"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."
Search This Blog
Tuesday, April 08, 2014
Ehh, Bencinya [Bab 16]
Harris membawa Hamqa ke restoran Jepun pagi itu. Hari ini adalah hari Sabtu. Jadi, dia mahu meluangkan masanya bersama si anak. Hamqa yang sememangnya mengemari makanan Jepun tersenyum. Senyumannya bertambah lebar apabila di restoran itu juga dia akan berjumpa mummy angkatnya.
Qashrina menghubungi Harris lewat malam tadi untuk berjumpa. Membincangkan tentang lakaran resort di Selat Melaka.
Aku melambaikan tangan pada dua orang lelaki yang segak bergaya di pintu masuk restoran Jepun. Mereka tersenyum apabila melihat diriku.
“Assalamualaikum mummy.” Hamqa memberi salam.
“Waalaikumussalam. Fulamak, anak mummy pakai sun glasses.” Pujiku meleret.
“Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.” Harris menambah. Dia meletakkan kaca matanya diatas meja diikuti Hamqa. Aku hanya melihat gelagat mereka. Sebijik!
Beberapa saat kemudian, aku dan Harris terus memulakan perbincangan kami. Aku mengeluarkan skop kertas mahjong dan dibentangkan diatas meja.
“Cantiknya..” Hamqa memegang hujung kertas mahjong supaya tidak bergulung. Aku sekadar tersenyum mendengar dirinya memuji lukisanku.
“Jangan cakap cantik sekarang. Bawah ni ada lagi.” Ucapku.
“Hamqa pilih. Mana yang cantik, Hamqa beritahu mummy dengan daddy.”
Aku dan Harris berpandangan mendengar idea si kecil. Kami sama-sama mengangguk. Biarlah dia buat keputusan pulak!
Ada lima helai kertas bagi setiap bahagian. Bahagian bilik, bilik air, lobi, laut, pondok, dan pelbagai lagi. Aku memerhati gelagat Hamqa menilik lakaranku. Sedikit tersenyum bibirku apabila melihat wajah seriusnya.
Mataku sorotkan pada Harris pula. Lelaki itu menjadi penyambut kertas yang dilihat anaknya. Apabila terasa lakaran ku tidak menepati citarasanya, dia automatik akan mencampakkan kertas itu ketepi. Dan yang menjadi mangsa mengutip kertas itu adalah daddynya!
“Sayang.. Janganlah buang..” Ucapku tegas tapi lembut!
Hamqa tersengih memandangku. Kemudian, dia tidak lagi melakukan kerja gilanya sebentar tadi.
“Mummy daddy.. Dua-dua ni cantiklah. Tak tahu nak pilih yang mana.” Tersngih.
Aku tersenyum. Kan aku dah cakap, tangan aku ni tangan seni. Mesti cantik punyalah!
“Tengok..” Pintaku dan Harris serentak.
Hamqa meletakkan dua helai kertas dihadapan kami. Setelah melihatnya, bukan sahaja Hamqa, aku dan Harris juga agak sukar untuk memilih mana satu yang cantik. Dua-dua cantik pulak tu!
“Macam mana ni? Susah nak buat pilihan.”
Aku berfikir sejenak. Nak pilih yang kanan, kiri lagi cantik. Nak pilih yang kiri, kanan lagi cantik! Jadi macam mana? Huh...!
“Apa kata kalau kita buat dua bahagian. Satu bahagian yang ini, selebihnya yang ni.” Cadangku.
Harris berfikir sejenak. Betul jugak. Daripada dua-dua tak pilih. “Okay.”
“Hamqa macam mana?” Soalku pada anakku.
“Okay.” Hamqa menjerit kesukaan.
Kami sama-sama menggulung kertas mahjong sebelum menyimpannya ke dalam skop tersebut. Sesudah itu, Harris memanggil seorang pelayan untuk membuat pesanan makanan.
Pelayan lelaki itu menulis segala pesanan yang dipinta kami bertiga sebelum berlalu menyiapkan makanan kami.
Sedang menjamu selera, kebahagiaan kami diganggu seketika. Seorang lelaki pamir dan menegur Harris. Mereka berjabat tangan sambil tersenyum ceria.
“Ehh, uncle Fiq.” Hamqa yang sedang menjamu makanan kegemarannya memandang lelaki itu.
Aku juga kenal dengan lelaki ini. Afiq namanya. Dialah yang membuat idea gila untuk bertaruh denganku untuk mendapatkan hak bermain di gelanggang badminton awal tahun dahulu. Kelakar apabila mengingati kembali. Macam budak-budak!
Aku hanya tersenyum apabila Afiq memandangku.
“Wah. Dah keluar berdua ni, apa cer?”
“Jangan fikir bukan-bukan eh kau. Kau ingat tak, aku ada cerita pasal syarikat yang aku nak bekerjasama dulu. Syarikat dia lah.” Terang Harris.
Afiq mengangguk.
“Mana bini kau?” Soal Harris apabila mendapati kawannya kemari seorang diri.
