Seorang bayi
yang lagi nyenyak tidur di tempatnya di pandang. Bibir serta-merta mengukir
senyuman. Sakit di bahagian bawah perutnya seakan-akan hilang pabila melihat
wajah polos itu. Sangat suci dan bersih dari dosa.
Bunyi
pintu ditolak dari luar buatkan dia pandang ke muka pintu. Di situ, masuk
seorang lelaki bersama sejambak bunga di tangan dan mengukirkan senyuman di
bibir. “Hai sayang,” Ceria. Bahagia.
Lelaki
itu menghulurkan sejambak bunga padanya dan mengucup dahinya lembut. “Baru
bangun ke?” Soal lelaki itu.
Dia
angguk. Setelah penat bertarung di bilik bersalin kurang beberapa jam yang
lepas, dia tidur kepenatan. Dan dia perlukan rehat yang secukupnya untuk
kembali pulih. “Everything okay?”
Soalnya pada si lelaki.
Lelaki
itu angguk. “Everything was just fine.”
Dan dia melangkah ke tempat peraduan bayi yang baru dilahirkan tadi. Bayi
lelaki itu digendongnya dan dikucupnya penuh kasih. “So,” Dipandang isterinya. “What
his name?” Soalnya.
Si
isteri diam memikir. “Macam mana dengan,” Dia pandang suaminya. Senyum. “Muhd
Adam Harris?”
Si suami
senyum kacak. “Sound nice.” Dia
pandang bayi lelaki itu pula, “So, Adam.”
“Danish,”
Panggil si isteri. Lelaki bernama Danish itu menoleh. “I nak tengok Adam.”
Beritahunya. Sebab dia masih belum lagi membelai anak pertamanya.
Danish senyum.
“Sure.” Dia mendekati isterinya dan
menyerahkan Adam pada si isteri. “Kacak, bukan?”
Wanita
itu tahan diri dari ketawa. “Baby comellah, you. Bukannya kacak.”
Danish
sengih. “I mean, myself.”
“Ceh!”
Wanita itu mencebik. Dia menunduk. Melihat bayi yang baru dilahirkannya. Mata
yang terpejam itu dipandang. Mata kecil yang sangat comel. Dari mata, turun ke
hidung yang kecil. Turun ke mulut yang comel. Serata wajah kecil itu dipandang.
Lama.
Sebelum
tiba-tiba kepala bahagian kanannya berdenyut. Kuat. Dan dalam sekelip mata,
rasa seolah dunianya berpusing.
“Nad?”
Suara Danish. “Nad you kenapa?” Suara itu bertukar nada risau.
Nadiya
pejamkan matanya. Kenapa kepala sakit sangat ni? Dia cuba kawal pernafasannya.
Dan
akhirnya, dia rasa dunianya gelap.
WAJAH Kristine
kelihatan risau. Sangat risau. Tangannya naik menyentuh dahi Nadiya yang
kepanasan. “Kau dah pergi klinik?” Soalnya.
Nadiya
menggeleng lemah. “Malas.” Patung Teddy Bear berwarna biru dipeluknya erat.
Selimut ditarik sehingga ke dada. Dia sejuk. Sangat sejuk. Macam nak pergi
sauna je nak panaskan tubuh yang kesejukan.
Kristine
menggeleng. “Kau ni memang tak berubahlah kalau sakit.” Keluhnya. Dia pandang
Nadiya yang terbaring lemah. Wajah Nadiya pucat. Dan setahunya, Nadiya memang
jarang demam melainkan sesuatu telah terjadi padanya.
“Macam
mana kau boleh sampai demam ni?” Tanyanya musykil. Macam ada sesuatu yang
terjadi pada Nadiya.
Nadiya
hembus nafas lelahnya. Bibir yang kering dibasahkan dengan lidah. “Aku..” Dia
jeda. Perlahan-lahan dia bangkit. Duduk bersila di hadapan Kristine. Rambut yang
panjang dirapikan. Teddy Bear dalam pelukan di peluk erat.
“Malam
tadi aku mimpi,” Dahinya berkerut. Macam mana nak ucapkan ayat supaya Kris
faham apa yang dia cuba sampaikan? “Aku mimpi baby.” Dia pandang anak mata
Kristine. “Baby tu comel.” Mindanya mula mengingati mimpi yang dialaminya.
Sementara
Kristine hanya mendengar. Nadiya mimpi bayi? Anak siapa? Dan, kenapa dia rasa
yang Nadiya seolah macam dapat petunjuk tentang perjalanan hidupnya yang samar-samar?
Entahlah, tapi naluri hatinya kuat mengatakan perkara itu.
“Nama
dia,” Jeda lagi. Cuba mengingat. “Muhd Adam Harris.” Nadiya angguk bila dia
berjaya dan yakin tentang nama bayi itu. Ya, tak salah lagi. Nama bayi tu Muhd
Adam Harris.
Sementara
Kristine sudah membuntangkan matanya. “Adam?” Terkejut. Sangat terkejut. Macam
mana Nadiya boleh mimpikan Adam?
Nadiya
angguk. “Dan ada seorang lelaki dalam mimpi aku tu. Tapi aku tak nampak muka
dia.” Nadiya pandang Kristine lagi. “Aku panggil dia Danish.” Ceritanya lagi.
“Tapi aku tak faham, apa kaitan mimpi tu dengan aku?” Keluh Nadiya berat.
Dari
bangun pagi tadi lagi dia tertanya-tanya, apa kaitannya mimpi itu dengan
dirinya.
Kristine
telan liur. Adam dengan Danish? Dia hembus nafas. Matanya mencari anak mata
Nadiya. Jelas di mata itu, fikiran Nadiya penuh dengan tanda tanya. Tapi,
“Nad.” Dia basahkan bibirnya. Tangannya memegang tangan Nadiya.
Saat
mulutnya mahu bersuara, wajahnya ditundukkan bila tangannya merasa sesuatu di
tangan Nadiya. Cincin? Dia pandang Nadiya. “Mana kau dapat cincin ni?” Tanya
Kristine. Jadi, Nadiya dah jumpa cincin ni?
“Dalam
laci.”
Kristine
telan liur. Diperhati cincin itu. Tak syak lagi, cincin itu kepunyaan Nadiya.
“Kau tahu tak cincin ni kau dapat dari siapa?”
Nadiya menggeleng
buntu. Dia tak faham, kenapa wajah Kristine berubah sampai macam ni. Macam
terkejut pun ada. Macam wajah tak percaya pun ada juga. Dan, apa yang buatkan
kawannya jadi dua personaliti macam ni?
