Badan yang mengiring ke kiri
dipusing ke kanan. Kemudian terlentang. Kemudian ke kiri semula. Keadaan itu
berlaku untuk tempoh tiga minit. Selama itulah dia mencari kawasan yang selesa
dengan tubuh badannya yang semakin berubah dari sehari ke sehari.
Tubuh yang mahu bangkit dari
baringan terhenti bila satu tangan kekar mengusap kepalanya perlahan. Seolah
menghentikan perbuatannya yang sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi pemilik
tangan itu.
“Kenapa ni?” Suara serak itu
menyoal. “Baby ajak berbual ke?” Disoalnya lagi. Selalunya, waktu-waktu seperti
ini, bayi di dalam kandungan isterinya akan menendang menyuruh si ibu melayan.
Kecil-kecil dah attention seeker!
Perlahan dia menggeleng. Bayi
dalam kandungannya baik sangat hari ni. Mungkin sebab bapaknya ada bersama
sepanjang hari ini. Tak banyak meragam macam hari biasa.
“Then?” Tangan si isteri dicapai, dikucup seketika sebelum
diletakkan di atas pahanya. Dia kembali fokus pada laptop di hadapan.
Tangan yang masih bebas
mengusap perutnya yang semakin membesar sehingga tidak kelihatan dua kakinya
yang bebas bergerak di bawah selimut. Matanya meliar. Mencari jawapan kepada
kegundahan dan gusar di hati.
“Apa baby nak ni?” Soalnya
sendiri sambil mengusap kandungannya. Dia buntu.
“Apa dia?” Suara suami di sisi.
Si isteri terus memandang
suaminya. Lama ditatap sehingga dahinya berkerut. Tangannya yang terbiar di
atas paha suaminya terus naik merangkul erat lengan kekar itu.
“Abang buat apa tu?”
“Checking my email.” Balas suami tanpa memandang isteri.
“Sibuk tak?”
Lelaki itu menggeleng
bersahaja. “Nope. Not replying, just read it. Malaslah nak balas
satu-satu.”
Selalunya, di waktu malam dia
hanya akan membaca emel yang diterima tanpa niat untuk membalas. Pagi esoknya
baru dia membalas.
Isteri itu menggangguk. “If so, can I have your attention?” Sebelah kening ternaik. “Please?” Pintanya memujuk.
Memang sejak berbadan dua ni,
dia dahagakan perhatian dari si suami. Cepat cemburu jika suaminya memberi
lebih perhatian pada perkara selain dirinya.
Tersenyum lebar suami bila
mendengarkan itu. Lantas, MacBook di paha ditutup dan diletakkan di atas meja
sebelah katil. Langsung dia memberi sepenuh perhatian pada si isteri yang
bercahaya saja wajahnya bersama mata yang tercelik luas. Comel.
“You have my attention, sayang.” Tubuh di baringkan dan terus
menarik si isteri ke dalam pelukan. Makin melebar senyumannya bila merasakan si
isteri tersenyum di balik dadanya.
“Abang, tadikan saya buka
Twitter. Lepastu ada orang post
gambar aiskrim..”
“Cut it of.” Potong suaminya. Tak suka ayat mukadimah ni.
Si isteri tersenyum. “I want ice cream, please.”
“No! Hujan baru aje reda. Sejuklah sayang nanti.” Musim hujan
sekarang ni sangat menggusarkan hatinya. Isterinya jika musim hujan pasti akan
cepat mendapat selesema yang teruk. Ini
pun baru saja tadi dia mematikan penghawa dingin yang dibuka pada suhu yang
paling rendah oleh isterinya.
Menggeleng dia melihat perangai
isterinya bila hamil ini. Nak piat telinga, dia tak sampai hati.
“Alah, abang... tapi, baby yang
nak.”
Mengecil matanya memandang si
isteri. “Pandailah guna nama baby.”
Bibirnya memuncung panjang. “Dari
siang tadi lagi baby nak..”
“Habis tu, kenapa tak beritahu
dari siang tadi? Kenapa dah tengah malam baru nak beritahu abang?”
Matanya terus dilarikan dari
bertatapan dengan suami. “Siang tadikan abang marah saya. Saya merajuk. Mana
boleh beritahu abang saya nak aiskrim.”
