OLEH :
PenyuHandsome
Sofa yang
dirasakan terhenyak itu dibiarkan sepi. Susuk badan sahabat sejiwanya itu
dikerling dengan ekor mata coklat tuanya. Alaa, dark brown bak kata orang.
“Weh..”, panggil sahabatnya itu.
“Hmmmm.”. Cukup deheman menandakan bahawa I’m listening ditunjukkan.
“Weh..”
“Hmmmm.”
“Weh..”
“Apa lagi kau nak?”, berangnya. Serentak itu, kusyen Mickey Mouse yang
kebetulan dipeluknya dengan mata bulat penuh menggoda selamat melayang ke muka
si pengacau.
‘Kacau betullah si debab ni.’ ujarnya, cukup sekadar di dalam hati. Kau
gila nak kutuk si Aiman ni depan-depan? Mahu tak kena silat aku!
“Woi sakitlah! Nasib tak tumpah Ribena Susu aku!”, marah Aiman yang
memegang muk berisi air kegemarannya. Anak Puan Sofea ni memang tak sah kalau
tak minum air favourite dia tu
sebelum tidur. Aku tak tahu lah apa yang ibu Aiman ni minum masa mengandungkan
dia ni sampai dia addicted gila nak
minum benda alah tu.
Sampai aku pernah
kena peluk dengan Muhammad Aiman Ariff bin Rizal Suffian ni masa aku tengah nyenyak
tidur kat bilik aku. Gila tak terkejut? Pukul 3 pagi kot dia ngigau peluk aku.
Dan aku tahu mengapa-hal-ini-terjadi sebab dia lupa nak minum air dia tu.
Sumpah serik! Terus lepas tu tiap-tiap malam aku pesan kat dia suruh minum.
“Apa kau nak?”, sergahku.
“Ris..”
sengihnya sehingga menampakkan gigi putihnya yang tersusun rapi. Haa part yang ni aku jealous betul dengan dia. Gigi lawo beb!
“Apaa lagiii?” balasku meleret
bercampur kegeraman.
“Jom esok teman aku pergi pesta
buku?” tayang gigi. Saja dia ni buat
aku jealous tau!
“Nak buat apa?” balasku acuh tak
acuh sambil melayan game Angry Bird di telefon. Hei, umur bukan penghalang
okeh!
“Dah nama pun pergi pesta buku,
takkan cari beras pulak kat situ.”, balas sahabat fillahku meleret. Geram letew
sebab aku tak tumpukan perhatian 100% kat dia. Si Aiman Ariff ni
memang pantang orang cakap dengan dia tak pandang muka. Tah, dia kata sebab dia
takut dia syok sendiri cakap dengan tiang lampu.
“Aku tengah pokai lah. Akhir bulan
kan ni..”
“Aku suruh kau teman. Bukan
suruh kau beli.”
“Haa dah tu nanti masa teman kau
aku takyah minum ah? Kau pilih buku dah lah lama. Mengalahkan perempuan.”,
ujarku membalas. Haha, mestilah nak menang, bro!
Diam untuk
beberapa ketika.
“Iyaaa. Nanti aku belanja lah
kau air batu Malaysia tu. Cakap je nak berapa, aku sedia beli untuk sahabat aku
ni.” Senyum comel dihadiahkannya untukku.
“Haaa sedia lah sangat kan kalau
air batu tu kau beli dari Mak Jah rumah sebelah. Sebelum pergi lagi kau dah
belikan, kan?”, sinisku. Mak Jah tu jiran kiteorang sebelah rumah. Dia lah mak
kiteorang kat sini. Asal kiteorang lapar kebuluran sangat je, mesti dia ada
hulur makanan. Yelah, dah kiteorang berempat je dalam rumah ni. Hakim dengan
Payed tu pandai masak sebenarnya. Tapi tahu lah lelaki. Dengan barang memasak
takde lagi. Apa bak kata orang, dapur tak berasap? Haa cemtu lah kot bunyinya.
“Kau ni. Tak baik tau tolak
rezeki..” meleret Aiman menegur. Haa masuk dah,
masuk dah.
