"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Saturday, February 28, 2015

Cerpen : Bahagialah Kamu

            Dahulu kau mencintaiku
            Dahulu kau menginginkanku
            Meskipun tak pernah ada jawabku
            Tak berniat kau tinggalkan aku.

Dhiya letakkan handbagnya di atas meja kerja. Lepastu dia bercekak pinggang. Baju kurung yang disarungkan ke tubuh lagi merimaskan dirinya saat ini. Matanya hanya pandang jambangan bunga mawar di atas meja. Siap ada nota kecil dicelah-celah jambangan bunga tu. Tak payah baca nota tu pun dia tahu siapa pengirimnya. Perlahan dia menggeleng. Tak larat nak marah dah dia.

            “Apsal weh?” Qamar di partition sebelah bertanya. Bila nampak jambangan bunga mawar tu, dia gelak. Tahu kenapa kawan sebelahnya ni duk tayang muka cemberut macam tu. “Dia bagi lagi?” Soalnya lagi.

            “Dah tu? Kau tak nampak bunga ni?” Nada suara tak puas hati dia lontarkan pada Qamar. Aku tengah sakit hati, yang Qamar ni boleh gelakkan aku? Makin sakit hati aku.

            Qamar keluar dari partitionnya dan masuk ke partition Dhiya. Kerusi Dhiya dia duduk. Nota berwarna merah jambu tu dia ambil dan baca. Dalam masa satu saat aje, dah boleh dengar Qamar gelak.

            “Kau dengar ni eh..” Qamar berdehem sekejap sebelum menyambung. “Dhiya.. Kaulah sinar hidupku. Yang memberi cahaya disetiap gelapnya hidupku..” Tak jadi nak teruskan ayatnya bila jenaka lebih menguasai diri.

            Dhiya yang geram pantas merampas nota kecil ditangan Qamar. Dia juga capai jambangan bunga tu dan bersedia buka langkah menuju ke lif menuruni aras sembilan. Qamar masih setia dibelakangnya.

            “Mana Radzi?” Lantang soalan Dhiya. Wajahnya sehabis daya diseriuskan. Dia tak punya masa dah nak buat jenaka saat ini.

            Pandangan Dhiya dan Qamar serentak pegun pada seseorang yang berdiri tidak jauh dari mereka. Pandangan pekerja yang lain langsung dia tak hiraukan. “Aku nak jumpa kau kat luar.” Beritahunya perlahan.

            Walaupun dia mahu memarahi Radzi saat itu, tapi air muka lelaki itu masih perlu dia jaga. Meskipun dia memang tak berminat dengan lelaki itu, dia masih punya perasaan perikemanusiaan dan masih tidak mahu lelaki itu mendapat malu jika dia terus menyerbu lelaki itu dihadapan ramai mata-mata orang.

            Tiba diluar, dia pandang wajah Radzi. Mengeluh dia sekejap. “Ni..” Sambil hulur jambangan bunga dan nota ditangan pada Radzi. “Sorrylah. Aku tak boleh nak terima.” Ayat yang sama semenjak dua bulan yang lepas, dia ulang balik.

            Dhiya pantas angkat tangan bila nampak bibir Radzi bergerak-gerak mahu mengeluarkan suara. “Rad.. Sungguh, aku hargai sangat-sangat perasaan kau kat aku. Tapi maaf, aku memang tak boleh nak terima kau.”

            “Kenapa?”

            “Sebab..” Dhiya menggeleng. Dia angkat kedua bahunya. “Entahlah. Tapi hati aku memang tak pernah terbuka untuk mana-mana lelaki buat masa ni. Hati aku dah tertutup.” Dhiya.. Dia memang tak pernah bercinta. Jadi bagaimana rasanya dicintai dan mencintai sangat dia tak tahu. Entahlah, dia sendiri pun tak tahu kenapa dia seolah-olah malas nak bercinta.

            “Harap kau faham aku.”

