Macam-macam benda yang menimpa hidup aku sepanjang setahun ni. Dari perangai aku happy go lucky, sampailah sekarang aku tiba-tiba berubah jadi pendiam yang sangat diam. Berubah kerana percaturan dugaan aku yang tidak terduga. Segalanya terjadi begitu pantas sampai aku tak sedar aku dah berada di sini. Bukan khayalan semata-mata.
Bahu yang disentuh tiba-tiba buatkan aku menoleh. Ohh, Aiman rupanya. Lantas senyuman nipis dihadiahkan sebagai membalas senyuman lebar dari Aiman. "Kenapa?" Tanya aku pada lelaki itu.
Aiman Fahmi. Lelaki pertama yang menegur aku saat aku menjejakkan kaki di sini. Di universiti terkenal di Malaysia. Lelaki pertama yang sentiasa bersama aku saat aku susah. Dan, dialah juga lelaki pertama yang selalu mintak nak tiru assignment aku bila dia terlupa nak siapkan assigmentnya.
Aku pandang sekitar. "Mana yang lain?" Maksud aku, kawan-kawan kami yang lain.
Aiman sengih. "Melantak dekat kafe." Jawab Aiman bersahaja.
Aku angguk kepala. "Jadi, apa kau buat dekat sini? Kenapa tak ikut diaorang sekali?" Tanya aku. Sebab Aiman kalau pasal makanan memang takkan pernah menolak. Cara Aiman hilangkan stress dengan makanan tahu.
"Aku cari kau."
Dan langkah kami mati. Aku hanya pandang depan. Tak langsung pandang Aiman walaupun aku tahu, Aiman sedang pandang aku.
"Zaf, kau ada masalah ke?" Tanya Aiman. Suaranya dah bertukar serius. Dan bila Aiman mula serius, itu bermakna lelaki itu benar-benar memaksudkan keseriusannya. Jangan main-main kalau tak nak kena makan pelempang.
Aku angguk sebelum membasahkan bibir yang mula kekeringan. Bahang matahari yang sangat terik buatkan aku cepat sangat dahaga. "Aku okay. Kau jangan risau."
Dengar keluhan terbit di bibir Aiman. "Pandang aku, Zaf." Suruh Aiman.
Perlahan-lahan, aku berpusing. Pandang Aiman yang tingginya sama dengan ketinggian aku. Mata aku pada mata Aiman. Aku hadiahkan Aiman senyuman nipis bersama ayat, "Aku okay, kau tak perlu risau." Senyuman nipis makin menipis.
Aiman mendengus pula. "Macam mana aku tak risau kalau kau berubah sampai macam ni, Zaf."
"Aku tak pernah berunah, Man." Sangkal aku.
Aiman menggeleng. "Darwish Zafran." Aiman mula panggil nama penuh aku. Tanda, Aiman benar-benar-benar serius dengannya. "Kau kasitahu aku, dalam seminggu kita dekat universiti ni, berapa kali je kau melepak dengan kitaorang?"
"Kau beritahu aku, dalam seminggu ni, berapa lama kau habiskan masa kau dengan kitaorang?" Soal Aiman lagi.
"Kau beritahu aku, dalam seminggu ni, berapa patah perkataan je yang kau ucapkan dengan kitaorang?" Aku disoal Aiman lagi.
"Kau kasitahu aku, Zaf." Nampak halkum Aiman bergerak.
Aku hanya mampu telan liur sambil pandang Aiman.
"Kau dah berubah, Zaf." Aiman menundukkan wajahnya.
"Man," Aku berjeda. "Aku.." Ayat aku mati. Aku buntu. Tidak tahu macam mana nak teruskan ayat aku yang tergantung tba-tiba tu.
Aiman angkat wajah. Pandang aku. "Kau apa?" Jeda. "Kau patut move on, Man. Dah tiga bulan lebih semenjak Baba kau pergi."
Tiga bulan yang lepas, Baba aku meninggal sebab ditembak kerana dia cuba selamatkan seorang mangsa gangster. Hari Baba meninggal merupakan hari jadi Baba. Dan saat segala persiapan untuk menyambut hari jadi Baba bertukar sedih bila dapat tahu yang Baba meninggal.
Keadaan yang sepatutnya bahagia, dalam sekelip mata bertukar air mata. Dan akulah orang yang paling sedih dan kecewa sebab aku rapat sangat dengan Baba. Bagi aku, Baba adalah segala-galanya. Baba merupakan Bapa terbaik untuk aku.
Dialah pencetus semangat aku, saat semangat aku jatuh ke tanah. Dialah yang sentiasa menyokong aku, saat orang lain memandang rendah pada aku. Dan dialah yang sentiasa bersama aku, saat orang lain menjatuhkan aku.
"Aiman." Aku panggil dia perlahan. "Aku bukan saja diuji dengan kehilangan Baba aku, Man." Aku pandang dia.
Aiman juga pandang aku. Bibirnya bergerak mahu menuturkan ayat. "Maksud kau?" Dia tak faham.
Aku hembus nafas. "Macam yang kau tahu, aku kehilangan Baba aku. Tapi ujian yang aku terima tak berhenti takat tu je," Jeda. "Ummi aku," Aku pandang Aiman lebih dalam. "Ummi aku lumpuh separuh badan. Sekarang dia terlantar dekat rumah."
Nampak wajah Aiman berubah.
Aku menyambung, "Dan sekarang, semua beban dekat bahu aku. Aku anak sulung, aku ada lima orang lagi adik-beradik. Semua adik-adik aku masih sekolah, Man. Dengan aku dekat sini.
"Kau tahu, aku rasa macam nak berhenti belajar dan kerja. Kerja untuk tampung persekolahan adik-adik aku.
"Bukan tu je, sewa rumah aku tu, semenjak Ummi aku lumpuh, dan dua bulan tertunggak. Cukup lagi sebulan aku tak bayar, memang merempat kitaorang, Man." Aku luahkan segalanya. Air mata dah bertakung dan aku cuba menahan dari jatuh ke pipi.
"Kau ingatkan adik aku yang paling kecil, umur baru dua belas bulan. Tapi sekarang dia dah jauh dari aku, Man." Aku menunduk. Suara mulai kedengaran serak. "Mak cik aku ambil dia sebab kitaorang miskin. Mak cik tahu yang kitaorang tak mampu nak besar dan didik dia.
"Aku sayang dia, Man. Dia adik aku. Adik yang paling aku sayang. Aku sayang dia sangat-sangat, Man. Tapi Mak Cik aku ambil dia saat aku tak ada kat rumah, Man. Masa aku dekat universiti dia datang rumah dan ambil adik aku tanpa sempat aku peluk cium dia, Man."
Dan ternyata, aku tak cukup kuat nak tahan air mata dari jatuh. Aku menangis depan Aiman. Perkara yang aku tak pernah buat sebelum ni.
"Orang kampung," Aku sedut hingus yang mahu meleleh. "Orang kampung pandang hina pada kami. Pandang hina seolah kami ni jijik. Tiada sesiapa nak bantu. Mereka hanya nampak kotor orang.
"Aku sedih, Man. Aku kecewa." Aku menunduk. Air mata aku seka dengan tangan.
"Zaf." Telinga dengar Aiman sebut nama aku. "Kenapa," Hingus disedut. "Kenapa kau tak beritahu kitaorang pasal benda ni?" Jeda. "Kitaorang ada untuk kau, Zaf." Nada suara Aiman berubah.
Aku angkat wajah. "Sebab aku tak rasa yang kau faham apa yang aku rasa, Man." Aku senyum pahit. "Ianya sakit, Man. Sangat sakit." Aku ketap gigi. Kuat.
Dan dari tempat aku berdiri, aku nampak kawan-kawan kami yang lain datang mendekat sambil berbual sesama mereka. Ada Min, Paan dan juga Rif. Masing-masing ketawa tanpa sedar keadaan aku dan Aiman yang tegang di sini.
"Aku balik dulu, Man." Aku minta diri sebelum tiga kawan kami datang mendekat.
Cukuplah. Sudahlah. Biarlah Aiman saja yang dengar segala jerih-perih hidup aku. Cukuplah Aiman seorang. Sebab aku tak perlukan kasihan orang lain. It's just nothing.
"Zaf." Aiman cuba menghalang. Dan aku pantas melangkah. Melangkah tanpa berpaling ke belakang.
"Mana Zaf?" Tanya Arif yang baru tiba. Dia pandang Aiman yang matanya sudah kemerahan. Berkerut dahinya pandang Aiman. "Kau kenapa?" Hairan.
Aiman pandang belakang tubuh Zafran yang sudah melangkah jauh. Tanpa pandang tiga kawannya, dia bersuara, "Kita kena tolong Zaf."
"Maksud?"
"Kita kena tolong Zaf." Ayat yang sama diulangnya.
Zaf, aku-kami akan tolong kau.
"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."
Search This Blog
Thursday, December 24, 2015
Friday, December 18, 2015
Cerpen - Amnesia
Telinga sayup-sayup kedengaran suara beberapa orang
disekelilingnya. Tapi entah kenapa, pandangannya kelam. Disekelilingnya gelap.
Tiada langsung cahaya. Tapi suara itu jelas kedengaran di telinga.
Ah! Apa
yang berlaku pada aku?
Aku di
mana?
Kenapa gelap?
Jemarinya
cuba digerakkan tapi kaku. Tangannya seolah mati. Mengeras dan keras.
Apa yang
berlaku?
Dan
telinga menangkap satu suara, “Aku terima nikahnya Nadiya Syazana binti Nazrul
Fir dengan mas kahwinnya seratus dua puluh ringgit, tunai.”
Suara
itu. Suara yang sangat merdu dan lembut.
Tapi,
Dia
berada di mana? Kenapa gelap? Kenapa matanya tak mahu terbuka? Kenapa?
“NAD.”
Suara
itu datang lagi. Tapi dia tak tahu siapa empunya suara. Hanya telinga menangkap
suara itu seperti berada dekat dengannya.
Keadaan
gelap lagi. Sangat gelap.
Mata
masih tidak mahu terbuka. Apa dah jadi pada aku? Kenapa aku jadi macam ni?
“Please wake up, dear.” Suara itu
kedengaran di cuping telinga. Perlahan dan merdu.
“Semua
orang tunggu Nad bangun.” Jeda. “Bangunlah, Nad.” Dan lagi.
“I nak
minta maaf pada you, Nad. I bersalah. I penyebab you jadi macam ni.”
