"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Monday, May 30, 2016

Suamiku Ramai Crush [59]



Iskandar senyum kelat. Dari dia mula perlawanan bola sepak sampailah perlawanan ini dah tamat, tapi dia masih tak nampak wajah isterinya di tempat duduk penyokong. Sewaktu bermain bola tadi pun dia tak fokus sehingga seringkali dia dimarahi pasukannya. Jantungnya mengepam darah sangat laju.

            “Is.. Kau okay ke? Asal tak perfom tadi?” Adam menyoal. Sakit hati dia sepanjang perlawanan tadi. Selaku ketua pasukan, dia paling tak suka jika pasukannya tidak menunjukkan performance yang baik. Dan yang buatkan dia bertambah pelik, inilah kali pertama dia nampak Iskandar tak fokus macam ni. Macam ada sesuatu yang menganggu fikirannya.

            “Entah kau ni, Is. Kalau tak, kita dah boleh menang tadi weh.” Arif, ahli pasukannya juga tak puas hati dengan Iskandar.

            “Aku..” Iskandar sentuh dadanya tiba-tiba. Dada itu ditumbuk perlahan. Kenapa dada aku sakit sangat ni? Berkerut-kerut dahinya menahan sakit.

            “Kau okay ke ni weh?” Suara Adam dah berubah. Takut dia tengok Iskandar yang mnengaduh tiba-tiba. Pasukan mereka yang lain juga sudah berkumpul disitu mengelilingi Iskandar dan Adam. Masing-masing nak tahu cerita.

            “Dada aku.. Entahlah, tiba-tiba aje sakit.”

            “Jomlah pergi sana. Panas ni, itu yang dada kau sakit tiba-tiba kot.” Johar yang sama jurusan dengan Damia bersuara. Sebelum ni, Johar pun ada juga simpan perasaan pada Damia. Sebab dalam kelasnya, antara banyak-banyak perempuan, Damia sahajalah yang menarik perhatiannya.

            Iskandar pandang June, Jue, Zulaikha, Arissa dan juga kumpulannya. Dia tercari-cari Damia. Tapi Damia tiada bersama mereka. Kelam-kabut dia bangkit. Pusing pandang sekeliling. Tapi bayangan isterinya masih juga tidak dijumpainya.

            “Kau cari apa, bro?”

            Iskandar tak menjawab tapi sebaliknya dia pandang Zulaikha. “Mana Mia?” Soalnya.

            Zulaikha dah berkerut dahi pandang Iskandar. “Ehh, bukan ke tadi dia cakap dengan aku nak jumpa kau?” Apa masalah pulalah dengan suami Damia ni? Tadi bukan main tersenyum-senyum Damia bila ada orang beritahu dia yang Iskandar nak jumpa dia. Sempat dia perli Damia tadi. Kat rumah dah jumpa, takkan kat sini pun nak jumpa juga?

            “Ntah kau ni. Bukan kau ke yang suruh someone beritahu Mia yang kau nak jumpa dia?” Tanya June pula. Jue mengangguk. Dah tak ada apa lagi nak cakapkan. Diam sahajalah.

            Iskandar dah mula rasa tak sedap hati. “Bila masa pula aku suruh someone beritahu yang aku nak jumpa dia? Dari tadi lagilah aku kat sini. Tanya Adam kalau tak percaya.”

            “Ha betul tu. Is dari tadi lagi dengan aku. Tak ada pula aku nampak dia suruh someone beritahu Mia yang dia nak jumpa Mia.” Adam sokong Iskandar. Yang lain, yang berdiri dan sepasukan bola sepak dengan Iskandar juga mengangguk.

            June, Jue dengan Zulaikha dah bulat mata. Masing-masing berpandangan sesama sendiri. Air liur ditelan. Kalau Iskandar tak suruh, siapa yang suruh?

          Iskandar genggam penumbuk. Jauh di sudut hatinya, ada sesuatu yang tak kena sekarang ni. Mia! Mana dia? Takkanlah dia tak ingat yang hari ni dia selalunya ada kat padang bola sepak je? “Mia ada beritahu kau orang yang dia nak pergi mana tak?” Dalam hatinya tak tenang, dia boleh bawa bersabar. Tenang Is..

            “Tak adalah pula. Dia hanya cakap yang kau nak jumpa dia je. Kat mana, dia tak beritahu.” June sebagai wakil untuk bersuara.

            “Hey guys.” Panggil Arissa. Dia dah dengar dah apa yang berlaku. Dia pun pelik juga bila Damia tak ada di sini waktu-waktu macam ni. Selalunya, wajah Damia sahajalah yang paling awal datang sini. Nak sokong laki dialah, apa lagi. “Berdiri kat sini lagi buat apa? Ingat hanya berdiri kat sini, boleh jumpa Mia lah? Jomlah cari Mia!” Giat Arissa.

