Petang tu Damia
dengan Ikmal jalan bersama nak pergi kafe. Kawan-kawan Damia yang lain semuanya
sibuk buat kerja di perpustakaan. Damia yang memang dalam mood malas nak buat
kerja tu, terus tarik Ikmal teman dia makan di kafe. Nasib baiklah lelaki tu
sudi teman dia.
“Tangan kau macam mana? Okay?” Tanya
Ikmal. Dah lama dah tangan Damia berbalut. Tapi tak nampak pun perubahan
positif pada lengan perempuan itu. Risau dia kalau ada sebarang komplikasi yang
berlaku.
Damia pandang tangannya yang masih
berbalut. Dah nak habis waktu sebulan dah tangannya berbalut. Entah bila boleh
sembuh pun dia tak tahu. “Entahlah. Doktor cakap lagi seminggu, insya-Allah dah
boleh buka dah.” Dan dia sangat tak sabar nak tungggu waktu tu.
Tapi hati dia berbelah bahagi. Di satu
sisi, dia suka sangat tangannya dah kembali pulih. Sebab dia tak adalah
menyusahkan orang lagi dah. Di satu sisi yang lain pula, dia tak suka tangannya
sembuh. Sebab dia dah tak dapat nak bermanja dengan Iskandar lagi. Hmm..
“Eloklah kalau macam tu. Tak adalah
kau menyusahkan orang lain kan?” Gumam Ikmal perlahan. Lepastu lelaki tu senyum
sorang-sorang.
Damia pandang Ikmal lain macam. “Apa
dia?” Tinggi suaranya. Tapi masih lagi mampu untuknya kawal nada suara yang
keluar tu.
“Tak.. maksud aku baguslah. Lepasni
mana tahu kalau ada perempuan yang cuba mengorat Is, kau boleh guna kelebihan
tangan kanan kau tu untuk bantai perempuan tu.” Ikmal beri jawapan lain pula.
Ni kalau Mia dengar apa yang aku cakap tadi, mesti aku yang dibantainya.
Damia angguk. Dia dengar sebenarnya
apa yang digumamkan Ikmal tadi. Tapi saje tak nak cari gaduh. Sebab dia tak
naklah gaduh dengan ikmal dalam tangan dia yang masih berbalut ni. Kalau
tangannya tak berbalut, mesti dia dah cari rotan sebat si Ikmal ni. Baru puas
hati.
Mereka masuk ke ruangan kafe. Tak
ramai sangat orang yang ada di sana. Tapi bolehlah nampak yang meja semuanya
dah penuh.
“Ik?”
Damia dan Ikmal menoleh. Ada Laura
di situ. Damia senyum pada Laura sebelum dia pandang Ikmal seketika. “Ohh sorry. Aku lupa nak inform kau yang aku pinjam lover
kau sekejap.” Sengih.
Nak dijadikan cerita, Laura Aisyah
ni kekasih Ikmal. Mereka kenal bila pun Damia tak tahu. Tup-tup dah sah yang
mereka ni dah berkasih sayang. Apa yang Damia tahu, Laura ni budak yang sama
jurusan dengan Ikmal. Mesti Laura kenal Is, kan?
Haih.. Tak faham betullah Damia.
Bila dia kenal orang baru aje, mesti orang tu kenal dengan Iskandar. Mesti
orang tu akan bersangkut paut dengan Is. Apa semua ni? Ke takdir nak tunjuk
yang Damia tak payah risau atau cemburu bila nampak Iskandar dengan perempuan
lain, bila Damia dah tahu siapa perempuan tu? Hmm, mungkin.
“Sokaylah. Tak apa.”
“Kau tak cemburu, kan?” Entah kenapa
boleh pula Damia tanya soalan diluar alam tu. Dengar Ikmal dengan Laura gelak.
Dia pun turut sama sengih.
“Buat apa nak cemburu? Patutnya aku
yang cemburu weh kau tu milik Is. Tak tahu bila korang kenal, tahu-tahu dah
bernikah.”
Damia pegang dahi. Dia sengih
kemudiannya. Pasal tu.. Biar ajelah lenyap macam tu aje. Dia pun malas nak buka
mulut bila orang tanya macam mana dia dengan Is boleh bersama. Dengar cerita,
Iskandar pun sama juga tutup mulut. Dah masing-masing diam seribu bahasa,
akhirnya berita pernikahan mereka diam macam tu ajelah. Dah cukup jelas lagi
apa yang dia dengan Is cakap haritu. Siap buat free show, kau!
