Pages

Search This Blog

14 Feb 2015

Hari Kekasih

Pintu rumah terbuka. Masuk Ajla bersama plastik beg ditangan. Tersenyum dia membalas senyuman Iman dan juga Najwa.

            “Korang nak keluar ke?” Tanya Ajla pada Iman dan Najwa. Dua gadis itu sudah berpakaian lawa macam nak berjalan-jalan aje.

            “Ha’ah. Kitorang balik lambat kut. Kau okay kan duduk rumah sensorang?” Tanya Iman mewakili Najwa. Jam tangan dipakai di pergelangan tangan.

            “Sokay. Macam tak biasa pula.” Ya. Kalau setiap kali dua minah ni nak keluar, mesti dia akan duduk sendiri di rumah. Dah biasa duduk seorang diri dari kecil pun. Dia anak yatim piatu, dari kecil dia bergerak sendirian nak teruskan hidupnya. Sampailah dia berjumpa dengan sepasang suami isteri yang sudah lama menginginkan anak dalam hidup. Lantas menjadikan Ajla anak angkat mereka.

            “Korang nak pergi mana aje?” Tanya Ajla lagi. Kotlah ada apa-apa yang terjadi, dia boleh segera ke tempat kawan-kawannya.

            “Aku nak pergi tengok movie. Wawa pula, Ariff nak bawa dia date kat tasik.” Jawab Iman lagi.

            Ajla senyum sebelum angguk. Hari ni, empat belas haribulan dua, hari kekasih. Mesti setiap pasangan yang bercinta akan memanfaatkan hari ni dengan sepenuhnya. Walaupun dalam Islam melarang menyambut hari kekasih ini, tapi biasalah.. Jiwa muda. Makin dilarang, makin dibuat. Lumrah setiap manusia.

Hasil carian imej untuk hari kekasih

            “Kau tak celebrate ke hari ni?” Soal Najwa yang semenjak tadi hanya jadi pemerhati. Semenjak mereka kenal dengan Ajla, jarang dia melihat temannya ini menunjukkan kekasihnya pada mereka. Sebab Ajla memang tak punya kekasih atau ada, dia tak tahu. Ajla pun jarang nak menceritakan tentang hidupnya pada sesiapa. Gadis lebih suka memendam rasa.

            “Nak celebratelah jap lagi.” Ajla senyum.

            Najwa dan Iman berpandangan. Tak faham dengan maksud Ajla. Apakah Ajla juga menyambut hari ni bersama kekasihnya? Dalam fikiran sudah mendapat idea, mereka mahu melihat Ajla menyambut hari ini bersama siapa. Kekasihnya kah?

            Mereka tertanya-tanya sendiri.

            Lima minit kemudian, Ajla naik atas. Masuk biliknya. Tanpa dia sedari, Iman dan Najwa juga mengikutinya dengan senyap. Masing-masing mahu tahu. Pintu bilik Ajla yang tertutup, dibuka sedikit. Mahu melihat kekasih Ajla seperti yang diberitahunya tadi.

            Tapi mereka tergamam bila sudah mengetahui siapa kekasih Ajla. Masing-masing menekup mulut. Sangat tak sangka.

            Sayup-sayup telinga mereka terdengar bicara Ajla dari dalam kamar beradunya. “Tuhan.. Cukuplah Engkau sebagai kekasihku. Aku tak perlukan yang lain.”


= The End =



P/s : Happy Valentine Day! Oho,, sorry sorry.. Aku tak sambut.. Bhahaaa

5 comments:

  1. Nice story... Patut dibuat teladan.... I like it...

    ReplyDelete
  2. @Anon : hehee.. thanks sudi baca.. idea spontan ni..

    ReplyDelete
  3. Cerpen yg memberi pengajaran . Hehe (:

    ReplyDelete
  4. @Zafirah : Yeah, pengajaran untuk sume.. huhuu

    @Ashaz : thanks weh :)

    ReplyDelete

Pendapat anda sangat saya hargai