            Radzi menunduk. Nampak wajah kecewanya. “It’s okay. Tak pe. Aku faham.”

            “Sorry eh.. Mungkin bukan aku jodoh kau. Mungkin perempuan lain. Bunga bukan sekuntum.”

            “Tapi bunga yang sekuntum tu takkan sama dengan seribu bunga yang datang.” Pantas Radzi membalas.

            Rasa macam leher Dhiya tercekik lepas dengar ayat Radzi tu. Terdiam Dhiya disitu.

*****


DHIYA mengeluh. Qamar kat sebelah menoleh. Ternaik dua-dua keningnya. Garfu yang baru diangkat nak suap maggie dalam mulut terhenti. Dia letak mangkuk ditangan atas meja. Pandang Dhiya kat sebelah. “Kau kenapa?”

            Dhiya pandang Qamar. Tapi tak lama lepastu dia pandang televisyen. Drama Filipina yang menjadi kegemarannya langsung tak masuk dalam jiwanya. Entahlah kenapa. “Aku penat sikitlah.” Diberi itu sebagai jawapan.

            “Dah tu, pergilah berehat. Kenapa? Nak aku dodoikan kau ke?”

            Dhiya mengeluh lagi. Malas nak bertekak dengan si Qamar ni. “Aku jumpa Radzi tadi.” Intro Dhiya itu buatkan Qamar toleh sembilan puluh darjah padanya. Terus kakinya diangkat bersila atas sofa.

            “Serius weh? Bila? Kat mana?” Tiga soalan Qamar bagi.

            “Masa aku teman bos meeting dengan GM Lola Holdings tadi.”

            Berkerut dahi Qamar. “Cerita habislah.”

            “Dia dengan perempuan.” Cerita Dhiya lagi.

            “Perempuan? Adik dia kot.” Qamar capai telefon yang menyala. Ada pesanan dari ibunya di kampung.

            “Perempuan tu cantik. Radzikan anak tunggal. Mana ada adik.”

            “Ye tak ye.” Qamar pandang Dhiya. Dia pelik sebenarnya dengan Dhiya ni. Dah setahun lepas Dhiya tolak lamaran Radzi kat pejabat. Bukan main beria dia tolak. Tapi kenapa sekarang jadi macam ni? Dhiya suka Radzi ke? “Tapi bukan kau memang tak suka Rad ke?” Soal Qamar.

            Dhiya angkat bahu. “Ntah.”

            “Kau jangan cakap yang kau..”

            “Aku tak tahulah, Mar.” Potong Dhiya. “Aku tak tahu kenapa dengan perasaan aku. Hati aku rasa, sakit sangat tadi bila nampak dia dengan perempuan tu.” Cerita Dhiya. Dia malas nak sembunyi apa-apa pada Qamar. Dia pun tak nak menipu hatinya. Perasaannya.

            Qamar garu pipinya. Susah macam ni. Betullah, hati manusia ni berbolak-balik sifatnya. Bila kita cakap tak suka, sebenarnya itulah benda yang kita suka walaupun hakikatnya, benda yang kita suka tu nampak buruk di mata. “Kau ada simpan nombor dia lagi kan?” Soal Qamar.

            Dhiya angguk. “Apsal?”

            “Luahkan apa yang kau rasa pada dia.”

            Terteleng kepala Dhiya pandang Qamar kat sebelah. Lepastu matanya dibulatkan sebelum pipi dikembungkan. Masih lagi terkejut dengan apa yang diberitahu Qamar ni. “Gila! Tak nak aku.” Bantal kecil ditangan digenggam. Meremang terus bulu roma dia.

            Dengar Qamar mengeluh. “Cubalah sekali kau buang ego kau tu.”

            Dhiya menyandar di sofa. Matanya pandang TV tapi fikirannya masih berada pada Qamar. Ego? “Buat malu ajelah macam tu. Tahun lepas bukan main aku tolak dia. Sekarang?” Dhiya geleng. Tak nak dia buat benda macam tu.

