"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Tuesday, April 19, 2016

Suamiku Ramai Crush [Part 49]



Ikmal masih lagi dengan gelaknya. Damia tayang muka toya. Tak faham apa yang kelakarnya sekarang ni. Hati dia sebal gila bila tengok June, Jue dengan Zulaikha juga turut sama beradu ketawa dengan Ikmal.

            Nampak Ikmal pandang Damia. Damia jungkit kening tanya kenapa? Tapi jawapan yang dia terima sangat buatkan dia bertambah bengang hari ni.

            “Dik. Salah masuk tempat ni. Tadika kat hujung perumahan sana. Sini kawasan universiti. Mak mana, dik? Tak takut ke kena tinggal sensorang kat sini ni? Abang ni jahat tau. Kang abang culik adik macam mana?” Itulah jawapan yang buatkan Damia bengang tahap bangang dah ni. Macam nak sekeh saja kepala Ikmal yang seronok ketawakan dia.

            “Haih Mia.. Sejak bila kau pendek ni? Bukankah selalunya, kaulah yang paling tinggi.” Perli June.

            Damia masih dengan muka toyanya. Tak apa, hari ni kau orang gelakkan aku. Nanti tiba satu hari tu, biar aku pula yang gelakkan kau orang sampai berguling-guling.

            “Mana perginya heels kamu, Mia?” Zulaikha menyoal. Kalau ada pertandingan tumit tinggi siapa yang paling cantik, memang dia undi Damia. Tapi hari ni, mana pergi tumit tinggi yang selalu Damia bawa tu?

            “Kaki aku sakitlah. Itu yang terpaksa berpisah dengan heels buat sementara waktu.” Damia Aleesya tayang wajah sedihnya. Dia jeling kakinya. Hari ni, disebabkan kakinya masih belum pulih sepenuhnya, dia buat keputusan nak sarung kasut bertapak flat sahaja di kaki. Tak kuasa dah nak sarung tumit tinggi yang lagi buat kakinya sakit tu.

            Yang mana ketawa tadi dah diam balik. Mata masing-masing tekun pandang Damia. “Macam mana boleh sakit? Dah pergi klinik dah?” Ikmal orang pertama yang tanya. Yang lain sekadar angguk. Contoh kawan yang prihatin.

            “Haritu aku..” Dia diam sejenak. Takkan nak beritahu hal sebenarkan? Nanti apa pula dia orang mengata Iskandar. “Haritu aku terjatuh.” Balas Damia akhirnya.

            “Aish kau ni. Lain kali hati-hatilah. Jalan tu cuba jangan gopoh.” Pesan June. Damia senyum. Senang dengan sifat prihatin teman-temannya.

            “Ai! Ai! Doktor.” Damia gelak.

            Dan tiba-tiba mata Damia terpaku pada seseorang yang berdiri tidak jauh dari kelompok mereka berbual mesra. Yang paling dia tak sangka, bibir lelaki tu tersenyum pandang dia. Samada perasan yang Damia nampak atau tak, Damia sendiri kurang pasti. Apa yang penting, bibir Damia turut sama senyum. Dah lama tak tengok senyuman lelaki tu.

            “Kau kenapa senyum sorang-sorang?” Zulaikha tepuk bahu Damia lembut. Pelik dengan tingkah kawannya yang seorang ni. Orang lain punyalah khusyuk dengar cerita Ikmal, yang Damia boleh senyum sensorang.

            Damia kaget bila disedarkan macam tu. “Apa? Senyum sedekahlah.”

            “Memanglah, tapi Puan Damia Aleesya sayang.. Kau senyum tak kena tempat. Orang lain semua bersimpati dengan Ikmal, yang kau boleh senyum macam orang tak ada perasaan!”

            Damia peluk tubuh. Sebab nampak Iskandar senyum dia dicop orang tak ada perasaan? Ha, molek sangatlah tu.


DAMIA masih lagi dalam mood nak pujuk Iskandar. Hampir setiap hari jugaklah dia maniskan bibir nak pujuk lelaki tu. Yeah, walaupun lelaki tu masih dengan amarahnya. Tapi Damia Aleesya kentalkan hati dan jiwa. Nekad, takkan berundur sampai hubungan Iskandar dengan dia seperti sebelum ni.

