"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Thursday, February 26, 2015

Suamiku Ramai Crush [Part 21]


Iskandar keluh sesaat. Dia sandarkan kepalanya di sofa. Kepala dia berat sangat sekarang ni. Dalam masa satu hari aje, macam-macam berlaku. Otak dia tak boleh nak adapt. Runsing. Sangat-sangat..

            Dia dengan Damia.. Baru aje bergaduh besar.

            Meh kita flashback..

            Tadi.. Lepas aje Damia masak untuk makan malam, Iskandar baru teringat kertas yang dia ambil tadi. Dia baca surat tu. Dan sungguh, hatinya tersentuh. Sebab ini ke yang buatkan Damia menangis tadi?

            Surat tu tertulis tangan..

Bacalah wahai kaum Adam.. kenalilah wanita

Wanita.. hebatnya wanita hinggakan seluruh dunia meraikannya.. Seorang wanita saat mendapat berita kehamilannya, hatinya sarat dengan kegembiraan hinggakan dia menitis air mata..

Tidak pernah terlintas difikirannya bahawa proses bersalin itu sendiri boleh menuntut nyawanya..

Apa yang dia tahu, dia bakal membawa zuriatnya yang comel ke dunia..

Wanita, hebatnya dia tak pernah mengeluh walaupun saban pagi dia muntah-muntah hinggakan badannya kehilangan segala kudratnya..

Dia mampu tersenyum mengenangkan zuriatnya sedang membesar di dalam rahimnya yang hanya sebesar buah pear..

Tidak pernah timbul gentar di hatinya memikirkan mampukah rahimnya yang sebesar buah pear menanggung zuriatnya..

Wanita, hebatnya dia di saat dia mula merasakan kesakitan hendak bersalin hatinya tidak gentar walau secubit pun.

Tidak pernah terfikir nyawanya, mungkin menjadi galang ganti. Apa yang dia mahu zuriatnya lahir dalam keadaan sihat.

Wanita, hebatnya dia mampu menahan kesakitan sehingga 57 Del ketika hendak melahirkan anak (bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak).

Sedangkan sekuat manapun manusia itu hanya mampu menahan hingga 45 Del sahaja.

Apa yang selalu kita dengar tentang wanita?

Wanita tercipta dari rusuk lelaki
Wanita itu sayap kiri lelaki
Wanita berhati lembut dan kuat emosi
Wanita itu kaum yang lemah.

Tetapi sedarkah kita disebalik semua tu..

Wanita dicipta untuk menjadi ibu..
Ibu yang mengandung selama 9 bulan dengan segala kepayahan..
Ibu yang berjuang dengan maut untuk melahirkan zuriat, penyambung generasi manusia..
Ibu yang berjuang menyusukan anak selama 2 tahun lamanya..
Ibu yang mengasuh, membesarkan dan mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran..
Ibu yang doanya lebih makbul dari seorang bapa..

Wanita jugalah yang menjadi tulang belakang lelaki..

Tidak kurang juga, wanita mampu melemahkan lelaki..

Hebatkan wanita?

Anda bertuah menjadi seorang wanita..

Buat kaum Adam, hargailah kaum Hawa anda..

            Iskandar baca pula tulisan yang tercatat di belakang kertas tu. Tulisan Mia!

Tuhan.. Aq ingin merasa nikmat ni. Tak layakkah aku sehingga Kau tak mengizinkan aq merasa nikmat yang indah ni?

Tuhann.. Berilah aq kesempatan. Berilah aq kesempatan. Berilah aq kesempatan. Aq terlalu inginkan nikmat yang satu ini. Berilah aq kesempatan untuk merasainya.

Tuhan.. Aq ingin menghadiahkan nikmat yang satu ini hanya untuk suamiku. Tak banyak yang aq mintak. Aku.. Hanya mahukan zuriat dari rahimku sendiri.

Tuhan.. Aq merayu.. Tolonglah hambaMu yang hina ni.

Ya Allah.. Mengapa aq tidak boleh mengurniakan anak untuk suamiku? Kenapa rahimku tidak mahu menerima benih yang dicurahkan suamiku? Kenapa? Kenapa..?