            Yang lain mengangguk dan terus berlari. Disebabkan bilangan mereka yang ramai ni, mereka berpecah untuk mencari Damia. Mereka berpecah ke setiap bangunan.

            Iskandar masuk bangunan warna biru tu. Tempat jurusan kejuruteraan awam. Tapi matanya hanya pandang bangunan berwarna cokat di sebelah bangunan ni. Bangunan sunyi tu. Entah kenapa, seperti ada sesuatu yang menariknya ke sana.

            “Is! Sinilah.” Tarik Adam. Iskandar pandang Adam dan terus mengikut langkah lelaki itu.

            Kira-kira sepuluh minit selepas tu, mereka berkumpul di tempat yang dijanjikan. Masing-masing turun dengan wajah yang hampa. Mereka menggeleng nak beritahu yang mereka tak jumpa Damia. Iskandar raup wajahnya. Dia masih lagi tak habis fikir. Macam mana Damia boleh senang-senang percaya cakap orang lain?

            Ah! Itu namanya, dia percaya pada Iskandar. Dengar sahaja nama Iskandar, mesti isterinya menunduk sebagai tanda hormat. Sekarang, tak boleh nak disangkal lagi dah. Damia memang percayakan dirinya seratus peratus.

            ‘Mana awak, sayang?’ Iskandar raup wajahnya. Dalam hati berharap sangat-sangat yang Damia selamat dan tak berlaku apa-apa pada gadisnya itu. Ya Allah, pertemukanlah aku dengan Damia.

            “Semua tempat kita orang dah cari, tapi tak jumpa.”

            Mata Iskandar terpaku kembali pada bangunan yang dia mula-mula nampak tu. Kenapa instinct aku sangat kuat pada bangunan tu ha? Macam ada sesuatu pada bangunan tu. Macam ada sesuatu yang tarik aku supaya ke sana.

            “Kau orang silap!” Semua pandang Iskandar. Tertanya-tanya sesama sendiri, ada lagi ke? Penat kot dah jelajah satu kawasan universiti ni. “Ada lagi satu tempat kita tak cari lagi.” Jari telunjuk Iskandar menghala pada bangunan berwarna coklat tu.

            Masing-masing berkerut dahi. “Kau gila, Is? Bangunan tu sunyi kot.”

            Iskandar pandang Arif. Tak faham. Jadi kenapa kalau bangunan tu sunyi? “Apa nak takut? Kita ramai kan?” Pertanyaan tu.. Buatkan yang lain terdiam. Lepastu mereka mengangguk.

            “Siapa yang tak nak ikut, duduk sini je. Siapa yang nak ikut, jom. Lagi ramai lagi senang kalau ada apa-apa yang berlaku.” Sambil berjalan, sambil itulah Iskandar beri arahan.

            Mereka berjalan dengan senyap. Tak ada satu bunyi pun yang dikeluarkan. Tiba-tiba Iskandar angkat tangan menyuruh yang lain berhenti dari melangkah. Telinganya macam dapat dengar sesuatu. Tapi tak berapa jelas di pendengarannya.

            “Ahhhh! Auchh!”

            Iskandar buka langkah perlahan ke tepi bangunan tu. Kawasan yang agak bersemak-samun. Dia bersama yang lain berjalan sedikit ke bahagian belakang bangunan. Dan tiba di belakang bangunan tu, tubuhnya kaku.

            “Is..” Iskandar menoleh sedikit pandang Adam. “Kau selamatkan Mia.. Biar kita orang yang settle dia orang.” Bisik Adam. Tangannya diangkat kemudiannya, beri arahan pada beberapa kawan mereka yang lain untuk bertindak.

            Menggigil badannya bila nampak apa yang dia nampak sekarang. Tak guna! “Hoi!” Jeritnya lantang. Mengejutkan beberapa orang lelaki di situ. Salah seorang lelaki yang berada di situ berjalan mendekati Damia. “Kau dekat, perempuan ni jadi mangsa!” Lelaki tu tarik Damia dan peluk leher Damia dari belakang dengan kuat. Sampai nampak terus urat-urat Damia.

            Iskandar kaku. Dia mati langkah di situ. Sakit hatinya bila nampak isterinya yang dipaksa berdiri menggunakan lututnya yang tidak berdaya tu. Wajah isterinya lebam-lebam. Selendang yang menutupi rambut panjang isterinya juga sudah hilang entah ke mana. Baju Damia juga sudah koyak-koyak sehingga menampakkan susuk tubuhnya. Ya Allah, isteri aku!

            Iskandar mati langkah bila dia nampak pasukannya yang tadi bersamanya sudah berjalan perlahan di belakang lelaki-lelaki itu. Untuk sekelip mata, pasukan Iskandar sudah mengepung kumpulan lelaki itu.