            “Boboy.. Esok lepas kelas kita tengok wayang, nak?”

            “Ada assignment.”

            Itu jawapan yang Damia tanya hari ni. Okay, dia boleh terima. Sebab jurusan lelaki tu memang banyak kerja yang perlu mereka lakukan.

            Esoknya.. “Boboy.. Malam ni kita makan kat luar, nak?”

            “Membazir ajelah.”

            Keesokan harinya, pagi tu sebelum melangkah keluar dari kereta.. “Boboy, petang ni kita jalan-jalan, nak?”

            “Tak suka jalan-jalan nak dekat maghrib.”

            Akhirnya, Damia mengeluh disetiap jawapan yang Iskandar berikan. Sakit hati? Sangat. Rasa macam hatinya dah berkecai-kecai dah ni. Haih..

            Aku rosakkan kamera dia sehari aje, tak sampai pun lima minit. Yang dia lancarkan perang nak dekat seminggu dah. Tak adillah.

            “Boboy.. Malam ni kita tidur rumah ibu, nak?”

            “Rumah sendiri ada nak tidur rumah ibu mende.”

            Damia lepas keluhan. Dah kalau ego tinggi, keras kepala, hati beku memang Mikhail Iskandar seoranglah. Tak ada yang lain dah. Anak sulung Encik Malik ni ikut perangai siapa sebenarnya? Nak kata ikut mama, tak ada pula. Ikut ayah lagilah bukan. Dah tu dia ikut siapa?

            Malam tu Damia seorang diri dalam bilik. Semenjak dia dengan Iskandar dah tak geng, dia banyak habiskan masa seorang diri bila masuk rumah. Mana taknya, dari universiti sampailah dalam rumah, semuanya buat hal masing-masing. Tak nak bertegur sapa langsung kalau bukan Damia yang mulakan terlebih dahulu sapaan itu. Tapi kalau dia sapa pun, belum tentu lelaki tu nak jawab. Jawab sambil lewa adalah.

            Laptop dia buka. Earphones dia sumbat dalam telinga. Semua lagu-lagu dalam folder muzik dia putar. Dari lagu melayu, bertukar ke inggeris, bertukar pula ke Jepun dan akhir sekali bertukar ke lagu Korea. Semua lagu dia nyanyi jika dia tahu liriknya. Mana yang dia tak tahu dia hanya mendengarnya.

            Bosannya hidup membujang macam ni. Damia mengeluh berat. God, I really need my life back.

            Damia meniarap sambil layan laptop miliknya. Sesekali dia menguap bila dia rasa nak menguap. Kakinya dinaikkan lalu digoyangkannya beberapa kali. Dia terusan macam tu sampailah dia tak sedar yang dia terlelap.


ISKANDAR buka pintu bilik. Komputer riba dia bawa masuk sekali kemudian diletakkannya di atas meja solek. Dia pandang tubuh yang terlena sambil meniarap atas katil tu. Molek betul perangai dia tidur ya.

            Earphones yang tersumbat di telinga dia cabut keluar. Komputer riba yang masih menyala tu dia tutup selepas dah simpan semua fail yang isterinya buka. Komputer riba tu dia letakkan ditempat yang sama dia letakkan komputer ribanya. Tubuh yang meniarap tu dia betulkan letak pembaringan. Selimut ditarik sehingga ke paras dada. Lepastu dahi isterinya dikucup sebelum dia melangkan ke bilik air.

            Keluar sahaja dari bilik air Iskandar bergerak ke suis lampu dan menutup suis lampu bilik. Kemudian dia turun semula ke ruang tamu untuk memastikan semua pintu dan tingkap telah berkunci. Suis lampu di tingkat bawah juga dipadamkan bagi menjimatkan penggunaan elektrik.

            Iskandar tutup pintu bilik dan bergerak ke katil. Lampu tidur dibahagian dirinya mahupun dibahagian Damia dipadamkan. Selimut ditarik dan dia betulkan pembaringannya. Sempat dia tarik tubuh genit disisinya supaya lebih rapat dengannya. Tubuh genit tu dia peluk sebelum dicium ubun-ubun. Iskandar melelapkan mata bersama isterinya.


