Pages

Search This Blog

10 Dec 2017

Mini Novel - Bayangan | Chapter 7



SELESAI membersihkan diri dan bersujud menghadap sang Pencipta, dia melabuhkan tubuh di katil. Telefon yang dilempar tadi dicapai. Skrin dislaid dan pantas senyuman terukir saat mata melihat gambar yang menjadi wallpaper telefonnya.

            Gambar bulan madu mereka di Venice. Suasana yang indah. Bersama-sama dengan wanita yang dicintai. Merantau ke negara orang. Menambahkan momen percintaan mereka tanpa langsung tidak mempedulikan manusia lain.

            Hanya aku dan dia.

            Tuhan, seandainya dia benar jodohku, pertemukanlah kami kembali. Andai sebaliknya... kuatkan hati aku untuk terus tunduk pada perancanganMu.

            Ikon WhatsApp dibuka. Nama yang ketiga dari atas disentuh. Dan terpaparlah segala perbualan kami berdua. Dibaca sekali lagi pesanan yang dihantarnya pada seseorang yang jauh meninggalkannya.

            Pesanan yang hanya diberi single grey tick dari saat dia menghantarnya sehingga ke hari ini.

1130 pm
I miss you.

0729 am
Good morning, sayang. Start your day with a beautiful smile, okay?
I miss you.

0105 pm
Sayang... hari ni abang tak sihat. Demam rindu isteri abang, mungkin. How I wish, you were here take good care of me. I love you.

0405 pm
Jammednya jalan hari ni, sayang. Kan seronok kalau balik nanti, sayang boleh urutkan bahu abang yang lenguh ni. Or maybe not..

0800 pm
Sayang.. perempuan gila tu buat hal lagi. Dia ajak abang keluar tapi, abang tak nak. Entah siapa entah nak keluar dengan dia. Ohh pleaselah.. memang dari dulu lagi abang tak pernah suka dia.
Apa yang ada pada dia pun abang tak tahulah sampai mummy pun suka dia.

1200 am
Sayang.. I miss you, badly.

0500 am
I need you, sayang.

            “Bila sayang nak bluetick WhatsApp abang ni, sayang?” Keluh Fikri perlahan. Gambar yang menjadi hias latar WhatsAppnya diusap.


            “I love you.

LAPANGAN Terbang Geneva, Switzerland dijejaki. Nafas ditarik dalam sebelum dihembus perlahan. Misinya ke mari hanya satu, mencari cinta sejati yang jauh meninggalkannya. Semoga pencariannya kali ini berjaya.

            Kaki melangkah mencari pintu keluar dari lapangan terbang ini. Penat berjam-jam dalam pernerbangan tidak dirasainya apabila semangat ingin mencari kekasih hati lebih mengatasi dari segalanya.

            “Aku akan tolong kau cari Fie tapi dengan syarat..” Suara Laila kembali bermain dalam ingatannya.

            Dua mata memandang wanita itu menunggu ayat seterusnya. Debaran kian terasa bila wanita itu seakan melengahkan masa untuk menyambung ayat seterusnya.

            “Jangan bertindak bodoh macam sebelum ni. Kalau tak, aku takkan tolong kau lagi dah.” Laila menyambung. Dipandang Fikri tajam. Kalau Fikri tidak menghargai pergorbanan yang diberinya kali ini, memang mati lelaki itu dikerjakannya.

            Fikri tersenyum. Disebabkan Laila dan Ikhwanlah dia boleh berada di sini. Mereka yang membantunya dalam pencarian Sofie meskipun hanya dari jauh.

            Kali ini dia tekad, Sofie takkan menjadi mangsa tindakan bodohnya lagi.


WAJAH diraup buat kesekian kalinya. Tangan yang sudah lenguh diletupkan. Bahu yang terasa berat diurut perlahan. Penat. Itu yang dia rasa saat ini. Sudah hampir tiga hari dia di sini. Tapi pencariannya menemui jalan buntu.

            “You di mana sayang?” Gambar si kekasih hati di tangan ditatap. Semenjak dia berada di sini lagi, dari hari pertama, dia langsung saja mencari kekasih hati namun, sehingga kini.. tiada jawapan.

            “Mana awak menyorok ni, sayang? Tak rindu abang ke?” Keluhnya lagi.