Dan dia
rasa tangannya digenggam seseorang. Kemas genggaman tu. Tapi tangannya masih
lagi kaku untuk membalas genggaman manusia itu. Kenapa dengan tangannya?
Nafas
dihembus perlahan. Setiap kali dia mahu membuka matanya mahu melihat
sekeliling, setiap kali itulah dia akan gagal. Matanya seolah-olah tidak
mengizinkan dia untuk melihat dunia.
Sudahnya,
hanya kegelapan yang menjadi penemannya.
“Nad, I
sayang you. I minta maaf, Nad.” Suara itu lagi.
Ah! Apa
yang berlaku sebenarnya? Kenapa dia hanya boleh dengar suara orang saja? Kenapa
dia tak boleh pandang dan lihat orang? Kenapa seluruh tubuhnya kaku? Kenapa dia
tak boleh menggerakkan jemarinya? Kenapa? Kenapa?
Dan
tanpa dirinya sedar, hanya air mata saja yang boleh di‘gerak’kan.
MATA yang
saban hari tertutup, harinya terbuka perlahan-lahan. Cahaya memenuhi retinanya.
Putih. Dan terang. Silauan pada matanya buatkan dia kembali menutup mata. Mata
digosok sebelum dibukanya lagi.
Dipandang
kedua tangannya. Serta-merta, bibirnya mengukir senyuman saat tangannya bisa
digerakkan tidak seperti selalu.
Apa yang
berlaku?
Perlahan-lahan
dia duduk. Sengal-sengal pada badan diregangkan. Jemari diletupkan. Dan kemudian,
mata memandang sekitarnya.
“Dekat
mana ni?” Suaranya keluar.
Bau ubat
masuk ke rongga hidungnya. Ahh! Aku di hospital ke?
Bunyi
pintu yang ditolak dari luar buatkan dia menoleh. Masuk seorang lelaki bersama
wajah yang ditundukkan. Siapa dia?
Matanya
bertentang dengan mata lelaki itu bila lelaki itu mendonggakkan wajahnya. Wajah
tergamam itu dipandangnya.
“Nad?”
Suara itu. Suara lelaki itu persis dengan suara yang selalu dia dengar. Tapi
siapa dia?
“Huh?”
“Ya
Allah, Nad! You dah sedar?” Lelaki itu mendekat. Bahunya dipegang kuat sebelum
lelaki itu bawanya ke dalam pelukan.
Nadiya
terkelu. Apakah? “Awak siapa?”
Pelukan
lelaki itu tiba-tiba kaku. Dia lepaskan pelukan dan pandang anak mata Nadiya
lama.
“You tak
kenal I, Nad?” Tanya lelaki itu.
“Siapa
Nad?”
AMNESIA. Itulah
penyakit yang disahkan oleh Doktor Jamal selepas memeriksa keadaan Nadiya.
Syafiq
pandang wajah Nadiya lagi.Wajah yang penuh dengan tanda tanya. Wajah yang
mahukan jawapan. Wajah yang penuh dengan riak tenang.
Syafiq
lepaskan keluhan beratnya. Dia pandang Mummynya, Puan Seri. Wanita itu lagi
menenangkan Mama Nadiya. Terkejut dengan berita yang baru mereka terima tadi.
“Nad.”
Syafiq
menoleh. Nampak Encik Nazrul cuba berbual dengan anaknya. Dia hanya mampu
pandang dan melihat. Tidak tahu bagaimana mahu beraksi. Dia masih lagi cuba
menghadam kenyataan yang diterima saat ini.
Encik Nazrul
duduk dikatil Nadiya. Tangan kanannya diangkat, cuba mengusap pipi anak
gadisnya. Tapi sedikit kecewa bila Nadiya mengelak. “Nad tak kenal Papa,
sayang?” Lirih suaranya menyoal.
Nadiya
menggeleng. “Siapa?”
Encik Nazrul
menunduk. Mengeluh. Bergenang kelopak matanya menyedari anaknya tidak mengenali
dirinya. Perit. Pedih.
Syafiq
gigit bibir bawahnya. Menyesal dengan setiap perbuatannya sebelum Nadiya hilang
ingatan. Ahh! Kalau tidak sebabnya, Nadiya takkan hilang ingatan. Kalau bukan
kerananya, Nadiya takkan kemalangan.
Semuanya
berpunca dari dirinya.
Dari
dia.
Ya
Allah, aku menyesal.
LANGKAH kaki
berhenti dihadapan Wad Cempaka. Pintu bilik itu ditolak. Bunga ditangan
diperkemaskan duduk letaknya. Dia tarik nafas dalam sebelum hembus. Bibir
mengukirkan senyuman.
Dan
langkah kaki berhenti dihadapan satu katil. Makin lebar senyumannya saat melihat
Nadiya yang lagi menonton televisyen. Wajah itu tenang. Wajah itu penuh dengan
kesucian. Wajah yang tidak bersalah. Dan, wajah yang penuh dengan tanda tanya.
“Hey.”
Dia menyapa.
Tersenyum
saat Nadiya menoleh dan melihatnya. Nadiya tidak bersuara memandangnya.
“Ingat
aku?” Soalnya.
Nadiya
menggeleng perlahan. “Siapa?”
Dia
senyum sinis. Bunga yang sudah layu ditepi katil Nadiya digantikan dengan bunga
di tangannya. Segar. Bunga hidup yang dibelinya di Bob Florist tadi. Sangat
cantik.
Dia
berpusing pandang Nadiya kembali. “Well,
I heard that you amnesia.” Intro perbualan bermula. “Pity you.” Dia bermain pula dengan rambut lurus Nadiya. “Kau tahu,”
Jeda. “Aku manusia pertama yang bahagia, bila dapat tahu yang kau accident.”
Senyum
sinis.
Nadiya hanya
mendiamkan diri. Dia tidak kenal wanita dihadapannya. Tapi entah kenapa,
tiba-tiba sahaja dia dapat rasa sesuatu yang tidak menyenangkan bila wanita itu
mendekat dengannya. Rasa seolah tidak selamat.
“Aku
berdoa biar kau mati. Tapi sayang, entah kenapa doa aku tak makbul.” Wajahnya
bertukar muram tiba-tiba. “Tapi kau tahu tak, aku lagi suka kau amnesia dari
kau mati.” Wajahnya bertukar ceria. “Sekurang-kurangnya, aku boleh siksa kau
perlahan-lahan sebelum kau bebetul mati nanti.”
Nadiya
telan liur. “Kau siapa?” Cuba beranikan diri bertanya.
Wanita
itu ketawa. Ketawa yang menyakitkan hati. “Aku siapa?” Dia pandang Nadiya tajam
dan sinis. “Akulah Malaikat Maut.” Bangga dia bersuara.
“Malaikat
Maut tak sejahat kau.” Nadiya membalas.
Wanita
itu tayang wajah jengkel. Dia pandang Nadiya tajam. “Wow! Impress.” Wanita itu senyum. “Kau bukannya lembut ke sebelum ni?
Kenapa lepas sedar-sedar ni, terus kejam macam ni?” Suara dilembutkan. “Macam
bukan kau.”
Nadiya
telan liur. Wanita ini bahaya baginya. Sangat bahaya.
“Nadiya.
Nadiya.” Wanita itu duduk di katil Nadiya. Dia pandang Nadiya bersama wajah
yang penuh dengan kelembutan.
Dia
pegang bahu Nadiya sebelum bersuara, “Welcome
to my world.” Senyum sebelum gelak.
“Don’t touch her, Bitch.”
Tawa
Nadiya mati bila dengar suara itu. Suara yang sangat familiar. Dia berpusing
dan pantas berdiri.
“Don’t you ever touch her.” Suara itu
kedengaran lagi. Keras.
“If not?”
“Kau
akan tahu nasib kau, kalau kau sentuh dia.”
Wanita
itu senyum sinis. Dia pandang Nadiya sebelum pandang lelaki yang baru tiba
bersama sejambak bunga di tangan. “Trying
to flip her heart again, huh?” Disoal lelaki itu.
Syafiq
mendengus mendengar ayat itu. “It’s none
of your business.” Dia pandang Nadiya yang memandangnya sebelum kembali
pandang Tiara. “Leave.” Arahnya pada
Tiara.
Tiara
senyum sinis lagi. Dia mengangguk kemudiannya. “I will.” Dia capai tas tangannya dan melangkah. Tapi langkahnya
mati disebelah Syafiq, dan berbisik. “Apa saja yang kau buat sekarang, hanya
sia-sia bila dia dah ingat semuanya nanti.”
Syafiq
tahan marahnya. “Just leave, Tia.”
SYAFIQ pandang
Nadiya. Bunga ditangan diletakkan di atas meja. Lepastu dia duduk di kerusi
plastik yang disediakan di sebelah katil.
“You
okay, kan?” Soalnya risau. Risau andai Tiara lakukan sesuatu pada Nadiya.
Nadiya
angguk. Dia pandang Syafiq. Lelaki yang tidak dikenalinya. Tapi hampir setiap
hari lelaki itu akan melawatnya di sini. Datang bukan dengan tangan kosong.
Pasti akan ada sesuatu yang dibawa bersama. Jika bukan bunga, pasti makanan
atau apa sahaja.
“Awak
siapa?” Dipandang Syafiq. “Kenapa awak datang sini setiap hari?”
Syafiq
mengeluh. Sukar mahu menjelaskan kenapa dan mengapa hampir setiap hari dia ke
sini. Mahu diberitahu Nadiya yang dia mahu menebus segala kesalahannya pada
wanita ini? Ah, mahunya segalanya akan terbongkar dan pasti Mama-Papa Nadiya
akan menjauhkan Nadiya dari dirinya.
“Nad,
betul ke you tak ingat semuanya?” Soal Syafiq cuba menukar tajuk perbualan.
Nadiya
mengeluh. Dia menggeleng. “Saya tak tahu siapa awak. Saya tak kenal semua
orang. Nama saya, saya tak tahu.” Terus menggeleng.
Syafiq
basahkan lidahnya. “Nama you Nadiya Syazana binti Nazrul Fir. Berumur dua puluh
enam tahun. You tak bekerja sebab impian you nak jadi isteri solehah. Dan
tempat isteri solehah hanyalah disisi suaminya, duduk di rumah dan
membahagiakan rumah tangga. Tak perlu bekerja.” Dia senyum kecil. Terasa
kelakar bila mengingati kembali. Ayat yang sama pernah diucapkan Nadiya sebelum
ini. Dan dia hanya melepaskan tawa seusai Nadiya mengucapkan ayat itu.
