"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Thursday, May 12, 2016

Suamiku Ramai Crush [55]



Damia buka pintu bilik. Disebabkan dia terlampau bosan duduk dalam bilik seorang diri, dia ambil keputusan nak pergi ruang tamu. Dah banyak novel dah yang Iskandar beli untuknya baca bila bosan. Tapi dia malas nak baca guna satu tangan ni. Susah weh. Last-last, novel yang banyak-banyak tu tersimpan dalam almari yang menyimpan koleksi novelnya. Nanti-natilah dia baca bila tangan kanannya dah sembuh nanti.

            Dipertengahan jalan nak turun tangga, dia terserempak dengan Iskandar yang baru nak naik. Damia balas senyuman yang dihadiahkan suaminya.

            “Baru nak panggil turun.”

            Iskandar pimpin Damia turun tangga. Pimpin dia macam Damia ni patah kaki ajelah. Padahal yang retak tangan. “Kenapa?”

            “Running Man nak start dah.” Beritahunya sambil tersenyum.

            Damia senyum lebar. Hari ni ada Running Man rupanya. Macam manalah dia boleh lupa? Nasiblah dia tergerak hati nak turun tadi. “Eh ye ke?” Tak fikir panjang, Damia terus lompat tiga anak tangga sekaligus dan berlari ke ruang tamu.

            “Hey! Jatuh karanglah.” Dengar Iskandar menjerit dari belakang. Damia gelak aje.


“BOBOY..”

            Iskandar jungkit kening. Semenjak isterinya retak tangan ni, setiap hari dia dengar suara manja Damia panggil dia. Boboy sana.. Boboy sini.. Boboy tolong tu.. Boboy tolong ni. Tapi peduli apa, dah seminggu dia menahan rindu weh. Sekurang-kurangnya bila Damia panggil dia manja macam tu, boleh juga mengubat rindu dia.

            “Ada apa, sayang?”

            “Mana sepit kuku?” Tanya Damia. Kuku ditangannya di pandang. Dah lama juga dia tak potong kuku ni. Dah panjang dah pun. Dah bercicit dah taik kuku aku ni. Haishh..

            Iskandar bangkit dari duduk. Tengah syok-syok nak bunuh Zombie dalam games pun terbatut bila dengar suara lembut isterinya. Dia melangkah ke belakang televisyen. Ada satu mangkuk di situ dan dibuka. Sepit kuku dia bawa keluar dari situ dan duduk di sisi isterinya.

            “Bak tangan..” Pinta Iskandar.

            “Ehh, nak buat apa?” Cuak Damia menyoal. Dia sembunyikan tangan kirinya dibelakang badan. Dah berura-ura nak menjauhkan diri dari Iskandar.

            Iskandar gelak nyaring. “Nak potong kuku tulah. Macam boleh je potong kuku guna tangan yang sama.”

            Damia kelu. Lah, cakaplah awal-awal nak potong kuku. Ini minta tangan aku macam nak buat sesuatu yang buruk je. Dengan senang hati Damia hulurkan tangannya. Heavennya dilayan macam tuan puteri ni.

            Kambing putih kambing biri, kalau sudi buatlah lagi.

            Berhati-hati Iskandar potong kuku isterinya. Inilah kali pertama dia potong kuku orang. Jadi kenalah berhati-hati. Kang sekali salah potong, dah berdarah pula. Naya dia nanti. Dah jadi satu hal nak kena pujuk pula tuan puteri ni.

            “Bila boleh pergi uni ni?” Tanya Damia. Dia bosanlah dah seminggu duduk rumah. Dah banyak dah pembelajaran yang dia tertinggal. Macam mana nak masuk semester yang baru kalau banyak ilmu yang dia tertinggal?

            Iskandar pandang isterinya sekejap, lepastu kembali pandang kuku Damia. “Bila baby nak pergi?”

            Damia kaget. Tersenyum dia. “Boboy kasi?”

            “Dah kalau baby nak pergi, boboy kasi ajelah. Ilmu kan.. Takkan nak halang pula.” Lagipun dia tak nak buang masa. Seelok-eloknya, dia nak manfaatkan masanya dengan Damia. Iyelah, tahun ni sahaja mereka boleh belajar bersama-sama. Selepas ni, dia pun dah habis belajar. Tinggal isterinya sahaja yang menuntut ilmu. Nanti mesti dia rindu saat ni.

            Damia senyum nampak gigi. Nak tepuk tangan tak boleh pula. Senyum ajelah yang dia mampu. “Yeayy! Esok nak pergi.” Damia terus buat keputusan. Dalam bayangannya dah boleh nampak kebahagiaan dia bila di universiti.