            “Kau pernah dengar satu ayat tak?” Tanya Qamar. Berdepan dan berbincang soal hati dan persaan dengan Dhiya ni memang kena bawa banyak bersabar. Sebab otak dingin dan keras kepala macam Dhiya ni kena dilenturkan dulu barulah dia nak dengar apa orang nak cakap.

            “Banyak ayat yang pernah aku dengar. Mana satu?” Dia capai pula mug berisi air milo suam. Lantas dihirupnya. Milo kegemarannya.

            “Lebih baik malu untuk sementara dari kau menyesal untuk seumur hidup.”

            Dhiya pandang Qamar. Perlahan dia menggeleng. Tak pernah lagi dia dengar ayat tu. Inilah kali pertama. Tapi sumpah, ayat tu buatkan hati dia rasa sesuatu. Strange feeling. Lantas air liur ditelan.

            “Kau faham, kan?”

            Dhiya tak angguk. Tak juga geleng.


DHIYA kaku. Matanya dipejam celikkan. Betulkah apa yang dia nampak sekarang ni? Matanya tak rabun lagi kan? Kenapa.. Macam mana dia boleh ada kat sini? Dia buat apa kat sini? Dhiya pandang pula Puan Sofi kat sebelahnya. Tengah berjabat tangan dengan lelaki tu. Kenapa dia?

            Itu cerita lima belas minit yang lepas. Sekarang ni.. Dhiya tengah duduk kat ruang lobi syarikat tu. Tengah tunggu Qamar datang menjemputnya. Haih, lambat pulalah minah ni sampai nak ambil aku. Kata nak pergi bank. Dah jam empat petang macam ni, nanti bank tutup pula.

            Masa-masa macam nilah dia dengar orang menyapanya. Lantas dia menoleh perlahan-lahan. Kaget dia bila nampak lelaki tu tengah berdiri disebelahnya. Jantungnya mengepam darah normal tadi, dah bertukar rentak.

            “Long time no see. How are you?” Lelaki itu menyoal.

            Dhiya pantas berdiri. Tetiba pula kaku depan lelaki ni. Bibir digigit sebelum dia ukir senyuman pendek. “Saya sihat, alhamdulillah.” Matanya meliar di segenap ruang. Malu mula menjengah saat ni.

            “Tak sangka pula yang awak sekarang ni jadi pembantu Puan Sofi.”

            Dhiya telan liurnya. “Memang dah lama Puan Sofi suruh jadi. Cuma baru sekarang saya teringin nak tunaikan permintaan dia yang ni. Lagipun.. Puan Sofi dengan mak saya kawan baik.” Dhiya cuba tenangkan hatinya yang bergelora. Terlalu nervous sangat dengan lelaki ni pun tak elok.

            Tengah elok berbual, tiba-tiba datang seorang perempuan. Manis bertudung hijau tua. Tersenyum pada lelaki disebelahnya. Dhiya tersentap. Perempuan ni.. Perempuan nilah yang dia nampak dengan Radzi haritu. Perempuan tu berjalan menghampiri mereka berdua.

            “Assalamualaikum.” Sapa perempuan tu bersama senyuman.

            “Waalaikumussalam.” Radzi menyambut sementara Dhiya hanya mampu menjawabnya perlahan.

            “Ohh kenalkan. Dhiya, ni Ainoor, tunang saya. Ai, ni Dhiya, kawan kerja saya sebelum ni.”

            Dhiya sentap. Tunang? Berkecai hatinya. Berubah wajahnya tapi sempat dikawal. Lambat-lambat Dhiya angguk. Dia sambut huluran tangan Ainoor. “Nice to meet you.

            “Hmm..” Radzi bersuara. “We got to go. Dah lambat sangat sebenarnya ni nak ambil baju pengantin. Dan, oh ya. Jemput datang majlis kami hujung bulan ni.”