“Nad.”
Kristine tarik nafas. Nampaknya, dia perlu teruskan dengan niatnya yang asal.
Iaitu ceritakan segalanya pada Nadiya. Dia tak sampai hati nak berbohong pada
Nadiya. Dia tak sampai hati nak biarkan Nadiya terus hidup dalam keadaan macam
ni.
“I need to tell you everything, Nad.”
Nadiya
kerut dahi. Makin dia tak faham dengan Kristine. “Bukan haritu kau dah cerita
semuanya pada aku?”
Kristine
menggeleng perlahan. “Aku tipu kau. Maafkan aku,” Menunduk. Rasa bersalah
mencengkam dada.
“Kris,
aku tak faham.”
Kristine
tarik nafas lagi. Dia harus ceritakan semuanya. “Sebenarnya, apa yang kau mimpi
tu betul. Mimpi kau tu, sesuatu yang pernah berlaku pada kau sebelum ni. Flashback.” Jujurnya.
Nadiya
terkejut.
NADIYA duduk di
kerusi yang disediakan di luar kedai buku. Hari yang memenatkan. Awan mendung
yang berarak buatkan dia menghembus nafas beratnya. Hujanlah. Aku nak merasa
berdiri di bawah tangisan langit yang lebat. Mahu melepaskan segalanya pergi.
Bibir
yang kekeringan dibasahkan. Kurang air dalam badan merupakan punca bibirnya
cepat mengering. Dia bukan seorang pengguna yang menggunakan pelembab bibir.
Kerana penggunaan pelembab bibir sebenarnya lagi buatkan bibir seseorang itu
cepat mengering. Itu fakta yang pernah dibacanya.
Setelah
hampir lima minit dia duduk melepaskan lelah di situ, dia bangkit. Cawan plastik
yang sudah kehabisan isinya dibuang ke dalam tong sampah. Kaki mula melangkah
ke kereta. Percaya atau tidak, inilah kali pertama dia memandu setelah
kemalangan itu.
Dan dia
terpaksa menyakinkan kedua orang tuanya, yang dia boleh memandu dengan selamat.
Akhirnya dia berjaya walaupun melihat dari raut wajah Mama-Papanya, mereka
masih kurang yakin dengan dirinya.
Kunci
kereta dari dalam beg tangan diambil. Saat mahu menekan alarm kereta, matanya terkaku pada seorang nenek tua yang mahu
melintas jalan. Rasa kasihan pada nenek tua itu muncul buatkan dia datang
mendekat.
Tangan
nenek tua yang memegang tongkat itu dipegang. “Saya pimpin nenek sampai sana.”
Nadiya bersuara bersama senyuman. Tak sampai hati nak membiarkan nenek tua itu
melintas sendiri.
“Terima
kasih.” Ucap nenek tua itu.
Sampai
di hujung jalan, Nadiya melepaskan pegangannya pada nenek tua itu. “Nenek jalan
hati-hati ya.” Pesannya sebelum beredar.
Telefonnya
yang tiba-tiba berbunyi itu dijawabnya. Dari Kristine. Dan tanpa sedar, dia
sudah berada di atas jalan raya sambil menjawab panggilan kawannya.
Perkara
terakhir yang dia ingat hanya, kesakitan
Dan
darah.
SYAFIQ
mengeluh. Tangannya yang menggenggam tangan Nadiya dipandang. Bibir digigit.
“Dalam masa setahun je, dah dua kali you terlantar macam ni, Nad.” Dia
bersuara. “Are you happy doing this?”
Saluran
yang dicucuk pada tangan Nadiya bersambung dengan paket air yang tergantung di
sisi katil wanita itu dipandang. Sudah lebih dua kali paket air itu ditukar,
dan Nadiya masih belum membuka matanya.
“Nad.”
Suara Syafiq. “Kenapa you buat I macam ni?” Mengeluh. “Kenapa I buat you macam
ni?” Dia menggeleng pula. “Honestly, I
don’t know what I’m doing.” Menggeleng lagi. “I tak tahu.”
“Nad.”
Ayatnya mati.
Mengeluh.
Keluhan yang amat berat.
Syafiq
letakkan dahinya pada lengan Nadiya. Mata cuba dipejamkan. “I love you, Nad.” Hembus nafas. “I am deeply in love with you.”
Nad,
kalau I boleh putarkan waktu. I takkan buat apa yang pernah I buat pada you. I
takkan biarkan Adam pergi dari hidup you. I takkan pernah nak kenal dengan
Tiara. I won’t do that. I won’t.
Tapi
Nad, semuanya dah ditetapkan. Pengarah kita dan aturkan segalanya. Hanya kita
sebagai ‘Pelakon’ yang perlu menjayakan ‘cerita’ ini. Allah dah takdirkan
segalanya.
Nad,
percayalah. I tak pernah cintakan Tia. Sungguh. Hati I hanya untuk you dan
Adam. I tak pernah cintakan dia. I sumpah, Nad. Dia sihirkan I guna bomoh Nad.
Itu semua kerja dia yang pisahkan I dengan you.
Tanpa
sedar, air mata mengalir bersama mata yang terpejam.
“Fiq.”
Namanya dipanggil bersama sentuhan pada bahu kanan.
Syafiq
tegakkan kembali tubuhnya. Air mata ditubir mata diseka. Dia senyum kelat pada
Mummynya. “Mummy,” Terkejut dengan kehadiran Mummynya petang itu.
Puan
Seri ukir senyum. “Fiq sabar ya, sayang.” Dia pandang pula Nadiya yang lagi
terbaring tidak sedarkan diri. “Menantu Mummy mesti sedar nanti.” Ucapnya menenangkan
anak lelakinya.
Puan
Seri tahu, dalam ramai-ramai manusia, Syafiqlah yang paling terluka dengan
kemalangan dan tahap kesihatan Nadiya.
Tapi
Puan Seri tak tahu, sebab Syafiq terluka adalah berpunca dari dirinya. Dia
sendiri yang masukkan hidupnya dalam lembah kesakitan yang akan menyakitkan
dirinya.
TIARA
hidangkan air pada tetamu. Dua manusia yang datang ke rumahnya saat ini dilayan
penuh adab. Dia mengukir senyum pada Nadiya dan Syafiq yang menjadi tetamunya
petang itu. “Minumlah. I buat air biasa je.” Senyum lagi.
Nadiya
angguk kepala. Cawan yang berisi air epal itu dihirup perlahan. Sedap.
