Nadiya dan
beberapa manusia di ruang tamu itu memandang pintu rumah saat ketukan bergema
di pintu itu. Terkejut dengan bunyi ketukan yang mengganggu waktu menonton
televisyen mereka malam itu.
“Siapa
datang malam-malam macam ni?” Tanya Puan Seri hairan. Setahunya, dia tidak
menunggu sesiapa malam ini. Dan dia juga tidak dihubungi sesiapa untuk menunggu
kehadiran tetamu.
“Biar
Nad buka.” Nadiya yang paling dekat dengan pintu bersuara. Dia bangkit. Kunci
pintu diselak sebelum pintu besar itu ditarik. Di hadapannya kini, ada dua
orang manusia. Dan ada seorang anak kecil di dukungan seorang wanita.
“Nad?”
Tanya wanita yang berdiri di hadapan Nadiya. Terkejut dengan kehadiran Nadiya
di sini.
Sementara
Nadiya sudah terkelu. Dah lama dia tdak melihat wajah ini. “Kak Shaz?” Soalnya
minta kepastian. Pelik dengan kehadiran Kak Shaz yang tiba-tiba malam-malam
sebegini.
“Along?”
Suara Syafiq dari belakang kedengaran. Dia pantas bangkit bila suara yang
menyebut nama Nadiya tadi seakan familiar di telinga. “Ehh masuklah.” Ajaknya.
“Kenapa
balik tak beritahu?” Suara Puan Seri sebaik sahaja Kak Shaz melabuhkan duduk di
sisinya. Makin bahagia wajahnya bila anak dan menantu berkumpul di rumahnya
hujung minggu begini. Tidak dirancang langsung.
Shazleen
tersenyum. “Sebenarnya kita orang tak rancang pun nak balik sini. Tapi dah
kebetulan Fareed ada kerja dekat Melaka, tu yang datang sini terus.” Lembut
suara Shazleen menjawab.
“Duduk
sini sampai bila?” Soal Puan Seri lagi. Berharap yang anaknya akan menginap
lama di sini.
Shazleen
pandang suaminya sebelum kembali pandang Mummynya. “Empat hari je, Mummy.”
Bukan niatnya tidak mahu berlama-lamaan di sini. Tapi tuntutan kerja mereka
suami isteri yang memaksa mereka tidak boleh berlama di sini.
Puan
Seri ukirkan senyuman walaupun jangkaannya jauh terpesong. Dia mengerti dengan
tugas anak menantunya. “Okaylah tu. Sekejap dapat jumpa pun jadilah. Asal Mummy
nampak dengan mata sendiri keadaan anak Mummy semua.” Senyum lagi.
“Nad.”
Nadiya menoleh bila namanya disebut Shazleen. Dia tersenyum bila nampak
senyuman wanita itu. “Nad okay?” Soalnya. Matanya melirik seketika pada adiknya
yang lagi mengacah anaknya di hujung sofa. Matanya kembali pada Nadiya.
Nadiya
jungkit sebelah kening. Soalan apakah ini? Dia berada di sini, masih sihat
walafiat, dan Kak Shaz masih tanya soalan itu? “Err, Nad okay.” Dia tetap juga
berikan jawapan walaupun dia hairan. “Nad okay.” Dia angguk kepala.
Shazleen
senyum. “Baguslah. Lega hati akak tengok Nad okay.”
Nadiya
pandang Shazleen tidak berkelip. Masih lagi tak faham apa yang Kak Shaz cuba sampaikan
padanya.
HELAIAN muka
surat seterusnya diselak. Mata setia memerhati setiap bait ayat yang tertera di
kertas putih itu. Setiap patah kata ditanam ke dalam hati. Mahu menjiwai cerita
yang dikarang si penulis.
Jarum
jam berdetik melepasi angka sepuluh. Kantuk yang tadinya bermaharajalela di
kelopak mata, sudah hilang entah ke mana. Rasa yang membuak-buak ingin
mengetahui penamat kisah itu menghancurkan rasa mengantuknya.
