"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Sunday, May 15, 2016

Suamiku Ramai Crush [58]



Seminggu selepas balutan di tangan Damia sudah dibuka. Masa tu dalam kereta, nak bergerak ke universiti.

            “Boboy..” Panggil Damia.

          Iskandar menyahut. Dah buka balutan kat tangan tu pun nak panggil aku lagi ke? Nak tolong apa pula kali ni? Pakaikan tali pinggang keledar? Tolong cium dia? Aha, memang boleh aje. Bibir dia ni memang tak pernah jemu kalau nak cium isterinya.

            “Bila Kak Najwa nak bawa Amar datang sini? Dah lama dah ni.. Baby tak sabarlah nak jumpa Amar tu.” Tangan disilangkan ke dada. Kak Najwa mungkiri janjinya ke?

            Iskandar mengeluh perlahan. Hari tu ada Kak Najwa telefon dia. Kata wanita tu, dia takut nak bawa Amar ke sini. Takut kalau-kalau Damia bawa Amar jumpa ibunya. Dan dia takut juga kalau timbul sebarang konflik nanti.

            Tapi.. Macam mana dia nak beritahu Damia pasal tu? Sanggupkah dia lukakan hati gadisnya tu? Damia dah lama sangat nak jumpa dengan anak buahnya tu. Salah seorang harta yang ditinggalkan Angah untuknya. Tapi itulah..

            “Boboy dengar tak ni?” Gumam Damia. Dari tadi dia tanya Iskandar. Dia cakap seorang diri ke? Atau Iskandar yang buat-buat tak dengar apa yang dia tanya?

            “Ya.. Dengar.. Tapi, itukan hak Kak Najwa samada nak bawa Amar atau tak. Ingat Kak Najwa tak ada kerja ke? Dia pun sibuk jugaklah, sayang.” Iskandar masih berdiam diri. Tak nak biar Damia tahu pasal Kak Najwa. Biarlah dia sendiri yang perlahan-lahan pujuk Kak Najwa.

            “Kalau Kak Najwa tak nak datang sini.. Apa kata kalau, biar kita yang pergi sana?” Cadang Damia itu buatkan Iskandar tertoleh pada isterinya. Macam manalah dia boleh dapat idea macam tu?

            Iskandar geleng. Gila apa? “Sayangg.. Boboy tengah dalam mood busy tau sekarang ni. Mana boleh nak bawa sayang pergi sana.” Assigment dia berlambak tak siap lagi ni tahu tak? Bukan assigment aje, thesis pun dia tak siapkan lagi. Boleh pula isteri cadang benda macam tu?

            Damia mengeluh. Susahlah kalau ada suami yang dah nak habis semester ni. Tengok macam dia.. Nak habis belajar lambat lagi. Boleh relaks-relaks lagi ni ha. “Biar baby yang pergi sensorang ajelah.”

            “Banyak cantik muka tu. Ingat boboy nak bagi?” Dia sebenarnya cakap macam tu sebab dia tak nak berpisah dengan Damia. Walaupun sesaat. Aishh.. Susahlah kalau berpisah lama sangat. Nanti dia berendam air mata sebab rindu, macam mana?

           “Ehh memang muka baby cantik punlah. Kalau tak cantik, tak adanya orang tu boleh terkahwin dengan kita.” Damia jeling manja. Mulalah tu nak mempersoalkan kecantikan dia. Huh.

            Iskandar gelak. Perasan juga isteri aku ni. Ingat aku sorang aje yang kuat perasan. “Siapa orang tu? Bertuah betul dapat orang yang cantik macam ni. Nak jumpa dengan orang tu, boleh tak?” Senyum.

            Damia gelak besar. “Tak boleh! Dia cakap dia busy. ” Balas Damia.

            Iskandar senyum senget. “Aishh.. Rugi betul. Orang tu, mesti hensem kan? Mesti ramai peminat kan?”

            Damia pejam mata. Mula dah sifat perasan dia tu. Alahai, kenapalah suami aku ni kuat sangat perasannya pun? Dia pandang Iskandar. “Bila nak hilang sifat kuat sangat perasan tu?” Hidungnya dikembangkan.

            Iskandar pandang Damia bersama wajah yang dibuat terkejutnya. “Ehh orang tu Boboy ke?”
            Sementara Damia menghadiahkan sebuah jelingan pada suaminya. Malas nak layan.



MIA, Is nak jumpa kau kat sana.” Sambil tunjuk pada bangunan disebelah kiri Damia. Damia pandang bangunan tu. Bangunan itulah antara bangunan yang dia tak pernah jejakkan kaki lagi. Kenapa? Entahlah. Orang cakap bangunan tu sunyi. Tak ada orang sangat yang lalu lalang. Budak jurusan bangunan tu pun bilangannya tak sampai dua ratus orang. Sebab itulah dia tak berani ke sana.

            Iskandar pun tak bagi dia melangkah ke bangunan tu. Katanya, di bangunan tu banyak budak samseng melepak. Samseng yang menumpang belajar di universiti ni jugaklah. Budak-budak yang perangai di luar alam. Tapi entah kenapa, mereka masih belum ditendang keluar dari universiti ni. Mungkin sebab mak bapak dia orang kaya. Dengan duit, nyawa manusia pun sanggup beli.

            Tapi sekarang.. Kenapa Is nak jumpa dia kat bangunan tu? Bukan lelaki tu ke yang berkeras dengan dia jangan melangkah ke sana? Ni apa cerita sekarang?

