Semua yang ada
disitu terkaku. Masing-masing tak tahu nak buat apa. Hanya memandang sayu
walaupun hati meronta-ronta nak menafikan semuanya.
“Mana janji kau cakap nak lindungi
anak ibu? Ha?!”
Iskandar menunduk. Bibir bawahnya
digigit kuat. Air matanya sudah mengalir. Pipi kirinya yang kebas sebab baru
sahaja dilempang ibu, dia hiraukan. Baginya, biarlah ibu nak lempang dia ke,
nak terajang dia ke, biarlah.. Ibu berhak buat semua tu padanya. Ibu berhak.
“Kalau ibu tahulah nak jadi macam
ni, ibu takkan setuju kamu kahwin dengan anak ibu.” Suara itu melengking kuat
lagi. Mengejutkan semua yang ada di situ.
“Mia malang sebab kahwin dengan
kamu.”
“Ibu.. Dah lah, bu.” Darwish
terpanggil nak berhentikan kemarahan ibunya. Baginya, kalau dengan marah
berterusan macam ni, masalah takkan selesai punya. Tapi sebaliknya yang akan
berlaku. Benda dah jadi. Mana boleh elak dah.
“Ibu.. Dah takdirlah semua ni
berlaku.” Darwish peluk ibunya. Kasihan dia tengok adik iparnya ditampar macam
tu didepan kawan-kawannya. Mesti dia malu.
“Ibu, sabar, bu. Alang tengah
dirawat tu.” Diyana pula bersuara. Walaupun dia turut tak suka pada abang
iparnya atas apa yang berlaku sebelum ni, dia masih punya sifat perikemanusiaan
pada lelaki itu. Apa-apa pun dialah abang ipar. Salah satu abang ipar yang dia
ada.
Diyana bawa ibunya duduk di kerusi
di ruang menunggu. Di situ dia dibantu kawan-kawan Damia menenangkan ibunya.
Darwish bawa Iskandar duduk di kerusi
tidak jauh dari tempat ibunya duduk. Bahu adik iparnya ditepuk beberapa kali.
“Sabar weh.. Biasalah, hati ibu mana yang tenangkan kalau anak dia macam tu.”
Iskandar masih lagi menunduk. Dalam
hatinya dia berulang kali berdoa supaya isterinya selamat dan baik-baik sahaja.
Doa senjata orang mukmin. Allah suka hambaNya yang meminta-minta padaNya.
Iskandar mendongak. Pandang Along.
“Is minta maaf.. Sebab tak jaga Mia baik-baik. I’m so sorry.”
Darwish senyum. “Manusia mana tak
ditimpa musibah, kan? Sokaylah. Aku faham.” Mereka berpelukan untuk seketika.
Iskandar pandang pintu bilik yang
merawat Damia. Dah nak dekat satu jam, tapi doktor yang merawat masih belum
tunjukkan wajah. Hatinya galau. Fikirannya tak tenang bila ingat Damia dalam
tu. Sakit hatinya bila nampak wajah isterinya yang lemah tadi.
Banyaknya musibah yang menimpa
sayang aku tu. Kali ni, disebabkan dia menolak cinta seseorang? Ohh my godness. Dia masih tak habis
fikir lagi. Bodoh betullah perempuan tu. Aku dah bercinta dengan Mia, takkan
aku nak bercinta dengan kau pula, sengal! Hati aku ada satu ajelah. Dan hati
aku dah dimiliki Damia. Bukannya boleh aku nak bahagi-bahagikan hati aku. Ish!
Tengok sekarang, isteri aku yang
jadi mangsa. Apa kes? Nak balas balik tu, balaslah kat aku. Damia tak ada kena mengenalah
dalam hal ni. Andai masa perempuan tu minta dia terima cinta tu, dan dia masih
belum bernikah dengan Damia sekalipun, belum tentu dia akan terima perempuan
tu.
Dia percaya pada takdir. Takdir
Allah itu indah. Takdir Allah adalah yang terbaik untuk setiap hambaNya.
