"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Sunday, March 15, 2015

Cerpen : Rose

Hasil carian imej untuk ros

Tangannya ditepuk dua kali. Bibir tersenyum dengan hasil usaha yang dia buat sekarang ni. “Siap juga!” Ucapnya dengan nada yang ceria. Siapa sangka, benda yang selalunya ambil masa yang lama untuk disiapkan, berubah jadi lebih cepat dari yang dijangka. Memang ada teamwork betullah dia orang ni.

            “Cik Isha, kita orang nak keluar makan sekejap. Cik Isha ada nak order apa-apa ke?” Tanya Melly pada bosnya. Tangannya dah siap nak capai beg dompet dari dalam tas tangan. Macam malas pula nak bawa beg tangan sekali. Bawa yang penting ajelah. Orang nak ragut pun susah nanti.

            Misha pandang anak buahnya. Sekarang ni ada tiga orang semuanya. Memang dia sendiri yang tak nak pekerjanya ramai sangat. Nanti susah nak uruskan. “Hmm.. Belikan saya nasi ayam ajelah. Nanti claim duit balik kat saya.” Balasnya sambil senyum. Rambut yang terlepas dari ikatan kuda dibetulkan.

            “One more, nanti tolong tukar notice close kat pintu eh? Terima kasih.” Sambung Misha lagi. Dah pekerjanya nak keluar, dia pun bolehlah kemas sikit apa yang patut.

            Misha pandang jam selepas lima belas minit pekerjanya meminta diri nak keluar melantak. Dah jam empat petang. Mana pula Min ni? Kata tadi nak tolong aku kat sini harini? Dia capai telefon dari kocek seluar, nama Min diklik sebelum diletakkan telefon ke telinga kiri.

            Hampa Misha saat itu apabila kawannya itu mematikan telefonnya. Memang nak kena betullah Min ni. Janji melayu betul! Memang nak kena julap dengan mint ni jap lagi. Kepala digeleng kesal.

            Telinganya menangkap bunyi loceng pintu masuk tatkala dia tengah menyusun jambangan bunga di tempatnya. Cepat pula dia orang makan. Baru dua puluh minit kot. Selalunya satu jam baru nampak batang hidung. Misha hanya membiarkan sahaja kerana berfkir yang masuk ke kedai bunga miliknya ini adalah pekerjanya.

            Bunyi loceng di atas meja kaunter kedengaran. “Yuhuuu. Ada orang tak?” Suara garau itu menegakkan badan Misha yang tengah terbongkok. Rambutnya diselitkan ke belakang telinga. Siapa pula yang datang ni? Tak nampak ke tengah tutup sekarang ni? Misha berjalan ke depan.

            Sampai kat depan, dia nampak satu figura tengah menilik sekuntum bunga ros berwarna biru. Lantas Misha mendekati lelaki itu. “Ya, encik. Boleh saya tolong?” Lembut dia menyoal.

            Lelaki berblazer hitam itu menoleh. Dia tersenyum sebelum menarik keluar kaca mata hitamnya. “Hmm sorrylah sebab saya main masuk. Saya tengah terdesak sangat sekarang ni.”

            Misha pamer senyuman. “It’s okay. So may I help you?” Soalnya lagi sekali. Nasib baiklah lelaki ni ucap maaf tadi. Sejuk sikit hati ni. Kalau tak memang aku sula dia terus dengan bunga-bunga ni.

            “Hmm.. Saya nak bunga ni.” Sambil tunjuk pada sekuntum bunga ros berwarna biru yang diperiksa lelaki ini tadi.

            Misha pandang bunga ros tu. Kemudian dia pandang lelaki itu kembali. Warna biru? “For whom? Need a card?” Soalnya pelik. Inilah kali pertama dia nampak lelaki kacak seperti lelaki ini membeli sekuntum bunga ros berwarna merah. Selalunya lelaki kacak pasti akan membeli bunga ros warna merah sebagai lambang cinta.

            “For someone yang.. Yeah.” Lelaki tu gelak pada Misha yang nampak bingung. “You know what that roses meaning, right?” Sambung gelaknya.

            Misha angguk faham. Patutlah dia pilih warna biru. Nak tergelak pun ada. Siapa ajelah perempuan malang tu? Ohh ya, korang tahu tak ros warna biru ni maksudnya apa? Maksudnya, mustahil dan tak dapat disempurnakan. Which mean, lelaki ni nak beri pada seorang perempuan sebagai tanda yang hubungan mereka adalah mustahil dan tak dapat diteruskan. Ada reti?

            “Satu aje ke?” Tanya Misha lagi dan lelaki itu segera mengangguk. Misha lantas membalut satu kuntuman bunga ros itu dengan teliti. Siap semuanya, dia serahkan pada lelaki itu untuk melunaskan pembayaran.

            “Good luck!” Ucap Misha sambil gelak.


*****

“MANA kau pergi semalam? Dari terbitnya sang suria sampai tenggelam aku tunggu kau kat sana. Tapi tak juga muncul-muncul.” Misha dah cekak pinggang. Sakit hati sungguh dengan minah terlebih ayu ni. Nasib baiklah pelanggan tak ramai sangat. Kalau tak, memang lagi kejam kot cara dia marah Min ni.

            Tak lemaskan dia dalam kolam air panas, lempar dia dari bangunan paling tinggi KLCC tu. Huh!

            Min gelak. Tak boleh blah langsung dengan statement kawan dia nak marah. Boleh pula lirik lagu Encik Mimpi pun dia masuk sekali. Min gelak lagi. Sampai tekan-tekan perut dia. “Apa azam tahun baru kau hah?” Tanya Min walaupun sisa gelak itu masih ada.

            “Azam tahun baru?” Ya. Tak sampai pun tiga hari mereka berada di tahun baru. Semoga tahun ini lebih membuatkan dia bersyukur dengan segala yang dia miliki. Nak perbaiki setiap kelemahan dan kekurangan. Nak jadi zero to hero. “Azam tahun baru aku nak marah orang. Dan kau orang pertama list top five aku.” Sambungnya sarkastik.

            Min gelak lagi makin tambah geram di hati Misha. Misha sebal sebelum bangkit. Telefon atas meja dia capai. Nak bergerak dari restoran ni. “Kalau kau nak gelak, teruskan. Aku balik dulu. Assalamualaikum.” Tiada senyuman langsung dibibirnya. Memang dah geram tahap infiniti dah ni dengan si Min ni.

            Min ikut sama bangkit. “E’ehh.. Relakslah. Sejak bila tak reti bergurau ni?” Kalut dia jadinya. Bukan selalu dia nampak kawannya macam ni. Sekali dah nampak, memang susahlah nak memujuk.

            “Dahlah. Aku nak balik.” Misha terus buka langkah. Tinggalkan Min terkebil-kebil kat situ.

            “Oit Isha. Siapa nak bayar ni?!”

*****


NOVEL ditangan ditutup bila ada orang panggil namanya. Misha mendongak. Pandang pekerjanya. “Kenapa?” Soalnya lembut. Sepit rambut berwarna biru diambil dan disepitkan rambutnya. Pipi yang terasa gatal digosok lembut.

            “Ada orang nak jumpa Cik Isha.” Beritahu Lily. Sebab pekerjanya yang seorang ni suka sangat bertenggek di bunga-bunga lily. Sebab itulah Misha panggil Laila ni sebagai Lily. Nampak comel aje.

            “Siapa?” Misha dah bersedia nak bangkit. Selalunya orang yang nak berjumpa dengannya mesti akan menghubunginya terlebih dahulu. Dan mereka takkan berjumpa di kedai bunganya ini. Tapi, kenapa orang yang nak berjumpa dengannya ni nak berjumpa kat sini?

            Lily jungkit kedua bahunya. “Dia just cakap yang namanya, Firdauz.”

            Misha terkaku. Siapa? Firdauz? Berkerut-kerut dahinya lepas dengar nama yang sudah sekian lama tidak dibangkitkan tu. Bertahun-tahun lamanya nama itu tidak dia dengar mahupun disebut-sebut orang kelilingnya. “Cakap dengan dia, saya tak ada.” Tanpa nada, Misha memberi arahan.

            “Tapi dia nampak kereta Cik Isha kat depan.” Laju Lily membalas buatkan Misha terdiam. Mata coklat hazel miliknya bertentang dengan mata hitam Lily. Misha lepas keluhan. Dia raup wajahnya.

            “Jap lagi saya jumpa dia.” Perlahan ayat itu meluncur di bibir. Misha genggam penumbuknya. Firdauz, huh? Nak apa lagi dia datang jumpa aku kat sini? Patutlah dia tak telefon aku. Sebab dia memang tak ada nombor telefon baru aku. Ahh! Mungkin ini kali terakhir aku perlu bersemuka dengannya. Ya. For the last time we meet, Auz.

