Pages

Search This Blog

6 Jan 2016

Cerpen - Amnesia [3]

Seorang bayi yang lagi nyenyak tidur di tempatnya di pandang. Bibir serta-merta mengukir senyuman. Sakit dibahagian bawah perutnya seakan-akan hilang pabila melihat wajah polos itu. Sangat suci dan bersih dari dosa.

            Bunyi pintu ditolak dari luar buatkan dia pandang ke muka pintu. Disitu, masuk seorang lelaki bersama sejambak bunga di tangan dan mengukirkan senyuman di bibir. “Hai sayang,” Ceria. Bahagia.

            Lelaki itu menghulurkan sejambak bunga padanya dan mengucup dahinya lembut. “Baru bangun ke?” Soal lelaki itu.

            Dia angguk. Setelah penat bertarung di bilik bersalin kurang beberapa jam yang lepas, dia tidur kepenatan. Dan dia perlukan rehat yang secukupnya untuk kembali pulih. “Everything okay?” Soalnya pada si lelaki.

            Lelaki itu angguk. “Everything was just fine.” Dan dia melangkah ke tempat peraduan bayi yang baru dilahirkan tadi. Bayi lelaki itu digendongnya dan dikucupnya penuh kasih. “So,” Dipandang isterinya. “What his name?” Soalnya.

            Si isteri diam memikir. “Macam mana dengan,” Dia pandang suaminya. Senyum. “Muhd Adam Harris?”

            Si suami senyum kacak. “Sound nice.” Dia pandang bayi lelaki itu pula, “So, Adam.

            “Danish,” Panggil si isteri. Lelaki bernama Danish itu menoleh. “I nak tengok Adam.” Beritahunya. Sebab dia masih belum lagi membelai anak pertamanya.

            Danish senyum. “Sure.” Dia mendekati isterinya dan menyerahkan Adam pada si isteri. “Kacak, bukan?”

            Wanita itu tahan diri dari ketawa. “Baby comellah, you. Bukannya kacak.”

            Danish sengih. “I mean, myself.

            “Ceh!” Wanita itu mencebik. Dia menunduk. Melihat bayi yang baru dilahirkannya. Mata yang terpejam itu dipandang. Mata kecil yang sangat comel. Dari mata, turun ke hidung yang kecil. Turun ke mulut yang comel. Serata wajah kecil itu dipandang. Lama.

            Sebelum tiba-tiba kepala bahagian kanannya berdenyut. Kuat. Dan dalam sekelip mata, rasa seolah dunianya berpusing.

            “Nad?” Suara Danish. “Nad you kenapa?” Suara itu bertukar nada risau.

            Nadiya pejamkan matanya. Kenapa kepala sakit sangat ni? Dia cuba kawal pernafasannya.

            Dan akhirnya, dia rasa dunianya gelap.



WAJAH Kristine kelihatan risau. Sangat risau. Tangannya naik menyentuh dahi Nadiya yang kepanasan. “Kau dah pergi klinik?” Soalnya.

            Nadiya menggeleng lemah. “Malas.” Patung Teddy Bear berwarna biru dipeluknya erat. Selimut ditarik sehingga ke dada. Dia sejuk. Sangat sejuk. Macam nak pergi sauna je nak panaskan tubuh yang kesejukan.

            Kristine menggeleng. “Kau ni memang tak berubahlah kalau sakit.” Keluhnya. Dia pandang Nadiya yang terbaring lemah. Wajah Nadiya pucat. Dan setahunya, Nadiya memang jarang demam melainkan sesuatu telah terjadi padanya.

            “Macam mana kau boleh sampai demam ni?” Tanyanya musykil. Macam ada sesuatu yang terjadi pada Nadiya.

            Nadiya hembus nafas lelahnya. Bibir yang kering dibasahkan dengan lidah. “Aku..” Dia jeda. Perlahan-lahan dia bangkit. Duduk bersila dihadapan Kristine. Rambut yang panjang dirapikan. Teddy Bear dalam pelukan di peluk erat.

            “Malam tadi aku mimpi,” Dahinya berkerut. Macam mana nak ucapkan ayat supaya Kris faham apa yang dia cuba sampaikan? “Aku mimpi baby.” Dia pandang anak mata Kristine. “Baby tu comel.” Mindanya mula mengingati mimpi yang dialaminya.

            Sementara Kristine hanya mendengar. Nadiya mimpi bayi? Anak siapa? Dan, kenapa dia rasa yang Nadiya seolah macam dapat petunjuk tentang perjalanan hidupnya yang samar-samar? Entahlah, tapi naluri hatinya kuat mengatakan perkara itu.

            “Nama dia,” Jeda lagi. Cuba mengingat. “Muhd Adam Harris.” Nadiya angguk bila dia berjaya dan yakin tentang nama bayi itu. Ya, tak salah lagi. Nama bayi tu Muhd Adam Harris.

            Sementara Kristine sudah membuntangkan matanya. “Adam?” Terkejut. Sangat terkejut. Macam mana Nadiya boleh mimpikan Adam?

            Nadiya angguk. “Dan ada seorang lelaki dalam mimpi aku tu. Tapi aku tak nampak muka dia.” Nadiya pandang Kristine lagi. “Aku panggil dia Danish.” Ceritanya lagi. “Tapi aku tak faham, apa kaitan mimpi tu dengan aku?” Keluh Nadiya berat.

            Dari bangun pagi tadi lagi dia tertanya-tanya, apa kaitannya mimpi itu dengan dirinya.

            Kristine telan liur. Adam dengan Danish? Dia hembus nafas. Matanya mencari anak mata Nadiya. Jelas di mata itu, fikiran Nadiya penuh dengan tanda tanya. Tapi, “Nad.” Dia basahkan bibirnya. Tangannya memegang tangan Nadiya.

            Saat mulutnya mahu bersuara, wajahnya ditundukkan bila tangannya merasa sesuatu di tangan Nadiya. Cincin? Dia pandang Nadiya. “Mana kau dapat cincin ni?” Tanya Kristine. Jadi, Nadiya dah jumpa cincin ni?

            “Dalam laci.”

            Kristine telan liur. Diperhati cincin itu. Tak syak lagi, cincin itu kepunyaan Nadiya. “Kau tahu tak cincin ni kau dapat dari siapa?”

            Nadiya menggeleng buntu. Dia tak faham, kenapa wajah Kristine berubah sampai macam ni. Macam terkejut pun ada. Macam wajah tak percaya pun ada juga. Dan, apa yang buatkan kawannya jadi dua personaliti macam ni?

