Ujian yang
Allah beri itu kadangkala membuatkan aku tertanya-tanya, Mengapa aku? Kenapa
aku yang harus menerima ujian sebegini rupa?
Aku menangis
tanpa aq menyedari air mata jatuh ke bumi, menyesali apa yang telah terjadi,
menyatakan apa yang terjadi adalah memang nasib yang patut aku terima, membenci
tanpa sebab..
Adakalanya aku
terdiam sejenak. Merenung akan kebesaranNya yang acapkali membuatkan aku berasa
tenang. Menangis kesyukuran kerana masih diberi nyawa untuk melihat ciptaanNya.
Sungguh tak ku sangka, aku merupakan manusia yang paling tidak bersyukur.
Kerana apa? Ujian
yang datang silih berganti dalam hidup aku ini telah banyak mengubah hidupku. Mengajar
aku terus sabar, tabah dan berusaha mencpai keredhaan Allah dalam hidup.
Bila
difikirkan semula, jika tidak kerana ujian Allah ini, sudah tentu aku akan
bunuh diri kerana tidak mampu untuk menghadapi ujian Allah ini. Baru ku sedar,
masa bukanlah sekadar emas. Malah masa merupakan umur. Makin lama, makin
berumur. Dan masa tu jugak macam bas. Aku yang tunggu bas, bukan bas yang
tunggu aku yg terhegeh-hegeh berjalan!
Masa yang
disertakan dengan ujian, cabaran dan dugaan Allah. Tak semua yang mampu
hadapinya, tetapi percayalah hanya dengan meletakkan kebergatungan kita pada
Allah dan disertai dengan usaha, doa dan tawakal, insya Allah segalanya akan
dipermudahkan oleh Illahi.
Ya Allah..
kuatkanlah imanku. Tabahkan aku dalam menghadapu ujian Mu ini. Ya.. aku akui
aku sememangnya hambaMu yang lemah. Maka berikanlah daku kekuatan, kesabaran,
ketabahan agar aku terus kuat untuk melangkah kehadapan, menghadapi
berbagai-bagai ragam manusia yang seringkali membuatkan aku kecewa, sedih,
runsing dan adakalanya gembira. Bantulah aku ya Allah.