            Misha bangkit. Novel setebal sembilan ratus muka surat tu dia letak elok atas meja kerjanya. Tak perlu tengok cermin nak lihat penampilan diri sendiri pun dia dah tahu yang dia teramat cantik! Senyum senget dia memuji diri sendiri.

            “Mana dia?” Tanya Misha pada Melly yang duduk di kaunter pembayaran. Melly tanpa bersuara lalu menunjuk ke satu arah. Arah sofa ataupun tempat berehat pekerja kedai bunga milik Misha ni.

            “Assalamualaikum.” Ucapnya pada seorang lelaki yang membelakanginya. Lelaki itu melipat surat khabar yang dibacanya dan mendongak. Tersenyum lelaki tu bila nampak Misha berdiri disisi.

            “Waalaikumussalam. Misha..” Firdauz pantas bangkit. Dia hulur sekuntum bunga teluki berwarna merah jambu pada Misha. Kemudian dia jemput Misha duduk di sofa disisinya.

            Misha senyum. Bunga teluki tu dia ambil dan labuhkan duduk. Dia tilik sekejap bunga teluki ditangan yang diberikan Firdauz padanya. Ternaik terus sebelah keningnya bila perasankan tanda harga pada batang bunga teluki tu. Cilok bunga kat kedai aku ya, Encik Firdauz?

            Misha pandang Firdauz yang juga memandangnya. “Ada apa awak nak jumpa saya?” Soalnya.

            “Saya.. Hmm..” Firdauz berdehem sekejap sebelum menyambung, “Saya nak minta maaf.”

            Misha senyum nipis. Minta maaf? Dah setahun setengah benda tu berlaku dan baru sekarang lelaki ni datang minta maaf? Kenapa sekarang? Sebab sebelum ni dia masih tak sedar salah dia ke? “Saya dah lama maafkan awak.” Tuturnya senada. Malas nak bangkitkan isu yang dah lama dia hapus.

            “Kita.. Kita sambung balik pertunangan kita?”

            Misha bangkit. Tersentap tangkai hatinya. Sambung balik ikatan pertunangan mereka? Gila apa? “Sorry. Saya banyak kerja.” Misha mula buka langkah. Tapi langkahnya mati bila Firdauz tarik tangannya.

            “Isha, please.. Saya tahu saya buta dalam mengenal awak. Semua manusia buat salah. Dan.. Semua manusia berhak diberi peluang kedua.” Laju Firdauz menjawab sebelum Misha buka langkah.

            Misha rentap tangan kanannya kembali. “Never touch me!” Lantang dia bersuara. Siapa entah yang menggedik bagi lelaki ni izin boleh pegang tangan dia. Ish!

            “Isha.. I’m begging you, dear.

            Misha berdiri betul-betul dihadapan Firdauz. “Kau merayulah sampai mengalir air mata darah sekalipun, selamanya aku takkan terima kau balik. Noted!” Nampak urat-urat dilehernya bila dia tengah marah macam tu. Segala jenis urat warna ungu, warna hijau, warna biru terserlah. “Kau ingat, lepas apa yang kau dah buat kat aku selama tempoh pertunangan kita tu, aku akan lupakan macam tu ajelah? Hah?! Tak semudah tu, Auz. Tak mudah macam yang kau sangka.” Segala kata panggilan ‘saya-awak’ tadi dah bertukar jadi ‘aku-kau’, nak tunjuk betapa dia tak sukanya andai pertunangan mereka diikat kembali.

            “Hati kau keras, Isha.”

            Misha senyum sinis. “Hati aku akan keras dengan orang yang jenis macam kau aje.” Sinis juga ayat yang keluar di bibir Misha. Dia, dari sejak setahun setengah yang lepas sudah tetapkan pada dirinya, takkan berbudi bahasa dengan lelaki bernama Firdauz ini. Takkan. Selamanya takkan.

            Misha buka langkah nak masuk biliknya. Nak menangis semahunya. Tapi dia terkaku bila dengan sekelip mata aje ada sebilah pisau sudah mendekat dilehernya. “Auz, apa ni?” Soal Misha takut. Dia terdengar juga derapan tapak kaki yang menuju ke arah mereka. Mungkin pekerjanya bingkas ke sini lepas dengar dia menjerit tadi.

            “Auz.. Please. Jangan buat macam ni.” Rayu Misha. Tak sangka, perangai Firdauz masih lagi seperti ini. Sama macam sebelum ni. Ternyata, Auz tak pernah berubah.

            “Bro.. Jangan buat macam tu, bro. Dia perempuan.” Misha pandang seorang lelaki yang suaranya seperti pernah dia dengar sebelum ni. Matanya dengan mata lelaki tu bertentang. Dan, baru Misha ingat dia kenal di mana lelaki itu. Kenapa dia datang sini? Takkan nak beli bunga lagi kot? Untuk siapa pula? Baru minggu lepas kot dia datang sini.

            “Kau siapa?” Tanya Firdauz dingin.

            “Tak kisahlah aku siapa, jangan buat dia macam tu. Perempuan tu, bro.” Lelaki itu cuba untuk berdiplomasi dengan Firdauz. Walaupun dia tak kenal langsung siapa mereka, rasa tanggungjawab mula menguasai diri bilamana kejadian seperti ini berlaku.

            “Aku akan lepaskan dia, kalau dia janji nak kahwin dengan aku.” Beritahu Firdauz.

            Baik Misha mahupun semua yang ada disitu, terkejut. Tak sangka dengan apa yang diucapkan Firdauz. Misha meronta-ronta mintak dilepaskan bila dengar permintaan Firdauz. Tapi bila nampak hujung mata pisau semakin mendekat dengan lehernya, dia berhenti. Tak mahu lehernya menjadi mangsa tikaman lelaki ini.

            “Bro.. Jangan, bro.” Lelaki itu menghalang. Semestinya, inilah kali pertama dia berhadapan dengan situasi macam ni. Sangat mengerunkan tangkai limpa dan paru-parunya. Dia berpandangan dengan Misha. Perlahan dia menggeleng memberi arahan supaya gadis itu menurut apa saja permintaan lelaki itu.

            Misha membulatkan matanya. Ikut sahaja apa yang Firdauz suruh? Kahwin dengan Auz? Tak! Dia takkan perjudikan nasib dia untuk Auz semata-mata. Takkan dia gadaikan dirinya untuk menjadi hamba abdi pada lelaki kejam macam Auz ni. Takkan.

            “Please.. Saya akan tanggung semuanya, percayalah. Dengar cakap saya.” Rayu lelaki itu pada Misha.

            Misha menolak tangan Firdauz yang semakin mendekat dengan lehernya. Tapi dia silap langkah, hujung mata pisau tu tepat mengena leher putihnya. Menjerit Misha sebab kesakitan. Setitis demi setitis darah mengalir. Perih dan pedih.

            “Okay, okay.. Saya akan kahwin dengan awak.” Tanpa rela, Misha mengungkap jua ayat itu. Dia terpaksa. Rayuan dari lelaki yang dia tak kenal itu membuatkan dia terpaksa membuat sedemikian.

            “Sure?” Tanya Firdauz ceria. Pisau terus terjatuh bila dia dengar ayat itu keluar di bibir Misha. Tubuh Misha dipeluknya erat.

            Misha pejam mata bila tiba-tiba tubuhnya sudah berada dalam pelukan Firdauz. Dia rasa jijik. Sungguh. Dan, dia.. Dia nak menangis. Hati yang sudah dijahit sebelum ni, kembali merekah jahitannya. Hatinya retak kembali.

            “Sayang.. Saya keluar pergi beli cincin. Awak tunggu sini tau.” Firdauz cium pipi Misha sebelum dia melangkah dengan senyuman cerianya.

            Misha jatuh terduduk disitu. Air matanya mengalir deras. Lily, Melly dan Ika pantas mendapatkan dirinya. Dibawa bosnya duduk disofa untuk menenangkan diri. “Cik Isha okay?” Tanya Ika. Dah setahun dia bekerja dengan bosnya, inilah kali pertama dia nampak wajah sedih dan pilu bosnya. Dan ini jugalah kali pertama dia nampak wajah lelaki itu menapak ke sini.

            “Siapa lelaki tu?” Tanya lelaki yang masih berdiri disitu.

            “Encik ni siapa?” Tanya Ika.

            “Saya.. Mika.. Mikhail.” Mikhail memperkenalkan dirinya. “Siapa lelaki tadi?” Soalan tadi diulangnya lagi. Dia pandang wajah perempuan yang sudah basah dengan air mata. Kalau boleh, dia nak peluk perempuan tu dan hapuskan kesedihannya. Sangat tak suka bila nampak orang menangis macam ni.

