Inai di tangan masih merah. Kartika masih duduk mengelamun
di balkoni biliknya. Air mata jatuh lagi dipipi. Dia pekup wajahnya. Menangis
disitu. Rintikan hujan waktu petang langsung tidak mengganggu konstrentasinya
mahu menangis. Sungguh, hatinya sedih dan pilu saat ini.
Dia mendongak bila rasa bahunya
disentuh. Anak rambut yang menutupi sebahagian matanya disebak ke belakang.
Di sisinya kini, berdiri seorang lelaki yang kacak mengenakan baju melayu
berwarna putih susu. Wajah muram lelaki itu buatkan makin laju air mata
mengalir di pipi Kartika.
“Tika sabar ya, sayang.”
Tak tunggu lama, Kartika lantas
memeluk tubuh lelaki itu. Erat pelukannya. Dia menangis dalam pelukan lelaki
itu. Kartika rasa seperti belakang tubuhnya diusap. Makin laju air matanya menuruni
pipi. Sebak.
“Abang..” Dia tak jadi teruskan
ayatnya bila sendu lebih menguasai diri.
“Sayang.. Allah uji kita, sebab Dia
tahu kita kuat. Janji dengan abang yang sayang abang ni kuat, ya?”
Kartika menggeleng. “Tika.. Tika tak
kuat, abang.”
“No!” Lelaki itu lepaskan pelukan.
Dia pandang Kartika. Air mata yang merembes keluar disekanya lembut. “Don’t say
like that, dear. I know you strong enough. Jangan menangis macam ni. Arwah tak
tenang kalau Tika terus-terusan menangis macam ni.”
Kartika diam. Betulkah apa yang
dibilang lelaki ini? Arwah tak tenang jika dia menangis, meratap, meraung
seperti ini?
“Sudahlah. Tika berehat dulu. Nanti
malam ada tahlil.”
*****
Diary..
Aku baru sahaja mahu merasa macam mana alam perkahwinan dengan orang yang aku
cintai. Aku ingin menjadi seperti baba dengan mama yang bahagia menempuh alam
perkahwinan dengan cinta yang mekar di antara mereka. Tapi.. Aku merancang.
Allah juga merancang. Perancangan Allah merupakan sebaik-baik perancangan.
Diary..
Apa guna inai merah yang melekat dijemari aku ini andai bukan untuk aku membina
empayar bersama orang yang aku cintai? Tiada gunanya lagi inai ini sekiranya
pengakhirannya, sungguh meruntun sepenuh jiwaku. Aku tak sangka, sebegini cepat
dia pergi tinggalkan aku.
Diary..
Sekarang baru aku mengerti apa yang diucapkan lelaki itu minggu lepas. Katanya
lelaki itu, dia takkan selamanya berada disisi aku. Pesannya, dia menyuruh aku
menjaga diri baik-baik sepanjang ketiadannya nanti.
Ya
Allah.. Mengapa begitu cepat Kau mengambilnya dari aku?
Diary..
Aku sama sekali tidak menyangka, dihari yang sepatutnya aku dinikahkan
bersamanya, hari persandingan kami, hari yang menyaksikan bersatunya dua jiwa akhirnya
bertukar menjadi hari bersemadinya tubuh seorang insan ke dalam tanah tempatnya
dikembalikan.
Hari
yang sepatutnya kami menuju ke masjid mahu diijabkabulkan bertukar kepada hari,
kami ke masjid mahu menunaikan solat jenazah untuk bakal pengantin lelaki.
Duhai
hati.. Tabahkanlah dirimu. Duhai jiwa, redhalah dengan pemergian insan yang
paling kamu sayangi.
Buku berkulit hitam itu ditutupnya. Air mata yang
meleleh, dilap pakai belakang tangan. Dia bangkit membawa bersama buku itu
melangkah ke almari. Pintu almari dibuka dan lantas dia bercangkung. Disitu,
ada satu kotak besar berwarna biru dibawa keluar. Kotak itu dibuka.
Mengeluh dirinya disaat ternampak kepingan
gambar-gambarnya bersama dengan seorang lelaki. Air matanya mengalir lagi.
Melihat gambar-gambar itu, cukup membuatkan perasaannya sedih dan terluka.
“Aku rindu dia.” Bisik Kartika
perlahan sambil mengusap gambar lelaki itu.