“Is..” Iskandar menoleh. Pandang
Arif. Senyuman langsung tiada di bibir. Selalunya, tak kisahlah dia dalam
keadaan yang macam mana sekalipun, senyuman mesti menghuni bibirnya. Tapi kali
ni.. Huh. “Apa dia?”
“Ni..” Sambil letakkan beg tangan
Damia bersama selendang Damia dikerusi sebelah. Buku-buku milik Damia juga
diletakkan sekali. “Aku letak sini eh.”
Iskandar angguk. “Thanks dah tolong aku.” Dia senyum
tawar. Pada semua kawan-kawan yang sudi membantunya mencari Damia tadi pun dia
turut ucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Susah nak jumpa orang seperti
mereka ni.
Buat baik dibalas baik.. Tapi, apa
ajelah yang dia buat baik pada mereka ni? Berbual panjang lama-lama pun
kadang-kadang aje.
“Keluarga Damia?” Masing-masing bergegas
mendekati doktor wanita itu bila pintu bilik itu terbuka dari dalam.
“Macam mana dengan anak saya,
dokor?” Suara ibu memecah kebisuan disitu.
Iskandar hanya mengeluh. Sepatutnya,
itu ayat dia. Tapi kali ni.. Dia tak berani nak bersuara bila nampak jelingan
maut ibu mertuanya. Dia hanya tayang senyum tawar bila Adam tepuk bahunya
perlahan.
“Keadaan Damia stabil. Dia dah
sedarkan diri, tapi dia masih lemah.” Doktor itu menyudahkan ayatnya.
“Boleh saya tengok dia?” Tanya ibu.
Doktor itu mengangguk. “Boleh tapi
jangan terlalu ramai. Dia perlukan banyak rehat. Adalah lebih baik kalau ahli keluarga
dia sahaja yang melawat dia dulu.” Cadang doktor muda itu.
Keluarga Damia dengan keluarga
Iskandar sudah terlebih dahulu memasuki bilik yang menempatkan Damia. Bila
Iskandar mahu melangkah masuk, langkahnya ditahan doktor muda itu. “Ehh encik
siapa? Keluarga pesakit sahaja yang dibenarkan masuk.”
Iskandar pandang doktor tu. Nampak
doktor tu tersenyum menggoda. Ini nak mengorat aku ke haper ni? Tengah buat
kerja pun sempat mengorat orang? Maaflah, aku tak layan. Doktor Damia Aleesya
aku layan. Dia berdehem sekejap sebelum bersuara, “Saya suami dia.” Tuturnya
keras dan terus melangkah masuk.
Tapi tak siapa sangka, dia baru
sahaja menapak masuk tapi langkahnya sekali lagi dihalang ibu mertuanya. Dia
disuruh keluar dari situ tanpa sempat berjumpa dengan isterinya. Hah, dugaan
apakah ini? Dugaan bercintakah?
DAMIA
pandang seorang demi seorang dalam bilik tu. Hah, jumpa lagi dia dalam bilik
yang sama ni. Hai bilik, tak sangka kita masih berjodoh ya. Tak sampai dua
bulan pun lagi, aku dah datang sini tanpa suka rela. Nasib akulah..
Damia pandang sekeliling. Ada Along,
Kak Hajar, Iqmal, Yana, Ibu, ayah, mama, Mazni dan juga ayah mertuanya. Tapi
dia tak nampak Iskandar. Mana lelaki itu? Mana suami dia? Dia pandang Along yang duduk disisinya. Besar
betul mandat dia duduk atas katil orang sakit ni. Kerusi banyaklah, Along.
“Mana Is?” Tanyanya. Mestilah orang pertama yang dia cari adalah suaminya.
Suami sepanjang hayat tu weh.
Dengar ibu mendegus kuat. Damia
pandang ibunya. Wajah tu nampak menyinga. “Buat apa kamu cari orang yang tak
bertanggungjawab macam tu, Mia?”
Damia pelik. Dia tengok mama
mertuanya. Mama hanya tersenyum tawar pandang dia. Makin pelik Damia dibuatnya.
Apa salah Iskandar sampai ibu cakap dia lelaki tak bertanggungjawab? Dia
pandang Along minta penjelasan. Along hanya menepuk bahunya lembut.
