Iskandar kerling jam yang tersangkut didinding. Dah pukul lapan malam. Tapi batang
hidung Damia langsung dia tak nampak. Mia balik lambat ke? Tapi bila tengok
jadual yang Mia tampal dalam bilik kerja mereka, memang kesimpulan yang dia
buat tu tak masuk akal. Sebab kelas Mia habis pukul empat petang tadi.
Betul-betul masa dia baru nak mula lawan bola sepak.
Sejambak
bunga tulip warna biru dan juga dua paket coklat jenama Van Houten yang
dibelinya tadi dia pandang. Memang tersadai kat situlah bunga tu sampai tuan
punya bunga balik rumah.
Mengeluh sekejap dia. Mana Mia ni?
Bila tengok telefon, tak ada pulak pesanan yang Mia tinggalkan. Iskandar cuba
telefon isterinya. Panggilan bersambung tapi Damia tak angkat. Dan benda ni
memang buat dia runsing.
Wajahnya diraup. Nak telefon geng
Mia? Kang nanti dorang tanya, apa aku nak cedok? Dah lah semalam nyaris-nyaris
nak kena maki dengan June. Tapi.. Ahh, lantaklah apa dia orang nak cakap. Janji
dia dapat tahu kat mana Damia ada.
Nombor Jue dia dail. Kenapa Jue?
Sebab dia tahu, Jue masih ada budi pekerti lagi walaupun nampak tak berminat
dengan dia. Dan sifat itu sangat bercanggah dengan Zulaikha dengan June. Sebab
itu, dia lebih memilih berbincang secara damai dengan Jue, daripada berbincang
secara damai dengan Zulaikha dan June. Baru aje telefonnya nak letak kat
telinga, ada mesej masuk. Dari Mia. Terus dia tamatkan panggilan dan baca mesej
tu.
Saya
kat rumah along. Along call kasitau yg Iqmal demam.. and meracau-racau panggil
saya. Maybe, saya tidur rumah along je.
Iskandar senyum. Damia mesej dia pun
dia boleh lepas nafas lega. Alhamdulillah. Atleast
dia tahu Damia ada kat mana. Inilah Damia yang dia kenal. Meskipun dia tengah
dalam mood nak maki hamun Is, Damia tetap beritahu dia ada mana. Gadisnya tu
mesti akan dahulukan suami dia dalam apa jua keadaan.
Melainkan masa mereka bergaduh
sebelum ni. Yang tu, memang tak boleh nak kawal dah. Huhu
Rumah along ye.. Hmm, kalau Mia tak
nak balik sini.. Biar dia yang pergi sana.
LOCENG
rumah dia tekan. Pintu terbuka sendiri dan Iskandar memandu keretanya masuk dan
dipakirkan di porch. Lepas dah matikan enjin kereta, Iskandar melangkah keluar.
Dia lempar senyum pada Darwish yang pandang dia pelik. Iskandar tunduk berjabat
tangan dengan lelaki tu. Lama jugaklah mereka tak berjumpa.
“Ehh tak jadi pergi daki gunung ke?”
Pertanyaan Darwish, Iskandar balas
dengan kerutan di dahi. Daki gunung? Sejak bilanya pulak yang aku pernah daki
gunung? Jejak gunung pun aku tak pernah. Bukan sahaja jejak, nama gunung pun
aku tak tahu!
Bila nampak wajah terkulat-kulat
along, dia tahu mana along dapat pertanyaan macam ni. Ni mesti Damia tipu along
dan cakap yang dia tengah panjat gunung.
“Tak jadi, long. Tetiba kawan cancel. Katanya nak pergi bulan depan.”
Balas Iskandar. Bersahaja lagaknya.
Darwish angguk. “Ni tidur sini
ajelah ye. Tunggu sampai Iqmal kebah demam dulu baru balik rumah. Iqmal dari
semalam lagi duk panggil Mia.”
Iskandar hanya menangguk. Dah along
yang ajak macam tu. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantallah Is jadinya.
Darwish ajak Iskandar masuk dalam
rumah. Tapi tak ada orang pun di ruang tamu. Kosong. Dah tidur ke semua orang?
Tapi jam baru pukul sembilan setengah.
“Pergilah masuk tidur dulu. Esok-esok
kita sembang lagi.”
ISKANDAR
buka pintu bilik perlahan-lahan. Tergeleng kepalanya bila masuk bilik ni. Dia pandang
atas katil. Damia tengah lena tidur sambil peluk bantal peluk. Tak dia sangka,
Damia boleh tidur dalam lampu yang masih terbuka. Bukan tu aje, dengan
televisyen pun masih terpasang.
