"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Saturday, April 30, 2016

Suamiku Ramai Crush [Part 53]



Tepat jam satu pagi, Damia bawa Iskandar ke sebuah bilik. Sekarang dah tiba masanya dia ceritakan semuanya mengenai Kak Najwa. Dah banyak minggu tertangguh. Janji tinggal janji. Disebabkan mereka masih belum tidur dan ahli keluarga Damia yang lain sudah tidur, lagi senang Damia nak ceritakan semuanya tanpa ada satu orang pun yang masuk campur.

            Iskandar bantu Damia buka pintu. Pintu ditutup kembali lalu dikuncinya. “Welcome, boboy.” Tutur Damia. Kunci pintu tu dia letak atas meja.

            Iskandar pandang sekeliling bilik. Di semua dinding dalam bilik ni tertampal gambar-gambar. Ada gambar Damia sekeluarga. Berserak-serak gambar yang tergantung tu. Tak nampak langsung rupa dinding.

            Iskandar tengok satu gambar. Gambar yang pernah dia tengok diruang tamu. Tapi ada sesuatu yang lain pada gambar tu. Di ruang tamu, hanya ada lima orang aje dalam gambar. Tapi disini, ada enam orang kesemuanya. Dia tenung seorang lelaki yang tak pernah dia nampak dan kenal yang ada dalam gambar tu. Lelaki tu berdiri diantara Damia dengan Along.

            “Siapa lelaki ni?” Tanpa pandang Damia, Iskandar bertanya.

            “Angah.” Jawab Damia sepatah.

            Iskandar pandang isterinya di sisi. “Angah?” Damia angguk.

            “Lelaki yang kita ziarahi kubur dia hari tu.”

            “Kenapa boboy tak pernah kenal dengan dia?” Tanya Iskandar musykil. Dari zaman sekolah dia mengenali Damia, tapi kenapa dia tak pernah tahu kewujudan lelaki tu?

            Damia diam. Dia tidak punya jawapan untuk pertanyaan itu. Kenapa Iskandar tak pernah kenal Angah? Sebab Damia tak pernah nak kenalkan Iskandar dengan Angah. Sebabnya? Dia sendiri pun tak tahu.

            “Bila dia meninggal?” Iskandar tanya soalan lain pula walaupun hatinya nak tahu sangat kenapa dia tak pernah dikenalkan dengan lelaki merangkap abang iparnya itu.

            “Lima tahun lepas.” Dah genap lima tahun dah kepergian lelaki itu sejurus selepas keluarganya adakan majlis tahlil tempoh hari.

            “Sebab?”

            Damia mengeluh. Dia dan Iskandar tatap wajah Angahnya dalam gambar dihadapannya. Gambar Angah bersama uniform pilotnya. Handsome. Juruterbang rupanya arwah abang ipar aku ni. “HIV AIDS.” Menunduk.

            Iskandar terkejut. Hiv Aids? Biar betul? Dalam gambar-gambar ni lelaki tu elok je. Sihat walafiat lagi. Ada gambar tu dia boleh bergelak lagi dengan Damia. Tak ada pun wajah yang lelaki tu sedih menanggung sakitnya.

            “Dalam gambar-gambar ni semua, tak ada satu orang pun tahu yang Angah menghidap Hiv. Tengoklah muka dia. Tak nampak langsung yang dia tengah menderita penyakit tu.” Matanya meliar pandang kesemua wajah yang bertampal di dinding. Wajah Angah nampak riang bersama lesung pipit di kiri pipinya. Lagi menyerlahan kekacakannya.

            “Macam mana boleh ada Hiv tu?”

            “Jangkitan.. Dari seseorang.” Damia senyum pada Iskandar. Iskandar makin nak tahu cerita seterusnya mengenai Angah. Lalu dia bawa Damia duduk dikatil dalam bilik tu. Katil Angah, mungkin.

            Jangkitan dari seseorang? Setahu Iskandar, Hiv hanya akan berjangkit pada seseorang dalam beberapa perkara, iaitu homoseksual, perkongsian jarum suntikan, perlakuan heterosekuel, pemindahan darah yang tercemar dan juga seks. Jadi yang mana satu yang menyebabkan Angah dijangkiti Hiv? “Siapa?”


            Damia pandang Iskandar. Wajah kacak yang menjadi daya penariknya ditenung. Wajah kacak itulah yang dia selalu rindu. Setiap hari dia rindu walaupun duduk bertentang mata. “Kak Najwa.” Seakan berbisik, Damia menjawab. Menyebut sebaris nama tu.

Thursday, April 28, 2016

Suamiku Ramai Crush [Part 52]




Iskandar buka mata dia perlahan-lahan. Leher yang lenguh sebab baring tanpa bantal dia regangkan. Dia pandang pula katil. Nampak Damia tengah duduk sambil tergelak-gelak. Lepastu dia mengiring ke kiri nak sambung tidurnya. Mengantuk sangat dia ni. Sanggup dia korbankan waktu tidur dia semata-mata nak jaga isterinya.

            Wait! Jaga isteri?

            Mata kembali dibuka dan dia terus duduk tegak pandang katil. Terpaku pandangannya pada Damia yang baru perasankannya. Damia buat peace padanya sambil tersengih nampak gigi.

            “Good evening, boboy.” Ucap Damia girang.

            Iskandar gosok matanya. Macam tak percaya apa yang dia nampak sekarang ni. Dia pantas melangkah ke arah Damia bila nampak gadisnya itu sedaya upaya nak turun dari katil. Lengan kiri Damia dia pegang lembut. “Nak pergi mana?”

            “Boboy baringlah dekat sini. Mesti penatkan dah banyak hari tidur kat sofa tu.” Bahu kanan Iskandar diurutnya pakai tangan kiri. Dah tangan tu aje yang dia boleh guna. Nak pakai kaki kang rasa kurang ajar pula.