“Mana
Adam?” Tanya Tiara bila kelibat Adam dia tak nampak. Suara budak lelaki tu pun
dia tak dengar.
Nadiya
senyum. “Adam duduk dengan nenek dia. Suka sangat dengan nenek dia tu.”
Balasnya sebagai jawapan. Memang Adam semenjak berusia setahun ni, sangat
senang melayan neneknya. Macam kawan pun ada.
Tiara
angguk. Dia pandang Syafiq yang baru meminum air yang disediakannya. Hujung
bibirnya tersenyum sinis saat lelaki itu menghabiskan air epal itu dengan
sekali teguk. Good.
Dan dia
rasa rancangannya berjaya.
“Should we start it?” Tanya Nadiya pada
tujuan asal mereka ke situ. Entah kenapa, naluri hati wanitanya kuat
mengatakan, Tiara punya perasaan pada lelaki di sebelahnya.
Naluri
hati wanitanya selalu betul.
Dan dia
tak suka keadaan ini.
NADIYA pandang pintu bilik air. Pintu itu semenjak
tadi tertutup selepas Syafiq masuk ke dalam. Dan semenjak itu jugalah, telefon
bimbit lelaki itu tak berhenti-henti dari berdering. Sedikit sebanyak,
mengganggu lena Adam yang baru saja tertidur.
Muncul
niatnya mahu melihat telefon yang berdering di atas meja. Nama pemanggil itu
buatkan jantungnya berdegup kencang. “Tiara?” Pelik. Hairan. “Kenapa dia
telefon?” Lagi bertambah pelik.
Telefon
yang masih berdering itu dijawab. “Hello?” Suara Tiara dihujung talian.
“Fiq?”
Suara Tiara lagi. Nadiya tidak menjawab. Hanya mendengar. “Kenapa lambat sangat
jawab call I?” Suara Tiara seperti
merengek.
Nadiya
tak senang duduk. Sesekali matanya mengerling pintu bilik air yang masih
tertutup. Tidak seperti tadi, tiada lagi kedengaran bunyi air jatuh. Dan Syafiq
mungkin bila-bila masa saja akan keluar dari bilik air.
“Fiq,
esok kita keluar nak? I rindu you lah.”
Menggigil
tangan Nadiya mendengarkan itu. Kuat pegangannya pada telefon.
“Ohh wife you ada dekat sebelah eh?” Dengar
Tiara gelak. “Nevermind, esok kita
keluar okay? Dekat tempat biasa. Bye sayang.” Talian mati.
Sementara
Nadiya tergamam. Jumpa dekat tempat biasa? Jadi maknanya, mereka pernah
berjumpa sebelum ni? Pertemuan yang acapkali mereka adakan? Tanpa pengetahuannya?
Nadiya
kaku. Sehinggalah matanya bersatu dengan mata Syafiq yang baru keluar dari
bilik air. Air liur ditelan. Syafiq dengan Tiara? Huh.
“Kenapa
ni?” Mata Syafiq jatuh pada telefonnya di tangan Nadiya. “Ada orang call ke?” Soalnya tanpa ragu-ragu.
Mungkin Nadiya baru menjawab panggilan yang masuk ke telefonnya.
Kekakuan
Nadiya buatkan Syafiq bingung. Dia mendekat pada isterinya. Telefon miliknya di
tangan itu diambil dan dilihat senarai pemanggil. Matanya terbuntang saat
melihatkan nama Tiara yang naik.
Dia
pandang Nadiya. “Nad, I..”
“Kenapa?”
Tanya Nadiya tanpa pandang Syafiq. “Kenapa?”
“Nad,
I..” Ayatnya mati sekali lagi. Dia menggeleng pada Nadiya.
Nadiya
hembus nafas. Hatinya sakit. Sakit sangat. Tapi tak tahu kenapa, dia tak ada
rasa-rasa nak marah atau lepaskan geramnya pada Syafiq. Entahlah. Dia sendiri
tak tahu kenapa. “Dia nak jumpa you esok. Dekat tempat biasa.” Tenang dia
tuturkan ayat.
Dan
Nadiya beredar. Keluar dari bilik. Dan menangis.
Yang dia
tahu sekarang ni, hanya menangis.
Dan
terus menangis.
MATANYA tepat
memandang pasangan yang lagi seronok berjalan bertentangan dengannya. Berbual
berdua seolah mall ini mereka yang
punya. Nadiya yang lagi memimpin tangan kecil Adam yang baru berusia setahun
lebih, menghentikan langkah. Berhenti ditengah-tengah mall dan memandang pasangan yang seronok berdua tidak jauh
dihadapannya.
Semenjak
tadi lagi dia melihat pasangan itu, sangkanya dia hanya melihat orang lain.
Tapi matanya tak silap. Itu memang mereka.
Syafiq
dan Tiara.
Gigi
diketap. Tangan yang menggenggam Adam makin kuat. Perasaannya sakit tapi dia
tak tahu macam mana nak luahkan. Nak menjerit? Dia memang nak menjerit, tapi
dia tak rasa kalau dia menjerit sepuas hati, keadaan akan pulih.
Dia nak
serang Tiara dengan Syafiq, tapi dia tahu. Itu semua hanya sia-sia. Hanya
menunjukkan kebodohan diri sendiri dihadapan orang ramai.
Nadiya
mengeluh berat. Salah apa yang dia buat sampai jadi macam ni? Patutlah pagi
tadi, Syafiq menolak saat dia mengajak lelaki itu menemaninya membeli-belah.
Rupanya, dia datang dengan perempuan baru.
Perempuan
yang ternyata dia bahagia dengannya.
Sudahnya,
dia ke sini dengan Kristine. Nasib baiklah Kris sudi menemaninya. Tapi sampai
sekarang, bayang kawannya itu pun dia tak nampak. Mana pergi entah minah tu.
“Papa.”
Suara Adam.
Nadiya
tak hiraukan Adam. Matanya galak memandang pasangan itu. Bermacam rasa bermain
di hatinya. Tapi rasa yang paling dominan ialah rasa sakit hati. Kenapa Syafiq
buat dia macam ni? Kenapa Tiara memperlakukan dia sebegini? Kenapa dua manusia
itu menyakiti dirinya dengan cara begini?
Air liur
ditelan saat matanya bersatu dengan mata Syafiq. Sekaligus, buatkan langkah
Syafiq dan Tiara mati tiba-tiba. Kedua mata itu memandangnya gerun.
“Papa.”
Suara Adam lagi. Dan pegangan tangan Nadiya pada Adam terlepas. Matanya hanya
memandang larian kecil Adam pada Syafiq yang berdiri tidak jauh dari mereka.
