"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Sunday, November 22, 2015

Cerpen - Karma



Wirda telan liur. Matanya dipejamkan. Oh Tuhan, dugaan apakah lagi ini? Telinganya hanya mendengar suara orang menghamburkan tawa padanya. Dan telinganya juga menangkap suara orang menggelakkannya disekeliling.

            Perasaannya?

            Malu.

            Ya. Dia tersangat malu.

            “Puas hati aku, perempuan!” Suara itu buatkan Wirda buka mata.

            Dihadapannya kini, ada seorang perempuan lagi tersenyum sinis padanya. Dibelakang perempuan itu, berdiri lagi tiga manusia juga tersenyum sinis padanya.

            Air liur ditelan. Terasa berpasir. Perit dan pedih.

            “Apa kau ingat muka kau cantik sangat ke?” Soalan itu buatkan dia kembali memandang seorang perempuan dihadapannya.

            “Kau kenapa? Kenapa mata kau? Menangis? Hah?!” Lagak sinis dia menyoal.

            Wirda lap air mata yang baru mengalir. “Apa salah aku?” Dia beranikan diri bersuara.

            Perempuan itu ketawa lagi. “Hey! Kau tanya apa salah kau?” Ketawa lagi dan lagi. “What a silly question, bitch?

            Hati tersentap. Wirda tatap anak mata itu. Lama dan tajam. Bitch, huh? So you called me, bitch? “Kau siapa nak panggil aku macam tuh?” Sabarnya sudah berada di penghujung. Tangan sudah menggenggam penumbuk. Gigi diketap.

            “Jadi kau marah?” Sinis lagi soalan yang keluar.

            Wirda pejamkan mata. Jangan, Wir. Jangan. Kau akan malukan diri kau kalau kau lawan cakap dia. Pesan otak mula buatkan dia tarik nafas panjang. Bibir dibasahkan sebelum kembali membuka mata.

            “Lana,” Wirda panggil nama itu. Dia sendiri tak tahu mengapa, semenjak dia masuk ke sekolah ini, perempuan bernama Lana ini selalu mencari pasal dengannya. “Kau boleh nak buli aku. Kau boleh nak malukan aku. Kau boleh buat apa yang kau nak buat pada aku.” Dia tarik nafas. “Tapi tolong, tolong hormat aku sebagai manusia.” Perlahan, tapi tegas ayat itu menutur dari bibirnya.

            Nampak dari matanya, Lana terdiam tiba-tiba. Lama perempuan itu pandangnya tanpa berkelip. Lana mendengus sebelum, “Kau memang sial!” Dia melangkah pergi.

            Wirda lepaskan nafasnya perlahan-lahan. Dia pandang sekeliling. Ramai pelajar yang berkumpul di kantin ini semata-mata mahu melihat babak drama yang dimainkan oleh dia dan Lana.

            Dia pandang pula dirinya dicermin yang berada betul sebaris dengannya. Tanpa sedar, keluhan terlepas dari bibirnya. Tudung yang sudah basah dengan kesan air sirap limau. Baju sekolah berwarna putih yang sudah bertukar ke warna hitam kesan tumpahan kicap.

            Tak. Bukan. Bukan tumpahan. Tapi curahan. Ya, curahan. Lana punya kerja mencurah air sirap limau dan kicap ini padanya.

            Sedih.

            Sedih melihat manusia yang bersikap sebegitu.



SENTUHAN dari seseorang buatkan dia tersedar dari lamunan panjang. Huh. Pantas dia mendongak. Memandang seorang lelaki yang lagi mengukirkan senyuman padanya sebelum mengambil tempat dihadapannya.

            “Termenung, huh?”

            Wirda senyum nipis. Pantas dia menggeleng.

            “Habistu?”

            Wirda jungkit bahu. “Teringat kenangan lama, mungkin.” Dia betulkan duduknya. Nasi ayam di hadapannya begitu membuka seleranya petang-petang sebegini.

            Ziqri mengeluh. Kenangan lama, huh? “Let gone be by gone?” Dia pandang Wirda yang sudah menjamah makanannya. Nampak berselera. Huh. Perempuan ni kalau dah nampak makanan, mood tak berapa baik pun terus baik.

