"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Sunday, May 01, 2016

Suamiku Ramai Crush [Part 54]




Tepat jam satu pagi, Damia bawa Iskandar ke sebuah bilik. Sekarang dah tiba masanya dia ceritakan semuanya mengenai Kak Najwa. Dah banyak minggu tertangguh. Janji tinggal janji. Disebabkan mereka masih belum tidur dan ahli keluarga Damia yang lain sudah tidur, lagi senang Damia nak ceritakan semuanya tanpa ada satu orang pun yang masuk campur.

            Iskandar bantu Damia buka pintu. Pintu ditutup kembali lalu dikuncinya. “Welcome, boboy.” Tutur Damia. Kunci pintu tu dia letak atas meja.

            Iskandar pandang sekeliling bilik. Di semua dinding dalam bilik ni tertampal gambar-gambar. Ada gambar Damia sekeluarga. Berserak-serak gambar yang tergantung tu. Tak nampak langsung rupa dinding.

            Iskandar tengok satu gambar. Gambar yang pernah dia tengok diruang tamu. Tapi ada sesuatu yang lain pada gambar tu. Di ruang tamu, hanya ada lima orang aje dalam gambar. Tapi disini, ada enam orang kesemuanya. Dia tenung seorang lelaki yang tak pernah dia nampak dan kenal yang ada dalam gambar tu. Lelaki tu berdiri diantara Damia dengan Along.

            “Siapa lelaki ni?” Tanpa pandang Damia, Iskandar bertanya.

            “Angah.” Jawab Damia sepatah.

            Iskandar pandang isterinya di sisi. “Angah?” Damia angguk.

            “Lelaki yang kita ziarahi kubur dia hari tu.”

            “Kenapa boboy tak pernah kenal dengan dia?” Tanya Iskandar musykil. Dari zaman sekolah dia mengenali Damia, tapi kenapa dia tak pernah tahu kewujudan lelaki tu?

            Damia diam. Dia tidak punya jawapan untuk pertanyaan itu. Kenapa Iskandar tak pernah kenal Angah? Sebab Damia tak pernah nak kenalkan Iskandar dengan Angah. Sebabnya? Dia sendiri pun tak tahu.

            “Bila dia meninggal?” Iskandar tanya soalan lain pula walaupun hatinya nak tahu sangat kenapa dia tak pernah dikenalkan dengan lelaki merangkap abang iparnya itu.

            “Lima tahun lepas.” Dah genap lima tahun dah kepergian lelaki itu sejurus selepas keluarganya adakan majlis tahlil tempoh hari.

            “Sebab?”

            Damia mengeluh. Dia dan Iskandar tatap wajah Angahnya dalam gambar dihadapannya. Gambar Angah bersama uniform pilotnya. Handsome. Juruterbang rupanya arwah abang ipar aku ni. “HIV AIDS.” Menunduk.

            Iskandar terkejut. Hiv Aids? Biar betul? Dalam gambar-gambar ni lelaki tu elok je. Sihat walafiat lagi. Ada gambar tu dia boleh bergelak lagi dengan Damia. Tak ada pun wajah yang lelaki tu sedih menanggung sakitnya.

            “Dalam gambar-gambar ni semua, tak ada satu orang pun tahu yang Angah menghidap Hiv. Tengoklah muka dia. Tak nampak langsung yang dia tengah menderita penyakit tu.” Matanya meliar pandang kesemua wajah yang bertampal di dinding. Wajah Angah nampak riang bersama lesung pipit di kiri pipinya. Lagi menyerlahan kekacakannya.

            “Macam mana boleh ada Hiv tu?”

            “Jangkitan.. Dari seseorang.” Damia senyum pada Iskandar. Iskandar makin nak tahu cerita seterusnya mengenai Angah. Lalu dia bawa Damia duduk dikatil dalam bilik tu. Katil Angah, mungkin.

            Jangkitan dari seseorang? Setahu Iskandar, Hiv hanya akan berjangkit pada seseorang dalam beberapa perkara, iaitu homoseksual, perkongsian jarum suntikan, perlakuan heterosekuel, pemindahan darah yang tercemar dan juga seks. Jadi yang mana satu yang menyebabkan Angah dijangkiti Hiv? “Siapa?”