Dia tiada rasa nak menghalang. Jiwanya kosong tiba-tiba.
Bersaat
dia berdiri statik di situ. Dia tak tahu nak beraksi bagaimana. Senyuman sinis
yang terukir dihujung bibir Tiara ditangkap dengan matanya. So, this was your planed, bitch? Tiara
yang dia kenal hampir lima tahun, akhirnya membinasakan dirinya?
Dia kenal
Tiara. Tiara, dia dan Kris merupakan kawan baik dari zaman diploma. Mereka
pernah serumah. Pernah berkongsi segalanya. Malah, Tiara yang menjadi
pengapitnya saat dia berkahwin dengan Syafiq.
Hidup
Tiara tak senang. Sewaktu zaman belajar mereka pun, Tiara terpaksa bekerja
sambilan untuk menyara hidupnya di negeri orang. Nadiya dan Kristine yang
selalu membantu Tiara. Menolong dari segi kewangan, dan tak kira apa pun,
mereka tetap membantu Tiara.
Tiara
umpama adik bagi Nadiya. Malah, mereka bertiga sudah seperti adik-beradik.
Saling membantu disaat kesusahan. Saling memberi semangat disaat mereka jatuh.
Setiap masa mereka bersama.
Tapi,
Ini yang
dibalas Tiara padanya? Ini?
“Weh,
mana kau pergi? Dari tadi aku cari kau.” Kristine yang baru tiba lantas menyoal.
Penat dia cari Nadiya. Setiap kedai dia masuk semata-mata nak cari kawannya.
Tapi di sini wanita itu berada. “Kau buat apa kat sini weh?”
Kristine
kerut dahi saat Nadiya tidak menjawab segala pertanyaannya. Wanita itu hanya
diam membisu seribu bahasa. Tubuh yang kaku itu buatkan Kristine takut. “Nad?”
Dia sentuh tangan Nadiya. “Kau kenapa?” Soalnya takut-takut.
Air liur
ditelan. Matanya melihat ke arah yang dilihat Nadiya. Dan pandangannya kaku
pada dua figura dihadapannya. Lagi buatkan nafasnya sesak saat melihat pautan
tangan yang bersatu itu.
“Tia?”
Dia bersuara. Terkejut dengan apa yang dilihatnya. “Fiq?” Kristine tak tahu apa
yang Nadiya rasakan saat ini. Kalau dia yang melihatnya sudah terhiris hati,
apatah lagi Nadiya.
Kristine
kembali pandang Nadiya. Masing-masing kaku. Masing-masing diam. “Nad,”
Tangannya naik pula menyentuh bahu Nadiya. Tahu yang emosi Nadiya lagi
bergelora.
Nadiya
gigit bibir. “Ambil Adam, Kris.” Dan dia melangkah pergi.
KRISTINE pandang
Adam yang lagi bermain dengan rambut Nadiya yang lagi tertidur. Jatuh
kasihannya pada Nadiya. Selepas wanita itu menangis tadi, Nadiya terus
terlelap. Dia tahu macam mana perasaan Nadiya. Wanita mana yang kuat bila
keadaan macam ini berlaku pada dirinya?
“Adam,”
Panggil Kristine. “Kita makan, jom.” Ajaknya lalu mengangkat Adam ke dapur.
Semenjak Nadiya melahirkan Adam kira-kira setahun yang lalu, dia macam dah
boleh agak waktu untuk Adam makan. Sebab, Nadiya akan selalu melepak dengannya
bila punya masa terluang.
Tapi
tahulah Nadiya, setiap hari dia punya waktu terluang. Memang setiap harilah
mereka bertenggek bersama.
Tiba-tiba
mindanya teringat perbualannya dengan Nadiya beberapa tahun yang lalu, masa
mereka sekolah menengah.
“Kalau kau diberi kuasa, kau nak buat apa
dengan kuasa kau tu?” Tanya Kristine.
Nadiya berfikir sejenak sebelum
bersuara, “Aku nak bunuh manusia yang curang dengan kuasa aku tu.” Jungkit
sebelah kening sebelum dia gelak.
Kristine melopong. “Seriuslah kau?”
Soalnya terkejut. Dia nak bunuh manusia yang berlaku curang? Sangat gila.
Nadiya angguk kepala. “Sebab aku
rasa, tak guna seseorang tu berjanji setia, bermulut manis, tapi akhirnya dia
berlaku curang.” Pandang Kris. “It’s just worst.” Itu pendapatnya.
“Good luck for your wish,”
“Thanks dude.” Dia gelak. Suka
melihat memek muka tak puas hati Kristine bila dia panggil perempuan tu dude.
Sangat suka.
Kristine
mengeluh. Entah kenapa, dia berdoa semoga permintaan Nadiya yang satu itu akan
termakbul sekarang.
“Auntie?”
Suara Adam kejutkan Kristine yang lagi mengeluh.
Kristine
tersedar. Lantas dia menyiapkan sesuatu untuk santapan Adam petang itu.
“NAD.”
Langkah
Nadiya mati. Dia berpusing. Pandang Syafiq yang berhenti beberapa tapak
dihadapannya. “Apa dia?”
“Sampai
bila kita nak macam ni?” Tanya Syafiq tak bersalah.
Kening
Nadiya ternaik sebelah. “Sampai you beritahu I apa salah you.” Tenang nada
suaranya. Sesekali matanya mengerling pada Adam yang lagi bermain dengan
permainannya di atas katil.
Syafiq
mengeluh. “Apa salah I?”
Nadiya
senyum sinis. “Apa salah you?” Dia basahkan bibirnya. “Sepatutnya you sendiri
tahu apa salah you pada I.”
Syafiq
mara setapak ke hadapan. “What?”
Soalnya. “Is it about Tia?”
Nadiya
jungkit bahu. Matanya pada mata Syafiq. Lama. Dan entah kenapa, dia rasa yang
berdiri dihadapannya ini bukan Syafiq. Seolah minda dan diri Syafiq dikawal
oleh seseorang. Sinar melalui mata lelaki itu seakan kosong.
“Danish?”
Panggil Nadiya. Nalurinya kuat rasakan sesuatu telah berlaku.
Syafiq
diam tidak menyahut. Hanya memandang Nadiya tanpa perasaan.
Sementara
Nadiya membuka langkah mendekati suaminya. Kedua pipi Syafiq dipegangnya.
“Dan?” Dia bersuara lagi.
