"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Tuesday, January 14, 2014

Ehh, Bencinya (Bab13)






DUA MINGGU, DUA HARI, DUA JAM, DUA MINIT DAN DUA SAAT KEMUDIAN..

Aku melangkahkan kaki memasuki Syarikat Winner’s Jaya Holding dengan hati yang berkobar-kobar. Aku melihat penampilanku di cermin ketika aku diarahkan menuju ke tingkat lima belas.

“Dah cantik dah tu.” Teguran itu membuatkan aku tersipu malu. Aiseh, macam mana boleh terada orang pulak kat sini? Bukan ke tadi tak ada orang yang lalu lalang pun disini.

“Mari masuk.” Ajak lelaki itu apabila pintu lif sudah terbuka. Didalam lif itu tiada seorang pun. Dengan teragak-agak, aku memasuki lif tersebut.

“Tingkat berapa?” Tanyanya.

“Lima belas.”

Pantas lelaki itu menakan punat lima belas dan tujuh belas. Pasti lelaki itu mahu ke tingkat tujuh belas. Fikirku.

“Nak jumpa Encik Qamarul ke?” Tanyanya.

Aku mengangguk. Mana dia tahu? Hey Qash, dia kan pekerja di sini. Pasti dia sudah tahu selok belok syarikat ini.

“Ada tujuan apa?”

“Minta kerja.” Memang aku seperti meminta pekerjaan pun kan?

“Oh.. Kenapa minta kerja disini?” Soalnya membuatkan aku berkerut. Salah ke? Hak aku! Suka hati akulah! Yang kau nak menyebok pasal diri aku ni ape ke hal?

“Salah ke?” Soalku balik.

“Tak salah. Cuma, tak takut ke?”

“Apa yang nak ditakutkan?”

“Bos syarikat ni garang-garang tau.” Jawabnya bersama senyuman. Senyuman itu lebih kurang kepada sinis ataupun nakal.

Aku menjungkitkan kening. Garang? Papa dengan abang garang ke? Pelik!

“Garang sangat ke?”

Lelaki itu tidak menjawab tapi, sekadar menjungkitkan kedua bahunya.

Anyway, good luck.” Ucapnya apabila tiba di tingkat lima belas. Aku tersenyum kepadanya sebelum keluar dari lif.

Aku terus memasuki ke dalam pintu utama dan melihat ke dalamnya. Pintu yang bertulis Pengarah Urusan aku masuki apabila tiada setiausaha yang selalunya disitu.

“Papa!” Sapaku.

Encik Qamarul memandang kearahku. Bibirnya menguntum senyum. “Duduk Qash.” Arahnya.

Aku menurut. Tidak berapa lama kemudian, pintu diketuk dari luar.

“Masuk!” Jerit papa.

Pintu terbuka dan kelihatan seorang lelaki bersama fail ditangan masuk mengadap.

“Hey. Ingat tak datang tadi.” Ucap Qayyum dan duduk disebelahku. Dia memeluk kejap bahuku.

“Kalau adik tak datang sini, kang ada pulak orang tu serang rumah kita. Macam Singapura di langgar Todak.” Perliku.

So papa, macam mana?” Tanya abangku memandang papa.

“Mari papa tunjukkan bilik kamu.” Papa sudah berdiri dan memakai coatnya. Aku dan abang juga berdiri. Kami keluar dari bilik itu dan menuju ke sebuah bilik di tingkat tujuh belas. Bilik itu terlalu besar. Mengalahkan bilik papa!

“Macam mana?” Soal papa.

“Tak nampak macam besar sangat ke?” Tanyaku.

“Tak adalah. Bilik abang lagi besar. Boleh buat rumah dalam tu.”

Aku menjungkitkan kening memandang abang yang tersengih disebelah. Jadi, bilik aku dan bilik abang lagi besar dari bilik papa lah ni? Memang tak adil!

“Mari papa kenalkan kamu pada staf seliaan kamu.”

Aku berdiri disebelah papa apabila melihat semua staf-staf dibawah seliaanku sudah berkumpul dihadapanku. Semua mata yang memandang kearah ku membuatkan aku menunduk. Malu untuk melihat mereka. Walaupun aku tahu, maluku ini tidak lama. Pasti akan runtuh jua sebelum pulang nanti.

