"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Sunday, May 18, 2014

Pilih Aku Atau Dia [Bab 4]





Pagi itu hujan turun dengan lebatnya sehinggakan segala aktiviti di luar rumah terpaksa dibatalkan. Ditambah pulak hari itu adalah hari Isnin, hari permulaan bekerja setelah dua hari bercuti hujung minggu.

“Nik, cepatlah. Nanti hujan makin lebat ni.” Jerit Daneal dari tingkat bawah ruang tamu rumah. Semenjak lima minit yang lepas dia sudah bersedia mahu memulakan sesi pekerjaannya.

Dan hari ini adalah hari pertama dia akan menghantar dan menjemput Nik pulang dari tadikanya kerana kakak dan abang iparnya sudah bertolak ke Tanah Suci Makkah untuk mengerjakan Umrah. Mereka akan berada di sana selama sebulan dan selama sebulan inilah dia akan menguruskan segala hal yang berkaitan anak saudaranya. Itu janjinya pada si kakak.

Twinkle twinkle little star
 How I wonder what you are..


Daneal tersenyum dan pantas bangkit dari sofa apabila mendengar suara Nik menyanyi kecil dari arah tangga. Seronok betul budak tu pagi ni.

“Assalamualaikum uncle.” Nik terus berlari dan melompat di hadapan Daneal pinta didukung. Daneal yang terkejut dengan tindakan anak saudaranya pantas menyeimbangkan badan supaya dia tidak terjatuh.

“Haish terkejut uncle tau..” Hidung manjung Nik dicubitnya lembut.

Nik hanya ketawa kecil. Daneal berjalan menuju ke dapur untuk bersarapan pagi. Tiba di sana, Encik Daud dan Puan Aida sudah duduk menunggu mereka berdua sambil berbual mesra.

Sorry we late.” Nik bersuara bagi pihak mereka berdua.

Daneal terus meletakkan Nik di salah sebuah kerusi yang disediakan di tepi meja. Nik bergerak turun dan duduk di kerusi itu sementara Puan Aida pulak terus mencedokkan nasi goreng ke pinggan cucun sulungnya.

“Neal nak nasi goreng atau roti bakar?” Tanya Puan Aida. Manakan tidak, nasi goreng dan roti bakar adalah makanan kegemaran Daneal sewaktu bersarapan pagi.

“Bagi Neal nasi gorenglah. Neal mungkin tak makan tengahari nanti kot.” Ceritanya tanpa dipinta. Dan bagi mengalas perutnya yang berkemungkinan besar tidak akan diisi tengahari nanti, dia perlu menjamah nasi untuk menguatkan tubuhnya yang akan ke banyak tempat untuk berurusan dengan kliennya.

“Kenapa tak makan? Ummi siapkan bekal ek?”

“Tak apalah Ummi, dalam dashboard kereta ada lagi biskut yang dua bulan lepas punya. Neal ada banyak mesyuaratlah hari ni.” Basmalah dibaca dan terus menyuap nasi goreng menggunakan sudu yang disediakan di tepi pinggan.

“Jadi sempat ke nak ambil Zarif balik nanti?”

“Insya Allah sempat. Neal lari sekejaplah nanti.” Suapan kedua masuk ke dalam mulutnya sebelum di sisip air teh perlahan. Jam baru pukul tujuh lima minit pagi. Ada lagi satu jam untuk dia sampai ke tadika Nik.

“Dah selesai. Jom uncle.” Nik bangkit dan menghantar pinggannya ke sinki. Tangan dibasuh bersih sebelum di lapkan menggunakan kain yang disediakan di tepi meja.

“Kenapa cepat sangat nak pergi ni?” Soal Encik Daud.

“Hujanlah Abi. Kang jammed pulak jalan.”

Nik dan Daneal bersalaman dengan Encik Daud dan Puan Aida sebelum melangkah ke pintu utama rumah untuk masuk ke dalam kereta.



MEERA menguap di atas katilnya. Selimut di tarik sehingga ke dada. Mata dipejamkan rapat. Malas pulak nak bangun. Dah lah tengah hujan. Tidur sejuk-sejuk macam ni best ooo. Dan baru sahaja dia mahu terlelap, ketukan bertalu-talu yang datang dari pintu biliknya membuatkan lenanya terganggu.

“Meera.. bangun sayang. Dan pukul tujuh empat lima dah ni.” Suara Puan Mastura kedengaran. Dan serta-merta Meera terus duduk sembilan puluh darjah apabila mendengar pukul tujuh empat lima.

Matanya membulat memandang jam dinding dihadapannya. A’ah lah, dah pukul tujuh empat lima. Makkk! Aku dah lambat nak pergi tadika..

