Pages

Search This Blog

15 Aug 2015

Cerpen : Aiman

OLEH : PenyuHandsome

Sofa yang dirasakan terhenyak itu dibiarkan sepi. Susuk badan sahabat sejiwanya itu dikerling dengan ekor mata coklat tuanya. Alaa, dark brown bak kata orang.

“Weh..”, panggil sahabatnya itu.

“Hmmmm.”. Cukup deheman menandakan bahawa I’m listening ditunjukkan.

“Weh..”

“Hmmmm.”

“Weh..”

“Apa lagi kau nak?”, berangnya. Serentak itu, kusyen Mickey Mouse yang kebetulan dipeluknya dengan mata bulat penuh menggoda selamat melayang ke muka si pengacau.
‘Kacau betullah si debab ni.’ ujarnya, cukup sekadar di dalam hati. Kau gila nak kutuk si Aiman ni depan-depan? Mahu tak kena silat aku!

“Woi sakitlah! Nasib tak tumpah Ribena Susu aku!”, marah Aiman yang memegang muk berisi air kegemarannya. Anak Puan Sofea ni memang tak sah kalau tak minum air favourite dia tu sebelum tidur. Aku tak tahu lah apa yang ibu Aiman ni minum masa mengandungkan dia ni sampai dia addicted gila nak minum benda alah tu.

Sampai aku pernah kena peluk dengan Muhammad Aiman Ariff bin Rizal Suffian ni masa aku tengah nyenyak tidur kat bilik aku. Gila tak terkejut? Pukul 3 pagi kot dia ngigau peluk aku. Dan aku tahu mengapa-hal-ini-terjadi sebab dia lupa nak minum air dia tu. Sumpah serik! Terus lepas tu tiap-tiap malam aku pesan kat dia suruh minum.

                “Apa kau nak?”, sergahku.

                “Ris..” sengihnya sehingga menampakkan gigi putihnya yang tersusun rapi. Haa part yang ni aku jealous betul dengan dia. Gigi lawo beb!

                “Apaa lagiii?” balasku meleret bercampur kegeraman.

                “Jom esok teman aku pergi pesta buku?” tayang gigi. Saja dia ni buat aku jealous tau!

                “Nak buat apa?” balasku acuh tak acuh sambil melayan game Angry Bird di telefon. Hei, umur bukan penghalang okeh!

                “Dah nama pun pergi pesta buku, takkan cari beras pulak kat situ.”, balas sahabat fillahku meleret. Geram letew sebab aku tak tumpukan perhatian 100% kat dia. Si Aiman Ariff ni memang pantang orang cakap dengan dia tak pandang muka. Tah, dia kata sebab dia takut dia syok sendiri cakap dengan tiang lampu.

                “Aku tengah pokai lah. Akhir bulan kan ni..”

                “Aku suruh kau teman. Bukan suruh kau beli.”

                “Haa dah tu nanti masa teman kau aku takyah minum ah? Kau pilih buku dah lah lama. Mengalahkan perempuan.”, ujarku membalas. Haha, mestilah nak menang, bro!
Diam untuk beberapa ketika.

                “Iyaaa. Nanti aku belanja lah kau air batu Malaysia tu. Cakap je nak berapa, aku sedia beli untuk sahabat aku ni.” Senyum comel dihadiahkannya untukku.

                “Haaa sedia lah sangat kan kalau air batu tu kau beli dari Mak Jah rumah sebelah. Sebelum pergi lagi kau dah belikan, kan?”, sinisku. Mak Jah tu jiran kiteorang sebelah rumah. Dia lah mak kiteorang kat sini. Asal kiteorang lapar kebuluran sangat je, mesti dia ada hulur makanan. Yelah, dah kiteorang berempat je dalam rumah ni. Hakim dengan Payed tu pandai masak sebenarnya. Tapi tahu lah lelaki. Dengan barang memasak takde lagi. Apa bak kata orang, dapur tak berasap? Haa cemtu lah kot bunyinya.

