Damia
kerut dahi bila pandang Iskandar. Ini yang tak boleh ni. Asal tengok orang
kerut dahi, dan-dan tu jugaklah dahi ni nak ikut berkerut sama. Aishh..
Damia habiskan kerja yang
dilakukannya. Tangannya cekap mengacau air milo dalam cawan besar tu. Lepastu
dia capai roti kat atas kabinet dapur. Kaki memainkan peranan.. melangkah ke
ruang tamu. Cawan dan roti di tangan, dia letak atas meja di ruang tamu.
Lepastu pandang Iskandar yang khusyuk menatap komputer ribanya.
“Aik! Serius aje muka. Surf apa tu?” Tanya Damia. Dari masa dia
turun bawah lagi tadi, sampailah sekarang suaminya masih lagi menghadap
komputer ribanya.
“Cari cerita..”
Damia pandang ke skrin laptop tu. Banyak gila dia buka tab
Opera. Bukan di Opera aje dia buka. Mozilla, internet dan juga Google Chrome
dia buka sama. Apa ajelah yang dia ni cari di internet ni? “Cari apa ni,
boboy?” Peliklah.
“Frozen.”
Damia ternganga. Tapi tak lama sebab
lepastu dia gelak. Cerita kartun macam tu pun Iskandar layan? Okay, yang ni
lawak. Tak pernah-pernah pulak Iskandar layan cerita kartun. Sejak bila pula
dia suka layan kartun ni?
Iskandar jeling Damia bila dengar
isterinya gelak. “Apsal gelak?” Salah ke aku nak tengok cerita Frozen? Bukannya
aku tengok benda lain pun.
“Dah lawak, gelaklah.” Damia cover senyum. Tak nak Iskandar jelingnya
lagi. Jelingan lelaki tu, buat dia tergoda weh. Tak tahan. “Cerita Frozen
erk..” Damia fikir sekejap.
Macam dia ada download cerita tu dulu. Tapi tak ingatlah pulak samada dia dah
padam atau belum. Lantas kaki dia bawa panjat anak tangga. Masuk bilik dan
capai laptop atas katil. Laptop dia buka dan terus cari folder
Video. Matanya mencari.. mana tahu cerita Frozen masih ada lagi dalam simpanan
dia ke.
Terlompat Damia bila dia dapati
cerita Frozen tu masih dalam simpanannya. Laptop
dia angkat dan bawa turun ke bawah.
Bila sampai kat bawah, Damia gelak
lagi. Tapi gelaknya tak bunyi, takut.. yeah, takut Iskandar jeling dia lagi
sekali. Damia hanya pandang Iskandar yang sudah terbaring di sofa. Amboi.. tadi
bukan main mencari-cari, sampai aku yang baru turun dari bilik pun dia tak perasan.
Kenapa sekarang tak mencari-cari lagi?
“Tak continue surf ke?” Soal Damia. Tersenyum bibirnya.
“Fed
up!” Bantal kecil kat tangan dia bawa tutup muka. Stresnya tak dapat tengok
cerita Frozen tu. Ishh.. kenapa susah sangat nak keluar ni? Kalau ada pun,
mesti yang berpart. Dia tak nak! Dia
nak yang penuh. Baru seronok tengok.
Damia letak laptop atas meja. Lepastu dia sleep
kan laptop Iskandar yang terpasang.
Membazir bateri laptop ajelah pak cik
ni. Lepastu dia ke televisyen. Cari sesuatu kat situ. Dari depan televisyen,
sampailah ke bahagian belakang televisyen tu. Dia masih tak jumpa apa yang dia
cari.
Kepala digaru. Mana pulak benda tu
pergi? Bukan aku baru aje say hye kat
dia ke semalam? Dah hari ni dia menghilang pulak. Peliklah.. bila nak benda tu,
dan-dan tulah dia tak ada. Bila kita tak nak guna benda tu, bersepah aje kat
mana-mana.
“Boboy.. mana wayar HDMI?” Ni kalau
Iskandar cakap tak tahu, memang dia lari naik atas terus ambil VGA cable. Nasib
baiklah ada dua-dua wayar tu. Senang nak guna.
“Kat bawah meja ni.” Sambil menekup
muka dengan bantal, Iskandar menjawab. Dalam hati dah berura-ura nak lenyapkan
cerita Frozen tu. Tak nak ingat dah. Itulah.. dulu masa Damia ajak tengok
wayang layan cerita Frozen, dia jugak yang tak nak. Sekarang, bila orang cakap
yang Frozen tu seronok, terkapai-kapai kau cari sendiri.
Damia berjalan pergi bawah meja.
Wayar HDMI dia capai dan terus cucuk di laptop
dan ke televisyen. Cerita Frozen dia klik.
Bersedia tengok wayang!
Segala langsir di ruang tamu, dia
bebaskan dari ikatan. Ha.. baru gelap sikit. Senang, tak payah masuk bilik
gelap dah. Dia pergi dapur, capai jajan dalam kabinet. Lepastu dia ambil air
epal dari dalam peti sejuk dan dua gelas. Berlari pantas ke ruang tamu semula.
“Boboy.. boboy.. bangun cepat!”
Suara Damia yang agak kuat tu
menyentakkan Iskandar yang tengah melayan perasaan. Segera dia duduk sembilan
puluh darjah. Pandang sekeliling.
“Apsal bergelap ni? Baru jam dua
belas tengah hari.” Bingung Iskandar jadinya. Takkanlah Damia nak goda dia kot
sampai bergelap macam ni. Ishh.. takkan kot.
“Frozen!” Sampai tunjuk ke skrin
televisyen.
