Nadiya pandang
satu kuburan kecil dihadapannya. Kubur yang betul-betul kecil dibanding yang
lain. Satu saat, dia mengeluh. Mengeluh hiba. Tragedi malam hujan lebat bermain
dalam fikirannya. Masih segar diingatannya bagaimana Adam boleh terbaring di
tengah jalan raya itu. Dan puncanya dari Syafiq sendiri.
“Is it a best decision, you go without saying
goodbye, son?” Keluhnya perlahan. Dia langsung tak diberi peluang untuk
melihat wajah Adam buat kali terakhir. Malah, saat Adam dikebumikan pun, dia
masih terlantar koma di hospital.
Pengakhiran
hidup Adam yang menyedihkan. Dan dia rasa, dia gagal menjadi seorang ibu yang
paling terbaik untuk Adam.
Yassin
di tangan diselak. Segala bait-bait ayat yang tertera dalam Yassin itu
dibacanya penuh syahdu. Bacaan Yassin khas untuk anaknya. You heard me, Adam?
Pagi
tadi, selepas Syafiq bergerak ke tempat kerja, dia lantas memandu ke rumah
Mamanya. Bertanyakan di mana letaknya kubur Adam. Dengan senang hati, Mama
memberitahunya. Dan di sinilah dia berada.
Saat air
matanya mengalir menuruni pipi, dia pejamkan matanya. Bacaan Yassin terhenti
ketika itu. Sungguh, rasa sedih dan sebak menghuni jiwanya. Anak yang paling
dia sayang, yang dia kandungkan, yang dia lahirkan, dia jaga dengan sepenuh
hati, pergi dengan cara paling sadis.
Cara
yang langsung tak pernah dia fikirkan walau sekali.
Bacaan
Yassin disambung. Sehinggalah ke akhirnya. Yassin ditutup. Dia pandang sekali
lagi kubur kecil dihadapannya. Wajah Adam seolah bermain di matanya. Sungguh,
dia sangat rindukan Adam.
“Nad.”
Suara itu buatkan Nadiya mendongak. Berdiri dihadapannya ini adalah seorang
Syafiq Danish. Bersama satu naskhah Yassin di tangan kanannya. Nadiya buat tak
peduli. Dia tundukkan wajah kembali. Dia tak punya masa nak melayan Syafiq saat
ini.
Syafiq
hembus nafas. Dia duduk berhadapan Nadiya. Kuburan Adam di antara mereka. Tanpa
hiraukan Nadiya, dia mulakan sesi membaca Yassin untuk anaknya. Antara salah
satu perbuatannya untuk menebus salahnya pada Nadiya. Dan Adam.
NADIYA
bersandar di sofa. Semenjak malam tadi dia terfikirkan syarat yang diberi
Syafiq padanya beberapa hari lepas. Dia tertanya, akankah Syafiq tepati
janjinya? Usai saja dua bulan, dia jalankan kehidupannya sebagai isteri yang
sebenar pada Syafiq, dan lelaki itu akan ceraikannya seperti yang dia mahukan?
Kalau
Syafiq mungkiri janji, macam mana?
Dan,
kalau dalam masa dua bulan ni juga, cintanya berputik untuk Syafiq, bagaimana?
Jujurnya, jauh disudut hati, dia tak mampu nak membenci Syafiq sepenuh hatinya.
Lelaki itu cinta pertamanya. Lelaki itu yang bersamanya dari dulu sehingga
kini. Lelaki itu jugalah yang mengajarnya erti cinta dan rindu.
Tapi
Syafiq dah bunuh Adam.
Nadiya
mengeluh. Dia sayangkan Syafiq. Tapi untuk terus hidup bersama Syafiq hingga ke
akhirnya adalah suatu yang mustahil. Kerana setiap kali dia pandang Syafiq,
seperti dia memandang Adam. Wajah mereka sama. Wajah mereka serupa.
Dan
kejadian malam tu. Sungguh, dia tak boleh nak lupakan. Sakit sangat.
Nadiya
angkat wajah bila telinga mendengar suara manusia ketawa. Nun di meja makan,
ada Syafiq dan Puan Maria. Bersama-sama berbual akan sesuatu yang Nadiya tidak
ketahui. Semenjak tadi lagi mereka berada di situ. Menghiraukan dirinya
sendirian di sini.