“Seperti yang dijanjikan, department ini akan mempunyai ketua mulai dari hari ini. Ini saya perkenalkan anak perempuan saya, Qashrina Aleesya. Tolong berinya tunjuk ajar memandangkan dia masih lagi baru disini.” Tegas papa berceloteh.

“Selamat berkenalan.” Ucapkan seraya tersenyum.



SELESAI sahaja makan tengah hari bersama papa dan abang, aku dikejutkan dengan sebuah projek besar yang memerlukan khidmatku untuk menyiapkannya. Aku menyumpah seranah abang. Hey, aku baru aje masuk. Satu ilmu apa pun aku tak tahu lagi. Takkan nak terus dapat projek kot. Memang tidak adil. Kang aku nyanyi lagi Yuna kang!

“Ini projek pertama yang adik kena buat.” Beritahu abang sambil menghulurkan sebuah fail tebal kearahku.

“Projek apa ni?”

“Pembinaan sebuah resort di Selat Melaka. Syarikat kita akan bekerjasama dengan Syarikat Star King Holding. Jadi, adik akan selalu bersama dengan syarikat tu sepanjang berlangsungnya projek ni.” Terang Qayyum. Berkarisma dan sangan jelas percakapannya membuatkan aku kagum dengannya.

“Malasnya.” Sungut ku. Asyik kena buat kerja aje!

“Nak naikkan nama syarikat ni kan? No lazy, tired or anything else! Ada reti?”

“Baik, bos!” Ucapku bersama tabik ditangan.

Good!”

Qayyum berdiri untuk keluar dari bilik adiknya. Membiarkan adiknya menyesuaikan diri dengan suasana biliknya yang baru.

Hold on!” Jeritku. Qayyum berhenti dari melangkah. Kepalanya dipusingkan memandang adiknya.

“Macam mana nak mulakan projek ni?” Tanyaku sambil menggarukan kepala yang tidak gatal.

Qayyum tersenyum. Manis! Dan kacak! Hailah, nasib baik kau abang aku. Kalau tak, dah lama aku tackle kau!

Ask your secretary and he know what to do next.” Qayyum mengenyitkan matanya sebelum berlalu keluar.

“Oh ye! Sebelum abang lupa..” Qayyum yang sudah keluar, tiba-tiba masuk kembali ke dalam bilikku membuatkan aku terkejut.

Secretary you're not like the others.

You mean?”

“S.U adik adalah seorang lelaki.” Jawabnya formal.

What? Boleh ke dia buat kerja?”

“Tak kenal maka tak cinta, sayang.”

Sekarang, barulah Qayyum keluar dan tidak memandang kearahku lagi. Setiausaha aku lelaki? Memang choyy!

Aku berdiri dan melihat persekitaran bilikku. Cantik! Pengolahannya juga menarik. Warnanya yang lembut membuatkan hatiku juga menjadi lembut. Aku menghidu haruman yang keluar dari pewangi bilik. Wanginya! Tenang kepala otak aku.

Tanpa membuang masa, aku terus keluar dari bilik. Sebelum keluar, sempat aku menjeling sekilas sebuah fail tebal berwarna hitam diatas mejaku. Biarlah! Esok boleh buat. Hari ni aku nak berehat dan menikmati keindahan pejabat ni dahulu.

Aku membuka pintu bilikku dan keluar. Aku memandang sekeliling. Semuanya sedang khusyuk membuat kerja. Kerja apakah yang mereka lakukan? Mata ku sorotkan pada seorang lelaki yang tekun menulis disebuah buku hitam berkulit itu. Inikah setiausahaku seperti yang dicoretkan abang sebentar tadi?

Aku menghampirinya. Meja itu ku ketuk. Dan lelaki itu memandangku sambil tersenyum. Aku mengelengkan kepala apabila mengetahui lelaki yang menjadi setiausahaku ini adalah lelaki yang aku ketemuinya di lif tadi. Lelaki itu berdiri dan menunduk hormat kepadaku.

“Garang sangat ke abang dan papa saya?” Soalku apabila fikiranku mula mengingati perbualannya dengan ku sebelum aku memboloskan diri keluar dari lif.

“Maaf. Saya tak tahu pulak Cik Qashrina adalah bos dan anak majikan saya.” Terangnya sekaligus merapatkan kesepuluh jemarinya kepadaku. Sedarlah sikit, ini bukan bulan Syawal.