            Damia pandang Iskandar. Wajah kacak yang menjadi daya penariknya ditenung. Wajah kacak itulah yang dia selalu rindu. Setiap hari dia rindu walaupun duduk bertentang mata. “Kak Najwa.” Seakan berbisik, Damia menjawab. Menyebut sebaris nama tu.

            “Hah?!” Iskandar terbangkit drastik sebab terkejut. Dadanya berombak dah. Tak percaya dengan apa yang isterinya sampaikan. “Baby tipukan?” Wajah itu dipegang pipinya lembut. “Beritahu boboy yang baby tipu.”

            Damia menggeleng. “Baby tak pernah tipu boboy.” Dia tarik tangan Iskandar supaya kembali duduk. Banyak lagi yang dia perlu cerita. Dan banyak lagi juga yang Iskandar perlu dengar.

            Tak boleh nak usap belakang Iskandar ekoran kedudukan Iskandar yang duduk di sisi kanannya buatkan Damia hanya mengenggam jemari itu. Dia berhenti sekejap. Membiarkan Iskandar lebih tenang terlebih dahulu baru dia menyambung.

            Lepas beberapa minit, Iskandar kembali bersuara. “Ma.. Macam mana Kak Najwa..” Iskandar mati ayat. Dia pandang Damia. “Jadi sebab ni yang buatkan satu keluarga baby bencikan Kak Najwa?” Damia angguk.

            “Cerita semuanya pada boboy..” Pinta Iskandar. Dia tak mampu dah nak tanya banyak soalan, hanya diserahkan telinganya pada Damia untuk dia dengar segalanya.

            “Dacqris Aakif, nama Angah. Angah kenal dengan Kak Najwa masa dalam penerbangan ke Russia. Bila dah kenal, dia orang bercinta. Dan perkara tipikal orang bercinta, berjanji akan sehidup semati. Boboy pun tahukan, lelaki ada satu nafsu sembilan akal manakala perempuan, ada sembilan nafsu satu akal. Dia orang selalu keluar date sama-sama. Pergi pagi balik malam bila Angah tak on duty. Bila seorang lelaki dan perempuan bersama, pasti akan ada orang ketiga. Dan orang ketiga itu adalah syaitan. Tak tahu di mana silap dia orang, satu malam tu dia orang terlanjur dan tak ada satu orang pun yang tahu.”

            Damia tarik nafas. Tengah fikirkan ayat yang buatkan Iskandar faham apa yang dia cuba sampaikan.

            “Kak Najwa selalu datang rumah. Seminggu sekali ada aje muka dia melepak kat rumah. Tapi tak tahu kenapa, satu hari tu Angah tak balik. Angah balik dah nak dekat tengahari. Dan start from that day, baby perasan yang Kak Najwa dah jarang datang rumah. Angah pun dah tak selalu pegang telefon dia. Sebelumnya, baby baru jeling sikit aje telefon dia, Angah cepat-cepat ambil simpan. Tapi lepastu, Angah dah buat tak kisah dengan telefon dia tu. Sampai letak merata-rata.

            “Angah pun dah semakin diam, tak banyak cakap. Bila baby tanya kenapa, dia berulang-kali cakap yang dia okay tak ada apa-apa. Tapi deep down, baby rasa ada yang tak kena pada Angah. Baby try call Kak Najwa, tapi tak dapat, sampai sekarang. Samada dia tukar nombor ataupun dia memang sengaja tak nak cakap dengan baby. Tapi ada satu hari tu, lepas dua tiga bulan selepasnya, masa baby keluar dengan kawan-kawan pergi bandar, baby nampak Kak Najwa dengan Angah. Guess what, Kak Najwa pregnant!

            “Baby tegur dia orang tapi penerimaan yang baby dapat, Angah beritahu yang Kak Najwa dah kahwin. Lepas dari hari tu, baby terus tak nampak Kak Najwa.”

            Damia telan liur. Dia pandang Iskandar yang menunduk di sisinya. Jemari Iskandar dia genggam. Dapat dia nampak air muka Iskandar yang keruh. Mungkin tak sangka dengan perangai sebenar kakak saudaranya. Kita senasib, sayang. Masing-masing tak sangka dengan sisi hitam orang yang kita sayang. Betullah ayat yang dia terima dari seseorang tu, kadangkala orang yang paling kita sayang itulah yang mungkin akan mengecewakan kita.