“Huh?”
Nadiya terkelu. Jadi dia tak pernah bekerja sebelum ni? “Saya ada kelulusan?”
Soalnya.
Syafiq
angguk. “Bachelor of Business Management.” Senyum. Bangga bila menyebut
kelulusan tertinggi Nadiya.
Nadiya
jungkit kening. “Jadi macam mana saya tak pernah bekerja sedangkan masa saya
kena latihan industri?” Pelik. Hairan. Bingung. Dan tidak faham.
Syafiq
senyum lagi. “You ada seorang uncle
yang ada business sendiri. Jadi you
minta pertolongan dia untuk luluskan you punya L.I.”
“Just a shit, then.” Tanpa sedar dia
bersuara. Yeah, sesuatu yang sangat teruk mengenai dirinya yang dahulu. Sangat,
bodoh dan terlalu bodoh. Tak nak ambil pengalaman bekerja langsung. Heh.
Syafiq
gelak. “It’s that you.” Kenyataan.
“Anggap
je saya yang dulu tak pernah wujud.” Ucap Nadiya tak puas hati.
“Well then,” Jeda. “Tapi you yang dulu
menceriakan hari-hari I.” Dia menunduk. Bermain dengan jemarinya. “I rindu you
yang dulu.”
Nadiya
pandang Syafiq. Lama. Sehinggalah Syafiq mengangkat wajah dan mata mereka
bertentang barulah dia bersuara kembali. “Apa hubungan kita sebenarnya?”
____________________________________________________________________
Ianya belum penamat lagi, cuma aku sesaja nak post sebab dah rasa blog ni berhabuk. Tengoklah esok atau lusa atau minggu depan atau,, bebila sajalah aku post sambungannya. Maaf dan terima kasih. :)
Wednesday, December 09, 2015
Cerpen - Wedding Ring
Earphone di telinga dicabut bila mata menangkap kelibat seseorang mendekat. Kepala didongakkan. Berdiri seorang wanita bersama wajah keruhnya. Matanya menangkap satu mutiara jernih dihujung anak mata itu. Berkerut dahi saat melihat titisan air mata itu.
Ibu menangis? Tapi kenapa? “Ibu kenapa?” Laptop diriba diletakkan di sebelah. Dia berdiri berhadapan dengan Ibunya.
“Ian..” Ibu bersuara.
Dahi sekali lagi berkerut. Ian? Kenapa nama lelaki itu muncul di bibir Ibu? Dan ohh, Ibu takkan saja-saja sebut nama seseorang kalau tiada apa-apa yang berlaku. “Kenapa dengan Ian?” Tanpa nada dia bersuara.
Ian Fikri Mikhail. Anak kawan baik Ibu. Jiran sebelah rumah. Dan lelaki yang bikin dia menyampah. Ada saja nak sakitkan hatinya.
“Kenapa dengan dia?” Disoal Ibu lagi.
“Ian.. Ian kemalangan.”
Zapp!
Matanya statik pada mata Ibu. Tergamam, terkelu dan terkaku. Ian kemalangan? “Ya Allah!” Hanya nama Allah yang terbit dibibirnya saat ini. Masih lagi terkejut dengan berita yang disampaikan Ibu padanya.
Serasanya, baru pagi tadi mereka berperang mulut. Masing-masing ego. Masing-masing keras kepala.
Ibu sentuh bahu anaknya sebelum bersuara lagi “Dia ada di hospital. Sara hantar Ibu pergi hospital ya, sayang.”
Ian.
Ian Fikri.
Ian Fikri kemalangan?
Dan dia masih lagi cuba menghadam fakta itu.
“HAI.”
Suara tu.
Sara mengeluh. Pagi-pagi dah mengganggu ketenteraman hidup aku. Kalau tak mengganggu hidup aku memang tak tenang agaknya jiran sebelah ni.
Dia yang lagi dipaksa oleh Ibu menyiram segala jenis pokok bunga dilaman rumah berpura-pura tidak mendengar. Atau lebih tepat, malas nak layan.
“Hai jiran sebelah.” Suara itu kedengaran lagi.
Sara lajukan pergerakan tangannya menyiram pokok bunga. Lagi cepat dia selesai, lagi cepat dia boleh pergi dari lelaki ni. Rimas betullah.
“Sombongnya awak.” Lelaki itu kini bersandar pada pagar yang memisahkan rumah mereka berdua. Tangan disilangkan ke dada. Mata masih memerhati si cilik yang lagi menyiram pokok bunga. Comel.
Sara pekakkan telinga.
“Sombong-sombong nak ke mana?” Suara itu lagi.
Sara berhenti dari kerjanya. Matanya tajam memandang lelaki yang bertopi hitam di kepala. “Apa masalah kau?” Keras nada suaranya. Tak habis-habis nak mengacau aku.
Lelaki itu tergelak kecil buatkan Sara berdecit geram. Giginya diketap.
“Apa masalah aku?” Soal lelaki itu lebih kepada menyoal diri sendiri. Matanya galak meratah wajah flawless itu. “Masalah aku mestilah kau.” Dia senyum.
Sara makin geram. Makin kuat giginya diketap. Dia menyambung kembali tugasnya bila melihat Ibunya, Puan Saufiah keluar dari rumah dan berhenti di pintu.
“Ehh Ian, buat apa dekat situ?” Soal Puan Saufiah saat matanya terpandangkan anak lelaki kawan baiknya di pagar rumah sebelah. “Mengorat anak mak cik ke?” Selorohnya sebelum ketawa kecil.
Sara kecilkan matanya pada Puan Saufiah saat mendengar seloroh Ibunya. Ibu ni lah. Suruh Ayah ikat Ibu dalam bilik tak boleh keluar baru tahu.
Ian gelak kecil. “Kalau mak cik izinkan, saya go on je.” Dia membalas selamba.
Sara tayang wajah toya. Bunga warna biru yang dia sendiri tak tahu apa namanya dielus lembut. Cantik betullah bunga ni. Aman je rasa hati ni daripada kepanasan yang membara tadi.
“Mak cik kasi saja,” Puan Saufiah kerling anaknya. Bibirnya mengukir senyuman sebelum dia teringat sesuatu. Lantas dipandang Ian. “Eh kejap, Mak cik ada nak bagi Mama kamu sesuatu.” Dan Puan Saufiah masuk semula ke dalam rumah.
“Ohoi!” Suara Ian memecahkan belaian Sara pada bunga. “Ibu kau dah bagi green light tu.” Keningnya dijungkitkan beberapa kali.
Sara menjeling lelaki itu. “Kalau pun Ibu aku bagi purle light sekalipun, aku tak hingin dengan kau.” Dia jeling tajam.
Ian gelak lagi. “Kau mesti pernah dengarkan ayat yang berbunyi,” Dia berdehem sebelum menyambung, “Tak baik musnahkan impian dan harapan Ibu Bapa. Berdosa.”
Sara hembus nafas. “Sejak bila KAU jadi impian dan harapan Ibu Ayah aku?” Ian ni lah. Sabar je aku dengan kau.
“Sejak tadi,” Dia bersiul.
“Sara.” Puan Saufiah kembali bersama satu mangkuk bertutup di tangannya. Digamit anaknya supaya mendekat.
Sara pantas mencampak paip air dan melangkah ke Ibunya. Huluran mangkuk di capai. Berkerut dahinya melihat Ibunya. “Nak kasi pada siapa?” Tanyanya.
Bibir Puan Saufiah menjuih pada Ian di pagar. “Bagi pada Ian. Suruh dia bagi pada Mama dia.”
Nah!
Inilah yang Sara tak suka. Sangat tak suka.
Mementanglah kawan baik – kawan dunia akhirat. Nak bagi sesuatu tu, bagi jelah sendiri. Cubalah jangan melalui anak-anak.
Ibu! I need a freedom!
“Alah Ibuu..” Dia mengeluh. “Ibu bagilah sendiri.” Memujuk.
“Ish kamu ni. Ibu malas nak sarung seliparlah.” Alasan pertama Ibu.
“Tak payah pakailah. Nanti nak masuk, cucilah kaki.” Sara menjawab.
“Ibu pendek, tak sampai nanti nak hulur mangkuk.” Alasan kedua Ibu.
Sara mengeluh. “Sara pun apa kurangnya. Pendek macam Ibu jugak.” Dia jungkit sebelah kening.
“Alah Saraa.. Do me a favor, please. Macam mana kalau ni kali terakhir permintaan Ibu?”
Sudah!
Sara mati kata. Memang selalunya, ayat Ibu yang ni sajalah yang buat dia mengalah pun. Ibu ni lah.
Dia hembus nafas panjangnya. “Iyalah yalah,” Dengan berat hati, dia berpusing. Berjalan perlahan ke arah Ian yang sedia menunggu di pagar.
Tiba di pagar, tanpa senyum, dengan menjengketkan kaki dia meletakkan mangkuk plastik di tangan di atas pagar konkrit itu.
“Hai Sara,” Sapa Ian saat Sara sudah berhenti di hadapannya. Dia tergelak kecil saat melihat Sara yang terkial-kial mahu meletakkan mangkuk di atas pagar. “Sampai tak tu?” Soalnya sinis.
Sara mendengus. “Diamlah!”
“Uish garangnya. Kita tanya sajalah awak. Janganlah marah-marah.” Usik Ian.
Sara senyum nipis dan puas, saat mangkuk itu sudah selamat diletakkan di atas pagar. Patutnya Ayah rendahkan sikit pagar ni. Tak adalah dia terkial-kial nak letak barang atas pagar. Menyusahkan dirinya, satu hal.
“Eh dah sampai dah? Aku baru ingat nak pergi pagar besar.” Ian senyum.
Lantas satu jelingan tajam diberikan pada Ian. “I hate you, Ian! Forever and ever.” Ucapnya geram sebelum berlalu.
SARA pandang satu pintu dihadapannya. Tertera nombor 103 di pintu itu. Dia mengeluh lagi. Entah untuk yang ke berapa kali dia mengeluh untuk hari ini.
Kenapa?
Kenapa jadi macam ni?
Kenapa dan mengapa?
Pelbagai soalan memenuhi benaknya. Sesak. Susah nak hadam apa yang berlaku sekarang. Rasa macam mimpi. Rasa macam semua ni tak masuk akal.
