Pages

Search This Blog

22 Feb 2015

Kisah Pendek : Ulat Bulu

"Arghhhh!!!"

Semua yang ada disitu terkejut. Masing-masing dah berdiri. Berlari mendekati Najiha yang sudah berlari mendekati mereka. Wajah pucat tak berdarah Najiha buatkan yang lain tertanya-tanya.

"Kenapa ni?" Masing masing nak tahu cerita.

Safwa dah balas pelukan Najiha yang jelas ketakutan. Menggigil dah badan Najiha. Tapi mereka masih tak tahu apa yang dah berlaku.

"Jiha, kau kenapa?" Tetiba aje berlari marathon dari dapur ke ruang tamu. Terkejut tahu.

"Aku nampak.. Nampak.." Tersekat sekat Najiha nak kasitahu apa yang dah berlaku. Berombak dadanya sebab penat berlari.

"Relaks, Jiha. Tenangkan diri." Kamal cuba nak tenangkan kawannya tu. Terkejut juga dia bila tiba-tiba dengar Najiha menjerit.

Najiha pejam mata. Genggaman tangan Safwa dia balas. Dia takut, sangat. Dahi yang berpeluh diseka.

"Eh, siapa yang menjerit?" Adam masuk bersama dua lagi kawannya. Dorang yang tengah elok-elok bakar ayam kat luar, langsung berlari masuk bila dengar orang menjerit. Kena rasuk ke haper? Bolehlah panggil ustaz kat masjid berdekatan.

"Jiha.." Balas semua yang ada dalam rumah tu.

Adam pandang Najiha. Nampak sangat wajah ketakutan pada perempuan itu. "Jiha dear.. You okay, kan? Kenapa menjerit?" Dia mendekati Najiha. Lantas tubuh menggigil itu dipeluk.

"I saw.. I saw.." Tergagap-gagap Najiha nak bersuara. Lengan lelaki dihadapannya ini dipegang kemas. Tak nak lepaskan.

"You saw, what?"

"Ulat bulu.. eeuukkk!" Bersama itu, tubuh yang menggeliat geli ditunjukkan. Sangat geli.

Adam menggeleng. Dengar yang lain gelak. "Apalah kau ni, Jiha. Bila nak hilangnya geli kau kat ulat bulu tu?" Soal Safwa masih dengan gelaknya.

Adam usap tubuh dalam pelukannya. Memang dia tahu kelemahan isterinya yang satu ni. Dengan ulat bulu pun takut plus geli.

"Adam.. Tolong buang ulat bulu tu, please.. I gelilah." Rengeknya pada si suami.

Teringat Najiha tadi masa tengah capai plastik gula yang dah jatuh di belakang kabinet. Masa nak capai plastik tu lah dia macam rasa terpegang sesuatu yang berbulu. Tak fikir banyak, dia terus menjerit sebab ingat tu ulat bulu.

"Yelah.." Adam berjalan ke dapur. Diikuti yang lain. Macam pelik pula bila ulat bulu boleh tetiba muncul kat rumah taman macam ni.

"Kat mana, dear?" Soal Adam.

"Situ. Belakang kabinet." Beritahunya. Tangan Safwa digenggam.

Adam tarik kabinet tu dibantu Kamal dan Naim. Lepastu dia cari di mana ulat bulu tu. Plastik gula yang dah jatuh pun dia ambil dan diletakkan di atas meja. Dia kembali pandang belakang kabinet tu. Bila dah jumpa, dia mengeluh.

Lantas wajah toya ditayangkan. Ulat bulu, huh? Dia capai ulat bulu tu guna tangan.

"Adam.. Guna somethinglah. Nanti tangan you gatal-gatal." Beritahu Najiha dibelakang. Risau dan.. Takut.

"Sokay, dear. Tak gatal punya kalau inilah ulat bulunya." Sambil tayang sesuatu ditangan.

Bergema gelak tawa yang lain menggamat suasana di dapur. Ada yang siap tekan-tekan perut lagi sebab tak tahan gelak.

"Dear.." Najiha pandang Adam. "You sure, ni ulat bulu?" Sambil tayang kulit rambutan yang sudah mengering ditangan.

Najiha mendongak pandang syiling. Ah! Malunya aku. Terus dia buka langkah masuk bilik. Nak sorokkan muka bawah katil kalau dengan cara tu boleh hilangkan rasa malunya.

Dia, tersangat malu sekarang ni.. Teramat dan tersangat malu okeh.

P/s : Kisah pendek ni aku buat khas untuk my aunty yang takutkan ulat bulu.. dan ini cerita betul brdasarkan cerita yg aku dengar dari laki dia.. hehee

: mane ade yg tertinggal or typo tu, sorry eh. Buat pon dalam phone jek.. kukukuu

posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. Jauhnya kulit rambutan dgn ulat bulu xD
    saya ulat bulu ok la. yg tak suka cicak, katak, lipas :P

    ReplyDelete
  2. @Amelia : bhahaa.. itulah pasal. Tapi kalau org dah takut tu, kulit rambutan pun dia panggil ulat bulu.. hehee

    ReplyDelete

Pendapat anda sangat saya hargai