Terus dia menyelak selimut dan melunjurkan kaki ke lantai. Bila dia mahu berdiri, mulutnya terus mengaduh kesakitan apabila merasakan kakinya teramat sakit. Lantas di lihat kakinya.

“Meera!” Suara Puan Mastura kedengaran lagi bersama ketukan yang tidak putus-putus dipintu.

“Ye bu. Meera dah bangun.” Jawabnya kuat.

Dia terus melabuhkan duduk di atas katilnya. Mengurut dada perlahan-lahan. Kenapalah aku tak ingat yang aku cuti harini? Bukankah malam tadi aku sudah menghubungi Kak Umi dan memberitahunya akan ketidakhadiran aku selama seminggu ini kerana kakiku berbalut?

“Meera.. Meera.. macam manalah kau boleh lupa?” Tangan mengetuk kepalanya yang bengong dipagi hari ini. Pagi-pagi dah buat masalah. Dan tanpa menunggu lebih lama, dia kembali merebahkan badannya ke tilam dan bersedia untuk menyambung tidurnya.



NIK memandang ke kiri dan ke kanannya. Mencari cikgunya yang tidak kunjung tiba semenjak tadi. Sudah setengah jam dia bersama kawan-kawannya menunggu cikgunya untuk memulakan sesi pembelajarannya.

Seseorang masuk dan keadaan di kelas itu terus diam membuatkan Nik menjadi pelik. Kenapa semua kawan aku diam bila cikgu ni masuk? Tapi kenapa cikgu ni yang masuk? Mana Kak Meera? Pelbagai persoalan bermain difikirannya.

“Assalamualaikum semua.” Luna menyapa kesemua anak murid itu bersama wajah yang sengaja diseriuskan. Biar semua murid disini gerun kepadanya. Rotan ditangan sentiasa ditayang-tayangkan ketika dia sedang mengajar.

“Waalaikumussalam cikgu..” Jawab kesemuanya sambil menunduk. Tiada seorang pun yang berani memandang wajah cikgu itu kecuali Nik yang tidak mengenali cikgu itu. Di tadika ini, hanya Kak Meera dan Cikgu Umi sahaja yang dikenalinya.

“Untuk seminggu ini, saya yang akan mengajar kamu semua.” Beritahu Luna sambil matanya memandang setiap seorang murid-murid di dalam kelas ini.

Nik mengangkat tangannya untuk bertanyakan sesuatu. “Ada apa?” Tanya Luna.

“Mana Kak Meera?”

“Kak Meera sakit. Dia cuti seminggu. Minggu depan baru dia mengajar kamu semua.” Keterangan dari Luna membuatkan murid-murid disitu mengeluh. Seminggulah kena menghadap muka cikgu ni.

“Kak Meera ada bagi kamu semua kerja?” Tanya Luna inginkan kepastian. Setahunya Meera tidak memberikan apa-apa kerja untuk anak muridnya lakukan. Oleh sebab itu dia bertanya, manalah tahu Meera menyimpan kerja itu dalam fail mereka.

“Tak ada.” Jawab mereka serentak. Wajah masih menunduk. Baik lelaki mahupun perempuan hanya bermain dengan jemari masing-masing.

Luna terus menyerahkan setiap murid dengan dua helai kertas untuk mereka siapkan. “Pastikan siap sebelum balik. Kalau tak, kamu semua akan balik lambat.” Tegas arahan dari Luna membuatkan murid-murid pantas mencapai batang pensil untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.



UNTUK kali ketiga Daneal melihat jam di pergelangan tangannya. Pandangannya silih berganti dengan pintu tadika Nik. Manalah anak saudara aku ni? Dah sepuluh minit aku tunggu kat sini. Melihatkan beberapa ibu bapa yang turun dari kereta dan masuk ke dalam tadika itu membuatkan Daneal turut mematikan enjin kereta dan melangkah memasuki tadika itu.

“Assalamualaikum cikgu. Mana anak saya? Dah sepuluh minit saya tunggu, tapi tak keluar-keluar pun lagi.” Daneal hanya mendengar seorang ibu yang bertanya pada seorang guru di hadapannya.

“Maafkan saya. Anak-anak encik dan puan dari kelas Dahlia masih belajar. Sebab tadi mereka memulakan kelas agak lambat. Mungkin mereka akan keluar sekejap lagi.” Tenang guru itu memaklumkan membuatkan ibu bapa yang menunggu termasuk Daneal menganggukkan kepala. Biarlah lambat sikit keluar, nak menimba ilmu pun kan.

Tiga minit menunggu, akhirnya kumpulan murid itu keluar juga akhirnya. Masing-masing menayangkan wajah muram membuatkan semua ibu bapa termasuk Daneal mengerutkan dahi. Macam ada sesuatu yang berlaku di dalam kelas.