“Yelah yelah, aku ikut.”,
putusku bersetuju. Selagi ada masa, baik kita happy kan sahabat kita kan?
“Kau nak tahu tak?”
“Taknak!”, pantas aku memotong
kata-katanya sebelum sempat dia meneruskan.
“Selama ni aku cari buku lama
sangat yang kau kata kau-sempat-balik-rumah-tukar-baju-pergi-mamak-tengok-bola
tu sebab aku nak something yang
berkualiti. Tak best lah kan kalau kita dah bazir duit beli benda alah tu tapi last-last benda tu tak best. Kita
mestilah nak kepuasan kan? Macam tu jugak bila nak cari zaujah nanti. Mestilah
kau nak yang berkualiti. Taknak yang disentuh orang. Tapi sebelum kita nak
mencari tu, kita mestilah kena menjadi dulu. Baru..”
“Kena menjadi apa ni?”, balasku
tidak memahami maksud tersirat ayatnya sekaligus memotong percakapannya. Tahu
lah dulu ambik aliran sastera kat sekolah!
“Okay look. Kita nak cari zaujah yang solehah kan? Tapi diri kita sendiri
tak betul. Allah dah kata, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Tak
masyuk lah kalau kita nak yang best je, tapi diri sendiri perangai macam hantu.
Sebelum cari tu, kena lah jadi dulu. Macam mana nak jadi zauj kalau Subuh pun
jamak dengan Zohor?”
Peh, serious yang ni deep. Menusuk betul ayat anak Encik Rizal Suffian ni!
Aku diam. Jelas
keterlihatan senyuman tersungging ikhlas di bibirnya. Ayatnya itu kedengaran
sinis ditelingaku walaupun aku tahu bukan itu niat sebenarnya.
“Eh apa tetiba aku merepek ni?
Haha, dah jomlah solat Maghrib. Aku pergi bentangkan sejadah, kau pergi ambik
wuduk okay.” Aiman bangun perlahan-lahan dan menuju ke dapur bersama muk di
tangan sebelum ke tingkat atas rumah yang dihuni kami berempat.
Betul kata Aiman.
Kalau diri sendiri hancur, macam mana nak bimbing anak dara orang?
Kalau diri
sendiri hantu, guano nak ajar anak dara orang?
‘Haih. Banyak betul halangan nak
berubah ni.’, monologku sendirian.
............
“Woi bangun! Jom qiamullail. Pat
pat. Jangan malas Syed Faris Ar-Rayyan!” bingit telingaku dengan suara Aiman
yang mengejutkanku.
‘Hancur mimpi aku nak drive Lamborghini tadi!’ dengusku di dalam hati.
Jam dinding
pemberian girlfriendku dipandang
sekilas. Huh, baru 3 pagi!
“Hmm kejaplah. Esok kan
boleh..”. Semangat betul syaitan hasut aku pagi-pagi ni. Mataku dipejamkan
malas tanda aku ingin menyambung tidur yang tergendala.
“Haa korang. Start!”. Kedengaran suara Aiman
seolah-olah memberi arahan kepada ‘seseorang’. Lantak dia lah, baik aku sambung
tidur.
Serentak itu, aku
terasa seperti berada di awang-awangan apabila katilku dipijak sambil dilompat
oleh beberapa orang hamba Allah yang sudah siap berkopiah.
‘Gila lah dorang ni
kacau orang nak tidur aje!’ marah hatiku.
“Bangun bangun, bangun Faris bangun. Jangan tidur
lagi, Seteru sudah datang! Bangun (bangun), Bangun (bangun), Bangun Faris
bangun (bangun), masa keramat ini, Jangan digadaikan! Bangun Faris bangunnnnn!”
Lagu asal Malique-Bangun Harimau Bangun itu didendangkan sambil ditukar lirik
secara spontan oleh ‘mereka’. Aduh, gila bingit!
Katil yang dilompat-lompat itu membuatkan aku tidak jadi untuk menyambung
tidurku. Tambahan lagi dengan lagu yang dicarcamarbakan membantutkan niatku.