Dia jatuh terduduk. Aku tak pernah
rasa sedih sebegini. Inilah kali pertama aku merasa perasaan sedih seperti ini.
Disaat aku mahu mengecap kebahagiaan, muncul pula sengsara yang membuat hati aku
meruntun hiba. Dan tanpa aku sedari, aku jatuh tersungkur bersama sedih itu.
Satu kertas yang berlipat berwarna
merah hati diambil dari celahan gambar-gambar itu. Gambar ditangan diletakkan kembali
dalam kotak. Kertas sederhana besar itu dibuka lembut.
Kartika membaca tulisan tangan yang
tercatit diatas muka kertas itu. Tersenyum dia bila mengingati kisah dibalik
tulisan-tulisan ini.
“Nah!” Satu suara kedengaran disisinya. Dan ada sesuatu
dihulur pada Kartika. Untuk sesaat, terasa rumput basah yang tinggal masa mahu kering
diduduki seseorang.
Kartika
senyum. “Dari mana ni? Kenapa lambat? Berjanggut dah uban atas kepala ni
tunggu.” Dia muncung. Tapi huluran lelaki itu disambut juga.
Lelaki
bernama Dhiyaulhaq ini tergelak kecil. “Dari office tadi. Tak sedar dah pukul
empat. Sorry eh?” Bersahaja dia menutur maaf. Dibibirnya tetap tayang senyum.
“Aik..
Sempat lagi beli ni?” Soal Kartika sambil tayang aiskrim ditangan. Dia dengan
aiskrim memang tak dapat dipisahkan. Sebut ajelah nama aiskrim, mesti dia tahu.
“Mestilah.
Memang dah spare awal-awal dalam kereta.” Gelak lagi. Lelaki ini memang terkenal
dengan sifat suka gelaknya.
Ternaik
sebelah kening Kartika. Memang dah spare dalam kereta? Aik, tak cair pula aiskrim
ni bertapa lama-lama dalam kereta?
“Hmm,
Tika.. Awak dah ada perancangan jangka panjang?” Soal Dhiyaulhaq.
Kartika
toleh Dhiyaulhaq. “Perancangan jangka panjang?” Soalnya kembali.
“Ha’ah.”
Lelaki itu angguk. “Contohnya macam, lepas ni awak nak buat apa. Pergi mana.
Kahwin dengan siapa..” Ayatnya sengaja dimatikan. Dia jeling kekasihnya
disebelah.
Kartika
senyum. Kahwin dengan siapa erk? “Habis buat apa awak bertunang dengan saya, kalau
akhirnya saya kena kahwin dengan orang lain?” Dah mula aura membebel macam mak
nenek Kartika datang.
Dhiyaulhaq
senyum sebelum gelak.
“Awak
ni tak penat ke gelak?” Kartika musykil. Memang masa mama dia melahirkan dia,
mama dia gelak eh? Tak rasa sakit?
“Sayang..”
“Siapa
izinkan awak panggil saya, sayang?!” Keras nada yang keluar dari bibir Kartika.
Langsung matikan ayat yang mahu diucapkan Dhiyaulhaq.
Dhiyaulhaq
gosok telinga. Adeh! “Sorry..” Dia senyum walaupun rasa bersalah. Dia dah
langgar janji pada kekasihnya. Sepatutnya panggilan sayang itu hanya akan wujud
bila mereka sudah halal nanti.
“Okay..
Lepasni, kalau awak buat lagi, saya tak nak kawan awak lagi dah.” Aiskrim
vanila dijilatnya.
Dhiyaulhaq
senyum. Kartika kembali bersuara, “Apa perancangan awak?” Soalnya.
“Huh?”
Dhiyaulhaq blur.
Kartika
senyum. Dia suka bila lelaki ini tayang wajah blurnya. Sangat comel, okeh.
“Perancangan jangka panjang awak.” Terang Kartika.
“Ohh..”
Dhiyaulhaq angguk. Dia serahkan kon aiskrimnya pada Kartika untuk sementara.
Lepastu dia seluk dalam sling bag miliknya dan keluarkan sehelai kertas
berwarna merah hati. Kertas itu dia serahkan pada Kartika. “Ini.. Saya dah listkan.”
Senyum.
