Petang tu lepas saja
habis kelas mereka bergerak ke rumah mama. Bertandang ke rumah mama ni pun
sebab nak jumpa Kak Najwa kat sana. Kak Najwa dah sampai pagi tadi. Dan Damia
berharap sangat yang niatnya nak berjumpa dengan budak lelaki bersama Kak Najwa
dulu tu tercapai. Dia sangat tak sabar dah nak berjumpa budak lelaki yang
wajahnya sangat mirip dengan wajah Angah.
Kaki kanan melangkah masuk dalam
rumah. Petang tu, di rumah hanya ada mama dengan Kak Najwa sahaja. Kelibat ayah
dengan Mazni langsung tiada. Mana dia orang pergi pun mereka tak tahu. Puan
Iqmah menjemput anak menantunya masuk.
Damia pandang sekeliling. Mana budak
tu? Dia ada sekali ke? Damia nampak Kak Najwa turun dari tingkat atas.
Tersenyum perempuan tu sambil berjalan ke ruang tamu. Damia bersalaman dengan
Kak Najwa sebelum masing-masing duduk.
“Hmm.. Wawa cakap, Mia ada nak
bincang sesuatu dengan dia. Betul ke?” Puan Iqmah menyoal. Pelik juga dia bila
anak saudaranya dah boleh rapat dengan menantunya dalam masa seminggu sahaja.
Damia pandang Iskandar sebelum
kembali pandang Puan Iqmah. Dia mengangguk. “Ha’ah ma. Dah lama dah nak jumpa
Kak Najwa, tapi hari ni baru kesampaian.”
Nampak Puan Iqmah angguk sebelum
wanita tu bangkit. “Korang berbuallah dulu. Biar mama buat apa yang patut
dulu.” Puan Iqmah berjalan ke dapur. Tak nak menganggu perbualan anak beranak
tu.
Damia berdehem lepas hantar
kepergian mama mertuanya ke dapur. Maaflah, ma. Hari ni Mia tak dapat nak
tolong mama kat dapurlah. Dia senyum pada Kak Najwa yang tertanya-tanya.
“Maaflah kalau Mia nak jumpa akak
tanpa tanya persetujuan akak dulu.” Damia minta maaf. Bukan dia tak nak, tapi
dia rasa adalah lebih baik kalau Iskandar yang arrange semuanya. Sebab Kak Najwa rapat dengan Iskandar berbanding
dirinya walaupun mereka dah lama kenal.
“Tak apalah, Mia. Akak pun tengah
cuti sekarang ni. Itu yang boleh datang sini bila-bila aje.” Kak Najwa senyum.
Senang dia bila Iskandar menghubunginya dan memberitahu yang Damia mahu
berjumpa dengannya. Kata lelaki itu, isterinya ada sesuatu mahu berbincang
dengannya. Dia jadi tak sabar pula nak tahu. Sebab itulah dia bergegas pergi
beli tiket kapal terbang.
Lagi cepat rasanya guna pengangkutan
udara dari guna pengangkutan darat ni. Itu yang dia boleh sampai sini dalam
hari yang sama.
“Ada apa yang Mia nak cakap dengan
akak?”
Damia gosok kedua telapak tangannya.
“Mia.. Mia dah beritahu semuanya pasal Kak Najwa dengan Angah pada Is.” Beritahu Damia satu
per satu. Nampak mata Kak Najwa pandang Iskandar.
“Is dah tahu yang..” Pantas Iskandar
angguk sebelum sempat Najwa sudahkan pertanyaannya. Najwa mengeluh. Dia
menunduk sebelum perlahan bersuara. “Akak belum beritahu mak akak lagi pasal
ni. Akak.. Takut.”
“It’s
okay, kak. Kita orang ada dibelakang akak.” Iskandar menyokong Najwa. Bagi
dirinya, apa guna ada saudara tapi tak boleh tolong, kan? Semua manusia
mengalir darah merah yang sama warnanya. Tak guna ada sama darah tapi tak nak
tolong.
Najwa senyum. Dia bersyukur untuk
itu. Sekurang-kurangnya, dia ada seseorang yang boleh membantunya kelak.
“Akak..” Damia tarik nafas panjang.