            Wirda senyum. Dia mendongak, pandang Ziqri. “Sure.” Satu suapan masuk lagi dalam mulut. “Tapi Ziq kena ingat,” Dia telan makanan dalam mulut sebelum menyisip air bandung. Dipandang wajah lelaki dihadapannya. “Disebabkan dia, Wir jadi macam sekarang.” Senyum.

            Ziqri senyum tipis sebelum angguk. Dia ingat itu. Dan, dia juga tahu kisah-kisah yang berlaku dalam hidup Wirda Maisara ini.



WIRDA pandang dirinya melalui biasan cermin dihadapannya. Ditatap anak matanya melalui cermin. Air liur ditelan.

            Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi hentakkan pintu yang kuat. Pantas dia menoleh. Tapi tiada siapa. Dan dia hanya biarkan bunyi itu. Pili paip diputar dan dia mencuci tangannya. Tangan direnjis kemudiannya sebelum dilapkan dengan kain sekolahnya.

            Dia betulkan tudung yang sedikit senget. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, dia berpusing untuk melangkah keluar dari tandas perempuan. Tapi langkahnya mati bila nampak satu kelibat berlainan jantina dalam tandas perempuan. Dahi mula berkerut. Dengupan jantung semakin tidak berirama.

            “Kau buat apa kat sini?” Soalnya keras.

            Lelaki itu tidak menjawab tetapi sebaliknya terus berjalan melaluinya dan berhenti di hadapan cermin.

            Wirda buat tidak peduli dengan lelaki itu dan terus melangkah ke pintu. Tombol pintu cuba dipulas tapi tidak berjaya. Dicuba berkali-kali juga tidak berhasil. Papan pintu diketuk. Berharap ada sesiapa di luar yang lalu dihadapan tandas akan menolongnya. Tapi hampa.

            Telinga dengar suara orang ketawa. Pantas dia memandang lelaki tadi. Lelaki itu tenang duduk di atas singki sambil memandangnya bersama senyuman. “Kau jeritlah, takkan ada orang yang dengar pun.” Sinis suara itu.

            “Kau!” Wirda tidak senang duduk. Dia cuba lagi mengetuk papan pintu tandas dan menjerit. Juga tiada hasil. Ya Allah! Dugaan apa pula lepas ni?

            Dengar derapan kasut mendekatinya. Wirda menoleh. Lelaki yang tidak diketahui nama itu datang mendekat. “Kau tahu tak yang kau cantik?”

            Wirda mendengus. “Apa masalah kau sebenarnya? Apa kau buat kat sini?” Geram.

            Lelaki itu mendekat lagi. Wirda pantas melangkah kebelakang. Takut.

            “Kalau aku buat apa-apa pada kau, mesti seronok kan?” Mendekat lagi. Dan lagi,

            Wirda telan liur saat belakang tubuhnya sudah menyandar pada dinding. “Kau dekat, aku bunuh kau.” Bergetar suaranya.

            Lelaki itu ketawa. “Bunuh aku?” Langkah semakin dekat. “Bunuhlah,” Dan kini dia berada betul-betul dihadapan Wirda. Wangian tubuh Wirda sedikit sebanyak menambahkan ghairahnya pada Wirda.

            “Kau!”

            Belum sempat Wirda bertindak, pintu tandas yang tadinya berkunci dari luar kini dibuka. Dan masuk beberapa orang guru bersama,

            Wirda kerut dahi. Lana?

            Oh Damn! Wirda telan liur. Jadi ini kerja Lana? Dia gigit bibir.



“LOSER!”

            Hari ini saja, sudah beribu perkataan itu menujah telinganya. Loser. Loser. Loser dan loser. Segalanya. Semuanya. Sampaikan dia tak sedar, dirinya sendiri menganggap dirinya loser.

            “Booo!”

            “Weh, loser dah sampai. Baik diam.” Suara Lana menerjah telinganya saat kakinya berdiri di hadapan pintu masuk kelas.

            Wirda gigit bibir. Ikutkan hati, mahu saja dia menyembur Lana itu. Tapi dia tahu, kejahatan tak elok dibalas dengan kejahatan. Lantas dia hanya menenangkan diri dan melangkah ke tempat duduknya.