Dhiyaulhaq
ambil semula dua kon aiskrim ditangan kekasihnya. Memberi ruang pada gadis itu
membaca apa yang ditulisnya. Dia sambung menikmati aiskrim ditangan yang semakin
cair.
Kartika
tekun membaca senarai yang dibuat lelaki ini.
Perancangan Jangka Panjang
Dhiyaulhaq Muhammad Harris
Dia
baca tajuk diatas kertas itu. Tersenyum dia sekejap. Lelaki ni memang berpandangan
jauh betullah. Aku sendiri pun tak pernah terfikir nak buat list macam ni.
Sebab prinsip hidup aku, just follow the flow.
Dapatkan degree bagi
undang-undang.
Dapatkan kerja.
Beli rumah.
Beli kereta.
Kumpul duit.
Bertunang.
Kumpul duit lagi.
Bernikah dengan Tika.
Honeymoon dengan Tika.
Kumpul duit lagi.
Bercuti dengan Tika.
Make a million of Dhiyaulhaq and Kartika’s junior. Hehee
Sehidup semati sebapa seibu senenek seatuk dengan Tika.
Berkongsi kubur yang sama.
Life happy hereafter.
Dapatkan kerja.
Beli rumah.
Beli kereta.
Kumpul duit.
Bertunang.
Kumpul duit lagi.
Bernikah dengan Tika.
Honeymoon dengan Tika.
Kumpul duit lagi.
Bercuti dengan Tika.
Make a million of Dhiyaulhaq and Kartika’s junior. Hehee
Sehidup semati sebapa seibu senenek seatuk dengan Tika.
Berkongsi kubur yang sama.
Life happy hereafter.
Terbatuk-batuk
Kartika bila sudah habiskan baca perancangan jangka panjang Dhiyaulhaq.
Membulat mata dia pandang lelaki ini. Hanya satu ayat yang keluar dibibirnya,
“Gila!”
“Apa
yang gilanya?” Tanya Dhiyaulhaq. Aiskrim vanila ditangan diserahkan pada
Kartika.
“Gila.
Ini macam saya pun termasuk sama aje.”
Dhiyaulhaq
gelak. “Tapi okaykan saya punya perancangan? Err, I mean perancangan kita yang
saya buat?” Dia sengih dihujung ayat.
Kartika
hembus nafas. “Okay tu okay tapi..”
“Tapi?”
Dhiyaulhaq ikut nada yang sama dengan Kartika. Penasaran mahu tahu.
“Nombor
empat dari bawah tu, saya tak setuju.”
Dhiyaulhaq
pandang balik senarai yang dia buat. Nombor empat dari bawah? “Make a million
of Dhiyaulhaq and Kartika’s junior?” Kartika angguk dua kali.
“But
why, huh?”
“Gila
apa? Million kot. Siapa ajelah yang boleh pregnant sampai bermillion macam tu?
Memang masuk book world of record kot.”
Dhiyaulhaq
gelak. “Ada aje.”
Kartika
pandang lelaki disebelahnya. “Siapa?” Dia naikkan keningnya.
“Kitalah!”
Gelak lagi sebelum dia bangkita berlari anak tinggalkan Kartika dibelakang.
“Dhiyaulhaq!”
Kat situ juga Kartika menjerit sebelum bangkit. Aiskrim ditangan dia lempar
masuk dalam tasik dihadapannya. Buka langkah nak kejar Dhiyaulhaq. Memang nak kena
julap lelaki ni aku rasa.
“Haq.. Macam mana dengan perancangan jangka panjang awak
ni? Terkubur sampai sini sahajakah?” Dia menyoal sendiri.
Kartika mengeluh. Dia lipat kembali
kertas itu lalu disimpan dalam kotak. Di bawah timbunan gambar dan kertas itu,
ada satu glob salji. Glob salji tu dia ambil lantas digoncangkannya beberapa
kali. Bibirnya koyak senyuman bila salji-salji dalam glob itu bertebaran.
Cantik. Glob ini dihadiahkan Dhiyaulhaq padanya. Dhiyaulhaq membeli glob ini
sewaktu dia bersama keluarga bercuti di Maldives. Ada juga lelaki itu
mengajaknya supaya bercuti bersama, tapi dia menolak dengan alasan dia segan
dengan ibu bapa lelaki itu. Meskipun kedua keluarga mereka sudah saling
mengenali, rasa segan masih wujud dalam hati selagi mereka belum disatukan.