Siap ada background singer tu!
“Haa bangun pun anak
manja Puan Zubaidah ni.” ujar beberapa suara halus ketika langkah kakiku ini
menuju ke tandas di tingkat bawah rumah.
Tangan kananku ku angkat separas kepala sambil digoyangkan kebelakang
menunjukkan ‘ya-korang-menang’ sambil badan yang terhuyung-hayang aku bawa ke
tandas.
Aku dah biasa dengan diorang ni. Thanks
to them jugak, sebab diorang lah aku dah rajin nak Tahajjud dan Qiamullail
walaupun aku ni liat nak bangun tidur. Kau tahu, sampai pernah satu hari tu,
diorang bukak lagu Bila Izrail Datang Memanggil sebelah telinga aku sebab
diorang dah fedup sangat nak kejut
aku bangun Subuh. Siap letak speaker yang selalu kiteorang guna bila nak layan
filem tu!
Siapa tak takut?
............
Tengah hari itu, seperti yang dijanjikan, aku dan Aiman ke pesta buku yang
diadakan di bandar. Hakim dan Payed turut turun ‘mencemar duli’ walaupun aku
tahu dorang tak berminat dengan buku-buku ni. Haa lupa nak habaq, Hakim dengan
Payed nipun housemate aku jugak.
Diorang lah yang bertanggungjawab ‘melagukan’ dan mengejutkan aku pagi tadi
atas arahan Tuan Director Aiman Ariff.
“Weh, aku nak pergi
cari buku kat sana. Rasanya kat sana banyak yang best. Kau tunggu sini jap eh. Sat ja, nanti aku datang ambik kau.”,
ujar Aiman dan dia terus melangkah ke tempat lain diikuti Hakim dan Payed
meninggalkanku keseorangan.
‘Adui dia ni. Aku mana
lah tahu ada apa kat sini. Jangan tinggal dakuuuu~’ desis hatiku sambil
tiba-tiba kedengaran melodi yang sedih bermain di segenap relung hatiku.
Puii, geli pulak bila lelaki macho
macam aku tetiba berjiwang!
Akibat kebosanan melampau menunggu Aiman dan dua serangkai itu, aku
mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar pameran buku terbesar ini.
Langkah kakiku tiba-tiba mati sejurus terpandang sebuah buku berwarna kuning
yang terletak cantik di atas rak buku.
‘Mo-men-to. Momento.
Buku apa ni?’. Tajuk buku itu ku baca sekilas. Gatal pulak tangan aku nak ambik
buku ni.
Sinopsisnya yang ringkas itu berjaya menarik perhatianku. Macam best je, desis hatiku.
Buku yang mengisarkan kisah beberapa orang pemuda yang merupakan admin Tarbiah Sentap itu ku buka.
Halaman putih yang bercetak tulisan itu membuatkan aku tenggelam dalam duniaku
sendiri sehingga terasa seperti bahuku ditepuk seseorang.
“Kau baca apa ni?”,
tanya Payed, jejaka tinggi lampai sambil menghulurkan air kepadaku. Sahabat
betullah dia ni, macam tahu-tahu je aku tengah haus. Tunggu diorang lah lama
sangat!
“Ni haa..”, ujarku
sambil menunjukkan buku di tangan. Air milo ais itu ku sedut perlahan. Ah,
lega!
“Aku rasa macam nak
beli ah. Best doh.”, sambungku lagi.
“Eh, aku kan ada beli
buku ni dulu. Hehe, tapi adik aku tengah baca lah.”, celah Hakim.
“Kau nak ke? Ambik je,
aku belanja.”, tawar Aiman seraya menunjukkan barisan gigi putihnya.
“Serious ni bro? Wah
terima kasih syukran jiddan! Haa nah nah pi bayar. Kaunter kat sana eh.”,
ucapku berseloroh. Bukan senang nak pau si Aiman ni!
Aaaaa, aku excited!
............
“Man, bangunlah. Kenapa kau buat aku macamni? Aku
ada salah ke kat kau, Man?”, tuturku sayu. Termasuk hari ini, sudah 5 hari
Aiman terlantar di hospital kerana koma akibat hentakan yang kuat di kepala.