“Is ada kat luar.” Jawab lelaki itu.
“Lah.. Kenapa tak ajak dia masuk
sekali? Mia nak jumpa Is.” Damia dah berura-ura nak turun dari katil. Tapi
perbuatannya mati bila nampak tangan ibu dah naik nak cubit pinggang dia.
Pantas dia tersengih sebelum perlahan-lahan letak balik kaki dia atas katil.
“Sudahlah Mia.. Tak usah kamu jumpa
dia lagi.”
“Ibu.. Apa salah Is sampai ibu pulau
dia macam ni? Dia suami Mialah, bu.” Keras suara Damia. Tak kisahlah apa yang
berlaku, dia mahukan penjelasan. Kenapa ibu tak kasi Mia jumpa Is? Iskandar tak
buat sebarang masalah pun, kan? Mereka okay aje selama ni.
“Disebabkan dialah kamu hampir kena
rogol tau.”
Damia tayang muka toya. Pasal ni ke?
“Ibu..” Damia nak turun dari katil sekali lagi bila nampak ibu tengah leka buat
benda lain, tapi dihalang Alongnya pula. Sempat dia jeling Along. Orang nak
turun pergi dekat ibu ajelah. Nak halang tu buat apa? Sudahnya, Damia kembali
duduk di atas katilnya. “Bukan salah Is lah. Mia yang percayakan budak tu.
Kalau Mia tak percayakan budak tu, tak adanya Mia nak pergi bangunan tu.” Ya!
Betullah firasatnya saat dia pandang anak mata lelaki tu. Nampak sangat
ketakutan dan seperti menyuruhnya supaya jangan mempercayainya.
Lelaki tu dipaksa buat macam tu ke?
Kasihannya dia.. Tapi bodohlah lelaki tu. Kenapa tak buat aduan di pejabat
universiti beritahu yang dia dipaksa? Kalau tak, tak adanya dia jadi macam ni.
Sakit woo kena terajang dengan lelaki-lelaki tu. Bukan tu aje, siap kena
tendang dekat perut lagi. Senak perut dia masa tu.
Dan yang paling dia bersyukur, bila
disaatnya hampir-hampir nak kena rogol tu, dia perasankan Iskandar di tepi
bangunan tu. Sempat mata mereka bertentang sebelum dia lemah di situ. Jadi
kesimpulannya, Mikhail Iskandar langsung tidak bersalah! Malah lelaki itu yang
menyelamatkannya.
Ohh.. Aku jatuh cinta pada lelaki
itu buat kali yang ke.. Jap jap aku kira..
DAMIA
buka mata bila dengar pintu ditutup. Dia senyum jap sebelum duduk. Selimut
ditolak sehingga hujung kaki. Dia pandang ke lantai. Tapi tak jumpa apa-apa
untuk mengalas kaki. Baik kasut mahupun selipar, dua-duanya tiada. Heels aku mana?
Malas nak fikir, dia bergerak turun.
Tak pakai kasut pun tak apalah. Tapi sempat dia capai kain. Iqmal punya kot
tadi. Nasib baiklah Kak Hajar baik hati tertinggalkan kain Iqmal ni. Berhingus
pun tak apalah, asalkan boleh ditutup kepalanya.
Dia bergerak ke pintu. Dari cermin
pintu biliknya, dah boleh nampak kawan-kawannya bersama Iskandar duduk diluar.
Jadi pak jaga ke haper dia orang ni. Dari tadi dia orang di sini ke? Tiba-tiba
muncul rasa terharu sebab mereka sudi menunggunya.
Lama pula tu nak tunggu ibu bawa
rombongan dia balik. Entah apa yang dia marah pada Iskandar pun Damia tak
tahulah. Sampai dia larang Iskandar masuk bilik tu. Bukan Iskandar sahaja,
sekali dengan kawan-kawan dia dilarang sama sekali. Semuanya dituduh tak
bertanggungjawab. Apa sajelah ibu aku ni.
Tombol pintu dipulas perlahan-lahan.