“Hmm tapikan Mia.. Aku nak pinjam lover aku sekarang, boleh tak?”
Berhati-hati Laura bertanya.
Damia senyum manis. “Ehh apa pula
tak boleh. Ambillah.” Masih dengan senyumannya. Nampaknya kena makan seorang
dirilah harini. Hmm, tiba-tiba rasa tak seronok pula.
“Kau okay kan? Makan sensorang?”
Ikmal tanya. Rasa tak enak pula bila dia yang dah bersetuju nak teman Damia,
tapi akhirnya kena teman kekasihnya.
Damia angguk. “Aku okaylah. Alah,
makan aje pun. Sorang-sorang pun tak apa.”
“Okaylah. Kita orang pergi dulu.”
Laura dengan Ikmal minta diri.
Damia sambung langkahnya. Tapi dalam
masa yang sama dia nampak Adam. Tengah berbual dengan.. Is? Ha, takdir yang
indah ni. Terlepas makan dengan Ikmal, jumpa pula dengan kekasih hatinya. Half of Mia’s heart and soul.
Damia bagi isyarat pada Adam, suruh
dia senyap dengan kehadirannya. Nampak Adam senyum. Damia juga sama senyum. Dia
berdiri di belakang Iskandar. Bahu kanan lelaki tu dicuit sebelum dia berlari
ke bahagan kiri Iskandar.
Bila Iskandar kembali menoleh bila
dia tak nampak sesiapa pun yang cuit bahunya, dia terkejut dengan kehadiran
Damia. Menggigil sekejap badan dia. Dahi dah berkedut-kedut dah. “Bila masa
pula invisible sampai sini?”
Damia gelak dengan nada suaminya.
“Bila pula invisiblenya? Dari tadi
ada kat sinilah. Tanya Adam kalau tak percaya.”
Iskandar pandang Adam. Nampak lelaki
tu angguk sebelum tunjuk peacenya.
Dua manusia ni kenakan dia ke?
Damia pandang meja di hadapan dua
jejaka ni. Ada dua pinggan. Dua-dua berisi nasi ayam yang baru separuh ditelan.
Damia senyum lagi. Rezeki untuk dia hari ni. Dia pandang Iskandar bersama
kepala yang diliuk-lentokkan. “Tak nak ajak baby makan ke?” Sambil menjeling
tangan kanannya.
Iskandar yang perasan terus gelak.
“Ni kes minta disuapkan ke caner?” Sling
bang miliknya yang diletakkan dikerusi sebelah dia ambil letak atas meja.
Dia tarik Damia duduk dikerusi tu. Lepastu dia terus suapkan isterinya.
“Hmm.. Sweetnya..”
Iskandar tayang muka toya pada Adam.
“Kau nak juga ke? Meh sini.. Buka mulut tu aku suapkan.” Iskandar dah
berkira-kira nak suapkan Adam nasi ayam. Damia yang melihat hanya ketawa.
Ni kalau Adam buka mulut betul-betul
ni, memang dia ambil gambar dia orang berdua tengah makan bersuap. Lepastu post masuk Instagram dengan kaption, gay
boy malaya!
PENGUMUMAN yang baru mereka dengar dari corong pembesar suara baru
sekejap tadi buatkan masing-masing bersorak. Sememangnya majlis inilah yang
satu universiti tunggu-tunggu selama ni. Malam Prom Queen.
Nama aje Prom Queen, tapi bukan
untuk mahasiswi sahaja, tapi untuk semua. Tak kira jantina dijemput
menghadirkan diri ke sana. Majlis macam nilah semua pelajar dapat tahu siapa
yang akan merangkul gelaran Prince dan Princess bagi tahun tersebut. Tapi
mereka perlu mengundi barulah pemenangnya akan diumumkan pada malam tu.
“Aih! Tak sabarnya aku nak pergi.”
June dah menjerit seronok. Malam tu sahajalah dia dapat tengok semua pelajar
nampak bergaya.
“Ha tulah.. Kena pergi cari baju dah
ni.” Zulaikha pula menyambung.
Sementara Damia dengan Jue hanya
mampu tersenyum. Tema Hollywood Premiere menjadi pilihan pada majlis malam tu.
Damia pandang tangannya yang masih berbalut.