                “Kau ni. Tak baik tau tolak rezeki..” meleret Aiman menegur. Haa masuk dah, masuk dah.

                “Yelah yelah, aku ikut.”, putusku bersetuju. Selagi ada masa, baik kita happy kan sahabat kita kan?

                “Kau nak tahu tak?”

                “Taknak!”, pantas aku memotong kata-katanya sebelum sempat dia meneruskan.

                “Selama ni aku cari buku lama sangat yang kau kata kau-sempat-balik-rumah-tukar-baju-pergi-mamak-tengok-bola tu sebab aku nak something yang berkualiti. Tak best lah kan kalau kita dah bazir duit beli benda alah tu tapi last-last benda tu tak best. Kita mestilah nak kepuasan kan? Macam tu jugak bila nak cari zaujah nanti. Mestilah kau nak yang berkualiti. Taknak yang disentuh orang. Tapi sebelum kita nak mencari tu, kita mestilah kena menjadi dulu. Baru..”

                “Kena menjadi apa ni?”, balasku tidak memahami maksud tersirat ayatnya sekaligus memotong percakapannya. Tahu lah dulu ambik aliran sastera kat sekolah!

                “Okay look. Kita nak cari zaujah yang solehah kan? Tapi diri kita sendiri tak betul. Allah dah kata, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Tak masyuk lah kalau kita nak yang best je, tapi diri sendiri perangai macam hantu. Sebelum cari tu, kena lah jadi dulu. Macam mana nak jadi zauj kalau Subuh pun jamak dengan Zohor?”

Peh, serious yang ni deep. Menusuk betul ayat anak Encik Rizal Suffian ni!
Aku diam. Jelas keterlihatan senyuman tersungging ikhlas di bibirnya. Ayatnya itu kedengaran sinis ditelingaku walaupun aku tahu bukan itu niat sebenarnya.

                “Eh apa tetiba aku merepek ni? Haha, dah jomlah solat Maghrib. Aku pergi bentangkan sejadah, kau pergi ambik wuduk okay.” Aiman bangun perlahan-lahan dan menuju ke dapur bersama muk di tangan sebelum ke tingkat atas rumah yang dihuni kami berempat.

Betul kata Aiman. Kalau diri sendiri hancur, macam mana nak bimbing anak dara orang?
Kalau diri sendiri hantu, guano nak ajar anak dara orang?

                ‘Haih. Banyak betul halangan nak berubah ni.’, monologku sendirian. 

............

                “Woi bangun! Jom qiamullail. Pat pat. Jangan malas Syed Faris Ar-Rayyan!” bingit telingaku dengan suara Aiman yang mengejutkanku.

‘Hancur mimpi aku nak drive Lamborghini tadi!’ dengusku di dalam hati.
Jam dinding pemberian girlfriendku dipandang sekilas. Huh, baru 3 pagi!

                “Hmm kejaplah. Esok kan boleh..”. Semangat betul syaitan hasut aku pagi-pagi ni. Mataku dipejamkan malas tanda aku ingin menyambung tidur yang tergendala.

                “Haa korang. Start!”. Kedengaran suara Aiman seolah-olah memberi arahan kepada ‘seseorang’. Lantak dia lah, baik aku sambung tidur.

Serentak itu, aku terasa seperti berada di awang-awangan apabila katilku dipijak sambil dilompat oleh beberapa orang hamba Allah yang sudah siap berkopiah.

                ‘Gila lah dorang ni kacau orang nak tidur aje!’ marah hatiku.

“Bangun bangun, bangun Faris bangun. Jangan tidur lagi, Seteru sudah datang! Bangun (bangun), Bangun (bangun), Bangun Faris bangun (bangun), masa keramat ini, Jangan digadaikan! Bangun Faris bangunnnnn!” Lagu asal Malique-Bangun Harimau Bangun itu didendangkan sambil ditukar lirik secara spontan oleh ‘mereka’. Aduh, gila bingit!
Katil yang dilompat-lompat itu membuatkan aku tidak jadi untuk menyambung tidurku. Tambahan lagi dengan lagu yang dicarcamarbakan membantutkan niatku. Siap ada background singer tu!