Remote control
dia ambil perlahan-lahan dari tangan Damia. Tak mahu lena isterinya diganggu. Televisyen
dia tutup. Pendingin hawa dia pasang sebab dia rasa yang bilik tu panas sangat
malam ni dengan level satu kipas yang
dipasang.
Iskandar senyum bila nampak
penampilan isteri dia malam ni. Bersinglet merah jambu. Berseluar pendek.
Penampilan yang memang susah sangat dia dapat tengok bila mereka berdua kat
rumah. Ini memang satu bonuslah untuk dia sebab dapat tengok. Mengancam
sungguhlah!
Tapi pantas dia geleng kepala bila
dia sedar yang dia masih belum dirikan solat Isyak. Terus dia melangkah ke
bilik air dan angkat wudhuk. Solat didirikan sebelum tidur.
DAMIA
menggeliat. Matanya dibuka perlahan-lahan bila rasa sesuatu landing atas dada dia. Bila dia buka
mata seluas-luasnya, yang dia nampak hanya samar-samar lampu dari jalan luar.
Ehh jap-jap!
Bila masanya pulak aku tutup lampu
ni? Bukan tadi aku tengah tengok TV ke? Ni macam mana pulak TV boleh tertutup
dan lampu bilik dah terpadam?
Ohh.. Mungkin Kak Hajar yang tolong
tutupkan. Dia pun tak nak pembaziran dalam rumah dialah! Itu sebabnya yang dia
terajin tolong tutupkan semuanya.
Damia sambung menggeliat. Tapi
geliatannya terhenti bila rasa ada sesuatu bergerak-gerak di atas dadanya. Bila
pandang dada dia, dia nampak ada satu tangan. Damia angkat kedua tangannya nak
pastikan samada tu tangan dia atau bukan. Tapi bila nampak yang kedua-dua
tangannya ada kat atas, dia pandang punca tangan tu.
Punca tangan tu menghantarnya ke
tubuh seseorang yang lena disebelahnya. Bila tatap wajah tu dia terus duduk
tegak sembilan puluh darjah. Macam tak percaya apa yang dia nampak sekarang ni.
Macam mana lelaki ni boleh ada kat
sini? Bila dia sampai?
Iskandar yang rasakan pergerakan
kuat, terus buka mata. Bila buka mata, perkara pertama yang dia nampak adalah
isterinya yang pandangnya pelik. Terus dia hadiahkan senyuman. Dia pun turut
sama duduk di atas katil. Matanya digosok.
“Kenapa tak tidur lagi ni?” Tanyanya
bersama suara yang serak. Dia berdehen kemudiannya.
“Bila boboy ada kat sini?”
“Hmm..” Iskandar pandang jam.
Sekarang dah jam satu pagi. “Dekat tiga jamlah jugak.”
“Tiga jam? Bila sampai?”
“Sebelum tiga jam yang lepas.” Balas
Iskandar bersama senyuman. Betul apa yang dia cakap. Dia tak tipu.
“Along..”
“Along percaya yang boboy cancel panjat gunung.” Tubuh kembali
dibaringkan. Bersedia nak sambung tidur balik. Selimut dia tarik sampai tutup
pinggangnya.
Damia mengeluh. Iskandar pandang
gadisnya. “Ni kenapa lari sampai sini?” Soalnya.
“Mana ada lari. Orang drivelah. Jauh kot nak lari dari rumah
sampai sini.”
Iskandar tayang muka toya. Nak cakap
bengap kang, isteri sendiri. “Okay look.
I’m sorry okeh.”
“Atas alasan?”
“Dah ternaikkan suara kat baby malam tadi. Seriously tak sengaja.” Tangan Damia dia capai sebelum dikucup.
“Baby
yang patut minta maaf sebenarnya. Baby
tak patut..”
“Forgiven!”
Potong Iskandar. Tak nak dengar lagi dah hal semalam.
“Sure?”
Naif, Damia menyoal.
“Hmm..” Angguk.
Damia senyum dah terus peluk suami
dia. “Thanks.”
“Dengan syarat, tak cakap dah pasal
benda ni. Rezeki yang tu, kita serahkan pada Allah. Sebab Dia tahu apa yang
terbaik untuk kita. Kita sebagai manusia yang kerdil ni, tak elok nak masuk
campur dalam urusan Allah. Kita kenalah percaya rezeki yang satu tu ada. Cuma
kita aje yang tak tahu bila dia akan datang pada kita.” Tenang Iskandar
bersuara.
Damia senyum lagi. “Janji
termeterai!” Gelak.
No comments:
Post a Comment
Buah fikiran anda amatlah di hargai.