Daneal memanggil Nik yang sedang memakaikan kasut sekolahnya yang berwarna hitam di kerusi tidak jauh dari tempatnya menunggu. Pandangan muram dan suram dari Nik membuatkan Daneal terus mendukungnya dan membawanya masuk ke dalam kereta.

Enjin kereta dihidupkan dan Daneal terus memandang Nik disebelahnya yang hanya memandang kehadapan. Kepala anak buahnya digosok perlahan. Senyuman terukir di bibir apabila melihat wajah monyok itu.

“Kenapa ni sayang?” Tanyanya prihatin.

“Nik tak nak sekolah esok. Minggu depan baru Nik sekolah balik.”

Daneal mengerutkan dahi. Kenapa pulak ni?

“Hey, mana boleh macam tu. Nik nak pandai, kan?”

“Tak nak datang sekolah jugak. Cikgu Luna marah Nik sebab jawapan Nik salah. Lepastu dia pukul tapak tangan Nik dua kali guna rotan, sampai merah tangan Nik.” Cerita Nik sambil menunjukkan tapak tangannya yang jelas kelihatan kesan rotan yang dipukul sebanyak dua kali kepada Daneal.

“Cikgu Luna marah, sebab cikgu sayangkan Nik.” Daneal menerangkan. Sejak dari dia zaman tadika lagi Ummi dan Abi menerangkan maksud itu. Jadi, untuk apa pergi buat tunjuk perasaan pada cikgu kalau kita dah berjaya di masa hadapan atas jasa cikgu yang garang seperti itu?

Lainlah kalau cikgu tu terajang sampai kita jatuh berdarah barulah kita boleh terajang cikgu tu balik!

“Tak! Cikgu Luna tak sayang Nik. Cikgu Luna pun tak sayang kawan-kawan Nik. Dia suruh kita orang buat banyak kerja sampai lenguh tangan. Tak nak sekolah esok..”

Daneal tersenyum. “Kalau Nik tak nak sekolah minggu ni, nanti minggu depan naik sekolah pun Nik akan jumpa dengan Cikgu Luna kan?”

Nik menggelengkan kepalanya. Tangan pak ciknya di pegang erat. “Cikgu Luna gantikan Kak Meera minggu ni sebab Kak Meera sakit. Minggu depan baru Kak Meera masuk.”

Tersentak Daneal mendengar nama Meera. Meera? Nameera Qaleesha ke? Ahh bukanlah. Ramai dalam dunia ni nama Meera, bukan? Lupakan ajelah Neal!

“Sayang, dengar cakap uncle. Kita kalau nak pandai, tak kisahlah cikgu tu garang ke, baik ke, kita kena tetap belajar jugak. Sebab, dengan cikgu yang garang tulah yang akan buatkan kita cepat tangkap apa yang dia ajar. Faham, kan?” Bahu Daneal di pegang lembut.

“Tapi, Nik tak suka Cikgu Luna.”

Mummy Nik pesan apa?” Tanya Daneal. Dia pernah mencuri dengar pesanan kakaknya sebelum kakaknya bertolak ke lapangan terbang tiga hari lepas.

“Belajar bersungguh-sungguh. Dengar cakap cikgu, cakap uncle, nenek dengan atok.” Jawab Nik perlahan.

“Hmm see.. Mummy suruh dengar cakap cikgu, kan? Jadi, cikgu pun ada pesan kan esok datang sekolah?”

Nik mengangguk.

“Jadi, esok Nik tetap kena sekolah. Hadapi kegarangan Cikgu Luna tu dengan tabah.” Senyuman diberikan pada Nik sebagai penguat tenaganya untuk mengharungi kedatangan hari esok dengan cikgu singa itu.

“Ye lah uncle. Bila nak gerak ni? Nik dah bosan tengok tadika ni semenjak Kak Meera tak datang.”

Daneal pandang sekeliling. Kereta-kereta ibu bapa yang menunggu tadi juga sudah tiada di tempat parking tadi. Tadika itu juga sudah mahu tutup. Hanya tinggal kereta miliknya sahaja yang terparking disini. Perlahan dia memakai tali pinggang dan menukar gear ke D sebelum menurunkan break tangan. Pedal minyak di tekan dan kereta melunjur sederhana membelah jalan raya.

Uncle, ni apa?” Tanya Nik sambil menunjukkan sesuatu yang dijumpaninya.

Daneal memandang sekilas sebelum memandang benda itu untuk kali kedua. Signal ke kiri di berikan dan dia berhenti di tepi jalan.

“Mana Nik jumpa?”

“Dekat bawah ni.” Sambil menunjukkan ke arah lantai kereta.

