"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Monday, May 04, 2015

Truth Or Dare -3-


Dalam ramai-ramai orang tu, Fawwaz bersabar aje dengan Aireen ni. Tak sangka pula yang Aireen ni lambat macam kura-kura bila dalam air. Bila kat darat, bukan main laju tingkah dia. Tengoklah macam sekarang. Kawan-kawan dorang yang lain semuanya dah selamat berpegangan tangan tengok hidupan laut tak jauh dari tempat bot ni berhenti. Yang dia dengan Aireen, masih lagi kat sini. Ditepi bot.

            “Pakai mask.” Suruh Fawwaz. Aireen pakai mask. Letak mask itu dibetulkan. Kalau salah tempat, memang mati lemaslah dia dalam laut ni. Memang Fawwaz balik pantai sana berenanglah jawabnya.

            “Pakai snorkel pula.”

            “Macam mana nak cakap nanti?” Tanya Aireen lurus.

            Fawwaz rasa nak pitam. “Ada ke orang pakai snorkel dalam laut, then dia cakap?” Sarkastik Fawwaz menyoal.

            Aireen angkat bahu. “Manalah aku tahu. Tak pernah pun aku tengok.” Selamba gadis tu menjawab.

            Fawwaz gosok lehernya. “Bila someone buat snokerling dalam laut, orang tu tak boleh cakap sebab menatang snorkel ni dah sumbat mulut dia. Ada faham?”

            Aireen angguk.

            “So, let’s go.” Fawwaz kembali pakai snorkelnya.

            “Tapi kalau aku lemas macam mana? Aku mana reti berenang.”

            Fawwaz kembali buka snorkelnya. Sabar Fawwaz. Masa ni aje kau bawa bersabar dengan minah ni. “Aireen sayang.. Macam yang aku cakap sebelum ni, kau jangan risau apa-apa. Sebab apa.. Sebab aku akan sentiasa ada kat sebelah kau sampailah kita balik pantai. Okay?”

            Aireen diam. Termati kata sebenarnya bila dengar Fawwaz letak sayang dibelakang namanya buat kali kedua. Macam ada kat awang-awangan. Tapi, bukankah Fawwaz dah berpunya?

            “Or tak pun, just hold my hand till we back. Kau nak pegang tangan aku sampai bila-bila pun aku tak kisah. Okay, sayang?” Fawwaz pakaikan snorkel pada Aireen. Kemudian, dia pakai snorkel pada dirinya. Tangan Aireen dipegang sebelum dia tarik gadis itu ke tengah sedikit.

            Dan bermulalah aktiviti snokerling mereka setelah hampir lima belas minit tergendala.


FAWWAZ menggeleng. Tersenyum dia sekejap melihat reaksi keanak-anakan Aireen kat sebelah. Ohh tak lupa juga, Fawwaz ada bawa satu kamera kalis air dalam poketnya. Dan semenjak dari tadi, hanya gambar Aireen aje yang ditangkapnya. Itupun sebab Aireen yang suruh bila nampak dia duk berselfie sensorang dengan ikan-ikan kat belakang.

            Fawwaz menggeleng lagi bila ingat masa mula-mula nak menapak masuk dalam laut ni. Macam-macam hal yang Aireen buat semata-mata tak nak masuk dalam laut. Tapi tengoklah sekarang. Macam dialah orang pertama yang mula masuk dalam laut rasa gembiranya tu. Ni kalau ajak balik bot, mesti tak nak. Siap-siap, suruh pak cik bot tu tunggu dia untuk lagi sejam!

            Aireen seronok dalam dunianya sendiri. Sampai langsung tak sedar Fawwaz duk meniliknya dari tadi. Sampaikan, gambar dia yang ditangkap Fawwaz pun dia tak sedar. Sebab dia rasa seronok duduk dalam air. Tengok ikan-ikan berenang kelilingnya. Tengok hidupan laut yang pelbagai jenis. Nampak batu karang yang cantik-cantik. Selalunya, dia dapat tengok ni semua dalam under water world sajalah.

            Tapi jauh di dalam hati Aireen, dia rasa seronok sekarang ni pun sebab Fawwaz yang teman dia. Dia sedar siapa dia dalam hati lelaki tu. Tapi selagi masa yang bahagia ni dimanfaatkan, selagi tu dia boleh rapat dengan Fawwaz. Mengenali satu lagi sisi hidup lelaki tu.

            Fawwaz sebenarnya bukan yang macam dia anggap selama ni. Lelaki tu caring sebenarnya. Masih ada satu bahagian sisi hidupnya yang boleh buatkan dia cair. Tapi itulah, bila bayangan Fawwaz bersama seorang perempuan kurang beberapa tahun yang lepas kembali bermain dalam ingatannya, dia rasa down. Tak sepatutnya dia merampas Fawwaz dari perempuan tu.

            Dia seorang perempuan. Dia juga faham macam mana sakit dan kecewanya bila orang lain suka kekasih kita. Rasa tu sakit. Amat sakit. Sehingga menusuk tangkai hatinya yang paling dalam. Segera perasaan yang baru bertamu dalam hati, ditepis keluar.