DAMIA tarik seorang gadis yang kebetulan lalu dihadapannya. Gadis yang terpinga-pinga tu akhirnya tersenyum bila nampak Damia. Damia balas senyumannya sebelum menyapa baik gadis itu. Nasib baiklah gadis tu balas baik aje. Kotlah dia nak lesing Damia ke sebab tiba-tiba ditarik Damia.

            “Hmm, boleh tolong akak tak?” Lembut Damia menyoal. Ini ajelah salah satu cara yang Damia ada untuk pujuk Iskandar. Dari semalam dia berfikir baik buruk benda ni. Dan dia dah buat keputusan nak buat juga rancangan ni.

            Gadis tu tersenyum. “Tolong apa, kak? Kalau saya boleh tolong, saya tolonglah.” Jawab si gadis ramah.

            Damia pasrah. Dia pilih gadis junior ni sebab dia tahu Iskandar dengan budak junior memang agak rapat sikit dari yang sebaya dengannya. Sebabtu dia gunakan pendekatan macam ni. “Hmm.. Tolong bagi ni pada Abang Is, boleh?” Sambil tunjuk sejambak bunga bersama patung teddy bear warna biru terang.

            Gadis tu senyum lebar. “Boleh je. Bagi kat Abang Is, eh?” Damia angguk. Patung dan bunga tu dia serahkan pada gadis dihadapannya.

            “Tapi jangan beritahu Abang Is, akak yang kasi tau. Cakap je ada orang bagi.”

            “Kalau Abang Is tak terima?”

            Damia berfikir sejenak. Kalau Iskandar tak terima? Alamak, dia tak fikir pula pasal ni. “Hmm.. Adik cakap sajalah apa-apa yang buatkan Abang Is terima benda ni. Tahu?” Bersungguh dia yakinkan gadis di hadapannya ini.

            Gadis tu mengangguk. Dia genggam erat jambak bunga bersama patung yang sederhana besar tu. Cantik.

            “Hmm..” Damia pandang gadis itu. Nak beri apa ni sebagai hadiah yang dia sudi tolong aku? “Adik ada request apa-apa tak?” Tanya Damia.

            “Ada. Ingat nak beli buku sikit. Tapi duit tak masuk lagilah.” Gadis tu sengih. Damia gelak kecil. “Macam nilah, petang nanti. Lepas habis kelas, adik telefon akak. Akak belanja adik beli buku tu. Amacam?”

            Gadis tu dah pandang Damia macam tak percaya. “Betul ni kak?” Damia angguk. “Habis kelas baru telefon akak tau. Jangan kelas tak mula lagi dah menggatal nak telefon.”

            Gadis tu gelak. Dia angguk sebelum minta diri. Damia hanya pandang gadis itu melangkah pergi. Dia pandang dada langit. Tangannya disatukan. Ya Allah.. Semoga kali ni aku berjaya.


ADAM berjalan mendekati Iskandar yang baru mulakan langkahnya. Senget senyumannya bila nampak apa yang dipegang Iskandar. Sejambak bunga bersama patung. Kelakar.. Nampak sweet aje kalau hadiah-hadiah tu semua Iskandar akan hadiahkan pada seseorang. Tapi sayang, bukan dia yang menghadiahkan tapi dia yang dihadiahi.

            “Siapa bagi tu, bro?” Adam belek sejambak bunga. Ditengah-tengah kuntum setiap bunga tu terlekat satu biji coklat choclairs.

            Iskandar pandang sekeliling. Katanya gadis yang berinya hadiah ni tadi, pemberi hadiah ni tak kasi dia beritahu siapa yang menyuruhnya menghantar hadiah ni pada Iskandar. Itu yang dia pandang sekeliling. Kotlah ada orang yang beri hadiah ni pada dia tengah curi-curi tengok dia ke. Tapi kebanyakkan orang yang ada hanya lelaki, takkan lelaki kot yang kasi?