            “Ish.. Apa pula. Yang sakit sekarang ni kan, baby. Baby ajelah yang baring dekat katil ni. Dah, naik balik.” Iskandar dudukkan Damia. Kaki Damia dia tarik dan letak atas katil.

            Sementara Damia.. Terkaku sekejap. Dia macam salah dengar. Is panggil dia baby? Ohh my.. Setelah seminggu lebih. Baru hari ni dia dapat dengar gelaran tu diucap semula. Bibirnya senyum. Sangat terharu.

            Makin melebar senyuman Damia bila rasa dahinya dikucup. Ohh air mata.. Jangan kau mengalir sekarang. Ya Allah terharunya aku.

            Damia pandang Iskandar bila lelaki tu selesai mengucup dahinya. Iskandar balas renungan isterinya. Dia jungkit sebelah kening kemudiannya. Nak hantar isyarat, kenapa?

            Damia senyum bila dapat isyarat tu. Tangan kirinya didepakan. “Nak peluk..”

            Sekejap sahaja, mereka sudah berpeluk. Masing-masing melepasan kerinduan yang membara dijiwa. Damia sembamkan wajahnya di dada bidang Iskandar. Dada itu diciumnya. Tangannya pula peluk pinggang Iskandar erat. Tak erat sangatlah kan kalau guna satu tangan aje. Huhuu..

            “I miss you, sayangg.” Luah Iskandar di telinga Damia. “Tahu tak macam mana takutnya boboy bila baby tak sedarkan diri?” Pelukan terlerai. Iskandar tatap wajah isterinya yang sudah berair dengan air mata yang mengalir tu. Pantas dia tersenyum. Air mata tu dia seka lembut. Kelopak mata Damia dia cium.

            Sambil pegang pipi Damia, sambil Iskandar bersuara. “Jangan buat macam ni lagi.” Damia angguk. Iskandar tak suruh pun dia takkan buat lagi. Manusia mana ajelah yang nak buat benda yang hampir meragut nyawa ni? Gila betullah kalau ada manusia yang buat.

            Mereka berpelukan lagi.


“BOBOY.. Pinjam telefon.”

             Iskandar yang tengah seronok membelek laptopnya dihujung katil pandang Damia. “Nak buat apa?” Soalnya.

            “Nak buka Insta. Bosanlah.” Telinganya yang gatal digaru.

           Iskandar hulur Iphonenya pada isteri yang dilanda kebosanan tu. Apalah.. Aku dah bawa laptop tak nak guna. Telefon juga dia cari. Gumam Iskandar dalam hati. Lepastu dia sambung main games Plant Vs Zombies. Laju tangannya bergerak nak bunuh zombie melayut tu. Mati kau cik bie!

            Damia bukan Instagram. Tertera Instagram milik Iskandar. Dah telefon dia, memang dia punya jelah. Damia senyum nakal. Dia buka timeline lelaki tu. Melopong sekejap mulut dia bila tengok followers Iskandar. Apakyer ahh.. Dah mencecah 10k. Huishh, memang popular betullah suami aku ni. Aku ni pun tak sampai lagi seratus followers dalam Instagram.

            Damia skrol pula Instagram tu ke bawah. Gambar yang dia hantar pun banyak. Yang paling terbaru lelaki tu post gambar, kira-kira empat hari lepas. Gambar Damia yang tengah baring bersama tangan kanannya yang berbalut. Gambar tu disini. Di hospital ni, dan dibilik ini.

            Damia yang tengok gambar dia sendiri pun rasa kasihan. Macam manalah aku boleh parah sampai macam ni? Nak kata tak jaga diri, masa tengah berjalan tu, keliling dia ada orang. Siap ada Iskandar dengan kawan-kawan dia lagi. Tetap juga kena ragut.

            Tapi itulah namanya takdir. Kalau nak jadi tu, maka jadilah. Kun fayakun, ye dakk?

            Dia baca caption dibawah gambar tu. ‘Tuhan.. Selamatkan dia untuk aku.’ Komen yang ada di situ pun dia baca sekali. Ramai juga yang komen pada gambar tu. Ada yang mendoakan dirinya. Ada yang tertanya-tanya mengenai dirinya. Dan ada juga yang turut bersimpati. Tak ada pula dia nampak komen yang berunsur negatif mengenai dirinya. Samada komen tu sudah Iskandar padam, atau apa.. Dia tak tahulah.

            Damia senyum. Ramai juga yang prihatin ye. Ke sebab dia orang kenal Iskandar? Ha tak kisahlah. Janji semua orang bahagia.

            “Boboy.. Bila boleh keluar ni? Bosanlah.” Rungut Damia. Instagram Iskandar dia keluar dan digantikan dengan Instagram miliknya. Hmm.. Empat hari dah tak buka, tiada apa-apa pun yang berubah. Kecuali bilangan followernya.

            “Esok boleh keluarlah tu. Tunggu jelah.” Balas Iskandar. Matanya lebih fokus pada permainan komputernya.

            Damia buka kamera. Lepastu dia berselfie dengan Iskandar. Iskandar yang khusyuk main games terus tak fokus dan pandang kamera. Dia tayang senyum sebelum senyumannya tiba-tiba mati.

            “Senyumlah, boboy.” Tegur Damia. Terus tak jadi dia nak berselfie.

            Iskandar pandang isterinya. “Molek sangatlah tu ambil gambar tak pakai tudung.” Berkerut-kerut dahi Iskandar tegur isterinya. Nak ambil gambar, Iskandar  boleh aje. Tapi tang Damia yang tak pakai tudung tu, elok sangatlah tu.

            Damia baru perasan. Dia pandang kepalanya. Eh a’ahlah. Baru dia perasan yang dia tak sarung tudung nak tutup rambutnya. Haih, gila betul kalau orang bukan mahram nampak rambut dia. Nasib tak post lagi gambar tu.

