Iskandar selitkan
rambut yang menutupi mata ke belakang telinga. Wajah polos tu dia renung. Dia
senyum kemudiannya. Tadi, nyawanya hampir-hampir melayang bila cari Damia tapi
tak jumpa. Sekarang dia bisa menghembus nafas lega bila dapati Damia selamat.
Tangan lembut tu dia genggam erat.
Kalaulah tadi Damia hilang atau apa sahajalah, mesti dia takkan maafkan diri
sendiri. Melihat Damia yang lena tidur ni dia rasa macam nak peluk-peluk aje,
tapi dia tahan. Sabar Is. Perang senyap tak habis lancar lagi ni.
Pasal kamera tu, memang dia agak
sedikit terkilan sebab di depan matanya sendiri kamera DSLR kesayangannya
berkecai macam tu aje. Tak sampai satu hari kot pertemuan dia dengan DSLR tu,
dah kena berpisah semula. Buat selamanya pula tu. Tapi apa boleh buat, dah
namanya takdir. Kalau dia nak berkecai, tak payah tunggu Damia salah pegang aje
mesti akan berkecai juga.
Dan sekarang ni.. Dia memang sengaja
lancarkan perang senyap dengan Damia. Motifnya, dia nak tahu macam mana
isterinya pujuk dia. Yelah, sebelum ni semedang asyik dia aje yang memujuk.
Sekali-sekala nak juga dipujuk.
Iskandar beralih pula pada kaki
Damia. Perlahan kedua kaki itu diurut lembut. Dalam hati muncul perasaan
bersalah dan kasihan sebab biarkan isterinya berjalan sejauh tu. Kalau lagi
satu jam Adam tak sedarkan dia yang Damia dah lama habis kelas, mesti Damia dah
sampai rumah kot.
“I’m
sorry.” Ucapnya perlahan. Sangat perlahan. Hanya dia sahaja yang dengar.
Setelah lima minit, Iskandar mengucup
dahi isterinya. Dia bersedia nak bangkit nak siapkan makan malam. Biarlah hari
ni dia yang ambil alih tugas memasak. Tapi langkahnya mati bila ada satu tangan
mengenggam tangan kanannya.
Iskandar pandang tangan tu sebelum
berkalih pandang tuan punya tangan. Matanya jatuh pada raut wajah Damia yang
terpejam. Dia nampak kelopak mata Damia bergerak-gerak sebelum mata tu terbuka
perlahan-lahan.
“Boboy..”
Iskandar kembali seriuskan wajahnya
bila dengar suara serak-serak basah isterinya yang baru terjaga. Jangan sampai
kantoi, Is.
Tangan Damia menarik kuat tangan
Iskandar buatkan Iskandar jatuh terduduk betul-betul di sebelah Damia. Iskandar
hanya menunggu langkah isterinya yang seterusnya. Dia nampak Damia sedaya upaya
bangkit dari pembaringannya. Kepalanya disandarkan di bahu Iskandar sebelum
dipeluknya tubuh sasa tu.
Iskandar dah tak tenteram. Sehabis
daya dia cuba lawan nafsunya yang mahu membalas kembali pelukan erat tu. Tapi
pantas hatinya dikentalkan.
Damia jalankan misinya. Misinya hari
ni, nak goda suami dia. Dia akan pastikan Iskandar jatuh tersungkur dalam
pelukannya petang ni. Tak kisahlah apa pun yang berlaku, Iskandar mesti akan
tergoda dengannya.
Tangan kiri Damia bermain-main
dengan telinga kiri Iskandar. Jarinya dipusing-pusingkan di telinga itu.
Nafasnya dihembus di leher lelaki itu. Sementara tangan kanannya membelai dada
suaminya.
Damia senyum nipis bila nampak
sipi-sipi raut wajah Iskandar yang berubah. Bibirnya bermain dengan leher
Iskandar. Baru sahaja dia nak buat love bites
di leher itu, terasa tubuhnya ditolak lembut. Mati terus pergerakannya.
Iskandar tersedar dan terus menolak
tubuh itu lembut. Jemari yang bermain di telinganya turut diturunkan. Dia
pantas bangkit dan tinggalkan bilik mereka. Di tangga, Iskandar menggeleng
perlahan sebelum dia ketawa kecil.
“Macam mana boleh leka ni?” Dia
tampar pipinya lembut. Aishh... Langkah ke dapur kembali diteruskan.
Sementara Damia, mendegus kuat.
Kedua tangannya menumbuk tilam. Tak puas hati betul. “Macam mana godaan aku dia
tak terima? Ohh my..” Rambutnya disebak ke belakang.
Rasa nak menjerit sahajalah! Dah
habis gagal misi aku. Damia rebahkan kembali tubuhnya atas tilam. Bantal
diambil dan dipekup di wajah. Frustrated!