            Damia pandang seorang lelaki dihadapannya. Wajah lelaki tu nampak bersahaja. Tapi melalui mata lelaki tu, Damia dapat rasa yang perasaan lelaki tu sangat takut. Seolah-olah macam, lelaki tu jangan suruh percaya cakap dia. Ahh! Kalau tak nak dia percaya, yang beritahu dia pasal ni buat apa? “Sekarang ke?” Tanya Damia.

            “A’ah.” Jawab lelaki tu. Senyuman langsung tak menghiasi bibirnya.

            Damia pandang jam. Dah nak dekat pukul empat. Memang Iskandar ada cakap dengan dia nak jumpa lepas habis kelas. Tapi dari lepas habis kelas sampai sekarang, tak ada sebarang panggilan pun lelaki tu buat untuknya.

            “Ohh okay. Terima kasih eh.” Lelaki tu mengangguk.

            Dengan senang hati dia melangkah ke bangunan tu. Walaupun hatinya sedikit takut dan gerun, dia tetap melangkah juga. Tak apa, Mia. Tak apa Damia Aleesya, ingat pesan ibu dengan ayah; jangan takut, Allah sentiasa bersama hambaNya.

            Damia masih lagi berjalan sehinggalah dia ditarik seseorang dengan keras..


ISKANDAR senyum kelat. Dari dia mula perlawanan bola sepak sampailah perlawanan ini dah tamat, tapi dia masih tak nampak wajah isterinya di tempat duduk penyokong. Sewaktu bermain bola tadi pun dia tak fokus sehingga seringkali dia dimarahi pasukannya. Jantungnya mengepam darah sangat laju.

            “Is.. Kau okay ke? Asal tak perfom tadi?” Adam menyoal. Sakit hati dia sepanjang perlawanan tadi. Selaku ketua pasukan, dia paling tak suka jika pasukannya tidak menunjukkan performance yang baik. Dan yang buatkan dia bertambah pelik, inilah kali pertama dia nampak Iskandar tak fokus macam ni. Macam ada sesuatu yang menganggu fikirannya.

            “Entah kau ni, Is. Kalau tak, kita dah boleh menang tadi weh.” Arif, ahli pasukannya juga tak puas hati dengan Iskandar.

            “Aku..” Iskandar sentuh dadanya tiba-tiba. Dada itu ditumbuk perlahan. Kenapa dada aku sakit sangat ni? Berkerut-kerut dahinya menahan sakit.

            “Kau okay ke ni weh?” Suara Adam dah berubah. Takut dia tengok Iskandar yang mnengaduh tiba-tiba. Pasukan mereka yang lain juga sudah berkumpul disitu mengelilingi Iskandar dan Adam. Masing-masing nak tahu cerita.

            “Dada aku.. Entahlah, tiba-tiba aje sakit.”

            “Jomlah pergi sana. Panas ni, itu yang dada kau sakit tiba-tiba kot.” Johar yang sama jurusan dengan Damia bersuara. Sebelum ni, Johar pun ada juga simpan perasaan pada Damia. Sebab dalam kelasnya, antara banyak-banyak perempuan, Damia sahajalah yang menarik perhatiannya.

            Iskandar pandang June, Jue, Zulaikha, Arissa dan juga kumpulannya. Dia tercari-cari Damia. Tapi Damia tiada bersama mereka. Kelam-kabut dia bangkit. Pusing pandang sekeliling. Tapi bayangan isterinya masih juga tidak dijumpainya.

            “Kau cari apa, bro?”

            Iskandar tak menjawab tapi sebaliknya dia pandang Zulaikha. “Mana Mia?” Soalnya.

            Zulaikha dah berkerut dahi pandang Iskandar. “Ehh, bukan ke tadi dia cakap dengan aku nak jumpa kau?” Apa masalah pulalah dengan suami Damia ni? Tadi bukan main tersenyum-senyum Damia bila ada orang beritahu dia yang Iskandar nak jumpa dia. Sempat dia perli Damia tadi. Kat rumah dah jumpa, takkan kat sini pun nak jumpa juga?

            “Ntah kau ni. Bukan kau ke yang suruh someone beritahu Mia yang kau nak jumpa dia?” Tanya June pula. Jue mengangguk. Dah tak ada apa lagi nak cakapkan. Diam sahajalah.

            Iskandar dah mula rasa tak sedap hati. “Bila masa pula aku suruh someone beritahu yang aku nak jumpa dia? Dari tadi lagilah aku kat sini. Tanya Adam kalau tak percaya.”

            “Ha betul tu. Is dari tadi lagi dengan aku. Tak ada pula aku nampak dia suruh someone beritahu Mia yang dia nak jumpa Mia.” Adam sokong Iskandar. Yang lain, yang berdiri dan sepasukan bola sepak dengan Iskandar juga mengangguk.


            June, Jue dengan Zulaikha dah bulat mata. Masing-masing berpandangan sesama sendiri. Air liur ditelan. Kalau Iskandar tak suruh, siapa yang suruh?

3 comments:

  1. Tq c.pnlis updte lg.....
    Hwaaa...spe yg kcau mia plak...
    smbung lg la c.pnlis....
    Sspen ni...cpt is slmatkan mia.....

    ReplyDelete
  2. Huaa siapa pulak buat kacau nii T.T

    ReplyDelete

Buah fikiran anda amatlah di hargai.