            Damia capai pashmina dan dililit asal boleh pada kepalanya. Asal tak nampak rambut sudahlah. Dia sambung balik selfienya bersama suami.

            Klik!


            “Good..” Gumam Damia sambil senyum. Lepas dah buat caption pada gambar, dia hantar gambar tu di Instagram. Kali pertama dia hantar gambar dia berselfie bersama Iskandar di Instagram. Selalunya, tak gambar dia seorang, gambar dia dengan Iqmal. Atau tidak pun, gambar dia dengan kawan-kawannya. Ataupun gambar dia dengan keluarga.



             DAMIA senyum. Lebar senyuman dia. Siapa ajelah yang tak senyum bila doktor beri izin yang dia dah boleh keluar dari hospital ni. Yeayy! Hilang dah bosan dia lepas ni. Dah boleh jalan-jalan. Dah boleh buat kerja gila. Dah boleh pergi universiti. Dah boleh goda Is. Eh?

            “Boboy keluarlah sekejap. Baby nak salin baju ni.” Pinta Damia bila Iskandar ikutnya masuk bilik air.

            “Buat apa? Nanti siapa yang nak tolong buka butang baju tu?” Tanya Iskandar pula. Dah lah sebelah tangan aje yang boleh digunakan. Ada pula disuruhnya kita yang nak tolong dia ni keluar?

            “Alah.. Baby boleh buka sendirilah.” Sangkal Damia. Malulah dia kalau Iskandar tengok dia salin baju.

            Iskandar cekak pinggang. “Hah, cuba buka nak tengok.”

            Dengan berbekalkan sebelah tangan, Damia terkial-kial membuka butang dibajunya. Dah tiga puluh saat berlalu, tapi butang baju tu satu pun tak boleh buka. Akhirnya dia mengeluh. Pandangan minta simpati dia tayangkan pada Iskandar yang pandangnya.

            Iskandar senyum nipis. “Hah tu lah.. Boboy dah cakap, degil. Lawan lagi cakap suami.” Dia membongkok nak samakan ketinggiannya dengan Damia. Kedua tangannya diangkat mahu membuka butang pada baju hospital tu.

            “Ish boboy.. Malulah. Pejamlah mata tu.” Suruh Damia. Darah merah dah serbu ke muka dia dah bila dua butang di atas sudah berjaya dibuka Iskandar.

            Iskandar pandang isterinya seraya tersenyum. “Sebelum ni boboy yang salin baju baby okay aje.” Selamba dia bersuara.

            Damia bulat mata. “Apa dia?!” Tertinggi suara yang dituturkan. Dia telan liur bila nampak Iskandar angguk. Dia yang salin baju aku? Huarghhh.. Macam nak menangis. Malunya. Ibuu...

            “Alah, tak ada apalah. Macam tak biasa pula. Lebih dari ni pun boboy dah tengoklah.” Iskandar kenyit mata. Selamba sahaja dia buka baju yang Damia pakai dan sarungkan dengan baju yang baru.

            Damia tak perasan langsung. Tahu-tahu aje Iskandar dah bawa dia keluar dari bilik air. Serupa tak payah masuk bilik air macam ni. Baik tukar je kat katil.

            Damia bangkit pula. Tapi cepat Iskandar tahan. Risau dia bila tengok isterinya yang terlalu banyak sangat bergerak ni lantas disoalnya, “Nak pergi mana?”

            “Nak kemas baju dalam tu ha.” Sambil tunjuk almari kecil di sebelah katil. Hospital macam dekat hotel. Dengan almari bagai.

            “Baby duduk, biar boboy yang buat. Baju apa aje dalam tu?” Iskandar berjalan ke almari tu. Pintu almari dibuka.

            “Ada baju, seluar, bra.. Semuanyalah baby punya.” Takkanlah Iskandar suruh dia senaraikan satu per satu kot. Dah dia yang bawa baju tu semua datang sini. Takkanlah boleh lupa?

            “Bra sayang macam cermin mata Oakley lah.” Sakat Iskandar sambil senyum nakal.

            Damia kembungkan pipi. Dia jeling Iskandar sekejap. Aish, ada aje yang dia nak komenlah. Bra aku macam Oakley pun dia kisahkan. Tak faham betul dengan perangai kuat menyakat Iskandar tu.

            Pintu yang terbuka dengan tiba-tiba dari luar tu buatkan Iskandar terus peluk Damia. Bukannya peluk sesajer tapi lebih kepada peluk untuk tutup rambut Damia yang terdedah tu.          Manalah dia orang nak tahu yang ada orang masih nak melawat Damia. Kalau tahu, mesti dah lama dia suruh Damia sarung tudung.

            Iskadar menoleh ke belakang. Ada June, Jue dengan Zulaikha. Semuanya perempuan. Mana Ikmal dengan Adam? Selalunya kalau ada tiga perempuan ni, mesti akan ada juga dua lelaki tu “Mana Adam dengan Ikmal?” Tanya Iskandar. Pelukannya masih belum dilepaskan selagi dia tak tahu di mana dua lelaki tu berada.

            Ketiga perempuan tu berpandangan. Peliklah bila Iskandar tanya mana Adam dengan Ikmal. “Tak tahu. Kita orang memang datang bertiga.” Jawab June.

            Iskandar lepas nafas lega. Baguslah. Pelukan tu dia leraikan. Dia kembali ke almari. Innerhead dan juga pashmina berwarna hijau lumut dia hulurkan pada Damia. Damia capai dan pakai pashmina tu.

            Damia pandang kawannya sambil dia belit pashmina di kepala. “Datang sini apahal?” Tanyanya macam nak cari gaduh.

            “Nak tengok engkaulah. Rindu tahu tak kau tak ada kat kelas. Bosan je hidup kita orang.”

            Damia gelak aje lepas dengar. Rindu aku? Boleh percaya ke ni? “Alah, nanti datang ajelah rumah aku. Macam tak tahu pula.”