            “Nad.” Kristine tarik nafas. Nampaknya, dia perlu teruskan dengan niatnya yang asal. Iaitu ceritakan segalanya pada Nadiya. Dia tak sampai hati nak berbohong pada Nadiya. Dia tak sampai hati nak biarkan Nadiya terus hidup dalam keadaan macam ni.

            “I must tell you everything, Nad.

            Nadiya kerut dahi. Makin dia tak faham dengan Kristine. “Bukan haritu kau dah cerita semuanya pada aku?”

            Kristine menggeleng perlahan. “Aku tipu kau. Maafkan aku,” Menunduk. Rasa bersalah mencengkam dada.

            “Kris, aku tak faham.”

            Kristine tarik nafas lagi. Dia harus ceritakan semuanya. “Sebenarnya, apa yang kau mimpi tu betul. Mimpi kau tu, sesuatu yang pernah berlaku pada kau sebelum ni. Flashback.” Jujurnya.

            Nadiya terkejut.



NADIYA duduk di kerusi yang disediakan di luar kedai buku. Hari yang memenatkan. Awan mendung yang berarak buatkan dia menghembus nafas beratnya. Hujanlah. Aku nak merasa berdiri di bawah tangisan langit yang lebat. Mahu melepaskan segalanya pergi.

            Bibir yang kekeringan dibasahkan. Kurang air dalam badan merupakan punca bibirnya cepat mengering. Dia bukan seorang pengguna yang menggunakan pelembab bibir. Kerana penggunaan pelembab bibir sebenarnya lagi buatkan bibir seseorang itu cepat mengering. Itu fakta yang pernah dibacanya.

            Setelah hampir lima minit dia duduk melepaskan lelah disitu, dia bangkit. Cawan plastik yang sudah kehabisan isinya dibuang ke dalam tong sampah. Kaki mula melangkah ke kereta. Percaya atau tidak, inilah kali pertama dia memandu setelah kemalangan itu.

            Dan dia terpaksa menyakinkan kedua orang tuanya, yang dia boleh memandu dengan selamat. Akhirnya dia berjaya walaupun melihat dari raut wajah Mama-Papanya, mereka masih kurang yakin dengan dirinya.

            Kunci kereta dari dalam beg tangan diambil. Saat mahu menekan alarm kereta, matanya terkaku pada seorang nenek tua yang mahu melintas jalan. Rasa kasihan pada nenek tua itu muncul buatkan dia datang mendekat.

            Tangan nenek tua yang memegang tongkat itu dipegang. “Saya pimpin nenek sampai sana.” Nadiya bersuara bersama senyuman. Tak sampai hati nak membiarkan nenek tua itu melintas sendiri.

            “Terima kasih.” Ucap nenek tua itu.

            Sampai dihujung jalan, Nadiya melepaskan pegangannya pada nenek tua itu. “Nenek jalan hati-hati ya.” Pesannya sebelum beredar.

            Telefonnya yang tiba-tiba berbunyi itu dijawabnya. Dari Kristine. Dan tanpa sedar, dia sudah berada di atas jalan raya sambil menjawab panggilan kawannya.

            Perkara terakhir yang dia ingat hanya, kesakitan

            Dan darah.



SYAFIQ mengeluh. Tangannya yang menggenggam tangan Nadiya dipandang. Bibir digigit. “Dalam masa setahun je, dah dua kali you terlantar macam ni, Nad.” Dia bersuara. “Are you happy doing this?

            Saluran yang dicucuk pada tangan Nadiya bersambung dengan paket air yang tergantung di sisi katil wanita itu dipandang. Sudah lebih dua kali paket air itu ditukar, dan Nadiya masih belum membuka matanya.

            “Nad.” Suara Syafiq. “Kenapa you buat I macam ni?” Mengeluh. “Kenapa I buat you macam ni?” Dia menggeleng pula. “Honestly, I don’t know what I’m doing.” Menggeleng lagi. “I tak tahu.”

            “Nad.” Ayatnya mati.

            Mengeluh. Keluhan yang amat berat.

            Syafiq letakkan dahinya pada lengan Nadiya. Mata cuba dipejamkan. “I love you, Nad.” Hembus nafas. “I am deeply in love with you.

            Nad, kalau I boleh putarkan waktu. I takkan buat apa yang pernah I buat pada you. I takkan biarkan Adam pergi dari hidup you. I takkan pernah nak kenal dengan Tiara. I won’t do that. I won’t.

            Tapi Nad, semuanya dah ditetapkan. Pengarah kita dan aturkan segalanya. Hanya kita sebagai ‘Pelakon’ yang perlu menjayakan ‘cerita’ ini. Allah dah takdirkan segalanya.

            Nad, percayalah. I tak pernah cintakan Tia. Sungguh. Hati I hanya untuk you dan Adam. I tak pernah cintakan dia. I sumpah, Nad. Dia sihirkan I guna bomoh Nad. Itu semua kerja dia yang pisahkan I dengan you.

            Tanpa sedar, air mata mengalir bersama mata yang terpejam.

            “Fiq.” Namanya dipanggil bersama sentuhan pada bahu kanan.

            Syafiq tegakkan kembali tubuhnya. Air mata ditubir mata diseka. Dia senyum kelat pada Mummynya. “Mummy,” Terkejut dengan kehadiran Mummynya petang itu.

            Puan Seri ukir senyum. “Fiq sabar ya, sayang.” Dia pandang pula Nadiya yang lagi terbaring tidak sedarkan diri. “Menantu Mummy mesti sedar nanti.” Ucapnya menenangkan anak lelakinya.

            Puan Seri tahu, dalam ramai-ramai manusia, Syafiqlah yang paling terluka dengan kemalangan dan tahap kesihatan Nadiya.

            Tapi Puan Seri tak tahu, sebab Syafiq terluka adalah berpunca dari dirinya. Dia sendiri yang masukkan hidupnya dalam lembah kesakitan yang akan menyakitkan dirinya.



TIARA hidangkan air pada tetamu. Dua manusia yang datang ke rumahnya saat ini dilayan penuh adab. Dia mengukir senyum pada Nadiya dan Syafiq yang menjadi tetamunya petang itu. “Minumlah. I buat air biasa je.” Senyum lagi.

            Nadiya angguk kepala. Cawan yang berisi air epal itu dihirup perlahan. Sedap.