            Telefon yang berbunyi dikeluarkan dari poket seluar. Tertera nama Ikhwan di skrin menghantar pesanan ringkas padanya.

Ikhwan.
Jumpa dia?

            Pertanyaan dari Ikhwan membuatkan Fikri mengeluh. Sudah masuk hari ketiga dah ni, bayang Sofie pun dia tidak kelihatan. Sudah ditanya orang-orang sekitar tempat dia jejaki tapi, tiada satu orang pun membantu.

You.
Belum lagi.
Aku tak tahulah mana dia.

            Wajah didongakkan. Memandang cerahnya langit. Harapnya, dipenghujung harinya juga cerah seperti langit yang setia menjadi bumbung buat manusia sedunia.
Ikhwan.

Nak masuk tiga hari dah ni.
Kau balik Malaysia ajelah.
Mungkin dia tak ada kat situ.

            Mesej dari Ikhwan itu buatkan Fikri mengerut dahi. Sofie tiada di sini? Jadi dia di mana? Jadi apa gunanya dia ke mari kalau wanita yang dicarinya langsung tidak menjejakkan kakinya ke bumi Switzerland ini?

You.
Jadi dia di mana?
Kau.. tak sorokkan sesuatu dari aku kan?

            Kecurigaan mula timbul saat ini. Musykil dengan ayat yang dihantar Ikhwan padanya. Shit!

Ikhwan.
Serius, yang aku tahu, dia pergi Switzerland.
Aku dengan Lai yang hantar dia pergi airport.
Aku tak tipu.

            Mesej balas dari Ikhwan sedikit-sebanyak buatkannya lega. Dia kenal Ikhwan. Bila lelaki itu sudah mengeluarkan ayat ‘aku tak tipu’ itu tahulah dia yang lelaki itu berlaku jujur dengannya.

            Jadi, di mana Sofie saat ini?


CUKUPLAH empat hari dia di sini. Penat lelahnya mencari si pujaan hati menemui titik buntu. Jadi pilihan apa lagi yang dia punya saat ini selain; pulang ke Malaysia dan teruskan hidup di sana. Menunggu sendiri sehingga jejak Sofie ditemui.

            Lantas luggage ditarik. Menuju ke pintu pelepasan. Pas masuk penerbangan ditunjukkan saat diminta si pramugari yang menjaga pintu kapal terbang. Sempat senyuman nipis diukir membalas senyuman si pramugari itu.

            Tempat duduk dicari. Pantas dilabuhkan duduk setibanya dia ditempat duduknya. Telefon disetkan pada flight mode sebelum disimpan kemas dalam poket seluar. Tingkap ditarik tutup untuk menggelapkan persekitaran sebelum diselesakan tempat duduk. Kemudian mata dipejam sebaik saja terasa pergerakan kapal terbang yang mahu berlepas.

            Selamat tinggal, Switzerland.

15 Jun 2017

I Love You



"I love you."

"Hampir setiap hari say those word dah kenapa?" Pelik.

Memanglah dia suka bila suami sendiri bilang kata cinta pada dia. Tapi dah hampir setiap hari - pagi sebelum pergi kerja, petang waktu pulang kerja dan malam sebelum nak tidur duk ulang ulang kenapa?

Senyum. "Nak ucap setiap hari sampai malam raya. Kotlah jatuh pada malam lailatul qadr, kan abang dah ucap I Love You selama seribu bulan."

Sempat mata dikenyitkan pada isteri kesayangan.

Senyuman di bibir cuba ditahan dari terlukis. "Trying to make my heart flip, huh?" Kening dijongket sebelah.

Langsung senyuman yang lebar tadi mati. Topi di kepala dibetulkan. "Tak flip ke?"

Wajah isteri dipandang. Cuba meneka emosi melalui wajah itu. Neutral. Tidak dia tahu apa yang bermain di fikiran kesayangannya.

"Dalam proses mencair dah ni," Senyuman di bibir mula melebar.

Lelaki itu menggeleng. Tsk! "Buat abang cuak aje."


My writing skill slowly die--- 😢😢

Salam Ramadhan Al Mubarak.