            Ika jungkit bahu. “Saya pun tak tahulah, Encik Mika. Ini kali pertama saya nampak lelaki tu datang sini.” Cerita Ika. Dia serahkan lagi sehelai tisu pada bosnya.

            Mikhail mengangguk. Kalau pekerjanya tak kenal, pasti perempuan tu kenal siapa lelaki tadi. Mesti pernah terjadi sesuatu sebelum ni sampai lelaki tadi bertindak senekad ini. Pasti.

            “Encik Mika datang sini, nak beli bunga ke?” Soal Ika bila perasan yang lelaki itu masih lagi berdiri disini.

            Mikhail senyum sebelum angguk. “Cadang macam tulah. Tapi,,” Matanya terhenti pada perempuan yang sudah reda air matanya itu. “Tak apalah. Lain kali ajelah saya beli bunga kat sini lagi.” Sambungnya. Dia hadiahkan senyuman sebelum dia keluarkan sesuatu dari kocek blazer miliknya. Telefon.

            Nombor seseorang dia dail. Lepas dah cakap benda penting dengan orang dihujung talian, dia kembali pandang empat perempuan dihadapannya. “Saya dah telefon polis. Nanti, cik bolehlah laporkan apa yang jadi tadi pada polis.” Beritahunya.
            “Terima kasih.” Melly bersuara. Dia sambung balik mencuci kesan darah di leher bosnya. Perlahan perilakunya tidak mahu menambahkan kesakitan di leher bosnya itu.


*****

MISHA yang tengah membersihkan jambangan bunga mengangkat muka bila dia ditegur seseorang. Terkejut dia bila disergah macam tu. Elak tak tercampak aje kain buruk yang dia tengah pegang ni. Lantas tangan mengurut dada. “Cubalah bagi salam dulu.” Bebelnya perlahan.

            Mikhail yang mendengar bebelan gadis dihadapannya tersenyum. “Assalamualaikum.” Salam dihulurkan kemudiannya.

            “Waalaikumussalam. Ada apa?” Tanya Misha ingin tahu. Kalau nak beli bunga, kenapa tak minta aje kat Lily yang tengah jaga kaunter depan sana? Kenapa mesti berjalan ke deretan bunga ni juga?

            “Saya nak beli bunga rose.”

            Misha jungkit kening sebelah. Beli bunga rose? “Awak memang suka bunga rose eh?” Soal Misha. Haritu datang sini, beli bunga rose. Hari ni datang sini pun beli bunga rose juga. Peminat tegar ke haper ni?

            “Yup.” Balas Mikhail pendek. “Ohh by the way, I’m Mika. Selalu datang sini, tak pernah tahu pun nama awak apa.” Senyum.

            “Isha.” Balas Misha pendek. Dia berjalan ke deretan bunga ros. “Awak nak warna apa pula kali ni?” Soalnya.

            “Hmm.. Warna yang melambangkan kesucian.”

            Misha mengangguk. Lambang kesucian ya? Kejap. “Nak berapa?”

            “One is enough.

            Misha angguk lagi. Satu kuntum bunga ros warna putih dia ambil dan bawa ke depan. Di sana, dia menyuruh Lily membalut kuntuman bunga itu dengan cantik sebelum diserahkan pada pelanggan.

            “Encik Mika boleh buat pembayaran dengan Lily. Terima kasih kerana membeli disini.” Ucap Misha berserta senyuman manis. Sebagai bos, dia mahukan yang terbaik untuk perniagaannya. Kepuasan pelanggan, juga kepuasan dirinya.

            “Ohh Cik Isha.. Boleh saya tahu nombor Cik Isha?”

            Misha masih dengan senyuman. “Sorrylah, saya tak pakai telefon. Lagipun, public phone pun berlambak aje kat sini.” Selamba dia membalas sebelum berlalu.

*****


MIKHAIL tersenyum-senyum sendirian di sofa ruang tamu. Mengenangkan satu wajah itu sudah cukup buatkan mimpi malamnya indah. Perasaan aneh ini mulai meghantuinya sejak kejadian yang berlaku dua minggu lepas. Melihat air mata itu cukup buatkan dia mahu menangis bersama. Melihat darah yang keluar di leher itu, buatkan hatinya berdarah pedih.

            “Oit. Teringat siapa tu?” Datang Irdina duduk disebelahnya. Remote television dia capai dan menukar siaran. Sangat tak seronok bila melihat cerita lagak aksi di kaca televisyen.

            “Tak ada sesiapalah.” Nafi Mikhail.

            “Eleh. Tengok senyum abang pun Dina dah tahu. Ceritalah siapa.” Rengek Irdina. Siap mainkan kening dia lagi tanda yang dia memang nak tahu.

            “Nak tahu aje, atau nak tahu sangat?” Mikhail main tarik tali dengan adik perempuannya. Telefon yang sudah terkeluar dari kocek seluar dia pegang. Lengan yang tiba-tiba terasa gatal digosok perlahan.

            “Mestilah nak tahu sangat.”

            Mikhail gelak. “Tak ada apalah. Betul! Ummi mana ni?” Soalnya cuba nak tukar topik.

            “Ada kat dapur dengan kakak. Tengah goreng apa entah.” Irdina kembali sandarkan tubuhnya di sofa. “Pandaikan ubah topik.” Sambungnya lagi. Mikhail gelak lagi. “Kau budak kecil, mana tahu apa-apa.” Dia gosok rambut adiknya.

            Mikhail bangkit dan melangkah ke dapur. Disana, dia didengarkan dengan suara ummi dengan kakaknya tengah ketawa. “Apa yang seronoknya ni?” Tegurnya. Kuali diatas dapur di jengah. Ada nugget dan popia di dalamnya tengah digoreng. Hmm, sedapnya.

            “Mika.. Semalam Mak Cik Nuha datang sini dengan anak perempuan dia.” Ummi mula buka cerita.

            “Lepastu?” Malas aje Mikhail nak layan. Macam dah boleh agak apa pertanyaan umminya dihujung ceritanya kejap lagi. Dia keluar dari perut ummi, tahulah dia macam mana perangai ummi yang satu ni.

            “Anak perempuan dia, Nabila tu. Cantik aje ummi tengok.” Seronok ummi duk puji anak dara orang tu. Anak dara sendiri yang kat ruang tamu tu, waktu bila ajelah yang dia duk puji macam ni?

            “Kau tak ada calon lagi ke, Mika?” Tanya si kakak.

            Mikhail gosok belakang leher. Soalan yang sama semenjak tiga bulan yang lepas. Naik lali dia dengar. Sudahnya, wajah toya dia tayang. Calon apa, kak? Calon ayah tiri? Mahu dijeling ayah kalau dengar dia tanya macam tu.

            “Kau tu dah nak dekat tiga puluh tahun. Takkan tak nak ada keluarga sendiri kot?” Tanya kakak lagi. Kalini, tindak balas Mikhail ialah dengan meletup-letupkan jemarinya. Dari satu jari sudah ke jari yang terakhir. Sekali dengan jari-jari kaki dia letupkan. Macam seronok pula buat macam ni.

            “Aku tanya ni, Mika.” Suara kakak dah naik satu oktaf bila tengok adik lelakinya seperti tidak peduli dengan soalannya tadi.

            “Ya, kak. Mika dengar. Bukan Mika tak nak ada keluarga sendiri. Tapi..”

            “Tapi apa? Kamu tak ada calon?” Potong ummi pantas. Tak sempat lagi kot Mikhail sudahkan ayat dia, laju menonong aje ummi pintas. Bravo ummi!

            “Calon tu ada, ummi. Cuma.. Macam mana nak cakap eh.” Mikhail garu kepalanya. Anak kedua kakaknya yang sudah siap makan petang, di cubit pipinya sebab geram. Apsal comel terlebih ni?

            “Siapa? Ummi kenal ke?”

            “Tak kot. Mika pun baru aje kenal dia awal bulan ni. Cuma tulah ummi.. Nak ambil anak orang ni bukannya senang.” Ya. Takkanlah dah berkenan terus bawa pi jumpa tok kadi? Mana sopan santun kau ni, Mika?

            “Lah. Pergi ajelah jumpa mak ayah dia. Kita ada adat, Mika.”

            “Memanglah. Tapi ummi, Mika kenal dia aje. Keluarga dia, Mika tak kenal lagi.”

            “Pergilah kenal.” Suruh ummi. Mikhail menggeleng. Senang betul hidup ummi aku ni. Kalau tak kenal, pergilah kenal. Kalau tak tahu, pergilah kasi tahu. Kalau tak nak hidup miskin, pergilah mengkayakan diri. Memang senang betullah prinsip hidup macam tu.