            “Mana Adam?” Tanya Tiara bila kelibat Adam dia tak nampak. Suara budak lelaki tu pun dia tak dengar.

            Nadiya senyum. “Adam duduk dengan nenek dia. Suka sangat dengan nenek dia tu.” Balasnya sebagai jawapan. Memang Adam semenjak berusia setahun ni, sangat senang melayan neneknya. Macam kawan pun ada.

            Tiara angguk. Dia pandang Syafiq yang baru meminum air yang disediakannya. Hujung bibirnya tersenyum sinis saat lelaki itu menghabiskan air epal itu dengan sekali teguk. Good.

            Dan dia rasa rancangannya berjaya.

            “Should we start it?” Tanya Nadiya pada tujuan asal mereka ke situ. Entah kenapa, naluri hati wanitanya kuat mengatakan, Tiara punya perasaan pada lelaki disebelahnya.
            Naluri hati wanitanya selalu betul.

            Dan dia tak suka keadaan ini.



NADIYA  pandang pintu bilik air. Pintu itu semenjak tadi tertutup selepas Syafiq masuk ke dalam. Dan semenjak itu jugalah, telefon bimbit lelaki itu tak berhenti-henti dari berdering. Sedikit sebanyak, mengganggu lena Adam yang baru saja tertidur.

            Muncul niatnya mahu melihat telefon yang berdering di atas meja. Nama pemanggil itu buatkan jantungnya berdegup kencang. “Tiara?” Pelik. Hairan. “Kenapa dia telefon?” Lagi bertambah pelik.

            Telefon yang masih berdering itu dijawab. “Hello?” Suara Tiara dihujung talian.

            “Fiq?” Suara Tiara lagi. Nadiya tidak menjawab. Hanya mendengar. “Kenapa lambat sangat jawab call I?” Suara Tiara seperti merengek.

            Nadiya tak senang duduk. Sesekali matanya mengerling pintu bilik air yang masih tertutup. Tidak seperti tadi, tiada lagi kedengaran bunyi air jatuh. Dan Syafiq mungkin bila-bila masa saja akan keluar dari bilik air.

            “Fiq, esok kita keluar nak? I rindu you lah.”

            Menggigil tangan Nadiya mendengarkan itu. Kuat pegangannya pada telefon.

            “Ohh wife you ada dekat sebelah eh?” Dengar Tiara gelak. “Nevermind, esok kita keluar okay? Dekat tempat biasa. Bye sayang.” Talian mati.

            Sementara Nadiya tergamam. Jumpa dekat tempat biasa? Jadi maknanya, mereka pernah berjumpa sebelum ni? Pertemuan yang acapkali mereka adakan? Tanpa pengetahuannya?

            Nadiya kaku. Sehinggalah matanya bersatu dengan mata Syafiq yang baru keluar dari bilik air. Air liur ditelan. Syafiq dengan Tiara? Huh.

            “Kenapa ni?” Mata Syafiq jatuh pada telefonnya di tangan Nadiya. “Ada orang call ke?” Soalnya tanpa ragu-ragu. Mungkin Nadiya baru menjawab panggilan yang masuk ke telefonnya.

            Kekakuan Nadiya buatkan Syafiq bingung. Dia mendekat pada isterinya. Telefon miliknya di tangan itu diambil dan dilihat senarai pemanggil. Matanya terbuntang saat melihatkan nama Tiara yang naik.

            Dia pandang Nadiya. “Nad, I..”

            “Kenapa?” Tanya Nadiya tanpa pandang Syafiq. “Kenapa?”

            “Nad, I..” Ayatnya mati sekali lagi. Dia menggeleng pada Nadiya.

            Nadiya hembus nafas. Hatinya sakit. Sakit sangat. Tapi tak tahu kenapa, dia tak ada rasa-rasa nak marah atau lepaskan geramnya pada Syafiq. Entahlah. Dia sendiri tak tahu kenapa. “Dia nak jumpa you esok. Dekat tempat biasa.” Tenang dia tuturkan ayat.

            Dan Nadiya beredar. Keluar dari bilik. Dan menangis.

            Yang dia tahu sekarang ni, hanya menangis.

            Dan terus menangis.



MATANYA tepat memandang pasangan yang lagi seronok berjalan bertentangan dengannya. Berbual berdua seolah mall ini mereka yang punya. Nadiya yang lagi memimpin tangan kecil Adam yang baru berusia setahun lebih, menghentikan langkah. Berhenti ditengah-tengah mall dan memandang pasangan yang seronok berdua tidak jauh dihadapannya.

            Semenjak tadi lagi dia melihat pasangan itu, sangkanya dia hanya melihat orang lain. Tapi matanya tak silap. Itu memang mereka.

            Syafiq dan Tiara.

            Gigi diketap. Tangan yang menggenggam Adam makin kuat. Perasaannya sakit tapi dia tak tahu macam mana nak luahkan. Nak menjerit? Dia memang nak menjerit, tapi dia tak rasa kalau dia menjerit sepuas hati, keadaan akan pulih.

            Dia nak serang Tiara dengan Syafiq, tapi dia tahu. Itu semua hanya sia-sia. Hanya menunjukkan kebodohan diri sendiri dihadapan orang ramai.

            Nadiya mengeluh berat. Salah apa yang dia buat sampai jadi macam ni? Patutlah pagi tadi, Syafiq menolak saat dia mengajak lelaki itu menemaninya membeli-belah. Rupanya, dia datang dengan perempuan baru.

            Perempuan yang ternyata dia bahagia dengannya.

            Sudahnya, dia ke sini dengan Kristine. Nasib baiklah Kris sudi menemaninya. Tapi sampai sekarang, bayang kawannya itu pun dia tak nampak. Mana pergi entah minah tu.

            “Papa.” Suara Adam.

            Nadiya tak hiraukan Adam. Matanya galak memandang pasangan itu. Bermacam rasa bermain di hatinya. Tapi rasa yang paling dominan ialah rasa sakit hati. Kenapa Syafiq buat dia macam ni? Kenapa Tiara memperlakukan dia sebegini? Kenapa dua manusia itu menyakiti dirinya dengan cara begini?

            Air liur ditelan saat matanya bersatu dengan mata Syafiq. Sekaligus, buatkan langkah Syafiq dan Tiara mati tiba-tiba. Kedua mata itu memandangnya gerun.

