"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Saturday, April 30, 2016

Suamiku Ramai Crush [Part 53]



Tepat jam satu pagi, Damia bawa Iskandar ke sebuah bilik. Sekarang dah tiba masanya dia ceritakan semuanya mengenai Kak Najwa. Dah banyak minggu tertangguh. Janji tinggal janji. Disebabkan mereka masih belum tidur dan ahli keluarga Damia yang lain sudah tidur, lagi senang Damia nak ceritakan semuanya tanpa ada satu orang pun yang masuk campur.

            Iskandar bantu Damia buka pintu. Pintu ditutup kembali lalu dikuncinya. “Welcome, boboy.” Tutur Damia. Kunci pintu tu dia letak atas meja.

            Iskandar pandang sekeliling bilik. Di semua dinding dalam bilik ni tertampal gambar-gambar. Ada gambar Damia sekeluarga. Berserak-serak gambar yang tergantung tu. Tak nampak langsung rupa dinding.

            Iskandar tengok satu gambar. Gambar yang pernah dia tengok diruang tamu. Tapi ada sesuatu yang lain pada gambar tu. Di ruang tamu, hanya ada lima orang aje dalam gambar. Tapi disini, ada enam orang kesemuanya. Dia tenung seorang lelaki yang tak pernah dia nampak dan kenal yang ada dalam gambar tu. Lelaki tu berdiri diantara Damia dengan Along.

            “Siapa lelaki ni?” Tanpa pandang Damia, Iskandar bertanya.

            “Angah.” Jawab Damia sepatah.

            Iskandar pandang isterinya di sisi. “Angah?” Damia angguk.

            “Lelaki yang kita ziarahi kubur dia hari tu.”

            “Kenapa boboy tak pernah kenal dengan dia?” Tanya Iskandar musykil. Dari zaman sekolah dia mengenali Damia, tapi kenapa dia tak pernah tahu kewujudan lelaki tu?

            Damia diam. Dia tidak punya jawapan untuk pertanyaan itu. Kenapa Iskandar tak pernah kenal Angah? Sebab Damia tak pernah nak kenalkan Iskandar dengan Angah. Sebabnya? Dia sendiri pun tak tahu.

            “Bila dia meninggal?” Iskandar tanya soalan lain pula walaupun hatinya nak tahu sangat kenapa dia tak pernah dikenalkan dengan lelaki merangkap abang iparnya itu.

            “Lima tahun lepas.” Dah genap lima tahun dah kepergian lelaki itu sejurus selepas keluarganya adakan majlis tahlil tempoh hari.

            “Sebab?”

            Damia mengeluh. Dia dan Iskandar tatap wajah Angahnya dalam gambar dihadapannya. Gambar Angah bersama uniform pilotnya. Handsome. Juruterbang rupanya arwah abang ipar aku ni. “HIV AIDS.” Menunduk.

            Iskandar terkejut. Hiv Aids? Biar betul? Dalam gambar-gambar ni lelaki tu elok je. Sihat walafiat lagi. Ada gambar tu dia boleh bergelak lagi dengan Damia. Tak ada pun wajah yang lelaki tu sedih menanggung sakitnya.

            “Dalam gambar-gambar ni semua, tak ada satu orang pun tahu yang Angah menghidap Hiv. Tengoklah muka dia. Tak nampak langsung yang dia tengah menderita penyakit tu.” Matanya meliar pandang kesemua wajah yang bertampal di dinding. Wajah Angah nampak riang bersama lesung pipit di kiri pipinya. Lagi menyerlahan kekacakannya.

            “Macam mana boleh ada Hiv tu?”

            “Jangkitan.. Dari seseorang.” Damia senyum pada Iskandar. Iskandar makin nak tahu cerita seterusnya mengenai Angah. Lalu dia bawa Damia duduk dikatil dalam bilik tu. Katil Angah, mungkin.

            Jangkitan dari seseorang? Setahu Iskandar, Hiv hanya akan berjangkit pada seseorang dalam beberapa perkara, iaitu homoseksual, perkongsian jarum suntikan, perlakuan heterosekuel, pemindahan darah yang tercemar dan juga seks. Jadi yang mana satu yang menyebabkan Angah dijangkiti Hiv? “Siapa?”


            Damia pandang Iskandar. Wajah kacak yang menjadi daya penariknya ditenung. Wajah kacak itulah yang dia selalu rindu. Setiap hari dia rindu walaupun duduk bertentang mata. “Kak Najwa.” Seakan berbisik, Damia menjawab. Menyebut sebaris nama tu.

1 comment:

Buah fikiran anda amatlah di hargai.