            “Beberapa tahun lepastu, Angah mula tunjukkan perubahan dalam diri dia. Baby nampak Angah selalu lesu dan kadang-kadang tu Angah demam.” Damia tarik Iskandar supaya berdiri mengikutinya. Dia buka satu laci di meja tengah yang melekat di dinding. Beberapa gambar dia keluarkan dari dalam laci meja itu lantas diserahkan pada Iskandar.

            “Tu gambar Angah masa dia sakit.” Beritahunya bila nampak wajah tertanya-tanya sang suami.

            “Dah banyak kali baby suruh Angah pergi hospital buat pemeriksaan tapi dia tak nak. Dia cakap, sakit-sakit dia tu mungkin sebab dia terlalu penat. Yelah, lately ni dia banyak kali kena fly. Baby terima jawapan dia sebab baby percayakan Angah.”

            Damia duduk balik di atas katil. “Tapi dalam tiga empat tahun lepas tu, berat badan Angah makin lama makin susut. Dia kurus sangat. Makanlah apa-apa pun, badan dia maintan kurus kering macam tu. Kalau tengok betul-betul, boleh nampak tulang dia.” Iskandar juga turut duduk di sisi Damia. Tapi kalini Iskandar duduk di sisi kiri Damia yang boleh buatkan Damia mengusap tubuh lelaki itu.

            “Pernah satu haritu, hanya ada baby dengan Angah aje kat rumah. Yang lain semuanya pergi majlis bacaan yassin kat rumah mak cik. Baby period sebabtu baby malas nak ikut. Masa tu baby keluar dengan kawan, ada buat study group di perpustakaan awam. Sampai je rumah, baby nampak Angah yang hampir-hampir nak rebah bumi. Cepat-cepat baby telefon ambulans. Angah sesak nafas!”

            Damia masih lagi tenang bercerita. Dia kalau boleh nak cerita ini sampai ke pendengaran Iskandar dengan jelas. Tak nak cerita yang sama diulang-ulang banyak kali. Cukup tak suka.

            “Sampai hospital, doktor sahkan yang Angah hidap hiv/aids. Perasaan baby masa tu, hanya Allah je yang tahu macam mana. Tak sangka, orang yang paling kita sayang menghidap penyakit parah macam tu. Doktor cakap lagi yang Angah dah tak ada harapan untuk hidup lagi.

            “Angah tenat. Masa tulah baru nampak bintik-bintik merah pada tubuh Angah. Dan berbulan-bulan lepastu, Angah pergi.. Pergi tinggalkan baby, tinggalkan Along, tinggalkan semua orang.”

            Hidup adalah pilihan, mati adalah kepastian.

            “Seminggu selepas Angah dikebumikan, Kak Najwa datang dengan seorang budak lelaki. Budak lelaki tu mirip sangat dengan muka Angah buatkan baby tergamam bila tatap wajah budak tu. Hari yang sama, Kak Najwa ceritakan segalanya.”

            Damia diam agak lama. Buatkan Iskandar sentuh pipi Damia suruh pandang dia. “Kak Najwa cerita apa?” Dia tak sabar nak tahu kesudahannya.

            Damia basahkan bibirnya. “Boboy tahukan yang Kak Najwa pernah kemalangan?”

            Iskandar macam tengah berfikir. Akhirnya dia mengangguk. “Tahu. Tapi dah lama dah. Masa tu, boboy tak rapat sangat dengan Kak Najwa lagi. Baru-baru ni aje kita orang rapat sebab selalu jumpa. Masa Kak Najwa duduk sini dulu pun, dia jarang datang rumah, itu yang kita orang tak berapa rapat sangat.”

            “Kak Najwa hilang banyak darah masa kemalangan tu. Hanya Pak Su aje yang sama golongan darah dengan Kak Najwa. Tapi masa tu Pak Su tak ada kat Malaysia. Jadi Kak Najwa dapat darah dari pihak hospital. Pihak hospital cakap ada insan yang baik hati nak dermakan darah untuk Kak Najwa and her family accepted. Tapi tak siapa sangka, yang darah tu dah tercemar.”