            “Kau balik mana?”

            “Mana, mana?” Damia blur.

            “Kau balik rumah yang mana?” Damiakan ada tiga rumah. Rumah keluarga dia, rumah keluarga Iskandar dan juga rumah dia dengan Iskandar.

            “Rumah mak mertua Is. Tapi tiga hari je. Pak cik tu ha tak nak tinggalkan rumah lama-lama.” Padahal rumah ibu bapa mereka semuanya jauh dari universiti. Saje gebang sikit.

            Nampak Zulaikha jungkit kening. “Rumah mak mertua Is?” Lepastu Zulaikha gelak. “Cakap rumah ibu kau lagi jimat patah perkataan kot aku rasa.”

            “Tahu. Saje je nak cakap bebanyak. Empat hari aku diam membisu.” Sengih.

            “Dah siap dah?” Soal Iskandar. Terpaksa dia masuk campur. Kalau tak, sampai esok belum tentu mereka keluar dari hospital ni.


            “Sudah, bebeh.”


Tuesday, April 26, 2016

Suamiku Ramai Crush [Part 51]




Iskandar genggam tangan tu erat. Masih berharap yang isterinya akan cepat sedarkan diri. Dia tenung wajah polos yang terlena itu. Tiada tanda-tanda yang empunya tubuh genit itu akan tersedar secepat yang mungkin.

            Pintu terbuka dari luar. Dan masuk seorang jururawat wanita bersama sehelai baju di tangannya. Jururawat itu menghadiahkan senyuman pada dia sebelum menyuruh Iskandar keluar sementara dia mahu menukarkan pakaian Damia.

            Tapi cepat Iskandar menghalang. “Boleh tak kalau saya sendiri yang tukarkan baju dia?” Pintanya.

            Nampak wajah gusar dan risau jururawat tu. Iskandar yang faham akan pandangan itu langsung mengeluarkan dompetnya dari kocek belakang seluar. “Saya suami dia.” Kad nikah mereka dikeluarkan dan diserahkan pada jururawat itu.

            Jururawat itu melihat gambar yang tertera di kad nikah itu sebelum matanya jatuh pada wajah Damia dan Iskandar. Jururawat itu mengangguk akhirnya. Dia serahkan pakaian hospital pada Iskandar.

            Jururawat itu keluar. Iskandar pantas mengunci pintu wad sementara dia sedang menyalin baju isterinya. Dengan perlakuan yang lembut dan penuh sopan, Iskandar menyalin baju Damia. Baju kepunyaan Damia dia letak atas sofa. Nanti dia akan bawa balik baju tu untuk dibasuh.

            Tangan kanan Damia yang berbalut itu dia letak perlahan-lahan di atas perut isterinya. Dahi Damia dia kucup lama. Seolah nak beritahu yang dia tak nak kehilangan Damia lagi lepas ni. Bila nampak lori yang bergerak laju ke arah Damia tadi, sudah cukup buatkan dia kehabisan nafas.

            Iskandar betulkan duduk letak selimut Damia. Tangan kiri gadisnya dicapai. Tadi masa hubungi ibu dengan mama, masing-masing terkejut. Ibu dengan mama siap menangis. Sebab kata mereka, inilah kali pertama dalam kalangan ahli keluarga mereka ada yang kena ragut. Tapi mereka bersyukur, bila diberitahu yang Damia selamat. Insya-Allah, mereka akan melawat Damia keesokan harinya.

           Jam lima pagi, Iskandar melangkah keluar dari wad tu. Walau macam mana dia risau sekalipun pada Damia, pembelajarannya tak harus dilupakan. Dia dahlah tengah final sem ni sebelum Latihan Industri tahun hadapan. Dia tak nak kena ulang semester lagi. Itu yang dia minta.

            Iskandar hanya tidur dua jam sebelum bangkit menyiapkan diri. Dah tiada Damia di sisi ni, kenalah dia bangun tidur sendiri. Selalunya ada sahaja suara merdu Damia yang mengejutkan dia bangkit. Hmm Is, nampaknya kau kena belajar jadi bujang baliklah ni nampaknya.

            Tiba di universiti, ramai yang menyerbunya nak tahu keadaan Damia. Iskandar hanya menjawab apa yang dia tahu sahaja.

            “Aku dah buat laporan polis. Kau jangan risau, peragut tu insya-Allah akan jumpa juga nanti.” Adam datang bersama Ikmal. Mereka hadiahkan senyuman pada Iskandar. Nak beri sedikit kekuatan pada lelaki itu.

            “Thanks, bro.” Iskandar tak tahu nak ucap apa selain terima kasih. Dia sangat menghargai pengorbanan kawan-kawannya. Tolong doakan keselamatan Damia baginya sudah cukup.


ISKANDAR sembamkan wajahnya di sisi katil Damia. Hampir setiap saat dia pasti akan merenung wajah yang terbaring di hadapannya. Berharap mata yang masih terpejam itu akan kembali bernyawa. Tapi setiap saat itulah dia hampa.

            “Bila nak sedar ni, sayangg?”

            “I miss you a lot.

            “Boboy dah lama maafkan baby. Dari hari yang baby tak sengaja terjatuhkan kamera boboy lagi. Boboy tak pernah simpan apa-apa pun perasaan marah pada sayang. Bangunlah, sayangg..” Iskandar terus meluahkan rasa hatinya. Tangan itu digenggamnya lebih erat.

            “Boboy, bila kita boleh tengok wayang? Kita tak pernah lagi tengok wayang sama-sama.” Soalan yang Damia tanya padanya pagi semalam. Tapi jawapan yang dia balas, sangat menghampakan hati gadisnya.

            Dia nampak wajah isterinya disaat dia membalas soalan tu. Wajah tu.. Tergambar perasaan hampa. Kecewa.