            Makin berkecai hati Dhiya. Nak berdiri pun rasa macam lutut ni dah longgar. Matanya hanya pandang kepergian dua manusia tu.

            Sekarang kau pergi menjauh.
            Sekarang kau tinggalkan aku.
            Disaat ku mulai mengharapkanmu.
            Dan ku mohon maafkan aku.


DHIYA capai telefon atas meja lepas dengar bunyi Whatsapp masuk. Siapa ajelah yang rajin hantar Whatsapp masa-masa macam ni? Dia slide lockscreen ke tepi. Ada Whatsapp dari nombor yang dia tak kenal. Dia baca pesanan tu.

Rad Here. Hmm, Ai nak jumpa awak. Bebila awakk free. Can you?

            Dhiya kerut dahi. Rad? Radzi ke? Bila dia tukar nombor telefon? Kenapa aku tak tahu? Ahh! Siapa aku pada dia yang nak tahu segalanya pasal dia?

            Ai? Ainoor? Nak jumpa dia? Untuk apa? Macam pelik pula bila tiba-tiba Ainoor yang dia langsung tak kenal nak jumpa dia. Bersua muka pun baru sekali.

+ Ada apa dia nak jumpa saya? Urgent case?

-I don’t know. Tapi dia nak sangat jumpa awak. Pleaseee..
            Dhiya pelik lagi. Apa yang nak sangat si Ainoor tu jumpa dia? Sampai Radzi sanggup merayu pada dia. Hmm, tapi jumpa ajekan?

+ Okay. Esok, 4 petang. Dekat tasik.

-Thanks.

            Aku menyesal t’lah membuatmu menangis
            Dan biarkan memilih yang lain
            Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
            Pasti itu terbaik untukmu


TEPAT jam empat petang esoknya, Dhiya sampai kat tasik. Sampai aje kat sana, dia dah nampak Ainoor dah tunggunya. Awal betul dia sampai. Lantas diberi salam pada perempuan tu. Tersenyum perempuan tu menyambut salamnya. Dhiya ambil tempat disebelah Ainoor.

      “So, ada apa awak nak jumpa saya?” Tanya Dhiya tak nak buang masa. Masa itu emas tahu? Jangan jadi manusia yang muflis masa.

      “Hmm.. Dah berapa lama awak kenal Rad?” Lembut suara Ainoor menyapa telinga.

      Dhiya jungkit sebelah kening. Perempuan ni datang jumpa aku semata-mata nak tanya pasal benda ni aje ke? “Tak sampai pun setahun.” Yelah, tak sampai setahun Radzi kerja kat tempat dia, lelaki tu dah pindah. Hari dimana Dhiya menolak cinta lelaki itu juga merupakan hari terakhir Radzi bekerja di sana.

      Ainoor angguk. “Sepanjang saya kenal dengan Rad, awaklah perempuan pertama yang terluah dibibir dia. And I thought, you must be his special person, kan?

      Dhiya pandang Ainoor. “Maksud?”

      Ainoor angkat bahu. “Awak tahu maksudnya.”

      Dhiya terdiam. Betulkah apa yang dibilang perempuan ni? Radzi masih simpan perasaan pada dia lagikah?

      “Kalau awak pun sukakan dia, kenapa awak lepaskan dia?”

      Dhiya mengeluh lemah. Ke sini rupanya perbualan bagi perjumpaan mereka petang ni. “I don’t know.

      “Awak pengecut, Dhiya.”

      “Yes, I am!” Dhiya mendengus. “Memang. Memang saya pengecut. Terima kasih sebab sedarkan saya.”

      “Dhiya..”

      “It’s hard.

      “Dhiya..”

      “Saya tak tahu kenapa.. Kenapa hati saya, perasaan saya macam ni. Bila seseorang tu suka saya, saya langsung tak minat dia. Pandang dia apatah lagi. Tapi bila dia dah menjauh. Perasaan suka dan sayang dia pada saya dah menghilang, masatu barulah saya terhegeh-hegeh nak dapatkan cinta dia.. Hati dia. I don’t know what is wrong with me.” Dhiya tunduk. Bergenang kolam mata dia.