*****


“HITAM.”

            Misha terkedu. Dia pandang sekeliling kedainya. Bila masanya pula dia ada jual bunga rose warna hitam? Dan bila masanya pula Malaysia ada bunga ros warna hitam? Si Mika ni buat lawak ke apa malam-malam buta ni?

            “Encik Mika, bunga ros warna hitam hanya ada kat Turki aje. Jadi kalau Encik Mika nak yang warna hitam tu, pergilah ke sana. Seberapa banyak yang Encik Mika nak, encik ambillah bawa balik Malaysia.” Tuturnya hemah.

            Mikhail terdiam.

            “Dahlah, Encik Mika. Saya nak tutup kedai ni. Dah lewat malam dah ni.” Berhati-hati Misha bersuara.

            “Ohh okay.” Pendek Mikhail berikan sebagai jawapan.

            Misha jungkit kening. “Jadi, encik baliklah.” Keningnya digaru.

            “Sokay. Saya teman awak sampai awak masuk kereta. Awak dahlah seorang diri. Nanti jadi apa-apa, susah pula.” Prihatin sahaja Mikhail malam ni.

            “Tak apa encik. Saya dah biasa balik seorang diri macam sekarang.” Lampu kedai ditutup. Dia berjalan keluar dari kedai. Pintu kaca itu juga dikunci.

            “Lain kali, tak payahlah balik lewat malam macam ni. Kedai awak aje yang saya nampak akan tutup waktu macam ni. Risau saya kalau jadi apa-apa pada awak.”

            “Terima kasih sebab risaukan saya. Kalau tak ada apa-apa, saya balik dulu.” Pamit Misha. Kunci kereta dibuka.

            “Hmm, Cik Isha.” Misha berhenti dari masuk ke perut kereta. Dia menoleh ke belakang. Pandang Mikhail yang sedari tadi berdiri disitu. “Ya?”

            “Boleh saya jadi kawan awak?”

*****


SEMENJAK dari malam itu sehinggalah ke hari ini, Mikhail dan Misha jadi kawan baik. Perkara itu juga diceritakan Misha pada Min yang sudah sebulan outstation di Penang. Dengarnya, Min akan berpindah ke sana kerana dia akan ditukarkan ke sana nanti. Sedih Misha lepas dengar. Lepasni, dah tak ada dah kawan baiknya yang boleh kongsi satu perasaan yang sama dengannya lagi dah.

            “Nah.” Mikhail hulur satu kon aiskrim pada Misha.

            “Thanks.

            Petang tu, Mikhail mengajak Misha berjalan-jalan di tasik. Nak mengisi masa yang terluang bersama. Dari tak ada kerja, baik mengeratkan silaturrahim yang terjalin. Ohh ya, kira-kira, dah dua bulan juga mereka menjadi kawan baik. Tak sangka Misha, lelaki bernama Mikhail ini sangat memahami perasaan manusia lain. Lelaki itu pasti akan membantu manusia yang dalam kesusahan bila-bila masa sahaja. Tapi..

            “Mika..” Panggil Misha disaat mereka tengah berjalan di atas jambatan.

            “Hmm..”

            “Saya nak tegur something ni, awak jangan sentap boleh tak?” Takut-takut Misha bersuara. Takut kalau Mikhail tak boleh terima tegurannya hari ini.

            “Apa dia?” Mikhail dah pandang dirinya. Ada yang tak kena ke dengan dia hari ni sampai Misha nak tegur dia sesuatu?

            “Tak kisahlah sesiapaun lelaki tu pada saya, saya tak suka kalau lelaki yang keluar pakai seluar pendek.” Tuturnya perlahan.

            “But why, huh? Bawah lutut apa saya pakai seluar. Menutup aurat kot.”

            “Ya, I know it. Saya hanya tegur yang saya tak suka. Harap awak tak ambil hati.” Misha gigit bibir bawahnya. Mungkin sukar untuk seseorang itu nak terima teguran, tapi.. Dia hanya beritahu yang dia sangat tak suka aje. Itu, terserah pada Mikhail samada nak take it, or leave it.

            “Okay, saya terima teguran awak. Saya takkan keluar pakai seluar pendek lagi lepas ni.” Mikhail senyum. “Dan saya pun ada satu teguran juga untuk awak.”

            Misha pandang Mikhail. “Apa tu?”

            “Saya tak suka perempuan yang tak pakai tudung.”

            Termati terus langkah kaki Misha saat itu. Deep. Sangat menyentuh hatinya. Perlahan-lahan dia ukir senyuman tawar.

            “Saya tak bermaksud nak cakap yang awak ni tak baik. Yeah, macam yang awak cakap tadi. Saya hanya, menegur. Keputusan ada kat tangan awak. Maaflah kalau ayat saya buat awak sentap.”

            “Sa.. Saya faham.”

*****


“CIK.. Tumpang tanya. Cik Isha ada?”

            “Maaflah Encik Mika. Cik Isha tengah cuti sekarang ni.” Balas Melly yang mengambil alih tugas di kaunter.

            “Berapa lama eh?”

            “Saya tak pastilah, Encik Mika. Cik Isha pergi pun tiba-tiba aje, tak mustahil juga kalau dia balik nanti pun tiba-tiba juga.” Balas Melly lagi. Dah dua minggu bosnya menghilangkan diri. Bila dihubungi, katanya bos mereka, dia tengah bercuti sekarang ni. Semua hal kedai diserahkan pada mereka bertiga.

            Mikhail keluarkan name card miliknya dan serahkan pada Melly. “Kalau Cik Isha dah balik, telefon saya ya.”

            Melly angguk.

*****


DAH lebih dua minggu, Melly masih belum menghubunginya. Isha belum balik lagi ke? Kenapa lama sangat dia bercuti? Dia tak tahu ke yang aku tengah merindui dia sekarang ni?

            “Abang kenapa?” Tanya Irdina yang baru masuk dapur. Terkejut dia bila tiba-tiba nampak abangnya di dapur. Tengah termenung memikirkan apa entah. Jauh betul dia termenung.

            “Nothinglah.

            “Muka macam tengah rindu someone aje.” Selidik Irdina sambil tersengih-sengih.

            “Apa yang kau tahu pasal rindu?” Soal Mikhail. Budak sekolah, SPM pun tak lepas lagi dah boleh tahu pasal rindu. Apa benda tu? “Ayah dengan ummi hantar pergi sekolah, untuk belajar. Untuk banggakan dia orang satu hari nanti. Yang kau pergi sekolah belajar apa? Belajar merindui orang eh?”

            Irdina gelak. “Mana ada macam tu. Orang pergi sekolah belajarlah.” Irdina telan air liur. “Abang dah jumpa belum dengan perempuan tu?”

            Soalan Irdina menarik perhatian Mikhail. Terteleng kepala dia pandang adiknya. “Perempuan mana?” Soalnya.

            “Berapa banyak perempuan yang abang ada?”

            “Empat.” Sambil tunjuk empat jarinya bersama wajah toya.

            Irdina membulatkan matanya. “Gilalah, abang. Sampai empat perempuan abang simpan eh?” Gelak. “Siapa yang abang paling suka?”

            Mikhail jungkit sebelah kening. Perempuan yang paling aku suka? “Perempuan pertama.”

            “Iyelah.. Siapa?”

            “Ummi.” Sengih.

            Irdina masamkan wajahnya. Siap buat duck face lagi. “Kedua?”

            “Kakak.”

            Ternaik kening Irdina. “Ketiga, Dina ke?”

            Mikhail geleng. “Kau tak ada dalam list abanglah.” Gelak besar.

            Makin masam wajah Irdina. Kureng betul! “Dah tu, siapa ketiga dengan keempat tu?”

            “Ketiga Sofea.” Sofea tu anak kepada kakaknya. “Dan keempat pula, bakal isteri abang. Kan dah cakap tadi yang Dina tak ada dalam list abang. Degil. Nak tahu jugak siapa.” Air nescafe dalam mug dia sisip perlahan. Dah lama dia duduk termenung kat sini sampai air nescafe pun dah sejuk gedi.

            Irdina tampar bahu abangnya. “Sampai hati. Tak apa, abang pun dah out from my list mulai saat ni. Muktamad!” Irdina terus bangkit masuk biliknya. Tak jadi nak masak maggie. Merajuk dengan abang.

*****


MIKHAIL tekan brek kaki dengan pantas. Kereta yang bergerak dah berhenti. Dia tukar ke gear P. Tali pinggang dibuka dan terus keluar dari kereta. Dia berjalan ke bahagian hadapan keretanya. Nampak seorang perempuan yang sudah terbaring disitu.

