Iskandar genggam tangan tu erat. Masih berharap yang isterinya akan cepat sedarkan diri.
Dia tenung wajah polos yang terlena itu. Tiada tanda-tanda yang empunya tubuh
genit itu akan tersedar secepat yang mungkin.
Pintu terbuka dari luar. Dan masuk
seorang jururawat wanita bersama sehelai baju di tangannya. Jururawat itu
menghadiahkan senyuman pada dia sebelum menyuruh Iskandar keluar sementara dia
mahu menukarkan pakaian Damia.
Tapi cepat Iskandar menghalang.
“Boleh tak kalau saya sendiri yang tukarkan baju dia?” Pintanya.
Nampak wajah gusar dan risau
jururawat tu. Iskandar yang faham akan pandangan itu langsung mengeluarkan
dompetnya dari kocek belakang seluar. “Saya suami dia.” Kad nikah mereka
dikeluarkan dan diserahkan pada jururawat itu.
Jururawat itu melihat gambar yang
tertera di kad nikah itu sebelum matanya jatuh pada wajah Damia dan Iskandar.
Jururawat itu mengangguk akhirnya. Dia serahkan pakaian hospital pada Iskandar.
Jururawat itu keluar. Iskandar
pantas mengunci pintu wad sementara dia sedang menyalin baju isterinya. Dengan
perlakuan yang lembut dan penuh sopan, Iskandar menyalin baju Damia. Baju
kepunyaan Damia dia letak atas sofa. Nanti dia akan bawa balik baju tu untuk
dibasuh.
Tangan kanan Damia yang berbalut itu
dia letak perlahan-lahan di atas perut isterinya. Dahi Damia dia kucup lama.
Seolah nak beritahu yang dia tak nak kehilangan Damia lagi lepas ni. Bila
nampak lori yang bergerak laju ke arah Damia tadi, sudah cukup buatkan dia
kehabisan nafas.
Iskandar betulkan duduk letak
selimut Damia. Tangan kiri gadisnya dicapai. Tadi masa hubungi ibu dengan mama,
masing-masing terkejut. Ibu dengan mama siap menangis. Sebab kata mereka,
inilah kali pertama dalam kalangan ahli keluarga mereka ada yang kena ragut.
Tapi mereka bersyukur, bila diberitahu yang Damia selamat. Insya-Allah, mereka
akan melawat Damia keesokan harinya.
Jam lima pagi, Iskandar melangkah
keluar dari wad tu. Walau macam mana dia risau sekalipun pada Damia,
pembelajarannya tak harus dilupakan. Dia dahlah tengah final sem ni sebelum Latihan Industri tahun hadapan. Dia tak nak
kena ulang semester lagi. Itu yang dia minta.
Iskandar hanya tidur dua jam sebelum
bangkit menyiapkan diri. Dah tiada Damia di sisi ni, kenalah dia bangun tidur
sendiri. Selalunya ada sahaja suara merdu Damia yang mengejutkan dia bangkit.
Hmm Is, nampaknya kau kena belajar jadi bujang baliklah ni nampaknya.
Tiba di universiti, ramai yang
menyerbunya nak tahu keadaan Damia. Iskandar hanya menjawab apa yang dia tahu
sahaja.
“Aku dah buat laporan polis. Kau
jangan risau, peragut tu insya-Allah akan jumpa juga nanti.” Adam datang
bersama Ikmal. Mereka hadiahkan senyuman pada Iskandar. Nak beri sedikit
kekuatan pada lelaki itu.
“Thanks,
bro.” Iskandar tak tahu nak ucap apa selain terima kasih. Dia sangat
menghargai pengorbanan kawan-kawannya. Tolong doakan keselamatan Damia baginya
sudah cukup.
ISKANDAR
sembamkan wajahnya di sisi katil Damia. Hampir setiap saat dia pasti akan
merenung wajah yang terbaring di hadapannya. Berharap mata yang masih terpejam
itu akan kembali bernyawa. Tapi setiap saat itulah dia hampa.
“Bila nak sedar ni, sayangg?”
“I
miss you a lot.”
“Boboy dah lama maafkan baby. Dari
hari yang baby tak sengaja terjatuhkan kamera boboy lagi. Boboy tak pernah
simpan apa-apa pun perasaan marah pada sayang. Bangunlah, sayangg..” Iskandar
terus meluahkan rasa hatinya. Tangan itu digenggamnya lebih erat.
