"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Friday, February 20, 2015

Suamiku Ramai Crush [Part 20]



ISKANDAR peluk tubuh itu. Meskipun dia tak tahu apa yang berlaku sampaikan puterinya ni menangis macam ni, dia tetap tenangkan wanita ni. Air matanya hampir-hampir mengalir bila dengar sendu isterinya. What is wrong with you, baby? Am I hurt you? Did someone hurt you? Belakang Damia, Iskandar gosok lembut. Menangislah sayang.. As long as you can..

            Iskandar leraikan pelukan bila Damia dah berhenti menangis. Bahagian dadanya yang basah dia tak ambil pusing. Sisa air mata di wajah isterinya dia kesat pakai tangan.

            “Kenapa ni, sayangg..” Soalnya lembut.

            Air mata yang baru nak kering, kembali mengalir bila dengar suara lembut Iskandar. Tubuh itu kembali dipeluknya. Damia menangis sekali lagi. “I’m sorry.” Bersama sendu, Damia bersuara.

            Iskandar makin pelik. Ini kenapa tiba-tiba sahaja minta maaf dari dia? “Baby tak buat salah apa pun pada boboylah. Kenapa nak minta maaf?” Belakang tubuh isterinya digosok lembut. Dahi Damia juga diciumnya.

            Damia geleng. “Banyak salah baby.. I’m sorry.

            “Mia.. Is..” Suara itu buatkan Iskandar tak sempat bersuara. Pelukan terus terlerai. Masing-masing berdiri. Pandang Zulaikha dan June yang pandang pelik pada mereka.

            “Korang.. Buat apa ni?”

            “Weh Is! Kau sedar tak kau dah buat apa?” Suara June dah tinggi. Cukup tak suka bila salah seorang dari kawannya dipeluk seorang lelaki.. Bukan mahramnya. Dan dihadapan matanya. Cukup tak suka. Seolah-olah macam, kawan dia tak ada pegangan agama yang kuat sampai-sampai berpelukan dengan lelaki.

            “Dia nangis tadi.. Tak salahkan kalau aku suakan bahu aku untuk dia lepaskan sedih dia?” Iskandar menjawab tenang. Sempat dia jeling Damia yang mengesat matanya.

            “Suakan bahu?” June gelak sinis. “Suakan bahu sampai berpeluk ke?” Pertanyaan itu lebih kepada.. menyindir? Ya, tepat sekali.

            “What? Salah ke?” Suara Iskandar juga sama tinggi. Pantang betul kalau ada orang yang cakap dengan dia tapi menjerit. Ingat dia pekak ke apa? Rasa macam orang yang dah tinggikan suara tu langsung tak hormat dirinya.

            “Salah ke kau tanya? Harap muka je handsome, tapi cetek agama!” Kutukan June terang-terangan itu makin buat Iskandar marah.

            “What? Shit!

            “Dah.. Dah.. Cukuplah.” Damia leraikan perbualan yang dah macam pergaduhan ni. Kang ada aje yang mati terkulai layu kat sini. Aduh! Damia pegang kepala. Inilah akibatnya kalau menangis lama sangat. Dah pening kepala.

            “Aku balik dululah. Study group jap lagi aku tak masuk.” Beritahu Damia sebelum capai tas tangannya. Sungguh, kepalanya berdenyut sangat sekarang ni.

            Iskandar hanya pandang kepergian Damia dari situ. Bila dia baru nak mulakan langkah baru dia perasan ada satu kertas yang dah jatuh atas tanah. Kertas bewarna putih tu dia ambil sebelum berdiri balik.

            Kertas tu dia simpan dalam sling bag miliknya. Dan dia teruskan langkah ke kereta. Nasib baiklah kunci kereta memang awal-awal Damia yang pegang, sebab mereka guna kereta Mia pagi tadi. Kalau tak memang kesianlah isteri dia tu sebab kena tunggu. Lepas dah pastikan yang June dengan Zulaikha dah tak ada kat situ, Iskandar cepat-cepat masuk dalam perut kereta.


            Kereta terus dipandu pulang ke rumah.

P/s : Makin pendek pula aku rasa e-novel ni.. Hahaa papepon, layankan je lah ye.. Dan oh, ini Autopublish!

1 comment:

Buah fikiran anda amatlah di hargai.