Pages

Search This Blog

9 Feb 2015

Suamiku Ramai Crush [Part 17]



Damia buka mata. Wajahnya berpeluh. Dadanya berombak. Nafasnya tak dapat dia kawal. Mengucap panjang dia bila ingat balik apa yang berlaku. Langsung dia meraup wajahnya. Bila pandang depan, dahinya berkerut. Tindakan reflek, matanya melilau pandang sekeliling bila dia perasan yang dia bukan berada di tempat yang dia biasa pergi. Dan tindakan reflek juga dia akan bertanya dia ada di mana?

            “Baby.. Sedar dah?”

            Suara tu.. Damia pandang kiri. Berdiri seorang lelaki. Ya, lelaki. Bersama t-shirt jenama Adidas berwarna hitam. Dan ditangannya pegang Iphone miliknya. Bibirnya terlakar senyuman manis. Wajah tu dia pandang. Wajah yang bebas dari cela. Bersih. Tak ada langsung jerawat. Dan yang pasti, tak ada kumis mahupun janggut yang disimpan. Sebab Damia memang tak suka lelaki yang ada janggut ataupun misai.

            “Boboy..” Terluah sebaris nama tu dari bibir Damia. Bertakung kelopak matanya bila nampak Iskandar berdiri macho dihadapannya.

            Is.. Bukan ke Is dah.. Tubuh Iskandar dia peluk. Erat. Macam tak nak lepas dah.

            Iskandar yang terkejut dengan tindakan tiba-tiba isterinya hanya mampu membalas pelukan tu. Bibirnya tersenyum. Tak sangka yang Damia masih nak peluk dia. Walaupun dirinya hampir nak duakan Damia. Belakang badan Damia dia gosok.

            “Boboy.. Jangan tinggalkan baby lagi.” Bersama sedu Damia bersuara.

            “Shutt.. Boboy janji takkan tinggalkan baby. Promise.” Dahi Damia dia kucup.

            Damia pandang anak mata suami dia. Dia bersyukur sebab masih diberi kesempatan untuk tatap mata suami dia. “Baby ingat, boboy dah tinggalkan baby lepas boboy kemalangan.”

            Iskandar mula kerut dahi. Aku kemalangan? Bila masanya pula yang aku kemalangan ni? Dia tatap mata Damia. Nampak riak sedih di mata tu. “Bila boboy kemalangan ni, sayangg?”

          Damia kelu. “Err, hari tu. Masa boboy on the way nak pi Singapura. Kan ke boboy kemalangan depan rumah?” Air mata Damia, Iskandar kesat lembut.

            Tersenyum Iskandar lepas dengar. Aku pergi Singapura? Buat apa? Dan kenapa aku tak bawa Damia sekali? Alang-alang bolehlah honeymoon lagi, kan?

            “Baby mimpi aje tu kot.” Mungkinlah.. Sebab tadi dia ada jugak dengar Damia meracau-racau dalam tidur dia. Cakap jangan tinggalkan dialah bagai. Siap sebut nama orang yang dia tak kenal pula tu. Ayub! Siapa Ayub tu? Nama klasik betul. Lagi seorang, Aliya. Siapa pula Ayub dengan Aliya tu? Adik-beradik ke caner?

            Damia diam. Aku mimpi? Takkanlah. Sebab aku yakin yang situasi tu bebetul berlaku dalam hidup aku. Realiti, bukan fantasi. Ahh! Tak kisahlah realiti ke fantasi, asalkan dia masih boleh tenung wajah Iskandar lagi lepas ni. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Syukran ya Allah.. Syukran Ya Rahman..

            Tubuh tu Damia peluk lagi. Kalau cakap dekat Iskandar yang dia tak nak lepaskan pelukan ni boleh tak? Iskandar marah tak?

            “Boboy.. I’m sorry.

            Iskandar geleng kepala. Tak bersetuju dengan ayat yang Damia ucapkan. Buat apa Damia perlu minta maaf? Damia tak buat salah apa-apa pun. Tapi dia sendiri yang bersalah dengan Damia.

            “Sayang tak buat salah apa-apa punlah, boboy yang banyak buat salah. Forgive me, my dear. Boboy janji, boboy takkan buat macam tu lagi.” Sungguh, dia tak reti nak beromantik. Nak tunjukkan kasih sayang dia pada orang yang dia sayang tu pun kekadang. Dia ikut ayahlah kot, tak reti nak beromantik.

            Damia angguk. Tangan Iskandar dia capai dan kucup. “Baby akan sentiasa bersama boboy. Selamanya. Walau seribu Arissa yang datang, baby akan percayakan boboy. Baby takkan mudah percayakan orang lain. Baby takkan mudah cemburu, takkan iri hati. Tapi dah kalau boboy yang buat hal, memang sedialah kalau nak tengok pinggan kat dapur tu bertukar jadi UFO.” Janji seorang isteri pada suaminya sekaligus janji Damia pada Iskandar.

            Damia sengih. Iskandar ketawa kecil. Hmm macam seronok aje dengar pinggan tukar jadi UFO. Agak-agak UFO tu boleh bawa datang alien sekali tak?

            “Janji suami pada isteri dia.. Boboy akan ganti yang hilang tu balik.” Iskandar kenyit mata. Damia balas dengan jelingat maut dia.

P/s : Sorrylah kalau pendek.. Ini aje yang mampu. hehee

Perempuan aje boleh klik sini!



* Ini Autopublish

2 comments:

  1. Mimpi rupanya, hehehe... Nak jer tumbuk muka iskandar tu sebab hampir menduakan damia... Sambung2... teremosi pulak ...

    ReplyDelete
  2. @Anon : oit oit.. jangan tumbuk Iskandar, watak utama tu.. Kang dah lebam muka macam mana nak berlakon lagi dah.. hahaa
    hahaa.. tak pe, emosi tu penting.. Thanks sudi baca :)

    ReplyDelete

Pendapat anda sangat saya hargai