"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Tuesday, May 31, 2016

Suamiku Ramai Crush [60]



Semua yang ada disitu terkaku. Masing-masing tak tahu nak buat apa. Hanya memandang sayu walaupun hati meronta-ronta nak menafikan semuanya.

            “Mana janji kau cakap nak lindungi anak ibu? Ha?!”

            Iskandar menunduk. Bibir bawahnya digigit kuat. Air matanya sudah mengalir. Pipi kirinya yang kebas sebab baru sahaja dilempang ibu, dia hiraukan. Baginya, biarlah ibu nak lempang dia ke, nak terajang dia ke, biarlah.. Ibu berhak buat semua tu padanya. Ibu berhak.

            “Kalau ibu tahulah nak jadi macam ni, ibu takkan setuju kamu kahwin dengan anak ibu.” Suara itu melengking kuat lagi. Mengejutkan semua yang ada di situ.

            “Mia malang sebab kahwin dengan kamu.”

            “Ibu.. Dah lah, bu.” Darwish terpanggil nak berhentikan kemarahan ibunya. Baginya, kalau dengan marah berterusan macam ni, masalah takkan selesai punya. Tapi sebaliknya yang akan berlaku. Benda dah jadi. Mana boleh elak dah.

            “Ibu.. Dah takdirlah semua ni berlaku.” Darwish peluk ibunya. Kasihan dia tengok adik iparnya ditampar macam tu didepan kawan-kawannya. Mesti dia malu.

            “Ibu, sabar, bu. Alang tengah dirawat tu.” Diyana pula bersuara. Walaupun dia turut tak suka pada abang iparnya atas apa yang berlaku sebelum ni, dia masih punya sifat perikemanusiaan pada lelaki itu. Apa-apa pun dialah abang ipar. Salah satu abang ipar yang dia ada.

            Diyana bawa ibunya duduk di kerusi di ruang menunggu. Di situ dia dibantu kawan-kawan Damia menenangkan ibunya.

            Darwish bawa Iskandar duduk di kerusi tidak jauh dari tempat ibunya duduk. Bahu adik iparnya ditepuk beberapa kali. “Sabar weh.. Biasalah, hati ibu mana yang tenangkan kalau anak dia macam tu.”

            Iskandar masih lagi menunduk. Dalam hatinya dia berulang kali berdoa supaya isterinya selamat dan baik-baik sahaja. Doa senjata orang mukmin. Allah suka hambaNya yang meminta-minta padaNya.

            Iskandar mendongak. Pandang Along. “Is minta maaf.. Sebab tak jaga Mia baik-baik. I’m so sorry.

            Darwish senyum. “Manusia mana tak ditimpa musibah, kan? Sokaylah. Aku faham.” Mereka berpelukan untuk seketika.

            Iskandar pandang pintu bilik yang merawat Damia. Dah nak dekat satu jam, tapi doktor yang merawat masih belum tunjukkan wajah. Hatinya galau. Fikirannya tak tenang bila ingat Damia dalam tu. Sakit hatinya bila nampak wajah isterinya yang lemah tadi.

            Banyaknya musibah yang menimpa sayang aku tu. Kali ni, disebabkan dia menolak cinta seseorang? Ohh my godness. Dia masih tak habis fikir lagi. Bodoh betullah perempuan tu. Aku dah bercinta dengan Mia, takkan aku nak bercinta dengan kau pula, sengal! Hati aku ada satu ajelah. Dan hati aku dah dimiliki Damia. Bukannya boleh aku nak bahagi-bahagikan hati aku. Ish!

            Tengok sekarang, isteri aku yang jadi mangsa. Apa kes? Nak balas balik tu, balaslah kat aku. Damia tak ada kena mengenalah dalam hal ni. Andai masa perempuan tu minta dia terima cinta tu, dan dia masih belum bernikah dengan Damia sekalipun, belum tentu dia akan terima perempuan tu.

            Dia percaya pada takdir. Takdir Allah itu indah. Takdir Allah adalah yang terbaik untuk setiap hambaNya.

