"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Sunday, April 24, 2016

Suamiku Ramai Crush [Part 50]





Iskandar renung wajah isterinya yang tengah bersiap. Entah kenapa hatinya tak tenang bila melihat wajah tu. Macam.. Macam ada sesuatu yang nak berlaku. Cepat-cepat dia beristighfar dalam hati. Nak usir jauh perasaan tidak tenteram itu.

            “Boboy, bila kita boleh tengok wayang? Kita tak pernah lagi tengok wayang sama-sama.” Damia menghabiskan lilitan terakhir selendangnya. Hujung kain selendang itu dipinkannya.

            “Lain kalilah. Belajar tak habis lagi nak tengok wayang bagai.”

            Damia mengeluh. Dingin dan masih keras lagi nada suara lelaki kesayangannya ini. Entah bilalah hubungan mereka nak kembali mesra macam sebelum ni? Dia tak pernah berhenti berdoa semoga hubungan mereka kembali bersama. Rindu nak gelak ketawa dengan lelaki tu.

            “Okay.” Damia pasrah. Bosannya hidup dengan Iskandar yang baru ni. Tiada warna-warni. Suramnya hubungan mereka. Kalau dia buat lawak pun, dia seorang saja yang ketawa. Orang sebelah jangan harap nak ketawa sama. Asyik dengan muka bengis dia saja. Macam orang gila dah Damia rasa ketawa sensorang.

            “Boboy..” Panggil Damia bila mereka baru mulakan perjalanan.

            “Huh?” Sahut Iskandar bila Damia tak sambung ayatnya. Hatinya yang masih lagi tidak tenteram cuba diusir pergi.

            “I’m sorry..

            Iskandar diam. Ya, sayang. Boboy dah lama maafkan baby dah. Boboy tak pernah simpan pun rasa marah dengan kecewa tu dalam hati. Percayalah..

            “Bila kita nak baik macam sebelum ni?” Damia pandang Iskandar yang hemah memandu. “Baby bosanlah hidup macam ni. Tak seronok.” Damia bersandar pada kerusi. Wajah muram ditayangkan.

            Iskandar masih lagi mendiamkan diri. Hmm.. Dia pun bosan juga hidup macam ni. Hidup dia sunyi sekarang ni. Kehidupan dia dah tak ada sinar macam selalu lagi dah. Hidupnya suram. Rasa macam dia dengan Damia orang asing walaupun mereka sudah bernikah lama dah.

            “Baby tahu baby dah rosakkan kamera kesayangan boboy. Baby minta maaf. Baby tak sengaja.” Damia senyum dalam sebak. Dia tetap tersenyum walaupun merasakan air matanya sudah bertakung. Tinggal nak mengalir saja ni ha.

            Iskandar diam membisu. Air matanya turut sama nak mengalir bila dengar ayat isterinya. Ayat tu.. Nada suara tu.. Sangat tulus dipendengaran telinganya. Rasa macam nak berhentikan kereta di tepi jalan dan peluk Damia sambil beritahu yang dia dah lama maafkan isterinya.

            Damia capai sebelah tangan Iskandar yang hampir dengannya lalu dikucup tangan itu. “Baby minta maaf sangat-sangat.” Dikucupnya lagi tangan itu. Tangan tu digenggamnya erat.

            Damia senyum akhirnya. Dia lega. Sangat lega bila semua perasaan bersalahnya sudah dilepaskan. Keampunan juga sudah dipinta. Hanya menunggu samada maafnya diterima ataupun tidak.

            Damia kembali bersandar pada kerusi. Tisu dicapai bagi mengelap air matanya yang sudah mengalir di pipi. Dia pandang semula sisi wajah Iskandar. Again, I am so sorry.


PETANG tu, Damia bersama kawan-kawannya jalan kaki keluar dari universiti. Entah mengapa mereka mahu keluar, Damia ikutkan sahaja. Nasib baiklah kedai tak jauh sangat dari universiti ini. Bolehlah ulang-alik sementara tengah berehat ni.