Kartika tekan satu butang dibawah
glob salji itu. Dia tersenyum lagi bila sesuatu keluar dari dalam glob salji.
Gambar sewaktu mereka berdua graduate empat tahun lepas. Dalam gambar itu,
Dhiyaulhaq tengah tersenyum senang sambil menayangkan skop ijazahnya manakala
Kartika tengah tersenyum bersama jambangan bunga ditangan.
“Aku rindu dia.” Bisik Kartika lagi.
Selalunya, jika dia merindui lelaki
dalam gambar itu, saat itu juga dia menghubungi lelaki itu. Meskipun kerinduan
itu tidak dia ucapkan, tapi sebaik sahaja mendengar suara lelaki itu,
kerinduannya sedikit sebanyak terubat juga.
Tapi sekarang, bagaimana dia harus
menyatakan kerinduannya pada lelaki itu? Nak telefon? Bagaimana? Talian telefon
pun tidak dapat mengesan isyarat lelaki itu sekarang ini. Jauh benar lelaki itu
pergi tinggalkannya. Tiada apa yang bisa dia lakukan saat dan selepas ini
disaat dia merindui lelaki itu selain menyedekahkan al-Fatihah dan ayat-ayat
suci al-Quran buat Dhiyaulhaq.
Glob salji itu dia masukkan kembali
dalam kotak. Satu baldu berwarna biru dia ambil pula. Baldu biru itu dia buka.
Ingat lagi Kartika disaat lelaki ini menyerahkan baldu biru ini padanya.
“Tika.. Pergi tengok mailbox sekejap. Ibu malaslah nak keluar.”
Jerit ibu dari dapur. Kartika capai tudung segeranya dibelakang pintu. Nasib
baiklah dia memang pakai lengan panjang sekarang ni. Kalau tak, dah jadi satu kerja
nak naik atas balik sarung cardigen.
Dia
berjalan ke arah peti surat selepas sarung seliparnya. Pintu peti surat dibuka.
Ternaik keningnya bila tengok ada satu kotak sederhana besar dalam peti surat
tu.
“Dari
mana kotak ni masuk? Lubang mailbox ni kecil aje.” Dia pelik. Tapi tetap dia
ambil juga bersama sampul surat yang lain. Ada lima surat kesemuanya. Dua untuk
ayah, lagi tiga untuk abang. Dan kotak itu, untuk dia? Siapa yang kasi?
Dia
pandang keliling. Kotlah ada orang kat situ. Tapi dia tak jumpa. Bahu dijungkit.
Kelima-lima surat itu dia masukkan kembali dalam peti surat. Kotak sederhana
besar itu lebih menarik perhatiannya lantas dibuka.
Melopong
mulutnya bila buka isi baldu biru itu. Ada rantai dan juga dua bentuk cincin.
“Siapa punya ni? Takkan untuk aku kot? Salah oranglah ni. Mungkin Kartika lain
agaknya.” Gumamnya perlahan.
Telefon
dikocek seluar yang berdering dia keluarkan. Bibir automatik tersenyum bila
baca nama yang tertera diskrin. Haq!
“Hello
assalamualaikum.” Ceria sahaja suaranya.
“Waalaikumussalam.
Tengah buat apa?” Soalan tipikal Dhiyaulhaq bila menghubunginya. Tengah buat
apa? Dah makan ke belum? Dah mandi? Dah solat? Dah buang air aje yang dia tak
tanya lagi buat masa sekarang ni.. hahaa..
“Tengah
buka.. Oh ya. Awak.. Saya tak tahulah siapa yang menggedik bagi saya benda ni.”
Langsung dia cerita. Kartika dengan Dhiyaulhaq memang tak punya rahsia.
Masing-masing diceritakan. Sampaikan anak cicak jiran sebelah yang mati pun dia
ceritakan pada Dhiyaulhaq!
“Benda
apa?”
“Rantai
dengan cincin. Cincin couple lagi.”
“Ohh
ya? Awak nak tahu tak siapa yang menggedik bagi kat awak?” Soal Dhiyaulhaq.
“Awak
tahu? Siapa?”