Seperti
yang dia sendiri sedia maklum, Syafiq memang rapat dengan Puan Maria. Serapat
Nadiya dengan Puan Seri. Sangat rapat. Seperti anak kandung padahal pertalian
mereka hanyalah antara ibu dan menantu.
Puan
Maria dan Syafiq gelak lagi. Nampak cahaya kegembiraan menyelubungi mereka.
Selalunya, kalau Mama dah jumpa Syafiq, memang tak pernah nak layan anak
sendiri. Begitu juga dengan Puan Seri. Dikriminasikah?
Entahlah.
Tapi dia bahagia dengan keadaan itu. Geli hati bila Syafiq merajuk saat Puan
Seri melayannya melebihi layanannya pada Syafiq. Dan vice versa.
“Gelak
apa bahagia sangat ni?” Suara Encik Nazrul. Lelaki itu baru saja turun dari
tingkat atas. Baru selesai membaca buku-buku ekonominya, barangkali. Dan dia
turun berkumpul bersama keluarga. Meluangkan masa di cuti hujung minggu seperti
ini.
“Tak
adalah. Berbual je dengan Fiq ni.” Suara Puan Maria membalas. Senyuman penuh
menghiasi bibir Puan Maria. Seronok rasanya dapat berbual dengan menantunya.
Maklumlah, dia punya seorang anak dan seorang menantu sahaja.
“Nad
mana?” Tanya Encik Nazrul. Lehernya dipanjangkan mencari anak perempuan
tunggalnya. Dah lama dia tak berbual dengan anaknya seperti isterinya berbual
dengan menantu mereka.
“Dekat
depan kot, Pa.” Balas Syafiq. Sebab tadi sebelum dia ke dapur, dia nampak
Nadiya di ruang tamu. Tengah membelek majalah Wanita di situ.
“Nad.”
Panggil Encik Nazrul. “Meh sini, kita makan sama-sama.” Ajaknya saat ternampak
bayang anak perempuannya.
Nadiya
hembus nafas. Jujur, dia tak punya selera mahu makan tengahari hari ini.Tapi
sebab mahu menjaga hati Mamanya yang memasak, dia bangkit juga. Majalah di
tangan diletak atas meja.
Tiba di
meja makan, dia tersenyum membalas senyuman Mama dan Papanya, tapi tidak pada
Syafiq. Hidangan di atas meja dipandang. Banyak juga Mama masak untuk tengahari
mereka. “Banyaknyaa.. Siapa nak makan ni?” Kotlah, dia boleh pau bawa balik
rumah.
Puan
Maria senyum. Memang sengaja dia masak banyak hari ini. “Nad dengan Fiqlah
makan. Selagi tak habis makanan ni, jangan harap Mama bagi balik.” Seakan
arahan, dia bersuara.
Nadiya
muncung bibirnya. Mama dah lupa ke yang Nadiya memang makan sikit? Jaranglah
dia makan banyak kecuali dia betul-betul lapar. Kerusi disebelah Syafiq
ditarik. Kalau bukan sebab ada Mama dengan Papa, memang tak ada masa dia nak
duduk sebelah lelaki tu.
Tapi
baru saja dia duduk, dia perasankan sesuatu yang tiada di atas meja. “Mana
kicap?” Soalnya. Rasa tak lengkap juadahnya andai tiada kicap bersama.
Puan
Maria tepuk dahi. “Mama lupa nak ambillah, sayang.” Akunya. Memang dia terlupa
nak ambil kicap. Seronok sangat berbual dengan menantu, sampai lupa segalanya.
Nadiya
senyum. “Nad ambillah.” Dan dia sekali lagi bangkit. Kicap di atas meja tepi
microwave dicapai. Kedengaran gelak tawa memenuhi meja makan saat dia tiba di
situ. Entah kenapa dia mengeluh.
Tertanya-tanya
Nadiya sekarang ni, keadaan masih bahagia seperti inikah andai Mama dan Papa
dapat tahu yang dia dan Syafiq akan bercerai? Gembira seperti inikah mereka
nanti?
“WHAT?!” Suara
Kristine melengking tinggi. Terkejut dengan kenyataan yang diberi Nadiya kurang
beberapa saat yang lepas. Matanya tak lepas dari memandang Nadiya. Pandangan
orang sekeliling, dia tak peduli.