            “Papa.” Suara Adam lagi. Dan pegangan tangan Nadiya pada Adam terlepas. Matanya hanya memandang larian kecil Adam pada Syafiq yang berdiri tidak jauh dari mereka. Dia tiada rasa nak menghalang. Jiwanya kosong tiba-tiba.

            Bersaat dia berdiri statik di situ. Dia tak tahu nak beraksi bagaimana. Senyuman sinis yang terukir dihujung bibir Tiara ditangkap dengan matanya. So, this was your planed, bitch? Tiara yang dia kenal hampir lima tahun, akhirnya membinasakan dirinya?

            Dia kenal Tiara. Tiara, dia dan Kris merupakan kawan baik dari zaman diploma. Mereka pernah serumah. Pernah berkongsi segalanya. Malah, Tiara yang menjadi pengapitnya saat dia berkahwin dengan Syafiq.

            Hidup Tiara tak senang. Sewaktu zaman belajar mereka pun, Tiara terpaksa bekerja sambilan untuk menyara hidupnya di negeri orang. Nadiya dan Kristine yang selalu membantu Tiara. Menolong dari segi kewangan, dan tak kira apa pun, mereka tetap membantu Tiara.

            Tiara umpama adik bagi Nadiya. Malah, mereka bertiga sudah seperti adik-beradik. Saling membantu disaat kesusahan. Saling memberi semangat disaat mereka jatuh. Setiap masa mereka bersama.

            Tapi,

            Ini yang dibalas Tiara padanya? Ini?

            “Weh, mana kau pergi? Dari tadi aku cari kau.” Kristine yang baru tiba lantas menyoal. Penat dia cari Nadiya. Setiap kedai dia masuk semata-mata nak cari kawannya. Tapi di sini wanita itu berada. “Kau buat apa kat sini weh?”

            Kristine kerut dahi saat Nadiya tidak menjawab segala pertanyaannya. Wanita itu hanya diam membisu seribu bahasa. Tubuh yang kaku itu buatkan Kristine takut. “Nad?” Dia sentuh tangan Nadiya. “Kau kenapa?” Soalnya takut-takut.

            Air liur ditelan. Matanya melihat ke arah yang dilihat Nadiya. Dan pandangannya kaku pada dua figura dihadapannya. Lagi buatkan nafasnya sesak saat melihat pautan tangan yang bersatu itu.

            “Tia?” Dia bersuara. Terkejut dengan apa yang dilihatnya. “Fiq?” Kristine tak tahu apa yang Nadiya rasakan saat ini. Kalau dia yang melihatnya sudah terhiris hati, apatah lagi Nadiya.

            Kristine kembali pandang Nadiya. Masing-masing kaku. Masing-masing diam. “Nad,” Tangannya naik pula menyentuh bahu Nadiya. Tahu yang emosi Nadiya lagi bergelora.

            Nadiya gigit bibir. “Ambil Adam, Kris.” Dan dia melangkah pergi.



KRISTINE pandang Adam yang lagi bermain dengan rambut Nadiya yang lagi tertidur. Jatuh kasihannya pada Nadiya. Selepas wanita itu menangis tadi, Nadiya terus terlelap. Dia tahu macam mana perasaan Nadiya. Wanita mana yang kuat bila keadaan macam ini berlaku pada dirinya?

            “Adam,” Panggil Kristine. “Kita makan, jom.” Ajaknya lalu mengangkat Adam ke dapur. Semenjak Nadiya melahirkan Adam kira-kira setahun yang lalu, dia macam dah boleh agak waktu untuk Adam makan. Sebab, Nadiya akan selalu melepak dengannya bila punya masa terluang.

            Tapi tahulah Nadiya, setiap hari dia punya waktu terluang. Memang setiap harilah mereka bertenggek bersama.

            Tiba-tiba mindanya teringat perbualannya dengan Nadiya beberapa tahun yang lalu, masa mereka sekolah menengah.

            “Kalau kau diberi kuasa, kau nak buat apa dengan kuasa kau tu?” Tanya Kristine.

            Nadiya berfikir sejenak sebelum bersuara, “Aku nak bunuh manusia yang curang dengan kuasa aku tu.” Jungkit sebelah kening sebelum dia gelak.

            Kristine melopong. “Seriuslah kau?” Soalnya terkejut. Dia nak bunuh manusia yang berlaku curang? Sangat gila.

            Nadiya angguk kepala. “Sebab aku rasa, tak guna seseorang tu berjanji setia, bermulut manis, tapi akhirnya dia berlaku curang.” Pandang Kris. “It’s just worst.Itu pendapatnya.

            “Good luck for your wish,”

            “Thanks dude.” Dia gelak. Suka melihat memek muka tak puas hati Kristine bila dia panggil perempuan tu dude.

            Sangat suka.

            Kristine mengeluh. Entah kenapa, dia berdoa semoga permintaan Nadiya yang satu itu akan termakbul sekarang.

            “Auntie?” Suara Adam kejutkan Kristine yang lagi mengeluh.

            Kristine tersedar. Lantas dia menyiapkan sesuatu untuk santapan Adam petang itu.



“NAD.”

            Langkah Nadiya mati. Dia berpusing. Pandang Syafiq yang berhenti beberapa tapak dihadapannya. “Apa dia?”

            “Sampai bila kita nak macam ni?” Tanya Syafiq tak bersalah.

            Kening Nadiya ternaik sebelah. “Sampai you beritahu I apa salah you.” Tenang nada suaranya. Sesekali matanya mengerling pada Adam yang lagi bermain dengan permainannya di atas katil.

            Syafiq mengeluh. “Apa salah I?”

            Nadiya senyum sinis. “Apa salah you?” Dia basahkan bibirnya. “Sepatutnya you sendiri tahu apa salah you pada I.”

            Syafiq mara setapak ke hadapan. “What?” Soalnya. “Is it about Tia?

            Nadiya jungkit bahu. Matanya pada mata Syafiq. Lama. Dan entah kenapa, dia rasa yang berdiri dihadapannya ini bukan Syafiq. Seolah minda dan diri Syafiq dikawal oleh seseorang. Sinar melalui mata lelaki itu seakan kosong.

            “Danish?” Panggil Nadiya. Nalurinya kuat rasakan sesuatu telah berlaku.

            Syafiq diam tidak menyahut. Hanya memandang Nadiya tanpa perasaan.

            Sementara Nadiya membuka langkah mendekati suaminya. Kedua pipi Syafiq dipegangnya. “Dan?” Dia bersuara lagi.

