Damia lambai
tangan pada deretan kereta yang baru bergerak tinggalkan porch. Sekelip mata
aje deretan kereta tu hilang dari pandangan. Dah genap seminggu mereka di sini.
Macam-macam yang berlaku. Tapi semuanya lebih pada ketegangan dan kesedihan.
“Mia bawa Wawa pergi mana tadi?”
Tanya Puan Iqmah pada menantunya. Terkejut dia bila Damia tiba-tiba berlari
keluar menahan kereta yang baru nak gerak.
Damia senyum. “Jumpa kekasih Kak
Najwa.”
Masing-masing dah berkerut dahi.
Tapi Damia maintain senyum. Tahu yang
mereka semua tak faham apa yang Damia cakapkan.
“Esok ada kelas tak?” Tanya Puan
Iqmah pada menantu dan anak sulungnya. Mereka mengangguk.
“Nak tidur sini atau balik rumah
terus?” Soal wanita tu lagi.
Damia pandang Iskandar. Keputusan
bukan berada ditangan dia. “Tidur sinilah. Esok baru balik sana.” Jawab
Iskandar. Damia hanya senyum. Betul tu. Baik bermalam aje kat sini. Dia pun dah
penat sekarang ni. Rasa nak tidur aje.
ISKANDAR
cium dahi Damia yang duduk dibelakangnya. Lama ciumannya. Tak kisahlah samada
Damia boleh solat ataupun tidak, lepas aje Iskandar solat mesti bibirnya akan
melekat di dahi Damia. Lepas aje solat, mesti bibirnya mencari-cari isterinya.
Tak kisahlah samada mereka ada di rumah ataupun di universiti. Keinginan yang satu
tu mesti dia utamakan.
“Boboy.. Lenguhlah.” Rengek Damia.
Iskandar lepaskan ciumannya seraya ketawa kecil. Dia duduk bersila di atas
sejadah. “Meh sini, sayang.” Ditepuk ribaannya.
Damia senyum. Dia dekati Iskandar
dan baring beralaskan riba suaminya. “Hmm.. Penatnya.” Sungut Damia. Iskandar
senyum. Dia cabut songkok dikepala dan tekapkan songkok tu di wajah Damia.
Damia tepis. Muncung dah bibir dia.
“Apa ni.. Busuklah. Ishh!” Iskandar gelak. “Mana ada busuk, okeh. Hidung baby tu ha tersumbat. Tetiap hari pakai
wax tau.”
Keadaan diam sekejap. Masing-masing
dengan dunia sendiri. Damia kembungkan mulutnya. Terfikir-fikir dia dari mana
nak mula bercerita pasal Angah dengan Kak Najwa pada Iskandar.
Iskandar senyum aje pandang
isterinya yang masih lagi bermain dengan songkok kepunyaannya. Cakap aje busuk,
tapi dok cium juga songkok aku tu. Apadaa..
Perlahan-lahan dan tanpa disedari
isterinya, Iskandar menunduk mencium dahi isterinya. Matanya dipejamkan nak
menikmati kucupannya itu.
Damia yang tak sangka, mendongak.
Mata mereka bersabung. Bila Damia nampak suaminya hadiahkan senyuman, dia balas
senyum tu balik. Telinga suaminya dimain-mainkan.
“Aishh.. Kenapalah sayang tengah
bendera Jepun? Kalau tak, boboy dah makan dah baby sampai lunyai.” Keluhnya.
Damia gelak. Alaaa.. Comelnya dia
mengeluh. “Muka frust tu.”
“Mana taknya..” Iskandar jeling
isterinya.
Pintu terbuka, Mazni masuk bersama
senyumannya. Suka dia bila tengok abang dan kakak iparnya romantik macam ni.
“Mama panggil turun minum petang.” Beritahunya.
Damia angguk. Dia bangkit. Songkok
suaminya dia sangkut di penyangkut. Tangan kanan dihulurkan pada Iskandar.
Iskandar sambut huluran tangan tu dan bangkit. Sejadah dia lipat sebelum diampai.
Sambil berpegangan tangan, mereka turun
ke bawah.
DAMIA
senyum. Telefon ditangan dia genggam. Dia pandang kawan-kawan dia sekejap.
“Weh, aku nak jumpa seseorang jap. Aku pergi dulu.” Beritahunya. Yang lain yang
tengah menghadap buku ditangan mengangguk tanpa banyak tanya.
Damia berjalan ke kafe. Masuk aje
kafe dia cari seseorang yang berbaju kemeja ungu. Matanya terpaku pada
seseorang yang sememangnya dicari semenjak tadi. Bibir ukir senyum. Dia
berjalan ke meja tu dan terus labuhkan duduk disitu.
“Hai brader.” Selamba dia capai
cawan yang berisi air sirap limau dan sisipnya pakai penyedut minuman.
Darwish menggeleng. Salam tak ada, main terus say hye aje? Adik siapa ni? Ohh okay, adik aku. “Ada apa?”
“Err, Along tak ada kerja ke
sekarang?” Tanya Damia. Karipap dalam pinggan dia capai dan sumbat dalam mulut.
Selamba.
Darwish menggeleng lagi pandang
adiknya. Ni kes tak makan sehari ke caner? Semua makanan aku dia bedal sesuka
hati dia. “Dah call Along suruh
datang sini baru nak tanya Along ada kerja ke tak?” Sindir Darwish. Dia silang
tangan kat dada. Air sirap limau tu dia capai balik dan disisipnya.
Damia tayang sengih. Tangan dia
tepuk nak hilangkan minyak-minyak karipap yang melekat ditangan. Kemudian dia
beri sepenuh perhatian pada alongnya. “Along.. Kak Najwa dah balik tempat asal
dia semalam.”
“Kau telefon along dari jauh
semata-mata nak cakap hal ni aje?” Tanya Darwish tak puas hati. Rasa nak
menyepak orang ajelah.
“Bukanlah.. Tu baru permulaan
cerita. Ni next episode. Mia.. Hmm..”
“Mia apa? Pregnant?”
Damia kerut dahi. Apa pulak? Tengah period boleh pregnant ke? Siapa ajar? Mana datang entah benih baby tu sampai boleh termengandung ni.
Aishh.. Damia tayang muncung. “Bukanlah.. Tak ada rezeki lagi. Allah nak bagi
masa honeymoon kita orang panjang
lagi kot.”
“Habis tu?”
“Mia.. Erm, kalau Mia beritahu,
Along jangan marah tau.”
“Tengoklah mood Along macam mana
lepas dengar nanti.” Balas Darwish sambil lewa. Tali leher yang senget tu dia
betulkan. Habis dah tak macho dah tie
senget!
“Alongg..!”
Darwish senyum senget. “Yelah..
Cakaplah, apa dia?”
“Mia.. Dah maafkan Kak Najwa.”
Pendeknya bab ni. Nak lagi
ReplyDeletehuhuu panjang dah ni kot. adeh
Delete