8 Jan 2017

Mini Novel - Bayangan | Chapter 6

IKHWAN mencerlung memandang lelaki di hadapannya. Geram, benci, meluat, marah semua rasa itu bersatu dalam hatinya saat ini. Kalau bukan mengingatkan maruah lelaki ini, sudah lama wajah kacak itu ditumbuknya sehingga pecah.

            Tangan yang digenggam disembunyikan di bawah meja. Gigi diketap rapat. Kenapa mesti wujud lelaki seperti ini? Tidak punyakah rasa tanggungjawab dan kasihan dalam dirinya?

            “Ik..” Panggil lelaki itu lagi.

            “Jawapan aku tetap sama.” Dingin suaranya. Sedingin hatinya pada lelaki ini. Tidak guna memberi peluang kedua kalau peluang pertama sudah diranapnya teruk.

            “Ik, tolong aku.” Nada kasihan digunakan. Hanya Ikhwan sajalah yang bisa membantunya saat ini. Nak berjumpa Laila? Sumpah dia takkan lakukan itu. Mahu disula dirinya oleh Laila nanti.

            “Aku dah pernah tolong kau sebelum ni tapi, apa yang kau buat? Kau tak hargai langsung pertolongan aku.” Matanya masih statik pada lelaki itu. Menahan amarah yang mungkin akan terhambur bila-bila masa saja.

            Terlihat lelaki di hadapannya menunduk diam. Lantas sebuah senyuman sinis terukir di bibir Ikhwan. “Kenapa? Menyesal dengan apa yang pernah kau lakukan beberapa bulan lepas?” Tebaknya tepat mengena batang hidung lelaki itu.

            Biar. Biar dia rasa.

            Lelaki seperti ini sesekali harus diajar juga.

            Lelaki itu mengangkat kembali wajahnya. “Maafkan aku, Ik. Salah aku.” Jeda. “Aku ikut sangat apa yang mummy aku suruh.

            Ikhwan menghembus nafas perlahan. Mata dipejam seketika sebelum kembali dibuka. Entahlah. Dia rasa geram dan marah pada lelaki ini, dan pada masa sama dia rasa kasihan. Kasihan dengan hidup lelaki itu yang dikongkong.

            “Benda dah lepas, Fik.” Keluh Ikhwan perlahan. “Dia dah ada hidup dia sendiri.” Bibir dibasahkan. “Aku rasa, tak perlulah kau ganggu dia lagi.” Itu yang dia fikir terbaik untuk lelaki ini.

            “No, Ik. I still love her.” Tegas Fikri bersuara meyakinkan Ikhwan di hadapannya. “Aku datang berjumpa kau untuk betulkan kembali salah aku sebelum ni.” Liur ditelan. Wajah Ikhwan dipandang penuh sayu. “Tolong aku, Ik. Kau saja yang boleh tolong aku.

            Ikhwan terdiam. Lama dia berfikir baik dan buruk keputusan yang akan dilakukannya sebentar lagi. Lantas keluhan dilepaskan. “Apa jaminan yang kau takkan lukakan dia lagi kalau aku bantu kau?

            Giliran Fikri pula terdiam. Apa jaminan aku? “Aku.. aku..” Bibir digigit. Tidak berkelip matanya memandang Ikhwan. “Aku..

            Ikhwan menaikkan keningnya. Gagap? “Kau sendiri tak ada jaminan, bukan?” Senyum sinis. “Jadi macam mana aku boleh bantu kau kalau kau sendiri tak punya keyakinan tu?” Ikhwan diam sebelum menyambung, “Aku dah kenal kau lama, Fik. Aku, kau dan Fie berkawan dari sekolah. Kau ingatkan macam mana aku menentang pernikahan kau orang dulu? Ingat?

            “Inilah sebabnya kenapa aku tentang kau orang dari bernikah dulu. Sebab inilah. Sebab kau.. kau yang suka sangat ambil senang semua perkara. Tak pernah nak buat serius.

            “Sekarang kau fahamkan apa maksud aku dulu?” Panjang lebar Ikhwan mngklorok Fikri. Terdiam lelaki itu mendengar bebelan dari Ikhwan yang baginya ada kebenaran.

            Memang sewaktu dia memberitahu Ikhwan, mahu melamar Sofie menjadi isterinya, lelaki itulah yang menentang hebat rancangannya. Alasannya, mereka tidak sepadan. Tanpa dia tahu alasan yang sebenarnya.