Hakim dan Payed hanya memandangku sayu. Ah, aku tak kisah nangis sebab member sendiri!
Alkisah selepas balik dari pesta buku haritu, kami bercadang untuk makan
tengah hari di warung berdekatan. Hakim dan Payed ni perut buaya. Tak
habis-habis makan. Lepastu tinggalkan aku dengan Aiman berdua kat belakang yang
tengah berceloteh pasal usrah yang dia dengar kat kampus minggu lepas.
“Takpe, kiteorang
pergi cop tempat dulu. Biasanya time time
sekarang ni orang tengah ramai. Nanti korang datang tau!”, tutur Payed dan
setelah itu, mereka terus lesap. Eleh, macam aku tak tahu. Diorang dah kebulur
sangat tu! Alasan, haha.
Aku pula hanya melayan apa yang diceritakan Aiman. Yang bestnya, Aiman ni
tak pernah penat nak bagi tazkirah kat aku walaupun dia tahu aku tak dengar.
Tapi serious ah, apa yang dia pesan
selama ni still melekat dalam otak
aku walaupun tu kisah sebulan lepas.
“Naqib usrah tu cakap,
couple ni dosa. Salah satunya sebab nanti kita lalai. Lalai dalam mengingati
Allah, lalai beribadah dan macam-macam lah! Pastu kita berzina..”
“Whoaa berzina apa
beb? Aku tak pernah seh zina!” potongku, menegakkan benang yang basah.
“La taqrabu zina.
Jangan dekati zina. Zina ni bukan zina yang ehem ehem tu je. Zina mata dengan
zina hati tupun dosa jugak. Macam kau, kau selalu rindu makwe kau kan? Haa
makwe kau tu ajnabi bagi kau. Boleh dikahwini. Tanpa ikatan yang sah, kau dok
pulun rindu dia. Tapi mak ayah kau yang kat kampung tu tak pernah pulak kau
rindu. Takde pulak kau rindu sampai duk up moment
kat Wechat, sampai twit mengadu rindu gila nak mati bagai? Apa-apa semua cari
awek.Tapi bila duit habis cari mak ayah jugak!” Fuuh, pedas betul kata-kata
Aiman ni.
Aku diam. Menusuk ke pankreas betullah ayat dia ni!
“Kau dok bercouple acaca sweet tak takut dosa ke? Dok gayut tengah-tengah malam guna topup
yang mak kau bagi untuk kau belajar, tak rasa rugi ke? Tak rasa ke yang kau dah
kecewakan mak kau? Mak kau doakan kau berjaya siang malam, tapi sebenarnya kau
tak belajar. Kau leka buat benda haram. Tak rasa ke yang kau macam dah punahkan
harapan dia?” sambung Aiman lagi.
Okay kalini aku tak tipu. Sumpah deep
gilaa doh ayat dia!
Tengah sedap-sedap Aiman berceloteh tentang Disadvantages of Couple, tiba-tiba kelihatan sebuah motosikal LC
memotong laluan kami lalu meragut seorang makcik yang kebetulan sedang bercakap
di telefon.
“Weh kejarrr!”, jerit
Aiman. Penuh semangat Aiman berlari dengan hati yang murni untuk mengejar
peragut itu.
Dan bermula detik itu, Aiman di sahkan koma akibat hentakan di kepala dan
diseret sejauh 10 meter kerana dia tidak ingin melepaskan beg tangan yang
diragut peragut itu. Selepas beberapa ketika, barulah peragut tadi berputus asa
dengan melepaskan beg itu lalu memecut laju motor.
Betapa hiba hatiku ketika memangku kepala Aiman. Wajahnya yang macho itu ku usap dengan belakang
tangan.
“Aiman, sabar okay. Ambulans tengah on
the way. Kawan aku kuat kan?”, tuturku hiba. Kebetulan ketika itu, sebuah
kereta peronda sedang meronda kawasan tersebut. Alhamdulillah, peragut itu
berjaya diberkas. Huh, penagih dadah rupanya! Semoga diberikan hidayah Allah, Aamiin.