            “Aku pun tak tahulah, bro. Tiba-tiba je ada junior bagi. Bila tanya, dia tak boleh bocorkan rahsia. Peliklah..” Bunga di tangan di pandang lagi.

            Adam gelak. “Dah lama jugakkan kau tak dapat hadiah macam ni?”

           Iskandar angguk. Betul cakap Adam. Dah lama juga dia tak dapat hadiah macam ni. “Kali terakhir aku dapat, sebelum aku announce yang aku dengan Mia dah kahwin.” Ya. Dia ingat masa itu. Sejurus saja selepas mereka mengumumkan yang mereka sudah bernikah, dah tak ada dah hadiah berupa macam ni. Ni, siapa pula yang beri?

            Lama juga tu. Aih, kena siasat ni siapa yang beri. Tahu Damia ni, bukan Damia yang pujuk dia, tapi dia yang kena pujuk Damia balik. Susah tu. Baru nak merasa macam mana perasaan dipujuk ni.

            Iphone ditangan berdering. Iskandar melihat nama pemanggil. Baby Ohsem! Buat apa dia telefon aku ni? Dia dah habis kelas ke? Ehh cepatnya. Aku ada lagi dua  kelas kot.

            Iskandar berdehem. Wajahnya diseriuskan. Panggilan tu dia jawab lepas suruh Adam senyap. Adam yang nampak muka serius kawannya serta-merta diam. Kotlah kalau panggilan tu penting buat Iskandar.

            “Boboy ada kat mana?” Tanya Damia di hujung talian. Ceria sahaja suaranya.

            “Kenapa?”

            “Nak minta kunci kereta. Ingat nak keluar sekejap sementara boboy ada kelas lagi ni.”

            “Dengan siapa?” Dingin suara tu.

            “Seorang je.” Ayat itu keluar perlahan. Tapi sempat Iskandar dengar.

            “Ada dekat tempat melepak biasa.”

            “Ohh okay. Tunggu sana tau. Bye!”

            Sepuluh minit, Damia dah berdiri dihadapan Iskandar. Sempat dia say hye pada Adam. Dan balasan Adam yang mengenyitkan matanya pada Damia buatkan Damia menggeliat geli. Sempat dia tayang jelingan maut. Damia pandang Iskandar. Tangan dihulurkan. Nak minta kunci. Wajahnya sehabis daya dimaniskan.

            “Balik pukul berapa?” Soal Iskandar. Kotlah kalau Damia terus tak datang universiti semula. Memang Adamlah jadi mangsa kena hantar dia ke rumah.

            Damia buat-buat berfikir. “Boboy suruh balik, baby baliklah.” Sengih. Kalau boboy tak suruh balik, baby tak baliklah. Senang betul hidup Damia sekarang ni.

            Iskandar tayang muka toya. Fikir lawaklah tu? “Sepuluh minit sebelum pukul empat, dah kena ada kat sini.” Arahan mandatori diberikan. Damia hanya akur.

           “Dah lah, bye.” Sempat dia salam dengan Iskandar. Kalini dia bernasib baik sebab dia dapat kucup tangan tu. Sebelum ni asyik tak dapat saja. Tapi kali ni, haih. Macam nak menjerit seronok saja.

            Sebelum melangkah sempat dia jeling jambak bunga dan patung di atas meja kecil tu. “Siapa punya tu?”

            Iskandar gosok leher. “Err..” Serba salah dia nak beritahu.

            “Is punya. Tadi ada orang kasi.” Adam tolong jawabkan.

            Damia pandang Iskandar. Lama mata mereka bertentang buatkan Iskandar dah rasa lain macam. Tapi yang jadi buatkan dia pelik. Reaksi yang diterima dari Damia, sangat buat dia pelik. Damia senyum?

            Dia pandang Adam. Keningnya ternaik. “Kau nampak tak apa yang aku nampak?” Adam ikut naik kening. “Apa yang kau nampak aku tak nampak?”


            Adam dijelingnya. “Mia senyum weh!” Satu benda yang buat dia tak habis fikir. Tak pernah-pernah pula Damia senyum bila nampak dia dapat hadiah. Ni mesti ada apa-apa ni.

2 comments:

Buah fikiran anda amatlah di hargai.