            “Kalau dah loser tu, sampai mati pun tetap loser juga.” Suara sumbang kedengaran dihadapan kelas.

            Wirda genggam penumbuknya. Dia, akan bersabar selagi dia masih lagi mampu untuk bersabar.

            “Tak sangkakan, nampak saja baik, tapi perangai macam syaitan.”

            Wirda menunduk. Mata dipejam.

            “Loser everywhere,

            Menggigil tubuh Wirda saat itu. Aku bukan loser!

            “Berduaan dengan lelaki, dalam tandas. Eyuk! Macam dah tak ada tempat lain saja.” Suara sumbang kedengaran lagi.

            “Dah namanya loser, kan.”

            Wirda genggam penumbuk. Erat. Aku bukan loser!

            Dan tanpa dia sedar, air mata mengalir dibalik mata yang terpejam rapat itu. Sekali lagi dia tegaskan pada dirinya, aku bukan loser.

            “Dah, kauorang jangan kawan dengan dia. Nanti dengan kauorang-kauorang dapat badi loser.” Suara Lana kedengaran.

            Wardi buka mata. Dia mendongak. Mencari wajah Lana. Dan dia sedar, hampir satu kelas memandangnya saat ini. Senyuman sinis tersungging di bibir masing-masing. Saat matanya dan mata Lana bertemu, mulutnya menggumam sesuatu.

            “Aku bukan loser.” Ucapnya.

            Nampak Lana ketawa. Tangannya menekup mulut. “Eh kauorang dengar apa dia cakap tadi?” Lana menyoal yang lain. “She said, she not loser.” Ketawa. “How silly you,” Masih lagi ketawa.

            “Aku bukan loser.” Ucap Wirda lagi. Disabarkan hatinya.

            “Kau loser!” Sambil jungkitkan kening, Lana bersuara.

            “Kau loser!” Sambut Nina, kawan Lana.

            “Aku bukan loser!” Tegas Wirda.

            “Loser!” Jerit Lana kuat. Sambil huruf ‘L’ dilakukan dengan tangan dan diletakkan di dahinya.

            “Aku bukan loser! Aku bukan loser! Aku bukan loser!” Makin lama makin kuat suara Wirda.

            “Aku. Bukan. Loser!” Merah matanya. Menggigil tubuhnya.



AKU. BUKAN LOSER!”

            Ziqri disisi pantas membuka matanya. Matanya digosok sebelum memandang jam. Tiga pagi. Dia kemudian menoleh pada Wirda disebelah. Berkerut dahinya saat melihat wajah Wirda dibasahi peluh. Bibir itu berulang kali mengucapkan ayat, “Aku. Bukan. Loser.”

            Ziqri ketap gigi. Wirda mimpi lagi, huh.

            Dia lantas memegang kedua bahu Wirda sebelum dikejutkan wanita itu bangun. Beberapa saat kemudian, Wirda terjaga dari tidur.

            Ziqri senyum sambil menayangkan wajah tenangnya pada Wirda. “Istighfar, sayang.” Suruhnya tenang. Peluh di dahi, hidung dan pipi Wirda disekanya lembut. Masih terasa badan Wirda yang menggigil.

            Wirda duduk dari pembaringan. Lengan Ziqri yang lagi memegang tangannya dipegang. Entah mengapa, entah bagaimana, air matanya tba-tiba mengalir. Mengalir menuruni kedua pipinya. Tiba-tiba hatinya teramat sakit.

            “Hey, kenapa ni? Hmm?” Lembut suara Ziqri menjamah telinga. Makin buatkan air matanya lebat.

            “Saya bukan loser.” Ucapnya seakan berbisik.

            “Wirda bukan loser.” Ucapnya lagi.

            Bersama air mata yang mengalir, dia terus-terusan mengucap ayat itu. Aku. Bukan. Loser.

            Ziqri tarik nafas panjang. Dia menarik Wirda dalam pelukan. Erat dia memeluk tubuh itu. Hujung matanya yang berair di seka. Dia tahu Wirda masih dihantui kisah silamnya yang memeritkan. Dia tahu Wirda menjalani zaman persekolah yang memenatkan seorang diri. Dia tahu. Dia tahu.

            “Wir tak loser.” Wirda masih lagi dengan ayat itu. Bahagian hadapan baju Ziqri sudah basah dengan air matanya.