            “I love her, Nad.” Ayat Syafiq itu buatkan tangan Nadiya yang menyentuh pipi Syafiq bertukar satu tolakan yang kuat dan keras. Laju tangannya melempang pipi Syafiq.

            “You cakap apa ni?” Langkah mundur.

            “I love her. I love Tia, Nad.” Jujur Syafiq.

            Dan itu sangat merobek hati Nadiya.



NADIYA pandang Tiara dihadapannya. Lama dia memerhati wajah wanita itu. Kalau diikutkan rasa hatinya yang panas ni, dah lama dia siram Tiara dengan teh tarik yang masih bersisa asap panasnya. Dan kalau bukan kerana mereka berada di tempat awam, dah lama dia cekik wanita ni sehingga mati.

            Bibir yang kering dibasahkan. Adam yang duduk di kerusi budak-budak di sebelah dibetulkan posisi duduknya. Sesekali tangannya naik menyeka kesan comot di hujung bibir Adam.

            “Inikah yang sebenarnya kami patut dapat dari kau?”

            Nadiya menoleh bila dengar soalan itu. Melalui matanya, nampak Kristine sangat tak berpuas hati dengan Tiara yang berwajah selamba dihadapan mereka. Memang semenjak dia memberitahu mengenai Syafiq dan Tiara pada Kristine, wanita itu seperti mahu melancarkan bom pada keduanya.

            “Kenapa kau buat aku macam ni?” Mata Nadiya pada Tiara.

            Tiara pandang Nadiya sebelum satu senyuman terukir sinis. “Sebab kau tak pandai jaga dia.” Kening dijungkit.

            “Dia suami aku, Tia.” Keras. Tegas.

            “Kuota dia ada lagi tiga, sayang.” Balas Tiara bersama wajah tidak bersalahnya.

            Nadiya hembus nafas perlahan. Kekal bersabar dengan Tiara. Tiara baru menunjukkan topeng sebenarnya. Topeng yang dia sembunyikan selama ini. “Kau tahukan apa hukum rosakkan rumah tangga orang?”

            “Pergi mati dengan semua hukum tu.” Jawab Tiara geram. Memang semenjak dulu lagi dia sangat tak berkenan dengan Nadiya dan Kristine. Hanya berlagak berpura-pura menyukai mereka kerana merekalah yang membantunya melangsaikan segala hutang-hutang pengajian di universitinya. “Kau tahu,” Dia pandang Nadiya dan Kris silih berganti. “Memang sejak dari awal aku kenal kauorang, aku memang tak suka kauorang. Tak pernah terniat pun dalam hati aku nak jadi kawan kauorang. Tak pernah.” Menggeleng.

            Tiara pandang Nadiya. “Aku memang dah lama suka Fiq.” Kenyataan yang dia simpan selama ini. “Semenjak kali pertama kau kenalkan aku dengan dia.” Dia senyum sinis. “Tapi aku tak sangka, dia pun suka aku juga.” Jeda. “Tak sangka, sesenang itu laki yang kau agungkan tu, berubah perasaan kan?”

            Sementara Nadiya dan Kristine terkejut dengan fakta yang diucapkan Tiara pada mereka. Kristine tergamam. Inikah Tia yang dia kenal? Kenapa berubah sampai macam ni? Betulkah wanita ni tiada sekelumit pun rasa kasihan pada Nadiya?

            “Fikirkan Adam, Tia.” Suara Nadiya. Lemah.

            “Tak boleh ke kau biarkan kami bahagia?” Mata Tiara menjeling Adam yang bahagia dengan makanannya.

            “Kau bahagia atas penderitaan Nad, Tia.” Bersama gigi yang diketap, Kristine bersuara. Sekaligus menghalang ayat Nadiya dari terluah.

            Tiara pandang Kris. “Hey perempuan! Kau jangan masuk campur.”

            “Aku takkan masuk campur kalau lelaki tu bukan Syafiq.” Balas Kristine pantas. Tahap sabarnya dah sampai ke kemuncak. Sikit sajala lagi, pasti sabarnya hancur.

            Tiara jeling Kristine tajam. Masalahnya sekarang bukan dengan Kristine, tapi Nadiya. Hanya membuang masa jika dia terus bertekak dengan Kristine saat ini. Lantas dia kembali pandang Nadiya. Tahu yang wanita itu sengsara.

            “Ohh kau tahu yang Fiq akan ceraikan kau dan kahwin dengan aku?”

            Tanpa buang masa, seperti apa yang dia mahukan awal tadi, teh tarik yang masih panas sudah jatuh membasahi tubuh Tiara. Dan dengar gelas pecah ke lantai.



PIPI yang terasa kebas dilempang tangan Syafiq dipegang. Kepalanya rasa berpinar akibat dari kesan lempang itu. Dan dia rasa ada cecair pekat mengalir di hujung bibirnya. Sakit. Pedih.

            “Kenapa kau buat dia macam tu?” Tanya suara tu keras.

            “I tak buat,”

            “Dah tu kau nak cakap yang gelas tu naik sendiri?” Berang Syafiq. Panas hatinya setelah dapat tahu Tiara yang dia sayangi disimbahi dengan air panas oleh isterinya.

            “I tak buat,” Ucap Nadiya lagi. Terus-terusan membela dirinya. Bukan dia yang menyiram Tiara dengan teh tarik itu. Bukan dia.

            Nadiya menjerit sakit saat rambutnya ditarik kuat oleh Syafiq. “Kau tahu,” Suara Syafiq begitu dekat dengan telinganya. Seolah Syafiq berbisik. “Aku paling benci dengan manusia yang penipu macam kau.”

            “Danish..”

            “Jangan kau panggil nama aku.” Tangannya mencekik leher Nadiya sebelum dirapatkan tubuh itu ke dinding.

            Nadiya cuba menolak tubuh kekar itu tapi tidak berjaya. Cekikan kuat pada lehernya buatkan dia sukar bersuara dan bernafas. Hujung matanya sudah mengalir air mata. Air mata kesakitan.

            “Dan..”

            Cekikan di leher makin dikuatkan. “Aku benci kau.” Dan cekikan itu dilepaskan. Nadiya jatuh terduduk memegang leher. Pitam kepalanya saat itu. Sakit. Dan pedih.

            Mata Nadiya menangkap tubuh Adam yang lagi memandangnya di atas katil. Wajah itu hanya memandangnya. Tidak beraksi. Hanya kaku. Dan pantas dia mendekati anaknya. Tubuh Adam di bawa dalam pelukan.