            “Is..” Iskandar menoleh. Pandang Arif. Senyuman langsung tiada di bibir. Selalunya, tak kisahlah dia dalam keadaan yang macam mana sekalipun, senyuman mesti menghuni bibirnya. Tapi kali ni.. Huh. “Apa dia?”

            “Ni..” Sambil letakkan beg tangan Damia bersama selendang Damia dikerusi sebelah. Buku-buku milik Damia juga diletakkan sekali. “Aku letak sini eh.”

            Iskandar angguk. “Thanks dah tolong aku.” Dia senyum tawar. Pada semua kawan-kawan yang sudi membantunya mencari Damia tadi pun dia turut ucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Susah nak jumpa orang seperti mereka ni.

            Buat baik dibalas baik.. Tapi, apa ajelah yang dia buat baik pada mereka ni? Berbual panjang lama-lama pun kadang-kadang aje.

            “Keluarga Damia?” Masing-masing bergegas mendekati doktor wanita itu bila pintu bilik itu terbuka dari dalam.

            “Macam mana dengan anak saya, dokor?” Suara ibu memecah kebisuan disitu.

            Iskandar hanya mengeluh. Sepatutnya, itu ayat dia. Tapi kali ni.. Dia tak berani nak bersuara bila nampak jelingan maut ibu mertuanya. Dia hanya tayang senyum tawar bila Adam tepuk bahunya perlahan.

            “Keadaan Damia stabil. Dia dah sedarkan diri, tapi dia masih lemah.” Doktor itu menyudahkan ayatnya.

            “Boleh saya tengok dia?” Tanya ibu.

            Doktor itu mengangguk. “Boleh tapi jangan terlalu ramai. Dia perlukan banyak rehat. Adalah lebih baik kalau ahli keluarga dia sahaja yang melawat dia dulu.” Cadang doktor muda itu.

           Keluarga Damia dengan keluarga Iskandar sudah terlebih dahulu memasuki bilik yang menempatkan Damia. Bila Iskandar mahu melangkah masuk, langkahnya ditahan doktor muda itu. “Ehh encik siapa? Keluarga pesakit sahaja yang dibenarkan masuk.”

            Iskandar pandang doktor tu. Nampak doktor tu tersenyum menggoda. Ini nak mengorat aku ke haper ni? Tengah buat kerja pun sempat mengorat orang? Maaflah, aku tak layan. Doktor Damia Aleesya aku layan. Dia berdehem sekejap sebelum bersuara, “Saya suami dia.” Tuturnya keras dan terus melangkah masuk.

            Tapi tak siapa sangka, dia baru sahaja menapak masuk tapi langkahnya sekali lagi dihalang ibu mertuanya. Dia disuruh keluar dari situ tanpa sempat berjumpa dengan isterinya. Hah, dugaan apakah ini? Dugaan bercintakah?


DAMIA pandang seorang demi seorang dalam bilik tu. Hah, jumpa lagi dia dalam bilik yang sama ni. Hai bilik, tak sangka kita masih berjodoh ya. Tak sampai dua bulan pun lagi, aku dah datang sini tanpa suka rela. Nasib akulah..

            Damia pandang sekeliling. Ada Along, Kak Hajar, Iqmal, Yana, Ibu, ayah, mama, Mazni dan juga ayah mertuanya. Tapi dia tak nampak Iskandar. Mana lelaki itu? Mana suami dia?  Dia pandang Along yang duduk disisinya. Besar betul mandat dia duduk atas katil orang sakit ni. Kerusi banyaklah, Along. “Mana Is?” Tanyanya. Mestilah orang pertama yang dia cari adalah suaminya. Suami sepanjang hayat tu weh.

            Dengar ibu mendegus kuat. Damia pandang ibunya. Wajah tu nampak menyinga. “Buat apa kamu cari orang yang tak bertanggungjawab macam tu, Mia?”

            Damia pelik. Dia tengok mama mertuanya. Mama hanya tersenyum tawar pandang dia. Makin pelik Damia dibuatnya. Apa salah Iskandar sampai ibu cakap dia lelaki tak bertanggungjawab? Dia pandang Along minta penjelasan. Along hanya menepuk bahunya lembut.