Daneal mengambil telefon yang skrinnya sudah retak menanti belah dari tangan Nik. Dahi dikerutkan memikirkan pemilik telefon ini. Terus dia terbayang seseorang yang pernah menumpang keretanya sebelum ini.

“Meera!” Katanya.

“Meera?” Soal Nik.

Daneal tersenyum. Meera tertinggal telefonnya disini rupanya. Macam manalah dia boleh tertinggal? Haish..

Daneal terus pandang Nik disebelah. “Nak teman uncle tak?”

“Pergi mana?”

“Baiki telefon ni.”

“Jom. Lepastu uncle belanja Nik aiskrim ek?”

“Ye lah. Aiskrim aje tau.” Bebel Daneal sendiri dan menggerakkan keretanya ke kedai membaiki telefon.



“SABAR dari segi bahasa bermaksud menahan dan mencegah. Menguatkan makna seperti ini adalah firman Allah dalam Al-Qur’an: Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka kerana mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melepasi batas. (Surah Al-Kahfi/ 18 : 28)

“Perintah untuk bersabar pada ayat di atas, adalah untuk menahan diri dari keingingan ‘keluar’ dari kemuniti orang-orang yang menyeru Rab nya serta selalu mengharap keredhaan-Nya. Perintah sabar di atas sekaligus juga sebagai pencegahan dari keinginan manusia yang ingin bersama dengan orang-orang yang lalai dari mengingat Allah SWT. Sedangkan dari segi istilahnya, sabar adalah menahan diri dari sifat kegundahan dan rasa emosi, kemudian menahan lisan dari keluh kesah serta menahan anggota tubuh dari perbuatan yang tidak terarah.”

Meera menganggukkan kepalanya apabila dia sedikit-sebanyak sudah mengetahui dan memahami makna sabar dari segi bahasa mahupun istilah. Sabar adalah keteguhan bersama Allah, menerima ujian dari-Nya dengan lapang dan tenang.

“Adik!”

Terkejut Meera apabila disergah sebegitu oleh alongnya. Nasib baik tak terpelanting laptopnya dek disergah. Wajah Niezam dipandang tajam.

“Sukalah terkejutkan Meera, kan?”

Niezam hanya tersengih. Dia membawa diri duduk di hadapan adiknya. Kaki adiknya yang berbalut disentuh lembut.

“Dah nak sembuh dah ni. Esok lusa bolehlah pergi mengajar, kan?”

“Minggu depanlah. Malas pulak nak mengajar waktu terdekat ni. Rehat dekat rumah lagi seronok.”

“Tak rindu budak-budak?”

“Rinduuu sesangat. Tapi malas nak mengajar. Tengah tunggu mood mengajar datang lah ni.” Meera tersenyum. Laptopnya di tukar ke mood sleep.

“Kita kena cari mood tu, dik. Bukan tunggu. Kalau tunggu, sampai bila-bilalah takkan jumpa.”

“Ni mesti copy paste ayat Stephen King, kan?” Tanya Meera.

“Mestilah. Ayat-ayat dia memberi along inspirasi tau.”

Whateverlah. Tolong adik turun bawah ek? Bosan pulak terperap dalam bilik ni.” Meera memegang lengan alongnya. Bersedia mahu turun ke tingkat bawah.

“Banyak cantik! Kaki tu dah sembuh, kan? Turun sendiri. Along back up dari belakang.”

Meera memuncungkan mulutnya. Geramnya! Baru nak bermanja dengan along sendiri! Jadi terpaksalah dia berdiri sendiri tanpa bantuan seorang abang yang hanya memandangnya dari dekat.

“Sakitlah, along. Tolonglah Meera..” Rayu Meera apabila kakinya yang berbalut sudah menjejak lantai. Padahal tidaklah sesakit mana. Hanya mahukan belaian dari si abang. Ceh!

“Tak ada tak ada.. gerak sendiri.” Itulah kata-kata yang keluar dari mulut alongnya membuatkan Meera terasa mahu menangis.

“Tidak ku minta lahir ke dunia, tidak ku duga cacat begini,,,”

“Tak payah nak merayu bagailah. Along tetap takkan tolong punya. Kalau nyanyi sedap tak apalah jugak. Sekejap lagi hujan kang, along suruh adik angkat baju kat luar.” Potong Niezam.


Meera menjegilkan matanya memandang along. Tak guna! Ishhhh, bencinya aku! Terus dia duduk di anak tangga. Protes! Biarlah apa along nak cakap, dia tetap nak tunjuk perasaan jugak! Grr..


Saturday, May 03, 2014

Ehh, Bencinya [Bab 18]





Seperti yang dijanjikan, kami berkumpul di gelanggang badminton pada petang itu.

“Ramainya.. Ada kenduri ke kat sini?” Nazif bersuara. Yelah, tak pernah pulak ramai orang datang sini. Selalunya boleh kira dengan jari kaki ni hah.