            “Ada orang yang dermakan darah yang tercemar tu? Tak rasa macam ada orang yang nak dajalkan Kak Najwa ke?”

            Damia jungkit bahu. Masa tu dia masih remaja. Pengetahuan dia mengenai penyakit ni dia cetek sangat. Dan disebabkan itulah dia bercita-cita nak jadi seorang doktor. Mahu menyelamatkan nyawa manusia yang tinggal nyawa-nyawa ikan. Tak nak, apa yang berlaku pada dirinya, terjadi pada orang lain. Dia tak mahu, orang lain merasa kesakitan dan juga kesedihan yang pernah dia rasa sebelum ni.

            “Kak Najwa minta maaf sangat-sangat sebab dia tak beritahu Angah yang dia menghidap Hiv. Sampailah dia orang bercinta, dah terlanjur, dan Angah dah pun mati, Angah masih tak tahu kenyataan tu. Ibu marah sangat dengan Kak Najwa. Ibu sampai tak mengaku yang budak lelaki yang bersama Kak Najwa tu anak Angah. Ibu halau Kak Najwa dengan budak tu keluar dan jangan jejakkan kaki waima tunjukkan muka di hadapan ibu sekalipun.”

            “Mana budak tu sekarang?” Tanya Iskandar.

            Damia menggeleng. “Entahlah. Baby tak nampak dah budak tu mula dari hari Kak Najwa bawa jumpa kita orang. Baby tak tahu mana Kak Najwa simpan budak tu.”

            “Sebabkan itulah ibu benci sangat dengan Kak Najwa. Kebencian ibu melarat sampai satu famili turut sama bencikan Kak Najwa sampailah sekarang. Dalam masa beberapa tahun kebelakangan ni, ibu ada beritahu yang ibu dah bersedia nak maafkan Kak Najwa sebab dah lama sangat dia tak tengok wajah Kak Najwa. Kebencian ibu mungkin dah hilang rasanya. Tapi kebencian tu makin bertambah bila ibu jumpa Kak Najwa haritu.”

            “Tapi kenapa Kak Najwa nampak sihat aje?” Tak nampak pun yang Kak Najwa sakit ke haper. Mak Su tak beritahu apa-apa pun. Ke Mak Su masih tak tahu yang anak perempuannya menghidap hiv?

            “Kak Najwa tinggal tunggu masa aje nak pergi, boboy. Kak Najwa ada ambil rawatan HAART. Angah dia tahu lambat yang dia ada hiv. Sebab tu virus tu dah merebak yang dia tak ada peluang dah untuk hidup lebih lama macam Kak Najwa.”

            “HAART?” Tanya Iskandar pelik. “Apa kejadah pulak tu?”

            Damia gelak. Haih laki aku ni, asal dengar sikit ayat-ayat yang pelik mulalah buat muka berkedut macam tu. “Highly Active Anti-Retroviral Therapy.” Berkerut-kerut dahi Damia sebut ayat tu yang dia ingat sampai bila-bila walaupun nama rawatan tu punyalah panjang.

            “HAART tu rawatan kombinasi ataupun gabungan ubatan terkini bagi membantu memanjangkan jangka hayat dan mengalakkan kehidupan yang lebih sihat buat PLHIV.” Damia siap terangkan lagi mengenai rawatan HAART tu supaya Iskandar faham.

            Damia senyum bila Iskandar mengangguk. Tapi Iskandar pandang Damia kemudiannya bersama wajah yang tertanya-tanya. Damia dah jungkit kening. Apa pula yang dia tak faham kali ni?

            “PLHIV tu apa pulak?”

            Damia gelak kecil. Asal singkatan aje Is tak faham. Asal tak faham aje mesti berkaitan dengan singkatan. Hailah. Susah betul bila bakal doktor berjodoh dengan bakal pengarah syarikat. Sangat bercanggah pembelajaran mereka. Tapi yang berbeza itulah yang mengikat cinta dan kasih sayang mereka.

            “People Living with HIV. Pembawa HIV akan mulakan rawatan HAART apabila kiraan CD4 mereka berada diparas sekitar 200 ke bawah.”

