"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."
Search This Blog
Tuesday, April 29, 2014
Ehh, Bencinya [Bab 17]
“WEH AKU PENATLAH. Kita berehat sekejap.” Jerit Aina di belakang.
Aku dan Hamqa berhenti dari melangkah dan menoleh ke belakang. Aina sudah melabuhkan punggungnya di atas sebuah kerusi panjang. Dia mengurut pehanya.
Aku berpimpin tangan dengan Hamqa dan sama-sama menuju ke arah Aina.
“Kau okay tak? Baru beberapa minit berjalan.” Aku juga melabuhkan punggungku di sebelah Aina diikuti Hamqa di tengah-tengah antara kami.
“Hotak kau beberapa minit. Dah dua jam kita keliling mall ni.”
Aku tersengih. Dah dua jam kita orang kat sini? Tak kira pulak aku akan hal itu.
Aku meninggalkan Hamqa dengan Aina. Mc Donald menjadi sasaran hala tuju ku. Aiskrim oreo McFlurry menjadi pilihan. Tiga cawan aku beli bagi menghilangkan kehausan di tekak.
Setelah menelan aiskrim itu, kami menyambung pembelian kami. Menonton wayang, makan, beli baju dan sebagainya.
“Apa hubungan kau dengan Harris?” Tanya Aina ketika aku memandu kereta untuk ke rumah Harris. Hamqa di belakang sudah melelapkan mata. Itulah padahnya apabila bershopping dengan aku dan Aina. Dalam penat-penat mak buyong tu berjalan, tetap lebih lima ratus jugak melayang. He he..
“Hubungan aku dengan dia? We just a friend. Not more than that.”
“Betul ke?”
“Betullah. Syarikat aku dengan syarikat dia bekerjasama dalam pembinaan sebuah resort di Selat Melaka.”
“Ye ke? Tak percayalah aku.”
“Sampai hati tak percaya dengan aku yang comel ni.”
“Bukan tak percaya. Cuma musykil sikit. Ye lah, takkanlah korang berdua tak ada apa-apa hubungan sampai anak dia boleh panggil kau mummy. Bukan senang tau nak jinakkan Hamqa dengan orang lain. Tapi serius aku cakap, perangai Hamqa sekarang dah berubah.”
Aku mengerutkan dahi. “Maksud kau?”
“Dulu Hamqa tak macam ni. Macam mana kali pertama dia kenal kau? Maksud aku, ekpresi mukanya.”
Aku cuba mengingati saat aku berjumpa Hamqa. “Masa tu dia tengah nangis sebab kehilangan daddy dia. Aku pujuk dia, tak sampai dua saat dia stop. And he story all thing to me. How he lost his daddy.Sampai satu tahap, aku rasa macam seronok sangat dengan dia. Aku rasa dia pun macam tu jugak kot. Kalau jumpa aku aje, senyum sampai telinga.” Ceritaku sambil tersenyum.
“See. Kau tahu tak, dia dulu tak macam ni. Dulu dia hanya rapat dengan Harris aje. Masa mula-mula aku jumpa dia, aku cuba dekat dengan dia. Tapi tak boleh, dia punya masam.. Sampai sekarang aku ingat lagi.”
“Alhamdulillah. Sepanjang aku kenal dia hampir lima bulan ni, tak pernah aku nampak lagi muka masam dia.”
“Sikit pun tak?”
Aku mengeleng.
“Agaknya, dia memang suka kau kot.”
Aku sekadar mengangkat bahu.
Aina menunjukkan jalan ke rumah Harris. Memandangkan ini kali pertama aku ke rumahnya, jadi aku tidak tahu jalan ke rumahnya. Fahamkan?
“MANA Hamqa?” Soal Harris. Takut sangat anaknya hilang. Aku tahulah jaga anak aku!
“Tidur. Awak pergilah angkat dia.”
Aku mengikuti Harris menuju ke keretaku. Dia membuka pintu bahagian penumpang dan mendukung Hamqa keluar. Aku mematikan enjin kereta dan mengambil beberapa beg plastik yang berisi permainan Hamqa.