            “Cik, cik tak apa-apa ke?” Tanyanya risau. Dah langgar orang, mana tak risau dia. Haraplah perempuan ni tak berdarah ke, tak patah tulang ke. Risau aku macam ni.

            “Auch!”

            “Saya tolong cik bangun. Lepastu kita pergi klinik.” Beritahu Mikhail khuatir. Dia pegang lengan perempuan yang berlapik dengan baju lengan panjang itu. Perlahan-lahan dia berdirikan perempuan itu.

            “Sokay, tak apa. Tak payah pergi klinik. Saya okay ni.” Beritahu perempuan itu sebelum capai tas tangannya yang dihulurkan Mikhail padanya.

            “Betul ni?”

            Perempuan tu dongak kepala nak tengok wajah orang yang sudah melanggarnya. Nasib baiklah dia cepat mengelak tadi. Tapi tak begitu bernasib baiklah juga sebab bahagian punggungnya tak sempat diselamatkan menyebabkan dia dilanggar.

            “Mika?”

            “Min?” Mikhail buka kaca mata hitamnya. Perempuan yang dia langgar ni, Min? “Min kawan Isha, kan?” Soalnya lagi minta kepastian. Mesti perempuan ni tahu kat mana Isha.

            Min angguk. Lelaki ni ke yang dah langgar dia? Dan, lelaki ni juga ke yang buatkan Isha berubah? Lelaki inikah?

*****


MIN tatap anak mata hitam Mikhail. Nampak rasa yang sarat dengan kerisauan dan kerinduan di mata itu. Risau kenapa? Rindukan siapa? Mungkinkah Isha?

            “Bagitahu saya dia ada kat mana? I really need her.

            “Untuk apa?” Soal Min.

            “I really need her to be my wife.” Lembut nada itu. Buatkan Min tergamam. Mika nak jadikan Isha isteri dia? Tahukan Isha pasal ni? Dan, sanggupkah Isha untuk menghadapi satu keadaan yang dia memang tak mahu hadapi lagi selepas ni?

            “Saya tak rasa yang Isha sudi.”

            “Maksud awak, apa?”

            Min mengeluh. Dia tak punya hak untuk membuka semua kisah silam milik orang lain. Hanya orang yang mengalaminya sahaja yang patut melakukan itu. Sudahnya, Min jungkit bahu. “Saya tak boleh cerita.”

            “I’m still don’t get it.

            Min mengeluh. Macam mana dia nak terangkan pada Mika yang Isha akan dinikahkah hujung minggu ni? Isha? Ehh tunggu! Min pantas mendongak pandang wajah kacak Mikhail. Bersinar matanya penuh dengan harapan. Dia senyum. “Awak betul nakkan Isha jadi isteri awak?”

            Mikhail angguk dua kali. Dia pasti dengan istikharahnya sebelum ini.

            Min keluarkan sehelai kertas dan sebatang pen dari handbagnya. Dia coretkan sesuatu di atas kertas tu dan serahkan pada Mikhail. “Ini tempat Isha sekarang. Dan awak aje yang boleh tolong dia.”

            “Saya?”

            “Mika.. Isha akan bernikah hujung minggu ni.”

            “What?!” Terjerit Mikhail kat situ. Orang ramai yang melihat, langsung dia tak perasan. Terkejutnya bukan kepalang. Isha nak kahwin? Habistu aku macam mana?

            “Dia akan bernikah dengan Auz.”

            “Auz?” Siapa pula Auz ni? Dah macam haus pun ada.

            “Isha aje yang boleh cerita semuanya pada awak. Go! Pergi jumpa dia sekarang.”

*****


LOCENG ditekan beberapa kali. Dari luar pagar ni, dia nampak hanya sebuah kereta aje di parking. Rumah besar macam ni, sebiji kereta aje ada? Gila kedekut. Bila dia amati, kawasan rumah ni sangat hambar. Kosong.

            Loceng ditekan lagi dan selepastu, pintu pagar terbuka automatik. Mikhail berjalan masuk ke laman rumah mewah tu. Dan dia nampak ada seseorang tengah berjalan ke arahnya. Pantas dia hulur senyum.

            “Cari siapa?” Tanya wanita separuh abad itu. Wajahnya nampak bengis.
            Mikhail hulur tangannya mahu bersalaman. Tapi wanita itu langsung tak pandang huluran tangannya. Terdiam sejenak Mikhail disitu. “Isha. Dia ada?” Tanyanya terus pada tujuan dia kemari.

            “Kau siapa?” Dingin aje suara yang keluar. Buatkan Mikhail gerun.

            “Saya kawan dia.”

            “Isha tak ada.”

            “Siapa tu, ma?” Suara lembut seseorang menjengah pendengaran. Baik Mikhail mahupun wanita itu menoleh ke belakang. Mikhail dan Misha bertatapan disitu. Tersenyum Mikhal bila Misha turut sama membalas senyumannya.

            “Ma.. Isha keluar dengan dia sekejap.” Misha terus tarik hujung baju Mikhail supaya mengikutinya. Misha masuk dalam perut kereta Mikhail tanpa disuruh. Mikhail yang terpinga-pinga tidak mengerti hanya mengikut olah gerak perempuan itu.

            Sehinggalah mereka tiba di sebuah tasik. Tasik yang sama seperti sebelum ini.

            “Mama saya memang macam tu. Dia akan dingin macam tu dengan setiap kawan-kawan saya.” Cerita Misha selepas Mikhail hulurkan aiskrim padanya.

            “Tapi kenapa?” Mikhail tak faham.

            Misha mengeluh. Malas nak jawab pertanyaan Mikhail sudahnya, dia tanya soalan lain pula. “Min kasi tahu awak ke, saya kat sini?” Tebak Misha. Sebab Min aje yang tahu dia ada kat rumah tu.

            Mikhail angguk.

            “Mesti Min pun ada beritahu awak, kan?”

            “Pasal apa?”

            “Sudahlah, Mika. Jangan buat-buat tak tahu.”

            Mikhail diam. Dia nak semuanya Misha sendiri yang terangkan pada dia. Macam yang Min cakap, semua jawapan ada pada Misha.

            “Tapi percayalah, semua yang jadi ni memang bukan kemahuan saya.” Keluh Misha perlahan.

            “Maksud awak?”

            “Saya kena kahwin dengan lelaki yang cuba nak tikam saya dulu.” Mikhail pandang Misha laju. Terkejut dia dengan kenyataan itu. “Yeah. Lelaki yang awak suruh saya ikut apa yang dia suruh. Macam, kena kahwin dengan dia.” Misha senyum hambar.

            “Polis tak buat apa-apa tindakan ke?” Sepatutnya pihak polis akan ambil tindakan bagi kes macam ni. Tapi kenapa.. Huh! Sebab dia fikir pihak polis akan ambil tindakanlah, dia suruh Misha cakap macam tu. Sebab selalunya, kita kena pandai berdiplomasi dengan orang terlebih ‘pandai’ macam lelaki tu. Kena ikut apa kemahuan dia walaupun sebenarnya itu hanyalah trick untuk menjauhkan diri dari dia.

            “Saya yang tak beri apa-apa keterangan masa polis datang.” Beritahu Misha dan cukup buatkan Mikhail terkejut. Dia punya sebab tersendiri kenapa dia buat macam tu.

            “Kenapa?”

            “Sudahlah Mika. Saya tak nak jumpa awak lagi lepas ni.” Misha dah bangkit. Aiskrim yang masih belum habis, dia buang dalam tong sampah. “Anggap aje yang awak tak pernah kenal dengan saya. Assalamualaikum.” Misha berjalan pulang.

*****


MISHA tahan sakit dibahagian perutnya. Air mata langsung tak mengalir. Dia mengaduh lagi bila libasan tali pinggang mengenai kulit belakangnya. Bibirnya digigit kuat. Rambutnya yang ditarik dari belakang membuatkan dia terpaksa berdiri. Sakit.

            “Aku dah cakapkan jangan keluar rumah. Kenapa kau degil sangat?” Rambut panjangnya ditarik lagi.

            “Maaf. Saya jumpa kawan saya tadi.”

            “Kawan ke jantan?!” Dijerkah dekat dengan telinga kanannya. Mengalir sudah air matanya sebab ketakutan.

            “Kawan..” Ucapnya perlahan bersama sedu. Kepalanya sakit ditarik sebegini.

            “Tak guna. Aku tak suka kau berkawan dengan sesiapa lagi. Duduk aje dalam rumah jalankan tanggungjawab kau sebagai bini aku.” Jerkah Firdauz lagi. Dia tolak tubuh Misha ke kepala katil. Bucu katil tepat mengena dahinya buatkan dahinya berdarah. Menangis lagi Misha disitu.