“Relakslah, Mia. Majlis tu bulan
depan kan? Tangan kau ni dah sembuh lah masa tu.” Zulaikha pegang bahu Damia.
Tahu kegusaran hati perempuan itu.
“Hmm.. Kau tercalon dalam Princess
kan Mia?” Tanya June. Memang setiap tahunlah Damia akan tercalon dalam anugerah
Princess tu. Dan setiap tahun tu jugalah Damia merangkul gelaran Princess tu.
Cliche.
Dan sama juga dengan Iskandar.
Setiap tahun, hanya mereka berdua sahaja yang menang gelaran tu. Tapi tak siapa
sangka yang Prince dan Princess tu sebenarnya dah kahwin. Tak sangka yang kedua
manusia itu berahsia dari semua orang.
“Iyelah kot.” Damia tak tahu adakah
dia masih tercalon dalam anugerah tu. Setiap kali dia tercalon pun, dia hanya
berserah pada takdir. Tak ada pula dia nak buat sepanduk bagai semata-mata nak
suruh pelajar yang lain mengundinya. Sebab baginya, mengundi itu adalah hak
masing-masing. Kita tak boleh nak paksa orang supaya mengundi kita. Itu sudah
melanggar hak orang lain namanya.
“Macam selalunya, aku undi kau
ajelah.”
“Ha.. Betul tu betul.” Setuju
Zulaikha dengan Jue. Damia sengih sahaja.
ISKANDAR
masuk bilik tu. Tapi tak sangka pula yang dia boleh terserempak dengan Damia
dalam bilik yang sama. Terfikir dan tertanya juga dia, Mia buat apa kat sini?
“Hey Is. Masuklah.” Suara Safia
menyentakkan Iskandar yang saling berbalas pandangan dengan Damia.
Iskandar angguk dan ambil tempat
disisi Damia. “Buat apa kat sini?” Sempat dia tanya Damia.
Damia jungkit bahu. “Saje. Isi masa
lapang!” Sengih.
“Kau datang jumpa aku ni kenapa?”
Tanya Safia. Pelik dia bila suami isteri ni tiba-tiba datang berjumpa
dengannya. Dan yang lagi dia pelik, kenapa mereka tak datang bersama?
Iskandar pandang Safia. “Ohh.. Erm,
aku nak tarik diri.”
Safia dengan Damia pandang Iskandar.
“Tarik diri?” Soal Safia. Tarik diri untuk apa? Dia tertanya-tanya.
Iskandar lebih serius kali ni.
“Macam yang semua orang tahu, majlis tu dah diumumkan semalam. Dan aku tercalon
dalam anugerah Prince tu. Aku nak tarik diri dari tercalon dalam anugerah
Prince tu.”
Safia pandang Damia. Damia pandang
Iskandar. “Are both of you sure?”
“Both
of us?” Tanya Iskandar. Us? Dia
pandang Damia. Safia maksudkan dia dengan Mia ke?
“Ya. Both of you.. Sure nak tarik diri?” Safia senyum dalam hati. Tak
sangka yang kedua suami isteri ni punya persamaan dalam membuat keputusan.
Nampak sweet aje.
Damia pandang Iskandar. Bahu tu dia
cuit. “Tak beritahu pun nak tarik diri..”
“Baby ada beritahu boboy nak tarik
diri?” Soalan dia jawab dengan soalan.
Safia senyum lagi. Memang bebetul sweet dah ni. Sampai gelaran yang dia
orang guna pun tak pernah lagi dia dengar kat mana-mana pasangan.
Iskandar dengan Damia pandang Safia.
Serentak mereka menjawab, “Hmm betul.” Yakin sekali dengan keputusan yang
dibuat.
“Tapi korang punya undian dah ada
tau buat masa ni. Makin bertambah.” Beritahu Safia. Sayang kalau dua laki bini
ni nak tarik diri.
“Simpan aje sampai tahun depan.
Insya-Allah tahun depan aku join balik.” Balas Damia. Ada Iskandar, sebabtu dia
tak join. Tahun depan Is tak ada, baru dia join balik!
“Kau bagi ajelah undian aku tu pada
Adam. Dia pun tercalon sama jugakkan? Lagipun kesian kat dia yang tak pernah
menang tu.” Iskandar gelak. Damia dah jelingkan matanya. Mulalah tu nak
perasan.
“Okaylah kalau macam tu. But I’m sad to hear that. Patutnya di tahun
akhir kau ni, kau tercalon dan menang tau.”