“Mummy.. Teman Hamqa tidur.” Pintanya ketika aku menutup pintu kereta.
Aku memandang Harris. Dia mengangguk.
“Pergi ajelah Aleesy.” Suruh Aina yang sudah tersenyum.
Dalam kebingungan, aku melangkah jua memanjat anak tangga mengikuti Harris. Kami memasuki sebuah bilik yang dilengkapi dengan pelbagai permainan. Mesti bilik Hamqa. Gumamku.
Aku meletakkan beberapa beg plastik di atas sofa yang diletakkan di hujung bilik. Kemudian, aku mendekati Hamqa yang sudah memeluk patungnya.
“Tukar baju dululah.” Suruhku.
Harris sudah keluar dari bilik anaknya. Hamqa pulak, sudah berjalan menuju ke almari pakaiannya. Mahu menukar baju.
“Tak mandi ke?” Tanyaku.
Hamqa memandangku. “Dah mummy suruh tukar baju. Hamqa tukarlah.”
Aku mengeleng. “Kalau mummy suruh pergi sekolah, Hamqa pergi sekolah ajelah. Tak belajar. Macam tu?” Soalku.
Hamqa mengeleng. Segera dia mencapai tualanya dan masuk ke dalam bilik air. Aku tersenyum.
Aku terkejut apabila melihat Hamqa sudah berada di hadapan pintu bilik air dengan bertuala. Tak sempat aku nak duduk dia dah keluar?
“Cepatnya..”
“Sejuklah.”
Aku mengeleng. Aku hanya melihat Hamqa memakai baju tidur garfieldnya ke tubuh. Peminat garfield ke budak ni? Dinding bilik pun ada gambar garfield. Apatah lagi bantal dan selimut. Belum campur sofa yang berukiran garfield lagi.
Aku mengeringkan rambutnya dengan menggosokkan kepalanya dengan tualanya. Kemudian, aku menyikat rambutnya dan mengenakan bedak ke mukanya.
“Siap.. Sekarang, jom tidur.” Ucapku berserta senyuman.
AKHIRNYA Hamqa terkulai juga di pangkuanku. Lenanya dia tidur. Macam nak tidur jugak pun ada. Tapi mengenangkan ini bukan bilik aku. Aku terus membatalkan niat suci lagi murni ku.
“Dah tidur dah anak kau tu?” Tanya Aina.
“Hmm.. Penat kot. Terus terlelap dia.”
“Ni minumlah. Lelaki-lelaki ni yang buat.” Aina menghulurkan segelas cawan air tembikai kepadaku.
Aku mengambil tempat disebelah Aina dan menyambut hulurannya. Air tembikai ku sisip perlahan. Hilang dahagaku.
Setelah setengah jam di rumah lelaki itu, aku membuat keputusan untuk pulang.
“Kita orang pun nak beransur jugaklah. Jumpa esok.” Afiq bersuara.
“Okay.”
Kami menapak keluar dari rumah. Di pertengahan jalan menuju ke kereta, sempat Aina berbisik ke telingaku. “Kau dengan Harris matching lah. Harap sampai ke anak cucu.”
Aku terus mencubit lengannya. “Amboi mulut dia.”
“Apa? Aku hanya mendoakan kebahagiaan kawan aku aje.”
“Banyaklah doa. Aku nak kahwin umur tiga puluh lah.”
“Tiga puluh? Bukan ke kau cakap dengan aku dulu yang kau nak kahwin umur dua puluh empat? Sepatutnya sekarang, kau dah kahwin tahu tak?”
“Jodoh pertemuan di tangan Allah lah sayang. Aku merancang aje, Allah menentukan.”
“Bila nak baliknya sayang oiii...”
Aku dan Aina memandang Afiq yang sudah menghidupkan enjin kereta.
“Pergilah balik sana. Kena tinggal, aku tak nak hantar.”
“Kau ni. Tuan rumah pun tak halau aku.”
Aku bercekak pinggang. Aku tahulah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Buah fikiran anda amatlah di hargai.