“Boboy, bila kita boleh tengok
wayang? Kita tak pernah lagi tengok wayang sama-sama.” Soalan yang Damia tanya
padanya pagi semalam. Tapi jawapan yang dia balas, sangat menghampakan hati
gadisnya.
Dia nampak wajah isterinya disaat
dia membalas soalan tu. Wajah tu.. Tergambar perasaan hampa. Kecewa.
“Sayang.. Sayang sedar kita terus
tengok wayang eh?”
Aisy, bangunlah Damia. Aku boleh
tengok kau tidur. Tapi aku tak boleh tengok kau tidur yang tak sedar-sedar
macam ni. Hati aku sakit sangat. Kalaulah dia yang berada di tempat Damia..
Tapi ‘kalau’ tu takkan merubah apa-apa yang sudah berlaku. Itu hakikatnya.
PETANG
esoknya, Iskandar dan Darwish berjumpa dengan doktor. Doktor yang merawat Damia
selama dia dirawat disini.
“Doktor.. Kecederaan adik saya tak
serius sangat, tapi kenapa dia masih tak sedarkan diri?” Tanya Darwish bagi
pihak Iskandar. Iskandar hanya mengangguk. Sepatutnya Damia dah lama dah sedar.
Tapi kenapa sampai sekarang, Damia masih lagi belum sedarkan diri?
Damia ada kecederaan dalaman ke?
Nampak doktor tu mengeluh. “Saya pun
tak pasti encik. Sepatutnya dia dah lama sedarkan diri. Tidak pun macam nilah,
apa kata kalau kita tunggu aje sampai Puan Damia sedarkan diri? Lepastu baru
pihak hospital boleh buat pemeriksaan dengan lebih lanjut.”
Iskandar dan Darwish sama
berpandangan. Mereka angguk sebelum keluar dari bilik doktor wanita itu.
Darwish tepuk bahu Iskandar beberapa
kali. “Harap kau bersabar.”
“Along pun sama. Miakan adik along.
Is ni suami dia je. Along yang hidup dengan dia dari kecil.” Balas Iskandar.
“Letakkan semua pada Allah.
Insya-Allah, semuanya akan berjalan lancar. Perancangan Allah itu lebih indah
dari yang kita jangkakan.” Pesan Darwish bersama senyuman manis dibibir.
ZULAIKHA pandang
tubuh tu lama. Dia nak pastikan sesuatu barulah dia bersuara. Bila dah hampir
dua minit dia pastikan sesuatu tu, dia tersenyum akhirnya. Alhamdulillah. “Weh
kau orang! Mia dah sedarlah!” Jeritnya girang. Siap tepuk tangan lagi.
Mereka yang ada dalam wad tu semua
bergerak ke katil Damia. Masing-masing menunggu tindakbalas perempuan yang terbaring
lemah itu. Meskipun nampak lemah, tapi kecantikannya masih dapat dilihat.
Perlahan-lahan mata yang sudah
banyak hari tertutup itu terbuka. Mata itu pandang syiling bilik sebelum meliar
pandang sekeliling. Sebelah tangannya memegang dahi lantas diurutnya perlahan.
Kepalanya perlahan menggeleng lemah nak menghilangkan sakit kepala yang
bertandang.
“Kat.. Mana ni?” Damia berdehem.
Perit tekaknya. Suaranya berubah serak-serak. Langsung dia minta air untuk
mengisi tekaknya yang kering. Zulaikha menuang air masak dalam botol pada cawan
plastik. Penyedut minuman dia ambil lalu diletakkan dalam cawan plastik itu
sebelum disuakan pada Damia. Perlahan Damia menyedut air masak.
“Kau ada kat hospital.”
Damia kerut dahi. Hospital? Buat apa
pula dia berkampung di sini? Rumah bukan main lawa, hospital ni juga ke yang
aku menumpang? Tapi bila nampak tangannya yang berbalut, dia tak berani nak
pertikai lagi kenapa dan sebab apa dia terbaring kat sini.