Iskandar diam. Tak tahu nak balas
apa. Apa yang dia tahu sekarang ni, dia tak nak tercalon dalam anugerah tu. Dah
tak minat. Dia tak naklah Damia berkongsi dirinya dengan orang lain. Kan kesian
tu..
“SAYANGG.. Esok Kak Najwa datang sini.” Beritahu Iskandar malam tu.
Damia yang tengah menonton televisyen serta-merta tinggalkan televisyen dan
pandang suaminya.
“Kak Najwa nak datang?” Iskandar
angguk. “Boboy dah beritahu yang baby nak jumpa budak tu?”
Iskandar menggeleng. “Lebih baik kot
kalau baby sendiri yang beritahu. Sebab perempuan lagi faham apa yang perempuan
lain rasa.” Damia sekadar mengangguk.
“Sokaylah. Kak Najwa sudi nak datang
ni pun baby dah bersyukur. Terima kasih.” Pipi Iskandar dia cium.
“Ciumlah lagi..” Rengek Iskandar
manja. Makin kerap dia suakan pipinya pada Damia.
Damia gelak. Datang dah perangai
gedik dia. Damia tak banyak bunyi terus dekatkan bibirnya pada pipi Iskandar.
Tapi perbuatannya mati bila tangannya terpegang sesuatu. Dia menoleh pada
sesuatu yang keras yang disembunyikan dibelakang Iskandar.
“Apa tu, boboy?” Tanyanya.
Iskandar keluarkan sesuatu yang
dijumpainya dalam laci tadi. “I’ve found
this. Dalam laci bilik study
tadi.” Dia keluarkan sebuah kamera DSLR jenama Nikon.
Damia senyum. “Suka tak?” Tanya
Damia. Bertuah betullah. Baru sekarang dia jumpa kamera ni? Berjanggut dah aku
tunggu. Dia baru masuk bilik study ke
haper ni?
Tiada senyuman langsung yang
menghias bibir lelaki itu. “Bila sayang beli ni?” Dan kenapa dia tak tahu?
“Dah lama dah. Dalam tiga hari
selepas baby terjatuhkan kamera boboy.”
“What?!”
Iskandar telan liur. Sampai macam ni sekali dia nak pujuk aku? Dah nak dekat
sebulan dah pun tapi baru sekarang dia sedar kehadiran kamera ni dalam laci
mejanya di bilik belajar? “Kenapa boboy tak tahu?”
Damia senyum. Kamera tu dia ambil
dan mula merakam gambar Iskandar. “Dah boboy tak buka laci tu, mana nak tahu.” Butang
klik ditekan.
“Berapa ribu dah terbang beli benda
alah ni? Boboy tak suruh ganti pun kan?” Marah betul dia pada Damia. Membazir
ajelah Damia beli kamera yang harganya sampai beribu-riban ni. Kamera kat
telefon pun ada kot. Boleh guna juga apa.
“Alah.. Sekali-sekala membazir, apa
salahnya.”
“Tak salah? Hey, duit tu boleh
simpan untuk masa kecemasan nantilah.”
“Alah boboy ni.. Anggap ajelah ni
hadiah birthday dari baby. Hadiah birthday boboy yang tahun lepas kan baby
tak bagi lagi.” Senang dan mudah Damia membalas. Anggap macam tu dah cukup
rasanya. Asalkan Iskandar terima kamera ni.
Tahun lepas, hari ulangtahun
kelahiran Iskandar.. Dia dah bercadang nak buat kek sendiri sebagai hadiah hari
jadi lelaki tu. Tapi entah macam mana, Along punya tak molek perangai dia tu
boleh termakan kek tu. Mahu tak menangis Damia hari tu juga. Kelam kabut dia
suruh Along belikan kek yang baru untuk sambut hari jadi Iskandar.
“Hmm iyelah, sayangg.. Bak sini
kamera tu.” Iskandar ambil kamera tu dari tangan Damia. “Pegang kamera pun tak
betul.”
“Alahh.. Baby ambil course medic, mana belajar bab-bab pegang kamera ni.” Damia dah muncung.
“Habis ingat kos perniagaan ada
belajar cara-cara pegang kamera dengan betullah?” Balas Iskandar balik. Damia
jungkit bahu. Mana nak tahu dia!
“Meh sini boboy ajar.”
No comments:
Post a Comment
Buah fikiran anda amatlah di hargai.