“I love her, Nad.” Ayat Syafiq itu
buatkan tangan Nadiya yang menyentuh pipi Syafiq bertukar satu tolakan yang
kuat dan keras. Laju tangannya melempang pipi Syafiq.
“You
cakap apa ni?” Langkah mundur.
“I love her. I love Tia, Nad.” Jujur
Syafiq.
Dan itu
sangat merobek hati Nadiya.
NADIYA pandang
Tiara dihadapannya. Lama dia memerhati wajah wanita itu. Kalau diikutkan rasa
hatinya yang panas ni, dah lama dia siram Tiara dengan teh tarik yang masih
bersisa asap panasnya. Dan kalau bukan kerana mereka berada di tempat awam, dah
lama dia cekik wanita ni sehingga mati.
Bibir
yang kering dibasahkan. Adam yang duduk di kerusi budak-budak di sebelah
dibetulkan posisi duduknya. Sesekali tangannya naik menyeka kesan comot di
hujung bibir Adam.
“Inikah
yang sebenarnya kami patut dapat dari kau?”
Nadiya
menoleh bila dengar soalan itu. Melalui matanya, nampak Kristine sangat tak
berpuas hati dengan Tiara yang berwajah selamba dihadapan mereka. Memang
semenjak dia memberitahu mengenai Syafiq dan Tiara pada Kristine, wanita itu
seperti mahu melancarkan bom pada keduanya.
“Kenapa
kau buat aku macam ni?” Mata Nadiya pada Tiara.
Tiara
pandang Nadiya sebelum satu senyuman terukir sinis. “Sebab kau tak pandai jaga
dia.” Kening dijungkit.
“Dia
suami aku, Tia.” Keras. Tegas.
“Kuota
dia ada lagi tiga, sayang.” Balas Tiara bersama wajah tidak bersalahnya.
Nadiya
hembus nafas perlahan. Kekal bersabar dengan Tiara. Tiara baru menunjukkan
topeng sebenarnya. Topeng yang dia sembunyikan selama ini. “Kau tahukan apa
hukum rosakkan rumah tangga orang?”
“Pergi
mati dengan semua hukum tu.” Jawab Tiara geram. Memang semenjak dulu lagi dia
sangat tak berkenan dengan Nadiya dan Kristine. Hanya berlagak berpura-pura
menyukai mereka kerana merekalah yang membantunya melangsaikan segala
hutang-hutang pengajian di universitinya. “Kau tahu,” Dia pandang Nadiya dan
Kris silih berganti. “Memang sejak dari awal aku kenal kauorang, aku memang tak
suka kauorang. Tak pernah terniat pun dalam hati aku nak jadi kawan kauorang.
Tak pernah.” Menggeleng.
Tiara
pandang Nadiya. “Aku memang dah lama suka Fiq.” Kenyataan yang dia simpan
selama ini. “Semenjak kali pertama kau kenalkan aku dengan dia.” Dia senyum
sinis. “Tapi aku tak sangka, dia pun suka aku juga.” Jeda. “Tak sangka,
sesenang itu laki yang kau agungkan tu, berubah perasaan kan?”
Sementara
Nadiya dan Kristine terkejut dengan fakta yang diucapkan Tiara pada mereka.
Kristine tergamam. Inikah Tia yang dia kenal? Kenapa berubah sampai macam ni?
Betulkah wanita ni tiada sekelumit pun rasa kasihan pada Nadiya?
“Fikirkan
Adam, Tia.” Suara Nadiya. Lemah.
“Tak
boleh ke kau biarkan kami bahagia?” Mata Tiara menjeling Adam yang bahagia
dengan makanannya.
“Kau
bahagia atas penderitaan Nad, Tia.” Bersama gigi yang diketap, Kristine
bersuara. Sekaligus menghalang ayat Nadiya dari terluah.
Tiara
pandang Kris. “Hey perempuan! Kau jangan masuk campur.”
“Aku
takkan masuk campur kalau lelaki tu bukan Syafiq.” Balas Kristine pantas. Tahap
sabarnya dah sampai ke kemuncak. Sikit sajala lagi, pasti sabarnya hancur.
Tiara
jeling Kristine tajam. Masalahnya sekarang bukan dengan Kristine, tapi Nadiya.
Hanya membuang masa jika dia terus bertekak dengan Kristine saat ini. Lantas
dia kembali pandang Nadiya. Tahu yang wanita itu sengsara.
“Ohh kau
tahu yang Fiq akan ceraikan kau dan kahwin dengan aku?”
Tanpa
buang masa, seperti apa yang dia mahukan awal tadi, teh tarik yang masih panas
sudah jatuh membasahi tubuh Tiara. Dan dengar gelas pecah ke lantai.
PIPI yang
terasa kebas dilempang tangan Syafiq dipegang. Kepalanya rasa berpinar akibat
dari kesan lempang itu. Dan dia rasa ada cecair pekat mengalir di hujung
bibirnya. Sakit. Pedih.
“Kenapa
kau buat dia macam tu?” Tanya suara tu keras.
“I tak
buat,”
“Dah tu
kau nak cakap yang gelas tu naik sendiri?” Berang Syafiq. Panas hatinya setelah
dapat tahu Tiara yang dia sayangi disimbahi dengan air panas oleh isterinya.
“I tak
buat,” Ucap Nadiya lagi. Terus-terusan membela dirinya. Bukan dia yang menyiram
Tiara dengan teh tarik itu. Bukan dia.
Nadiya
menjerit sakit saat rambutnya ditarik kuat oleh Syafiq. “Kau tahu,” Suara
Syafiq begitu dekat dengan telinganya. Seolah Syafiq berbisik. “Aku paling
benci dengan manusia yang penipu macam kau.”
“Danish..”
“Jangan
kau panggil nama aku.” Tangannya mencekik leher Nadiya sebelum dirapatkan tubuh
itu ke dinding.
Nadiya
cuba menolak tubuh kekar itu tapi tidak berjaya. Cekikan kuat pada lehernya
buatkan dia sukar bersuara dan bernafas. Hujung matanya sudah mengalir air
mata. Air mata kesakitan.
“Dan..”
Cekikan
di leher makin dikuatkan. “Aku benci kau.” Dan cekikan itu dilepaskan. Nadiya
jatuh terduduk memegang leher. Pitam kepalanya saat itu. Sakit. Dan pedih.
Mata
Nadiya menangkap tubuh Adam yang lagi memandangnya di atas katil. Wajah itu
hanya memandangnya. Tidak beraksi. Hanya kaku. Dan pantas dia mendekati
anaknya. Tubuh Adam di bawa dalam pelukan.