            “Sayang.. Sayang sedar kita terus tengok wayang eh?”

            Aisy, bangunlah Damia. Aku boleh tengok kau tidur. Tapi aku tak boleh tengok kau tidur yang tak sedar-sedar macam ni. Hati aku sakit sangat. Kalaulah dia yang berada di tempat Damia.. Tapi ‘kalau’ tu takkan merubah apa-apa yang sudah berlaku. Itu hakikatnya.


PETANG esoknya, Iskandar dan Darwish berjumpa dengan doktor. Doktor yang merawat Damia selama dia dirawat disini.

            “Doktor.. Kecederaan adik saya tak serius sangat, tapi kenapa dia masih tak sedarkan diri?” Tanya Darwish bagi pihak Iskandar. Iskandar hanya mengangguk. Sepatutnya Damia dah lama dah sedar. Tapi kenapa sampai sekarang, Damia masih lagi belum sedarkan diri?

            Damia ada kecederaan dalaman ke?

            Nampak doktor tu mengeluh. “Saya pun tak pasti encik. Sepatutnya dia dah lama sedarkan diri. Tidak pun macam nilah, apa kata kalau kita tunggu aje sampai Puan Damia sedarkan diri? Lepastu baru pihak hospital boleh buat pemeriksaan dengan lebih lanjut.”

            Iskandar dan Darwish sama berpandangan. Mereka angguk sebelum keluar dari bilik doktor wanita itu.

            Darwish tepuk bahu Iskandar beberapa kali. “Harap kau bersabar.”

            “Along pun sama. Miakan adik along. Is ni suami dia je. Along yang hidup dengan dia dari kecil.” Balas Iskandar.

            “Letakkan semua pada Allah. Insya-Allah, semuanya akan berjalan lancar. Perancangan Allah itu lebih indah dari yang kita jangkakan.” Pesan Darwish bersama senyuman manis dibibir.



ZULAIKHA pandang tubuh tu lama. Dia nak pastikan sesuatu barulah dia bersuara. Bila dah hampir dua minit dia pastikan sesuatu tu, dia tersenyum akhirnya. Alhamdulillah. “Weh kau orang! Mia dah sedarlah!” Jeritnya girang. Siap tepuk tangan lagi.

            Mereka yang ada dalam wad tu semua bergerak ke katil Damia. Masing-masing menunggu tindakbalas perempuan yang terbaring lemah itu. Meskipun nampak lemah, tapi kecantikannya masih dapat dilihat.

            Perlahan-lahan mata yang sudah banyak hari tertutup itu terbuka. Mata itu pandang syiling bilik sebelum meliar pandang sekeliling. Sebelah tangannya memegang dahi lantas diurutnya perlahan. Kepalanya perlahan menggeleng lemah nak menghilangkan sakit kepala yang bertandang.

            “Kat.. Mana ni?” Damia berdehem. Perit tekaknya. Suaranya berubah serak-serak. Langsung dia minta air untuk mengisi tekaknya yang kering. Zulaikha menuang air masak dalam botol pada cawan plastik. Penyedut minuman dia ambil lalu diletakkan dalam cawan plastik itu sebelum disuakan pada Damia. Perlahan Damia menyedut air masak.

            “Kau ada kat hospital.”

            Damia kerut dahi. Hospital? Buat apa pula dia berkampung di sini? Rumah bukan main lawa, hospital ni juga ke yang aku menumpang? Tapi bila nampak tangannya yang berbalut, dia tak berani nak pertikai lagi kenapa dan sebab apa dia terbaring kat sini.

           Damia pegang lengan Zulaikha. “Aku nak duduklah. Pinggang dah sakit baring lama-lama.” Zulaikha angguk. Dia dengan June tolong dudukkan Damia sementara Jue tolong jaga kain yang menutup kepala Damia. Kang sekali terjatuh masa bersusah-payah nak dudukkan Damia, kan ke susah. Dah habis nampak dek Adam dengan Ikmal mahkota Damia yang ditutup selama ni.

            Damia pandang sekeliling. Ada June, Jue, Zulaikha, Adam dengan Ikmal kat keliling katilnya. Matanya meliar lagi. Kot ada Iskandar ke, tapi dia tak jumpa. Hmm, kecewa lagi dia hari ni. Marah sangat ke Iskandar sampai nak datang melawat dia yang sakit ni pun tak nak?

            Mata Damia jatuh pada tangan kanannya yang berbalut. Dia cuba gerakkan sedikit lengannya itu, tapi dia mengaduh sakit bila tangannya cuba digerakkan. “Auchh!”

            “Janganlah gerakkan sangat tangan kau tu. Nanti susah nak sembuhlah.” Pesan June.

            “Entah Mia ni. Nanti makin luka, susah pula kau nak sembuh balik.” Zulaikha pula menambah.

            Damia masamkan wajah. “Susahlah kalau ada dua bakal doktor kat sini. Buat itu, tak boleh. Buat ini, tak boleh. Apa yang aku boleh buat?” Yang lain gelak.

            “Jangan buat apa-apa!” Serentak June dengan Zulaikha beri arahan. Damia gelak lagi.

            Dia pandang kelima-lima kawannya, “Tangan aku kenapa?”

            June pandang Zulaikha sebelum pandang yang lainnya. Mata mereka semua lebih terarah pada Zulaikha. Zulaikha yang faham, mengangguk. “Tak serius sangat, just retak sikit je.” Perlahan suara Zulaikha.

            Damia bulat mata. “Tak serius kau cakap retak tu?” Dia lagi prefer tulang dia patah dari retak. Itu apa yang dia elakkan selama ni. Tulang retak weh. Rasa dia.. Macam nak mati. Mati pun tak rasa macam ni kot!

            Damia pegang perutnya. “Dah berapa lama aku kat sini?” Perutnya itu diusap-usap. Tetiba rasa lapar pula.