            “Wir bukan loser!” Dia menjerit. Tangannya menggenggam baju Ziqri ketat.

            Sakit. Hatinya sakit. Sangat. Tersangat sakit.

            “Ye sayang. Wir bukan loser.” Dicium rambut Wirda. Belakang badan isterinya diusap perlahan.

            Ziqri terus menenangkan isterinya sehinggalah Wirda terlelap dalam pelukannya, bersama sendu yang menghujani dirinya.

            Wir bukan loser, sayang. It’s not your fault, baby.



WIR duduk dulu. Ziq pergi pesan makanan,” Suruh Ziqri pada isterinya. Wirda hanya mengangguk sebelum melabuhkan duduk di meja yang seperti terperosok sedikit dari pandangan ramai.

            Bezanya restoran ini dengan restoran yang lain, setiap pelanggan perlu memesan sendiri makanan dan minuman di kaunter sebelum duduk.

            Wirda keluarkan telefon. Laman sosial Twitter dibuka. Dia scroll timeline Twitter miliknya. Dibaca setiap baris kata, setiap baris ayat yang dihantar manusia sejagat. Dan beberapa minit kemudian, datang Ziqri duduk dihadapannya. Lelaki itu mengukirkan senyuman padanya. Dan dia membalas.

            “Nak pergi mana lepas ni?” Tanya Ziqri. Hari ini hari minggu, jadi sepenuh hari ini akan dia luangkan bersama isterinya.

            Wirda pandang suaminya. Hmm, “Entah. Wir ikut Ziq sajalah.” Ucapnya. Jujur, dia sendiri tak tahu nak berjalan-jalan ke mana. Serasanya, sudah hampir satu negeri ini mereka berjalan meluaskan pandangan.

            Ziqri bermain dengan kunci kereta di tangannya. “Kita tengok movie nak?” Soalnya ceria. Lama juga mereka tak menonton wayang bersama.

            Tak berkelip mata Wirda pandang suaminya. “Serius?” Soalnya minta kepastian. Sebab Ziqri selalunya akan menonton cerita baru di rumah dengan home theatre miliknya. Mana nak layan wayang ni dah.

            Ziqri senyum manis sebelum angguk. “Seriuslah, sayang.” Jeda. “Nak tak?”

            Wirda senyum juga. “Mestilah nak,” Angguk.

            “Loser!”

            Wirda yang lagi tersenyum termati senyumannya saat telinga menangkap sebaris ayat itu. Lama dia memakukan diri.

            “Loser!” Ayat itu kedengaran lagi. Wajah Wirda serta-merta berubah.

            “Aku bukan loserlah!” Jerit seorang wanita menyangkal gelaran yang diberi padanya.

            Wirda lantas menoleh ke belakangnya. Mencari suara itu. Dan rata-rata pengunjung restoran ini lagi memandang dua manusia yang berada di tengah-tengah restoran. Seorang wanita yang lagi berdiri bersama wajah yang penuh sinis. Manakala seorang lagi wanita sudah jatuh terduduk dilantai bersama wajah yang sudah lencun dengan air mata.

            “Kau loser!” Ucap wanita yang lagi berdiri itu.

            Wirda cari wajah wanita yang terduduk di lantai. Saat matanya mengecam wajah itu, dia automatik bangkit. Ziqri yang terkejut juga berdiri disisi isterinya.

            “Lana?”

            Wanita yang duduk di lantai itu pantas menoleh. Berubah air wajahnya saat terpandangkan Wirda. Air mata mula mengalir laju.

            “Wir,” Panggil Ziqri. Risau dia melihat isterinya.

            Wirda telan liur. Entah mengapa, mindanya memainkan satu ayat yang pernah dia ucapkan pada Lana sebelum ini.

            “Karma will haunt you, Lana.


            Karma.

2 comments:

  1. it's better tajuk tukar kepada kifarah kan?karma untuk agama lain selain islam

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah exactly, tapi saya lebih prefer karma than kifarah. Karma nampak brutal sangat macam karma really will haunt someone..

      tapi kalau awak nak tukar tajuk ni kepada Kifarah, I'm okay with it. :)

      Delete

Buah fikiran anda amatlah di hargai.