“Hey!”
Syafiq pandang Nadiya di tepi katil. Wajah yang penuh dengan air mata itu
sedikit pun tidak menarik rasa kasihannya. “Aku akan kahwin dengan Tia, tapi
aku takkan lepaskan kau.” Putus Syafiq.
Makin
laju air mata Nadiya mengalir.
“Sekurangnya
aku tak perlu cari orang gaji bila Tia duduk sini dengan aku.” Senyum sinis.
Syafiq kemudiannya capai telefonnya sebelum membuat panggilan pada seseorang.
Sementara
Nadiya sudah terluka hatinya dengan kenyataan itu. Apa guna lelaki ni menyimpan
dia kalau tidak digunakan? Apa guna Syafiq tidak menceraikannya kalau tiada
lagi rasa cinta lelaki itu padanya?
Sementara
Syafiq leka berbual dengan seseorang, Nadiya mengambil peluang itu dengan
keluar dari bilik bersama Adam dalam dukungannya. Dia terus ke pintu rumah dan
menyarung kasut sebelum keluar.
Kereta
dihidupkan pantas sebelum Syafiq menyedari kehilangan dirinya. Kereta
diundurkan. Dan seperti jangkaannya, saat dia melepasi pintu pagar, nampak
kelibat Syafiq di muka pintu.
Dan
Nadiya pantas memecut kereta bila sedar Syafiq mengekorinya dari belakang.
HUJAN LEBAT
menyukarkan Nadiya memandu. Dia memang tak pernah memandu dalam hujan. Sebab
dia tak yakin dengan jarak dan ruang antara kereta. Selalunya pasti Syafiq akan
jadi pemandunya bila hujan lebat, tapi sekarang ahh!
Dia
berhentikan kereta di bahu jalan. Pasrah andai Syafiq menjumpainya di sini.
Adam di sebelah di pandang. Masih lagi tenang keadaan anaknya. Dan entah
kenapa, tiba-tiba sahaja air matanya mengalir melihat Adam yang berwajah tenang
dan suci itu.
Mata
yang bulat bersama pipi yang tembam sangat buatkan dia cepat berubah perasaan. Lantas
dia menarik Adam supaya duduk diribaannya. Wajah itu berkali-kali diciumnya
seolah itulah kucupan yang terakhir.
“I love you, sayang.”
Dan
dengar cermin tingkap diketuk.
Nadiya
menoleh. Dia telan liur saat terpandangkan figura Syafiq di luar kereta.
Matanya pandang lock pintu yang sudah lama berkunci. Selamat.
Tapi
liur makin ditelan saat melihat Syafiq memasukkan satu kunci ke dalam lock di
pintu luar. Kunci simpanan keretanya yang ada pada Syafiq. Ah, dia lupa itu.
Dia dan Syafiq menyimpan kunci kereta antara mereka.
Tempat
duduk penumpang di sebelah pemandu menjadi sasaran Nadiya untuk melarikan diri.
Saat Syafiq berjaya membuka pintu tempat pemandu, Nadiya ambil peluang
melarikan diri dari situ.
Bersusah
payah dia berlari bersama Adam dalam dukungan.
Dan dia
tertangkap oleh Syafiq bila Syafiq menarik tangan Adam yang terjuntai. “Kau nak
lari mana?” Jerit Syafiq melawan bunyi hujan.
“Lepaskan
I, Danish.” Jeritnya.
Syafiq
menggeleng. Bukan mudah dia nak lepaskan Nadiya. Dia sayang Nadiya, tapi dia
juga sayangkan Tiara. Sayangnya pada Tiara melebihi sayangnya pada Nadiya.
Lantas tangan Adam ditariknya.
Tubuh
Adam yang berada dalam dukungan Nadiya ditarik sekuat hati. Tapi tarikan dari
Syafiq yang kuat dan keras buatkan dia terlepaskan Adam secara tiba-tiba. Dan
tanpa dijangka Syafiq juga, tangannya yang menarik tangan Adam juga terlepas
menyebabkan tubuh kecil Adam melayang dan mendarat di tengah jalan.
“Adam!”
Jerit Nadiya kuat. Dia pantas berlari mendapatkan Adam yang sudah terbaring di
atas jalan raya.
Sementara
Syafiq sudah terkaku dengan kejadian di hadapan matanya. Sukar mahu percaya
yang dia lakukan semua ini. Sesuatu yang tidak pernah dia fikirkan sepanjang
hidupnya. Sesuatu yang sangat kejam.
Bunyi
hon dari arah bertentangan buatkan Syafiq menoleh. Dan dia telan liur kelatnya
saat melihat sebuah kereta yang mendekat. Bersilih ganti dia pandang kereta dan
dua manusia yang disayanginya di tengah jalan.
“Ya
Allah!” Hanya itu yang terluah dibibirnya. Apa aku dah buat ni?
Dan matanya
hanya melihat dua tubuh itu dilanggar sebelum dia jatuh terduduk.
“NAD.” Suara
Kristine.
Nadiya
buka matanya perlahan-lahan. Sakit di seluruh bahagian tubuhnya menimbulkan
keluhan di bibirnya. Tubuhnya digerakkan perlahan. “Sakit.” Adunya.
“Hati-hati,
Nad.” Kristine betulkan tempat bersandar Nadiya pada kepala katil.
Nadiya
selesakan duduknya. Kemudian dia pandang sekeliling. “Mana ni?” Soalnya. Sangat
berbeza bilik tidurnya yang ini. Segalanya serba putih.
“Hospital.
Kau accident.” Beritahu Kristine. “Feel better?” Soalnya pula.
Nadiya
angguk. “Dah berapa lama aku dekat sini?” Soalnya.
“Hampir
empat hari.” Balasnya. Dan Syafiq baru saja keluar saat dia tiba setengah jam
yang lalu. “Kau nak apa-apa tak?” Tanya Kristine.
Nadiya
pandang keliling. Matanya jatuh pada hujan lebat diluar sana. Dan ingatannya
jatuh pada kejadian hitam yang berlaku waktu hujan lebat. “Adam.” Nama itu
meluncur di bibirnya.
Kristine
terpana. Adam? Nadiya sebut Adam? “Nad?” Wanita ini sudah ingat semuanyakah?
Nadiya
menoleh. Matanya yang bertakung dengan air mata memandang anak mata Kristine.
“Adam.” Air mata jatuh.
Kristine
yang melihat pantas menarik Nadiya dalam pelukannya. “Stay strong, Nad.” Ucapnya menenangkan Nadiya. Tahu yang Nadiya
sangat susah nak sesuaikan diri dengan tiada Adam disisi.