Kenapa?
“Sara.” Dengar suara Puan Saufiah memanggil namanya. Sara mendongak. Dia tersenyum kelat pada Ibunya dan Mama Ian, Puan Irdhatul Fahyi.
“Dah masuk jenguk Ian ke?” Tanya Puan Irdhatul pada anak kawannya.
Sara perlahan menggeleng. “Belum lagi,”
“Pergilah masuk. Mak cik dengan Ibu kamu nak solat Asar dulu.” Lembut suara Puan Irdhatul menjengah pendengarannya.
Sara hanya angguk. Dan matanya memandang kepergian kedua Ibu itu ke surau yang berada di tingkat satu bangunan hospital ini.
Setelah hampir lima minit dia duduk menyepi di luar bilik yang menempatkan Ian, dia bangkit. Dia cuba menguatkan hatinya. Pintu berwarna putih itu dihampiri. Tangan memutar tombol dan pintu terbuka. Dia melangkah masuk sebelum pintu kembali ditutup.
Langkahnya mati di hujung katil yang menempatkan Ian. Matanya kaku pada satu tubuh yang semakin mengurus itu. Tangan kanan yang patah. Parut dan luka yang menghuni tubuhnya. Jahitan di dahi.
Sangat memeritkan.
Apatah lagi yang mengalami. Pasti menyakitkan.
Sara basahkan bibirnya yang kering.
Ian.
Macam mana boleh jadi macam ni? Kenapa?
Dia buka langkah. Kini dia duduk di kerusi yang disediakan di sebelah katil itu. Mata masih lagi memandang segala jenis parut dan luka yang menghinap di tubuh lelaki itu.
“Dude.” Jeda. “Bila nak bangun?”
Mencuba untuk berkomunikasi dengan Ian.
Mencuba untuk membina satu komunikasi yang baik selama mereka bertemu.
Mungkin,
Mungkin ini kali pertama dan kali terakhir dia boleh berbicara sebaik dan sesopan ini pada Ian.
“Ian.” Nama itu dipanggil. Nama yang tak pernah meniti dibibirnya. Tapi hari ini, hari ini buat kali pertamanya dia menuturkan nama itu. Buat pertama kalinya.
Dan bibirnya mengukir senyuman nipis mengetahui fakta ini.
“Please wake up.”
Bibirnya melepaskan keluhan.
Sara bingung sendiri. Kenapa? Kenapa aku perlu layan lelaki ni macam ni? Kenapa? Pelik. Hairan.
“Ian, dah tiga hari kau tak sedarkan diri. Kau tak kasihan pada Mama kau ke? Setiap hari aku nampak dia datang sini bawa makanan kesukaan kau, kalau-kalau kau bangun. Tapi setiap hari itulah, dia akan kecewa bila tengok kau masih tak bangun lagi.”
Dan akulah setiap kali tu yang ‘terpaksa’ perhabiskan semua makanan yang Mama Ian bawa.
Sara betulkan selimut di pinggang Ian. “Ian.” Nama itu dipanggil lagi. Macam seronok pula sebut nama Ian ni. Dia ukir senyuman nipis.
“Aku tak tahu kenapa aku terbuka hati nak datang sini jenguk kau. Tapi, entahlah..” Dia jeda. “Aku rindu mungkin, nak dengar suara kau.” Dia gelak perlahan. “Jadi, boleh tak kalau kau bangun untuk aku?”
Ian masih kaku.
Ian masih terbaring di atas katil.
Langsung tidak beraksi. Langsung kaku. Langsung membeku.
Sara mengeluh. “Ian Fikri.”
MATA Sara tajam pandang anak mata Ian. Rasa sakit hati, geram, bengang, marah semuanya bercampur. Rasa macam nak saja dia cekik Ian sekuat hatinya. Biar, biar lelaki ni mati. Sekurangnya kalau Ian mati, aman sikit dia menjalani hidupnya selepas ni.
“Apa masalah kau hah?” Nada geram cuba ditahannya. Kalau bukan sebab adanya Puan Irdhatul dengan Puan Saufiah di sini, mesti dah lama dia gilis lelaki ni dengan keretanya.
Ian gelak halus. Entah kenapa, tapi dia suka menyakat anak dara Puan Saufiah ni. Comel saja bila tengok muka tahan marah gadis ni. “As I told you before, my problem is you and only you.” Keningnya dimain-mainkan.
Sara dengus kasar. Gigi diketap. Geram. “I’ll sue you, Ian.” Dia menjeling sebelum berpaling. Tangan sudah menggenggam penumbuk. Sabar sajalah melayan Ian ni.
Sara melangkah terus ke bilik tidurnya. Pintu bilik ditutup dan dia ke bilik air. Baju berwarna putih kesayangannya yang dihadiahi teman baiknya dipandang. Kesan tumpahan air nescafe masih kelihatan pada baju itu.
Baju aku! Habis kotor. Aku guna tak sampai dua jam kot. Takkan nak kena tukar baju? Arghhh! “Ian bengong!” Jeritnya sebelum menumbuk sinki.
BUAIAN yang dinaikinya dihayun dengan hujung kaki. Perlahan hayunannya. Mata masih lagi pandang pagar konkrit yang memisahkan rumahnya dengan rumah jiran sebelah. Tanpa dia sedar, satu keluhan halus terbit di bibirnya.
“Hai sis,”
Sara mendongak. “Ehh?” Dia kaget. Terkejut dengan kehadiran insan yang tersengih dihadapannya. “Bila sampai?” Soalnya.
“Baru je. Sara tu yang tak sedar Along balik.” Tangan dihulur untuk adiknya salam. Dua minggu tak jumpa, rindu pula dia pada adiknya.
Shazwan duduk disebelah adiknya. “Kenapa duduk luar ni? Termenung?” Soalnya.
Sara senyum nipis. Dia menggeleng. Kalau beritahu yang dia teringatkan Ian, mesti Along gelak ni. Confirm! “Sajalah ambil fresh air.”
“Ceh!” Dia mencebik. “Iyalah tu. Ke teringat orang sebelah?” Sambil mata menjeling adiknya.
Sara tayang wajah toya. “Mana adalah, mandai je Along ni.” Dia menafikan. Nanti makin kuat Along menyakat kalau dia mengiyakan pertanyaan Along tadi.
Shazwan hembus nafas. “So how?”
Sara pandang Alongnya. Keningnya terjungkit. “Maksud?” Tak faham.
“Ian macam mana?” Jeda. “Ada pergi jenguk dia?” Terkejut juga dia bila dapat berita kemalangan Ian tu. Nasiblah masa tu dia ada penerbangan. Kalau tak, dah lama dia balik rumah mahu menjenguk Ian.
Sara mengeluh seraya mengangkat bahu. “Dia macam tu jelah. Masih tak sedarkan diri.” Mengeluh lagi.
“Nanti petang teman Along jenguk Ian, boleh?”
Sara hanya angguk. Lagipun memang petang nanti niatnya mahu menjenguk Ian. Ada Along, lagilah rasa nak menjenguk lelaki tu makin berkobar-kobar.
PENUTUP botol mineral dibuka. Air masak itu diteguknya perlahan. Peluh yang memenuhi wajahnya dilap guna tuala yang dibawanya. Bibir yang kering dibasahkan dengan lidah. Dia melakukan senaman ringan sambil berjalan mengelilingi taman permainan ini.
Satu pondok kecil yang kosong dihampiri. Dia duduk berehat disitu melepaskan lelahnya. Dah lama tak jogging, sekali dapat jogging mesti penat berganda-ganda. Lantas satu keluhan dilepaskan.
Mata hanya menyoroti setiap gerak geri kanak-kanak yang lagi seronok bermain taman permainan di situ. Wajah yang penuh dengan senyuman itu sesekali membuahkan senyuman dibibirnya.
Seronoknya jadi budak-budak. Tak perlu fikir masalah sendiri. Hanya tahu bermain dan bersuka ria.
Jari yang lenguh diletupkan. Bibirnya menyanyi kecil. Entah lagu apa, dia sendiri tak tahu. Hanya menyanyi dan terus menyanyi sehinggalah,
“Hai Sara.”
Sara mendengus. Datang dah masalah dia petang ni. Dia pandang Ian yang tersengih. “Apa kau nak?” Bengang. Tak habis-habis mengganggu hidup aku.
Ian sengih makin melebar lepas dengar pertanyaan itu. “Aku nak kau,”
Sara tunjukkan tapak tangan kanannya pada Ian. “Talk to my hand, dude.” Sementara sebelah tangan lagi menyumbat earphone ke telinga. Dengar lagu lagi seronok dari melayan Ian Fikri ni.
Telefon yang menyambungkan earphonenya dimasukkan ke dalam poket seluar. Ikatan rambut tocang diketatkan. Dia kemudian bangkit. Meninggalkan Ian di pondok. Balik rumahlah. Penat.
“So kiss me and smile for me,
Tell me that you’ll wait for me,
Hold me like you never let me go.” Bibirnya menyanyi mengikut lirik lagu yang kedengaran di telinga.
Tapi baru lima langkah dia menapak, dia rasa seperti diikuti seseorang. Lantas dia berhenti dan berpaling. Satu dari earphone yang menyumbat telinga dicabut. Dia pandang Ian. “Kau kenapa?”
Ian jungkit kening. Tak faham. “Kenapa apa?” Blur.
Sara mengeluh. “Apsal ikut aku?” Soalnya tak puas hati. Takkanlah aku nak balik rumah pun nak ikut?
Ian senyum nipis. “Lupalah tu,” Dia gelak kecil. “Kan ke rumah kita sebelah menyebelah?” Kening itu dimain-mainkan.
Sara terkelu. “Ohh.” Jeda. “Okay.” Dia berpusing kembali.
Malu.
Segan.
Lagi dia bertambah malu dan segan bila dengar gelak halus dari Ian. Haih.
Sara menoleh ke kanan bila rasa Ian sudah menyaingi langkahnya. Lantak kau lah. Aku malas nak bertekak dengan kau sebab hal kecil.
Ian senyum sebelum, “Kau ni comel lah.”
Sara jungkit kening. Dia pandang Ian disebelah. “Jadi?” Tetiba puji aku comel kenapa? Sewel agaknya.
“Kalau kau malu, lagi bertambah comel.” Puji Ian lagi.
“Maka?” Dia telan liur.