                “Haa bangun pun anak manja Puan Zubaidah ni.” ujar beberapa suara halus ketika langkah kakiku ini menuju ke tandas di tingkat bawah rumah.

Tangan kananku ku angkat separas kepala sambil digoyangkan kebelakang menunjukkan ‘ya-korang-menang’ sambil badan yang terhuyung-hayang aku bawa ke tandas.

Aku dah biasa dengan diorang ni. Thanks to them jugak, sebab diorang lah aku dah rajin nak Tahajjud dan Qiamullail walaupun aku ni liat nak bangun tidur. Kau tahu, sampai pernah satu hari tu, diorang bukak lagu Bila Izrail Datang Memanggil sebelah telinga aku sebab diorang dah fedup sangat nak kejut aku bangun Subuh. Siap letak speaker yang selalu kiteorang guna bila nak layan filem tu!

Siapa tak takut?

............

Tengah hari itu, seperti yang dijanjikan, aku dan Aiman ke pesta buku yang diadakan di bandar. Hakim dan Payed turut turun ‘mencemar duli’ walaupun aku tahu dorang tak berminat dengan buku-buku ni. Haa lupa nak habaq, Hakim dengan Payed nipun housemate aku jugak. Diorang lah yang bertanggungjawab ‘melagukan’ dan mengejutkan aku pagi tadi atas arahan Tuan Director Aiman Ariff.

                “Weh, aku nak pergi cari buku kat sana. Rasanya kat sana banyak yang best. Kau tunggu sini jap eh. Sat ja, nanti aku datang ambik kau.”, ujar Aiman dan dia terus melangkah ke tempat lain diikuti Hakim dan Payed meninggalkanku keseorangan.

                ‘Adui dia ni. Aku mana lah tahu ada apa kat sini. Jangan tinggal dakuuuu~’ desis hatiku sambil tiba-tiba kedengaran melodi yang sedih bermain di segenap relung hatiku.
Puii, geli pulak bila lelaki macho macam aku tetiba berjiwang!

Akibat kebosanan melampau menunggu Aiman dan dua serangkai itu, aku mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar pameran buku terbesar ini. Langkah kakiku tiba-tiba mati sejurus terpandang sebuah buku berwarna kuning yang terletak cantik di atas rak buku.

                ‘Mo-men-to. Momento. Buku apa ni?’. Tajuk buku itu ku baca sekilas. Gatal pulak tangan aku nak ambik buku ni.

Sinopsisnya yang ringkas itu berjaya menarik perhatianku. Macam best je, desis hatiku.
Buku yang mengisarkan kisah beberapa orang pemuda yang merupakan admin Tarbiah Sentap itu ku buka. Halaman putih yang bercetak tulisan itu membuatkan aku tenggelam dalam duniaku sendiri sehingga terasa seperti bahuku ditepuk seseorang.

                “Kau baca apa ni?”, tanya Payed, jejaka tinggi lampai sambil menghulurkan air kepadaku. Sahabat betullah dia ni, macam tahu-tahu je aku tengah haus. Tunggu diorang lah lama sangat!

                “Ni haa..”, ujarku sambil menunjukkan buku di tangan. Air milo ais itu ku sedut perlahan. Ah, lega!

                “Aku rasa macam nak beli ah. Best doh.”, sambungku lagi.

                “Eh, aku kan ada beli buku ni dulu. Hehe, tapi adik aku tengah baca lah.”, celah Hakim.

                “Kau nak ke? Ambik je, aku belanja.”, tawar Aiman seraya menunjukkan barisan gigi putihnya.

                “Serious ni bro? Wah terima kasih syukran jiddan! Haa nah nah pi bayar. Kaunter kat sana eh.”, ucapku berseloroh. Bukan senang nak pau si Aiman ni!

Aaaaa, aku excited!

............