            “Hey!” Syafiq pandang Nadiya di tepi katil. Wajah yang penuh dengan air mata itu sedikit pun tidak menarik rasa kasihannya. “Aku akan kahwin dengan Tia, tapi aku takkan lepaskan kau.” Putus Syafiq.

            Makin laju air mata Nadiya mengalir.

            “Sekurangnya aku tak perlu cari orang gaji bila Tia duduk sini dengan aku.” Senyum sinis. Syafiq kemudiannya capai telefonnya sebelum membuat panggilan pada seseorang.

            Sementara Nadiya sudah terluka hatinya dengan kenyataan itu. Apa guna lelaki ni menyimpan dia kalau tidak digunakan? Apa guna Syafiq tidak menceraikannya kalau tiada lagi rasa cinta lelaki itu padanya?

            Sementara Syafiq leka berbual dengan seseorang, Nadiya mengambil peluang itu dengan keluar dari bilik bersama Adam dalam dukungannya. Dia terus ke pintu rumah dan menyarung kasut sebelum keluar.

            Kereta dihidupkan pantas sebelum Syafiq menyedari kehilangan dirinya. Kereta diundurkan. Dan seperti jangkaannya, saat dia melepasi pintu pagar, nampak kelibat Syafiq di muka pintu.

            Dan Nadiya pantas memecut kereta bila sedar Syafiq mengekorinya dari belakang.



HUJAN LEBAT menyukarkan Nadiya memandu. Dia memang tak pernah memandu dalam hujan. Sebab dia tak yakin dengan jarak dan ruang antara kereta. Selalunya pasti Syafiq akan jadi pemandunya bila hujan lebat, tapi sekarang ahh!

            Dia berhentikan kereta di bahu jalan. Pasrah andai Syafiq menjumpainya di sini. Adam di sebelah di pandang. Masih lagi tenang keadaan anaknya. Dan entah kenapa, tiba-tiba sahaja air matanya mengalir melihat Adam yang berwajah tenang dan suci itu.

            Mata yang bulat bersama pipi yang tembam sangat buatkan dia cepat berubah perasaan. Lantas dia menarik Adam supaya duduk diribaannya. Wajah itu berkali-kali diciumnya seolah itulah kucupan yang terakhir.

            “I love you, sayang.

            Dan dengar cermin tingkap diketuk.

            Nadiya menoleh. Dia telan liur saat terpandangkan figura Syafiq di luar kereta. Matanya pandang lock pintu yang sudah lama berkunci. Selamat.

            Tapi liur makin ditelan saat melihat Syafiq memasukkan satu kunci ke dalam lock di pintu luar. Kunci simpanan keretanya yang ada pada Syafiq. Ah, dia lupa itu. Dia dan Syafiq menyimpan kunci kereta antara mereka.

            Tempat duduk penumpang di sebelah pemandu menjadi sasaran Nadiya untuk melarikan diri. Saat Syafiq berjaya membuka pintu tempat pemandu, Nadiya ambil peluang melarikan diri dari situ.

            Bersusah payah dia berlari bersama Adam dalam dukungan.

            Dan dia tertangkap oleh Syafiq bila Syafiq menarik tangan Adam yang terjuntai. “Kau nak lari mana?” Jerit Syafiq melawan bunyi hujan.

            “Lepaskan I, Danish.” Jeritnya.

            Syafiq menggeleng. Bukan mudah dia nak lepaskan Nadiya. Dia sayang Nadiya, tapi dia juga sayangkan Tiara. Sayangnya pada Tiara melebihi sayangnya pada Nadiya. Lantas tangan Adam ditariknya.

            Tubuh Adam yang berada dalam dukungan Nadiya ditarik sekuat hati. Tapi tarikan dari Syafiq yang kuat dan keras buatkan dia terlepaskan Adam secara tiba-tiba. Dan tanpa dijangka Syafiq juga, tangannya yang menarik tangan Adam juga terlepas menyebabkan tubuh kecil Adam melayang dan mendarat di tengah jalan.

            “Adam!” Jerit Nadiya kuat. Dia pantas berlari mendapatkan Adam yang sudah terbaring di atas jalan raya.

            Sementara Syafiq sudah terkaku dengan kejadian di hadapan matanya. Sukar mahu percaya yang dia lakukan semua ini. Sesuatu yang tidak pernah dia fikirkan sepanjang hidupnya. Sesuatu yang sangat kejam.

            Bunyi hon dari arah bertentangan buatkan Syafiq menoleh. Dan dia telan liur kelatnya saat melihat sebuah kereta yang mendekat. Bersilih ganti dia pandang kereta dan dua manusia yang disayanginya di tengah jalan.

            “Ya Allah!” Hanya itu yang terluah dibibirnya. Apa aku dah buat ni?

            Dan matanya hanya melihat dua tubuh itu dilanggar sebelum dia jatuh terduduk.



“NAD.” Suara Kristine.

            Nadiya buka matanya perlahan-lahan. Sakit di seluruh bahagian tubuhnya menimbulkan keluhan di bibirnya. Tubuhnya digerakkan perlahan. “Sakit.” Adunya.

            “Hati-hati, Nad.” Kristine betulkan tempat bersandar Nadiya pada kepala katil.

            Nadiya selesakan duduknya. Kemudian dia pandang sekeliling. “Mana ni?” Soalnya. Sangat berbeza bilik tidurnya yang ini. Segalanya serba putih.

            “Hospital. Kau accident.” Beritahu Kristine. “Feel better?” Soalnya pula.

            Nadiya angguk. “Dah berapa lama aku dekat sini?” Soalnya.

            “Hampir empat hari.” Balasnya. Dan Syafiq baru saja keluar saat dia tiba setengah jam yang lalu. “Kau nak apa-apa tak?” Tanya Kristine.

            Nadiya pandang keliling. Matanya jatuh pada hujan lebat diluar sana. Dan ingatannya jatuh pada kejadian hitam yang berlaku waktu hujan lebat. “Adam.” Nama itu meluncur di bibirnya.

            Kristine terpana. Adam? Nadiya sebut Adam? “Nad?” Wanita ini sudah ingat semuanyakah?

            Nadiya menoleh. Matanya yang bertakung dengan air mata memandang anak mata Kristine. “Adam.” Air mata jatuh.

