Iskandar buka mata dia perlahan-lahan. Leher yang lenguh sebab baring tanpa bantal dia
regangkan. Dia pandang pula katil. Nampak Damia tengah duduk sambil
tergelak-gelak. Lepastu dia mengiring ke kiri nak sambung tidurnya. Mengantuk
sangat dia ni. Sanggup dia korbankan waktu tidur dia semata-mata nak jaga
isterinya.
Wait! Jaga isteri?
Mata kembali dibuka dan dia terus
duduk tegak pandang katil. Terpaku pandangannya pada Damia yang baru
perasankannya. Damia buat peace
padanya sambil tersengih nampak gigi.
“Good
evening, boboy.” Ucap Damia girang.
Iskandar gosok matanya. Macam tak
percaya apa yang dia nampak sekarang ni. Dia pantas melangkah ke arah Damia
bila nampak gadisnya itu sedaya upaya nak turun dari katil. Lengan kiri Damia
dia pegang lembut. “Nak pergi mana?”
“Boboy baringlah dekat sini. Mesti
penatkan dah banyak hari tidur kat sofa tu.” Bahu kanan Iskandar diurutnya
pakai tangan kiri. Dah tangan tu aje yang dia boleh guna. Nak pakai kaki kang
rasa kurang ajar pula.
“Ish.. Apa pula. Yang sakit sekarang
ni kan, baby. Baby ajelah yang baring
dekat katil ni. Dah, naik balik.” Iskandar dudukkan Damia. Kaki Damia dia tarik
dan letak atas katil.
Sementara Damia.. Terkaku sekejap.
Dia macam salah dengar. Is panggil dia baby?
Ohh my.. Setelah seminggu lebih. Baru hari ni dia dapat dengar gelaran tu
diucap semula. Bibirnya senyum. Sangat terharu.
Makin melebar senyuman Damia bila
rasa dahinya dikucup. Ohh air mata.. Jangan kau mengalir sekarang. Ya Allah terharunya
aku.
Damia pandang Iskandar bila lelaki
tu selesai mengucup dahinya. Iskandar balas renungan isterinya. Dia jungkit sebelah
kening kemudiannya. Nak hantar isyarat, kenapa?
Damia senyum bila dapat isyarat tu.
Tangan kirinya didepakan. “Nak peluk..”
Sekejap sahaja, mereka sudah
berpeluk. Masing-masing melepasan kerinduan yang membara dijiwa. Damia
sembamkan wajahnya di dada bidang Iskandar. Dada itu diciumnya. Tangannya pula
peluk pinggang Iskandar erat. Tak erat sangatlah kan kalau guna satu tangan
aje. Huhuu..
“I
miss you, sayangg.” Luah Iskandar di telinga Damia. “Tahu tak macam mana
takutnya boboy bila baby tak sedarkan
diri?” Pelukan terlerai. Iskandar tatap wajah isterinya yang sudah berair
dengan air mata yang mengalir tu. Pantas dia tersenyum. Air mata tu dia seka
lembut. Kelopak mata Damia dia cium.
Sambil pegang pipi Damia, sambil
Iskandar bersuara. “Jangan buat macam ni lagi.” Damia angguk. Iskandar tak
suruh pun dia takkan buat lagi. Manusia mana ajelah yang nak buat benda yang hampir
meragut nyawa ni? Gila betullah kalau ada manusia yang buat.
Mereka berpelukan lagi.
“BOBOY.. Pinjam
telefon.”
Iskandar yang tengah seronok membelek laptopnya dihujung katil pandang Damia.
“Nak buat apa?” Soalnya.
“Nak buka Insta. Bosanlah.”
Telinganya yang gatal digaru.
Iskandar hulur Iphonenya pada isteri
yang dilanda kebosanan tu. Apalah.. Aku dah bawa laptop tak nak guna. Telefon juga dia cari. Gumam Iskandar dalam
hati. Lepastu dia sambung main games
Plant Vs Zombies. Laju tangannya bergerak nak bunuh zombie melayut tu. Mati kau
cik bie!
Damia bukan Instagram. Tertera
Instagram milik Iskandar. Dah telefon dia, memang dia punya jelah. Damia senyum
nakal. Dia buka timeline lelaki tu.
Melopong sekejap mulut dia bila tengok followers
Iskandar. Apakyer ahh.. Dah mencecah 10k. Huishh, memang popular betullah suami
aku ni. Aku ni pun tak sampai lagi seratus followers
dalam Instagram.
Damia skrol pula Instagram tu ke
bawah. Gambar yang dia hantar pun banyak. Yang paling terbaru lelaki tu post gambar, kira-kira empat hari lepas.
Gambar Damia yang tengah baring bersama tangan kanannya yang berbalut. Gambar
tu disini. Di hospital ni, dan dibilik ini.