“Boleh tak kalau,..”
“Tak boleh!” Pantas Sara memotong.
“Huh?” Ian pelik.
Sara berhenti dan berhadapan dengan Ian. “And please, stay away from me.” Dan dia berjalan pulang sendirian.
Sementara Ian, masih lagi bingung dengan Sara. Dah kenapa perempuan tu? Period agaknya.
SARA mengeluh. Tubuh kaku Ian Fikri dipandangnya. Bibir yang kering dibasahkan dengan lidah. “Ian.” Nama lelaki yang terbaring itu dipanggil.
Sara pandang ke arah pintu bila dengar bunyi daun pintu dibuka dari luar. Dia lantas membalas senyuman seorang jururawat yang masuk mahu memeriksa keadaan Ian. Dan Sara hanya memerhati setiap gerak geri jururawat perempuan itu.
“Err akak ni, isteri pesakit ke?” Tanya jururawat itu tiba-tiba buatkan kening Sara ternaik. Sudah. Apa benda pulak ni?
Sara pantas menggeleng. “Bukan.” Jawabnya sepatah. Aku? Isteri Ian? Eheh, minta simpang. Memang jauh panggang dari api. Tak dapat aku bayangkan macam mana kalau itu kenyataan. Mesti aku tengah gila kalau aku kahwin dengan Ian.
“Ohh.” Jururawat itu angguk. “Sebab saya selalu nampak akak datang sini melawat pesakit, itu yang saya ingat akak ni isteri pesakit.” Dia gelak kecil. Comel.
Sara senyum nipis. “Malangnya bukan. Dia jiran saya, dan kitaorang dah lama kenal. Dari kecil. Dan Mama dia suruh saya jaga dia sementara dia dekat rumah.” Sara menjelaskan. Kalau adik nak si Ian ni, lagi akak alu-alukan. Sambungnya dalam hati.
Jururawat itu mengangguk lagi. “Tapi apa salahnyakan kalau akak dengan pesakit ni suami-isteri. Macam sepadan je saya tengok.”
Uhuk!
Sara telan liur. “Mesti adik ada banyak kerja lagikan?” Dia cuba menukar topik perbualan mereka. “So you can continue your work.” Dia senyum nipis. Bukan menghalau dan bukan berlaku biadap.
Dia hanya, tak suka jika topik ini dibangkitkan.
Geli.
Dan dia memang tak nak dengan Ian.
Untuk selamanya.
Mungkin.
Mungkin lah,
SARA pandang jarum jam dipergelangan tangan. Mana Along ni? Kata nak jenguk kawan sekejap saja. Dah nak dekat setengah jam dah ni. Bayang Along masih tak nampak juga. Huh.
Sara menyandar pada kerusi. Helaian rambut yang menutupi pandangannya diselak belakang telinga. Dan matanya jatuh lagi pada Ian. Ditatap wajah itu lama.
“Ian.” Sesi komunikasi bermula.
“Aku tahu yang kau nak tahu apa punca aku tak suka kau, kan?” Bibirnya tersenyum nipis. Dah lama dan banyak kali Ian tanya padanya apa punca yang buatkan dia sangat tak suka Ian. Nak kata yang Ian ada buat tak baik padanya, tidak. Nak kata Ian selalu membulinya, juga tidak.
“I’m just, entahlah.” Jeda. Mindanya mula memainkan segala memori yang berlaku sepanjang dia mengenali Ian. Dari zaman tadika, zaman sekolah rendah, zaman sekolah menengah, zaman universiti dan zaman sekarang.
Jujur dia akui, wajah Ian yang kacak buatkan lelaki itu diminati setiap perempuan. Dan kebijaksanaan lelaki itu dalam pelajaran juga buatkan ramai guru-guru meletakkan harapan yang tinggi pada Ian, berbanding dengan dirinya.
Dan, dia rasa sangat merendah diri dengan segala yang berlaku.
Disebabkan rasa itulah, dia dan Ian yang selama ini berkawan baik, dia memilih untuk mengangkat kaki. Dia rasa dia kosong saat berdiri disisi Ian. Dia rasa dia hodoh jika dibandingkan Ian.
Masa sekolah dulu, dia hanya ‘dipergunakan’ oleh kawan-kawannya hanya gara-gara mereka mahu berteman dengan Ian. Menggunakan dirinya untuk bersama Ian.
Dia rasa dirinya tak guna. Teruk. Dan buruk.
Mereka satu universiti masa diploma dan ijazah. Dan Mira. Mira Jamhar.
“Ian. Kau tahukan aku tak suka orang yang aku sayang, berkawan dengan orang yang aku tak suka?” Bibir dibasahkan lagi. Dada Ian dipandang. Dada itu tenang naik dan turun mengikut nafas Ian.
“Mesti kau ingatkan, saat kau tahu yang aku dengan Mira bergaduh. Masa Mira tolak aku depan semua orang. Mesti kau ingat kan?” Dia pandang Ian. Dia tahu yang Ian dengar. Sekarang ni, dia nak luahkan semuanya. Segalanya yang terpendam sepanjang beberapa tahun ni.
“Kau tahu tak, masa kau datangkan, Mira tiba-tiba jatuhkan diri dia, dan dia kasitahu kau yang aku tolak dia jatuh. Padahal aku tak buat apa-apa. Dia yang tiba-tiba tolak aku tanpa sebab.
Dan lagi buat aku sakit hati. Bila kau pilih untuk tolong dia. Kau tolong dia dari kau tolong aku. Dan masa tu, aku rasa aku kecewa sangat-sangat dengan kau. Aku rasa aku terlalu bodoh sebab jadi ‘hamba’ kau.” Air mata mengaburi pandangannya.
“Mula dari saat tu, aku rasa prinsip berkawan kita, ‘Friends Forever’ berhenti dekat situ.” Jeda lagi. “Friends Forever apanya kan kalau kau lebih pilih untuk tolong orang lain lebih dari aku.”
“Bila kau tanya apa salah kau pada aku bila tiba-tiba je aku jauhkan diri dari kau, sebenarnya banyak salah kau. Banyak. Dan salah kau tu buatkan aku kecewa dengan kau.”
“Lagi bertambah aku kecewa dengan kau, bila kau tak kasitau aku langsung yang kau akan bertunang dengan Mira. Kau tahu, aku tahu berita pertunangan kauorang pun dua bulan selepas kauorang selamat bertunang. Itupun aku tahu dari mulut Along aku.”
Sara ingat lagi waktu tu, saat di mana Along tanpa sengaja membuka cerita mengenai pertunangan Ian dengan Mira. Hatinya tersangat sakit. “Sampai hati kau tak beritahu aku langsungkan?”
“Ian.” Nama lelaki itu disebut lagi. “Aku tahu aku annoying. Aku tahu aku selalu menyusahkan kau. Dan aku tahu aku bukan sesiapa pada kau. Tapi atleast Ian, atleast you should tell me that. Kau perlu beritahu aku yang aku annoying, yang aku menyusahkan kau. So that, aku boleh ubah segalanya.
Tapi Ian, kau hanya diam. Kau langsung tak bersuara.” Wajah ditundukkan.
“Kau tahu tak Ian, masa kau dengan Mira pergi beli cincin kahwin kan, aku nampak kauorang masa tu. Dan aku sedih bila kau mungkiri janji kau. Kau kata, kau nak belikan cincin kahwin untuk isteri kau dengan aku, walaupun bukan aku yang jadi isteri kau. Tapi,” Mengeluh.
“Ian. Dari situ aku tahu, yang aku bukan sesiapa pada kau. I am not your friend forever. And I know who am I. Aku hanyalah seorang kawan universiti kau. Aku hanyalah anak jiran sebelah rumah kau. Dan aku,” Air mata yang ditahan akhirnya jatuh. “Aku hanya seorang perempuan yang bodoh. Yang hina. Yang lurus sebab jadi ‘hamba’ kau.” Dia senyum dalam tangis.
“Aku dengan kau tak sesuai jadi kawan, Ian. Aku bukan kawan perempuan kau yang cantik. I’m just an ugly person.”
Sara mengeluh.
Air mata dikesat dengan belakang tangan. “Kau tahu tak, Ian. Sampai sekarang, sampai sekarang aku masih tunggu Mira datang melawat kau. Dari hari pertama kau terlantar dekat sini, sampailah sekarang, hidung dia pun aku tak nampak.”
“Aku bukan nak burukkan dia. Aku bukan nak jatuhkan dia depan kau. Aku hanya, ah! Perlu ke aku beritahu apa yang aku rasa pada kau, Ian? Perlu ke?”
Dia pandang wajah Ian. “Aku rasa sia-sia je, Ian. Sia-sia ceritakan pada kau semua ni.” Sara bangkit. “Aku balik dulu, Ian.”
Mengeluh.
SARA senyum tawar. Hampir lima minit dia berdiri di sini. Memerhati wajah-wajah gembira dalam bilik sana. Masing-masing tersenyum dengan berita gembira yang mereka terima pagi tadi.
Ian dah sedar.
Dan Sara, hanya berdiri di pintu. Tidak berkira mahu masuk ke dalam. Hanya memerhati mereka. Memerhati wajah-wajah gembira itu. Gembira ya amat tanpa menyedari dirinya di sini. Keseorangan. Alone.
Doktor bilang, Ian sihat. Tiada sebarang komplikasi padanya. Hanya menunggu tangannya yang patah itu sembuh sahaja. Dan kemudian, dia boleh menjalankan hari-harinya. Seperti sediakala.
“Nanti lepas Ian dah sembuh, bolehlah kita cepatkan majlis mereka ya?” Ucap Puan Najla, Mummy Mira.
Ya, bukan hanya keluarganya dan keluarga Ian sahaja dalam bilik tu. Keluarga Mira juga ada sekali selepas memaklumkan berita gembira tentang Ian.
Sara nampak Puan Irdhatul senyum sebelum mengangguk. “Elok juga tu. Benda baik tak elok dilambatkan.”
Hati Sara robek mendengar kenyataan itu. Jadi, dia akan hilang Ian, huh? Ian akan jadi milik Mira? Ian bukan lagi kawannya? Ian akan pergi jauh darinya? Huh?
Sara senyum tawar. Air mata tiba-tiba menitis. Harap kau bahagia dengan Mira, Ian. Walaupun kau dah lupakan aku.
Sentuhan pada bahunya buatkan Sara pantas menyeka air matanya. Dia menoleh. Along. Sejak bila Along disini?