*****


“YA ALLAH! Kau kenapa ni?” Min ubah tempat duduk. Dia menghampiri Misha yang bersandar lemah di sofa. Lengan Misha yang berlebam dia sentuh. Tangannya kembali ditarik bila Misha mengaduh sakit.

            “Dah pergi klinik?” Tanya Min risau. Sangat.

            Misha menggeleng. “Auz tak kasi aku keluar rumah. Sebab tu aku suruh kau datang sini.” Lemah sekali suara Misha.

            “Auz? Auz yang buat kau macam ni?”

            Misha tidak mengangguk. Juga tidak menggeleng. Dia hanya mengeluh sebagai jawapan. Dah tiada daya nak membalas. Dia teramat-amat sakit sekarang ni. Kepalanya pening mahu pitam. Rasa mual mulai menjalar di tekaknya.

            “Kenapa kau kahwin dengan dia kalau kau tahu kau akan jadi macam ni?” Soal Min lemah. Kasihan dia melihat kawannya lemah macam ni. Kali terakhir dia nampak Misha macam ni, kira-kira setahun setengah yang lepas. Waktu pertunangannya dengan Firdauz.

            “Kau pun tahukan apa sebabnya.” Nak tak nak aje ayat tu keluar di bibir Misha.

            “Kenapa kau tak kahwin aje dengan Mika? Kau mesti takkan jadi macam ni kalau kau kahwin dengan dia.” Keluh Min kesal. Mika pun satu hal, kenapa tak berterus-terang perasaan dia pada Misha?

            Misha pandang Min. Mika? “Maksud kau?”

            “Come onlah, Isha. Buka mata kau besar-besar. Mika suka kau. Hari terakhir korang jumpa tu, sebenarnya Mika nak luahkan perasaan dia pada kau. Tapi sebab kau yang main lepas cakap tak nak jumpa lagi, dia diam. Dia hormat keputusan kau.” Cerita Min.

            “Kenapa.. Kenapa aku tak tahu?”

            “Sebab kau tu bodoh. Tak cuba nak pandang keliling. Masih ikut telunjuk mak ayah kau. Weh, masa depan kau terletak kat tangan dia orang ke?” Tinggi sudah ayat Min. Sememangnya dia geram dengan Misha. Geram sebab masih berada di bawak ketiak orang tuanya. Masih mengikut apa sahaja keputusan orang tuanya tanpa fikir kebahagiaan diri sendiri.

            Misha mengeluh. Dia sedar. Sebelum Min ucapkan ayat tu lagi dia sedar semuanya. “Tapi apa aku boleh buat, Min?”

            “Minta fasakh dari Auz. Senang. Cari kebahagiaan kau sendiri.”

            “Mak aku..”

            “Tolonglah, Isha.. Mak kau takkan selamanya ada dengan kau.”

            “Dia mak aku, Min. Aku tak nak dapat tittle anak derhaka.”

            “Isha..” Min mati ayat. Hanya dengan gelaran tu, Misha jadi penakut sampai macam ni. Hanya dengan gelaran tu, Misha sanggup buat apa sahaja dengan keputusan mak ayah dia. Hanya dengan gelaran tu aje, Misha boleh berubah.

            “Min.. Kau baliklah. Auz nak balik sekejap lagi.” Bukan menghalau. Tapi..

            “Salah ke kalau aku duduk sini? Kau kawan aku, kan?” Min keliru. Tak mengerti. Apa salahnya dia kalau Auz balik dan berjumpa dengan dia?

            “Min.. Tolong fikirkan aku. Auz tak kasi aku jumpa sesiapa. Dia tak kasi aku keluar. Nanti aku kena teruk dengan dia. Tolonglah Min..” Rayu Misha. Sampai dia pegang tangan Min memohon pengertian Min.

            “Sampai macam tu sekali?”

            “Please, Min.. Nanti kita jumpa lagi.”

*****


MISHA tolak pintu kaca kedai bunga miliknya. Kehadirannya disambut ceria oleh Lili, Melly dan juga Ika. Berderu masing-masing mendapatkan bosnya setelah sebulan tidak berjumpa. Masing-masing nak tahu cerita.

            “Puan Isha..”

            “Stop calling me with that tittle. I hate it!” Katanya lantang. Ya, meskipun dia selayaknya sudah mendapat gelaran tu semenjak tiga minggu lepas, tapi dia langsung tak suka. Perasaannya hambar.

            Terdiam tiga dara itu. “Sorry Cik Isha.

            Misha pejam mata sekejap. Cuba ambil udara segar di kedai bunganya ni. “Ada apa-apa yang berlaku ke masa saya tak ada kat sini?” Soalnya.

            Tiga dara tu menggeleng. “Tak ada, Cik Isha. Semuanya okay. Cuma..”

            “Cuma?”

            “Encik Mika selalu datang sini tanya kitorang mana Cik Isha tinggal sekarang.” Beritahu Lily.

            Terdiam Misha ditempatnya. Mika? Dia cari aku?

            “Selalunya, masa-masa macam ni dia datang.” Dan dalam masa yang sama, dengar loceng pintu berbunyi tanda ada orang masuk. “Hah, tu dia dah sampai.” Beritahu Ika sambil senyum.

            Lily bangkit bila nampak Mikhail seperti tengah mencari bunga. “Dia memang selalu datang sini beli bunga ke?” Soal Misha pada Lily yang sudah mahu buka langkah.

            “Ha’ah. Sambil-sambil tu dia tanya juga pasal Cik Isha.” Lily senyum. Misha halang jalan Lily. Dia yang bangkit mendekati Mikhail. Kaca mata yang menutupi matanya dibetulkan. Selendang yang menutupi rambutnya juga dibetulka. Semenjak ditegur oleh Mikhail hari tu, dia terus tekad mahu berubah. Kalau lelaki tu sekarang dah keluar tidak lagi pakai seluar pendek, kenapa tidak dia?

            “Assalamualaikum.” Salam diberi.

            “Waalaikumussalam. Hmm, saya nak bunga teluki warna ungu.” Beritahu Mikhail tanpa menoleh. Matanya ralit pandang deretan bunga dihadapannya.

            “Sejak bila citarasa Encik Mika berubah terus suka bunga teluki?” Soalnya binggung.

            “Sejak orang yang saya cintai nikah dengan lelaki lain.” Mikhail toleh. Tergamam dia bila nampak siapa yang berdiri dan sedang berbual bersamanya saat ini. “Isha..” Serunya lembut.

            Misha senyum. “Ohh sekejap. Saya ambilkan bunga teluki untuk Encik Mika.” Misha pusing belakang nak ambil sekuntum bunga yang diminta Mikhail. Tapi langkahnya dihalang Mikhail.

            “Isha, saya..”

            Misha masih senyum. “Tak apa, saya faham. Maaf sebab tak boleh nak balas rasa cinta awak.” Misha menunduk.

            “Hmm bos.. Nak berdrama sila kat luar. Kat sini orang nak beli bunga aje.” Tegur Ika sambil tersengih.

            Mikhail yang dapat mesej dari Ika tersenyum. Faham yang mereka bertiga mahu yang terbaik untuk bos mereka. Mikhail pandang Misha. “Jomlah kita bual kat luar.” Ajaknya. Misha angguk.

*****


“ISHA.. Sekarang ni kita dalam kedai makan tau. Kenapa tak buka your sun glasses?” Tanya Mikhail. Dah nak dekat lima belas minit mereka disini. Makanan pun dah sampai. Tapi Cik Isha dihadapannya masih belum ada tanda-tanda mahu buka kaca mata hitam yang menutupi mata coklat hazelnya tu.

            Misha terkelu. Buka cermin mata? Memang gila. “Sokay, tak apa.”

            Mikhail pelik. Tapi dia tak syak apa-apa. Mungkin Misha ada sebab kenapa dia tak buka cermin mata dia tu.

            “Lama saya tak nampak awak kat kedai, awak pergi mana?” Tanya Mikhail. Sejak dia dapat tahu yang Misha dah bernikah, perasaan dia makin ketara mahu mendapatkan perempuan tu. Apa guna jawapan pada istikharahnya menunjuk pada Misha tapi Misha kena bernikah dengan orang lain? Pasti Allah mahu menunjuknya sesuatu. Dan dia benar yakin pasti dengan keputusannya.

            “Dah jadi isteri orang ni, mestilah kena jadi hamba abdi pada suami.” Perlahan sahaja ayat tu.

            Mikhail gelak hambar. “Salah statement tu. Sepatutnya, suami yang kena jadi hamba abdi pada isteri. Sebab suami yang sunting isteri supaya jadi isteri dia. Itu bukan kehendak si isteri, tapi suami.”