            Aireen naik ke permukaan air. Diikuti Fawwaz di sebelah. Fawwaz buka snorkelnya. “Kenapa?” Disoal Aireen.

            Aireen pandang batu besar ditengah-tengah laut tu. Teringin dia mahu naik di atas batu besar tu. “Nak naik batu tu.” Disuarakan keinginannya.

            Tanpa berlengah, Fawwaz segera membawa Aireen ke sana. Dia membantu gadis itu memanjat batu besar itu sebelum dia pula yang memanjatnya naik ke atas.

            “Cantiknyaa..” Puji Aireen bila sudah dia melihat sekeliling. Subhanallah. Indahnya ciptaan Allah.

            “Habislah. Hitamlah muka kau nanti.”

            Aireen gelak. “Aku dah pakai sun blocklah, tak adanya hitam. Entah-ntah, muka kau yang hitam. Masa tu, memang akulah orang pertama yang gelakkan kau.”

            “We’ll see. Siapa yang gelakkan siapa nanti.” Gumam Fawwaz.

            “By the way, apsal kau takut sangat nak masuk laut ha?” Tanya Fawwaz lepas dia dan Aireen diamkan diri lebih kurang dua minit.

            Aireen mengeluh. “Masa aku kecil dulu, aku pernah lemas dalam laut. Masa tengah snokerling macam ni lah.”

            Fawwaz jongket kening. “Mana life jacket kau?”

            Aireen angkat bahu. “Biasalah budak-budak. Aku memang tak suka pakai benda yang terlalu ketat macam life jacket tu, and aku pun bukalah. Tapi tak sangka pula, masa tu juga laut bergelora dan aku salah seorangnya terjatuh dalam laut. Lemas. Dan terus masuk hospital. Paru-paru aku masuk air sampai kena tebuk nak buang air tu. Lepas dari tu, aku terus tak berani masuk laut.” Cerita Aireen.

            Fawwaz angguk. Ohh macam tu. No wonderlah kalau Reen ni fobia dengan air laut. “Tapi cuti sem yang sebelum-sebelum ni, kau nampak okay aje.” Fawwaz baru teringat pasal percutian semester mereka yang sebelum ni. Bercuti di laut juga.

            Aireen senyum. “Sebelum-sebelum ni, kita tak ada pun kan pergi snokerling? Paling jauh kita pergi dalam laut pun, kat tepi pantai tu aje. Dan aku tak rasa yang tepi pantai tu kedalamannya mencecah separuh dari diri aku. Kan?”

            Fawwaz angguk lagi. Betul juga tu. Inilah kali pertama percutian mereka ada aktiviti snokerling. “Macam mana Amin boleh tahu yang kau takut laut?” Soal Fawwaz.

            Aireen angkat bahu. “Yang tu aku tak tahu. Mungkin dia tahu dari geng perempuan kita juga kot.” Balas Aireen. Lagipun, kalau geng lelaki mereka tahu sekalipun akan kelemahan Aireen yang satu ini, mesti Fawwaz takkan pernah ambil tahu pun. Lelaki tu, mana pernah kisah dengan hal diri Aireen. Mereka jadi satu geng ni pun sebab si Ilham dengan Nisa.

            “So, how you feel?

            “Right now?

            Fawwaz angguk. “Hmm..”

            Aireen senyum nipis. “At first, aku rasa geram, bengang, dan rasa nak maki aje kau tadi. Sebab sesuki mak ayah nenek moyang kau aje paksa-memaksa aku naik bot. Mama aku sendiri pun tak pernah tahu paksa aku sampai macam tu.” Aireen memuncung pula. “But atlast, aku rasa,, happy. “ Aireen kembali senyum. “Yeah, dah berpuluh tahun aku tak masuk laut, dan aku rasa macam inilah kali pertama aku masuk laut sepanjang aku hidup.” Aireen pandang Fawwaz kat sebelah. Dia senyum. “Thanks.” Ucapnya sambil bermain-main dengan snokelnya.

            Fawwaz jongket sebelah kening. “Untuk?” Pelik sebenarnya. Untuk apa ucapan terima kasih itu? Dia tak pernah pun buat kebajikan pada wanita ni. Banyak buat Aireen sakit hati adalah. Ya, dia mengaku itu.


            “Dah hilangkan rasa fobia dan takut aku.” Aireen menunduk selepasnya. Dia pernah berjanji dengan dirinya, jika ada seseorang yang bergelar lelaki, yang berani menghapuskan rasa takutnya pada laut, dia akan mengahwini lelaki tersebut. Tidak kira fizikal, ekonomi dan kekurangan si lelaki. Tapi bila tahu siapa orang itu, perlahan-lahan Aireen mengeluh. Lelaki ni, dah berpunya.

P/s : Sorry

No comments:

Post a Comment

Buah fikiran anda amatlah di hargai.