            “Tapi..” Iskandar pandang Damia. Sepit kuku dia letak atas meja. Dah siap dah potong kuku Damia. Alah, lima jari kiri aje. Buat apa nak berlama-lamaan? “Tak susah ke nanti nak bawa laptop dengan buku serentak?” Itulah yang dia bimbangkan. Nasib baik jugalah isterinya menulis guna tangan kiri. Nanti tak adalah terkial-kial nak menulis kalau ada apa-apa yang penting.

            “Alah.. Boboy kan ada. Tiga minah tu pun ada juga. Apa susah?” Dia senyum. Relakslah brader. Allah bagi kesulitan dengan jalan penyelesaiannya sekalilah.

            “Okaylah kalau macam tu.” Iskandar akur.


SEMUA yang mengenali Damia terkejut bila nampak Damia yang baru keluar dari kereta sambil segala barang-barang kepunyaannya sudah berada di tangan Iskandar. Adam yang baru menapak masuk di universiti ni pun bergegas ke arah mereka.

            “Aik. Dah masuk dah? Ingat nak berehat lama lagi sampai tangan tu sembuh.” Adam pelik. Bukankah Iskandar cakap dengan dia macam tu hari tu? Katanya, dia akan benarkan Damia masuk semula ke universiti lepas sahaja tangan Damia sembuh sepenuhnya. Ini apa citer pula?

            “Aku bosanlah duduk rumah. Kalau ada yang teman, boleh juga aku duduk lama-lama.” Balas Damia. Rasa macam duduk dalam penjara tahap bosan dia tu, walaupun dia sendiri tak tahu macam mana rasanya duduk dalam penjara.

            “Itulah, kenapa tak buat anak cepat sikit? Kalau tak dah boleh kelek anak tu kehulu-kehilir.” Seloroh Adam. Dia ketawa. Tapi dia tak sedar ayat dia tu buatkan seseorang kecil hati.

            Damia mati senyum dia. Dia menunduk sebelum perlahan-lahan mengeluh. Bibirnya digigit perlahan. Meremang terus bulu romanya. Anak? Tangannya nak mengusap perutnya, tapi dia tak berdaya.

            Iskandar capai tangan Damia. Tangan tu dia genggam. “Sayangg.. Jom.” Berubah suara Iskandar. Dia dapat rasa apa yang isterinya rasa sekarang. Memang dah lama perkataan anak tu dilupuskan dalam perhubungan mereka. Tujuannya dia tak nak hati dan perasaan isterinya terluka macam sekarang.

            Tapi.. Huh. Kenapa Adam sebut pasal Anak?

            “Jumpa kau kat tempat biasalah, Dam. Aku nak hantar Mia jap.”

            Adam hanya angguk. Dia pelik sebenarnya bila nampak wajah suami isteri tu berubah tiba-tiba. Dia ada salah cakap ke? Kepala digaru.


ISKANDAR matikan langkah mereka berdua. Di tengah-tengah jalan tu, dia pandang Damia. Nampak wajah keruh tu tak ada perasaan. Pandangannya kosong. “Kenapa ni, hmm?” Dagu Damia ditolak bila isterinya menunduk.

            Damia senyum kelat. “Tak ada apa-apalah.” Dia teruskan langkah. Iskandar kembali matikan langkah tu.

            “Please baby..” Tangan kiri Damia yang masih bebas dari balutan dia pegang. “Jangan fikir apa yang Adam cakap tadi. Biar aje benda tu berlalu.”

            “Hmm.. Tengoklah. Tapi manusia mana ajelah yang tak ambil hati, kan?” Damia senyum tawar. Tangannya yang dipegang Iskandar dilepaskan. Kembali buka langkah.

            Iskandar mengeluh ditempatnya berdiri. Apa dia nak buat sekarang? Adam pun satulah, kenapa kat sini juga yang dia nak sebut pasal tu? Ohh okay. Adam tak tahu. Tak boleh nak salahkan dia juga dalam hal ni.

            Iskandar pandang langkah Damia yang semakin jauh. Perlahan-lahan dia buka langkah. Dalam beberapa saat, mereka sudah jalan seiring. “Hmm, baby.. Nah!” Iskandar hulur sesuatu pada Damia. Berharap yang isterinya suka.

            Damia pandang sesuatu yang suaminya hulur. Lepastu dia pandang Iskandar. “Apa ni?” Teragak-agak dia ambil. Bibirnya ukir senyum. Iphone! Wah, untuk dia ke? Bersinar-sinar mata Damia sekarang ni. “For me?” Tanyanya minta kepastian. Kotlah Iskandar sesajer mengacah.