“You heard me, Kris.” Nadiya bermain
dengan permukaan cawan di hadapannya.
Kristine
mengeluh. Patutlah sewaktu Nadiya menghubunginya pagi tadi dan memberitahunya
yang Nadiya mahu berjumpanya, hatinya rasa tidak tenteram. Rupanya, hatinya
betul menelah. Ada sesuatu yang akan berlaku.
Tapi dia
tak jangka, perkara seperti ini yang akan berlaku. “Kau gila, Nad.” Ayat itu
terluah di bibirnya.
Nadiya
menggeleng. “Keputusan aku muktamad.” Dia cekal dengan keputusannya. Nadiya
yakin, tiada sesiapa mampu menghalangnya dari berbuat seperti ini. Tidak
Kristine.
“Famili
kau tahu? Mertua kau?” Tanya Kristine.
Nadiya
menggeleng. “They’ll know soon.”
Ucapnya perlahan. Cepat atau lambat, perkara ini pasti akan sampai ke telinga
keluarga dan keluarga mertuanya. Dia pasti itu. Dan dia sudah bersedia dengan
segalanya.
“Kau tak
fikir ke apa perasaan diaorang nanti?”
Nadiya
diam. Serius, perasaan keluarganya yang dia fikirkan terlebih dahulu sejurus
selepas dia nekad dengan keputusannya. Tapi, dia tak sanggup nak terus hidup
macam ni. Bayangan Adam dan kecurangan dengan Tiara seakan berada di
kelilingnya bila dia terpandangkan Syafiq. Lantas, dia terpaksa menghiraukan
perasaan orang tuanya.
“Come onlah, Nad. Fikir baik-baik dulu.”
Jeda. “Aku masih rasa yang kau dengan Fiq akan kekal bersama.”
“Kris.”
Nadiya hembus nafasnya. “Dia curang dengan aku, Kris.” Anak mata Kris dipandang
dalam. “Dia bunuh anak aku.” Sambung Nadiya lagi. “Dan itu kau cakap yang aku
dengan Fiq boleh hidup sampai bila-bila?” Soalnya tak puas hati. “Mengarutlah.”
Keluhnya.
Kristine
pandang wajah Nadiya. Lama. Jauh disudut hatinya, dia masih berharap yang
Nadiya akan kekal bersama Syafiq. Dia tak rasa ada lelaki lain yang faham
Nadiya, sefaham Syafiq pada Nadiya. Syafiq?
“Fiq
macam mana?” Soal Kristine. Dia tak rasa yang Syafiq hanya setuju dengan
cadangan Nadiya. Syafiq lebih matang dalam segala hal. Dia pasti itu.
Nadiya
mengeluh. “Dia setuju.” Beritahu Nadiya dan itu sangat mengejutkan Kristine.
Syafiq setuju? Semudah itu? Kata cintakan Nadiya. Tapi kenapa hanya setuju
macam tu saja?
“Tapi
dia kasi aku syarat,” Sambung Nadiya. “Dia nak kitaorang hidup macam suami
isteri normal selama dua bulan ni. Tak ada gaduh, tak ada benci.” Dan itu
buatkan Nadiya tak habis fikir.
Sementara
Kristine menyembunyikan senyumannya. Seperti yang dia jangka, Syafiq takkan
setuju semudah itu. Dan syarat tu, buatkan senyumannya makin melebar. Hidup
tiada sengketa selama dua bulan?
Nice, Fiq.
“Then how about you?” Soal Kristine.
Nadiya
jungkit bahu. “Aku tak tahu.” Menggeleng.
Kristine
pegang tangan Nadiya. “Apa kata kau ikut je syarat tu.” Cadangnya. Dia tahu apa
yang dia ucapkan.
Nadiya kerut
kening. “Aku kena ikut?” Soalnya hairan. “Pesal pula?”
“Sebab
kaukan yang nak bercerai dengan dia. Jadi, kau kena lepasi syarat tu dululah
baru kau dengan Fiq bercerai.” Kristine bermain-main dengan keningnya.
Dan
Kristine seperti faham permainan yang dilancarkan Syafiq pada Nadiya. Entah
kenapa, tapi kali ini dia menyokong Syafiq. Sokong seratus peratus. No doubt.