“Crying, huh?” Shazwan bersuara. Semenjak tadi dia di sini. Melihat air mata adiknya. Melihat mata adiknya yang hanya memerhati ke dalam bilik yang menempatkan Ian. Dan dia tahu sesuatu, sesuatu yang adiknya tak tahu.
“Mana ada.” Jawab Sara menafikan.
“Action speak louder that word, dik.” Bahu adiknya diusap. Dia faham apa yang adiknya rasa. Mereka hanya dua beradik. Apa yang Sara rasa, dia juga turut merasainya. Vice versa.
Sara diam. Bibir bawah digigit. Dia belum cukup bijak lagi menyembunyikan perasaannya pada Along. Mungkin. Sebab Along tahu apa yang dia rasai.
“Pengorbanan terbaik, ialah membiarkan orang yang kita cintai, bahagia dengan orang lain. It’s the best sacrifices, indeed.” Ucap Shazwan.
“Dan biarkan kita kutip sendiri hati yang hancur berderai?” Dia pandang Alongnya. “That's what you're trying to say, huh?”
“No,” Dia menggeleng. “Dia bukan untuk adik.”
“Jadi?”
“Lupakan dia,”
“Semudah itu?”
Shazwan angguk.
Sara gelak halus. “Along tak rasa, senanglah cakap.” Gumamnya tapi cukup untuk Shazwan dengar.
“If it mean to be, it will be. Just, put your trust in Him. He knows the best, indeed.”
Sara mengeluh. Dia angguk kemudiannya “Don’t worry. I’m always trust what Allah plan for me.” Sara senyum. “Sara hanya kecewa bila Ian langsung tak ingat Sara. Padahal hampir setiap hari Sara yang jaga dia. Sedangkan Mira, Sara langsung tak nampak dia sepanjang Ian dekat sini.”
“Just move on, dik. Tak guna menunggu pada orang yang tak sudi.”
Sara angguk. Dia kembali pandang Ian. Dan dalam masa yang sama, Ian juga memandangnya. Wajah lelaki itu bertukar muram.
Sara ukirkan senyuman tawar pada Ian sebelum melangkah.
If it mean to be, It will be.
SARA senyum. Makin melebar senyumannya bila pandang wajah Alongnya.
“Stop smile like that, sis.” Shazwan bersuara. “Tengah-tengah macam ni adik boleh tersenyum?”
Sara senyum lagi. “Mana tahu ni senyuman Sara yang terakhir untuk Along tengok.” Dia bersuara.
“Ish!” Shazwan menjeling. “Don’t speak nonsense, sis.”
Sara hanya senyum. Comel pula bila Along aku membebel ni. Macam bidadara yang baru turun dari kayangan!
“Sara betul ke nak pergi Sabtu ni jugak?” Suara Puan Saufiah kedengaran.
Sara menoleh. Dia mengangguk. “Yup, Ibu.”
“Kenapa tak tunggu lepas Ian bernikah je?” Tanya Puan Saufiah. Dah alang-alang pagi Sabtu tu Ian menikah, kenapa tak tunggu sekejap baru bertolak?
Sara diam.
Seakan memahami, Shazwan menggosok lembut bahu adiknya. Sakit, Ibu bila melihat orang yang kita sayang melafazkan akad nikah depan kita dengan perempuan lain. Sangat sakit. Dan dia faham perasaan adiknya.
“Sara tak penting pun Ibu dalam majlis tu.” Jawabnya tenang.
“Tapi sekurangnya tunjuklah muka. Kita jiran dia. Nanti apa pulak diaorang kata.” Puan Saufiah masih dalam mood memujuk anak gadisnya.
“Biarlah dia. Menuntut ilmukan lagi elok.” Suara Encik Suhail menjengah. Encik Suhail pantas melabuhkan duduk disisi isterinya.
“Tengok orang bina masjid pun elok juga, bang.” Sangkal Puan Saufiah.
“Sudahlah, Ibu, Ayah. Sara tetap dengan keputusan Sara.” Lembut dia bersuara.
ESOK, esok Sara akan bertolak ke Italy untuk menyambung Master. Dan malam ini, saat ini, dia duduk di balkoni seorang diri. Memandang dada langit. Suasana riuh rumah sebelah yang penuh dengan sanak saudara langsung tidak membantutkan moodnya mahu melayan diri sendiri di balkoni ini.
Dihadapannya, ada balkoni juga. Balkoni bilik Ian. Dulu, sewaktu zaman diploma, mereka akan duduk di balkoni berbual-bual tentang semua benda. Tapi itu hanya kenangan. Ian dan dirinya, dah tak ngam.
Sara labuhkan duduk di kerusi kayu dibalkoni. Wajah didongakkan memandang kelamnya malam. Dada langit yang penuh dengan taburan bintang. Bulan separa juga kelihatan malam itu. Sangat mendamaikan.
Sesekali dia nampak ada kapal terbang yang lalu di udara seakan UFO. Sangat buatkan dia kagum.
“Don’t lose a moon while counting the star, sis.”
Huh? Sara menoleh bila dengar suara tu. Ayat yang sama, yang pernah diucapkan Ian beberapa tahun yang lalu saat mereka memandang dada langit mengira jumlah bintang. Dan malam ini, malam ini sekali lagi dia mendengar ayat itu.
“Ian?” Sebaris nama itu meluncur dari bibir saat mata terpandangkan susuk tubuh Ian yang menyandar kacak di pintu balkoni. Lelaki itu mengukirkan senyuman padanya.
Ian berdiri tegak. Dia melangkah mendekati balkoni. Besi penghadang dijadikan tempatnya bersandar. Dan kini, jaraknya dengan Sara sangatlah dekat. “Aku suka bila kau sebut nama aku.” Jujurnya.
“Rasa macam, aku ada di awan.” Dia senyum.
Sara mengeluh. “Trying to make my heart flip, huh?” Wajah kembali didongakkan. Cuba menghayati malam-malam terakhirnya di bumi Malaysia. Kotlah lepas ni dia dah tak pulang ke Malaysia lagi. Berkahwin dengan jejaka Italy.
“Kind of,” Ian senyum.
Sara mengeluh lagi. Dia tundukkan pandangan dan pandang ke serata rumah Ian. Ada banyak kereta dihalaman rumah jirannya itu. Meskipun sudah menjengah ke satu pagi, suasana rumah jiran sebelah masih hangat dengan suasana yang bising. Dengarnya, semua saudara-mara Ian datang malam ini untuk menjayakan majlis esok.
Dan,
Sara kembali pandang Ian. Lelaki itu lagi mengetuk besi balkoni dengan jari telunjuknya. Dan pandangan Sara mati pada tiga jari Ian yang bersalut dengan daun inai. Bakal suami orang, huh?
“Ian.” Panggilnya. Matanya bertentang dengan mata Ian. Bibirnya yang kering dibasahkan. “Tahniah!” Dia cuba memaniskan senyumannya.
Ian mengangguk. “Thanks.” Dia senyum. Wajah Sara dihadapannya dipandang sepenuh jiwa. It that a goodbye, huh?
Dan sepi menemani mereka selepas itu. Masing-masing dalam dunia sendiri. Mata hanya memandang dada langit. Tapi hati, entahlah.
“Sara.” Panggil Ian setelah membiarkan sepi menguasai mereka. “Esok kau datang?” Tanya Ian. Dia berharap sangat yang Sara akan datang.
Sara senyum. “InsyaAllah,” Bibirnya digigit bila sedar yang dia menipu Ian. Esok dia datang majlis Ian? Dengan keadaannya yang sebegini? Kalau dia kental, dia takkan beli tiket penerbangan sama dengan tarikh pernikahan Ian Fikri.
Tapi malangnya, hatinya sangat rapuh. Rapuh sehinggakan dia terpaksa pergi dihari yang sama Ian akan menjadi milik orang lain.
“Aku berharap sangat yang kau akan datang.” Jujur Ian lagi.
Sara senyum nipis. Ian berharap yang dia datang untuk melihat betapa bahagianya lelaki itu disamping Mira?
Aku tak kuat, Ian.
Aku tak kuat.
Sara pandang Ian. Buat kali terakhir. “Semoga kau bahagia dengan Mira. Jadi suami yang baik. Jaga perkahwinan kau baik-baik. Selamat pengantin baru.” Selepas itu, Sara berpusing. Berjalan masuk dalam biliknya. Pintu dan langsir balkoni ditutup.
Dan air mata mengalir.
IAN pandang pada sanak-saudara yang turut bersama dalam masjid besar ini. Bila-bila masa sahaja, sesi akad nikah akan berjalan. Tok Kadi, pengantin perempuan dan semuanya sudah tiba. Hanya menunggu saat itu.
Matanya pandang pada kedua orang tuanya. Puan Irdhatul dan Encik Johan tersenyum memberi semangat padanya. Tahu bagaimana gementarnya saat ini.
Matanya beralih pula pada Puan Saufiah dan Encik Suhail. Kenapa hanya mereka berdua saja? Lantas mata meliar ke segenap ruang masjid. Mana Sara dengan Shazwan? Sepatutnya mereka berada di sini. Tapi,
Dia pantas bangkit dan mendekati Encik Suhail yang duduk disebelah Ayahnya. “Pak Cik,” Jeda. Dia cuba tenangkan hatinya. “Mana Sara dengan Abang Shaz?” Soalnya. Sebab Sara dengan Shazwan dah janji akan datang pagi ini.
Encik Suhail kerutkan dahi. Pelik. “Eh Sara tak kasitahu kamu apa-apa ke?” Soalnya hairan. Sebab Sara ada beritahu padanya yang anaknya itu sudah memaklumkan pada Ian tentang keberangkatannya ke Italy pagi ini.
Ian yang masih lagi pelik pantas menggeleng. “Kasitahu apa?”
“Dia akan bertolak ke Italy, sambung Master di sana.” Jeda. “Dia dah bertolak setengah jam yang lepas. Shaz yang hantar.” Cerita Encik Suhail lagi.
Ian tergamam. Apa dia? “Pak cik tak tipu, kan?”
Encik Suhail gelak kecil. “Buat apa pak cik nak tipu?”
Ian makin terkelu. Jadi Sara, huh.
Kenapa Sara tak beritahu aku malam tadi?
Kenapa?
“Jom kita mulakan.” Suara Tok Kadi menyentakkannya. Ian mengangguk lemah.