            Iskandar angguk. “Iyelah. Nak bagi perempuan lain kang.. Auch! Adoii..” Dia gosok perutnya. Lebam habis dah perut aku. Berbisa juga cubitan ketam Damia ni.

            “Ha, buatlah macam tu. Sekarang mungkin kena cubit aje, mana tahu lepas ni boleh tengok kuali tukar jadi bola pulak.” Dia ikut sama gosok perut lelaki tu. Habis dah six pack laki aku!

            Damia pandang Iphone di tangan. Warna ungu. Cantik. Haritu dah perbaharui kad pengenalan, kad bank dan lesennya. Sampaikan alat make up dia pun boleh beli sekali. Tapi boleh lupa pula nak beli telefon baru. Tak terfikir langsung nak beli telefon baru walaupun masa tu semua kos perbelanjaan Iskandar yang tanggung.

            Terima kasih pada suaminya untuk Iphone ni. Tertanya-tanya juga dia, memang Iskandar suka alat elektronik jenama Apple ke? Bukan sahaja telefon dia jenama Apple, sampai laptop pun dia beli yang jenama Apple juga. Kalau ada mesin basuh jenama Apple, mesti yang tu pun dia beli juga! Nak yang mahal-mahal ajelah laki aku ni. Tak reti nak bersederhana langsunglah dalam hidup.

            Tapi yang tak reti bersederhana tu jugalah yang kau sayang, Mia oi!

            “Jealouslah tu.” Gumam Iskandar.

            “Kalau baby jealous kenapa?” Damia dah bulat mata. Wajah dia diseriuskan. Sukalah tu cakap pasal perempuan lain depan dia. Memang nak kena sangat ni.

            “Baguslah. I like!” Iskandar kenyit mata. Bibirnya dijilat. Nak goda Damia. Pandangannya penuh menggoda.

            Damia kecilkan matanya. “Jangan nak menggatal eh kat sini.” Kang ada yang tumbang ni nanti.

            “Apa salahnya? Hotel dekat kot.”

            Damia pejam mata. Dah merah dah muka dia. “Eee! Apa boboy ni?” Lengan Iskandar ditumbuk. Pantas dia meneruskan langkahnya.
            Dengar Iskandar gelak. Sampai tekan-tekan perut dia lagi nak beritahu betapa sukanya dia masa tu. Sekurang-kurangnya, dia boleh lupakan Damia pasal anak yang membuatkan mood isterinya berubah serta-merta tadi.

            Ya Allah.. Aku masih menunggu rezeki-Mu yang satu itu untuk kami berdua. Dia senyum puas.


BERSAMA sepit rambut di tangan, Damia berjalan turun ke tingkat bawah. Di situ dia cari suaminya, nak minta tolong. Matanya masih mencari bila tak nampak lelaki tu tengah tonton televisyen. Pintu rumah pun tertutup rapat aje. Bila dengar bunyi periuk berlaga di dapur, dia buat kesimpulan yang Iskandar ada di dapur.

            “Buat apa ni, boboy?” Tanya Damia. Macam nak tergelak dia tengok Iskandar. Hanya berseluar pendek dan tidak berbaju. Di atas kepalanya ada topi ala-ala chef. Siap berapron gambar Doraemon milik Damia. Tapi dia tahan gelak. Takut suaminya tersinggung kalau dia gelak pula.

            “Masak spagethi. Dah lama tak makan.” Jawab Iskandar berlagak macho. Dahi yang berpeluh di seka dengan belakang tangan. Lepastu sambung tos mee spagethi.

            “Ni kalau ambil gambar boboy yang tengah macam ni, lepastu masukkan dalam Insta, mesti peminat-peminat boboy gelak.”

            Iskandar pandang dirinya. Apa yang orang nak gelaknya? “Takkan ada orang gelak punyalah. Paling-paling dia orang akan cakap yang boboy ni suami mithali sebab jaga semua makan pakai isteri dia yang tengah sakit.” Kening dimain-mainkan. Damia jelir lidah. Alahai perasannya.

            Damia berjalan mendekati Iskandar. “Boboy.. Boleh tolong tak?” Damia buat muka simpati. Dengan tangan dia yang sebelah sakit ni, memang Iskandar ajelah yang dia cari minta tolong.

            “Tolong apa, sayang? Boboy sedia membantu.” Rambut isterinya yang menutupi sebelah mata diselit belakang telinga.

            “Ni ha..” Sambil tunjuk sepit rambutnya berwarna merah jambu. Sebelum ni, sebelum dia suka warna oren, Damia suka warna merah jambu. Sebab itu kebanyakkan warna barang yang dia ada, berwarna merah jambu. “Tolong sepit rambut jap. Rimaslah. Nak buat kerja pun terganggu.” Ngadunya.