Its okay. Boleh saya minta tolong dari awak?” Soalku.

“Apa dia?”

“Tolong tunjukkan saya keseluruhan syarikat ni.”

“Baik Cik Qashrina.”

Aku menggosokkan telingaku. Berbulu pulak dengar dia panggil nama penuh aku. Qash sudahlah!

Lelaki tidak bernama itu segera berjalan dihadapanku untuk keluar dari tingkat tujuh belas ini. Namun sebelum keluar, aku berhenti di tengah-tengah department ku.

“Perhatian! Perhatian!” Ucapku meninggikan suara.

Semua mata yang memandang kearahku membuatkan aku tersenyum manis.

I may not know you all right now, but I hope you all can help me to lead this department. And one more, just call me Qash only. No need to call with my full name.

“Okay Cik Qashrina.”

“Kan saya dah cakap tadi. Korang ni!” Gumamku.

Semua staf tersengih sebelum menjawab “Baik Cik Qash.”

“Macam itulah. Can you all intro yourself one by one?” Pintaku.

“Nama saya Iwan..” Berdiri seorang lelaki dihujung bahagian kananku. Diikuti yang lain sehinggalah kesemuanya sudah ku ketahui namanya.

“Oh ye, apa nama awak?” Aku memandang kearah setiausahaku yang tersenyum memandangku.

“Nama saya Ezam Harith.” Lelaki itu memperkenalkan dirinya kepadaku.

Aku mengangguk. Ezam.. Nama yang menarik dan cantik!




MEMANDANGKAN hari ini adalah hari Sabtu, jadi Qashrina sudah merancang mahu membawa Hamqa keluar berjalan-jalan. Awal pagi lagi, dia sudah keluar dari rumah dan memecutkan kereta menuju ke rumah Hamqa. Dia bercadang mahu membawa Hamqa berjogging bersama-samanya.

Tiba dihadapan rumah mewah itu, dia menekan punat loceng yang tersemat cantik di tiang hujung pagar automatik. Tidak sampai beberapa saat, muncul seorang lelaki yang segak mengenakan pakaian sukan keluar dari rumah dan menuju kearahku yang sudah masuk kelaman rumah itu apabila pintu pagar berwarna emas itu terbuka.

“Assalamualaikum.” Sapaku ceria.

“Waalaikumussalam. Cari siapa dik?” Soal lelaki itu sambil tersenyum nakal kepadaku.

“Saya nak cari Hamqa, dia ada?” Tanyaku. Malas mahu bergombrol dengan lelaki kepala mereng itu. Ehh, bencinya aku dengan lelaki ni. Masih tergiang-ngiang di kepalaku dia memanggilku mak cik! Hish, tak faham betullah aku...

“Hamqa? Dia tengah..”

Mummy!” Jerit Hamqa keriangan dan meluru kearahku. Dia memeluk kakiku. Aku melutut untuk menyamakan ketinggianku dengannya. Pelukannya ku balas jua.

Mummy datang sini sebab rindu Hamqa ke rindu daddy?” Tempelak Hamqa membuatkan aku membuntangkan mata.

Mummy nak rindu daddy? Huh.. Tak layak!”

Mummy nak pergi jogging ke baru balik?” Soal Hamqa apabila melihat mummynya mengenakan baju bersukan berwarna cerah. Menyerlah kejelitaan mummynya membuatkan dia tersenyum. Cantik!

Mummy datang sini sebab nak bawa anak mummy ni jogginglah. Jom..” Ajakku.

“Alah.. Hamqa pun nak keluar jogging dengan daddy jugak ni.” Jawab Hamqa serba salah. Nak ikut daddy ke ikut mummy? Kalau ikut daddy, mummy macam mana? Kalau ikut mummy, daddy macam mana pulak? Kalau aku tak ikut kedua-duanya, macam mana pulak erk?

Aku mengeluh kehampaan. Jadi, aku terpaksalah jogging sensorang hari ni? Hilang semangat aku!

“Lain kali nak datang, bertiahu dulu. Ye cik adik?” Suara itu membuatkan aku menjelingnya. Tapi.. Baru aku perasan, yang dia tidak lagi memanggilku dengan panggilan mak cik! Horeyy. Sukanya aku!