NADIYA tertidur
di sofa saat Syafiq baru pulang dari kerja. Jam waktu itu menunjuk ke pukul
sepuluh lima belas minit malam. Syafiq menggeleng melihat televisyen yang
terpasang siarannya tanpa ditonton sesiapa.
Remote TV yang sudah jatuh ke lantai
dicapai sebelum televisyen dipadamkan. Dia duduk mencangkung ditepi Nadiya yang
sudah terlena. Selalunya, Nadiya akan terlena di sini bila menunggu dirinya
pulang dari kerja.
Tapi dia
tak pasti malam ini adakah Nadiya menunggunya juga selepas memberitahu dia akan
lewat petang tadi. Kalaulah apa yang ditebaknya benar, pasti dialah manusia
paling bahagia sekarang ni.
Tubuh
Nadiya dikendong sebelum dibawanya masuk ke kamar. Tubuh itu diletakkan
perlahan di atas katil. Selimut ditarik menutupi tubuh itu dari kesejukan. Rasa
seperti dah lama dia tak berbuat seperti sekarang.
Semuanya
bermula semenjak Tiara masuk ke dalam hidupnya. Ahh Tiara. Dah lama dia tak
nampak perempuan tu. Dan dia bersyukur, jika Tiara dah lenyap dari dunia ni.
Sangat bersyukur.
Syafiq
bangkit. Dia perlu mandi. Solat Isyak pun dia masih tak tunaikan lagi.
SELESAI makan
malam, dia masuk kembali dalam bilik. Matanya yang mengantuk buatkan dia
terpaksa melupakan prinsipnya supaya tidak terus tidur selepas makan. Sungguh,
dia tersangat penat seharian ini. Terpaksa berkejar ke sana sini. Sehinggakan
makan tengahari pun tak sempat.
Telefon
diletakkan di atas meja selepas disambungkan pengecas. Bantal kepala dibetulkan
letak duduknya supaya selesa. Selimut ditarik sehingga ke pinggang. Dia baring
mengiring menghadap Nadiya.
Saat
matanya mahu terpejam,
“I rindu
you, Danish.”
Mata
kembali dibuka. Dia pandang wajah yang terlena dihadapannya. Nadiya? Kenapa dia
rasa seperti Nadiya bersuara dalam tidur?
“I rindu
you, Dan.”
Tepat
tekaannya bila nampak mulut Nadiya bergerak. Dan ayat itu, cukup buatkan dia
terkelu dan terharu dalam masa yang sama. Orang kata, ayat orang yang bersuara
dalam tidur adalah benar.
Jadi,
“I love you, Dan.”
Liur
ditelan Syafiq. Betulkah? Nadiya?
Speechless. Dia rasa nak menangis sebab
terlalu teruja.
Seperti
yang dia jangka sebelum ni, Nadiya masih cintakannya meskipun bibir itu
acapkali menafikannya.
Jadi
untuk apa penceraian yang dia pinta, kalau isterinya masih cintakannya?
Apa yang
you cuba buat, Nad?
NADIYA buka
mata bila rasa beban di tubuhnya. Sesuatu yang berat di perutnya buatkan dia
sukar bernafas seperti biasa. Dia terkejut bila ada tangan di perutnya. Dan
yang pasti, itu bukan tangannya.
Dia
menoleh pula ke kanan, nampak wajah Syafiq yang begitu dekat dengan hidungnya.
Sangat dekat. Dan tangan Syafiq yang memeluknya buatkan jantungnya berdegup
kencang. Rasa yang selalu dia dapat setiap kali Syafiq berada dekat dengannya.
Seperti ini.
Nadiya
hembus nafas perlahan. Dia tak ada rasa nak menolak tubuh Syafiq supaya
menjauh. Rasa yang dia ada hanya, mahu memeluk tubuh itu sekuat hati. Tak dapat
dia nafikan, jauh disudut hati, dia sangat merindui Syafiq.
Saat
Syafiq mengendongnya malam tadi, sungguh dia sedar saat itu. Tapi dia
berpura-pura tidur. Dan sungguh, dia tak tahu apa yang sedang dia lakukan.
Dalam pada dia mahu membenci lelaki ini, perasaan cinta kembali berputik
menghancurkan rasa benci itu.
Kalaulah
Syafiq tidak berlaku curang padanya, pasti dia takkan tergesa-gesa meminta
Syafiq menceraikannya. Dan kalaulah Syafiq tidak menjadi punca Adam meninggal,
dia takkan buat dosa macam ni pada Syafiq.