Entah, orang kata kawasan ni memang ‘keras’ sikit. Keras dengan peragut,
penculik bagai. Aiman yang ajak aku lalu sini sebenarnya. Mungkin dia ada instinct yang kuat akan ada orang kena
ragut kat sini. Mana tahu, kan?
“Ris.. aku.. kau.. sayang.. Hakim.. Payed..” pengsan.
Ya Allah, kawan aku!
............
“Aiman, masuk hari ni
dah 5 hari kau koma beb. Kau tak rindu aku ke? Kau tak rindu ke nak buat usrah
rendam hati aku yang keras ni bagi lembut sikit?” Hiba.
“Aiman, kau tak rindu
ke nak kejut aku bangun Qiamullail? Kau tak rindu ke nak minum Ribena Susu kau Man?”
Luluh hatiku. Tapi aku tahu dia mendengar.
“Aiman, aku dah
berjaya keluar dari dosa haram tu Man. Aku dah tinggalkan kerja couple tu Man. Betul kata kau, Man. Kau
tak happy ke tengok aku putus Man?”,
sayu aku menutur. Thanks to you,
Aiman. Sebab ayat kau yang menikam tu, aku ada kekuatan nak putus. Terima
kasih, sahabat.
“Aiman, kau tak suka
kan orang cakap dengan kau tak pandang muka tak berbalas suara? Kan Man, kan?
Aku pun tak suka, Man. Kau diam je. Jawab lah, Man. Aku taknak cakap dengan
tiang lampu, Man.” Terletus gelak pahitku bila teringat ‘falsampah’ Aiman.
Aku taknak cakap dengan tiang lampu, Man. Bangunlah Muhammad Aiman Ariff..
............
Berita yang disampaikan oleh ibu Aiman tadi merobek hatiku.
“Ris, anak makcik tak
kuat. Doktor kata peluang dia nak hidup tipis..”
Allah! Terasa seperti dua buah batu yang berat menghempapku serentak. Hakim
dan Payed yang turut berada di situ sempat menyambarku yang hampir longlai
menyembah bumi.
“Sabar, Faris. Qowiy!
Kita doa sama-sama untuk Aiman ya. InsyaAllah, he’ll be okay.”, penuh sabar
Payed memujukku sejak hari pertama Aiman dimasukkan ke hospital. Mujurlah, dua
serangkai ini ada untuk aku bersandar.
“Chill, Ris. Kalau kita sendiri tak kuat, macam mana Aiman nak kuat?
He needs us! Ibu dia yang lahirkan dia, yang usung dia 9 bulan 10 hari pun
boleh sado macam tu, takkan kita tak boleh?”- Hakim.
Maafkan aku, Aiman. Aku leka..
Kau kuat kan, Man? Tunggu aku, Man!
............
Yassin berwarna biru itu aku tutup. Sengaja aku mengambil Yassin kegemaran
Aiman dari rumah itu kerana rindu yang mencengkam jiwa. Hati, qowiylah!
“Malam ni, kita tidur
sini. Aku pun nak teman Aiman jugak. Mohon jangan tamak ya Ris!”, seloroh
Payed.
Senyum pahit aku berikan. Ambiklah Yed, dia kan kawan kita?
“Haha, aku nak turun
ni. Nak beli makanan. Perut kau tak tahu lapar ke, Ris?”, tanya Hakim pula,
cuba menceriakan suasana.
“Tak lah. Selera aku
dah hilang. Hmm, kau tolong belikan aku Ribena Susu boleh?”, pintaku mengharap.
Ahhh, rindunya kat Aiman!
Hakim diam. Payed pun. Aku tahu mereka mengerti.
“InsyaAllah, nanti
bayar balik tau. Tak termasuk caj kaki aku berjalan lagi ni.”, lawak Hakim
lagi. Haha, aku bersyukur dikurniakan sahabat yang memahami jiwa ni.
Setelah itu, pintu wad persendirian itu ditutup dengan perlahan oleh Hakim.