            Misha mengeluh. Pernyataan Mikhail menarik perhatiannya. Tapi.. “Kalaulah saya boleh jadi macam tu.” Gumamnya perlahan.

            “Sorry?” Mikhail macam dengar Misha cakap sesuatu tadi. Tapi dia tak jelas sangat.

            Misha menggeleng. “Tak. Tak ada apa-apa.” Dia sisip air epal sebagai rasa nak tutup apa yang dia gumamkan tadi.

            “Isha..” Misha mendongak. “Saya tak tahu betul atau tak apa yang saya cakap ni, tapi..” Mikhail gantung ayatnya. Dia basahkan bibirnya yang kering. Bibir dia memang cepat sangat kering kalau cuaca panas terik macam sekarang.

            “Cakap ajelah. Tak tahu lagi betul ataupun tak ayat awak kalau awak tak cakap.”

            Mikhail senyum dalam gugup. “I love you.

            Jatuh garfu ditangan Misha. He said what? He.. He love me?

            “Saya tahu ucapkan cinta pada isteri orang, satu benda yang salah. Tapi, saya terpaksa cakap juga. Hati dan perasaan saya tersiksa selagi saya tak ucapkannya pada awak.” Mikhail menunduk. Panas wajahnya. Sebab malu mungkin. Inilah kali pertama dia mengucapkan ayat keramat tu.

            “Mika.. Kalau awak beritahu benda ni sebelum saya sah jadi isteri orang, saya akan terima. Saya sudi kahwin dengan awak. Tapi awak lambat.” Misha hembus nafas berat. Dia rasa air matanya mengalir menjatuhi pipinya. Perlahan dia buka cermin mata hitamnya dan terus seka air mata. Langsung tak perasan yang lelaki dihadapannya melihat setiap tindak-tanduk yang dia lakukan.

            “Isha!” Membulat mata Mikhail. Dahi dah berkerut seribu. “What wrong with your eyes, huh?

            Misha raba matanya. Eh mana speck aku? Bila dia pandang atas meja, menggelabah dia sarung balik cermin matanya. Macam mana dia boleh tak sedar apa yang dia buat?

            “Isha, awak kenapa? Mata awak?” Soal Mikhail lagi. Kesan lebam di mata kanan Misha buatkan dia galau. Tak tentu arah dia jadinya. Kenapa mata Isha boleh lebam sampai macam tu? Macam, macam kena tumbuk.

            Misha pantas menggeleng. “Tak. Tak ada apa-apa. Saya.. Sa.. Saya jatuh bilik air semalam.” Gagap dan gugup dia bersuara. Jatuh bilik air, huh? Lebih teruk dari jatuh bilik air sebenarnya.

            “Awak dah pergi klinik?” Risau. Mikhail risau yang amat sekarang. Dia tak percaya yang Misha hanya jatuh bilik air. Kalau jatuh bilik air sekalipun, turut sama sakit mesti anggota tubuh dia yang lain. Macam kaki dia terseliuh ke. Tapi kenapa tak nampak pun anggota tubuh yang lainnya sakit juga? Musykil.

            “Dah.” Pendek aje Misha balas. Lepastu Misha capai telefon dan juga beg dompetnya. Cermin mata dibetulkan letak duduk. Dia pandang Mikhail. “Okaylah Encik Mika.. Saya minta diri dulu. Terima kasih untuk makan tengahari ni. Assalamualaikum.” Ujarnya lembut sebelum bangkit.

            Mikhail dail nombor Min selepas dah hantar Misha pergi melalui pandangan matanya. “Min.. Aku nak jumpa kau sekarang!”

*****


MISHA menangis lagi. Sekotak tisu dah habis kerana air matanya yang tak henti-henti mengalir. Dia dah puas menjerit. Nak lepaskan amarah yang menguasai akal dan fikiran. Tapi, sudah tertulis takdirnya sebegini. Menangislah air mata darah sekalipun, benda yang berlaku takkan boleh dihentikan.

            Dia seka air mata bila dengar loceng rumah berbunyi. Pantas dia masuk bilik air mahu mencuci muka. Auz dah balik ke? Tak. Dia tak boleh beritahu lelaki itu pasal benda ni. Tak boleh. Sebab dia benci apa yang lelaki tu dah buat pada dia.

            Bunyi loceng kedengaran lagi. Misha makin cepatkan langkahnya. Pintu rumah dibuka. Dan dia rasa kolam matanya panas kembali bila tengok siapa yang datang menziarahinya di sini. Pantas pintu pagar dibuka dan dibawa Min masuk dalam.

            “Kau duduklah dulu. Aku nak buat air jap.” Suara sengau Misha menarik perhatian Min. Lantas Min menarik tangan Misha supaya duduk disisinya. Berkerut dahinya bila nampak wajah sembam kawannya. “Kenapa ni? Auz buat apa lagi kat kau?” Soal Min. Dia mendongkol geram. Auz memang nak kenalah.

            “Min, aku..” Air mata mengalir lagi. “Aku.. Aku mengandung.” Dia menangis lagi.

            Mata Min membulat. “Kau mengandung?” Soal Min tak percaya. Tak boleh jadi ni.

            Misha mengangguk. “Aku dah buat upt. And, it.. Positive! Aku tak boleh terima, Min. Aku.. Aku nak gugurkan kandungan ni.”

            “Misha.. Bawa bertenang. Jangan panik macam ni.” Min lap air mata di pipi Misha. “Auz tahu tak?”

            Misha menggeleng. “Aku baru buat tadi. Aku tak nak dia tahu. Aku benci.. Aku benci!” Misha peluk Min. Erat. “Dia.. Dia paksa aku, Min.”

            Terkelu Min lepas dengar. Kenapa sulit macam ni jalan hidup kau, Isha? “Bertenang dulu, Isha. Relaks... Relaks.” Min gosok belakang tubuh Misha. Dia nak menangis sama, tapi.. Tegarkah dia menangis disaat kawannya bersedih macam ni? Apa gunanya kawan kalau tak boleh nak kesat air mata kawan sendiri yang lagi berduka macam ni?

            “Min, kau kena tolong aku. Aku.. Aku nak gugurkan kandungan ni. Aku tak nak lahirkan anak dia. Tolong aku, Min.”

            Min angguk. “Aku.. Aku tolong kau. Tapi kau jangan macam ni.” Walaupun ada rasa takut dan gerun, dia tetap tersenyum. Biarlah bibirnya mengungkap selain yang di hati. Ini demi Misha, kawannya.

            Maafkan aku, Isha. Aku tak boleh nak tolong kau untuk gugurkan kandungan kau. Anak dalam rahim kau sama sekali tak salah. Anak tu sah dari sisi agama.

            “Esok.. Esok aku bawa kau jumpa doktor.” Beritahu Min. Dia pandang jam. Dia harus beredar dari sini. Sebab waktu macam ni, selalunya Auz akan pulang. Dia tak nak Misha dipukul lagi sebab kehadirannya yang sememangnya dibenci lelaki itu.


*****


MIN tengok cermin pandang belakang keretanya. Pantas dia pekup mulutnya. Tak sangka, elok-elok dia keluar, Auz pulang dan ternampak keretanya. Telefon dicapai dan dihubungi nombor telefon Mika. Tak sampai lima belas minit, Mika sudah sampai di tempatnya bersama satu kereta polis dibelakang.

            “Mana satu rumah dia?” Tanya Mikhail risau. Bila dengar apa yang berlaku pada Misha sepajang pernikahannya, dia tak sanggup lagi nak biarkan perkara ini berlaku. Baginya, Misha hanya untuknya.

            “Yang tu..” Sambil tunjuk pada sebuah rumah.

            Mereka berjalan pantas menghampiri rumah tu. Loceng ditekan dan keluar Firdauz di muka pintu. Tanpa tunggu lama, dua orang anggota polis langsung menggari tangan Firdauz sebaik sahaja melihat wajah dan tubuh Misha yang sudah terbaring lemah tak sedarkan diri di ruang tamu.

            Misha dikejarkan ke hospital. Keadaannya teruk. Kandungannya tak dapat diselamatkan. Dia tumpah darah. Dan ada juga kesan birat dilengan dan belakang tubuhnya. Bibir Misha sudah pecah gara-gara ditumbuk Auz. Matanya lebam. Sadis Mikhail dan Min melihat keadaan Misha waktu itu. Min sampai menangis. Tak sangka, kawan yang dulunya ceria, sudah jadi muram dan berduka.

            “Bangsat betul jantan tu!” Mikhail tumbuk dinding disebelahnya. Lepas geram. Memerah tangannya sebab tumbukan itu. Sakit. Tapi lagi sakit hatinya. Wanita yang dia sayang dipukul dan di dera macam ni.