            “Eh ramai juga eh yang keluar.” Damia baru perasan benda tu. Tengok kanan semuanya pelajar universiti. Pandang kiri, sama juga. Belakang dengan depan, tak usah ceritalah.

            “Hmm.. Senior bolehlah keluar. Junior, memang tak boleh.” Beritahu June. Yang lain mengangguk. Junior tak boleh keluar sebab ada taklimat apa entah dekat dewan besar. Tapi ada saja muka-muka junior yang ikut sama keluar. Bosan mungkin.

            “Oit Mia. Kenapa kau tak ikut aje cik abang kau keluar?” Zulaikha cuit bahu Damia yang tengah berbual dengan Jue. Damia pandang Zulaikha. “Apa dia?” Dia tak fahamlah.

            “Tu ha..” Sambil tunjuk pada sekumpulan pelajar lelaki yang berjalan bertentangan dengan mereka. Nak menghala ke arah universiti.

            Damia pandang seorang lelaki yang berada di tengah-tengah kumpulan itu. Ada Iskandar, Adam dan Ikmal saja yang dia kenal. Yang lain, langsung dia tak tahu nama. Kenal-kenal gitu sajalah. Itupun kenal sebab Iskandar. Kalau tak, dia mana naknya beramah mesra dengan pelajar universiti tu. Baik buat hal sendiri lagi bagus.

            Damia hadiahkan senyuman pada Iskandar, tapi yang balasnya orang lain. Tu ha kat sebelah Iskandar. Siapa lagi kalau bukan Adam dengan Ikmal. Yang Iskandar, maintain saja cool dia. Macam nak cepuk pun ada juga kepala mamat tu. Aku senyum kat dia, di buat double derk je? Haih.

            “Kau dengan Is masih macam tu lagi ke?” Soal June ingin tahu. Damia angguk. “Nak cakap dengan aku pun susah sekarang. Haih, entahlah. Nak tunggu aku eksiden tak sedarkan diri dulu kot baru nak cakap dengan aku.” Damia gelak dengan ayatnya sendiri. Tapi tidak yang lain.

            “Hoi! Mulut tu..” Jue tampar lengan Damia. Tak suka dengar Damia cakap macam tu. Kata-kata tu kan doa. Kang sekali makbul, macam mana?

            “Arghhhh!” Damia menjerit kuat dengan tiba-tiba.

            Semua yang ada di situ berhenti dari buat hal sendiri. Semuanya pandang Damia yang menjerit bersama.. Dua lelaki berbaju hitam bermotosikal tengah.. Ragut Damia? Ragut Damia?!

            Keadaan bertukar huru-hara. Yang mana melarikan diri. Yang mana cuba nak selamatkan Damia. Yang mana cuba sepak lelaki berbaju hitam tu.

            Damia tak nak kalah. Dia tarik balik beg tangannya bila peragut tu mahu merampas beg tangannya. Tapi apalah daya seorang perempuan bernama Damia? Beg tangan tu akhirnya jadi milik dua peragut tu. Bukan tu sahaja, gelang tangan emas yang melilit pergelangan tangan kanan Damia juga diragut. Dengan sekelip mata sahaja peragut tu cuba meloloskan diri.

            Damia tarik baju salah seorang peragut tu. Tapi dia silap percaturan bila motor yang dipandu itu bergerak laju dan Damia terpaksa melepaskan pegangan tangannya dan terjatuh di situ. Malang tak berbau, sudah jatuh ditimpa tangga, sudah diragut.. Damia yang tak perasan sebuah lori bergerak laju ke arahnya. Dia masih lagi terbaring di situ bersama tangannya yang menyeret jalan tar.

            Damia pasrah bila lori tu semakin mendekatinya. Dan..

            “Mia!”