Mengeluh panjang si suami
mendengar. “Banyak pulak alasan awak ni, sayang.” Mananya dia tak marah siang
tadi. Mendidih jugaklah hatinya bila dicari si isteri di segenap rumah
keluarganya, tapi tiada sesiapa pun yang nampak.
Sehinggalah, anak buahnya yang
baru berusia 7 tahun masuk ke dalam rumah bersama tubuh yang basah kuyup.
“Di dari mana ni basah kuyup?”
Soalnya pada Diana, anak Kak Long bila dia dan isteri pulang sebentar ke rumah
keluarganya siang tadi.
Diana dengan wajah bersahaja
terus menunjuk pada pintu rumah yang terbuka. “Di mandi hujan. Best, Pak Ngah.”
“Siapa bagi izin mandi hujan
ni?” Suara Kak Long dari tangga rumah.
Menunduk terus kepala Diana
mendengar suara keras ibunya. “Mak Ngah yang ajak Di.”
“Who?” Berpandangan dia dengan kakaknya bila mengetahui itu. Dipandang
Diana lagi. “Mana Mak Ngah?” Soalnya.
“Ada dekat luar. Di ajak Mak
Ngah masuk, tapi Mak Ngah tak nak. Di sejuk, jadi Di masuklah dulu.” Panjang
Diana memberitahu.
Kuat dia mengetap giginya. “Pergi
mandi.” Suruhnya pada Diana.
Dengan pantas dia melangkah ke
luar rumah. Di tahan nafasnya bila melihat si isteri yang lagi bersuka-ria
duduk di atas rumput dan menepuk kelopak air di sekelilingnya.
Allahu, isteri aku. Aku cari
macam orang gila dekat dalam. Dia dekat luar buat macam tak ada apa yang
berlaku. Aku bukan main risau cari dia. Tapi, dia... grr.
Bersama payung yang memayungi,
dia berjalan ke arah isterinya. Kakinya terhenti tepat di belakang si isteri
yang masih tidak peduli dengan hal sekeliling.
Tengok tu, tubuh dah
menggeletar pun masih lagi nak main hujan. Diana yang tahan sejuk pun dah
masuk, dia yang tak tahan sejuk ni boleh lagi berlama-lama di sini.
“Buat apa ni?” Soalnya bila si
isteri mendongak. Mata mereka bersabung buat seketika sebelum si isteri
bangkit.
Dibantu isterinya yang
bersusah-payah mahu berdiri. Tengok tu, badan berat macam tu pun ada hati nak
mandi hujan. Ehlah, isteri aku ni.
Dengan sengihan yang penuh rasa
bersalah si isteri tersenyum bersama bibir yang menggigil. “Mandi hujan?”
“Ada abang izinkan sayang mandi
hujan ke?”
Bibir bawah digigit. Sebab
suaminya tak izinkanlah dia senyap-senyap ajak Diana mandi hujan. Ingatkan
suaminya tidur sampai petang, sebab itulah dia berani keluar.
“Tapi, saya teringin nak mandi
hujan.”
Nafas ditarik bila mendengar
jawapan isterinya. Entah kenapa bila kandungan dah menginjak ke tujuh bulan
inilah baru isterinya mengidam macam-macam.
“Kenapa tak kejut abang? Kalau
jadi apa-apa tadi macam mana?” Sedikit meninggi suaranya. Risau dan takutnya
masih lagi belum hilang.
Bertukar roman wajah si isteri
mendengar. Tanpa kata, terus dia berjalan pantas masuk ke dalam rumah.
Abang marah saya. Abang dah tak
sayang saya.
“Boleh tak ni?” Suara si isteri
menyentak lamunannya siang tadi.
“Esoklah. Dah malam ni, sejuk.
Nanti sayang susah nak tidur.” Kepalanya diselesakan letaknya. Bersedia mahu
tidur.
“Tapi, saya nak sekarang.”
Mengeluh dia mendengar.
Sungguh, dia tiada mood mahu memandu di lewat malam ini seperti selalu jika
isterinya mengidam sesuatu. Tambah lagi baru lepas hujan. Sejuk.
Lantas dia mencapai telefon di
meja kecil. Di sentuh skrin buat seketika sebelum diserahkan telefonnya pada si
isteri di sebelah. “Hah, cari nak apa.” Beritahunya.