“Macam mana ni mummy?” Tanya Hamqa.

“Macam mana lagi. Hamqa ikut daddy ajelah. Mummy boleh jogging sensorang.” Jawabku. Suara, alahai lemahnya!

“Senang awak ikut kami ajelah jogging sama-sama.” Harris memberikan idea bernasnya.

Aku memandang lelaki itu. Dia juga memandangku. Ni yang aku malas kalau keluar dengan mamat ni. Ada aje yang tak kena nanti! Bukan boleh percaya sangat lelaki ni.

“Okay jugak tu daddy. Macam mana mummy?” Soal Hamqa memandangku. Jari kecil Hamqa sudah memegang kedua pipiku.

Aku merenung mata Hamqa. Ada riak permintaan dimata itu membuatkan aku menjadi serba salah untuk menolaknya.

Akhirnya.. “Okaylah.” Jawabku.

“Jom. Kita dah lambat ni. Awak parkirkan kereta awak kat dalam dan naik kereta saya.” Arah Harris.
“Kenapa pulak?” Tanyaku.

“Jimat minyak. Dan dapat mengurangkan pencemaran udara dengan bertambahnya bilangan kereta. Nak selamatkan bumi, kan?”

Aku mengeluh. Dalam pada mengeluh itu, aku turutkan juga.

Harris yang melihat reaksi gadis dihadapannya sekadar tersenyum. Kemudian, dia bersama Hamqa menaiki kereta Honda Accord miliknya.

Setelah memakirkan kereta, dia menuju kearah kereta berwarna hitam yang berhenti diluar pintu pagar.
Hamqa yang melihat mummynya mampir kearah kereta, segera menurunkan cermin tingkap tempat duduk belakang.

Mummy duduk depan ek.” Suruhnya membuatkan Qashrina mengeluh sekali lagi. Baru ingat nak duduk belakang tadi. Hailah nasibku!

Tanpa melengahkan masa, aku membuka pintu sebelah pemandu dan memboloskan diri ke dalam perut kereta. Tali pinggang ku pakai untuk keselamatan jalan raya. Juga keselamatan diriku sendiri. Dengan lafas basmallah, kereta memecut laju membelah jalan raya menuju ke sebuah tasik tempat kebiasaan mereka bersukan.

“Awak memang pendiam ke?” Tanya Harris. Semenjak tadi, gadis disebelahnya hanya mendiamkan diri.

Aku menoleh kearah lelaki itu. Tanpa disengajakan, aku melihat penampilannya. Segaknya dia dengan hanya berseluar panjang dan berbaju lengan pendek berwarna biru.

“Tak ada apa yang perlu dibualkan.” Jawabku memandang kehadapan semula. Melalui cermin pandang sisi, dapat dilihatnya Hamqa yang sedang bermain entah permainan apa di tempat duduk belakang.

“Macam mana boleh kenal Hamqa ek?” Soal Harris untuk menarik minat gadis disebelahnya supaya berbicara dengannya.

“Saya yang selamatkan dia dan bawa dia ke kaunter khidmat pelanggan masa dia kehilangan awak kat mall dulu.” Jawabku senafas.

“Ohh.. Anyway, terima kasih kerana mengurangkan penat lelah saya mencari Hamqa masa tu. Thank you very much.” Ucap Harris ikhlas.

Mentioned not. Kalau orang lain yang punyai rasa simpati melihat Hamqa menangis ketakutan pada masa tu pasti akan melakukan perkara yang sama dengan saya.”

“Saya terhutang budi pada awak. Apa yang perlu saya lakukan untuk membalas kebaikan awak?”

“Satu aje. Stop calling me mak cik!” Jawabku tersenyum.

“Okay.”



I’M HARRIS.. HARRIS RAFEEQI.” Ucapnya ketika kami sedang berehat di bawah satu pondok. Menghilangkan penat lelah setelah berjogging.

Aku memandang lelaki itu. Lelaki itu hanya memandang kehadapan dan membuat aktiviti menyejukkan badan diikuti Hamqa.

“Sepanjang kita berkenal, kita tak pernah tahu nama masing-masing. My name Harris Rafeeqi, and your name?”