“ATTENTION to passenger..”
Sara mengeluh. Saatnya untuk pergi dah tiba. Dia pandang Alongnya disebelah. Lelaki itu tenang memandang keliling. Iyalah, Along kan dah expert keadaan kat sini. Lapangan terbang ni dah macam rumah kedua dia. Peratus nak sesat pun sangatlah rendah.
Sara tarik nafas panjang. Kemudian dihembus perlahan. Dia ukirkan senyuman nipis sebelum bangkit diikuti Shazwan.
“Minggu depan Along fly ke Italy, just give me your location and I’ll be there.” Pesan Shazwan. Dah alang-alang dia akan memandu ke Italy, apa salahnya melawat adik kesayangan.
Sara angguk. “Okay.” Dia senyum pada Shazwan. Sesekali dia hanya tersenyum bila nampak beberapa krew anak kapal yang mengenali Along menunduk hormat padanya. Bangga pula ada abang macam tu.
“Jaga diri, jangan makan hati. Yang patah kan tumbuh, yang hilangkan berganti. Moga kekal abadi.”
Sara gelak. “Ceit! Tiru lirik lagu. Tak aci.” Dia pukul Alongnya dengan handbag. Shazwan juga tergelak.
“Got to go.” Ucap Sara lemah. Air mata bertakung. Mengaburi pandangannya.
“Dah sampai call Along.” Pesan Shazwan. Berat hati pula nak tinggalkan adiknya di bumi asing tu.
Sara angguk. Dia tunduk mengucup tangan Alongnya. Mereka berpelukan buat seketika sebelum Sara melepaskan pelukan mereka. “Kirim salam Ibu dengan Ayah.”
Sara tarik luggage nya. Dia melambaikan tangan pada Shazwan sebelum mulakan langkah. Dan baru beberapa tapak, dia berhenti dan menoleh. Melihat ke bahagian belakang Shazwan.
Masih lagi berharap seseorang datang menghalangnya pergi. Tapi, hampa. Wajah itu tidak kelihatan. Mungkin dah berbahagia dengan isteri yang baru dinikahinya.
Waiting longue dimasuki.
Kiss me and smile for me,
Tell me that you’ll wait for me,
Hold me like you never let me go.
Tell me that you’ll wait for me,
Hold me like you never let me go.
So I’m leaving on the jet plane,
Don’t know when I’ll be back again,
Oh babe, I hate to go.
Don’t know when I’ll be back again,
Oh babe, I hate to go.
DUA TAHUN KEMUDIAN.
Sebuah teksi berhenti dihadapan rumah itu. Dan keluar seorang wanita bersama beg disisinya. Memakai kaca mata hitam. Mata galak memandang segenap rumah. Rumah jiran sebelah dipandang juga. Semuanya masih sama.
Kecuali ada satu kereta berwarna biru yang terpakir di garaj. Kereta siapa tu? Sebab dia tak pernah nampak pun kereta tu sebelum ni. Ah, pedulikan. Tak penting pun, Sara.
Nafas dihembus sebelum bergerak menekan loceng rumah. Waktu petang yang hening ini membuatkan dia rasa nak tidur. Penat mula menguasai tubuh.
Dan pagar terbuka automatik. Sara tarik luggage miliknya masuk ke laman rumah. Kasut memenuhi pintu rumah. Siapa yang berkunjung? Dan sayup-sayup dia mendengar suara orang bergelak ketawa dari dalam rumah.
Keluar seorang wanita menyambut kedatangannya. Puan Saufiah. Cantik berbaju ungu. Puan Saufiah terdiam dan memandang tetamu yang tidak dikenalinya.
“Siapa? Dan nak cari siapa?” Tanya Puan Saufiah. Nasiblah rumahnya tengah ramai orang, jadi kalau berlaku apa-apa, dia boleh saja menjerit.
Sara senyum. Ibu tak kenal anak dia ke? Parah dah ni. Lantas dia menanggalkan kaca mata hitam. Bibirnya mengoyak senyuman manis. “Ibu apa khabar?” Soalnya ceria.
Puan Saufiah tergamam. Lama sebelum, “Sara?”
Sara angguk.
“Ya Allah, anak Ibu.” Sekejapan saja, tubuh dua beranak itu bersatu. “Kata balik lusa?”
Sara hanya gelak. “Sara rindu Ibu.” Beritahunya.
Pelukan dilepaskan.
“Haih,” Tangan Puan Saufiah naik menggosok lembut kepala anaknya yang ditutup selendang. “Hampir Ibu tak cam Sara.” Dalam hatinya memanjatkan syukur bila melihat anaknya sudah berhijab. Alhamdulillah doanya dimakbulkan.
“Jom masuk, mesti diaorang terkejut tengok anak Ibu.”
Suasana yang bising tiba-tiba diam bila Puan Saufiah masuk bersama seseorang disebelahnya.
Sara kaku. Tak sangka, jiran sebelah rupanya yang berkunjung. Dan matanya bertentang dengan mata seseorang. Ian. Lelaki itu masih sama seperti dua tahun lepas. Cuma yang beza, ada sedikit kumis didagunya lagi menampakkan wajahnya yang matang.
Dan entah kenapa, jantungnya berdegup. Tidak normal.
Matanya jatuh pula pada seorang bayi yang berada dipangkuan Ian. Nafas dihembus perlahan.
“Sis?”
Suara tu. Sara menoleh. Dan dia tersenyum pada Along yang baru tiba dari dapur. Ditangan lelaki itu ada semangkuk kuih-muih. “Hai,” Sapanya pada Shazwan.
“Bertuah punya adik, kata balik lusa.” Shazwan letakkan mangkuk di atas meja sebelum memeluk adiknya. Rindu.
Sara hanya gelak. “Sara rindu Along.” Ayat yang sama juga diucapkan bila Along tanya kenapa dia pulang awal dua hari.
Mereka lepaskan pelukan. Sara bersalaman pula dengan Encik Suhail. Tapi dia sedikit hairan bila Ayahnya tidak seperti Ibu dan Along. “Ayah tak nak tanya kenapa Sara balik awal?” Soalnya pada si Ayah.
Dengan wajah selamba dan tenang, Encik Suhail bersuara, “Ayah rindu Sara.”
Dan Sara gelak. Ceit, “Ayah tiru ayat Sara.”
Encik Suhail juga gelak. Dia gosok kepala anaknya lembut. Manis berselendang hijau pucuk pisang. Dengan senyuman yang menghiasi bibir anaknya, lagi buatkan anak perempuannya itu bertambah cantik dengan auranya yang tersendiri.
Sara bangkit, dia bersalam pula dengan semua yang ada di ruang rumah itu. Ya, termasuk Ian Fikri. Bibirnya mengukir senyuman bila Ian mencium dahinya. Lama. Macam tak nak lepas.
“Sudahlah tu. Orang tengok ni,” Usik Shazwan. Yang lain gelak.
Sara jeling Alongnya. Sibuk je lah Along ni. Kemudian, dia duduk disisi Ian. Bayi kecil dalam pangkuan Ian digendongnya. Dahi dan pipi bayi kecil itu dicium lembut. Rindunya.
“Dah siap semua dekat sana, Sara?” Tanya Puan Irdhatul.
Sara angkat wajah bila dengar namanya disebut. Dia senyum pada Puan Irdhatul sebelum membalas, “Sudah, Ma. Selesai dah semua.” Senyum lagi.
“Baguslah. Harap tak ada lagilah masalah selepas ni.”
SARA terjaga dari lena yang aman bila dengar bunyi bayi menangis. Matanya digosok. Penat yang masih bersisa di tubuh akibat perjalanan yang jauh ditepis bila tangisan itu masih lagi kedengaran.
Dia menoleh bila tangisan itu tidak lagi kedengaran. Dan tangisan itu berganti dengan suara seseorang menyanyi. Dan bibirnya mengukir senyuman bila nampak pemandangan dihadapannya.
Seorang lelaki lagi berdiri sambil dalam dukungannya ada seorang bayi yang lagi menyusu botol.
“Ian.” Panggil Sara.
Ian berhenti menyanyi dan menoleh. “Huh?” Kening dijungkitkan.
Sara senyum. “Sini,” Digamitnya Ian supaya mendekat. Bila Ian mendekat dia pantas mencabut botol susu dari mulut bayi itu. Dan kedengaran lagi tangisan si kecil. Sara senyum kecil.
“Kenapa cabut? Dia laparlah.”
Sara hanya diam. Dia mengambil si kecil dari dukungan dan pantas menyelesakan duduknya. Belakang tubuh bersandar pada kepala katil dan dia langsung menyusukan si kecil. Tangisan terhenti.
Ian yang melihat hanya tersenyum. Dia duduk disisi Sara. Kaki si kecil yang terjuntai disentuhnya lembut. Wajahnya didekatkan dengan rambut Sara. Wangian rambut Sara cukup mendamaikan hatinya.
“Kata balik lusa?” Tanya Ian.
Sara senyum manis. “Sara rindu Ian.” Balas Sara.
Ian elus lembut rambut Sara. “Rindu je?”
Senyuman Sara makin melebar. “Sara sayangkan Ian.”
“Sayang je?”
Sara gelak pula. Mengada betul pak cik ni. “Sara cintakan Ian.”
“Cinta je?” Giliran Ian pula tergelak.
“Okay. Dipersilakan tidur kat luar malam ni.”
Ian gelak lagi. Jemarinya masih bermain dengan rambut Sara. Nafas dihembus. Dia mendekatkan bibirnya dengan telinga Sara sebelum, “I miss you so much.” Dan telinga Sara dicium.
Sara gelak. “I miss you.” Jeda. “I love you.” Jeda lagi, “And thanks, make my heart flip, dude.”
Ian senyum manis. Dia kemudiannya menundukkan sedikit tubuhnya. Mengusap pipi si kecil yang lagi menyusu. Dan dia berbisik pula, “Sayang anak Abi, cepat sikit menyusu, please. Abi nak beromantika De Amour dengan Mama pulak ni.”
Dan seakan memahami, si baby bergerak kecil.
DUA TAHUN SEBELUMNYA.
“Eh Ian?” Shazwan yang baru sahaja berpusing terkejut dengan kedatangan Ian yang secara tiba-tiba.
“Mana Sara?” Soalnya pantas. Tujuannya datang sini untuk berjumpa dengan Sara. Pandangan orang lain padanya yang lagi memakai baju nikah dihiraukan. Sara lagi penting.