Damia pegang lengan Zulaikha. “Aku
nak duduklah. Pinggang dah sakit baring lama-lama.” Zulaikha angguk. Dia dengan
June tolong dudukkan Damia sementara Jue tolong jaga kain yang menutup kepala
Damia. Kang sekali terjatuh masa bersusah-payah nak dudukkan Damia, kan ke
susah. Dah habis nampak dek Adam dengan Ikmal mahkota Damia yang ditutup selama
ni.
Damia pandang sekeliling. Ada June,
Jue, Zulaikha, Adam dengan Ikmal kat keliling katilnya. Matanya meliar lagi.
Kot ada Iskandar ke, tapi dia tak jumpa. Hmm, kecewa lagi dia hari ni. Marah
sangat ke Iskandar sampai nak datang melawat dia yang sakit ni pun tak nak?
Mata Damia jatuh pada tangan
kanannya yang berbalut. Dia cuba gerakkan sedikit lengannya itu, tapi dia
mengaduh sakit bila tangannya cuba digerakkan. “Auchh!”
“Janganlah gerakkan sangat tangan
kau tu. Nanti susah nak sembuhlah.” Pesan June.
“Entah Mia ni. Nanti makin luka,
susah pula kau nak sembuh balik.” Zulaikha pula menambah.
Damia masamkan wajah. “Susahlah
kalau ada dua bakal doktor kat sini. Buat itu, tak boleh. Buat ini, tak boleh.
Apa yang aku boleh buat?” Yang lain gelak.
“Jangan buat apa-apa!” Serentak June
dengan Zulaikha beri arahan. Damia gelak lagi.
Dia pandang kelima-lima kawannya,
“Tangan aku kenapa?”
June pandang Zulaikha sebelum
pandang yang lainnya. Mata mereka semua lebih terarah pada Zulaikha. Zulaikha
yang faham, mengangguk. “Tak serius sangat, just
retak sikit je.” Perlahan suara Zulaikha.
Damia bulat mata. “Tak serius kau
cakap retak tu?” Dia lagi prefer
tulang dia patah dari retak. Itu apa yang dia elakkan selama ni. Tulang retak
weh. Rasa dia.. Macam nak mati. Mati pun tak rasa macam ni kot!
Damia pegang perutnya. “Dah berapa
lama aku kat sini?” Perutnya itu diusap-usap. Tetiba rasa lapar pula.
“Nak dekat empat hari dah. Semua
doktor dalam hospital ni pelik tau bila kau yang hanya retak tangan tu boleh
tak sedarkan diri empat hari.” Besar betul impak kau kena ragut ni, Damia.
Sampai tak sedarkan diri.
“Aku lagilah pelik. Patutlah sengal-sengal
je badan aku.” Damia tumbuk bahunya. Patutlah dia rasa lena betul dia tidur.
Sampai boleh dia termimpi Prince Charming turun dari kuda!
“Jangan ditumbuk! Nanti makin
sakitlah.” Marah June. Dia tampar tangan Damia yang mengurut bahu kirinya.
Lepastu June sambung urut bahu Damia yang lenguh tu. Damia senyum saja bila
kena urut macam tu. Ada hikmah rupanya aku sakit teruk ni. Hmm, bolehlah
bermanja-manja dengan orang kan?
“Kau orang ke yang jaga aku kat
sini?” Soalan Damia buatkan yang lain diam.
“Walaupun aku rajin tapi tak adalah
aku sanggup nak jaga kau kat sini.” Jujur Ikmal. Damia angguk. Tahu dah kalau
yang cakap tu Ikmal. Ikmal memang macam ni. Tolong orang bab lain, boleh. Tapi
kalau pertolongan tu yang melibatkan keselesaan hidup dia, memang dia tak
jeling dah. Terus tak nak!
“Orang yang paling kau sayang yang
jaga kau saban hari.” June senyum. “Dari mula kau masuk hospital, sampai
sekarang, masa dia dekat rumah tak sampai empat jam. Selebihnya dia banyak
habiskan masa kat sini.” Tambah June lagi.
“Kat sini rumah kedua dia. Segala assigment, kerja uni, dia buat kat
sini.” Jue mula bersuara.
“Dia sanggup korbankan masa tidur
dia.” June angguk sebelum menambah. “Semata-mata nak tunggu kau sedar.”
“Dengan mata kepala kita orang, kita
orang nampak yang dia berdoa berharap sangat semoga kau cepat sedar.”