            Kenapa baru kini Ikhwan memberitahu alasan yang sebenarnya? Kenapa baru sekarang, Ik?

            “Here you are...” Dan ayat seseorang itu termati sendiri saat mata menangkap wajah seseorang bersama suaminya. Mencerlung mata itu memandang lelaki di hadapannya yang sudah serba tidak kena. “Apa kau buat di sini?” Soal Laila geram.

            Dia kembali memandang suaminya. “Penat I tunggu you sorang-sorang dekat atas. Tak kasitahu I pun you jumpa lelaki ni.” Laila bersuara. Pelik bercampur hairan. Adakah dua lelaki ini sudah berjanji mahu berjumpa di sini? Tanpa pengetahuannya?

            “Duduk dulu, sayang.” Suruh Ikhwan sambil menarik keluar kerusi di sebelahnya.

           “Tak nak. I nak balik.” Tak mahu duduk satu meja dengan lelaki yang sudah menghancurkan hidup kawan baiknya.

            Ikhwan menghembuskan nafas beratnya. Matanya kembali memandang Fikri yang lagi memandang isterinya.

            “Duduk dulu, Lai.” Suruh Fikri pada wanita itu. Serasanya, inilah waktu yang dia punya untuk membetulkan segala kesalahannya.

            “Cakap aje.” Ucap Laila dingin tanpa memandang lelaki itu. Muak dengan lakonan yang diberi. Sudah menghancurkan hidup sahabatnya, masih boleh lagi bergembira?

            “Aku nak minta maaf.”

          “Bukan pada aku.” Balas Laila pantas. Lelaki itu tiada salah padanya. Tapi lelaki itu punya kesalahan yang besar pada Sofie. Kesalahan yang hanya dirasai kesakitannya oleh Sofie seorang.

            “Jadi boleh kau beritahu aku mana Fie supaya aku boleh minta maaf pada dia?

            Laila memandang Fikri. Dia mengeluh. Punggung pantas melabuhkan duduk di kerusi yang ditarik suaminya tadi. Orang tengah mengandungkan, fahamlah sikit. Aku bawa anak orang, bukannya anak daun.

            “Kau tahukan Fie dah tak nak tengok muka kau dah?

            Fikri mengeluh seraya mengangguk. Sofie tidak memberitahunya pun dia sudah mengetahui hakikat yang satu itu. Wanita mana yang sanggup memandang wajah lelaki yang sudah meninggalkannya?

            “Jadi buat apa kau nak jumpa dia?” Soalnya tidak berpuas hati. Apa masalah Fikri ini sebenarnya? “Aku rasa dia dah kuat tanpa kau sekarang. Dia dah boleh hidup tanpa lelaki bodoh macam kau.”

            “Lai!” Sedikit meninggi suara Fikri.

           “Apa?” Kening Laila ternaik. “Aku cakap perkara betul.” Dia meletakkan tangan di atas meja. “Mana kau saat dia jatuh dulu? Mana kau saat dia perlukan kau dulu? Mana?” Sambil mengetap gigi, Laila bersuara.

            “Kau tahu macam mana tersiksanya dia waktu kau tinggalkan dia? Kau tahu macam mana dia menangis setiap malam dan cakap pada diri sendiri yang ni semua mimpi? Kau tahu macam mana susahnya dia nak bangkit sampaikan dia terpaksa keluar dari Malaysia? Kau tahu? Tak, kan? Kau tak tahu, Fik.” Bergenang kolam mata Laila saat mengingatkan keadaan Sofie sebelum ini.

            Keadaan yang begitu menyukarkan dalam hidupnya. Keadaan yang begitu menyakitkan.

            “Aku.. aku minta maaf.” Fikri menunduk. Sedar khilafnya.

            “Kau patut minta maaf dari dulu, Fik. Dari dulu, bukan sekarang. Dah tak ada gunanya kau minta maaf sekarang. Fie dah tak ada. Dia dah tinggalkan kita. Dan itu semua, berpunca dari kau.

            “Kau yang mulakan segalanya. Kenapa kau berkahwin dengan Fie kalau tujuan kau hanya untuk ceraikan dia sebab perempuan lain? Kenapa?” Laila menghamburkan segala kemarahan di hatinya. Biar dilepaskan segala yang terpendam. Memang sudah lama rasa ini dibiar terkubur di hati.