Membulat bersinar terang terus
mata isterinya mencapai huluran telefon itu.
“Berapa minimum ni?” Soal si
isteri.
“Anything you want, sayang.”
Nasib baiklah zaman teknologi ni semuanya di hujung jari. Melebar senyumannya
bila melihat si isteri yang fokus memilih menu.
“Haagen Dazs or Baskin Robbins?”
Dia sebenarnya nak aiskrim pelangi RM1 dekat 7-Eleven saja, tapi dah suaminya
nak beli online, apa salahnya.
Siapa lagi yang nak habiskan
duit suami kalau bukan isteri?
“Or both?”
“Mana yang tak pernah rasa
lagi?”
Okay, dia dah pernah rasa
Baskin Robbins. Nak cuba Haagen Dazs pulaklah.
Selesai membuat pesanan, lantas
dia bangkit. Bergerak ke arah wardrobe mencapai tudung sarung.
“Pergi mana tu?” Soal si suami
bila melihat si isteri sudah menyarung tudung sarung kesayangannya.
“Turun bawahlah.” Kerana
penthouse tempat kediaman mereka tidak membenarkan sebarang access orang luar ke rumah-rumah. Hanya memiliki access card sahaja yang dibenarkan.
“Lambat lagilah. Kan dia cakap
lagi setengah jam.” Skrin telefon ditunjuk. “Come, make love with me.”
“Ish, tak naklah.” Aku tengah
teruja nak makan aiskrim, dia ajak buat benda lain pulak. Tunggulah aku lepas
habis menikmati aiskrim nanti kot ye pun.
“Sayang.. setengah jam tu
sempat tau seround. Dari sayang
tunggu aiskrim sayang tu lama-lama, baik layan abang. Meh,” Ditepuk pahanya dua
kali. Mengarah si isteri mendekatinya.
Si isteri hanya memutarkan bola
matanya sebelum mendekati suaminya.
“PUAS DAH?”
Si isteri mengangguk. Di tepuk
perutnya perlahan. Ketiga-tiga mangkuk aiskrim yang dipesannya, selamat
menghuni perutnya dengan aman. Bahagia.
“Sedaplah. Nanti nak lagi.”
“Dah boleh tidur dah ni?” Jam
yang tergantung di dinding di pandang. 1.30 pagi. Melayankan keinginan si
isteri, boleh tak tidur dibuatnya.
Pernah mereka pulang hampir jam
3.30 pagi kerana si isteri mengidam mahu meronda-ronda sekeliling bandar
menaiki motosikalnya. Hampir tiga kali dia berpusing di bandar semata mahu
melunaskan si isteri yang mengidam tu.
Pernah juga dia hanya
membiarkan keinginan isterinya tidak terlaksana kerana kepenatan tubuh badannya
yang baru pulang dari kerja di luar negara. Hasilnya, dia sendiri yang gigit
jari kerana isterinya tidak melayannya tiga hari. Merajuk.
Ditunggu si isteri yang lagi
menyelesakan duduk baringnya itu. Sesudah itu, dipeluk tubuh yang makin
mengembang gebu itu.
“Ada nak abang urut kat
mana-mana tak? Pinggang? Kaki?” Soalnya bila teringat. Jika tidak pinggang,
pasti bengkak kaki si isteri yang menjadi kerisauannya. Tidak mahu si isteri
menangis malam-malam menahan sakit seorang diri. Cukuplah sekali itu awal dulu.
“Tak ada. Baby happy dapat makan aiskrim. Tak buat
pinggang atau kaki sakit.” Balasnya seronok.
“Betul ni?”
“Hmm hmm.” Dia mengangguk
dibalik dada suaminya. Perut kenyang, mata juga mulai tertutup.
“Okey, kalau sakit kat
mana-mana jangan simpan sorang. Beritahu abang juga. Abang tolong.” Dieratkan
pelukannya. “Dah, tidur.” Ditepuk perlahan kesayangannya itu.
Tidak sampai beberapa saat,
terasa pernafasan halus dan tenang itu. Tersenyum dia. Tidur selepas perut
kenyang ni memang suatu perasaan yang umph sangat.
“Good night, sayang. I love
you, cinta hati saya.”
No comments:
Post a Comment
Buah fikiran anda amatlah di hargai.