Matanya bertentang dengan mata Najwa. “Mia.. Mia nak..” Ayatnya mati bila
nampak Puan Iqmah yang baru melangkah keruang tamu bersama dulang ditangan.
Pantas dia bangkit mahu menolong wanita itu.
Dah tak nak tolong, tolong angkat
dulang pun jadilah. Nanti dikutuknya aku pula cakap aku ni menantu pemalas,
walaupun Damia tahu yang mama mertuanya takkan sesajer nak mengutuk orang
sesuka hati dia. Bagi Damia, mama Iskandarlah antara mama mertua yang paling
terbaik dalam dunia ni!
Damia tuang air teh panas dalam
setiap cawan yang terhidang. Cawan itu dia hulurkan pada Najwa dan Iskandar.
Puan Iqmah menolak bila dihulurkan cawan tu. Wanita tu pantas bangkit dan
berjalan ke luar dari rumah. Katanya mahu menyiram pokok bunga kesayangannya.
“Mia nak apa?” Soal Najwa. Wajah
Najwa masih tenang.
Damia kembali duduk. “Hmm.. Seminggu
selepas Angah meninggal, akak ada bawa seorang budak lelaki masa tu. Dan kalau
akak kasilah.. Hmm.. Mia nak jumpa dia. Boleh?” Berhati-hati Damia meminta.
Anak orang kot. Takkanlah nak cakap kasar-kasar. Itu tak sopan namanya.
Najwa diam. Dia pandang Damia tak
berkelip. Damia yang bertentang mata dengan Najwa dah rasa gerun. Iskandar
lebih senang mendiamkan diri. Tak nak masuk campur sebab dia masih belum jelas
dengan semua ni.
Damia mengeluh bila nampak Najwa
hanya mendiamkan diri. Dia bangkit dan duduk disisi Najwa. Tolonglah, dia nak
sangat berjumpa dengan budak tu. “Akak.. Mia minta maaf sebab masa akak datang
dengan budak tu, Mia tak boleh nak tolong akak dari dicemuh ibu dengan ayah.
Mia..”
“Amar Rifqie nama dia. Amar Rifqie
bin Abdullah. Umur dah lima belas tahun. Dah makin membesar. Makin hensem.
Macam ayah dia.” Najwa gelak kecil sekaligus mematikan ayat Damia. Damia dan
Iskandar sedia mendengar setiap ungkapan yang terluah di bibir Najwa.
“Walaupun dia selalu ceria, tapi
akak tahu. Deep down dia rasa
sesuatu.. Sesuatu yang buatkan dia terfikir-fikir.. Pernah sekali akak tengok,
dia menangis masa balik sekolah. Bila akak tanya kenapa, dia cakap dia sedih.
Dia sedih bila orang lain cerita pasal ayah, cerita pasal datuk dengan nenek
tapi dia.. Dia tak kenal sesiapa ahli keluarga dia selain akak.” Najwa masih terus
menyambung.
“Dia beritahu lagi yang kawan-kawan
dia panggil dia anak haram. Dia menangis masa tu. Puas akak pujuk, tapi dia
tetap menangis sampai tertidur. Esoknya, dia cakap dengan akak yang dia nak
jumpa datuk dengan nenek dia. Dia nak jumpa saudara-mara dia. Akak angguk aje.
Sebab tak nak fokusnya terganggu di sekolah. Tapi sampai sekarang akak mungkiri
janji akak dengan dia. Sampai sekarang akak masih tak bawa dia jumpa datuk
dengan nenek dia.” Air mata Najwa dah bergenang di kolam matanya. Tinggal
tunggu masa nak semburkan tangisan aje.
“Dia kat mana sekarang, kak?
Najwa mengeluh. Lepasni, andai kata
maut menjemputnya. Siapa akan jaga anaknya? Orang tua dia mahupun orang tua
Aakif mungkin tak nak dah jaga cucu kepada anak yang dah conteng arang ke muka
mereka. “Dia ada..”
“Mia boleh jumpa dia, kan?” Tangan
Najwa, Damia genggam. Nak beritahu yang dia sememangnya nak sangat berjumpa
dengan budak lelaki bernama Amar Rifqie tu.
“Mia betul nak jumpa dia?” Tanya
Najwa bila agak lama diamkan diri. Dia pandang wajah ayu itu.