            “Nak dekat empat hari dah. Semua doktor dalam hospital ni pelik tau bila kau yang hanya retak tangan tu boleh tak sedarkan diri empat hari.” Besar betul impak kau kena ragut ni, Damia. Sampai tak sedarkan diri.

            “Aku lagilah pelik. Patutlah sengal-sengal je badan aku.” Damia tumbuk bahunya. Patutlah dia rasa lena betul dia tidur. Sampai boleh dia termimpi Prince Charming turun dari kuda!

            “Jangan ditumbuk! Nanti makin sakitlah.” Marah June. Dia tampar tangan Damia yang mengurut bahu kirinya. Lepastu June sambung urut bahu Damia yang lenguh tu. Damia senyum saja bila kena urut macam tu. Ada hikmah rupanya aku sakit teruk ni. Hmm, bolehlah bermanja-manja dengan orang kan?

            “Kau orang ke yang jaga aku kat sini?” Soalan Damia buatkan yang lain diam.

            “Walaupun aku rajin tapi tak adalah aku sanggup nak jaga kau kat sini.” Jujur Ikmal. Damia angguk. Tahu dah kalau yang cakap tu Ikmal. Ikmal memang macam ni. Tolong orang bab lain, boleh. Tapi kalau pertolongan tu yang melibatkan keselesaan hidup dia, memang dia tak jeling dah. Terus tak nak!

            “Orang yang paling kau sayang yang jaga kau saban hari.” June senyum. “Dari mula kau masuk hospital, sampai sekarang, masa dia dekat rumah tak sampai empat jam. Selebihnya dia banyak habiskan masa kat sini.” Tambah June lagi.

            “Kat sini rumah kedua dia. Segala assigment, kerja uni, dia buat kat sini.” Jue mula bersuara.

            “Dia sanggup korbankan masa tidur dia.” June angguk sebelum menambah. “Semata-mata nak tunggu kau sedar.”

            “Dengan mata kepala kita orang, kita orang nampak yang dia berdoa berharap sangat semoga kau cepat sedar.”

            Damia terdiam. Lepas seorang, seorang yang lain pula bersuara. Damia.. Rasa lain macam. Hati dia meronta-ronta nak tahu siapa. Matanya pandang senyuman yang terlukis dibibir lima sahabatnya. “Siapa?”

            Mereka berpandangan sebelum sama-sama tersenyum. “Tuu..” Adam buka ruang antara mereka. Dari tempat Damia duduk, matanya pandang tepat pada seseorang yang tengah terlena atas sofa dalam bilik ini.

            “Dia?”

            “Ha’ah. Dia baru aje lena tadi. Sementara kita orang ada kat sini, kita orang suruh dia tidur dulu. Mata dia dah merah sangat dah sebab kurang tidur. Kesian weh.”

            Damia senyum akhirnya. Kan dia dah cakap sebelum ni, Iskandar masih sayang dan prihatin pada dia. Perasaan terharu menjengah tangkai hatinya. “Ohh godness.” Damia pekup mulutnya dengan sebelah tangan. “Terharunya..” Mata dah kabur dek air mata yang menghuni kolam matanya.

            “Gediklah kau. Itu pun nak terharu bagai.” Cebir June.

            Damia gelak. “Lantak akulah. Cemburu, cakap. Aku boleh carikan suami untuk kau. Hah, Adam single lagi tu.”

            Adam dengan June sama-sama jegilkan mata. Yang lain gelak.

            “Kan aku cakap aku tunggu kau.” Selamba Said Adam ni balas. Damia pula yang buntangkan mata. Sebelah tangannya dah cekak pinggang. Tak sukalah bila Adam cakap macam tu. Seolah-olah macam Said Adam mendoakan yang hubungan dia dengan Iskandar tak lama. Macam akan terputus tengah jalan.

            “Kau cakap lagi macam tu, kita putus kawan!”

            Adam gelak. “Aku memain ajelah. Ingat aku nak ke kena sula dengan Is.” Dijelingnya Damia. Lepas kena tarbiah dengan Iskandar haritu, terus dia janji takkan cakap macam tu lagi dah.

            “Weh Mia.. Yang lain kirim salam. Semua bersyukur sebab kau dah sedar.” Beritahu Jue bersama telefon yang diangkat separa bahu. Tahulah Damia yang Jue dah beritahu kawan-kawan yang lain mengenai dia yang dah sedar ni.

            Damia pandang Ikmal. “Boleh aku pinjam telefon kau, tak?” Yelah.. Telefon dia dah kena ragut. Nak guna telefon siapa? Bukan telefon aje. Dengan kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, duit dan segala alat mekap dia dalam beg tangan tu dah kena ambil. Bukan tu aje, gelang tangan emas dia pun hilang juga. Nak meraung dia bila ingat gelang tangan emas tu. Iskandar kasi lepas akad nikah kot.

            “Apa buat?”

            “Telefon ibu aku.. Mama.. Along..” Belum sempat Damia sudahkan ayatnya, Jue dah sampuk. “Dia orang dah tahu dah. Nanti sekejap lagi dia orang sampai.” Senyum.

            “Serius ke weh?” Jue angguk. “Terima kasih.” Ucap Damia. Senang hati dia dah. Tak sanggup pula nak kejutkan Iskandar yang tengah tidur tu. Memang mengantuk betullah suami aku ni. Kita orang macam nak pecah dinding ni ketawa pun, Iskandar masih tak kuis langsung. Tidurlah sayangku.. Mimpi baby eh? Hehee

            “Bila tangan aku ni nak baik?” Tanya Damia malas.

            “Tak payah tanya kita orang pun kau dah tahu bila kan?” Gumam Zulaikha. Memang sesajer lah tu tanya orang lain sedangkan dia dah tahu.