Ya Allah.. Aku cemburu.. Cemburu bila nampak perempuan mengandung yang disisinya berdiri seorang suami.. Sambil tersenyum sambil memegang perut isterinya. Aq cemburu melihat keadaan itu. Aku tertanya-tanya, mampukah aku? Mampukah aku buatkan suami aq tersenyum sebegitu?

            Iskandar raup wajahnya. Dia pandang Damia yang melangkah ke arahnya. Digamit Damia supaya duduk disisinya. Damia menurut tanpa banyak bicara.

            “What wrong?” Tanya Damia. Wajah suaminya ditatap.

            Iskandar cium ubun-ubun isterinya. Sebelum tangannya diangkat. Tanpa suara, kertas yang ada ditangannya di suakan pada Damia. Dia nampak air muka isterinya berubah.

            “Mana.. Boboy dapat kertas ni?” Lambat-lambat Damia bertanya. Sebab setahunya, kertas tu dia simpan elok-elok dalam fail peribadinya. Macam mana Iskandar boleh dapat kertas tu?

            “Sebab kertas ni ke baby nangis tadi?”

            Damia lepas keluhan. Dia tak nak ingat lagi dah pasal benda ni. Makin buatkan dia nak menangis lagi. Dia bangkit. Tapi kembali duduk bila Iskandar tarik tangannya supaya kembali duduk.

            “Pleasee.. Pasal ni ke?” Damia mengangguk sebelum menunduk. Dia tak nak menipu dengan suaminya.

            Iskandar mengeluh sekejap. Tangannya mendarat di bahu kanan isterinya. Digosok bahu itu lembut. Dia faham hati isterinya. Lebih dari faham. “Kenapa mesti nak nangis pasal benda ni?” Lembut suaranya bertanya.

            Damia dongak. Pandang Iskandar. “Boboy.. boboy tak jealous ke bila pergi mana-mana, jumpa baby. Jumpa orang mengandung?”

            Iskandar diam.

            “Boboy tak jealous ke bila jumpa newborn? Boboy tak teringin ke nak rasa semua tu?” Mata Damia dah bertakung air mata.

            “Baby..

            “Boboy tak nak ke?” Soal Damia seakan berbisik sekaligus matikan ayat Iskandar.

            Iskandar tarik Damia dalam pelukan dia. Kepala Damia diusap.

            “Boboy tak teringin nak ada anak ke?” Damia bersuara lagi dibalik dada Iskandar.

            “Shutt,,” Lembut suara Iskandar. “Sayang..” Wajah Damia dia dongakkan supaya mereka boleh bertentang mata.  “Semua tukan kerja Allah. Rezeki setiap manusia, Allah yang tentukan. Kita siapa yang nak memandai atur semua kerja Tuhan?”

            “Tapi boboy..”

            Iskandar matikan ayat Damia dengan jari telunjuknya diletakkan di bibir Damia. Dia bersuara lagi, “Tugas kita sekarang, hanya berusaha dan berdoa. Yang bagi anak, kerja Tuhan. Lagipun, kita baru aje nak masuk dua tahun kahwin kan. Masih terlalu awal kalau kita nak ada anak.”

            “Boboy.. Dua tahun tu dah dikira lama tahu tak. Tengok along dengan Kak Hajar, tak sampai setahun kahwin dah dapat Iqmal. Ibu dengan ayah pun sama. Tak sampai tiga bulan kahwin, dah mengandungkan along. Tapi, kita..”

            Damia pejam mata. Dah bersedia nak beritahu apa yang dia nak beritahu selama ni. “Kalau boboy nak kahwin lain, baby izinkan. Asalkan perempuan tu boleh beri boboy anak.”

            Iskandar pantas bangkit. Dia pandang Damia tajam. Terkejut semestinya dengan apa yang Damia beritahu tadi. “What the hell are you talking about?!” Tinggi suara Iskandar naik. Dia boleh dengar isterinya menyuruhnya melakukan sesuatu, tapi tidak dengan menduakan Damia.

            “Boboy..”

            “Tak kisahlah apa pun yang jadi.. Either me or you, takkan boleh ada anak sekalipun.. Perkataan cerai dengan madu tu takkan pernah wujud dalam hubungan kita. Take note!” Iskandar terus melangkah naik tangga.


            Hilang terus selera dia nak makan.

No comments:

Post a Comment

Buah fikiran anda amatlah di hargai.