“Ke tandas sekejap. Jap lagi sampailah.”
“Dah lama bro kita tak jumpa. Esok badminton nak?” Ajak Harris.
“Set. Nanti aku inform yang lain.”
Afiq memandangku. “Nak join?”
“Err, boleh ke?”
“Apa pulak tak boleh. Ajaklah kawan awak yang lain.”
Aku mengangguk. “Nanti saya set kan.”
“Aleesy...” Panggilan itu membuatkan aku terkedu. Nama itu.. Hanya seorang sahaja yang memanggil aku dengan nama itu. Aku mendongak memandang seorang perempuan di belakang Afiq.
Senyuman yang terukir di bibirku terus terpadam. Pandangan ku terkaku ke arah wajah wanita itu. Dia.. Dia..
“Aina?” Soalku. Serta merta aku terus berdiri.
Pandangan kami bersatu. Air mataku terus tumpah. Bibirku mengukirkan senyuman. Ya Allah!
Kami berpelukan. Lama. Erat pelukan kami. Bersama pelukan erat itu, air mata kegembiraan mengiringinya. Aku memejamkan mata menikmati pelukan erat itu.
Pelukan dileraikan. Kami saling berpegangan tangan.
“Mana kau pergi? Dah lama aku cari kau.” Ucapku.
Rasya Aina. Dialah sahabatku semenjak sekolah rendah. Hubungan kami terputus apabila ketika kami di tahun kedua universiti, Aina melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sudah hampir empat tahun aku menjejakinya. Dari laman sosial Facebook, beralih ke Twitter. Dari Twitter sehinggalah ke Yahoo. Namun aku menemui jalan hampa.
Nombor telefonnya juga aku tiada. Ketika aku ke rumahnya, bukan ibu bapanya yang keluar. Tapi orang lain. Kata orang itu, tuan rumah itu sudah lama berpindah. Dan syukur alhamdulillah, kami dipertemukan disini. Terima kasih ya Allah.
“Kot ye pun. Duduklah dulu. Semua orang tengok tu.” Afiq bersuara menyedarkan kami.
Aku tersenyum. Macam tidak percaya!
Kami duduk sebelah menyebelah. Makanan dipesan mereka. Aku, Harris dan Hamqa terus memberhentikan suapan. Tidak elok apabila orang lain tidak bersama untuk menjamu selera.
“Gemuknya kau sekarang. Kau makan apa hah?” Tanyaku. Serius, macam bukan Aina empat tahun yang lalu. Aina yang dulu, badannya kurus kering macam ikan kering. Aina yang sekarang, Masya Allah. Gemuk nak mampos. Tak adalah gemok gedempol. Sederhana gemok macam tulah.
“Gemuk bersebab..” Jawapan Afiq membuatkan aku memandang Aina tajam. Biar betik?
“Serius?” Soalku.
“Kau rasa?”
“Main rasa-rasa pulak dengan aku.” Aku memuncung.
“Kau ni, dari dulu sampai sekarang. Perangai suka muncung kau tu tak pernah berubah, kan?” Aina menarik muncungku. Menyeringai aku kesakitan.
“Ada muncung macam nilah baru Qashrina Aleesya namanya.”
“Ehh bak nombor kau.” Pintaku.
Kami saling bertukar-tukar nombor telefon. Senyuman masih lagi bermaharajalela di bibir. Janganlah kau hilang wahai senyuman. Kalau boleh, biarlah senyuman ini aku hadiahkan khusus buat Aina yang sudah lama tidak melihat senyuman aku ni.
“Esok kita hang nak? Aku rindu gila dengan kau.” Aina mencubit pipiku.
“Woi sakitlah.” Jeritku.
“Esok tak boleh. Aku dah cop dia dulu tau.” Harris membantah.
“Alah..” Aina berpeluk tubuh.
“Terima kasih.” Ucap Afiq pada pelayan yang menghantar makanan mereka suami isteri.
“Kalau esok tak boleh. Petang nilah. Macam mana?”
“Aku on aje. Kau tu hah. Dah minta kebenaran belum?” Aku menjungkitkan kedua keningku beberapa kali.
Aina memandang suaminya. “Macam mana? Boleh tak?”
“Abang ikut?”
“Alah. Bagilah saya nak keluar dengan Aleesy. Sekejap aje.”
“Nanti balik macam mana?”
“Apa kata kau singgah rumah aku dulu sementara tunggu gadis-gadis ni hang. Nanti..”
Belum sempat Harris menghabiskan ayatnya, aku memotong. “Correction disitu. Saya sorang aje gadis. Yang sebelah ni." Aku melirik pada Aina.
“Kau perli aku ape.” Ucap Aina geram.
Aku ketawa kecil. “Heh! Tu bukan perlilah. Kenyataan okay!.”
“Lepas tu awak hantarlah mak buyong ni ke rumah saya.” Sambung Harris padaku apabila ideanya tadi dipotong aku.
Aku dan Aina berpandangan. Kami mengangguk.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Buah fikiran anda amatlah di hargai.