Hakim ni penakut orangnya, bukan main dia paksa Payed suruh follow dia. Siap ugut taknak teman Payed
tengok bola lagi.
Malam ini, kami sepakat untuk menjaga Aiman bersama-sama. Ibu Aiman
memutuskan untuk menjaga Aiman hanya pada siang hari akibat kekangan masa dan
tanggungjawab terhadap keluarga. Jangan risau, makcik! Anak makcik yang debab
ni akan saya jaga dengan telusnya!
............
Aku pandang Hakim dan Payed yang lena tidur di sofa. Tak tahu lah kenapa,
mata aku liat betul nak tidur malam ni.
“Aiman, best ke tidur lama-lama? Kau mimpi apa
sampai kau taknak bangun, Man? Kau tak rindu ke nak makan Maggie Cup dengan
kiteorang, Man?” Tangan Aiman aku genggam erat. Hiba diriku melihat kesan calar
di tangannya. Muka dia jangan cite lah. Allah, sebak.
“Weh, kau tahu tak..
tadi Mak Jah kirim Ayam Kurma. Favourite kau
kan? Aku takut nak makan, aku takut nanti kau marah. Aku taknak nanti bila kau
bangun kita gaduh sebab Ayam Kurma dah habis. Jadi aku simpankan untuk kau. Ada
ni haa aku bawak. Nanti kau dah bangun, aku janji aku suap kau okay.”, perlahan
kata-kata itu meluncur keluar dari bibirku. Cukup hanya didengari antara kami
berdua.
“Man, kau kena kuat
tau? Tadi lecturer kau pesan, kau tak
siap lagi assignment dia. Dia nak kau
siapkan, Man. Haha, sebab tu kau kena bangun Man. Kau tak suka kan orang yang
tak tunaikan amanah ni?”
“Ariff, haha rasa
kekok pulak panggil kau guna nama ni. Kau tahu, tadi masa aku masuk kelas..
semua serbu aku suruh pelukkan kau untuk dorang. Admire betul dorang dengan kau kan? Aku nak peluk kau, tapi aku
takut kau sakit. Dorang pesan suruh bagitahu kau yang kau kena kuat. Dorang
rindu nak kacau kopiah kau dalam kelas. Dorang rindu nak selfie dengan kau. Nampak tak semua tengah tunggu kau bangun,
Man?”, ucapku sayu. Terasa Aiman seolah-olah cuba membalas genggaman tanganku. Aku hanya diam melihat reaksinya. Dah biasa
jadi macam ni. Semalam punya semalam pun Aiman memberikan reaksi yang sama.
Doktor kata tu tindak balas yang memang normal dari pesakit sebagai tanda yang
diorang dengar apa kita cakap.
“Man, tadi siang aku
masuk bilik kau. Bilik kau suram je Man. Macam sedih jugak ketiadaan tuan dia.
Tapi aku paling admire cadar Naruto
kau. Senyum je doh walaupun aku hempap dia. Dia kuat macam tuan dia.” Air mata
ku sapu lembut. Lantak lah lawak bodoh pun, janji Aiman bangun..
“Bro, aku still nampak
handsome kan walaupun nangis macam
ni? Haha, biasanya kau ada sebelah aku usik aku time aku nangis sebab tengok Mohabbatein. Kau mesti campak tisu kat
muka aku konon suruh aku berhenti nangis. Tapi sekarang ni takde dah. Kau tak
rindu aku ke Man?” seduku. Woi gilaaa, aku rasa nak banjir dah wad ni!
“..Kau tengok Hakim dengan Payed tu. Diaorang
sanggup tidur kat sini walaupun dorang penat baru balik dari buat kajian kat
hutan uni kita tu. Demi kawan, beb. Kau tak rasa kesian ke tengok dorang, Man?
Penat dorang tunggu kau.” sambungku lagi.