            Damia gelak. Baru nak bermanja. Dah kena sindir-sindir macam ni. Haih. Tapi tak apalah, tak dapat bermanja dengan kawan-kawan dia yang bertuah ni, dapat bermanja dengan lelaki yang tengah lena tidur kat sofa tu pun okay juga.


            Damia gelak nakal.

Sunday, April 24, 2016

Suamiku Ramai Crush [Part 50]





Iskandar renung wajah isterinya yang tengah bersiap. Entah kenapa hatinya tak tenang bila melihat wajah tu. Macam.. Macam ada sesuatu yang nak berlaku. Cepat-cepat dia beristighfar dalam hati. Nak usir jauh perasaan tidak tenteram itu.

            “Boboy, bila kita boleh tengok wayang? Kita tak pernah lagi tengok wayang sama-sama.” Damia menghabiskan lilitan terakhir selendangnya. Hujung kain selendang itu dipinkannya.

            “Lain kalilah. Belajar tak habis lagi nak tengok wayang bagai.”

            Damia mengeluh. Dingin dan masih keras lagi nada suara lelaki kesayangannya ini. Entah bilalah hubungan mereka nak kembali mesra macam sebelum ni? Dia tak pernah berhenti berdoa semoga hubungan mereka kembali bersama. Rindu nak gelak ketawa dengan lelaki tu.

            “Okay.” Damia pasrah. Bosannya hidup dengan Iskandar yang baru ni. Tiada warna-warni. Suramnya hubungan mereka. Kalau dia buat lawak pun, dia seorang saja yang ketawa. Orang sebelah jangan harap nak ketawa sama. Asyik dengan muka bengis dia saja. Macam orang gila dah Damia rasa ketawa sensorang.

            “Boboy..” Panggil Damia bila mereka baru mulakan perjalanan.

            “Huh?” Sahut Iskandar bila Damia tak sambung ayatnya. Hatinya yang masih lagi tidak tenteram cuba diusir pergi.

            “I’m sorry..

            Iskandar diam. Ya, sayang. Boboy dah lama maafkan baby dah. Boboy tak pernah simpan pun rasa marah dengan kecewa tu dalam hati. Percayalah..

            “Bila kita nak baik macam sebelum ni?” Damia pandang Iskandar yang hemah memandu. “Baby bosanlah hidup macam ni. Tak seronok.” Damia bersandar pada kerusi. Wajah muram ditayangkan.

            Iskandar masih lagi mendiamkan diri. Hmm.. Dia pun bosan juga hidup macam ni. Hidup dia sunyi sekarang ni. Kehidupan dia dah tak ada sinar macam selalu lagi dah. Hidupnya suram. Rasa macam dia dengan Damia orang asing walaupun mereka sudah bernikah lama dah.

            “Baby tahu baby dah rosakkan kamera kesayangan boboy. Baby minta maaf. Baby tak sengaja.” Damia senyum dalam sebak. Dia tetap tersenyum walaupun merasakan air matanya sudah bertakung. Tinggal nak mengalir saja ni ha.

            Iskandar diam membisu. Air matanya turut sama nak mengalir bila dengar ayat isterinya. Ayat tu.. Nada suara tu.. Sangat tulus dipendengaran telinganya. Rasa macam nak berhentikan kereta di tepi jalan dan peluk Damia sambil beritahu yang dia dah lama maafkan isterinya.

            Damia capai sebelah tangan Iskandar yang hampir dengannya lalu dikucup tangan itu. “Baby minta maaf sangat-sangat.” Dikucupnya lagi tangan itu. Tangan tu digenggamnya erat.

            Damia senyum akhirnya. Dia lega. Sangat lega bila semua perasaan bersalahnya sudah dilepaskan. Keampunan juga sudah dipinta. Hanya menunggu samada maafnya diterima ataupun tidak.

            Damia kembali bersandar pada kerusi. Tisu dicapai bagi mengelap air matanya yang sudah mengalir di pipi. Dia pandang semula sisi wajah Iskandar. Again, I am so sorry.


PETANG tu, Damia bersama kawan-kawannya jalan kaki keluar dari universiti. Entah mengapa mereka mahu keluar, Damia ikutkan sahaja. Nasib baiklah kedai tak jauh sangat dari universiti ini. Bolehlah ulang-alik sementara tengah berehat ni.

            “Eh ramai juga eh yang keluar.” Damia baru perasan benda tu. Tengok kanan semuanya pelajar universiti. Pandang kiri, sama juga. Belakang dengan depan, tak usah ceritalah.

            “Hmm.. Senior bolehlah keluar. Junior, memang tak boleh.” Beritahu June. Yang lain mengangguk. Junior tak boleh keluar sebab ada taklimat apa entah dekat dewan besar. Tapi ada saja muka-muka junior yang ikut sama keluar. Bosan mungkin.

            “Oit Mia. Kenapa kau tak ikut aje cik abang kau keluar?” Zulaikha cuit bahu Damia yang tengah berbual dengan Jue. Damia pandang Zulaikha. “Apa dia?” Dia tak fahamlah.

            “Tu ha..” Sambil tunjuk pada sekumpulan pelajar lelaki yang berjalan bertentangan dengan mereka. Nak menghala ke arah universiti.

            Damia pandang seorang lelaki yang berada di tengah-tengah kumpulan itu. Ada Iskandar, Adam dan Ikmal saja yang dia kenal. Yang lain, langsung dia tak tahu nama. Kenal-kenal gitu sajalah. Itupun kenal sebab Iskandar. Kalau tak, dia mana naknya beramah mesra dengan pelajar universiti tu. Baik buat hal sendiri lagi bagus.

            Damia hadiahkan senyuman pada Iskandar, tapi yang balasnya orang lain. Tu ha kat sebelah Iskandar. Siapa lagi kalau bukan Adam dengan Ikmal. Yang Iskandar, maintain saja cool dia. Macam nak cepuk pun ada juga kepala mamat tu. Aku senyum kat dia, di buat double derk je? Haih.