“Aku nak
Adam.” Luah Nadiya lagi. Masih terasa pandangan Adam padanya. Masih terasa
kucupannya pada dahi Adam.
“Adam
tak ada, Nad.” Belakang tubuh Nadiya diusapnya lembut. Dan dia membiarkan
Nadiya menangis dalam dakapannya. “Stay
strong, Nad.” Ucapnya lagi.
NADIYA julurkan
kaki, mahu turun dari katil. Hari ini, dia dibenarkan keluar dari hospital. Dan
itu sangat buatkan dia bahagia. Sangat azab duduk sendiri tidak berbuat apa-apa
di sini. Macam penjara. Saat dia mahu turun, Syafiq datang tiba-tiba membantu.
Pantas
dia menepis. “Aku tak perlukan pertolongan kau,” Ucapnya sebelum menyambung
ayat terakhirnya, “Danish.”
Syafiq
terkejut dengan namanya yang dipanggil Nadiya. Danish? Hanya Nadiya saja yang
memanggilnya dengan Danish. Hanya isterinya. Tapi bukankah Nadiya amnesia?
“Kenapa?
Terkejut?” Senyum sinis. “Aku ingat semuanya, Danish. Tak terkecuali.” Bibir
dibasahkan. “Termasuklah hubungan kau dengan Tia.” Seakan berbisik ayat itu
keluar. Tidak mahu yang lain mendengarnya.
“Nad.”
Suara Syafiq. Tangan Nadiya dipegang.
Nadiya
menepis. “Jangan sentuh aku.” Dan dia melangkah.
Puan
Maria yang berdiri tidak jauh dari kedua anak menantunya terkejut dengan ayat
yang digunakan anak perempuannya. “Kenapa cakap macam tu pada suami, Nad?”
Tegurnya.
Nadiya
menoleh. Dia pandang Mamanya sebelum menjeling Syafiq. “Memang patut cakap
macam tu pada manusia kejam macam dia, Mama.” Nadiya keluar dari wadnya.
Sementara
Kristine yang melihat hanya kaku. “Kasihan aku jatuh pada Nadiya melebihi kau,
walaupun aku tak tahu macam mana Adam mati.” Kristine ikut langkah Nadiya.
Syafiq
mengeluh.
NADIYA menuruni
anak tangga. Tujuannya mahu ke dapur nak minum air. Tekaknya yang kering
buatkan dia terpaksa turun ke bawah. Kalau tidak, memang dia akan tidur saja
dalam bilik. Malas nak ke mana-mana.
Langkahnya
yang perlahan itu mati di anak tangga terakhir. Telinganya yang menangkap suara
Papa, Mama dan seseorang di ruang tamu buatkan langkahnya mati serta-merta.
Seakan-akan namanya disebut-sebut mereka bertiga. Lantas telinga menjadi
pendengar di sebalik dinding rumah.
“Esok
Fiq bawa Nad balik rumah, ya?” Suara Mama. Nadiya yang mendengar sudah
menggeleng kepala. Dia tak mahu pulang ke rumahnya dengan Syafiq. Tidak.
“Tapi
Nad,”
“Alah,,”
Puan Maria memotong ayat menantunya. “Nad mesti nak punya. Bukankah tu rumah
dia dengan Fiq?”
Syafiq
hanya diam. Tak tahu nak beri ayat apa sebagai alasan pada mertuanya.
“Nanti
lama-lama, insyaAllah dia boleh adapt
dengan tak ada Adam.” Suara Encik Nazrul pula. Doanya setiap hari, semoga
anaknya kembali pulih dari trauma kehilangan Adam. Dia tahu, Nadiya sayangkan
Adam dan tak boleh move on dari terus
mengingati Adam.
Syafiq
telan liur. Bukan itu hal yang berlaku sebenarnya, Papa-Mama. Memang sangat
susah untuk Nad melupakan anak sementelah yang menyebabkan Adam meninggal
berpunca dari dirinya.
Syafiq
masih tak bisa bayangkan macam mana dan bagaimana reaksi orang tua dan
mertuanya andai kebenaran mengenai kematian Adam dibongkarkan nanti. Pasti dia
akan dimarah habis-habisan.
Sementara
Nadiya yang pasang telinga semenjak tadi sudah tidak bertah berdiri dan hanya
mendengar. Dia tak mahu mengikut sahaja apa yang diputusnya mereka bertiga. Dia
juga punya hak untuk bersuara. Lantas dia menapak meninggalkan anak tangga dan
bersuara, “Nad tak nak balik sana. Rumah Nad hanya kat sini.”
Tiga
pasang mata itu memandangnya. Terkejut mungkin dengan Nadiya yang bersuara
tiba-tiba di antara mereka.
“Tapi
Nadiya,”
“Nad tak
nak balik sana, Mama.” Potong Nadiya pantas. “Nad tak nak balik sana.”
Muktamad.
NADIYA tarik
kerusi dan duduk. Pinggan yang dihulur Puan Maria dicapai. Nasi goreng disenduk
dari mangkuk ke dalam pinggannya. Sudu dicapai dan bermulalah sesi sarapannya
untuk hari itu.
“Nad.”
Suara Encik Nazrul.
Nadiya
mendongak. Pandang Papanya yang berwajah serius. Papa takkan berwajah serius
kalau tiada apa-apa yang penting yang akan dia sampaikan. “Kenapa?” Nasi
ditelan.
“Nad
balik dengan Fiq lepas sarapan ni.” Dan Nadiya tahu, itu muktamad. Arahan yang
perlu dia laksanakan walau macam mana dia tak suka sekalipun.
Nad
tayang wajah tenangnya. Sebab dia tahu perkara seperti ini pasti akan berlaku,
jadi dia hanya angguk. “Okay.” Bukan semalam dia kenal Papa.
Syafiq
yang terkejut mendengar jawapan isterinya pantas memandang Nadiya. Serius ke
tidak isterinya ni? Semalam bukan main tak nak. Tapi kenapa lepas Papa suruh,
dia terus nak?
Sebaik
saja pinggannya kosong, dia terus bangkit dan bergerak ke sinki. Pinggan di
basuh sebelum melangkah ke tangga. Saat kakinya mahu melangkah, “Nak pergi
mana?” Suara Mama.
Nadiya
menoleh bersama wajah yang tiada senyuman. “Nak kemas barang. Kan Mama dengan
Papa halau Nad pergi.” Tangga dinaiki.