Dia rasa
bahu kirinya semakin senget, bila dia menjeling lelaki itu. Rasa beban yang
teramat bila dia layan Syafiq endah tak endah. Tahu yang dia berdosa memperlakukan
suami seperti ini. Suami terletak di tangga pertama kedudukannya untuk dia
sebagai seorang isteri hormati.
Tapi,
Nadiya
mengeluh.
Dia
dongakkan wajah. Pandang wajah Syafiq yang lagi lena tidur. Jam tiga pagi ini
selalunya, Syafiq sudah enak dibuai mimpi. Lelaki itu pasti akan tidur mati
bila diberi peluang untuk tidur.
Pipi
Syafiq dielus lembut. “Maafkan I, Danish.” Ucapnya perlahan. Berbisik.
NADIYA sarung
tudung di kepala. Bunyi loceng yang ditekan beberapa kali oleh tetamu buatkan perlakuannya
pantas. Siapa pula yang datang tak berjemput ni? Kris ke? Tapi selalunya
perempuan tu akan menghubunginya dulu kalau nak datang ke rumah.
Dari
pintu rumah, nampak seorang lelaki bertopi keledar merah. Dibelakang lelaki itu
ada sebuah motor. Nadiya datang mendekati pagar yang masih tertutup. Dapat dia
nampak, di tangan lelaki itu ada sejambak bunga berwarna ungu.
“Nadiya
Syazana binti Nazrul Fir?” Tanya lelaki itu lancar menyebut nama Nadiya.
Nadiya
pantas mengangguk. “Ya saya?”
“Ada
bunga untuk Puan.” Lelaki itu senyum.
Nadiya
pantas menekan button di tangannya.
Pintu pagar terbuka dan dia pantas menuruni tandatangan di atas kertas yang
diserahkan lelaki itu padanya. Jambangan bunga yang dihulur dicapai selepas
mengucapkan terima kasih.
Pintu
pagar kembali ditutup. Dia menapak masuk ke dalam rumah bersama jambangan bunga
di tangan.
Masih
tertanya-tanya siapakah pengirim bunga ini.
Duduk
saja di sofa, dia pantas membelek jambangan bunga berwarna ungu itu. Bunga yang
sangat cantik. Tapi dia tak tahu nama bunga itu. Dia memang failed kalau nama bunga-bunga ni. Sebab
hidupnya, bukan untuk mengetahui nama-nama bunga!
Kad yang
terselit di celah-celah kuntuman bunga dibaca.
“Give me just one chance, and you won’t
regret it. – Danish.”
Ternaik kening
Nadiya selepas membacanya. Jadi bunga ni dari Encik Syafiq Danish? Memang tak
ada kerjakah lelaki itu? Dah tahu yang isteri dia memang tak minat bunga, pergi
hantar bunga untuknya kenapa?
Dan
entah kenapa, dia mula memikirkan syarat Syafiq untuknya.
BUNYI pintu
yang dibuka buatkan Nadiya tarik nafas dalam. Baju di tubuh dibetulkan. Air
liur ditelan. Basmallah disebut. Relaks Nadiya. All is well.
“Assalamualaikum.”
Suara Syafiq memberi salam sebaik saja kaki kanan melangkah masuk. Dia terus labuhkan
duduk di sofa. Menghilangkan kepenatan. Hari yang sangat memenatkan.
Kepala
disandarkan. Mata dipejam buat seketika. Lepas dia hilangkan penat ni, barulah
dia akan menapak naik tangga. Itulah rutin harian hidupnya. Sampaikan dia naik
bosan. Tapi sudah tertulis percaturan hidupnya sebegini. Masakan dia mahu
menolak?
“Danish..”
Syafiq buka mata bila dengar namanya disebut seseorang. Dalam rumah ni, hanya
ada dua manusia saja. Kalau dia tidak bersuara, pasti isterinya. Matanya
menangkap Nadiya berdiri dihadapannya bersama senyuman yang penuh janggal.
Keningnya naik tanya kenapa.
“Nah.”
Nadiya hulurkan satu mug ditangannya pada Syafiq. “Mesti you penatkan?”
Soalnya. “I buatkan ni untuk you. Minumlah.” Tangan masih menghulur. Sedaya
upaya dia cuba untuk tidak berkelakuan janggal dihadapan Syafiq.