Damia senyum lebar seraya
mengangguk. Bercahaya matanya. Adakah ini tanda yang Kak Najwa izinkan dia
berjumpa dengan anak buahnya? “Betul. I
really mean it.”
Najwa angguk. Syukur,
sekurang-kurangnya masih ada juga orang mahu berjumpa dengan anak tidak sah
tarafnya itu. Dan sekurang-kurangnya, Amar masih punya mak cik yang mahu
berjumpa dengannya. Tidak sabar dah dia nak balik dan beritahu berita gembira
ini pada Amar. “Nanti akak bawa dia datang sini.”
Damia terkaku. Tidak terkata dia.
“Betul ni, kak?” Dia pandang Iskandar. Nampak Iskandar hantar senyuman. Beralih
pula pada Najwa yang mengangguk. Lantas Damia tarik Kak Najwa dalam pelukannya.
“Terima kasih, kak.”
DISEBABKAN mereka malas nak bergerak balik rumah, Damia dengan
Iskandar tidur di rumah mama. Esok boleh terus bergerak balik rumah lepas habis
kelas. Kata Kak Najwa, dia akan bawa Amar ke sini. Bila tu, Damia tak pasti.
Tapi dia berharap sangat secepat yang mungkin.
“Boboy..”
“Ye, sayang?” Cepat Iskandar menjawab.
Matanya yang baru nak pejam kini terbuka. Dia pandang wajah isterinya yang
duduk bersila pandangnya. Tangan Damia dia capai dan dielusnya lembut.
“Laparlahh..” Sambil usap perutnya.
Wajahnya pun disayukan nak beritahu yang dia lapar sangat-sangat. “Jom makan.”
Iskandar kerut dahi. Dia juga ikut
duduk. Jam yang tergantung di dinding dia pandang. Dah jam satu setengah pagi.
Mereka baru sahaja sudah makan jam sepuluh tadi, dan sekarang tak sampai empat
jam isterinya dah mengadu lapar balik? Perut buaya ke haper ni? “Hey sayangg..
Pukul sepuluh tadi kita baru makan, kan?” Sambil usap pipi Damia.
“Itu tadi.. Sekarang lapar balik.”
Damia bersandar di dada suaminya. “Jomlah teman makan.” Sambil goyangkan lengan
Iskandar.
“Iyelah.. Jom turun.” Dia bangkit
dan tarik tangan isterinya turun sama-sama ke dapur. Damia senyum. Suka bila
apa yang dia mahukan tercapai.
Damia buka almari kabinet kat dapur
tu. Pintu peti sejuk juga dia jumpa. Tapi apa yang dia jumpa hanyalah..
“Maggie.” Sengih pandang Iskandar yang menggarukan kepala.
Iskandar mengeluh. Maggie? Ohh
lupa.. Tadi makanan semuanya dah habis mereka makan sama-sama. Tak ada satu pun
yang tertinggal. “Tak sihatlah makan maggie tu.” Ujarnya. Dia garu dagunya.
“Dah tu nak makan apa?” Takkan dia
suruh aku makan dia kot?
“Hmm..” Iskandar berfikir sejenak.
“Makan kat luar ajelah.” Diseret tangan Damia naik atas untuk bersiap apa yang
patut.
DAMIA
pandang suaminya dalam diam tanpa pengetahuan suaminya. Hmm, handsome boleh tahan. Alis mata yang
menawan. Bibir merah yang merekah. Hidung yang cantik terletak. Pipi yang
nampak.. Seksi? Senyumannya yang menggoda. Ketawanya yang ceria. Apa lagi? Apa
perlu aku masukkan telinga dia sekali? Ohh ya.. Rambutnya yang kekal terpacak
tu.
Sangat meruntuhkan imanku setiap
kali memandangnya. Cair..
“Pandang apa, sayangg?” Iskandar
kenyit mata. Perasan yang isterinya semenjak tadi merenungnya. Tangannya
menongkat dagu. Mata tetap pandang isterinya.
Erk! Kantoi sudah. “Err.. Pandang
belakang sana tu.” Sengih. Malu pula menjengah jiwa. Macam mana boleh terkantoi
ni yang Iskandar sedar dia sibuk merenungnya?
“Ya? Ada apa kat belakang sana tu?
Ada muka hensem boboy ke?” Iskandar sakat isterinya. Suka menyakat isterinya.