“Sara dah masuk waiting longue dah. Baru je. Kenapa ni?” Tanya Ian hairan. Apa tujuan Ian datang sini sebenarnya? Dan majlis tu, majlis tu macam mana?
“Ian, kenapa ni?” Soal Shazwan.
“Telefon Sara, abang.” Dia pegang lengan Shazwan. “Suruh dia keluar balik, please.” Dia masih merayu. “Tolong Ian, abang.”
Shazwan yang masih lagi tidak mengerti apa yang berlaku hanya menurut. Mungkin Ian ada sesuatu penting yang mahu diberitahu pada Sara. Lantas dia keluarkan telefonnya dan menghubungi adiknya.
Dan dia bersyukur bila adiknya menjawab panggilannya. “Sara boleh tolong keluar balik tak? Ada orang nak jumpa.” Beritahunya.
Sementara Sara yang tertanya-tanya hanya menurut. Dia berpusing dan keluar dari waiting longue. Dia melangkah ke tempat di mana dia menunggu penerbangannya tiba dengan Along tadi.
Dan langkahnya yang semakin mendekat mati bila nampak wajah resah Ian Fikri disamping Along. Turut diakuinya, Ian sangat segak dan kacak dengan baju nikah pada tubuhnya.
“Sara.” Panggil Ian saat melihat langkah Sara semakin mendekat dan berhenti beberapa langkah dihadapannya.
“Apa ni?” Sara tanya Shazwan. Kata ada seseorang nak jumpa. Ian ke? Tapi kenapa? Dipandang Ian pula. “Apa kau buat kat sini, Ian?” Soalnya hairan. Bukankah sepatutnya sekarang ini Ian berada di masjid? Tapi,
“Sara.” Ian mendekat. Dia telan air liur sebelum kembali bersuara. “Jangan pergi.” Halangnya.
Sara terpinga-pinga. Ian halang aku pergi? Such in my dream, babe. Tapi, betulkah ini Ian? Ian Fikri Mikhail kah dihadapannya saat ni?
“Jangan pergi, Sara.” Ian bersuara lagi. “Untuk aku, jangan pergi.” Ucapnya lagi.
“Tapi aku nak menuntut ilmu.” Balas Sara. Matanya dan Ian bertentang.
Ian mengeluh. “Menuntut ilmu atau nak jauhkan diri dari aku? Nak ubat hati kau yang koyak tu? Huh?”
“Sekurangnya aku sedar diri. Tak guna simpan perasaan pada orang yang langsung tak nampak aku.” Sara membalas lagi. “Sakit, Ian. Sangat sakit.”
Ian hembus nafas. “Sara maafkan aku,”
Sara kerut dahi. “Sebab?”
“Sebab aku tolong Mira dari aku tolong kau. Sebab aku buat kau macam hamba aku, tapi percayalah. Aku tak pernah anggap kau sebagai hamba aku. Kau kawan baik aku, Sara. Kawan dunia akhirat.” Jeda.
Ian telan liur. “Maafkan aku sebab tak beritahu pada kau yang aku bertunang dengan Mira. Maafkan aku sebab kau perlu tahu perkara tu dari orang lain. Maafkan aku, Sara. Aku ingat Mira dah beritahu pada kau pasal pertunangan kami masa dia cakap dengan aku yang dia sendiri akan datang jumpa kau nak minta maaf, tapi aku salah.” Mengeluh.
Sara telan liur juga. Ma.. Mana Ian tahu perkara ni? Mana Ian tahu yang dia tak tahu akan pertunangan mereka? “Mana kau tahu semua ni?”
Ian pandang Sara. Lama. Dan sayu. “Kau pernah beritahu aku,”
“Bila?” Jujur dia tak ingat. Langsung.
“Masa kau jaga aku koma.”
Zap!
Sara terkedu. Jadi, Ian dengar? Ian dengar semuanya?
Ian angguk. “Aku dengar semuanya, Sara. Tak semestinya, orang yang koma tak boleh dengar apa yang manusia sekeliling cakap. Takkan kau tak tahu?”
Sara menggeleng. Sumpah dia tak tahu fakta tu.
Ian senyum. Kalau Sara tak tahu Fakta tu, mesti Sara takkan meluahkan segalanya. Dan terima kasih sebab Sara tak tahu.
Ian keluarkan sesuatu dari kocek baju melayunya. Tengkolok yang menyenget di kepala dibetulkan. Kemudian dia melutut dihadapan Sara. Pandangan manusia sejagat di lapangan terbang itu dia hiraukan. Dia hanya mahu dunianya bersama Sara.
“Sara.” Dia suakan sebuah baldu berwarna biru diraja pada Sara. “Will you accept this wedding ring?”
Sara terkelu. Ian.. Ian melamar diakah? Tapi, “Mira?” Dan, “Apa yang berlaku tadi?” Kenapa Ian boleh ada di sini sedangkan dia sepatutnya berada di tempat lain?
“Mira bukan jodoh aku.” Hanya itu yang diberinya sebagai jawapan. “Would you, Sara? Be my bride forever?”
“Ian.” Sara pandang Ian sebelum pandang Shazwan dibelakang lelaki itu semenjak tadi. Lama dia pandang Shazwan sebelum tersenyum dengan anggukan lelaki itu. Along dah bagi lampu hijaulah.
“Aku tak tahu apa yang berlaku tadi. Aku tak tahu apa kesudahan majlis kau hari ini. Dan aku tak tahu apa yang kau buat saat ni, tapi,” Dia mati kata. Wajah resah ditayangkan. Lidah membasahkan bibir yang kekeringan.
“Tapi?” Ian menyoal. Takut. Dia tidak tenang hati.
Sara senyum akhirnya. “Aku terima kau.”
Sementara Ian, “Serius Sara?”
Sara angguk. Dia senyum sebelum, “Tapi aku tetap kena pergi, Ian.” Dan ayat itu buatkan Ian mengeluh. Sara betul-betul akan pergi?
“Maafkan aku. Aku nak kejar impian dan cita-cita aku.” Sara bersuara lagi. Dia hadiahkan senyuman pada Ian dan Shazwan.
Luggage dipegang. Bersedia mahu masuk kembali. “Need to go.” Dan dia berpaling.
Tapi, “Sara.” Ian memanggil dan langkah Sara mati. Dia berpusing kembali.
Ian mendekat. “Boleh kau simpan cincin ni?” Dihulurkan baldu biru itu.
Sara mengangguk. “Sure.” Dia capai baldu tu dan dimasukkan dalam handbag. Nafas ditarik sebelum, “Aku pergi dulu. Tak care. Assalamualaikum.”
Dan bunga-bunga cinta menemani perjalanannya.
SEKARANG.
Sara pandang dada langit. Sekali lagi, taburan bintang-bintang dan bulan purnama menemani malamnya. Tuhan, aku bahagia sekarang. Campakkanlah rasa bahagia, aman dan damai dalam hati aku buat selamanya.
Jari-jemari bermain sesama sendiri. Dan Sara pantas menunduk memandang ke jari manisnya bila jari telunjuk kiri bermain-main dengan cincin yang tersarung di jari manis kanan. Cincin yang simple. Tapi sangat cantik.
Cincin kahwinnya.
Dengan Ian.
Bibir mengukir senyuman. Tak disangka, apa yang pernah diimpikan selama ini, akhirnya menjadi satu kenyataan. Kenyataan yang sangat manis untuk dikenang.
Tapi, dari dulu sehinggalah sekarang, dia tertanya-tanya tentang sesuatu perkara. Sesuatu yang belum pernah dia tanyakan pada Ian.
Sesuatu seperti,
“Apa yang Sara assume tu semuanya tak betul.”
Huh? Sara menoleh. Terkejut dia bila dengar suara Ian. Bukankah tadi lelaki ni dah tidur dengan anak mereka di katil? Macam mana boleh terjaga? Sebab Ian kalau dah tidur memang susah nak terjaga.
Ian duduk disisi isterinya. Tangan kanan Sara yang tersarung cincin perkahwinan mereka dicapai dan dia menyulam jemarinya dengan jemari Sara. “Whatever in your mind, that’s not truth.”
“Huh?” Sara tak faham.
“Cincin ni bukan cincin kahwin Ian dengan Mira.” Dia menggeleng. “Cincin kahwin Ian dengan Mira, Mira dah ambil. Dah pajak, mungkin.” Dia jungkit bahu.
“Cincin ni,” Dia cium cincin yang tersarung itu. “Cincin Ian dengan Sara, for sure.” Ucapnya bersama senyuman.
Sementara Sara, dia tersenyum mengetahui fakta itu. Nasiblah dia sedaya upaya untuk bersangka baik. Dan sangka baiknya jadi kenyataan. Dia tak sanggup nak bayangkan kalau apa yang difikirkannya sebelum ini jadi kenyataan.
“Ian.” Panggil Sara lembut. “Is this wedding ring, the sign of your love for me?” Soalnya tiba-tiba. Dia gelak dengan soalannya. Gedik betul soalan tu.
Ian menggeleng.
“Huh?” Sara tidak mengerti. Jadi bukan?
“Nop, dear.”
“Then?”
“The sign of my love for you is, budak kecil dekat dalam yang tengah tidur tu, dan our coming babies.” Dia senyum kacak.
Sara gelak kecil. Ohh, itu rupanya tanda cinta dia pada aku. “Jadi boleh Sara buang cincin ni? Sebab cincin ni tak ada tanda apa-apa.” Soalnya naif.
Ian terkejut. Nak buang buat apa? Membazirlah aku beli kalau macam tu. “Cincin tu kan tanda sahnya ikatan kita.” Jeda. “Bukti betapa rushingnya seorang Ian Fikri Mikhail nak dapatkan cinta hati dia yang nak pergi Italy tanpa langsung beritahu dia. Sedih tahu tak?”
Sara gelak kecil. Saja je tau Ian ni. “Alah maaflah.” Dia cium tangan Ian. “Tak sengaja. I’m just, bawa hati yang lara.” Dia senyum nipis.
Ian senyum kecil. “Tak apalah, asalkan Puan Sara dah jadi milik Mister Ian.”
Sara gelak. Dia mengeratkan pautan pada jemari mereka. Dia menyandar pada dada Ian sebelum,
“I love you.” Ucapnya lembut. “I love you, Mister Ian.”
“I love you too, Puan Sara.” Ian membalas.
Subscribe to:
Posts (Atom)