“Weh, kat luar tu hujan. Kau ingat tak, kita
pernah mandi hujan berempat kat depan rumah tu? Idea sengal kau lah ni. Siap
nyanyi lagu Sesungguhnya lagi. Acaca Raihan kan kita? Haha, pastu esoknya masing-masing
kena hambat dengan Mak Jah sebab dah tahu antibodi tak kuat, lagi nak mandi
hujan. Sweet je kita demam sama-sama makan bubur Mak Jah depan tv.”
Rintik-rintik hujan seolah-olah memahami kesedihan yang ku alami.
Sesungguhnya.. walau ku kutip semua permata, di dasar lautan..
Sesungguhnya.. walau ku siram dengan air hujan, dari tujuh langitMu..
Namun cinta.. takkan hadir,
Namun rindu.. tak akan ber bunga..
............
“Weh, mana Ar-Rayyan
tu?”
Suara yang tidak asing lagi itu membantutkan langkah kakiku yang ingin
melangkah masuk ke dalam wad berwarna biru itu. Eh, tu macam suara..?
“Aimaaaaaaaan!” Terus
aku menerpa masuk dengan laju dan lari memeluk Aiman. Ya Allah, Alhamdulillah
Aiman dah sedar!
“Weh.. uhuk uhuk.. ish
kau ni sabo lah sikit. Aku baru sedar ni. Sakit ni weh..”, getus Aiman
perlahan. Mukanya yang calar balar itu aku pegang lembut menghadap ke arahku.
Kau tetap ganteng, Man!
“Bila kau sedar?”,
tanyaku seolah-olah tidak mendengar kemarahan Aiman. Ala dah biasa kena marah,
tak berkudis bro.
“Tadi pagi lagi. Kau
lah keluar lama sangat. Sempat aku berbual dengan budak dua orang ni pasal uni
kita. Dengar cite semua rindu aku eh? Pheewiiit!” Si debab ni still boleh bergurau lagi ek.
Aku pandang Hakim dan Payed tajam. Sekejap Hakim, lepastu Payed. Haa tu
muka tak bersalah tu!
“Eh kiteorang tak tahu
pape eh! Kau lah keluar lama sangat. Dekat 3 jam lepas Subuh kan? Aimang ni
lama dah sedar. Dari tadi macam cacing kepanasan tunggu kau.”, jelas Payed
membela diri.
Haa salah aku lah kot. Keluar lama sangat. Konon nak tenangkan diri, ceh.
Tapi Alhamdulillah, bespren aku dah sedar!
“Doktor kata Aiman
takde apa-apa. Alhamdulillah, member
kita ni kuat. Kepala dia yang terhentak tu pun doktor kata tak serious. Sebab dia sempat alas kepala
dia dengan handbag makcik tu. Gila
tak super saiya kawan kita ni? Sempat pikior tu yeop!”, terang Hakim pula. Eh
yeke? Asal aku tak perasan eh?
“Jadi lah apa-apa pun.
Janji sahabat aku dah sedar, Alhamdulillah!” Air mata kesyukuran menitis turun
ke pipiku.
“Hoi haha gila tak macho kau nangis, Ris! Dah dah chill.” Kepalaku diusapnya lembut. Fuh,
terasa disayangi!
“Aku dengar lah kau
bebel apa sepanjang 6 hari 5 malam aku tidur tu. Sedih betul kau ya?”, usik
Aiman lagi. Oi janganlah, blushing ni!
“Gila tak sedih.
Member kot! Rindu kau doh. Mesti kau bangun sebab rindu aku jugak kan?”, ujarku
membalas usikan Aiman.
“Hahaha mestilah. Tak
larat dah telinga aku ni nak dengar rintihan kau tiap-tiap malam. Boleh cair
taik telinga ni, tahu?” Nak menang aje si debab ni.
“Eh ngomong-ngomong,
Ribena Susu aku mana ek?”
Terletus gelak riang kami memecahkan kesepian wad yang dihuni Aiman ini. Ya
Allah, terima kasih!
I really like your blog.. very nice colors &
ReplyDeletetheme. Did you make this website yourself or did you hire someone to do it for
you? Plz respond as I'm looking to design my own blog and
would like to find out where u got this from. thank you
Hey, I create, make and design this blog by myself. Thank you.
Delete