Sementara
kedua orang tua itu saling memandang sebelum sama-sama mengeluh. Nadiya salah
faham.
RUANG TAMU yang
sederhana besar dijelajah matanya. Masih sama seperti saat dia meninggalkan
rumah itu malam hujan lebat itu. Sewaktu dia amnesia pun, Syafiq tak pernah
bawanya ke sini. Bibir dibasahkan sebelum dia betulkan tudungnya yang kelihatan
senget.
Bunyi
pintu rumah ditutup buatkan dia menoleh. Syafiq bersama begnya disisi yang baru
dibawa masuk dipandang. Dia berdehem sebelum bersuara, “You know,” Dia telan liur. “Tak kiralah walau sejuta kebaikan yang
you buat, tetap satu keburukan yang itu yang paling I ingat sampai bila-bila.”
Jujur,
dia tak rasa nak marah. Marah bukan sifatnya. Dia hanya sakit hati dan geram
dengan Syafiq. Sakit hati yang teramat sangat. Dan sedikit kebencian untuk
lelaki itu juga turut ada dalam dirinya.
“Let’s make a deal.” Suara Nadiya. Dia
dah tetap dengan keputusannya yang ini. Dah lama dia memutuskan untuk berbuat
begini. Dan sekarang, tibalah masanya untuk menjayakan keputusannya.
“Apa
dia?” Suara Syafiq untuk kali pertama selepas masuk ke dalam rumah. Semenjak
tadi mereka tidak bersuara, dan itu sedikit menggelisahkan Syafiq.
“I bagi
you masa sampai dua bulan.” Intronya tentang perjanjian yang akan dia lakukan
bersama Syafiq. “Dua bulan untuk kita pura-pura bahagia depan famili dan
selepas tu, you kena ceraikan I.”
Syafiq
pantas berpaling. Pandang Nadiya bersama wajah terkejut. “But why?” Tak berkelip matanya pandang isterinya.
“Sebab
cinta I dah mati untuk you, sebaik saja you pilih Tia melebihi I.” Ucapnya
keras. Tanpa nada. Ya, cintanya untuk Syafiq dah mati saat lelaki itu lebih
memilih Tiara – tinggalkan dia dan Adam.
Adam.
Syafiq
mengeluh. Khilafnya yang terpaksa dia tanggung. Dia tarik nafas dalam sebelum
dihembus perlahan. “Okay.” Dia setuju walau tanpa kerelaan hatinya. Dia boleh
hidup andai rasa cinta Nadiya padanya dah mati. Tapi untuk melepaskan Nadiya,
dia tak boleh.
Syafiq
tak boleh hidup tanpa Nadiya.
Tak
boleh.
“Kalau
bukan sebab kita ada famili, yang nak kena jaga hati semua orang,” Jeda. Dia
pandang Syafiq. “I nak you ceraikan I sekarang juga.” Matanya pada mata Syafiq.
Pandangan mata yang tiada langsung rasa cinta. “Sebab I tak nak hidup satu
rumah dengan pembunuh yang dah bunuh anak I.”
Syafiq
pejam mata. Tuduhan yang sangat menusuk ke hatinya. Dia dituduh membunuh anak
sendiri. Berat sangat tuduhan itu. Tapi itu memang salahnya. Salahnya yang tak
boleh dinafikan.
“Nad,
tak boleh ke you lupakan semuanya? I minta maaf. I tahu I salah.”
Nadiya
senyum sinis. “You nak I lupakan semuanya?” Dia gelak. “I boleh lupakan kalau
you curang dengan I.” Wajahnya kembali serius. “Tapi I tak boleh lupakan bila
you bunuh anak I.”
Mata
Nadiya tiba-tiba jatuh pada potret Adam yang tergantung di atas dinding
belakang televisyen. Lama dia pandang sebelum dia mengeluh. Sehingga kini dia
tak tahu di mana kubur Adam. Esok pasti akan ditanya pada Mamanya.
“Nad,”
Nadiya menoleh bila Syafiq memanggilnya. “I’m
sorry.”
Nadiya
jungkit bahu. Maaf? Untuk Syafiq? Entahlah, dia tak rasa yang kemaafan untuk
Syafiq masih lagi ada. “Selepas you ceraikan I baru I maafkan you.”
Syafiq
mengeluh. Tempoh dua bulan yang diberi untuk mereka bercerai? Dia angguk
serta-merta. “Tapi I ada syarat,”
Nadiya
menoleh. Dia senyum sinis. Dia yang buat salah dia yang ada syarat?
“Dalam
masa dua bulan ni juga, you kena layan I sebaiknya. Hapuskan segala sengketa, segala
dendam you pada I. Kita hidup normal macam sebelum ni.” Jeda. Nampak wajah
Nadiya berubah. “Then, I’ll divorce you
as your wish.”
Nadiya
kerut dahi. Kena hidup normal macam sebelum ni? Jadi suami isteri yang
sebetulnya seperti sebelum ni? “Cinta I dah tiada untuk you, dan I tak rasa
yang I boleh.” Mengeluh. Syarat yang entah apa-apalah Syafiq ni.
“Just try.” Jeda. “Forget all those shit things in your head, and you’ll success.”
Nadiya
angkat wajah. “Shit things?” Nadanya
naik. “So you just assume all those
things you had done for me back then, just a shit?” Marahnya tiba. “Bunuh
anak I, just a shit thing, huh?”
Entah
kenapa, tapi dia rasa macam nak tembak kepala Syafiq dengan senapang gajah.
Sementara
Syafiq, sudah mengeluh. Dia silap cakap. “I’m
sorry. I didn’t mean it.” Padah bersuara tanpa berfikir.
Nadiya
pandang Syafiq. Kepalanya digeleng kesal sebelum masuk bilik. Sakit hatinya
makin bertambah sakit. Dan itu Syafiq suruh mereka berbaik dalam masa dua bulan
ni?
Gila.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Next part will be last chapter, rasanyalah. =D
Ala....knp bersambung lagi...huhuhu
ReplyDeletesebab ianya belum tamat, jadi bersambunglah.. huhuhuu
DeleteBestttt
ReplyDeleteterima kasih =D
DeleteYa Allah...sabo je jd nad tu...klaw aini jd nad tu...habes la si tia tu
ReplyDeleteYa Allah...sabo je jd nad tu...klaw aini jd nad tu...habes la si tia tu
ReplyDeletehidup perlukan kesabaran.. anyway, thanks 4 reading this.
DeleteNak sambungan lagi.....plisss huhuuu
ReplyDeletedah sambung.. hiks
Delete