Damia yang tengok gambar dia sendiri
pun rasa kasihan. Macam manalah aku boleh parah sampai macam ni? Nak kata tak
jaga diri, masa tengah berjalan tu, keliling dia ada orang. Siap ada Iskandar
dengan kawan-kawan dia lagi. Tetap juga kena ragut.
Tapi itulah namanya takdir. Kalau
nak jadi tu, maka jadilah. Kun fayakun, ye dakk?
Dia baca caption dibawah gambar tu. ‘Tuhan.. Selamatkan dia untuk aku.’
Komen yang ada di situ pun dia baca sekali. Ramai juga yang komen pada gambar
tu. Ada yang mendoakan dirinya. Ada yang tertanya-tanya mengenai dirinya. Dan
ada juga yang turut bersimpati. Tak ada pula dia nampak komen yang berunsur
negatif mengenai dirinya. Samada komen tu sudah Iskandar padam, atau apa.. Dia
tak tahulah.
Damia senyum. Ramai juga yang
prihatin ye. Ke sebab dia orang kenal Iskandar? Ha tak kisahlah. Janji semua
orang bahagia.
“Boboy.. Bila boleh keluar ni?
Bosanlah.” Rungut Damia. Instagram Iskandar dia keluar dan digantikan dengan
Instagram miliknya. Hmm.. Empat hari dah tak buka, tiada apa-apa pun yang
berubah. Kecuali bilangan followernya.
“Esok boleh keluarlah tu. Tunggu jelah.”
Balas Iskandar. Matanya lebih fokus pada permainan komputernya.
Damia buka kamera. Lepastu dia
berselfie dengan Iskandar. Iskandar yang khusyuk main games terus tak fokus dan pandang kamera. Dia tayang senyum sebelum
senyumannya tiba-tiba mati.
“Senyumlah, boboy.” Tegur Damia.
Terus tak jadi dia nak berselfie.
Iskandar pandang isterinya. “Molek
sangatlah tu ambil gambar tak pakai tudung.” Berkerut-kerut dahi Iskandar tegur
isterinya. Nak ambil gambar, Iskandar
boleh aje. Tapi tang Damia yang tak pakai tudung tu, elok sangatlah tu.
Damia baru perasan. Dia pandang
kepalanya. Eh a’ahlah. Baru dia perasan yang dia tak sarung tudung nak tutup
rambutnya. Haih, gila betul kalau orang bukan mahram nampak rambut dia. Nasib
tak post lagi gambar tu.
Damia capai pashmina dan dililit
asal boleh pada kepalanya. Asal tak nampak rambut sudahlah. Dia sambung balik
selfienya bersama suami.
Klik!
“Good..”
Gumam Damia sambil senyum. Lepas dah buat caption
pada gambar, dia hantar gambar tu di Instagram. Kali pertama dia hantar gambar
dia berselfie bersama Iskandar di Instagram. Selalunya, tak gambar dia seorang,
gambar dia dengan Iqmal. Atau tidak pun, gambar dia dengan kawan-kawannya.
Ataupun gambar dia dengan keluarga.
DAMIA senyum.
Lebar senyuman dia. Siapa ajelah yang tak senyum bila doktor beri izin yang dia
dah boleh keluar dari hospital ni. Yeayy! Hilang dah bosan dia lepas ni. Dah
boleh jalan-jalan. Dah boleh buat kerja gila. Dah boleh pergi universiti. Dah
boleh goda Is. Eh?
“Boboy keluarlah sekejap. Baby nak
salin baju ni.” Pinta Damia bila Iskandar ikutnya masuk bilik air.
“Buat apa? Nanti siapa yang nak
tolong buka butang baju tu?” Tanya Iskandar pula. Dah lah sebelah tangan aje
yang boleh digunakan. Ada pula disuruhnya kita yang nak tolong dia ni keluar?
“Alah.. Baby boleh buka sendirilah.”
Sangkal Damia. Malulah dia kalau Iskandar tengok dia salin baju.
Iskandar cekak pinggang. “Hah, cuba
buka nak tengok.”
Dengan berbekalkan sebelah tangan,
Damia terkial-kial membuka butang dibajunya. Dah tiga puluh saat berlalu, tapi
butang baju tu satu pun tak boleh buka. Akhirnya dia mengeluh. Pandangan minta
simpati dia tayangkan pada Iskandar yang pandangnya.
Iskandar senyum nipis. “Hah tu lah..
Boboy dah cakap, degil. Lawan lagi cakap suami.” Dia membongkok nak samakan
ketinggiannya dengan Damia. Kedua tangannya diangkat mahu membuka butang pada
baju hospital tu.
“Ish boboy.. Malulah. Pejamlah mata
tu.” Suruh Damia. Darah merah dah serbu ke muka dia dah bila dua butang di atas
sudah berjaya dibuka Iskandar.