            “Is ada kat luar.” Jawab lelaki itu.

            “Lah.. Kenapa tak ajak dia masuk sekali? Mia nak jumpa Is.” Damia dah berura-ura nak turun dari katil. Tapi perbuatannya mati bila nampak tangan ibu dah naik nak cubit pinggang dia. Pantas dia tersengih sebelum perlahan-lahan letak balik kaki dia atas katil.

            “Sudahlah Mia.. Tak usah kamu jumpa dia lagi.”

            “Ibu.. Apa salah Is sampai ibu pulau dia macam ni? Dia suami Mialah, bu.” Keras suara Damia. Tak kisahlah apa yang berlaku, dia mahukan penjelasan. Kenapa ibu tak kasi Mia jumpa Is? Iskandar tak buat sebarang masalah pun, kan? Mereka okay aje selama ni.

            “Disebabkan dialah kamu hampir kena rogol tau.”

            Damia tayang muka toya. Pasal ni ke? “Ibu..” Damia nak turun dari katil sekali lagi bila nampak ibu tengah leka buat benda lain, tapi dihalang Alongnya pula. Sempat dia jeling Along. Orang nak turun pergi dekat ibu ajelah. Nak halang tu buat apa? Sudahnya, Damia kembali duduk di atas katilnya. “Bukan salah Is lah. Mia yang percayakan budak tu. Kalau Mia tak percayakan budak tu, tak adanya Mia nak pergi bangunan tu.” Ya! Betullah firasatnya saat dia pandang anak mata lelaki tu. Nampak sangat ketakutan dan seperti menyuruhnya supaya jangan mempercayainya.

            Lelaki tu dipaksa buat macam tu ke? Kasihannya dia.. Tapi bodohlah lelaki tu. Kenapa tak buat aduan di pejabat universiti beritahu yang dia dipaksa? Kalau tak, tak adanya dia jadi macam ni. Sakit woo kena terajang dengan lelaki-lelaki tu. Bukan tu aje, siap kena tendang dekat perut lagi. Senak perut dia masa tu.

            Dan yang paling dia bersyukur, bila disaatnya hampir-hampir nak kena rogol tu, dia perasankan Iskandar di tepi bangunan tu. Sempat mata mereka bertentang sebelum dia lemah di situ. Jadi kesimpulannya, Mikhail Iskandar langsung tidak bersalah! Malah lelaki itu yang menyelamatkannya.

            Ohh.. Aku jatuh cinta pada lelaki itu buat kali yang ke.. Jap jap aku kira..


DAMIA buka mata bila dengar pintu ditutup. Dia senyum jap sebelum duduk. Selimut ditolak sehingga hujung kaki. Dia pandang ke lantai. Tapi tak jumpa apa-apa untuk mengalas kaki. Baik kasut mahupun selipar, dua-duanya tiada. Heels aku mana?

            Malas nak fikir, dia bergerak turun. Tak pakai kasut pun tak apalah. Tapi sempat dia capai kain. Iqmal punya kot tadi. Nasib baiklah Kak Hajar baik hati tertinggalkan kain Iqmal ni. Berhingus pun tak apalah, asalkan boleh ditutup kepalanya.

            Dia bergerak ke pintu. Dari cermin pintu biliknya, dah boleh nampak kawan-kawannya bersama Iskandar duduk diluar. Jadi pak jaga ke haper dia orang ni. Dari tadi dia orang di sini ke? Tiba-tiba muncul rasa terharu sebab mereka sudi menunggunya.

            Lama pula tu nak tunggu ibu bawa rombongan dia balik. Entah apa yang dia marah pada Iskandar pun Damia tak tahulah. Sampai dia larang Iskandar masuk bilik tu. Bukan Iskandar sahaja, sekali dengan kawan-kawan dia dilarang sama sekali. Semuanya dituduh tak bertanggungjawab. Apa sajelah ibu aku ni.