            Iskandar terus melangkah nak selamatkan Damia. Sempat dia mengelak bila salah seorang dari lelaki itu cuba memukulnya menggunakan kayu yang ada di situ. Keadaan jadi kucar-kacir selepasnya. Iskandar tak banyak fikir terus selamatkan Damia yang sudah terbaring lemah di situ. Dia ikut apa yang disuruh Adam tadi.

            Iskandar tarik Damia. “Baby.. Tahan sekejap.” Dia gendong tubuh Damia dan bawanya keluar dari bangunan itu. Dia terus dapatkan kumpulan perempuan yang bersama mereka tadi. Tubuh Damia diletakkan ditengah-tengah kumpulan perempuan tu. Iskandar buka jersey yang digunakannya lantas disarungkan pada tubuh Damia. Tujuannya mahu menutup bahagian tubuh isterinya yang terdedah tu.

            Iskandar lantas capai kain yang dihulurkan Arissa padanya. Kain itu ditutupkan rambut Damia yang mengurai tu. Dia pandang Arissa. “Bawa Mia pergi hospital. Aku nak settle dia orang sekejap.” Terus dia bangkit berlari pantas ke tempat tadi.

            Sampai di tempat tadi, Iskandar tengok semua lelaki tadi sudah berjaya diberkas pasukannya. Dia pandang seorang demi seorang. Semuanya dia tak kenal. Bukan dia sahaja, Damia pun rasanya tak kenal dengan mereka. Kenapa dia orang buat macam ni pada Mia?

            “Kau orang siapa sebenarnya? Kenapa buat Mia macam tu?” Soalnya keras. Dia tak boleh terima andai ada orang lain cuba menyakiti isterinya. Damia baru baik kot tangan dia. Sekarang, ditimpa masalah lagi. Haih.. Malang sungguh nasibmu tahun ni isteriku.

            Salah seorang dari lelaki tu gelak. “Mikhail Iskandar.. Hutang nyawa mesti dibalas nyawa, kan?” Masih dengan gelaknya.

            Iskandar bingung. Dia tak faham. Hutang nyawa? Apa tu? Apa maksud lelaki ni? “Apa maksud kau ha?”

            “Kau mesti ingatkan, kau pernah tolak cinta seorang perempuan kat universiti ni.” Tanya lelaki tu.

            Iskandar berfikir. Dia pandang Adam dan yang lainnya. Nampak semuanya tengah berfikir. Aku ada pernah tolak cinta perempuan lain selain Damia ke? Ohh ya.. Perempuan seksi yang pernah melutut pada dia supaya dia menerima perempuan tu jadi kekasihnya. “Jadi kau siapa? Apa kena mengena kau dengan perempuan tu?”

            “Aku abang dia.. Dan untuk pengetahuan kau, adik aku hampir-hampir bunuh diri sebab kau tolak cinta dia.”

            “Jadi kau buat semua ni sebab..”

            “Kalau aku cakap ya?” Soal lelaki itu sebelum sempat Iskandar sudahkan ayatnya. Macam dah dapat agak apa yang Iskandar akan cakapkan.

            “Hey! Kau nak balas dendam tu, balas kat aku.. Jangan kat isteri akulah, gila!” Lantang Iskandar bersuara. Sampai nak terkeluar anak tekak sebab dia marah sangat sekarang ni. Suhu amarahnya dah sampai takat mendidih dah. Urat dilehernya juga sudah timbul sebab dia menjerit kuat sangat.

            Iskandar tak puas hati, dia sepak lelaki di hadapannya sepuas hati. Sebagai balasan sebab dah hampir-hampir nak rogol isteri dia yang langsung tidak bersalah tu. Apa punya lelakilah mamat ni. Tak gentle langsung. Dengan perempuan pun nak berkeras. Dengan isteri aku pula tu. Siapa jelah yang tak bingit?

            Lagi satu perempuan tu.. Memang buat kerja gila betul. Tak fikir dosa pahala ke haper? Otak cetek betul. Dah orang tak nak tu, terima jelah dengan hati yang terbuka. Ini sampai nak bunuh diri bagailah. Ingat bunuh diri tu boleh jamin kau masuk syurgalah?

            “Is! Sudah, Is.” Adam tarik Iskandar supaya lebih jauh dari lelaki tak bermoral tu. Dia yang dengar pun dah sakit hati. Apa lagi yang merasainya. Sayu dan sakit hatinya sebagai kawan bila nampak keadaan Damia yang dulunya selalu ayu dan ceria, jadi lemah tak berdaya macam tadi.


            “Apa-apa, kita settle kat balai.” Arif bersuara.

1 comment:

Buah fikiran anda amatlah di hargai.