“Man, bangunlah. Kenapa kau buat aku macamni? Aku ada salah ke kat kau, Man?”, tuturku sayu. Termasuk hari ini, sudah 5 hari Aiman terlantar di hospital kerana koma akibat hentakan yang kuat di kepala.

Hakim dan Payed hanya memandangku sayu. Ah, aku tak kisah nangis sebab member sendiri!

Alkisah selepas balik dari pesta buku haritu, kami bercadang untuk makan tengah hari di warung berdekatan. Hakim dan Payed ni perut buaya. Tak habis-habis makan. Lepastu tinggalkan aku dengan Aiman berdua kat belakang yang tengah berceloteh pasal usrah yang dia dengar kat kampus minggu lepas.

                “Takpe, kiteorang pergi cop tempat dulu. Biasanya time time sekarang ni orang tengah ramai. Nanti korang datang tau!”, tutur Payed dan setelah itu, mereka terus lesap. Eleh, macam aku tak tahu. Diorang dah kebulur sangat tu! Alasan, haha.

Aku pula hanya melayan apa yang diceritakan Aiman. Yang bestnya, Aiman ni tak pernah penat nak bagi tazkirah kat aku walaupun dia tahu aku tak dengar. Tapi serious ah, apa yang dia pesan selama ni still melekat dalam otak aku walaupun tu kisah sebulan lepas.

                “Naqib usrah tu cakap, couple ni dosa. Salah satunya sebab nanti kita lalai. Lalai dalam mengingati Allah, lalai beribadah dan macam-macam lah! Pastu kita berzina..”

                “Whoaa berzina apa beb? Aku tak pernah seh zina!” potongku, menegakkan benang yang basah.

                “La taqrabu zina. Jangan dekati zina. Zina ni bukan zina yang ehem ehem tu je. Zina mata dengan zina hati tupun dosa jugak. Macam kau, kau selalu rindu makwe kau kan? Haa makwe kau tu ajnabi bagi kau. Boleh dikahwini. Tanpa ikatan yang sah, kau dok pulun rindu dia. Tapi mak ayah kau yang kat kampung tu tak pernah pulak kau rindu. Takde pulak kau rindu sampai duk up moment kat Wechat, sampai twit mengadu rindu gila nak mati bagai? Apa-apa semua cari awek.Tapi bila duit habis cari mak ayah jugak!” Fuuh, pedas betul kata-kata Aiman ni.

Aku diam. Menusuk ke pankreas betullah ayat dia ni!

                “Kau dok bercouple acaca sweet tak takut dosa ke? Dok gayut tengah-tengah malam guna topup yang mak kau bagi untuk kau belajar, tak rasa rugi ke? Tak rasa ke yang kau dah kecewakan mak kau? Mak kau doakan kau berjaya siang malam, tapi sebenarnya kau tak belajar. Kau leka buat benda haram. Tak rasa ke yang kau macam dah punahkan harapan dia?” sambung Aiman lagi.

Okay kalini aku tak tipu. Sumpah deep gilaa doh ayat dia!

Tengah sedap-sedap Aiman berceloteh tentang Disadvantages of Couple, tiba-tiba kelihatan sebuah motosikal LC memotong laluan kami lalu meragut seorang makcik yang kebetulan sedang bercakap di telefon.

                “Weh kejarrr!”, jerit Aiman. Penuh semangat Aiman berlari dengan hati yang murni untuk mengejar peragut itu.

Dan bermula detik itu, Aiman di sahkan koma akibat hentakan di kepala dan diseret sejauh 10 meter kerana dia tidak ingin melepaskan beg tangan yang diragut peragut itu. Selepas beberapa ketika, barulah peragut tadi berputus asa dengan melepaskan beg itu lalu memecut laju motor.

Betapa hiba hatiku ketika memangku kepala Aiman. Wajahnya yang macho itu ku usap dengan belakang tangan.