DAMIA
keluar dari bilik mandi dengan kaki yang terjengket-jengket. Aih, sakitnya kaki
aku ni. Ni mesti sebab berjalan jauh tadi, kan? Itulah, dah elok-elok sarung heels kat kaki pergi menggatal buka buat
apa? Sekarang terimalah padahnya.
Dia sangkut tuala di penyangkut
lepastu dia duduk di katil. Matanya jatuh pada dulang yang berisi makanan dan
air masak di meja sisi katil. Bibirnya ukir senyuman perlahan. “I know boboy love me so much.” Makanan
tu dihidunya. Berharap masih ada bau Iskandar pada makanan tu. Hahaa..
Damia baca doa sebelum capai sudu di
tepi pinggan dan mulakan jamahannya. Tersenyum aje sepanjang dia makan tu.
Bukan senang okay dapat rasa air tangan dari chef Iskandar tu. Memanjang mahal
sangat nak masakkan untuk dia.
Damia pandang pintu bilik bila
dengar pintu tu terbuka dari luar. Matanya bertentang dengan mata suaminya.
Ohh, aku jatuh cinta buat kali yang ke dua ratus juta pada dia!
Nak gugur jantung Iskandar bila
masuk aje bilik terus nampak isterinya. Bukan tu, tapi matanya lebih terarah
pada pakaian yang disarung isterinya.
Bersinglet merah terang, berseluar
pendek paras peha dan bersanggul.
Gila mengancam weh. Bersepai iman
dia sekejap. Perlahan-lahan dia telan air liur. Lepas dah agak lama menjamah
tubuh tu dengan mata, dia berjalan selamba ke bilik air. Sempat dia capai tuala
mandi.
Lepas dah bersihkan diri, Iskandar
keluar. Dia bergerak pula ke almari untuk memakai baju. Lepastu dia ambil
sejadah dari penyangkut dan bentangkan sejadah tu menghala arah kiblat. Songkok
dicapai dan diletakkan atas kepala. Handsome
dah. Lengkap sudah ciri-ciri lelaki idaman malaya.
Damia yang sedari tadi hanya jadi
pemerhati, bersuara akhirnya. “Ehh boboy.. Nak solat sekali.” Pinggan dia letak
atas dulang. Tanpa minum air terlebih dahulu dia bangkit. Berjalan
terjengket-jengket ke bilik air. Dah siap semua, dia sarung telekung dan
berdiri di atas sejadah.
Iskandar yang pandang dah rasa lain
macam andai isterinya solat sambil berdiri dengan keadaan kakinya yang sakit
tu. Dia ambil kerusi di meja solek dan letakkan di sejadah isterinya. Matanya
hanya memberi isyarat supaya isterinya menurut arahannya.
Damia sengih. Kan aku dah cakap dia caring pasal aku. Huhuu.. “Boleh lagi
ni, Insya-Allah.” Jawabnya yakin. Sungguh, dia rasa boleh lagi nak berdiri.
Alah solat aje pun. Masih boleh lagi nak tunaikan tanpa duduk di kerusi.
Iskandar jungkit bahu. Kalau mereka
tak lancarkan perang senyap, memang dia kerah juga isterinya suruh duduk. Dia
jalankan tugasnya mengimamkan isterinya. Sekarang ni dia imamkan isteri. Mana
tahu setahun dua lagi dia imamkan isteri dengan anak-anaknya pula.
Takbir diangkat.
“BOBOY..” Damia dekatkan dirinya dengan Iskandar. Ah, dia dah fedup. Tak dapat Iskandar harini, esok
lusa boleh dapat juga. Tak lari Iskandar dikejarlah, Mia. Tangan kiri Iskandar
dia pegang dan gosok lembut.
Damia senyum bila Iskandar tak
menolak. Mata lelaki itu masih lagi pandang televisyen. Ha ini dia.. Mereka dah
ada kat ruang tamu dah. Berjemaah menonton televisyen. Mesti tertanya-tanyakan
macam mana Damia yang sakit kaki ni boleh turun anak tangga. Jawapannya, kan
dia dah cakap tadi. Iskandar walaupun merajuk dan marah dengan dia, lelaki tu
tetap sayang dia. Buktinya, Iskandar sendiri yang baik hati mengendong dia
turun ke bawah ni. Damia sedikit pun tak minta okeh.
“Esokkan cuti. Teman baby pergi mall, eh?” Yeahh.. Esok cuti peristiwa. Jadi waktu esok akan
dimanfaatkan sepenuhnya bersama Iskandar.
“Apa buat?” Tak ada perasaan suara
itu meluncur keluar di bibir Iskandar buatkan Damia tahan senyum. Yes! Dia dah perlahan-lahan nak bercakap
dengan aku.
“Hmm adalah. Teman eh?”
“Busy
esok.”
Damia muncung bibir. Alahh,, ish!