Damia terdiam. Lepas seorang,
seorang yang lain pula bersuara. Damia.. Rasa lain macam. Hati dia
meronta-ronta nak tahu siapa. Matanya pandang senyuman yang terlukis dibibir
lima sahabatnya. “Siapa?”
Mereka berpandangan sebelum
sama-sama tersenyum. “Tuu..” Adam buka ruang antara mereka. Dari tempat Damia
duduk, matanya pandang tepat pada seseorang yang tengah terlena atas sofa dalam
bilik ini.
“Dia?”
“Ha’ah. Dia baru aje lena tadi.
Sementara kita orang ada kat sini, kita orang suruh dia tidur dulu. Mata dia
dah merah sangat dah sebab kurang tidur. Kesian weh.”
Damia senyum akhirnya. Kan dia dah
cakap sebelum ni, Iskandar masih sayang dan prihatin pada dia. Perasaan terharu
menjengah tangkai hatinya. “Ohh godness.”
Damia pekup mulutnya dengan sebelah tangan. “Terharunya..” Mata dah kabur dek
air mata yang menghuni kolam matanya.
“Gediklah kau. Itu pun nak terharu
bagai.” Cebir June.
Damia gelak. “Lantak akulah.
Cemburu, cakap. Aku boleh carikan suami untuk kau. Hah, Adam single lagi tu.”
Adam dengan June sama-sama jegilkan
mata. Yang lain gelak.
“Kan aku cakap aku tunggu kau.”
Selamba Said Adam ni balas. Damia pula yang buntangkan mata. Sebelah tangannya
dah cekak pinggang. Tak sukalah bila Adam cakap macam tu. Seolah-olah macam
Said Adam mendoakan yang hubungan dia dengan Iskandar tak lama. Macam akan terputus
tengah jalan.
“Kau cakap lagi macam tu, kita putus
kawan!”
Adam gelak. “Aku memain ajelah.
Ingat aku nak ke kena sula dengan Is.” Dijelingnya Damia. Lepas kena tarbiah
dengan Iskandar haritu, terus dia janji takkan cakap macam tu lagi dah.
“Weh Mia.. Yang lain kirim salam.
Semua bersyukur sebab kau dah sedar.” Beritahu Jue bersama telefon yang
diangkat separa bahu. Tahulah Damia yang Jue dah beritahu kawan-kawan yang lain
mengenai dia yang dah sedar ni.
Damia pandang Ikmal. “Boleh aku
pinjam telefon kau, tak?” Yelah.. Telefon dia dah kena ragut. Nak guna telefon
siapa? Bukan telefon aje. Dengan kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, duit
dan segala alat mekap dia dalam beg tangan tu dah kena ambil. Bukan tu aje,
gelang tangan emas dia pun hilang juga. Nak meraung dia bila ingat gelang
tangan emas tu. Iskandar kasi lepas akad nikah kot.
“Apa buat?”
“Telefon ibu aku.. Mama.. Along..”
Belum sempat Damia sudahkan ayatnya, Jue dah sampuk. “Dia orang dah tahu dah.
Nanti sekejap lagi dia orang sampai.” Senyum.
“Serius ke weh?” Jue angguk. “Terima
kasih.” Ucap Damia. Senang hati dia dah. Tak sanggup pula nak kejutkan Iskandar
yang tengah tidur tu. Memang mengantuk betullah suami aku ni. Kita orang macam
nak pecah dinding ni ketawa pun, Iskandar masih tak kuis langsung. Tidurlah
sayangku.. Mimpi baby eh? Hehee
“Bila tangan aku ni nak baik?” Tanya
Damia malas.
“Tak payah tanya kita orang pun kau
dah tahu bila kan?” Gumam Zulaikha. Memang sesajer lah tu tanya orang lain
sedangkan dia dah tahu.
Damia gelak. Baru nak bermanja. Dah
kena sindir-sindir macam ni. Haih. Tapi tak apalah, tak dapat bermanja dengan
kawan-kawan dia yang bertuah ni, dapat bermanja dengan lelaki yang tengah lena
tidur kat sofa tu pun okay juga.
Damia gelak nakal.
Yeyyyyy....mia dah sdar....best...best
ReplyDelete