Damia lambai tangannya. Menghantar kepergian suaminya. Iskandar akan ke Singapura
untuk tempoh enam bulan. Kata lelaki tu, dia ada urusan kecemasan disana. Jadi
nak tak nak, mereka terpaksa berpisah.
Bukan Iskandar tak nak bawa Damia
bersamanya, dia nak sangat, tapi Damia masih dalam tempoh pembelajarannya. Dia
belum cuti sem lagi. Kalau dia cuti, memang Iskandar dah angkut dia dah pergi
sana sekali.
Hmm.. terpaksalah Damia duduk
seorang diri kat rumah. Nak stay
rumah ibu dengan mama, jauh pulak dari universiti dia. Enam bulan kot terpaksa
berpisah dengan Iskandar. Memang menanggung rindulah alamatnya memasing.
Damia pusingkan badannya nak masuk
dalam rumah. Baru tangannya diangkat nak buka pintu rumah, telinga menangkap
bunyi sesuatu seperti sedang berlanggaran. Kuat. Sampaikan boleh dengar mak cik
jiran sebelah melatah!
Dia pusing balik. Berjalan laju ke
pagar rumah. Bila pandang luar, nampak ada orang ramai dah berkumpul di satu
tempat tidak jauh dari rumahnya. Sebabkan perasaan nak tahu dia, Damia buka
pintu pagar dan melangkah.
“Kak Mia! Cepat sini kak!” Aliya..
Anak jiran sebelah rumah panggilnya kuat. Berkerut dahi Damia bila nampak wajah
keruh Aliya tu. Aliya hanya akan panggil dia kalau ada apa-apa berlaku pada
orang yang Damia kenal.
Tapi.. Siapa aje yang Damia kenal
sangat kat sini? Dia hanya kenal diri dia dan jugak...
Mata Damia membulat. Pandang terus
ke bahagian orang ramai yang berkumpul. Dari celahan orang ramai tu, dia ada
nampak sesuatu. Macam kereta. Tapi dia tak dapat nak simpulkan apa yang berlaku
sebenarnya.
Sampailah Aliya tarik dia bawa masuk
dalam celah-celah orang ramai tu. Kakinya berhenti bila nampak Ayub yang
berdarah. Ayub jirannya dihujung sana. Makin pelik Damia nampak wajah Ayub yang
sudah tercalar sana sini. Dia tunduk. Duduk di sebelah lelaki itu.
“Yub! Kau kenapa?”
“Mia, Is..” Ayub tak dapat teruskan
ayatnya bila dia mengaduh. Tangan kanannya memegang tangan kirinya.
“Is.. Kenapa dengan Is?”
“Kak Mia, Abang Is..” Suara Aliya
pula kedengaran. Makin pelik Damia buatnya. Kenapa Ayub dengan Aliya sebut
pasal Is? Kenapa dengan Is?
Bila nampak Aliya menunjuk ke satu
arah, Damia toleh. Kaku terus tangannya yang mengelap peluh. Saraf lututnya
longgar. Tak mampu nak tampung berat badannya.
Bila nampak dari jauh Iskandar
pandangnya. Bersama wajahnya yang penuh luka dan darah. Pantas Damia berlari ke
arah suami dia. Berhati-hati Damia letakkan kepala Iskandar pada pehanya. Nak
menangis dia rasa sekarang ni.
“Kenapa boleh jadi macam ni, boboy? Are you okay, dear?” Risau suara Damia.
Dia mendongak. Pandang Aliya. “Call
ambulance, Liya.”
“Ambulan dalam perjalanan.” Beritahu
seorang lelaki yang baru sahaja selamatkan dan sekaligus bawa keluar Iskandar
yang tersepit dari dalam kereta. Damia angguk. Dia kembali pandang Iskandar.
“Boboy.. buka mata, boboy.” Damia
bersuara bila nampak Iskandar tak celikkan matanya. Dia risau. Takut apa yang
berlegar dalam fikirannya sekarang ni berlaku. Dia sayang suami dia.
“Boboy,
please..” Damia merayu. Ni kalau Iskandar tak buka mata dia jugak, memang dia
akan meraung jugak kat sini.
“Sayangg..” Suara Iskandar yang
kedengaran cukup buatkan Damia lega-selega-leganya. Dahi Iskandar dia cium
lembut. Alhamdulillah, Allah masih nak Damia dan Iskandar teruskan hidup
sebagai pasangan suami isteri. Syukran..