“A’ah. Kenduri tahlil untuk kau.” Sampuk Harris.

Aku dan yang lain sudah ketawa mengekek.

“Dah jom. Siapa nak lawan dengan aku?” Zaim bertanya.

“Krikk..Krikk..” Celah Afiq apabila tiada siapa yang mahu berlawan badminton dengan Zaim.

“Tergamaknya hatimu..” Zaim bersuara menyanyikan lagu Sampai Hatimu oleh kumpulan Spring.

“Poyolah kau.” Sampuk Nazif.

“Weh, macam mana kau boleh kenal Afiq?” Soalku pada Aina yang sedang duduk di luar gelanggang badminton.

“Kami kenal kat sinilah. Masa tu aku dengan kawan aku tengah main badminton. Lepas main tu aku belilah air sekejap. Tengah khusyuk buka penutup botol tu, aku terlanggar dia. Habis basah baju dia. Yang paling menyentan akulah, tengah dahaga tapi air tumpah. Kosong. Menangis aku saat tu jugak.” Cerita Aina penuh perasaan.

Aku ketawa. Aina memang malas nak bawa air dari rumah. Suka sangat beli air. Tak reti jimat betul mak buyong ni. Semenjak sekolah rendah lagi!

“Kau pulak.. Macam mana boleh kenal Harris?”

“Aku kenal dia masa aku kerja jadi cleaner.”

Cleaner?”

“Hmm.. Kau kan tahu, aku suka buat sesuatu yang orang lain tak suka buat. Aku nak merasa macam mana jadi cleaner. Jadi orang susah.”

“Sekarang pun jadi cleaner ke?”

“Tak. Papa dengan abang aku halang. Lagipun, aku dah janji dengan dia orang yang aku akan jadi cleaner dalam tempoh tiga bulan. Lepas tiga bulan nanti, aku kerja kat syarikat keluarga aku.”

“Dah lama juga aku tak jumpa keluarga kau kan? Nanti bawa aku jumpa dia orang eh. Rindulah.” Aina mengenggam jemariku.

“Aku okay aje. Kau tu hah. Minta kebenaran dulu.” Pesanku. Dah macam kaunselor rumah tangga lah pulak!

“Hey korang ni. Datang sini nak main badminton ke, nak bercerita?” Jerit Harris dari dalam gelanggang.

“Dengkilah tu. Jangan risaulah, Ris. Aku takkan buat bad thing dekat girl kau ni. Percayalah.”

“Hoi..” Tegurku. Sejak bila pulak ni? Aina sekadar tersengih.

“Dah. Jom lawan.”

Perlawanan di mulai antara Zaim dan Najwa. Kemudian, Afiq dan Adibah. Diikuti Nazif dan Diyana.  Syiera tidak dapat turut serta kerana dia perlu pulang ke kampung.

Akhir sekali, antara aku dan Harris. Tidak sudah-sudah Hamqa memberi sokongan kepadaku. Siap buat pasukan sorak lagi! Overlah tu.

“Terima sahajalah kekalahan kau, Ris. Kawan aku tu juara badminton berturut-turut tau.”

“Ehh, hello. Kawan kita orang pun samalah.” Sampuk Afiq.

“Hey! Kalau dari tadi bergaduh, bila masanya pulak kita orang nak mula?” Tanyaku bercekak pinggang. Bising dowh!

“Okay..Okay.. Perlawanan akan dimulai. Siapa kalah, kena belanja tengok wayang petang ni. Amacam?” Tanya Zaim.

“Setuju!” Jerit mereka serentak. Aku dan Harris berpandangan.

Belanja dia orang tengok wayang? Kopak duit aku. Aku mesti pastikan, aku akan menang perlawanan ni. Target ku!


AKU tersenyum memandang lelaki di hadapanku. Segak jugak mamat ni. Kenapalah baru sekarang yang aku nampak kekacakan sebenarnya?

“Wah sedondon.” Pekik Aina membuatkan aku memandangnya.

“Apanya?” Soalku kembali.

“Eh cik kak. Korang ada temujanji ke lepas ni. Siap pakai baju sama lagi.”

Aku memandang pakaianku. Biru gelap dengan seluar hitam. Aku memandang Harris pulak. Biru gelap dengan seluar hitam. O’oh!

“Kebetulan..” Jawabku perlahan. Macam mana boleh sama?

“Pasangan bahagia.” Sampuk Afiq.

“Dah jomlah.” Ajakku. Makin lama kat sini, makin senget pulak otak aku layan mereka-mereka ni.

Kesemua dua belas orang itu berjalan memasuki pawagam. Kami singgah di kaunter menjual makanan untuk membeli makanan ringan dan minuman.