            Iskandar senyum. Suka bila isterinya minta tolong darinya. Bila isterinya langsung tak minta tolong dari dia, dia dah boleh agak yang mesti ada sesuatu berlaku pada emosi isterinya tu. Nak hampir dua tahun mereka hidup bersama, semuanya pasal Damia dah ada dalam kocek hatinya. “Iyelah sayang. Meh sini..” Sepit rambut tu dia ambil.

            Damia pusingkan badannya. Hanya membiarkan suaminya mengatur rambut panjang mengurainya yang sudah melepasi punggung. Ni kalau dia minta biar rambutnya dipotong separuh, agak-agak Iskandar kasi tak? Tak cuba tanya, mana nak tahu kan?

            “Boboy.. Nak potong rambutlah. Boleh tak?”

            “Tak boleh!” Laju Iskandar membalas.

            Damia mengeluh. Macam yang dia agak tadi. Tak fikir langsung terus cakap tak boleh. Memang dia betul-betul memaknakanlah tu apa yang dia cakap. Hmm, tak apalah. Sekurang-kurangnya dia cuba tanya. Dan dia dah dapat jawapan yang suaminya langsung tak kasi dia potong rambut mengurai dia ni.

            “Bukan apa, sayang.. Baby lagi nampak lawa di mata boboy kalau rambut baby ni panjang macam ni. Boboy lagi suka baby rambut panjang dari rambut pendek.” Iskandar terpanggil untuk menjelaskan sebab dia tak izinkan Damia potong rambutnya.

            Damia senyum dengar penjelasan tu. “Sokaylah. Baby faham. Dah ke belum tu?”

            “Jap.. Lagi sikit. Cer pandang boboy jap nak tengok.” Damia pusing mengadap suaminya. Iskandar betulkan rambut yang berjuntai tu sebelum dia selit belakang telinga. Anak rambut yang berjuntai di dahi pun dia betulkan. Dia senyum. “Siap dah! Kan cantik ni.” Sempat dia cium bibir isterinya sebelum gelak.

            Damia kaget. “Ish boboy ni. Beritahulah dulu kot ye pun.” Dia berdiri di sisi Iskandar yang tengah toskan spagethi. Sesekali sos spagethi dia kacau perlahan. “Sedapnya bau.. Tak sabar nak makan.”

            “Dah. Tutup api tu.” Suruh Iskandar. Damia ikut. Dia beri laluan pada suaminya yang mahu mencapai sos spagethi tadi. Sos tu dia tuang dalam mangkuk besar atas meja. Damia duduk di kerusi. Dialah yang paling teruja nak makan spagethi ni. Siap tersengih-sengih lagi bila nampak Iskandar yang menjelingnya.

            “Jom makan.” Damia capai garfu dalam mangkuk spagethi tu. Tak terfikir langsung nak letak spagethi dalam pinggan. Tapi tangannya tu Iskandar tampar. Terus dia layang wajah masam.

            “Makan kat depanlah jom. Cerita bestlah.” Iskandar dah bersedia nak angkat dulang yang berisi mangkuk spagethi dan air barli ais.

          “Cerita apa je?” Soal Damia pelik. Bukan ke waktu sekaranglah televisyen tu tayang cerita yang tak seronok? Dalam pada dia pelik tu, dia bangkit juga pergi ruang tamu.

            “Frozen!” Gelak.

            Damia melopong. “Frozen?”

            “Ha lah.”

            “Bukan dah tengok ke haritu?” Dia duduk di sofa.

            “Tengok banyak kali pun tak bosanlah cerita kartun tu.” Iskandar capai remote television. Butang on ditekan. Dan terpampanglah huruf demi huruf menjadi perkataan Frozen. Nasib baiklah dia dah setkan televisyen ni tadi sebelum dia masak spagethi.

            Damia layan juga cerita yang ditayangkan tu. Betul cakap Iskandar, kartun ni tengok banyak kali pun tak bosan. Tangannya capai garfu. Kembali sambung apa yang tergendala di dapur tadi. Dan sekali lagi juga, tangannya ditampar.

            “Apa boboy ni? Orang nak makanlah.” Damia mendengus.

            “Siapa ajar makan pakai tangan kiri?”

            Damia terdiam. Dia pandang Iskandar yang dah jungkit kening tu. “Kena suaplah ni?” Soalnya. Dah tangan kiri dia aje yang ada. Nak makan pakai tangan tu, dilarang pula suami dia.


            Iskandar angguk. Dah kalau bukan dia yang suap, siapa lagi?

1 comment:

Buah fikiran anda amatlah di hargai.