“I’m
sorry..” Perlahan suara Iskandar. Damia geleng. Dia bukannya nak dengar
Iskandar say sorry pada dia. Tapi dia
nak Iskandar sihat. Dia tak nak Iskandar yang terlantar macam sekarang ni.
“No!
Tak ada apa yang perlu dimaafkan. Boboy tak pernah buat salah apa-apa pun. Please.. Jangan buat macam ni lagi.”
Iskandar sentuh pipi Damia. Nak cium
tak sampai, sentuh ajelah. Damia pegang sekali tangan Iskandar. “Sayang.. Jaga
diri elok-elok. Tak selamanya boboy akan ada disisi sayang.”
Air mata Damia jangan cakaplah. Dah
macam air terjun meluncur laju membelah pipinya bila dengar yang Iskandar suruh
jaga diri. Dah serupa macam Iskandar dah tak nak jaga diri dia dah. Sedih..
“Boboy.. Don’t say like that. Boboy mesti ada kat sisi baby.. apapun yang berlaku. Boboy dah janji dulukan.”
“Semua manusia akan mati, sayang..”
“Shhtt! Diam.. Jangan cakap apa-apa
lagi.” Damia pandang keliling. Mana ambulans ni? Apsal lambat betul sampai? Nak
tunggu orang mati dulu ke baru terhegeh-hegeh nak sampai?
“Sayang.. Maafkan boboy.. Boboy tak
sempurna dalam mendidik sayang. Boboy..” Ayat Iskandar mati bila dia tiba-tiba
rasa sakit dibahagian dada. Iskandar sentuh dadanya. Berkerut dahi dia tahan
sakit.
Damia yang perasan dah panik.
Bermacam-macam benda dah terbayang dalam fikiran. Yang positif dengan negatif
dan bercampur-aduk. Dia tatap anak mata yang sekejap terbuka tu. Pandangan
lelaki tu redup. Seolah-olah nak beritahu yang mereka takkan bersama lagi
selepas ni.
Damia goncang badan Iskandar bila
perasan denyut nadinya semakin perlahan. Tak cukup dengan tu, pipi Iskandar
juga dia tampar lembut. “Is.. Boboy.. Bangun, sayangg..” Jangan tinggalkan saya
sendiri. Saya tak boleh bayangkan macam mana kalau awak tak ada disamping saya
lepas ni lagi dah. Tolonglah bangun.. Buka mata tu. Dan cakap yang awak tak
apa-apa. Tolonglah..
“Dik.. Ajar dia mengucap.” Suara
seorang wanita yang tidak dikenalinya bergema dipendengarannya. Memang semenjak
tadi dah wanita tu bersamanya. Cuma Damia aje yang tak perasankan kehadirannya
disisi.
“Hah?!” Ajar Is mengucap? Maksudnya
apa? Is.. Damia pandang Iskandar. Ajar Is mengucap? Mengucap?! Damia pandang
wanita tu balik. Melihatkan anggukan wanita tu, Damia kembali pandang Iskandar.
Perlahan-lahan, Damia tundukkan
wajahnya tepat ke telinga kiri Iskandar. Matanya dipejam sekejap bersama liur
yang ditelan.
Sayangg.. Andai ini jalan terbaik
untuk perhubungan kita, saya redha. Saya terima walaupun hati saya berkata yang
sebaliknya. Selamat pulang wahai sayang yang baby cintai.. Even you're not
stay beside me, your heart and soul will always be in my heart.. For the rest
of my life.
Dengan nama Allah, aku lepaskan dia
pergi.
Damia hanya mampu memeluk tubuh kaku
Iskandar bersama wajahnya yang sudah banjir dengan air mata.
Ku
ingin kau tahu
diriku
di sini menanti dirimu
meski
ku tunggu hingga hujung waktuku
dan
berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan
izinkan aku
memeluk
dirimu kali ini saja
tuk
ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan
biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja..
Sedih lah pulak :'(
ReplyDeleteAnon : Sedih tak pe.. Jangan nangis.. hahaa
ReplyDeletedah habis ker ?
ReplyDelete@Zafirah Nazri : E'eh.. Belum habis lagilah. Ada sambungan jap lagi.. hehee Tunggu autopublish kol 12 nanti yerp.
ReplyDeleteBtw, thanks sudi baca..