“Harris Rafeeqi? Sedap nama tu.” Tapi kenapa perangai tak seperti sesedapnya nama awak? Ucapku dalam hati. Gila nak straight!

Thanks.”

Your nickname?” Soalku.

“Harris.”

“Boleh saya panggil awak, Eqi? Singkatan bagi Rafeeqi.” Pintaku.

Dia memandang kearahku sebelum tersenyum. “Sure. Why not? Bertambahlah nama saya selepas ni. Eqi! Sedap nama tu.”

Aku membuat muka toya. Masak maggie makan sendiri nampak!

“Kenapa nak panggil saya Eqi?”

“Saje. Lagipun saya suka panggil seseorang dengan nama yang orang lain tak pernah panggilnya dengan nama tu. Kiranya, lain daripada yang lainlah.” Ye ke kau Qash? Gasaklah!

“Oh yeah? And your name?”

“Qashrina Aleesya.” Ujarku berserta senyuman. Nama sendiri, mestilah sedap!

Harris terdiam. Macam pernah dengar nama tu.. Tapi kat mana?

“Hmm.. Like you, saya pun suka lain daripada yang lain.”

“Hah?”

“Boleh jugakkan saya panggil awak, Sya?”

Aku tersentak. Sya? Kenapa.. Kenapa perlu nama tu? Nama tu mengingatkan aku pada.. Pada lelaki curang tu!

“Kenapa? Tak boleh ke?”

“Erkk..”

“Kalau tak boleh tak apa.”

“Boleh..” Tanpa sedar mulut ku menjawab.



Harris mengangguk dan tersenyum. Sya! Sya! Dan Sya! Cantik nama kau Sya! Secantik tuan empunya nama.


Thanks cause sudi menghabiskan meluangkan masa korang dengan baca karya aku nyh.. hoho
            Mind to comment?


#Salam_maulidur_rasul_1435H


Monday, January 13, 2014

Suamiku Ramai Crush [Part 1]

Assalamualaikum nd selamat petang.. hoho dah lama aku tak dating ngan blog tercinta aku nyh.. sorry my dearest blog kalau kau dah berhabuk.. huhu.. nd aku tak tahu nak melalut apa lagi,, jaz na tampal sebuah cerpen nyh sebagai peneman otak aku yang mungkin akan pecah pada bila-bila masa akibat SPM punye pasal!!!


Cover?? malas lha nak buat.. hoho.. insya Allah kalau aku ada waktu yang tenang, aman, makmur and what so all aku akan buat.. chayokk! chayokk! chayokk!!
   
ini dia..




Suamiku Ramai Crush [Part 1]




  Crush? Bermaksud kita sukakan seseorang tu dalam diam dan dia tidak tahu!

Aku hanya memandang tenang lelaki yang duduk di meja sebelah cermin kaca. Kosong pandanganku apabila lelaki itu juga memandang kearahku. Aku pandang pulak kawan-kawan aku yang kini duduk semeja denganku. Mereka semua tenang menjamah makanan yang dipesan tadi.

Dup.. dap.. dup.. dap

Jantungku tenang mengepam darah. Setenang raut wajahku yang sedang menguis nasi di pinggan. Serba-salah aku memandang mereka. Nak beritahu atau tidak? Otak kata jangan, hati pulak kata ya. Arghhh! Frust aku macam ni..

“Kau okay, Mia?” Jue menepuk lembut bahuku.

Aku pandang Jue. Jue pandang aku bersama kening yang terangkat. Perlahan aku menganggukkan kepala.

Selesai makan, ketiga-tiga kawan aku sudah bangkit mahu pulang ke rumah masing-masing. Tinggal aku bersama Aida disini. Saling berpandangan tapi tiada tanda-tanda mahu mengucap sesuatu.

“Kau kenapa tak balik lagi?” Soalku akhirnya.

“Aku nak beritahu kau sesuatu.” Perlahan tapi cukup untuk aku mendengarnya. Pantas aku membetulkan duduk dan segera melihat jarum jam di pergelangan tangan.

Empat lima minit petang.. Jam empat suku nanti, aku harus segera bergerak keluar dari restoran ini. Itulah janji yang aku buat dengan lelaki itu.

Aku pandang Aida berharap gadis itu meneruskan ayatnya.

“Err, dah lama dah aku simpan perkara ni. Sampaikan aku.. aku tak tahu..” Aida memegang dahinya.