“Aiman, sabar okay. Ambulans tengah on the way. Kawan aku kuat kan?”, tuturku hiba. Kebetulan ketika itu, sebuah kereta peronda sedang meronda kawasan tersebut. Alhamdulillah, peragut itu berjaya diberkas. Huh, penagih dadah rupanya! Semoga diberikan hidayah Allah, Aamiin.

Entah, orang kata kawasan ni memang ‘keras’ sikit. Keras dengan peragut, penculik bagai. Aiman yang ajak aku lalu sini sebenarnya. Mungkin dia ada instinct yang kuat akan ada orang kena ragut kat sini. Mana tahu, kan?

“Ris.. aku.. kau.. sayang.. Hakim.. Payed..” pengsan.
Ya Allah, kawan aku!

............

                “Aiman, masuk hari ni dah 5 hari kau koma beb. Kau tak rindu aku ke? Kau tak rindu ke nak buat usrah rendam hati aku yang keras ni bagi lembut sikit?” Hiba.

                “Aiman, kau tak rindu ke nak kejut aku bangun Qiamullail? Kau tak rindu ke nak minum Ribena Susu kau Man?” Luluh hatiku. Tapi aku tahu dia mendengar.

                “Aiman, aku dah berjaya keluar dari dosa haram tu Man. Aku dah tinggalkan kerja couple tu Man. Betul kata kau, Man. Kau tak happy ke tengok aku putus Man?”, sayu aku menutur. Thanks to you, Aiman. Sebab ayat kau yang menikam tu, aku ada kekuatan nak putus. Terima kasih, sahabat.

                “Aiman, kau tak suka kan orang cakap dengan kau tak pandang muka tak berbalas suara? Kan Man, kan? Aku pun tak suka, Man. Kau diam je. Jawab lah, Man. Aku taknak cakap dengan tiang lampu, Man.” Terletus gelak pahitku bila teringat ‘falsampah’ Aiman.

Aku taknak cakap dengan tiang lampu, Man. Bangunlah Muhammad Aiman Ariff..

............

Berita yang disampaikan oleh ibu Aiman tadi merobek hatiku.

                “Ris, anak makcik tak kuat. Doktor kata peluang dia nak hidup tipis..”
Allah! Terasa seperti dua buah batu yang berat menghempapku serentak. Hakim dan Payed yang turut berada di situ sempat menyambarku yang hampir longlai menyembah bumi.

                “Sabar, Faris. Qowiy! Kita doa sama-sama untuk Aiman ya. InsyaAllah, he’ll be okay.”, penuh sabar Payed memujukku sejak hari pertama Aiman dimasukkan ke hospital. Mujurlah, dua serangkai ini ada untuk aku bersandar.

                “Chill, Ris. Kalau kita sendiri tak kuat, macam mana Aiman nak kuat? He needs us! Ibu dia yang lahirkan dia, yang usung dia 9 bulan 10 hari pun boleh sado macam tu, takkan kita tak boleh?”- Hakim.

Maafkan aku, Aiman. Aku leka..

Kau kuat kan, Man? Tunggu aku, Man!

............

Yassin berwarna biru itu aku tutup. Sengaja aku mengambil Yassin kegemaran Aiman dari rumah itu kerana rindu yang mencengkam jiwa. Hati, qowiylah!

                “Malam ni, kita tidur sini. Aku pun nak teman Aiman jugak. Mohon jangan tamak ya Ris!”, seloroh Payed.

Senyum pahit aku berikan. Ambiklah Yed, dia kan kawan kita?

                “Haha, aku nak turun ni. Nak beli makanan. Perut kau tak tahu lapar ke, Ris?”, tanya Hakim pula, cuba menceriakan suasana.

                “Tak lah. Selera aku dah hilang. Hmm, kau tolong belikan aku Ribena Susu boleh?”, pintaku mengharap. Ahhh, rindunya kat Aiman!

Hakim diam. Payed pun. Aku tahu mereka mengerti.