            “Apa kita nak buat, Mika?”

            Mikhail pejam mata. Dia serabut. “Tunggu Isha sedar.” Hanya itu yang mampu diluah bibirnya. Dia sakit hati dengan Auz. Sangat. Tapi dalam masa yang sama, dia lega. Lega sebab Auz akan dapat hukuman yang setimpal dengan apa yang dia buat.

*****

MIKHAIL tolak pintu tu, jambangan bunga ros hijau tersemat cantik ditangannya. Dia melangkah masuk. Objek pertama yang dia nampak bila masuk adalah, tubuh seorang wanita yang terbaring lena di atas katil. Tubuh tu nampak lemah, dah pucat.

            “This is for you, dear.” Jambangan bunga di tangan, dia letak atas meja selepas menghidunya.

            Setiap kali dia melawat Misha disini, pasti dia bawa bersama jambangan bunga ditangan. Pasti setiap kali itu juga, jenis dan warna bunga yang dibawa akan bertukar-tukar. Nak nampak kelainan.

            Sudah seminggu, seminggu tubuh itu terbaring di sini tak sedarkan diri. Sangat kuat impak kejadian ini pada wanita itu. Sayu dan pilu Mikhail bila kenang apa yang dah berlaku pada gadisnya.

            “Assalamualaikum..”

            Mikhail menoleh. Min masuk bersama seseorang disisinya. Lelaki. Mikhail dan lelaki itu bersalaman. Senyuman juga dihadiahkan walaupun mereka tidak pernah kenal sebelum ini. Tertanya-tanya Mikhail dalam hati, siapa lelaki ini?

            “Mika.. Ni Azwan. Wan, ni Mika.” Min perkenalkan dua lelaki itu.

            “Mika baru sampai ke?” Tanya Min lepas dia duduk disisi katil Misha. Selimut yang senget itu dibetulkan. Mengeluh Min disitu lepas tatap wajah pucat tak berdarah Misha. Tangan Misha yang terjuntai di genggam. Sampai bila kau nak macam ni, Isha? Bangunlah. Aku dah nak pergi ni. Sebolehnya, aku nak kau sedar sebelum aku pergi.

            “Baru aje. Tak sampai lima minit.” Balas Mikhail.

            Min cium belakang tangan Misha. “Isha, please wake up. I really need you.” Keluh Min perlahan. Ada air jernih yang mengalir. “Aku nak pergi dah ni. Bangun, please. Kau cakap, kau nak peluk aku kan sebelum aku pergi?” Air mata Min jatuh ditangan Misha.

            Min bangkit mendekati wajah Misha. Dahi Misha dikucup. Lama. Bibirnya mendekat di telinga Misha pula, lantas dibisik perlahan, “Misha.. Mika tunggu kau. Tunggu sampai kau sedar. Tak kisahlah berapa lama pun masa kau ambil untuk sedar, dia tetap tunggu kau. Tapi.. Tolong jangan hampakan dia. Dah lama dia tunggu kau. Jangan kau siksa dia lagi. Aku mohon, Isha..”

            Min berdiri statik. Tangannya yang bersatu dengan tangan Misha cuba dileraikan. Air mata yang mengalir, diseka lembut. Dia berpusing mahu melangkah keluar. Dia tak punya banyak masa hari ni. Waktunya sangat terhad dan singkat untuk melawat kawannya disini.

            “Min..”

            Min berhenti melangkah. Mikhail dan Azwan juga. Mereka bertiga berpandangan. Sebelum pandangan mereka jatuh pada Misha yang terbaring.

            “Min..” Suara itu kedengaran lagi.

            Min dan juga Mikhail berlari anak mendekati Misha. Manakala Azwan keluar mahu panggil doktor.

            “Min..”

            “Isha.. I’m here.” Tangan Misha dipegang. Nampak kelopak mata Misha bergerak. Cukup buatkan Min dan Mikhail tersenyum.

            “Aku..” Min dan Mikhail mendekatkan telinga mereka pada Misha yang bersuara. Mata Misha masih lagi belum terbuka. “Min.. Mintak ma.. Maaf.”

            “Isha..”

            Mata Misha perlahan-lahan terbuka. Nampak urat matanya. Mata kanannya yang lebam buatkan Misha tak boleh luaskan pandangannya. Sakit. Sangat. Matanya hanya terarah pada Min. Mahu diraup pipi sahabatnya itu. Tapi dia tidak berdaya. “Min..”

            “Aku.. Aku tak boleh.. Tunaikan.. Permintaan kau..” Tersekat-sekat Misha bersuara, bersama batuk yang menjengah kerongkongnya. Min urut bahu Misha. Tapi bila dengar Misha menjerit kesakitan, pantas dia angkat tangan tu. Dapat dia nampak katil Misha bergegar menahan sakitnya.

            “Aku.. Aku dah banyak.. Kali seksa dia. Aku.. Bukan untuk dia.” Ucap Misha lagi bila sakitnya beransur hilang.

            “Misha.. Jangan cakap macam tu.” Min bersuara. Dia terpaksa menjauhi Misha bila doktor sampai mahu memeriksa Misha.

            Mikhail terduduk di kerusi. Air mata lelakinya jatuh jua untuk kali pertamanya. Sakit dia yang melihat, lagi sakit Misha yang menanggung. Tuhan.. Selamatkan dia untuk aku.
            “Boleh kita berbincang di luar?”

            Mereka semua keluar dari wad mahu mendengar penjelasan doktor. “Macam mana?”

            “Susah saya nak terangkan. Cik Misha, kritikal. Dan saya harap, encik dengan cik bersedia dengan segala kemungkinan yang tiba.”

            Terduduk Min disitu. Mikhail menyandar lemah tubuhnya ke dinding. Misha...

*****


MALAM tu, Mikhail teman Misha dihospital. Sebab esok dia cuti, dia boleh teman Misha disini. Tertanya-tanya juga dia, ke mana keluarga Misha? Kenapa mereka tak datang menjenguk anak sendiri? Setahunya, Min sudah memaklumkan perkara ini pada mereka. Tapi, di mana mereka?

            Wajah polos dan pucat yang terlelap itu ditatap sayu. Kesan lebam masih kelihatan. Parut di tangan Misha juga kelihatan. Parut kekal, katanya doktor. Ya Allah.. Kenapa sebegini perit perjalanan seorang insan bernama Misha ini? Apakah kebahagiaan bukan miliknya?

            Mikhail mengeluh. Dia bersandar di kerusi. Matanya masih fokus pada wajah yang terbaring itu.

            Bersedia dengan segala kemungkinan yang datang.. Ayat tu, masih bergema dalam pendengarannya. Dan dia berharap, kemungkinan yang tiba itu, membahagiakan dirinya dan juga Misha.

            Tegak badan Mikhail bila nampak mata Misha terbuka perlahan-lahan. Dia mendekati Misha. “Isha..”

            Misha tidak bersuara. Dia pandang Mikhail disisi. Wajah itu ditatap. Lama. Ingin sekali dia memeluk tubuh itu buat kali terakhir. Tapi dia tidak berdaya. Tubuhnya lemah sangat. Sudahnya, hanya senyuman yang paling manis dia hadiahkan buat tatapan lelaki itu, sebelum dia kembali pejamkan matanya. Pegangan tangannya pada tangan Mikhail perlahan-lahan longgar.

            Mikhail yang perasan perubahan itu lantas memanggil doktor selepas sudah berkali-kali memanggil gadis kesayangannya. Tapi yang dia dapat dengar hanya..

            “Cik Misha dah tiada.”



= The End =


P/s : Just read and leave a comment.. hohoo

9 comments:

  1. Enter your comment...lh hbis mcm tu je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, tamat macam itu je. Sebab idea keluar takat tu je. TT

      Delete
  2. Sooo sad..😢😢

    ReplyDelete
  3. Best tpi knapa parents misha xjenguk dia msa dkt hospital n min nk pegi mna sbnarnya?klau bleh tlg edit n tmbh skit supaya lbih detail...ksian reader yg excited bca:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Min tu nk pegi Penang knee tukar krja kt sne.. parents isha tu mcm xkesah sngt psl isha.tu apa yg Saya fhm

      Delete
  4. Best tpi knapa parents misha xjenguk dia msa dkt hospital n min nk pegi mna sbnarnya?klau bleh tlg edit n tmbh skit supaya lbih detail...ksian reader yg excited bca:(

    ReplyDelete
  5. Best tpi knapa parents misha xjenguk dia msa dkt hospital n min nk pegi mna sbnarnya?klau bleh tlg edit n tmbh skit supaya lbih detail...ksian reader yg excited bca:(

    ReplyDelete

Buah fikiran anda amatlah di hargai.