Syafiq
yang terkejut dengan perbuatan isterinya terdiam sejenak. “Is it for real, huh?” Tanya Syafiq hairan. Tapi jauh disudut hati,
dia rasa bahagia. Bahagia kerana sudah lama Nadiya tidak melayannya seperti
ini.
Nadiya
gigit bibir. Realitikah sekarang ni? Entahlah. Dia sendiri tak tahu samada nak
menganggap ini realiti ataupun mimpi. Lantas dia jungkitkan bahu sebagai
jawapan kepada pertanyaan lelaki ini.
Syafiq
basahkan bibir yang kering. Dia bangkit. Berdiri di hadapan Nadiya. “Tak payah
buat kalau you tak ikhlas, Nad.” Lemah dia menutur. Dia hadiahkan senyuman
tawar pada Nadiya sebelum melangkah.
Sementara
Nadiya sudah berkecil hati dengan ayat Syafiq yang melulu. “Atleast I’m trying, Danish.” Suaranya menghentikan
langkah Syafiq ditangga pertama. “Cuba untuk maafkan you.” Tangan yang
menggenggam mug digenggam kuat.
Nadiya
berpusing. Berpandangan dengan Syafiq yang juga memandangnya. “You ingat senang
nak maafkan kesalahan you?” Air liur ditelan. “I cuba sedaya upaya untuk
maafkan you, tapi..” Dia menggeleng. “I tak boleh, Danish.” Wajahnya ditundukkan.
“Susah.”
Tambah Nadiya lagi.
Syafiq
hembus nafas berat. “Nad.” Dia kelu tiba-tiba. Silapnya lagikah?
“You tak
faham apa yang I rasa.” Air mata jatuh. “You tak faham.” Suaranya tenggelam.
Danish takkan faham apa yang hatinya rasa. Takkan pernah faham.
Syafiq
gigit bibir. Dia melangkah mendekati Nadiya. Mug ditangan Nadiya diambil dan
diletakkan di atas meja kaca. Kemudian kedua bahu Nadiya dipegang sebelum
Nadiya ditarik dalam pelukannya. Belakang badan isterinya diusap lembut.
Membiarkan Nadiya menangis dalam dakapannya.
“I’m sorry, sayang.” Ucap Syafiq lembut.
Ubun-ubun isterinya dikucup.
NADIYA belek
paket marshmallow di tangannya. Tarikh luput yang tertera di paket itu di baca.
Bibirnya mengukir senyuman bila tarikh tamat tempoh marshmallow di tangan tiba
lambat lagi. Matanya tertancap pula pada paket marshmallow yang terletak di
bahagian sebelah marshmallow yang diambilnya tadi.
Diperhati
dan dibuat perbandingan antara kedua marshmallow tersebut. Lama dia terdiam
berfikir. Susah juga nak buat perbandingan ni. Lantas dia berpusing. Mencari
seseorang yang datang bersamanya tadi.
“Which one should I choose?” Soal Nadiya
pada lelaki itu.
Syafiq
yang baru tiba menjungkitkan sebelah kening. “Huh?” Blur. Baru muncul dah kena
soal benda yang dia tak mengerti, macam mana dia nak tangkap? Tapi bila nampak
tangan Nadiya yang mengangkat marshmallow di kiri dan kanan, dia kini mengerti.
“Apa
bezanya?” Tanya Syafiq.
Nadiya goncang
kecil paket di tangan kanannya, “Yang ni, tamat tempoh dia lama lagi, tapi
kuantiti dia sikit.” Digoncang pula paket di tangan kiri. “Yang ni pula, tamat
tempoh dah nak dekat tapi banyak.” Beritahunya.
“Kenapa
tak ambil saja dua-dua?” Cadang Syafiq. Dari perahkan otak dengan perkara tu,
baik ambil saja keduanya. Masuk perut juga apa.
Nadiya
menggeleng. “Membazir.” Masih memandang wajah suaminya.
Syafiq
gelak. “I tak rasa ianya membazir bagi seorang penggemar marshmallow.” Ucapnya.
Tahu sangat yang Nadiya amat menggemari marshmallow. Pantang nampak makanan
lembut tu, pasti dibelinya walaupun di rumah masih banyak.
“Danish!”