ISKANDAR duduk. Tubuh Damia yang berada dalam pelukannya diperiksa. Ada kesan koyakkan di lengan baju kanan isterinya sampai ke bahu. Badannya yang sakit sebab terjatuh atas batu tepi jalan dia tak peduli.

            “Mia!” Panggilnya risau. Mata Damia terpejam tak buka. Dia risau. Sangat.

            “Sayangg..” Badan Damia digoncang lembut. Tangan Damia dia genggam. “Sayang.. Bangun, sayang.”

            Iskandar tepuk lembut pipi isterinya. “Sayangg..”

            Tapi Damia masih tak sedarkan diri.
           
            Diperiksa nafas Damia. Dan, dia rasa dunianya gelap. Kosong. Tiada.


ISKANDAR raup rambutnya ke belakang. Dia mundar-mandir di hadapan bilik pemeriksaan itu. Tak putus-putus hatinya berdoa semoga Damia selamat. Tak sangka, ketidaktenteraman hatinya pagi tadi merupakan satu pentunjuk. Allah nak beritahu yang Damia, kesudahan harinya macam ni?

            “Is, bawa sabar.”

            Iskandar tak peduli apa yang Ikmal cakapkan. Dari tadi suruh dia bawa bersabar. Macam mana dia nak bawa bersabar kalau yang kat dalam yang tengah dirawat tu isteri dia?

            Iskandar bersandar di dinding. Sebelum ni, Damia masuk hospital sebab pengsan, pasal dia. Damia minta maaf banyak kali, pasal dia juga. Dan sekarang..

            “Kau dah telefon ibu Mia? Keluarga kau?” Tanya Zulaikha prihatin. Kalau Iskandar masih belum hubungi, dia boleh tolong hubungi keluarga Damia. Apa guna kawan kalau tak boleh membantu apa-apa, kan?

            Iskandar menggeleng. “Aku telefon dia orang?” Cadang Zulaikha lagi sebaik melihat gelengan lelaki itu.

            “Tak payah.” Halang Iskandar. Tapi pantas dia berdehem bila nampak wajah Zulaikha yang tiba-tiba berubah. Terasa dengan nada suaranya yang tiba-tiba meninggi mungkin. “Nanti biar aku sendiri yang beritahu.” Macam mana dia nak beritahu ibu pasal Mia? Dah banyak kali Damia terluka pasal dia.

            Pintu terbuka. Keluar seorang doktor wanita bertudung biru. “Ahli keluarga, Damia?” Tanyanya.

            Yang lain tidak menjawab tidak juga mengangguk. Macam mana nak angguk kalau mereka semua kawan Damia aje? Ehh tapi..

            “Saya suami dia!” Iskandar tampil ke hadapan. Doktor tu nampak kaget tapi dia teruskan bersuara. “Puan Damia stabil. Dia hanya luka dibahagian bahu dan hentakkan yang kuat buatkan tangan dia retak. Puan Damia masih tak sedarkan diri.” Lepastu beberapa lagi ayat yang doktor beritahu.

            Iskandar mampu tarik nafas lega. Alhamdulillah. Dengar Damia stabil sudah cukup buat dia ucap lafaz syukur. Inilah kali pertama dia berhadapan dengan situasi macam ni. Perasaan takut dia tak payah cakaplah. Jantungnya macam nak pecah dah.

            “Kalau kau tak tarik Mia tadi, aku tak tahu Mia macam mana sekarang ni.” June menyuarakan kelegaan hatinya bila nampak Iskandar yang berani menarik Damia pantas ke bahu jalan. Kalau tak ada lelaki tu, peratus Damia dilenyek sangat tinggi.


            Tuhan masih mahu Damia hidup lagi untuk teruskan perjuangan hidupnya. Bukan senang nak dapat peluang kedua dalam setiap hayat seseorang. Dan Damia.. Ini satu bonus untuk Damia.

1 comment:

Buah fikiran anda amatlah di hargai.