Lantas aku memegang tangan kanan Aida. Berharap gadis itu tenang. “Relaks okay. Tarik nafas. Cerita kat aku satu per satu. Jangan gopoh.”

“Aku nak mintak tolong kau sikit, boleh?”

Aku tersenyum. Suara Aida sudah hilang gugup. Gadis itu lebih tenang kini. Perlahan aku menganggukkan kepala.

“Kalau aku boleh tolong kau, insya Allah aku tolong.” Jawapan selamat aku pilih.

“Err, kau rapat dengan Is, kan?”

Aku mengerutkan dahi. Emangnya kalau aku rapat dengan Is, kenapa?

“Aku kenal dengan dia semenjak kami sekolah menengah. Nak kata rapat tu, emm bolehlah. Tapi kenapa kau tanya?” Aku jawab jugak walaupun dalam hati dah rasa macam tak tenang. Macam tahu-tahu aje apa akan terjadi selepas ni.

“Selama ni aku crush dia. Aku tak tahu macam mana nak beritahu dia. Kau faham, kan?” Laju Aida menjawab membuatkan jantung aku seakan-akan berhenti berdetak apabila mendengar perkataan crush.

Seperti yang aku agak tadi. Syabas Damia! Tekaan kau sangat tepat.

Aku berlagak tenang. Senyuman nipis aku tayangkan seketika. Tangan dibawah meja sudah mengenggam penumbuk.

“Sejak bila?” Tanyaku.

“Sejak kali pertama kau kenalkan aku dengan dia.”

Senyuman yang muncul di bibir Aida membuatkan aku mengetap bibir. Macam nak menangis. Macam senyuman tu senyuman mengejek untuk aku kerana tak memberitahu siapa Iskandar yang sebenarnya. Rasa bersalah muncul dilubuk hati.

Belakang leher aku garu perlahan. Mahu mententeramkan hati yang mendidih. Cemburu ke aku? Ya! Aku mengaku aku cemburu apabila mengetahui Aida meminati Iskandar dalam diam. Dan kenyataan itu cukup menyakitkan hati kecil aku.



“HEY.. Kenapa diam aje ni?” Aku toleh ke kanan. Memandang lelaki yang tenang duduk disebelahku. Mata kami sama-sama memandang kearah sebuah kolam kecil buatan yang dibina enam bulan yang lalu.

Soalannya aku biarkan sepi. Sesekali aku mengeluh sehingga menarik perhatiannya. Aku memandang sepi tangan kananku apabila terasa sedikit hangat. Ya. Lelaki itu sedang mengenggam tanganku. Kemudian, dibawanya ke bibir untuk dikucup.

“Tak sihat ke?” Telapak tangannya dilekapkan ke dahiku sebelum jatuh di leherku.

I’m okay lha.”

“Kenapa diam aje ni? Selalunya kalau boboy tak tanya, mesti dah sepuluh perenggan baby membebel.”

“Entah. Tak ada mood pulak nak membebel.”

Look me.” Lelaki itu menghadapkan aku supaya memandangnya.

“Ada masalah, kan? Cerita sekarang!” Tegas suruhannya membuatkan aku menundukkan pandanganku.

Baby ada masalah kan? Ceritalah. Mana tahu boboy boleh tolong ke.” Suaranya berubah nada. Lembut sekali. Penuh pujukan pada nadanya membuatkan aku kembali memandangnya. Anak mata berwarna hitam pekat itu aku pandang tajam.

One more..” Ringkas jawapanku. Semoga lelaki ni faham.

One more, what?

Aku mengeluh sekali lagi. “Aida suka boboy.”

Jawapan pendek dariku membuatkan lelaki itu tergelak besar. Sakit pulak hati kita dengar ketawa dia ni!

“Boboy... Baby serius ni.” Aku memunjungkan bibir sekali memasamkan wajahku apabila lelaki itu masih lagi ketawa berdekah-dekah.

Lelaki itu memegang perutnya. Tangannya yang menekan-nekan hujung perutnya sudah cukup memberitahu yang ceritaku tadi tersangatlah lawak baginya.

Aku terus berdiri. Disaat kakiku mahu melangkah masuk ke dalam rumah, ada satu tangan yang memaut lengan kiriku. Automatik langkahku mati. Aku hanya berdiri statik dan tidak memandangnya.