Mummy.. Sini!” Panggil Hamqa. Dia sudah duduk disebelah daddynya. Untuk tidak menghampakan si anak, aku menurut. Aina disebelah kananku diikuti suaminya dan yang lain.

Mata kami memandang ke layar putih yang besar di hadapan kami. Sebuah cerita komedi dibeli oleh si kalah. Nak tahu siapa? Harrislah. Tulah. Aina dah cakap, menyerah kalah ajelah. Tapi dia tetap degil nak berlawan jugak. Kan dia juga yang susah.

Perlawanan yang dimenangi aku dengan 20-18 membuatkan aku senyum tak terkata. Seronok bebenor. Yang lain juga seronok melihat cara permainan kami berdua. Dan yang paling seronok mestilah Hamqa. Tak habis-habis memuji aku.

Mummy, nak ikut..” Rengek Hamqa disaat kami semua sudah keluar dari pawagam. Kenapa rasa macam sekejap sangat tengok cerita tadi ek?

Aku menghentikan langkahku. Kepala kupusing kebelakang. Memandang Hamqa yang berdiri disebelah Harris.

Selepas memandang Hamqa, aku memandang Harris pula. Dia menganggukkan kepalanya sambil tersenyum kepadaku. Aku juga tersenyum dan memandang si kecil.

“Jom.” Aku mendepakan tanganku kepada Hamqa.

Hamqa menjerit keriangan apabila kehendaknya dituruti. Kami berjalan berpimpin tangan menuju ke kedai buku.


“APA hubungan kau dengan Qash?” Soal Zaim ketika mereka sedang membelek CD. Tak tahulah macam mana dorang ni boleh bertenggek kat kedai ni pulak. Tetibe aje boleh ada kat sini.

Harris yang tengah memegang CD yang bertajuk ‘Running Man’ terus memandang Zaim tatkala soalan itu diutarakan.

“Kau tunggu ajelah kad kahwin dari dia orang nanti.” Jawab Afiq bagi pihak Harris. Dia dan isterinya sudah mengetahui tentang isi sahabatnya itu semalam.

“Kau serius ke bro?” Zaim menepuk bahu Harris.

CD di tangan ku letakkan di tempatnya kembali. Aku memandang Afiq. Memang nak kena mamat ni. Kan ke aku cakap ni rahsia kita.

Sorry bro. Kan kita dah janji, tiada rahsia antara kita.” Jawab Afiq yang seperti memahami apa yang bermain di benak sahabatnya.

“Kenapa ni? Storylah sama gua, bro.”

Aku dan yang lain sudah keluar dari kedai menjual CD dan menuju ke deretan pakaian-pakaian kasual lelaki. Agak lengang kedai pakaian itu membolehkan mereka berbincang tanpa gangguan.

“Entahlah. Aku confuse dengan perasaan aku.” Introku.

“Apa yang membuatkan kau confuse?”

Aku mengeluh. “Korang tahukan aku tak pernah bercinta?”

“Mestilah. Kau seorang aje yang tak ada pengalaman bercinta ni, beb.” Sampuk Nazif. Dia tahu kenapa, semenjak mengenali Harris ni, lelaki ini tidak suka bercinta. Mungkin kerana komitmen dia pada Hamqa kot.

“Memang aku suka dia, tapi..”

“Tapi kau takut dia tak punyai perasaan yang sama macam kau? Kau takut disakiti?”

“Atau kau takut dikhianati?” Sambung Afiq.

Aku hanya mendiamkan diri.

Come on bro. Kau lelaki, dan kau harus memulakannya dulu. Aku tahu apa yang kau rasa. Think positive.”

“Betul tu, Fiq. Belum cuba belum tahu. Manalah tahu kalau dia pun ada perasaan yang sama macam kau jugak.” Celah Zaim.

“Kalau tak?”

Afiq, Zaim dan Nazif sama-sama mengeluh. “Think positive, bro.” Jawab mereka serentak. Suara sudah meninggi.

“Tak payahlah marah aku.” Gumam Harris.

“Bukan marah. Gerammm...”

“Apa-apa pun, kita orang selalu sokong kau dari belakang. Aku rasa harapan kau untuk dapatkan cinta dia, berada di tahap yang tertinggi.”

“Maksudnya?”

Look. Diakan mummy Hamqa dan Hamqa suka dia. Apa kata kau gunakan Hamqa, untuk dekat dengan dia. Dan dengan tu, kau boleh terus serang dia.”

Good Zif. Kau pun cooperate dengan dia, kan? Apa kata kau lambat-lambatkan kerjasama korang tu.”

Aku berfikir sejenak. Tak salahke? Tapi tak nampak sangat ke macam aku menggunakan Hamqa untuk kepentingan aku?