            Damia sambung ayat dia bila nampak mulut suaminya yang mula terbuka nak tanya apa pula CD4 tu. “Sel-T adalah sejenis sel darah putih yang bertanggungjawab melawan jangkitan di dalam badan. Lagi banyak Sel-T lagi kuat sistem daya tahan seseorang tu untuk melawan penyakit.”

            “Sel-T juga dikenali sebagai CD4.. Lagi rendah jumlah kiraan sel CD4, maka lagi lemahlah sistem daya tahan. VL tu pula singkatan bagi Viral Load.VL ni fungsi dia nak kira kandungan virus HIV dalam darah. Makin tinggi VL makin cepat CD4 dimusnahkan. Bila CD4 kurang, ia akan menyebabkan sistem daya tahan seseorang tu makin lemah.” Sambungnya lagi.

            “Paras kiraan VL yang baik adalah kurang daripada 50 ml atau tidak dapat dikesan.. Hmm kiranya, virus tu ada dalam darah tapi VL ni tak boleh nak detect. Maknanya, PLHIV akan hidup sihat sekiranya kiraan CD4 tinggi sementara VL rendah sehingga tak boleh dikesan.” Damia tamatkan hujah panjangnya.

            Dia pandang Iskandar. Harap-haraplah Is faham apa yang dia cuba sampaikan.

            “Hmm.. Dah boleh jadi doktor dah macam ni.” Gumam Iskandar sambil pandang isterinya. Damia gelak lagi. Alhamdulillah lah kalau Iskandar cakap macam tu.

            Damia rasa sesuatu pada hatinya bila dia beritahu Iskandar mengenai penyakit HIV/AIDS ni. Rasa macam senang dan lapang dadanya.

           “Baby masih tak dapat maafkan Kak Najwa?” Soalan lain pula Iskandar ajukan bila mereka diam agak lama.

            Damia mengeluh seraya terseyum. “Kalau baby tak dapat maafkan Kak Najwa, tak adanya baby bawa Kak Najwa ziarah kubur Angah haritu.”

            Iskandar pandang isterinya. Bercahaya matanya bila tatap mata tu. Damia dah maafkan Kak Najwa? “Kenapa baby maafkan orang yang dah bunuh Angah?”

            “Sebab..” Damia kembali pandang gambar-gambar yang bertampal didinding. “Baby tahu yang Kak Najwa tak minta semua tu berlaku. Bukan salah dia nak kemalangan. Bukan salah dia juga nak dapat darah yang tercemar tu.”

            Dari ekor matanya, Damia nampak Iskandar angguk seraya tersenyum. “Lagipun Angah pernah cakap yang Angah.. Maafkan kesalahan semua orang yang pernah buat salah pada dia. Angah pesan sebelum dia meninggal, jangan dendam dengan semua orang yang dah buat salah pada kita. Angah pesan lagi, dendam tu boleh gelapkan hati. Maaf pula, boleh buat hati dan hidup kita tenang. And I feel that when I’m forgive Kak Najwa.

            Iskandar tarik Damia dalam pelukan. Walaupun pagi buta ni dia dikejutkan dengan cerita yang tidak sedap didengar dari mulut Damia mengenai Kak Najwa, dia tetap bersyukur. Bersyukur sebab isterinya mampu memaafkan kesalahan orang lain.

            Hatinya agak sedikit terkilan sebab sepanjang mereka rapat, Kak Najwa langsung tak cerita pada dia yang Kak Najwa punya masa silam macam tu.

            “Boboy, boleh tolong baby tak?” Damia mendongak.

            “Anything for you, dear.

            Damia senyum bila Iskandar cakap macam tu. “Tolong baby cari budak tu. Kita jumpa Kak Najwa. Baby dengan Along nak sangat jumpa budak lelaki merangkap anak buah baby tu.” Dah lama dia menyuarakan hasrat hatinya yang satu ini pada Along. Hari yang sama dia beritahu Along yang dia sudahpun memaafkan Kak Najwa.

            “Okay. Nanti boboy telefon Kak Najwa.”


            “Thanks.” Damia cium pipi tu.

4 comments:

Buah fikiran anda amatlah di hargai.