                “InsyaAllah, nanti bayar balik tau. Tak termasuk caj kaki aku berjalan lagi ni.”, lawak Hakim lagi. Haha, aku bersyukur dikurniakan sahabat yang memahami jiwa ni.
Setelah itu, pintu wad persendirian itu ditutup dengan perlahan oleh Hakim. Hakim ni penakut orangnya, bukan main dia paksa Payed suruh follow dia. Siap ugut taknak teman Payed tengok bola lagi.

Malam ini, kami sepakat untuk menjaga Aiman bersama-sama. Ibu Aiman memutuskan untuk menjaga Aiman hanya pada siang hari akibat kekangan masa dan tanggungjawab terhadap keluarga. Jangan risau, makcik! Anak makcik yang debab ni akan saya jaga dengan telusnya!

............

Aku pandang Hakim dan Payed yang lena tidur di sofa. Tak tahu lah kenapa, mata aku liat betul nak tidur malam ni.

                “Aiman, best ke tidur lama-lama? Kau mimpi apa sampai kau taknak bangun, Man? Kau tak rindu ke nak makan Maggie Cup dengan kiteorang, Man?” Tangan Aiman aku genggam erat. Hiba diriku melihat kesan calar di tangannya. Muka dia jangan cite lah. Allah, sebak.

                “Weh, kau tahu tak.. tadi Mak Jah kirim Ayam Kurma. Favourite kau kan? Aku takut nak makan, aku takut nanti kau marah. Aku taknak nanti bila kau bangun kita gaduh sebab Ayam Kurma dah habis. Jadi aku simpankan untuk kau. Ada ni haa aku bawak. Nanti kau dah bangun, aku janji aku suap kau okay.”, perlahan kata-kata itu meluncur keluar dari bibirku. Cukup hanya didengari antara kami berdua.

                “Man, kau kena kuat tau? Tadi lecturer kau pesan, kau tak siap lagi assignment dia. Dia nak kau siapkan, Man. Haha, sebab tu kau kena bangun Man. Kau tak suka kan orang yang tak tunaikan amanah ni?”

                “Ariff, haha rasa kekok pulak panggil kau guna nama ni. Kau tahu, tadi masa aku masuk kelas.. semua serbu aku suruh pelukkan kau untuk dorang. Admire betul dorang dengan kau kan? Aku nak peluk kau, tapi aku takut kau sakit. Dorang pesan suruh bagitahu kau yang kau kena kuat. Dorang rindu nak kacau kopiah kau dalam kelas. Dorang rindu nak selfie dengan kau. Nampak tak semua tengah tunggu kau bangun, Man?”, ucapku sayu. Terasa Aiman seolah-olah cuba membalas genggaman tanganku.  Aku hanya diam melihat reaksinya. Dah biasa jadi macam ni. Semalam punya semalam pun Aiman memberikan reaksi yang sama. Doktor kata tu tindak balas yang memang normal dari pesakit sebagai tanda yang diorang dengar apa kita cakap.

                “Man, tadi siang aku masuk bilik kau. Bilik kau suram je Man. Macam sedih jugak ketiadaan tuan dia. Tapi aku paling admire cadar Naruto kau. Senyum je doh walaupun aku hempap dia. Dia kuat macam tuan dia.” Air mata ku sapu lembut. Lantak lah lawak bodoh pun, janji Aiman bangun..

                “Bro, aku still nampak handsome kan walaupun nangis macam ni? Haha, biasanya kau ada sebelah aku usik aku time aku nangis sebab tengok Mohabbatein. Kau mesti campak tisu kat muka aku konon suruh aku berhenti nangis. Tapi sekarang ni takde dah. Kau tak rindu aku ke Man?” seduku. Woi gilaaa, aku rasa nak banjir dah wad ni!

“..Kau tengok Hakim dengan Payed tu. Diaorang sanggup tidur kat sini walaupun dorang penat baru balik dari buat kajian kat hutan uni kita tu. Demi kawan, beb. Kau tak rasa kesian ke tengok dorang, Man? Penat dorang tunggu kau.” sambungku lagi.