“Cer
pusing belakang.” Suruh Dhiyaulhaq. Dan Kartika menoleh ke belakang. Berdiri
Dhiyaulhaq di laman kolam rumahnya. Siap tersengih sambil lambai tangan lagi.
Yeahh.. Sebelum dia gelak kecil. Gelak dengan lelaki itu memang dah rapat.
Sampaikan Kartika yang cuba jadi orang ketiga nak pisahkan pun tak jalan jugak.
“Hah.
Itulah orang yang menggedik bagi awak benda tu. Kenal tak?”
Kartika
gelak sebelum menggeleng. Apa kejadahlah lelaki ni buat macam ni? Dia ambil
surat yang diletakkan dalam peti surat sebelum berjalan mendekati Dhiyaulhaq.
Talian telefon sudah lelaki itu tamatkan.
“Sejak
bila ada kat sini?” Tanya Kartika.
“Setengah
jam yang lepas.” Dhiyaulhaq duduk di bangku yang disediakan.
“Macam
mana boleh masuk?” Kan pintu pagar berkunci.
“Berkat
pertolongan bakal mak mertualah. Say hye to my mom-in-law.” Sambil tunjuk pada
Puan Yasmin yang tengah memetik bunga dihalaman belakang rumah. Puan Yasmin
senyum pada anak perempuannya sebelum layang flying kiss.
Kartika
senyum. Ada-ada sahajalah. Sejak bila pula dua manusia ni berkomplot? Patutlah
tadi ibu bukan main beria-ia cakap malas. Ada taugeh disebalik mee hoon
rupanya. Kartika ikut sama duduk dikerusi itu. “So, apa motif bagi benda ni?”
Dhiyaulhaq
jungkit bahu. HTC ditangan dia pusing-pusingkan atas meja. “Hadiah.”
“Hadiah?”
“Hmm,
ya. Hadiah untuk hari pernikahan kita nanti. Minggu depan ajekan.” Dhiyaulhaq
senyum.
“I’m
still don’t get it.”
Dhiyaulhaq
senyum lagi. “Hadiah sebab sudi jadi isteri saya. Get it?”
Kartika
senyum. “Bagi lepas kahwin nanti, bolehkan?”
“Takut
tak sempat.”
Kartika
kerut dahi. What he mean by, takut tak sempat? “Tak sempat apanya pula?” Dia
senyum. “Masa kita bersama still panjang lagi tau.”
Dhiyaulhaq
angguk. “Ya, I know. Tapi just, sesaje nak kasi awal-awal. So how.. Suka tak?”
Baldu
biru yang masih terbuka Kartika pandang. Ada seutas rantai dan dua bentuk
cincin. Cantik dan simple. Dia memang faham sesangat dengan perangai Dhiyaulhaq
yang simple tu. Sampaikan pernah sekali Dhiyaulhaq cakap, nak pergi kerja pakai
t-shirt biasa dengan seluar jean. Nak bertopi lagi tu yang tak boleh tahan.
Memang simple gegilerlah lelaki ini.
“Suka.
Sangat. Tapi.. Kenapa cincin ada dua?”
“Satu
untuk awak and one for me. If you don’t mind, saya ingat yang biar kita sarung
cincin ni masa akad nikah nanti, boleh?” Teratur ayat yang meluncur keluar dari
bibir Dhiyaulhaq.
Kartika
senyum. Dia angguk tanpa fikir panjang. “Saya okay aje. Cincin ni simple. Tak
sarat sangat dengan berlian bagai. I like it. Pandai awak pilih.” Tapi
senyumannya mati kemudiannya. “Tapi kenapa awak beli cincin ni tak ajak saya?
Atleast, saya boleh pilihkan untuk awak punya.” Kartika tak puas hati.
“Sorry.”
Dhiyaulhaq garu kepala. “Lagipun saya beli cincin ni, online aje.”
“What?!”
Kartika gelak. Banyaklah dia punya beli cincin online.
Kalau bukan sebab mama dia yang beritahu, lelaki itu sanggup meredah hutan
belantara benua asia semata-mata nak beli cincin dan rantai ni, memang
sampai ke sudah dia kena tipu dengan lelaki itu. Ada sahaja perangai lelaki tu
nak usik dia.