Dan menyakat isterinya ni dah jadi satu hobi dia selepas menikahi Damia.
“Muka selenga adalah.” Gumam Damia.
Dia hanya sengih bila Iskandar dah bulatkan mata dia. Tangan Iskandar yang ada
atas meja tu dia usap. Sebagai isyarat, jangan marah dia bila dia cakap macam
tu.
“Boboy.. Bila nak suap baby ni? Dari
tadi asyik boboy aje yang makan.” Tangan tu dia cubit pula. Dari tadi.. Makanan
dia tak luak-luak pun, tapi nasi dalam pinggan Is dah nak licin dah dia
melantak. Nak dera isteri ke haper ni?
Iskandar pandang
kedua-dua pinggan atas meja. Dia sengih pandang isterinya yang dah masam muka
tu. “Tak baik tau bermasam muka dengan suami. Berdosa.”
Damia kecilkan matanya
sekecil-kecil-kecilnya. Ini yang tak puas hati ni. Dia senyum.. Sampai nampak
barisan giginya. “See.. I’m smile. Gojes tak?” Sambil pandang Iskandar tak puas
hati.
Iskandar gelak buatkan Damia makin
tak puas hati. Lelaki tu capai pinggan isterinya dan menyudu nasi dengan sudu
dan garfu. Sudu yang berisi nasi dan ayam dia suakan pada Damia. “Alolo comel
comel.. Aaaa..”
Damia gelak bila tengok gelagat
suaminya yang nak suap dia makan. Ingat suruh dia nganga mulut macam tu, macam
tengah suap baby lah? Ha, memang dia baby pun. Baby ohsem!
Damia buka mulut. Dan kunyah nasi
yang disuakan Iskandar. Lepas tangan dia ni dah baik sepenuhnya, bolehlah makan
sendiri. Tak adalah nanti dia mengacau suaminya makan. Kata nak jadi isteri
solehah.
“Boboy. Boboy..” Damia panggil
suaminya bila dia baru teringat sesuatu. Dah lama dah dia berniat nak buat
benda ni. Tapi semenjak macam-macam yang berlaku dalam hidup dia dua menjak ni,
terus dia lupa pasal benda tu. Malam ni baru dia ingat balik.
Iskandar jungkit kening. Panggil dia
macam nak beritahu sesuatu. Tapi apa?
“Kita pergi main bowling, nak?”
Iskandar pelik. Main bowling? Sejak
bila isterinya tahu main bowling? Tak pernah tahu pun. “Pandai ke?” Tanyanya.
Boleh pula tanya dia pandai ke tak.
Kalau tak pandai, tak adanya dia ajak main bowlinglah Encik Suami. “Mestilah..
Juara bowling seantaro tau.” Dabik Damia. Buat masa ni, tak ada lagilah orang
yang boleh kalahkan dia main bowling. Along dengan ayah yang pandai main
bowling pun kalah dengan Damia. Bukan nak berlagak, tapi.. Yeahh. Kenyataan!
“Iyelah tu. Lawan dengan boboy
dululah baru tahu siapa juara bowling yang sebenar.” Nasi disuap lagi dalam
mulut Damia.
“Jomlah kita lawan bila-bila free.” Damia main-mainkan keningnya.
Tapi dalam hati masih ada rasa takut juga. Sebab dia belum tengok lagi cara
Iskandar main bowling. Kang sekali boleh kalah ke, tak ke malu dia? Dah jatuh
gelaran juara seantaro tu. Sandang gelaran naib juara ajelah jadinya nanti.
“Tangan tu.. Tak elok lagi tau.”
Iskandar ingatkan Damia. Walaupun isterinya buat apa-apa akan gunakan tangan
kiri, tapi tangan kanan pun diperlukan juga untuk membantu tangan kiri tu.
Kedua tangan ni, ibarat aur dengan tebing, isi dengan kuku. Tetap bersama
selamanya. Tak ada tangan kanan, tak lengkaplah tangan kiri.
Damia angguk. “Tahu. Nanti lepas
tangan ni dah sembuh sepenuhnyalah baru kita pergi. Eh?” Senyum.
“Iyelah, sayangg.. Kalah, kena
belanja tengok wayang!”
No comments:
Post a Comment
Buah fikiran anda amatlah di hargai.