Panggil Nadiya geram. Sempat dia tahan diri dari menghentakkan kaki.
“What?”
“Tolonglah
I. I tak tahu nak pilih yang mana.” Bibir dimuncungkan.
Syafiq
gelak halus melihat muncung itu. “I dah cakap tadikan, ambil je dua-dua.”
“Tapi,”
Dia pandang marshmallow di tangan sebelum kembali pandang Syafiq. “Kalau tak
habis?”
“I boleh
tolong you habiskan. Apa susah,” Dia main-mainkan keningnya.
Nadiya
buat muka annoying. “Sentuh
marshmallow pun tak pernah, ada hati nak tolong habiskan.” Ucapnya sedikit
menggumam. Dia sudahnya mengikut cadangan Syafiq - ambil keduanya.
Kalau
tak habis sebelum tamat tempoh?
Apa
susah, habiskanlah dulu mana yang tempoh tamatnya semakin hampir. Brilliant idea, Nad.
MEREKA tiba di
rumah Puan Seri sebaik saja azan Maghrib kedengaran di surau terdekat. Puan
Seri terus memeluk erat tubuh menantunya. Lama juga anak menantunya tidak
menziarahinya. Rasa rindu yang menggunung masih lagi tersisa meskipun keduanya
sudah di depan mata.
“Fiq
letak barang ni dekat dapur.” Beritahu Syafiq pada Puan Seri. Plastik barang
dapur yang dibelinya dengan Nadiya, atas suruhan Puan Seri, diambil dari tangan
Nadiya. Plastik itu kesemuanya diletakkan di atas meja dapur.
Hujung
minggu ni, dia dan Nadiya akan menginap di sini. Dan dia harap, dia dapat
jernihkan hubungannya dengan Nadiya.
Wajah
didongakkan bila dengar suara orang ketawa di pintu masuk ke dapur. Bibirnya
tersenyum bila nampak senyuman di wajah Puan Seri dan Nadiya. Mereka akan
bercerita apa sahaja di bumi ni setiap kali berjumpa. Berborak sampai terlupa
suami disisi.
“Kita
nak masak apa ni Mummy?” Tanya Nadiya. Dah lama juga dia tak merasa masakan Ibu
mertuanya. Rindu.
Puan
Seri pandang menantunya. “Nad nak makan apa?” Soalnya. Ya, dah lama juga dia
tak masak untuk menantunya. Rindu mahu dipuji masakannya oleh menantu.
“Hmm..”
Nadiya berfikir. Dia dah lama nak makan sesuatu. Sesuatu seperti, “Nasi ayam?”
Serius, dia dah lama menginginkan nasi ayam. Kalau Mummy dapat tunaikan
permintaannya yang ini, dialah manusia paling bahagia dalam rumah ni.
Puan
Seri senyum. “Okay.” Permintaan di terima. Nasi ayam je. Bukannya susah mana
pun.
Nadiya
jungkit kening. “Betul ni, Mummy?” Tak percaya.
“Kan
Mummy pernah cakap dulu, apa saja untuk Nad, Mummy akan lakukan, insya-Allah
selagi hayat dikandung badan.” Jawab Puan Seri mengulang kembali apa yang
pernah dia beritahu pada menantunya.
“Fiq nak
makan ayam goreng kicap, Mummy.” Syafiq yang bagai tidak wujud antara mereka
bersuara. Dia sempat tersengih bila kedua wanita kesayangannya memandang
dirinya di sini. Baru perasan aku dekat sini ke?
“Buat
sendiri.” Jawapan balas Puan Seri sebelum wanita itu beredar buatkan Syafiq dan
Nadiya melopong.
Biar
benar Mummy ni.
Syafiq
pandang Nadiya yang juga memandangnya. Wajahnya tiada perasaan memandang
isterinya. “Tengoklah. Sebab you, Mummy lupa anak dia.” Dan Syafiq melangkah
pergi.
Sementara
Nadiya, makin bertambah melopong di wajah. Apakah? Berkelip-kelip matanya
berdiri di tengah dapur.
*****
Entahlah, I'm so busy lately. Tak sempat nak buka blog. Assignment dengan presentation datang silih berganti. Huhuuu
Dan ohh, maaf! Ini bukan pengakhirannya.
P/s : I got a good news about Truth or Dare. Hehee
Lagi
ReplyDelete