            Tombol pintu dipulas perlahan-lahan. Bersama satu bungkusan air yang menyalurkan entah air apa ditangannya, dia bawa keluar sekali. Sakit tak sakit jarum yang mencucuk belakang tangannya, dia tak peduli. Janji dapat jumpa Iskandar.

            “Boboy...!” Jerit Damia girang. Suara dia sahajalah yang kuat kat situ. Tak peduli dah pandangan orang lain, pandangan jururawat yang lalu-lalang kat situ. Dari pandangan jururawat tu, dia orang suruh Puan Damia diam. Sebab sini kawasan hospital. Tak elok buat bising. Tapi Damia.. Dia siap jeling balik jururawat tu. Peduli apa!

            Damia depakan kedua tangannya. Nak peluk Iskandar. Tapi terhenti sekejap. Dia pandang Adam yang berdiri disebelah Iskandar. Dia hulurkan bungkusan yang berisi air tu. “Tolong pegang sekejap eh.” Pintanya.

            Adam yang terpinga-pinga hanya menurut. Dia pegang bungkusan berisi air tu. Lepastu kembali pandang Damia.

            Damia senyum. Terima kasih untuk Said Adam sebab sudi tolong dia. Lepastu Damia kembali pandang Iskandar. Dia sengih tayang gigi. Kembali menjerit. “Boboyyyy..!!” Jeritnya girang. Terus dia memeluk Iskandar for real. Siap terloncat-loncat kecil lagi sebab dia tersangat gembira dapat berjumpa suaminya.

            “Ohh.. Rindunya..” Leher Iskandar  dicium. “Miss me, bebeh?” Pipi Iskandar pula dicium bertubi-tubi.

            Iskandar rasa tak puas hati. Sebal hati dia saat ni. Dia rungkaikan pelukan itu. Tatap mata isterinya. Wajahnya diseriuskan. “Tahu tak betapa takutnya boboy tadi bila nampak baby terkulai layu tak bermaya. Sampai nak gugur jantung ni. Tapi baby boleh datang-datang terus menjerit macam orang gila?” What the fish? Need fresh air! Urghh..

            Damia usap pipi tu. Alolo comelnya suami dia ni. Risaukan dia ke, sayang? Tanpa rasa malu sebab beradegan dihadapan kawan-kawan mereka, Damia mengucup pipi tu. Siulan dari lelaki disekeliling mereka langsung dia tak ambil kisah. “I’m okaylah, dear. Don’t worry. Thanks dah selamatkan baby.” Dia hadiahkan senyuman.

            Lepastu tarik tangan Iskandar masuk bilik. Dengan sekali kawan-kawannya dia ajak masuk. Buat apa duduk kat luar? Tak ada privacy langsunglah.

            “Ni kenapa sampai bercucuk ni?” Soal Adam lepas letakkan semula bungkusan air ditangannya pada tempatnya.

            Damia jungkit bahu. “Ntahlah, doktor cakap aku kurang air dalam badan. Dia masukkan airlah tu agaknya. Tak kisahlah, janji aku boleh sihat.” Sengih.

            “Kau okaykan, Mia?” Zulaikha datang bersama June dan Jue. Arissa bersama kawan-kawannya pun ada sekali. Dia hadiahkan senyuman. Tuala yang hampir-hampir nak jatuh dari kepalanya dibetulkan. Bahagian lehernya yang terdedah pun ditutup dengan kain tuala milik Iqmal tu.

            “Aku okaylah. Aku dah besar. Jangan risau eh.” Dia senyum. Betul, dia okay sangat sekarang ni.

            “Tuala siapa tu?” Tanya Iskandar. Tak pernah dia nampak pun tuala tu Damia pegang. Siap ada gambar Pooh lagi. Tuala dia masa kecil-kecil dulu ke apa ni?

            Damia sengih. “Tuala Iqmal. Ntah tetiba Kak Hajar baik hati tertinggal kat sini. Dah ini aje yang ada nak tutup kepala, guna sahajalah.” Ceritanya sambil tersengih-sengih. Iskandar menggeleng. Macam-macamlah isteri aku ni. Comel pun ada kekadang tu.