            “Kau dengan Is masih macam tu lagi ke?” Soal June ingin tahu. Damia angguk. “Nak cakap dengan aku pun susah sekarang. Haih, entahlah. Nak tunggu aku eksiden tak sedarkan diri dulu kot baru nak cakap dengan aku.” Damia gelak dengan ayatnya sendiri. Tapi tidak yang lain.

            “Hoi! Mulut tu..” Jue tampar lengan Damia. Tak suka dengar Damia cakap macam tu. Kata-kata tu kan doa. Kang sekali makbul, macam mana?

            “Arghhhh!” Damia menjerit kuat dengan tiba-tiba.

            Semua yang ada di situ berhenti dari buat hal sendiri. Semuanya pandang Damia yang menjerit bersama.. Dua lelaki berbaju hitam bermotosikal tengah.. Ragut Damia? Ragut Damia?!

            Keadaan bertukar huru-hara. Yang mana melarikan diri. Yang mana cuba nak selamatkan Damia. Yang mana cuba sepak lelaki berbaju hitam tu.

            Damia tak nak kalah. Dia tarik balik beg tangannya bila peragut tu mahu merampas beg tangannya. Tapi apalah daya seorang perempuan bernama Damia? Beg tangan tu akhirnya jadi milik dua peragut tu. Bukan tu sahaja, gelang tangan emas yang melilit pergelangan tangan kanan Damia juga diragut. Dengan sekelip mata sahaja peragut tu cuba meloloskan diri.

            Damia tarik baju salah seorang peragut tu. Tapi dia silap percaturan bila motor yang dipandu itu bergerak laju dan Damia terpaksa melepaskan pegangan tangannya dan terjatuh di situ. Malang tak berbau, sudah jatuh ditimpa tangga, sudah diragut.. Damia yang tak perasan sebuah lori bergerak laju ke arahnya. Dia masih lagi terbaring di situ bersama tangannya yang menyeret jalan tar.

            Damia pasrah bila lori tu semakin mendekatinya. Dan..

            “Mia!”


ISKANDAR duduk. Tubuh Damia yang berada dalam pelukannya diperiksa. Ada kesan koyakkan di lengan baju kanan isterinya sampai ke bahu. Badannya yang sakit sebab terjatuh atas batu tepi jalan dia tak peduli.

            “Mia!” Panggilnya risau. Mata Damia terpejam tak buka. Dia risau. Sangat.

            “Sayangg..” Badan Damia digoncang lembut. Tangan Damia dia genggam. “Sayang.. Bangun, sayang.”

            Iskandar tepuk lembut pipi isterinya. “Sayangg..”

            Tapi Damia masih tak sedarkan diri.
           
            Diperiksa nafas Damia. Dan, dia rasa dunianya gelap. Kosong. Tiada.


ISKANDAR raup rambutnya ke belakang. Dia mundar-mandir di hadapan bilik pemeriksaan itu. Tak putus-putus hatinya berdoa semoga Damia selamat. Tak sangka, ketidaktenteraman hatinya pagi tadi merupakan satu pentunjuk. Allah nak beritahu yang Damia, kesudahan harinya macam ni?

            “Is, bawa sabar.”

            Iskandar tak peduli apa yang Ikmal cakapkan. Dari tadi suruh dia bawa bersabar. Macam mana dia nak bawa bersabar kalau yang kat dalam yang tengah dirawat tu isteri dia?

            Iskandar bersandar di dinding. Sebelum ni, Damia masuk hospital sebab pengsan, pasal dia. Damia minta maaf banyak kali, pasal dia juga. Dan sekarang..

            “Kau dah telefon ibu Mia? Keluarga kau?” Tanya Zulaikha prihatin. Kalau Iskandar masih belum hubungi, dia boleh tolong hubungi keluarga Damia. Apa guna kawan kalau tak boleh membantu apa-apa, kan?

            Iskandar menggeleng. “Aku telefon dia orang?” Cadang Zulaikha lagi sebaik melihat gelengan lelaki itu.

            “Tak payah.” Halang Iskandar. Tapi pantas dia berdehem bila nampak wajah Zulaikha yang tiba-tiba berubah. Terasa dengan nada suaranya yang tiba-tiba meninggi mungkin. “Nanti biar aku sendiri yang beritahu.” Macam mana dia nak beritahu ibu pasal Mia? Dah banyak kali Damia terluka pasal dia.

            Pintu terbuka. Keluar seorang doktor wanita bertudung biru. “Ahli keluarga, Damia?” Tanyanya.

            Yang lain tidak menjawab tidak juga mengangguk. Macam mana nak angguk kalau mereka semua kawan Damia aje? Ehh tapi..

            “Saya suami dia!” Iskandar tampil ke hadapan. Doktor tu nampak kaget tapi dia teruskan bersuara. “Puan Damia stabil. Dia hanya luka dibahagian bahu dan hentakkan yang kuat buatkan tangan dia retak. Puan Damia masih tak sedarkan diri.” Lepastu beberapa lagi ayat yang doktor beritahu.

            Iskandar mampu tarik nafas lega. Alhamdulillah. Dengar Damia stabil sudah cukup buat dia ucap lafaz syukur. Inilah kali pertama dia berhadapan dengan situasi macam ni. Perasaan takut dia tak payah cakaplah. Jantungnya macam nak pecah dah.

            “Kalau kau tak tarik Mia tadi, aku tak tahu Mia macam mana sekarang ni.” June menyuarakan kelegaan hatinya bila nampak Iskandar yang berani menarik Damia pantas ke bahu jalan. Kalau tak ada lelaki tu, peratus Damia dilenyek sangat tinggi.


            Tuhan masih mahu Damia hidup lagi untuk teruskan perjuangan hidupnya. Bukan senang nak dapat peluang kedua dalam setiap hayat seseorang. Dan Damia.. Ini satu bonus untuk Damia.