            Kristine yang melihat pantas menarik Nadiya dalam pelukannya. “Stay strong, Nad.” Ucapnya menenangkan Nadiya. Tahu yang Nadiya sangat susah nak sesuaikan diri dengan tiada Adam disisi.

            “Aku nak Adam.” Luah Nadiya lagi. Masih terasa pandangan Adam padanya. Masih terasa kucupannya pada dahi Adam.

            “Adam tak ada, Nad.” Belakang tubuh Nadiya diusapnya lembut. Dan dia membiarkan Nadiya menangis dalam dakapannya. “Stay strong, Nad.” Ucapnya lagi.



NADIYA julurkan kaki, mahu turun dari katil. Hari ini, dia dibenarkan keluar dari hospital. Dan itu sangat buatkan dia bahagia. Sangat azab duduk sendiri tidak berbuat apa-apa di sini. Macam penjara. Saat dia mahu turun, Syafiq datang tiba-tiba membantu.

            Pantas dia menepis. “Aku tak perlukan pertolongan kau,” Ucapnya sebelum menyambung ayat terakhirnya, “Danish.”

            Syafiq terkejut dengan namanya yang dipanggil Nadiya. Danish? Hanya Nadiya saja yang memanggilnya dengan Danish. Hanya isterinya. Tapi bukankah Nadiya amnesia?

            “Kenapa? Terkejut?” Senyum sinis. “Aku ingat semuanya, Danish. Tak terkecuali.” Bibir dibasahkan. “Termasuklah hubungan kau dengan Tia.” Seakan berbisik ayat itu keluar. Tidak mahu yang lain mendengarnya.

            “Nad.” Suara Syafiq. Tangan Nadiya dipegang.

            Nadiya menepis. “Jangan sentuh aku.” Dan dia melangkah.

            Puan Maria yang berdiri tidak jauh dari kedua anak menantunya terkejut dengan ayat yang digunakan anak perempuannya. “Kenapa cakap macam tu pada suami, Nad?” Tegurnya.

            Nadiya menoleh. Dia pandang Mamanya sebelum menjeling Syafiq. “Memang patut cakap macam tu pada manusia kejam macam dia, Mama.” Nadiya keluar dari wadnya.

            Sementara Kristine yang melihat hanya kaku. “Kasihan aku jatuh pada Nadiya melebihi kau, walaupun aku tak tahu macam mana Adam mati.” Kristine ikut langkah Nadiya.

            Syafiq mengeluh.



NADIYA menuruni anak tangga. Tujuannya mahu ke dapur nak minum air. Tekaknya yang kering buatkan dia terpaksa turun ke bawah. Kalau tidak, memang dia akan tidur saja dalam bilik. Malas nak ke mana-mana.

            Langkahnya yang perlahan itu mati di anak tangga terakhir. Telinganya yang menangkap suara Papa, Mama dan seseorang di ruang tamu buatkan langkahnya mati serta-merta. Seakan-akan namanya disebut-sebut mereka bertiga. Lantas telinga menjadi pendengar di sebalik dinding rumah.

            “Esok Fiq bawa Nad balik rumah, ya?” Suara Mama. Nadiya yang mendengar sudah menggeleng kepala. Dia tak mahu pulang ke rumahnya dengan Syafiq. Tidak.

            “Tapi Nad,”

            “Alah,,” Puan Maria memotong ayat menantunya. “Nad mesti nak punya. Bukankah tu rumah dia dengan Fiq?”

            Syafiq hanya diam. Tak tahu nak beri ayat apa sebagai alasan pada mertuanya.

            “Nanti lama-lama, insyaAllah dia boleh adapt dengan tak ada Adam.” Suara Encik Nazrul pula. Doanya setiap hari, semoga anaknya kembali pulih dari trauma kehilangan Adam. Dia tahu, Nadiya sayangkan Adam dan tak boleh move on dari terus mengingati Adam.

            Syafiq telan liur. Bukan itu hal yang berlaku sebenarnya, Papa-Mama. Memang sangat susah untuk Nad melupakan anak sementelah yang menyebabkan Adam meninggal berpunca dari dirinya.

            Syafiq masih tak bisa bayangkan macam mana dan bagaimana reaksi orang tua dan mertuanya andai kebenaran mengenai kematian Adam dibongkarkan nanti. Pasti dia akan dimarah habis-habisan.

            Sementara Nadiya yang pasang telinga semenjak tadi sudah tidak bertah berdiri dan hanya mendengar. Dia tak mahu mengikut sahaja apa yang diputusnya mereka bertiga. Dia juga punya hak untuk bersuara. Lantas dia menapak meninggalkan anak tangga dan bersuara, “Nad tak nak balik sana. Rumah Nad hanya kat sini.”

            Tiga pasang mata itu memandangnya. Terkejut mungkin dengan Nadiya yang bersuara tiba-tiba di antara mereka.

            “Tapi Nadiya,”

            “Nad tak nak balik sana, Mama.” Potong Nadiya pantas. “Nad tak nak balik sana.” Muktamad.



NADIYA tarik kerusi dan duduk. Pinggan yang dihulur Puan Maria dicapai. Nasi goreng disenduk dari mangkuk ke dalam pinggannya. Sudu dicapai dan bermulalah sesi sarapannya untuk hari itu.

            “Nad.” Suara Encik Nazrul.

            Nadiya mendongak. Pandang Papanya yang berwajah serius. Papa takkan berwajah serius kalau tiada apa-apa yang penting yang akan dia sampaikan. “Kenapa?” Nasi ditelan.

            “Nad balik dengan Fiq lepas sarapan ni.” Dan Nadiya tahu, itu muktamad. Arahan yang perlu dia laksanakan walau macam mana dia tak suka sekalipun.

            Nad tayang wajah tenangnya. Sebab dia tahu perkara seperti ini pasti akan berlaku, jadi dia hanya angguk. “Okay.” Bukan semalam dia kenal Papa.

            Syafiq yang terkejut mendengar jawapan isterinya pantas memandang Nadiya. Serius ke tidak isterinya ni? Semalam bukan main tak nak. Tapi kenapa lepas Papa suruh, dia terus nak?

            Sebaik saja pinggannya kosong, dia terus bangkit dan bergerak ke sinki. Pinggan di basuh sebelum melangkah ke tangga. Saat kakinya mahu melangkah, “Nak pergi mana?” Suara Mama.

            Nadiya menoleh bersama wajah yang tiada senyuman. “Nak kemas barang. Kan Mama dengan Papa halau Nad pergi.” Tangga dinaiki.