            Ohh.. Iskandar baru ingat yang Arif ada bagi dia selendang yang Damia guna tadi. Dia pandang balik tempat di mana dia letak selendang tadi. Selendang berwarna hitam gelap tu dia capai dan serahkan pada isterinya. “Ni.. Guna ni lah. Tuala tu pendek sangatlah, yangg. Gerak sikit dah boleh nampak leher.”

            Yeah, walaupun tadi kawan lelakinya ada yang dah nampak leher sekaligus rambut mengurai isterinya, tetap aurat Damia dia jaga kali ni. Takkan nak biar dia orang tengok aurat berharga Damia buat kali kedua, kan?

            Damia capai selendang yang dihulur suaminya. Lepastu dia pandang barisan lelaki-lelaki yang mengelilingi bilik yang dihuninya ini. Dia cuit Iskandar kemudiannya. Iskandar yang faham pandang kawan-kawannya. “Guys.. Sorry to say. Boleh tak yang perempuan-perempuan ni keliling Mia sekejap? While yang jantan-jantan duduk kat sofa sana tu?” Pintanya. Senyum pandang mereka. Kalau tak sebab Damia, dia takkan buatlah. Bukan kalau sebab Damia aje, sebab mama dia, sebab Mazni pun dia akan bersuara macam ni. Sebab itu merupakan sebahagian dari tanggungjawabnya.

            Damia cepat-cepat cabut tuala di kepala dan sarung selendangnya di kepala. Dalam sekelip mata aje kepalanya sudah bertutup dengan sempurna. Nasib baiklah ada selendang ni. Kalau tak memang dia takkan keluar bilik ni semenjak tadi. Kalau hidup menjadikan Islam sumber utama, mesti Allah akan permudahkan segalanya.

            Iskandar tilik wajah isterinya. Lengan isterinya juga diperiksa. Hmm.. Kesan lebam tu masih ada. Kesan lebam tu dia pegang lembut. “Sakit tak?” Soalnya.

            Damia masamkan wajah. “Tadi sakit.. Sangat!” Yang lain yang turut sama dalam bilik tu dah tundukkan wajah. Masing-masing tayang wajah sayu dan simpati. Tak sangka yang Damia diberi dugaan seperti itu.

            Damia kembali maniskan wajahnya. Pipi Iskandar dipegang lembut. “Tapi lepas nampak wajah boboy, terus hilang sakit ni.” Sengih sambil gelak kecil. Sementara Iskandar dah melopong. Baru nak cium lebam tu buat penghilang sakit isterinya, tapi lepas dengar luahan isterinya, terus rasa tak jadi. Rasa nak cubit-cubit aje Damia Aleesya ni. Haih.

            “Ada yang kena cekik ni karang. Buat penat aje kita orang tayang wajah simpati, tapi kau balas macam ni. Bertuahlah kau, Mia.” June dah cekak pinggang. Damia gelak.

            Alah betul apa. Tadi dia rasa sakit sangat. Sampai nak gerak ibu jari pun dah rasa sakit tu. Tapi bila semangat punya berkobar-kobar nak jumpa Iskandar tercintanya tu, rasa sakit tu terus hilang melayang entah ke mana. Hehee

            “I’m sorry.. Sebab boboy, baby yang jadi mangsa.” Wajahnya bertukar sayu. Dia tengah serius ni. Jangan Damia anggap main-main sudahlah. Memang betul-betul ada yang kena cekik ni nanti.

            “Sokaylah..” Walaupun Damia tak tahu apa puncanya dia jadi macam tu.. Kenapa dia hampir-hampir dirogol orang dan kenapa Iskandar tiba-tiba minta maaf darinya walaupun baginya, Iskandar langsung tidak buat kesalahan apa-apa, dia tetap memaafkan segala perbuatan dan perlakuan suaminya.


            Manusia normal mana ajelah yang tak buat salah? Kita bukan malaikat yang tak buat kesilapan. Kita juga bukan syaitan yang tak ada kebaikan. Kita cume manusia, ada kelebihan dan kekurangan.

3 comments:

Buah fikiran anda amatlah di hargai.