Haih, tak apalah. Esok aku seorang dirilah ye di rumah? Tak ada peneman? Huh,
iyalah.
ESOKNYA.. Damia
angin satu badan. Sekarang dah pukul sepuluh malam dah. Tapi dia langsung tak
nampak kesibukan seperti yang dikatakan lelaki ni semalam. Dari pagi tadi,
sampai ke petang dan bawa ke malam, lelaki tu masih ada sahaja di rumah melayan
komputer ribanya. Entah buat apa langsung Damia tak tahu. Lelaki tu asyik
terperap dalam bilik tak menjengah dunia luar langsung. Masa makan saja dia
turun bawah. Dah habis makan, dia buat kerja tak berfaedah dia tu.
Bila sesekali Damia masuk bilik
kerling skrin laptop lelaki tu, dia
pura-pura buat assignment. Padahal
Damia dah nampak awal-awal yang lelaki tu tengah khusyuk main permainan Plant
Vs Zombies.
Haih, sabar Damia. Sabar tu separuh
daripada iman. Jangan marah-marah. Nanti cepat tua. Dia tak naklah tua sebelum
usia. Nanti baru umur tiga puluh, muka dah berkedut-kedut macam umur dia dah
menginjak enam puluh tahun.
Damia jalan macam biasa walaupun
kakinya sakit. Dia melangkah menuruni tangga satu per satu. Selalunya nak turun
tangga tak sampai tiga puluh saat dia dah ada kat tingkat bawah dah. Tapi
sekarang ni, dah nak masuk dua minit dah. Dia baru sampai ditangga kesepuluh.
Ada hikmahnya juga dia sakit kaki ni. Sekurang-kurangnya, dengan kakinya yang
sakit ni dia boleh kira berapa banyak anak tangga dalam rumahnya. Aiyaa..
Pelik. Tapi itulah hikmahnya.
Damia berhenti duduk sekejap ditangga
paling bawah bila dia rasa kakinya tersangat sakit. Berehat sekejap sebelum
menyambung kembali langkahnya ke dapur. Tapi dia hampir jatuh di pintu menghala
ke dapur. Dan nasib baik ada tangan yang menghalang dari dirinya jatuh mencium
lantai.
“Ish! Dah tahu tak boleh nak jalan
sangat, pergi berjalan buat apa?” Agak keras dan tinggi sedikit tapi masih
mampu dikawal suara itu keluar. Damia pusingkan kepalanya. Nak pandang wajah tu
meskipun dia dah tahu siapa yang bersuara tepat dibelakangnya sambil memeluk
pinggangnya.
“Dah tak ada orang nak tolong, baby jalanlah sendiri.” Dia berpaut
dengan lengan sasa Iskandar dipinggangnya. Untuk seketika Damia rasa kakinya
memijak angin. Sampailah tubuhnya diletakkan semula di sofa. Dia betulkan duduk
kat situ.
“Menjawab eh.” Lagak guru disiplin
Iskandar bersuara. Cuma tiada rotan kat tangan aje.
“Boboy juga yang cakap, kalau boboy
tanya baby kena jawab.” Damia tayang
wajah tidak bersalahnya.
Nampak Iskandar menggeleng. “Nak apa
ni?” Soal Iskandar dingin.
“Nak makan.”
Iskandar bersedia mahu bangkit.
Isteri aku nak makan? Eh tadi bukankah dia baru sahaja lepas makan? Aku juga
yang nampak tadi. Takkan lapar balik kot? “Makan apa?” Dia tetap tanya juga
walaupun dalam benaknya pelbagai pertanyaan timbul.
Damia senyum nakal. Dia pinjam
senyuman nakal yang Iskandar selalu tunjukkan padanya. “Makan boboy.” Sambil
kenyit mata.
Iskandar nak senyum tapi dia kawal.
Sekarang rupanya baru nampak sifat nakal isterinya. Kalau tahulah dari dulu,
dah lama dia buat rancangan gila ni. Biar sama-sama nakal. Baru sweet aje rumah tangga yang dibina.
“Ha ha ha.. Sikit pun tak kelakar.”
Iskandar masih dengan wajah seriusnya.
“Biar ajelah baby dekat sini.” Damia dah peluk tubuh. Kecil hati bila apa yang
dia cakap, suaminya langsung tak ambil serius. Aku betul nak makan kaulah malam
ni. Ish!
Iskandar jungkit kedua bahunya. Dia
bangkit. “As your wish.” Berjalan
tinggalkan Damia di sofa ruang tamu.
Sementara Damia dah rasa sesak
nafas. Kenapalah suami aku seorang ni masih tak faham-faham yang dia sangat
perlukan lelaki tu? Ohh..
P/s: Hai awakkk.
Besttttttt.....alahai boboy...sian kat baby...
ReplyDeleteDah la kaki skit.......baby la plak knakan boboy.......
Baby jgn lyan boboy...haha