“Weh, kat luar tu hujan. Kau ingat tak, kita pernah mandi hujan berempat kat depan rumah tu? Idea sengal kau lah ni. Siap nyanyi lagu Sesungguhnya lagi. Acaca Raihan kan kita? Haha, pastu esoknya masing-masing kena hambat dengan Mak Jah sebab dah tahu antibodi tak kuat, lagi nak mandi hujan. Sweet je kita demam sama-sama makan bubur Mak Jah depan tv.” Rintik-rintik hujan seolah-olah memahami kesedihan yang ku alami.

Sesungguhnya.. walau ku kutip semua permata, di dasar lautan..
Sesungguhnya.. walau ku siram dengan air hujan, dari tujuh langitMu..
Namun cinta.. takkan hadir,
Namun rindu.. tak akan ber bunga..

............

                “Weh, mana Ar-Rayyan tu?”

Suara yang tidak asing lagi itu membantutkan langkah kakiku yang ingin melangkah masuk ke dalam wad berwarna biru itu. Eh, tu macam suara..?

                “Aimaaaaaaaan!” Terus aku menerpa masuk dengan laju dan lari memeluk Aiman. Ya Allah, Alhamdulillah Aiman dah sedar!

                “Weh.. uhuk uhuk.. ish kau ni sabo lah sikit. Aku baru sedar ni. Sakit ni weh..”, getus Aiman perlahan. Mukanya yang calar balar itu aku pegang lembut menghadap ke arahku. Kau tetap ganteng, Man!

                “Bila kau sedar?”, tanyaku seolah-olah tidak mendengar kemarahan Aiman. Ala dah biasa kena marah, tak berkudis bro.

                “Tadi pagi lagi. Kau lah keluar lama sangat. Sempat aku berbual dengan budak dua orang ni pasal uni kita. Dengar cite semua rindu aku eh? Pheewiiit!” Si debab ni still boleh bergurau lagi ek.

Aku pandang Hakim dan Payed tajam. Sekejap Hakim, lepastu Payed. Haa tu muka tak bersalah tu!

                “Eh kiteorang tak tahu pape eh! Kau lah keluar lama sangat. Dekat 3 jam lepas Subuh kan? Aimang ni lama dah sedar. Dari tadi macam cacing kepanasan tunggu kau.”, jelas Payed membela diri.

Haa salah aku lah kot. Keluar lama sangat. Konon nak tenangkan diri, ceh. Tapi Alhamdulillah, bespren aku dah sedar!

                “Doktor kata Aiman takde apa-apa. Alhamdulillah, member kita ni kuat. Kepala dia yang terhentak tu pun doktor kata tak serious. Sebab dia sempat alas kepala dia dengan handbag makcik tu. Gila tak super saiya kawan kita ni? Sempat pikior tu yeop!”, terang Hakim pula. Eh yeke? Asal aku tak perasan eh?

                “Jadi lah apa-apa pun. Janji sahabat aku dah sedar, Alhamdulillah!” Air mata kesyukuran menitis turun ke pipiku.

                “Hoi haha gila tak macho kau nangis, Ris! Dah dah chill.” Kepalaku diusapnya lembut. Fuh, terasa disayangi!

                “Aku dengar lah kau bebel apa sepanjang 6 hari 5 malam aku tidur tu. Sedih betul kau ya?”, usik Aiman lagi. Oi janganlah, blushing ni!

                “Gila tak sedih. Member kot! Rindu kau doh. Mesti kau bangun sebab rindu aku jugak kan?”, ujarku membalas usikan Aiman.

                “Hahaha mestilah. Tak larat dah telinga aku ni nak dengar rintihan kau tiap-tiap malam. Boleh cair taik telinga ni, tahu?” Nak menang aje si debab ni.

                “Eh ngomong-ngomong, Ribena Susu aku mana ek?”


Terletus gelak riang kami memecahkan kesepian wad yang dihuni Aiman ini. Ya Allah, terima kasih!

No comments:

Post a Comment

Pendapat anda sangat saya hargai