"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."
Search This Blog
Sunday, January 17, 2016
Betul ke?
Lelaki berbaju T-shirt biru itu menyentuh bahu wanita yang baru saja melaluinya. Dia lantas mengukirkan senyuman saat wanita itu menjungkitkan sebelah keningnya menyoal kenapa.
"Betul ke?" Soalnya tiba-tiba. Kedua keningnya dimainkan.
Berkerut perempuan itu bila dengar soalan yang diutarakan si lelaki. "Menda?" Soalnya hairan. Bingung dengan pertanyaan lelaki ini. Apa yang betul?
"Betul ke?" Soal lelaki itu buat kali kedua.
Perempuan itu menghembus nafas berat. Ada juga yang kena tendang ni. "Apanya yang betulnya?" Sabarnya dah tipis bila soalan yang sama diulang buat kali kedua. Sementara dia masih lagi tertanya-tanya apa yang mahu dipastikan lelaki ini.
Lelaki itu tersenyum kacak sebelum bersuara, "Betul ke ada saya dalam hati awak?" Dia membetulkan topi di kepala sebelum mata dikenyitkan pada perempuan di hadapannya. Dia melangkah pergi kemudiannya.
Sementara si perempuan sudah menyembunyikan senyuman. Mata hanya memandang bahagian belakang tubuh lelaki yang baru berlalu itu. "Memang ada awak pun dalam hati saya." Ucapnya perlahan.
Cukuplah dia seorang saja yang dengar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terbaik!!!
ReplyDeletehiks
Delete