            Dan dia tahu, inilah waktu dan ketikanya untuk dilepaskan.

            “Aku..

        “Apa? Sebab kau hormat mak kau sampaikan kau ikut segala arahan mak kau, huh? Kau sanggup tinggalkan Fie semata-mata sebab mak kau suruh kau ceraikan dia dan kahwin dengan perempuan lain?

            “Aku tak tahulah nak klasifikasikan kau sebagai apa tapi apa yang aku tahu, kau bodoh. Kau bodoh sebab sanggup ceraikan wanita yang kau cintai semata-mata untuk wanita yang kau hormati.

            “Aku tak cakap yang kau tak patut untuk ikut cakap mak kau tapi sekurangnya, kau perlu memahami hati isteri sendiri. Kau biarkan dia terluka dengan keputusan drastik kau yang tanpa berbincang dua mata tu. Kau terus buat kesimpulan dan keputusan yang aku rasa kau sangat bodoh sebagai seorang suami.

            “Sayang, dahlah tu.” Ikhwan bersuara. Kasihan melihat isterinya yang kelihatan penat. Penat shopping tadi tak hilang pun lagi sudah menghadap penat membebel pada Fikri. Tapi dia suka melihat wajah Fikri yang berubah itu.

            Biar lelaki itu punya kesedaran mengenai tanggungjawab. Lelaki itu tidak patut bermain dengan sesuatu yang bernama hati dan perasaan.

            “Kejap, I tak habis lagi dengan dia ni.” Laila membalas. Banyak hal yang perlu dia ucapkan pada Fikri.

            “Lai..” Fikri memandang Laila dan Ikhwan silih berganti. “Beritahu aku mana Fie. Aku akan betulkan semula salah aku pada dia. Aku nak rujuk dengan dia.

            Laila memandang suaminya. Masing-masing tergamam. Tidak tahu mahu berkeputusan bagaimana. Perlukah untuk mempercayai lelaki ini?

            Atau tidak?


PUNGGUNG dilabuhkan di sofa. Penat fizikal dan mental. Sesekali dia mengeluh. Keluhan yang sangat berat. Kenapa hidup aku perlu sebegini? Apa salah aku?

            Kepala didaratkan di penghadang sofa sebelum dipejam rapat. Satu demi satu memori selama hampir setahun itu seakan-akan berputar dalam fikirannya.

            Bagaimana perkenalan mereka. Bagaimana kisah percintaan mereka. Apa yang perlu mereka lalui sehingga mereka disatukan walau ramai pihak membangkang pernyatuan mereka. Kisah rumah tangga yang bahagia.

            Ya, mereka bahagia. Tanpa cela. Tapi disebabkan seseorang, segalanya musnah. Berkecai sehingga mereka terpisah. Jujur dia katakan, keputusan yang diambilnya sebelum ini, tanpa langsung ikhlas dari hatinya.

            Keputusan yang terpaksa. Kerana seorang ibu yang bergelar mummy. Ahh, mummy. Teganya kau melihat rumah tangga anakmu hancur retak sebegini? Kenapa sebegini busuk hatimu?

            “Bie..” Bahu yang disentuh bersama suara manja itu buatkan matanya terbuka. Figura wanita di sebelahnya dipandang jelik. Kerana perempuan inilah hidupnya begini. Kerana dia.

            “Apa kau nak?” Soalnya keras. Tidak selesa setiap kali mereka berduaan sebegini.

           “I nak you.” Dada lelaki itu menjadi tempat jari telunjuknya mendarat. Senyuman manis diukir sebaik mungkin.

            Jari yang mendarat di dada miliknya ditepis kasar. “Aku tak ada masa nak layan kau.” Dan dia bangkit. Kaki menghala ke anak tangga. Masuk bilik lagi bagus dari terus melihat lakonan busuk wanita itu.

            “Bie...” Suara nyaring itu langsung dihiraunya. Sabarlah Fik. Lagi lima bulan saja. Kemudian, hidup kau akan bebas tanpa wanita itu.


            Itu yang dia inginkan untuk tiga bulan ini. Bebas dari cengkaman wanita tadi dan juga.. mummynya.