Bersama satu bungkusan air yang menyalurkan entah air apa ditangannya, dia bawa
keluar sekali. Sakit tak sakit jarum yang mencucuk belakang tangannya, dia tak
peduli. Janji dapat jumpa Iskandar.
“Boboy...!” Jerit Damia girang.
Suara dia sahajalah yang kuat kat situ. Tak peduli dah pandangan orang lain,
pandangan jururawat yang lalu-lalang kat situ. Dari pandangan jururawat tu, dia
orang suruh Puan Damia diam. Sebab sini kawasan hospital. Tak elok buat bising.
Tapi Damia.. Dia siap jeling balik jururawat tu. Peduli apa!
Damia depakan kedua tangannya. Nak
peluk Iskandar. Tapi terhenti sekejap. Dia pandang Adam yang berdiri disebelah
Iskandar. Dia hulurkan bungkusan yang berisi air tu. “Tolong pegang sekejap eh.”
Pintanya.
Adam yang terpinga-pinga hanya
menurut. Dia pegang bungkusan berisi air tu. Lepastu kembali pandang Damia.
Damia senyum. Terima kasih untuk
Said Adam sebab sudi tolong dia. Lepastu Damia kembali pandang Iskandar. Dia
sengih tayang gigi. Kembali menjerit. “Boboyyyy..!!” Jeritnya girang. Terus dia
memeluk Iskandar for real. Siap
terloncat-loncat kecil lagi sebab dia tersangat gembira dapat berjumpa
suaminya.
“Ohh.. Rindunya..” Leher
Iskandar dicium. “Miss me, bebeh?” Pipi Iskandar pula dicium bertubi-tubi.
Iskandar rasa tak puas hati. Sebal
hati dia saat ni. Dia rungkaikan pelukan itu. Tatap mata isterinya. Wajahnya
diseriuskan. “Tahu tak betapa takutnya boboy tadi bila nampak baby terkulai layu tak bermaya. Sampai
nak gugur jantung ni. Tapi baby boleh
datang-datang terus menjerit macam orang gila?” What the fish? Need fresh air! Urghh..
Damia usap pipi tu. Alolo comelnya
suami dia ni. Risaukan dia ke, sayang? Tanpa rasa malu sebab beradegan
dihadapan kawan-kawan mereka, Damia mengucup pipi tu. Siulan dari lelaki
disekeliling mereka langsung dia tak ambil kisah. “I’m okaylah, dear. Don’t worry. Thanks dah selamatkan baby.” Dia hadiahkan senyuman.
Lepastu tarik tangan Iskandar masuk
bilik. Dengan sekali kawan-kawannya dia ajak masuk. Buat apa duduk kat luar?
Tak ada privacy langsunglah.
“Ni kenapa sampai bercucuk ni?” Soal
Adam lepas letakkan semula bungkusan air ditangannya pada tempatnya.
Damia jungkit bahu. “Ntahlah, doktor
cakap aku kurang air dalam badan. Dia masukkan airlah tu agaknya. Tak kisahlah,
janji aku boleh sihat.” Sengih.
“Kau okaykan, Mia?” Zulaikha datang
bersama June dan Jue. Arissa bersama kawan-kawannya pun ada sekali. Dia
hadiahkan senyuman. Tuala yang hampir-hampir nak jatuh dari kepalanya
dibetulkan. Bahagian lehernya yang terdedah pun ditutup dengan kain tuala milik
Iqmal tu.
“Aku okaylah. Aku dah besar. Jangan
risau eh.” Dia senyum. Betul, dia okay sangat sekarang ni.
“Tuala siapa tu?” Tanya Iskandar.
Tak pernah dia nampak pun tuala tu Damia pegang. Siap ada gambar Pooh lagi.
Tuala dia masa kecil-kecil dulu ke apa ni?
Damia sengih. “Tuala Iqmal. Ntah
tetiba Kak Hajar baik hati tertinggal kat sini. Dah ini aje yang ada nak tutup
kepala, guna sahajalah.” Ceritanya sambil tersengih-sengih. Iskandar menggeleng.
Macam-macamlah isteri aku ni. Comel pun ada kekadang tu.