Iskandar pandang depan. Terlayar
perkataan Frozen memenuhi skrin televisyen. Dia pandang Damia kembali.
Damia yang perasan dirinya
diperhatikan, segera membuang pandang kearah Iskandar. Keningnya
dimain-mainkan. Kemudian, tersenyum. Seronok sebab dapat tunaikan impian dan
hajat suami tercintanya.
Alah, Frozen aje kot!
TENGAH
malam tu Iskandar terjaga dari lenanya. Bila pandang jam, baru pukul tiga lima
minit pagi. Bila pandang luar terdengar bunyi rintikan hujan membasahi bumi.
Alhamdulillah.. hujan turun mahu memberi kesegaran pada tumbuh-tumbuhan.
Iskandar kembali pejam matanya.
Tidurlah.. esok ada kelas pagi. Dia memang tak suka jika dia ada kelas pagi,
tapi malam tu dia tak boleh nak tidur. Dia tak nak kelas esok akan terganggu
kerana matanya tak berapa segar sebab tak cukup tidur.
Dia mengeluh bila matanya masih tak
mahu lelap. Jemarinya diletup-letupkan. Kemudian dia pandang sisinya. Damia
tengah lena dibuai mimpi indah, mungkin. Tenang aje wajahnya. Betullah,
perempuan akan nampak cantik bila dalam keadaan menutup aurat, waktu malam dan
ketika tidur.
Ada juga kawan-kawannya beritahu,
cantiknya seorang perempuan, apabila dia tersenyum disaat tertekan, tabah
disaat dirinya dihina, tetap tertawa disaat hatinya sedang merana.
Pernah dia terbaca di satu artikel
ni mengenai, mengapa wanita sering menangis?
Jawabnya; kerana wanita itu untuk
Aku (Allah) ciptakan ia sebagai makhluk istimewa. Ku kuatkan bahunya untuk
anak-anaknya. Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman. Ku kuatkan rahimnya
untuk menyimpan benih manusia. Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang
saat yang lain menyerah. Ku beri dia naluri untuk mencintai anak-anak dalam
keadaan apa pun. Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi. Walau dikhianati
oleh teman. Walau disakiti oleh orang yang ia sayangi. Wanita makhluk kuat,
tapi jika satu saat dia menangis tu kerana Ku beri dia air mata untuk membasuh
luka batin dan memberi kekuatan baru. Wanita, kamu istimewa!
Subhanallah.. wanita, perempuan,
gadis, dan seangkatan dengannya sangat istimewa.
Matanya terpandangkan telefon yang
bernyala di atas meja. Bila dia capai, hanya sebuah mesej dari Diyana yang
muncul. Budak ni tak tidur ke? Dah jam tiga pagi ni.
Kenapa
balik cepat sangat? Baru nak bermanja dengan alang..
Iskandar senyum. Siang tadi sesudah
tengok cerita Frozen, mereka ke rumah ibu bapa Damia. Itu pun sekejap aje sebab
Damia nak ambil buku-buku dia yang tertinggal masa mereka bermalam di rumah ibu
bapanya. Bila sampai sana, Diyana tak ada. Macam selalu, mesti minah tu keluar
punya.
Tanpa sempat tunggu Diyana balik,
Damia dah ajak balik rumah. Katanya, dia penat nak tunggu minah tu aje dari
dulu. Katanya Damia lagi, kalau Diyana yang nak jumpa dia, mesti adiknya
sendiri yang akan berjumpa dengannya, bukan dia.
Iskandar ikut ajelah. Nak kata apa
lagi. Bukannya adik kandung dia pun!
Mesej yang diterima dia biarkan. Dia
tak ada hak nak balas mesej yang bukan untuknya. Lantas telefon itu dia tekan
dekstop. Tersentap hatinya bila nampak wallpaper
yang digunakan Damia untuk telefonnya.
Gambar baby!
Damia.. Mia nak baby ke? Jelas sangat yang Damia teringinkan baby. Kalau pergi mana-mana, jumpa aje baby, mesti Damia akan tersenyum dan sesekali akan cuba
berinteraksi dengan baby tu. Dan
situasi tu cukup buatkan Iskandar terharu.
Tapi apa dia boleh buat? Apa mereka
boleh buat selain dari berusaha? Segalanya.. rezeki itu hanya milik Allah.
Hanya Dia yang mampu memberi rezeki kepada setiap hambaNya yang dikehendaki.
Telefon milik Damia, dia letakkan
kembali atas meja sebelah katil. Lepastu dia baring mengiring pandang Damia
yang tengah tidur. Pipi isterinya diusap lembut.
“Sayang.. boboy yakin, rezeki kita
untuk dapatkan anak tu akan datang nanti. Cuma kita, perlu berusaha dan terus
berdoa pada Yang Satu. Rezeki tu milik Allah. Kita sama-sama minta dari Allah,
ye sayang.. sebab Allah suka setiap hambaNya meminta-minta dariNya.”
Dan Tuhan kamu berfirman:
"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.
Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa
kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina."
(Surah
Ghaffir, Ayat 60) .
Always believe that something
wonderful is about to happen..
Iskandar tarik Damia dalam pelukan. Rambut
isterinya dicium. Dan dia terlelap disitu.
(Iklan)
Bagusnya damia, gembira iskandar dapat tgk cerita Frozen ..cepat2 dapat baby! Hehehe
ReplyDeleteSuka2... Nak habis dah ke?
ReplyDelete@Anon1 : baby? aha, macam lambat lagi je.. hehee
ReplyDelete@Anon2 : e'ehh.. Suamiku Ramai Crush, akan jadi e-novel lha.. hehee..
Thanks sudi baca btw..