Pages

Search This Blog

18 Feb 2015

Suamiku Ramai Crush [Part 19]



Damia kesat mata dan hidungnya yang berair. Tisu yang bergumpal atas meja dah bersepah-sepah sampai ada yang dah jatuh kat tanah. Pandangan pelajar yang lalu-lalang kat kawasan ni, dia tak hirau dah. Apa yang dia tahu, tangisan dan kesedihan yang bergelumang dalam hati mesti dilepaskan.

            “Mia.. Kau okay?”

            “Kau apsal nangis ni?”

            “Kau tak apa-apakan, Mia?”

            Dan banyak lagi pertanyaan dan persoalan yang disuakan pelajar bila nampak dia tengah berendam air mata kat bawah pondok ni. Dan setiap kali itulah, gelengan yang dia berikan sebagai jawapan.

            Sungguh, dia tak apa-apa! Dia okay! Dia hanya nak menangis aje sekarang ni. Tolonglah faham apa yang dia rasa.

            Damia tekup wajahnya. Telefon yang berkali-kali berbunyi dia biarkan. Dia tak nak hanya disebabkan telefon tu, fokusnya nak terus menangis tergendala.

           Air mata mengalir lagi.. Lagi.. Dan lagi.. Tak boleh dibendung air mata itu untuk terus berhenti mengalir. Dia.. Sedih sangat sekarang ni. Sangat-sangat sedih!



ISKANDAR bingung. Dari bangunan yang paling atas, sampailah bangunan yang paling bawah, dia masih tak jumpa apa yang dia cari. Dah penat dia kehulu kehilir tapi masih tak jumpa. Rambutnya yang terjuntai dia raup ke belakang. Rimas!

            “Mana dia pergi ni?” Keluh Iskandar perlahan.

            “Cari apa, bro?” Datang Aliff  bersama Jue disisinya. Iskandar bangkit dari duduk. Jue! Perempuan tu kan satu geng dengan Damia. Mesti dia tahu Mia ada kat mana.

            “Weh Jue. Kau tahu tak Mia ada mana?” Lantas soalan diberi pada Jue.

            Jue pandang Iskandar. Damia? Ni kenapa Is cari Mia pulak? Pelik! Something fishy here. “Apsal cari Mia?” Setahu Jue, urusan Mia dengan Is dah lama berakhir lepas lakonan mereka tamat hari tu.

            “Adalah.. Penting ni. Kau tahu tak dia ada mana sekarang?” Soal Iskandar terus. Takkanlah dia nak cakap yang Damia tiba-tiba telefon dia sambil menangis-nangis tadi? Itu gila namanya. Kang benda yang Jue tak patut tahu dari dia, terus dapat tahu.

            “Aku tak tahulah. Better kau tanya Ika dengan June. Dorangkan satu course dengan Mia. Tak pun, apsal kau tak telefon Mia aje?”

            Ika.. Dengan Jue? Ohh, okay. Tak terfikir pulak. “Dah call Mia tadi, tapi dia tak angkat.” Tu yang buat dia risau berganda-ganda sekarang ni. Macam-macam benda buruk yang berlaku pada Mia dia fikirkan.

            “Tanya dorang ajelah...”

            Belum sempat Jue habiskan ayat dia, Iskandar dah lari tinggalkan mereka. “Peliklah.” Gumam Jue. Tak pernah-pernah pulak Iskandar cari Damia kalau tak ada apa-apa. Takkanlah ada sesuatu yang berlaku kot?


            Jue mula tak sedap hati.

*Ini Autopublish*

3 comments:

Pendapat anda sangat saya hargai