Harris mengeluh seketika. “Okay. I’ll try my best.” Ucapnya perlahan.

“Dan yang selebihnya, kita orang akan sokong dari belakang.”

Thanks kawan.”

“Apa guna kawan kalau tak boleh membantu, kan?”


“HAMQA suka tak, kalau mummy jadi mummy Hamqa yang sebenarnya?” Tanya Aina pada Hamqa.

Aku yang terkejut dengan soalan itu terus memandang Aina tajam. Perempuan itu sekadar tersengih kepadaku.

“Mestilah suka. Kenapa?”

“Sudah.. Kau tak payah ajar anak aku benda yang mengarut.” Marahku. Sesedap sos thai dia aje.Kang nanti budak ni mintak yang pelik-pelik, naya aku kang.

“Sayang dah cari buku belum?” Tanyaku kepada Hamqa.

“Dah. Hamqa nak buku ni.” Budak lelaki itu menunjukkan dua buah buku berkaitan ABC dan alif ba ta..

“Tak nak tambah lagi?” Aku tengah baik hati nak belanja dia ni. Bukan senang tau nak tengok aku belanja orang. Entah kenapalah kali ni hati aku terlalu baik dan molek nak belanja anak aku ni.

“Tak!”

“Okay jom.”

Aku dan Hamqa menuju ke kaunter pembayaran. “Weh, korang dah ke belum?” Soalku pada kawan aku yang lainnya.

“Sudah!” Jerit mereka serentak.

Sesudah membeli beberapa buah buku, kami terus berjalan menuju ke sebuah restoran di pusat membeli belah. Kami sudah berjanji akan berkumpul disana.

“Bila kau nak kahwin?” Tanya Aina disebelah.

Aku memandangnya pelik. Kenapa?

“Aku suruh kau jawab bila? Bukan komen.” Pintas Aina cepat sebelum aku menjawab. Macam tahu-tahu aje yang aku nak komen!

“Entah.”

“Kenapa entah?”

“Malas.”

“Kenapa malas?”

Aku memandang Aina geram. Ish mak buyong ni. Ada jugak yang jatuh bangunan sekejap lagi.

“Okay..Okay.. Kenapa kau tak nak kahwin?”

“Aku bukan tak nak kahwin. Tapi, belum ada calon.”

“Kenapa?”

“Siapalah nak kat aku ni.” Jawabku merendah diri.

“Siapa cakap tak ada orang nak kat kau. Cer kau tengok keliling. Banyak mata-mata lelaki yang pandang kau tau. Kau tu aje yang buat double jerk.”

“Kau tak faham, Aina.” Jawabku perlahan.

“Apa yang aku tak faham?”

Aku mengeluh. Perlukah aku mengungkit kisah lama?

“Cerita dengan aku. Apa yang aku tak faham?”

Aku berhenti dari melangkah. Mata Aina yang penuh mengharap, ku pandang redup. Aku memandang pula kearah kawan-kawanku yang lain.

“Korang jalan dululah.” Suruhku. Mereka mengangguk.

Aina pegang tangan aku membuatkan aku memandangnya. “Cerita dengan aku.” Pujuk Aina. Dia membawaku duduk di sebuah kerusi panjang berhampiran tempat kami berdiri. Hamqa hanya mengikuti lagak kami.

“Aku tak percaya pada lelaki, kecuali abang, tok dengan papa aku.”

“Kenapa?”

“Sebab aku pernah dikhianati. Aku takut, kalau aku cuba mencintai lelaki. Perkara yang sama akan berulang. Sedangkan sejarah mungkin berulang, inikan pulak sebuah ikatan percintaan.”

“Ceritalah dengan aku.”

“Ini kali terakhir aku cerita pasal benda ni. Lepas ni aku tak nak. Aku nak burn segalanya.” Tekadku.

“Okay.. Aku dengar.”

Aku menceritakan segalanya pasal pertunangan tak jadiku kepada Aina. Tentang prinsip hidupku yang ku pegang selama ini. Pasal lelaki bernama Aidil yang kembali menagih cintaku. Segala-galanya yang berlaku dalam lipatan sejarah hidupku selepas aku berpisah dengannya, aku ceritakan pada sahabatku Aina.

Memang semenjak dahulu lagi, dialah antara sahabat yang sudi mendengar luahan hatiku. Begitu jugak sebaliknya. Aku bersyukur kerana dikurniakan seorang sahabat yang selalu ada tatkala aku susah dan senang. Suka dan duka. Terima kasih ya Allah, kerana Kau mengurniakan aku sahabat sepertinya.


“MACAM MANA SEKARANG?” Soal Aina pada suaminya. Segala yang diceritakan Qashrina petang tadi, di ceritakan pada suaminya.