Ohh.. Iskandar baru ingat yang Arif
ada bagi dia selendang yang Damia guna tadi. Dia pandang balik tempat di mana
dia letak selendang tadi. Selendang berwarna hitam gelap tu dia capai dan serahkan
pada isterinya. “Ni.. Guna ni lah. Tuala tu pendek sangatlah, yangg. Gerak
sikit dah boleh nampak leher.”
Yeah, walaupun tadi kawan lelakinya
ada yang dah nampak leher sekaligus rambut mengurai isterinya, tetap aurat
Damia dia jaga kali ni. Takkan nak biar dia orang tengok aurat berharga Damia
buat kali kedua, kan?
Damia capai selendang yang dihulur
suaminya. Lepastu dia pandang barisan lelaki-lelaki yang mengelilingi bilik
yang dihuninya ini. Dia cuit Iskandar kemudiannya. Iskandar yang faham pandang
kawan-kawannya. “Guys.. Sorry to say.
Boleh tak yang perempuan-perempuan ni keliling Mia sekejap? While yang jantan-jantan duduk kat sofa
sana tu?” Pintanya. Senyum pandang mereka. Kalau tak sebab Damia, dia takkan
buatlah. Bukan kalau sebab Damia aje, sebab mama dia, sebab Mazni pun dia akan
bersuara macam ni. Sebab itu merupakan sebahagian dari tanggungjawabnya.
Damia cepat-cepat cabut tuala di
kepala dan sarung selendangnya di kepala. Dalam sekelip mata aje kepalanya
sudah bertutup dengan sempurna. Nasib baiklah ada selendang ni. Kalau tak
memang dia takkan keluar bilik ni semenjak tadi. Kalau hidup menjadikan Islam
sumber utama, mesti Allah akan permudahkan segalanya.
Iskandar tilik wajah isterinya.
Lengan isterinya juga diperiksa. Hmm.. Kesan lebam tu masih ada. Kesan lebam tu
dia pegang lembut. “Sakit tak?” Soalnya.
Damia masamkan wajah. “Tadi sakit..
Sangat!” Yang lain yang turut sama dalam bilik tu dah tundukkan wajah.
Masing-masing tayang wajah sayu dan simpati. Tak sangka yang Damia diberi
dugaan seperti itu.
Damia kembali maniskan wajahnya.
Pipi Iskandar dipegang lembut. “Tapi lepas nampak wajah boboy, terus hilang
sakit ni.” Sengih sambil gelak kecil. Sementara Iskandar dah melopong. Baru nak
cium lebam tu buat penghilang sakit isterinya, tapi lepas dengar luahan
isterinya, terus rasa tak jadi. Rasa nak cubit-cubit aje Damia Aleesya ni.
Haih.
“Ada yang kena cekik ni karang. Buat
penat aje kita orang tayang wajah simpati, tapi kau balas macam ni. Bertuahlah
kau, Mia.” June dah cekak pinggang. Damia gelak.
Alah betul apa. Tadi dia rasa sakit
sangat. Sampai nak gerak ibu jari pun dah rasa sakit tu. Tapi bila semangat
punya berkobar-kobar nak jumpa Iskandar tercintanya tu, rasa sakit tu terus
hilang melayang entah ke mana. Hehee
“I’m
sorry.. Sebab boboy, baby yang
jadi mangsa.” Wajahnya bertukar sayu. Dia tengah serius ni. Jangan Damia anggap
main-main sudahlah. Memang betul-betul ada yang kena cekik ni nanti.
“Sokaylah..” Walaupun Damia tak tahu
apa puncanya dia jadi macam tu.. Kenapa dia hampir-hampir dirogol orang dan
kenapa Iskandar tiba-tiba minta maaf darinya walaupun baginya, Iskandar
langsung tidak buat kesalahan apa-apa, dia tetap memaafkan segala perbuatan dan
perlakuan suaminya.
Manusia normal mana ajelah yang tak
buat salah? Kita bukan malaikat yang tak buat kesilapan. Kita juga bukan
syaitan yang tak ada kebaikan. Kita cume manusia, ada kelebihan dan kekurangan.