Okay.. okay.. I’m sorry. Your story so funny lha baby. Mana boboy tak gelak.”

“Tapi ni tak lawak lah. Saya serius okay.” Aku meninggikan suara namun sedikit terkawal. Haishh..

“Jadi pasal ni lah yang baby dok muncung hari ni?”

Aku menjawab dengan menjungkitkan kedua bahu. Tanganku silangkan ke dada. Mata memandang kolam buatan di hadapan mata.

“Sini sayang..” Aku dibawa duduk disebelahnya.

“Ni kes cemburulah ni?” Ada senyuman di hujung bibir lelaki itu.

“Mestilah. Gila tak!”

“Baby busukk.. Aida aje kan yang suka boboy?”

Aku menganggukkan kepala.

“Ada boboy suka dia?”

“Mana nak tahu. Bukan hati baby.”

Lelaki itu ketawa kecil sebelum menjawab, “mestilah boboy tak suka dia.”

“Sebab?” Aku bertanya. Mahu menguji hati si lelaki ini.

“Sebab dalam hati boboy, hanya ada baby sorang aje. Bukan Aida, bukan Fyfy. Hanya Damia Aleesya.”

Aku tersenyum. Sampai macam tu sekali dia sayang aku? Wuhuu. Terasa diriku bahagia disini!

“Dah tak payah nak sedih-sedih kat sini..”

“Tak sedih. Cemburu jek.” Aku memotong ayatnya.

“Ye lah baby sayang..” Akibatnya, pipiku menjadi cubitannya.

Baby dan boboy.. nama gelaran aku dan encik suami. Sweet bukan? Entah macam mana nama panggilan itu boleh wujud antara kami, aku pun tak tahu. Segalanya berlaku secara tiba-tiba.

Kami baru mendirikan rumah tangga lebih kurang enam bulan yang lalu. Daripada menjadi tunangan orang, kini aku bergelar isteri orang. Jadi segala perilaku perlu aku jaga demi menjaga nama baik encik suami. Huhu

Nak dijadikan cerita sebenarnya, perkahwinan kami terpaksa ditukar ke tarikh yang lebih awal. Elok-elok selepas lima bulan, terus dicepatkan ke dua bulan. Jadi, hanya dua bulan sahaja kami bertunang. Mahu tak kecoh satu kampung, kad kahwin dah serahkan pada kawan-kawan dan sanak-saudara. Tup-tup, tarikh terpaksa ditukar. Masa tu, pelbagai cerita yang tidak elok kami berdua dengar. Namun berkat kesabaran semua pihak, cerita itu berjaya dihapuskan.

Mikhail Iskandar bin Malik adalah suami yang ku cintai semenjak kami di zaman universiti. Kali pertama aku kenal dengannya ketika kami ditahun akhir sekolah menengah. Masa tu, Iskandar adalah pelajar baru disekolah dan kebetulan kami sekelas menyebabkan hubungan kami terlalu rapat. Sampaikan satu sekolah sudah tersalah anggap dengan hubungan kami berdua.

Hubungan persahabatan antara aku dan dia bertambah rapat apabila kami berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti swasta yang sama. Dan yang paling aku tak menyangka adalah, lelaki itu sama jurusan denganku. Nasib baik tak sama bilik!

Hubungan kami sedikit goyah apabila ada ‘langau-langau’ yang menganggu hubungan persahabatan kami. Namun takdir berpihak pada kami. Hubungan kami bertambah erat apabila lelaki itu datang ke rumahku secara tiba-tiba suatu hari dan terus memaknakan hubungan kami. Tak sangka betul aku yang dia mempunyai perasaan yang bukan sahaja sedikit, malah bergunung dan berbukit buatku.

Lumrah setiap perhubungan, pasti akan ada kesulitan. Dan disetiap kesulitan itulah, Iskandar selalu beralah dan mengalah denganku yang agak keras kepala ni. Mana tidaknya, semuanya aku nak menang! Tak bagi peluang langsung untuk Iskandar menang. Haha, jahat tak aku?

“Hey, menungkan apa lagi tu?” Aku tersentak. Lamunanku terus berkecai apabila disergah sebegitu.