Bunyi
pintu yang ditutup tidak mengganggu fokusnya untuk terus membaca. Rasa henyakan
di sebelahnya juga tidak mengalihkan matanya dari dada buku. Helaian seterusnya
diselak lagi.
“Baca
apa tu?”
Suara tu
entah mengapa mengejutkan Nadiya yang tekun membaca. Tersentak dia memandang
wajah Syafiq di sebelah. Terkejut.
“Kenapa?”
Soal Syafiq hairan. Terkejut lain macam. Aku tanya baca apa je.
“Err..”
Mata berkelip pandang wajah Syafiq. “A.. Apa dia?” Soalnya.
Syafiq
mengeluh. “I tanya, you baca apa?” Lantas soalan yang sama diulang buat kali
kedua. Dia bukan seorang yang suka mengulang soalan yang sama beberapa kali.
“Ohh..”
Telan liur. “Baca buku ni.” Buku tebal di tangan di angkat separa bahu.
Menunjuk pada Syafiq tajuk buku yang dibacanya.
Syafiq
baca tajuk buku berwarna hitam itu. Amnesia. Entah kenapa, tajuk buku itu mampu
buatkannya menelan liur. Dia pandang Nadiya kemudiannya. “Best ke?” Nadanya
tiba-tiba bertukar keras. Suara tanpa nada. Dan dia sendiri bingung – tak
mengerti tentang dirinya.
Nadiya
hembus nafas perlahan seraya mengganguk kepala. “Sangat best.” Jeda. “Macam
mana si perempuan tu cari semula jalan hidup dia yang samar-samar. Kena cari
seorang diri sebab dia rasa semua manusia menipunya, termasuk suami dia sendiri.”
Nadiya menceritakan jalan cerita setakat yang dia baca mengenai buku di
tangannya.
Syafiq
telan liur lagi. Terasa seolah, Nadiya memerlinya dengan jalan cerita itu.
“Ohh.” Balasnya pendek.
Tiba-tiba
rasa menyesal menyoal isterinya tentang buku itu. Bibirnya yang tiba-tiba
kering dibasahkan dengan lidah. Dia baringkan tubuhnya di sisi isterinya.
Selimut ditarik sehingga ke paras dada. Bersedia mahu tidur.
“Err,
you nak tidur dah ke?” Tanya Nadiya bila keadaan mereka hanya sepi. Tapi
sungguh, dia rasa nak tamatkan pembacaannya saat ini.
Syafiq
pejamkan matanya. “Hmm..” Balasnya.
Nadiya
pantas menuruni katil. Buku di tangan ditutup dan dipegang bersama langkah ke
suis lampu di dinding sebelah pintu bilik. “I tutup lampu okay.” Beritahunya
sesaat sebelum lampu ditutup. Gelap menyelubungi bilik itu. “I baca buku dekat
luar.” Beritahu Nadiya dan dia pantas memboloskan diri dari bilik itu.
Syafiq
kembali buka matanya bila dengar bunyi pintu bilik ditutup. Perlahan-lahan dia
melepaskan nafas keluhannya. Dia memandang syiling yang gelap. Sekali lagi dia
mengeluh. Kata orang, jangan cepat mengeluh. Tak baik.
Tapi
entah kenapa, dia tak pedulikan apa orang kata. Yang dia tahu, dia hanya mahu
mengeluh saja saat ini. Mengeluh dengan apa yang berlaku.
Semuanya
salah dirinya.
Segalanya.
Dan dia
masih lagi mencari jalan untuk keluar dari tembok ini. Sebab dia tahu,
isterinya tidak mahu lagi terus bersamanya dengan apa yang berlaku.
Ceraikan
Nadiya, huh?
Maaf sebab pendek je. Dan aku rasa cerita ni masih panjang lagi nak ke penamat. Entahlah, aku rasa macam tu lah.
Maaf buat korang menunggu terlalu lama untuk update cerita ni. Maaf sekali lagi.
huhuhu...ala...cepat2 la update,eh?
ReplyDelete