Gelaknya bertukar jadi satu keluhan
berat. Takut tak sempat, huh? Patutlah dia cakap macam tu. Seolah-olah dia
dapat rasa ‘tak sempat’ itu. Belum sempat lagi dia menyarungkan cincin itu
dijari manis Dhiyaulhaq, lelaki itu sudah terlebih dahulu melaksanakan tak
sempatnya.
“Saya rindu awak..” Diulang lagi
bisikan yang sama.
***
Kuntuman bunga ditangan dia letakkan
diatas tanah yang berbukit itu. Batu nisan diusapnya lembut. Nama Dhiyaulhaq
yang tertulis di batu nisan itu direnung. Orang cakap, jangan baca nama-nama di
kubur, nanti jadi pelupa. Ahh! Biarlah dia jadi pelupa kalau sebab pelupanya
berpunca dari Dhiyaulhaq.
Petang yang redup lagi nyaman itu,
dia datang ke sini mahu menziarahi makam lelaki yang sudah mendapat tempat
dalam hatinya. Mereka tidak kenal lama sebelum ditunangkan dahulu. Dan hanya
ambil masa enam bulan ke setahun untuk disatukan. Tapi siapa sangka, belum pun
sempat disatukan, tubuh lelaki itu sudah bersatu dengan tanah terlebih dahulu.
“Awak.. Saya tak perlukan masa yang
lama untuk mencintai awak. Hanya sekejap sahaja masa yang saya peruntukkan untuk
mencintai dan menyayangi awak. Tahu tak macam mana berkecainya hati saya bila
dengar abang saya cakap, kereta yang awak pandu kemalangan dirempuh lori? Tahu
tak betapa siksanya buat kali pertama air mata saya mengalir kerana awak? Tahu
tak betapa hancurnya jiwa saya bila nampak baju nikah yang awak pakai dah cemar
dengan darah merah awak? Tahu tak betapa luluhnya saya bila nampak awak
disemadikan tanpa sempat awak ucap selamat tinggal?” Air mata yang mengalir
dipipi Kartika hiraukan. Sungguh dia tiada daya mahu menyeka air mata itu.
“Saya rindu awak.. Rindu
sangat-sangat.” Seakan berbisik, Kartika bersuara.
Teringat waktu dahulu. Disaat nenek
yang paling Kartika sayangi pergi menghadap Illahi buat selama-lamanya. Waktu
itu, Dhiyaulhaq ada bersamanya. Lelaki itu bersama abang Kartika turun ke liang
lahad mahu menurunkan jenazah neneknya. Dan disaat itulah Kartika menangis
tanpa henti.
Tapi dengan hanya satu ayat yang
terluah dari bibir Dhiyaulhaq buatkan air mata Kartika berhenti mengalir. Hanya
satu ayat, “Kalau sayang nenek, tak nak buat nenek sengsara di Sana, jangan
menangis. Redhakan hati, sedekah al-Fatihah buat nenek. Insya-Allah, nenek akan
tersenyum.”
Pantas air matanya diseka. Betul
tu.. Dan itu juga sama dengan keadaannya sekarang ini. Kalau sayangkan Haq, tak
nak buat Haq sengsara di Sana, jangan menangis. Redhakan hati, sedekahkan
al-Fatihah buat Haq. Insya-Allah, Haq akan tersenyum melihat dirinya disini.
Hati.. Redhalah kau dengan pemergian
Haq.
Haq.. Kalau ada jodoh, kita berjumpa
di Sana. Tika rindu Haq sangat-sangat.
Jari yang berinai merah, ditadahkan.
Menyedekahkah sekalung al-Fatihah buat lelaki yang dicintainya juga buat nenek
yang sudah kembali kerahmatullah. Semoga kalian tenang di sana. Jangan lupakan
Tika disini ya..
P/s : Bila ulang baca balik, baru
ingat yang jalan cerita cerpen ni nak dekat sama dengan lagu Saat Terakhir –
ST12.. Huhuu.. Tapi serius, memang tak tahu langsung yang cerpen ni nak dekat
sama dengan lagu tu, masa tengah create cerpen ni..
Cerpen ini hanya ambil masa satu
malam dan selama tiga jam sahaja untuk disiapkan.. Okeh, sesaje nak beritahu
benda ni.. Hahahaa
Best...
ReplyDeleteTahniah..
bila baca Rasa nak menangis pulak...
terima kasih.. hehee (:
Delete