      Ainoor gosok lembut bahu Dhiya sebelum perlahan-lahan tarik perempuan tu dalam pelukan. Rasa bersalah dirinya sebab dia yang bangkitkan isu ini pada awalnya. “I’m sorry.

      Dhiya menggeleng. “You not. Saya yang bersalah. Saya yang tak faham dengan hati saya.”

      “Kalau awak nak, saya boleh pulangkan Radzi pada awak.”

      Dhiya pantas mendongak. Dia pandang Ainoor dengan sisa air mata. “Awak ingat Rad tu apa? Barang yang boleh dipulang balik?”

      “Yeah, as along as, awak tak macam ni. Menyiksa perasaan sendiri.”

      Dhiya menggeleng. “He’s your. Not mine. I’ll find my mine one day. Insya-Allah.

      “Sure?

      Dhiya angguk.



DHIYA mengeluh. Kenapalah Qamar outstation kat Penang sekarang ni? Kalau tak, mesti dia dah seret minah tu ikut dia sama.

      “Is it true?

      “Apa dia?”

      “Ai say that, you love me.

      Dhiya angkat bahu. “Ntah.” Perlahan dia bersuara.

      “Kenapa awak still tak nak mengaku?”

      “Awak dah bahagia sekarang. Buat apa saya nak mengaku? Nanti makin sulit keadaan.”

      “Dhiya.. Cinta dan sayang saya pada awak tak pernah berubah sejak dulu. Kalau awak nak, saya boleh buang Ai dan ambil awak jadi suri hidup saya.”

      Dhiya pandang Radzi pantas. Cukup tak suka dengan ayat Radzi tadi. “Awak ingat Ai tak ada perasaan ke sampai awak nak buang dia sebab saya?”

      “Kalau tu boleh bahagiakan awak. Malah saya bahagia sebab awak yang jadi pengantin saya nanti.”

      “Dah lah, Rad. Awak anggap ajelah yang kita tak ada jodoh. Jodoh saya dengan orang lain, maybe. Jodoh awak dengan Ai.”

      “Dhiya..”

      “Kalau awak betul cintakan saya, jangan pernah terfikir nak tinggalkan Ai. Dia perempuan baik, insya-Allah. Dia boleh bahagiakan awak daripada saya. Dia takkan sekali-kali khianati awak. Believe me.

            Janganlah lagi kau mengingatku kembali
            Aku bukanlah untukmu
            Meski ku memohon dan meminta hatimu
            Jangan pernah tinggalkan dirinya..
            Untuk diriku...


QAMAR pandang Dhiya kat sebelah. Masih tak faham dengan kawannya yang seorang ni. Orang dah pilih dia, tapi dia sanggup tak nak terima. Sebab tak nak kecewakan Ainoor. Katanyalah.. Tapi deep down, dia tahu yang Dhiya sangat berat nak terima keadaan macam ni.

      “Kau sure dengan apa yang kau buat ni?”

      Dhiya angguk. Senyum. “Sangat.”

      “Kau takkan menyesal, kan?” Disoalnya lagi.

      Dhiya geleng. “Takkan.” Sebab dia dah lali dengan perasaan dan suasana macam ni. Entah kenapa Allah mentakdirkan dia jadi macam ni. Mencintai seseorang yang dah tak lagi punya perasaan kasih dan sayang pada dirinya. Tapi dia tahu, setiap yang Allah takdirkan itu pasti punya hikmah disebaliknya.

      “Selamat pengantin baru.” Ucap Dhiya pada Radzi dan Ainoor. Tersenyum dua mempelai itu menerima ucapan selamat darinya. Semoga berbahagia hingga jannah hendak-Nya.


= The End =

No comments:

Post a Comment

Buah fikiran anda amatlah di hargai.