            Sementara kedua orang tua itu saling memandang sebelum sama-sama mengeluh. Nadiya salah faham.



RUANG TAMU yang sederhana besar dijelajah matanya. Masih sama seperti saat dia meninggalkan rumah itu malam hujan lebat itu. Sewaktu dia amnesia pun, Syafiq tak pernah bawanya ke sini. Bibir dibasahkan sebelum dia betulkan tudungnya yang kelihatan senget.

            Bunyi pintu rumah ditutup buatkan dia menoleh. Syafiq bersama begnya disisi yang baru dibawa masuk dipandang. Dia berdehem sebelum bersuara, “You know,” Dia telan liur. “Tak kiralah walau sejuta kebaikan yang you buat, tetap satu keburukan yang itu yang paling I ingat sampai bila-bila.”

            Jujur, dia tak rasa nak marah. Marah bukan sifatnya. Dia hanya sakit hati dan geram dengan Syafiq. Sakit hati yang teramat sangat. Dan sedikit kebencian untuk lelaki itu juga turut ada dalam dirinya.

            “Let’s make a deal.” Suara Nadiya. Dia dah tetap dengan keputusannya yang ini. Dah lama dia memutuskan untuk berbuat begini. Dan sekarang, tibalah masanya untuk menjayakan keputusannya.

            “Apa dia?” Suara Syafiq untuk kali pertama selepas masuk ke dalam rumah. Semenjak tadi mereka tidak bersuara, dan itu sedikit menggelisahkan Syafiq.

            “I bagi you masa sampai dua bulan.” Intronya tentang perjanjian yang akan dia lakukan bersama Syafiq. “Dua bulan untuk kita pura-pura bahagia depan famili dan selepas tu, you kena ceraikan I.”

            Syafiq pantas berpaling. Pandang Nadiya bersama wajah terkejut. “But why?” Tak berkelip matanya pandang isterinya.

            “Sebab cinta I dah mati untuk you, sebaik saja you pilih Tia melebihi I.” Ucapnya keras. Tanpa nada. Ya, cintanya untuk Syafiq dah mati saat lelaki itu lebih memilih Tiara – tinggalkan dia dan Adam.

            Adam.

            Syafiq mengeluh. Khilafnya yang terpaksa dia tanggung. Dia tarik nafas dalam sebelum dihembus perlahan. “Okay.” Dia setuju walau tanpa kerelaan hatinya. Dia boleh hidup andai rasa cinta Nadiya padanya dah mati. Tapi untuk melepaskan Nadiya, dia tak boleh.

            Syafiq tak boleh hidup tanpa Nadiya.

            Tak boleh.

            “Kalau bukan sebab kita ada famili, yang nak kena jaga hati semua orang,” Jeda. Dia pandang Syafiq. “I nak you ceraikan I sekarang juga.” Matanya pada mata Syafiq. Pandangan mata yang tiada langsung rasa cinta. “Sebab I tak nak hidup satu rumah dengan pembunuh yang dah bunuh anak I.”

            Syafiq pejam mata. Tuduhan yang sangat menusuk ke hatinya. Dia dituduh membunuh anak sendiri. Berat sangat tuduhan itu. Tapi itu memang salahnya. Salahnya yang tak boleh dinafikan.

            “Nad, tak boleh ke you lupakan semuanya? I minta maaf. I tahu I salah.”

            Nadiya senyum sinis. “You nak I lupakan semuanya?” Dia gelak. “I boleh lupakan kalau you curang dengan I.” Wajahnya kembali serius. “Tapi I tak boleh lupakan bila you bunuh anak I.”

            Mata Nadiya tiba-tiba jatuh pada potret Adam yang tergantung di atas dinding belakang televisyen. Lama dia pandang sebelum dia mengeluh. Sehingga kini dia tak tahu di mana kubur Adam. Esok pasti akan ditanya pada Mamanya.

            “Nad,” Nadiya menoleh bila Syafiq memanggilnya. “I’m sorry.

            Nadiya jungkit bahu. Maaf? Untuk Syafiq? Entahlah, dia tak rasa yang kemaafan untuk Syafiq masih lagi ada. “Selepas you ceraikan I baru I maafkan you.”

            Syafiq mengeluh. Tempoh dua bulan yang diberi untuk mereka bercerai? Dia angguk serta-merta. “Tapi I ada syarat,”

            Nadiya menoleh. Dia senyum sinis. Dia yang buat salah dia yang ada syarat?

            “Dalam masa dua bulan ni juga, you kena layan I sebaiknya. Hapuskan segala sengketa, segala dendam you pada I. Kita hidup normal macam sebelum ni.” Jeda. Nampak wajah Nadiya berubah. “Then, I’ll divorce you as your wish.

            Nadiya kerut dahi. Kena hidup normal macam sebelum ni? Jadi suami isteri yang sebetulnya seperti sebelum ni? “Cinta I dah tiada untuk you, dan I tak rasa yang I boleh.” Mengeluh. Syarat yang entah apa-apalah Syafiq ni.

            “Just try.” Jeda. “Forget all those shit things in your head, and you’ll success.

            Nadiya angkat wajah. “Shit things?” Nadanya naik. “So you just assume all those things you had done for me back then, just a shit?” Marahnya tiba. “Bunuh anak I, just a shit thing, huh?

            Entah kenapa, tapi dia rasa macam nak tembak kepala Syafiq dengan senapang gajah.

            Sementara Syafiq, sudah mengeluh. Dia silap cakap. “I’m sorry. I didn’t mean it.” Padah bersuara tanpa berfikir.

            Nadiya pandang Syafiq. Kepalanya digeleng kesal sebelum masuk bilik. Sakit hatinya makin bertambah sakit. Dan itu Syafiq suruh mereka berbaik dalam masa dua bulan ni?


            Gila.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Next part will be last chapter, rasanyalah. =D

9 comments:

  1. Ala....knp bersambung lagi...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab ianya belum tamat, jadi bersambunglah.. huhuhuu

      Delete
  2. Ya Allah...sabo je jd nad tu...klaw aini jd nad tu...habes la si tia tu

    ReplyDelete
  3. Ya Allah...sabo je jd nad tu...klaw aini jd nad tu...habes la si tia tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hidup perlukan kesabaran.. anyway, thanks 4 reading this.

      Delete
  4. Nak sambungan lagi.....plisss huhuuu

    ReplyDelete

Pendapat anda sangat saya hargai