"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Thursday, June 05, 2014

Huh..

Ujian yang Allah beri itu kadangkala membuatkan aku tertanya-tanya, Mengapa aku? Kenapa aku yang harus menerima ujian sebegini rupa?



Aku menangis tanpa aq menyedari air mata jatuh ke bumi, menyesali apa yang telah terjadi, menyatakan apa yang terjadi adalah memang nasib yang patut aku terima, membenci tanpa sebab..


Adakalanya aku terdiam sejenak. Merenung akan kebesaranNya yang acapkali membuatkan aku berasa tenang. Menangis kesyukuran kerana masih diberi nyawa untuk melihat ciptaanNya. Sungguh tak ku sangka, aku merupakan manusia yang paling tidak bersyukur.



Kerana apa? Ujian yang datang silih berganti dalam hidup aku ini telah banyak mengubah hidupku. Mengajar aku terus sabar, tabah dan berusaha mencpai keredhaan Allah dalam hidup.



Bila difikirkan semula, jika tidak kerana ujian Allah ini, sudah tentu aku akan bunuh diri kerana tidak mampu untuk menghadapi ujian Allah ini. Baru ku sedar, masa bukanlah sekadar emas. Malah masa merupakan umur. Makin lama, makin berumur. Dan masa tu jugak macam bas. Aku yang tunggu bas, bukan bas yang tunggu aku yg terhegeh-hegeh berjalan!



Masa yang disertakan dengan ujian, cabaran dan dugaan Allah. Tak semua yang mampu hadapinya, tetapi percayalah hanya dengan meletakkan kebergatungan kita pada Allah dan disertai dengan usaha, doa dan tawakal, insya Allah segalanya akan dipermudahkan oleh Illahi.




Ya Allah.. kuatkanlah imanku. Tabahkan aku dalam menghadapu ujian Mu ini. Ya.. aku akui aku sememangnya hambaMu yang lemah. Maka berikanlah daku kekuatan, kesabaran, ketabahan agar aku terus kuat untuk melangkah kehadapan, menghadapi berbagai-bagai ragam manusia yang seringkali membuatkan aku kecewa, sedih, runsing dan adakalanya gembira. Bantulah aku ya Allah.

No comments:

Post a Comment

Buah fikiran anda amatlah di hargai.