Kacau betullah dia ni. Aku nak mengimbau kenangan lama pun tak boleh. Hentak guna kerusi kang!

Aku pandang Iskandar disebelah yang sedang memandang aku hairan. “Kenapa?” Tanyaku malas.

Terus dicuit hidung aku. “Kenapa baby tanya, tak nampak ke dah hujan gerimis ni?”

Aku pandang langit. Awan sudah gelap. Aku meluruskan tanganku. Membiarkan tapak tanganku disimbahi air hujan yang mula lebat.

“Jom masuk.”

Aku mengeraskan tubuhku apabila Iskandar menarik tanganku. Iskandar memandangku pelik. Kenapalah dengan bini aku hari ni?

“Kenapa lagi ni?”

“Cer tengok tu. Cantik.” Aku meluruskan jari telunjukku. Tanpa mengetahui diri dipermainkan si isteri, Iskandar memandang kearah yang ditunjukkan isterinya.

Pantas tubuh sang suami ditolak jatuh ke dalam kolam renang. Sedikit terjerit lelaki itu apabila dia diterbangkan oleh isteri sendiri. Sementara Damia hanya ketawa terkekek-kekek apabila melihat telatah suaminya yang seperti budak kecik.

Tapi.. Is pandai berenang ke? Sumpah aku tak tahu!

Aku pandangnya yang sudah tenggelam dan tidak mahu timbul-timbul. Ketawaku mati apabila menunggu hampir dua minit lelaki itu tidak juga timbul ke permukaan. Wajah takut aku tayangkan.

Macam mana ni? Kalau dia mati lemas macam mana? Bersediakah aku memegang tittle janda? Ohh no!

Tanpa menunggu lebih lama, aku terus terjun ke dalam kolam renang. Berenang ke tempat Iskandar tenggelam. Apabila tanganku sudah berjaya memegang tubuhnya, aku bawanya naik ke permukaan. Kemudian aku meraup wajahku berkali-kali sebelum memandang Iskandar disebelah.

“Ingatkan dah tak sayang boboy sampai sanggup tolak boboy.”

Seperti mahu menangis aku rasakan sekarang ni. Ingatkan nak kenakan lelaki ni, tapi sebaliknya pulak yang berlaku. Ugh!

Aku pandangnya badi-badi. Kenapalah hati aku ni cepat sangat buat spekulasi? Kan dah kena balik! Padan muka aku.

Aku terus berenang untuk keluar dari kolam memandangkan hujan semakin lebat.

“Aik, cepatnya keluar. Mandilah lagi. Tengah hujan ni seronok mandi.”

“Tak nak, nanti demam.”

“Alah, kita demamlah sama-sama. Baru sweet leyy.”

Sweet awaklah.” Aku terus berjalan masuk tapi langkahku terhenti apabila mendengar suara Iskandar menjerit. Aku pandang belakang. Membulat mataku apabila lihat lelaki itu sudah terlentang di atas lantai sambil memegang kakinya yang sakit.

Aku terus berlari anak kearahnya. Membantu apa yang patut aku lakukan padanya.

“Macam mana boleh jatuh ni, boboy?” tanyaku risau.

“Lantai licinlah. Nak kejar baby tadi.”

“Dah jom masuk.”

Aku membantunya bangkit dari duduk. Memapahnya ke dalam rumah tapi aku tidak berdaya kerana badannya yang terlalu berat dan lantai yang licin. Akhirnya seperti kerang busuk, kami sama-sama terjatuh di atas lantai. Ni baru sweet namanya!

Aku melepaskan keluhan. Dah alang-alang basah terkena hujan...

“Kita duduk sini ajelah sampai hujan berhenti.”

Aku pandang Iskandar. “Are you serious?

“Hmm..”

“Kat sini?” Aku meminta kepastian darinya.

“Ye lah, sayang.”

Aku pandang lantai dan lelaki itu silih berganti. Macam tak percaya yang kami akan baring diatas lantai ini sambil menikmati hujan yang menimpa tubuh kami.

Aku hanya merelakan apabila lelaki itu menarik tubuhku supaya berbaring disebelahnya. Aku memejam mata apabila hujan menimpa mukaku. Sakit woo..

Aku tidak bereaksi apabila tanganku dipegangnya..



To be  continue...


Mind to comment? hoho :)