Afiq terdiam setelah mendengar cerita itu. Agak sukar juga untuk menyatukan Qashrina dan Harris.

“Abang dengan yang lain dah suruh Harris gunakan Hamqa untuk ambil hati Aleesy. Kita hanya perlu tunggu keputusannya.”

“Kalau tak berjaya?”

“Kita kena masuk campur.” Pantas Afiq menjawab.

Aina mengangguk. Maafkan aku Aleesy, jika aku terpaksa mencampuri urusan kau. Tapi percayalah, aku lakukan ini untuk kebahagian kau. Kau sahabat aku dunia akhirat! Aku mahu kau bahagia.

“Termenung apa lagi tu sayang.. Jom makan.” Gamit Afiq yang sudah berada di meja makan.

Aina tersenyum malu.


AKU tersenyum memandang seorang lelaki yang baru keluar dari biliknya.

Wanna follow me?”

Nop. I have my own lunch date.”

“Wow! Siapakah lelaki malang itu?”

Aku terus mengetuk bahu abang dengan tanganku. Menyeringai kesakitan dirinya.

“Tak baik tau cakap macam tu.” Rajukku.

“Alah, merajuk pulak. Ketuk kang.”

Report kat papa.”

“Anak manja!”

“Biarlah..” Lidah aku jelirkan.

Good afternoon Encik Qayyum.. Good afternoon Cik Qash..” Ucap dua lelaki yang baru keluar dari lif yang kami tunggu. Kami menjawab bersama senyuman manis.

“Betul tak nak ikut makan dengan abang?”

“Hmm..”

Serious ni? Tawaran akan ditutup lagi lima saat.”

“Betullah.” Aku memandang abangku geram.

Kami sudah berada di lobi syarikat dan mahu keluar dari syarikat ini.

“Wow! Ada apa-apa ke ni?”

Aku mengerutkan dahi.

“Tuuu..”

Aku menoleh ke sebelah kananku. Dihujung pintu masuk, sudah kelihatan seorang lelaki bersama kaca mata hitamnya sedang berdiri di pintu masuk.

Just a close friend. Not more than that.”

“Ye lah. Jangan sampai terpikat dengan dia sudah.”

“Siapa pulak yang terpikat dengan mamat tu?”

“Cakaplah macam tu. Allah terbalikkan hati adik, untuk sukakan mamat tu nanti. Jangan salahkan abang.”

“Dah kalau memang macam tu, Alhamdulillah.” Ucap Qash perlahan.

I beg you, pardon.

“Sudahlah! Pergi balik sana. Bini tengah tunggu kat rumah tu.”

“Elak-elak..”

“Bukan elak. Mengelak.”

Aku terus berjalan meninggalkan abang yang sudah geram dengan tindakanku. Lelaki yang segak berkemeja biru muda ku dekati.

“Assalamualaikum.” Salam ku hulurkan.

Lelaki itu mendongak dan terus berdiri apabila ditegurku. “Waalaikumussalam.” Jawabnya bersama senyuman manis tu.

“Saya lambat ke?”

“Tak adalah. Saya baru aje sampai.”

“Hamqa mana?” Soalku. Tak nampak pun batang tubuh budak comel tu.

“Dalam kereta. Dia malas nak turun.”

Aku memandang ke tingkap kereta tinted itu. Macam boleh nampak aje dari luar.

Shall we?” Tanyaku. Macam aku pulak yang mengajaknya makan tengahari bersama-sama.

Aku menaiki kereta si lelaki dan kami terus menuju ke sebuah restoran tidak jauh dari syarikatku.

Mummy.. Hari Khamis ni datang sekolah Hamqa ek.”

Aku memandang budak comel itu dengan seribu kerutan di dahi. Kenapa aku kena ke sana? Okay, let me guess.. ambil report card?

“Ada apa?”

“Ada sukan tahunan. Hamqa masuk lumba lari.” Ohh okay, tekaan aku salah! Sukan tahunan rupanya. Hahaa..

Tapi, aku salah dengar ke ni? Mataku membulat pandang Hamqa disebelah. “Betul ni? Hamqa masuk lumba lari?”

“Hmm.. betul. Mummy datang ek?” Penuh mengharap anggukan itu membuatkan aku rasa bersalah mahu mengatakan tidak!

“Okay. Tapi mummy tak janji.”

Mummy nak datang lambat pun tak apa. Asalkan mummy datang.” Aku membasahkan bibir yang kering. Jadi ini bermakna, hari Khamis ni aku kena batalkan segalanya yang membolehkan aku tidak ke sekolah Hamqa lah ye?

Aku mengangguk jugak akhirnya. “Mula jam berapa?”

“Lapan.”

“Nanti lari laju-laju okay. Biar dapat nombor satu.”


“Okay mummy.” Hamqa tabik kepadaku.