Iskandar pandang isterinya seraya
tersenyum. “Sebelum ni boboy yang salin baju baby okay aje.” Selamba dia
bersuara.
Damia bulat mata. “Apa dia?!”
Tertinggi suara yang dituturkan. Dia telan liur bila nampak Iskandar angguk.
Dia yang salin baju aku? Huarghhh.. Macam nak menangis. Malunya. Ibuu...
“Alah, tak ada apalah. Macam tak
biasa pula. Lebih dari ni pun boboy dah tengoklah.” Iskandar kenyit mata.
Selamba sahaja dia buka baju yang Damia pakai dan sarungkan dengan baju yang
baru.
Damia tak perasan langsung.
Tahu-tahu aje Iskandar dah bawa dia keluar dari bilik air. Serupa tak payah
masuk bilik air macam ni. Baik tukar je kat katil.
Damia bangkit pula. Tapi cepat
Iskandar tahan. Risau dia bila tengok isterinya yang terlalu banyak sangat
bergerak ni lantas disoalnya, “Nak pergi mana?”
“Nak kemas baju dalam tu ha.” Sambil
tunjuk almari kecil di sebelah katil. Hospital macam dekat hotel. Dengan almari
bagai.
“Baby duduk, biar boboy yang buat.
Baju apa aje dalam tu?” Iskandar berjalan ke almari tu. Pintu almari dibuka.
“Ada baju, seluar, bra.. Semuanyalah
baby punya.” Takkanlah Iskandar suruh dia senaraikan satu per satu kot. Dah dia
yang bawa baju tu semua datang sini. Takkanlah boleh lupa?
“Bra sayang macam cermin mata Oakley
lah.” Sakat Iskandar sambil senyum nakal.
Damia kembungkan pipi. Dia jeling
Iskandar sekejap. Aish, ada aje yang dia nak komenlah. Bra aku macam Oakley pun
dia kisahkan. Tak faham betul dengan perangai kuat menyakat Iskandar tu.
Pintu yang terbuka dengan tiba-tiba
dari luar tu buatkan Iskandar terus peluk Damia. Bukannya peluk sesajer tapi
lebih kepada peluk untuk tutup rambut Damia yang terdedah tu. Manalah dia orang nak tahu yang ada
orang masih nak melawat Damia. Kalau tahu, mesti dah lama dia suruh Damia
sarung tudung.
Iskadar menoleh ke belakang. Ada
June, Jue dengan Zulaikha. Semuanya perempuan. Mana Ikmal dengan Adam?
Selalunya kalau ada tiga perempuan ni, mesti akan ada juga dua lelaki tu “Mana
Adam dengan Ikmal?” Tanya Iskandar. Pelukannya masih belum dilepaskan selagi
dia tak tahu di mana dua lelaki tu berada.
Ketiga perempuan tu berpandangan.
Peliklah bila Iskandar tanya mana Adam dengan Ikmal. “Tak tahu. Kita orang
memang datang bertiga.” Jawab June.
Iskandar lepas nafas lega. Baguslah.
Pelukan tu dia leraikan. Dia kembali ke almari. Innerhead dan juga pashmina
berwarna hijau lumut dia hulurkan pada Damia. Damia capai dan pakai pashmina
tu.
Damia pandang kawannya sambil dia
belit pashmina di kepala. “Datang sini apahal?” Tanyanya macam nak cari gaduh.
“Nak tengok engkaulah. Rindu tahu tak
kau tak ada kat kelas. Bosan je hidup kita orang.”
Damia gelak aje lepas dengar. Rindu
aku? Boleh percaya ke ni? “Alah, nanti datang ajelah rumah aku. Macam tak tahu
pula.”
“Kau balik mana?”
“Mana, mana?” Damia blur.
“Kau balik rumah yang mana?”
Damiakan ada tiga rumah. Rumah keluarga dia, rumah keluarga Iskandar dan juga
rumah dia dengan Iskandar.
“Rumah mak mertua Is. Tapi tiga hari
je. Pak cik tu ha tak nak tinggalkan rumah lama-lama.” Padahal rumah ibu bapa
mereka semuanya jauh dari universiti. Saje gebang
sikit.
Nampak Zulaikha jungkit kening.
“Rumah mak mertua Is?” Lepastu Zulaikha gelak. “Cakap rumah ibu kau lagi jimat
patah perkataan kot aku rasa.”
“Tahu. Saje je nak cakap bebanyak.
Empat hari aku diam membisu.” Sengih.
“Dah siap dah?” Soal Iskandar.
Terpaksa dia masuk campur. Kalau tak, sampai esok belum tentu mereka keluar
dari hospital ni.
“Sudah, bebeh.”
No comments:
Post a Comment
Buah fikiran anda amatlah di hargai.