut Nadiya dipegangnya sebelum menyandarkan punggungnya di lutut mamanya.

            Nadiya tersenyum dengan keletah anak perempuannya yang ni. Ada saja perkara yang melucukan yang dilakukan si Harissa. Dia pandang pula Syafiq yang lagi bersama Aliff. Kedua lelaki kesayangannya itu lagi menadahkan tangan berdoa. Aliff yang masih sifar mengenai ini, hanya menadahkan tangan. Sesekali matanya memandang kuburan di hadapannya. Sesekali dia mendongak memandang papanya.

            Nadiya kembali pandang Harissa. “Dah berdoa untuk Abang Adam?” Soalnya setiap kali mereka tiba ke sini. Hampir setiap hari dia mengajar anaknya untuk mendoakan Adam yang sudah dipanggil Illahi.

            Kepala Harissa meangguk dua kali. “Dah.” Kemudian Harissa tunduk mencapai satu botol berisi air. Disuakan botol itu pada mamanya.

            Nadiya yang mengerti pantas membuka penutup botol itu dan diserahkan kembali pada Harissa. Dia hanya melihat anaknya yang lagi menyirami kubur Adam dengan air yang dibawanya dari rumah.

            “Rissa janganlah habiskan. Abang Aliff pun nak juga.” Suara Aliff yang tiba-tiba mengejutkan Harissa.

            Harissa pantas menggeleng sebelum sempat Aliff menahan adiknya dari menghabiskan air di dalam botol itu.

            “Alahhh..” Aliff muncung. Kecewa tidak dapat menyirami kuburan abangnya dengan tindakan Harissa.

            Nadiya yang menyaksikan keletah itu hanya tersenyum. Adam nampak adik-adik Adam, kan? Dia orang comel sangat macam Adam.

            “Dah jangan gaduh. Aliff guna yang ni.” Ujar Syafiq sambil menghulurkan satu lagi botol yang dibawanya pada Aliff. Dah faham dengan perangai kedua anaknya yang sering bergaduh. Jadi dia dan Nadiya kena adil dalam setiap tindakan.

            Kalau tidak, ada saja yang mereka persoalkan.

            Selesai segalanya, Syafiq mengamit mereka untuk pulang. “Rissa, Aliff, cakap apa dekat Abang Adam?” Ayat terakhir sebelum beredar pergi.

            Harissa dan Aliff kembali memandang perkuburan kecil di hadapan mereka. Bibir tersenyum nipis. “Abang Adam, Rissa dengan Abang Aliff balik dulu. Nanti kita orang datang lagi.” Suara Harissa sebelum dia mencapai tangan mamanya. Bersedia untuk pulang.

            Sementara Aliff masih lagi memandang kuburan di hadapannya. “Abang Adam, selamat hari raya.”

            Jatuh juga air mata yang ditahan-tahan Nadiya semenjak tadi. Lusa umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dan tahun ini, merupakan tahun ketiga tiada Adam bersama-sama mereka menyambut lebaran.

            Sungguh dia rindukan Adam.



=Tamat=


P/s: Yeayy dah habis.

9 comments:

  1. huhuhu...finally.thumbs up for u.again, a nice story.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. dan maaf sebab buat awak menunggu sambungannya. huhuhuu

      Delete
  2. Mmg tbaik.....akhirnya kbgian mlik mraka...syahdunya ucpan rissa n aliff tuk abgnya adam....
    Sis x de ke SE...nak tau jge yg tia tu dpt pmblasan...heheheeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. SE?? err, macam tak ada je. huhuu, tengoklah nanti macam mana;

      Delete
  3. Serious gempak.keep it up. Thumbs up very nice n interesting

    ReplyDelete
  4. Sis buat la SE.. nk tau apa jd dekat Tiara n SE untuk Syafiq n Nad

    ReplyDelete

Buah fikiran anda amatlah di hargai.