Pagi itu hujan turun dengan lebatnya sehinggakan segala aktiviti di
luar rumah terpaksa dibatalkan. Ditambah pulak hari itu adalah hari Isnin, hari
permulaan bekerja setelah dua hari bercuti hujung minggu.
“Nik, cepatlah. Nanti hujan makin lebat ni.” Jerit Daneal dari
tingkat bawah ruang tamu rumah. Semenjak lima minit yang lepas dia sudah
bersedia mahu memulakan sesi pekerjaannya.
Dan hari ini adalah hari pertama dia akan menghantar dan menjemput
Nik pulang dari tadikanya kerana kakak dan abang iparnya sudah bertolak ke
Tanah Suci Makkah untuk mengerjakan Umrah. Mereka akan berada di sana selama
sebulan dan selama sebulan inilah dia akan menguruskan segala hal yang
berkaitan anak saudaranya. Itu janjinya pada si kakak.
“Twinkle twinkle little star
How I wonder what you are..”
Daneal tersenyum dan pantas bangkit dari sofa apabila mendengar
suara Nik menyanyi kecil dari arah tangga. Seronok betul budak tu pagi ni.
“Assalamualaikum uncle.”
Nik terus berlari dan melompat di hadapan Daneal pinta didukung. Daneal yang
terkejut dengan tindakan anak saudaranya pantas menyeimbangkan badan supaya dia
tidak terjatuh.
“Haish terkejut uncle
tau..” Hidung manjung Nik dicubitnya lembut.
Nik hanya ketawa kecil. Daneal berjalan menuju ke dapur untuk bersarapan
pagi. Tiba di sana, Encik Daud dan Puan Aida sudah duduk menunggu mereka berdua
sambil berbual mesra.
“Sorry we late.” Nik
bersuara bagi pihak mereka berdua.
Daneal terus meletakkan Nik di salah sebuah kerusi yang disediakan
di tepi meja. Nik bergerak turun dan duduk di kerusi itu sementara Puan Aida
pulak terus mencedokkan nasi goreng ke pinggan cucun sulungnya.
“Neal nak nasi goreng atau roti bakar?” Tanya Puan Aida. Manakan
tidak, nasi goreng dan roti bakar adalah makanan kegemaran Daneal sewaktu
bersarapan pagi.
“Bagi Neal nasi gorenglah. Neal mungkin tak makan tengahari nanti
kot.” Ceritanya tanpa dipinta. Dan bagi mengalas perutnya yang berkemungkinan
besar tidak akan diisi tengahari nanti, dia perlu menjamah nasi untuk
menguatkan tubuhnya yang akan ke banyak tempat untuk berurusan dengan kliennya.
“Kenapa tak makan? Ummi siapkan bekal ek?”
“Tak apalah Ummi, dalam dashboard
kereta ada lagi biskut yang dua bulan lepas punya. Neal ada banyak mesyuaratlah
hari ni.” Basmalah dibaca dan terus menyuap nasi goreng menggunakan sudu yang
disediakan di tepi pinggan.
“Jadi sempat ke nak ambil Zarif balik nanti?”
“Insya Allah sempat. Neal lari sekejaplah nanti.” Suapan kedua
masuk ke dalam mulutnya sebelum di sisip air teh perlahan. Jam baru pukul tujuh
lima minit pagi. Ada lagi satu jam untuk dia sampai ke tadika Nik.
“Dah selesai. Jom uncle.”
Nik bangkit dan menghantar pinggannya ke sinki. Tangan dibasuh bersih sebelum
di lapkan menggunakan kain yang disediakan di tepi meja.
“Kenapa cepat sangat nak pergi ni?” Soal Encik Daud.
“Hujanlah Abi. Kang jammed
pulak jalan.”
Nik dan Daneal bersalaman dengan Encik Daud dan Puan Aida sebelum
melangkah ke pintu utama rumah untuk masuk ke dalam kereta.
MEERA menguap di atas katilnya. Selimut di tarik sehingga ke dada.
Mata dipejamkan rapat. Malas pulak nak bangun. Dah lah tengah hujan. Tidur
sejuk-sejuk macam ni best ooo. Dan
baru sahaja dia mahu terlelap, ketukan bertalu-talu yang datang dari pintu
biliknya membuatkan lenanya terganggu.
“Meera.. bangun sayang. Dan pukul tujuh empat lima dah ni.” Suara
Puan Mastura kedengaran. Dan serta-merta Meera terus duduk sembilan puluh
darjah apabila mendengar pukul tujuh empat lima.
Matanya membulat memandang jam dinding dihadapannya. A’ah lah, dah
pukul tujuh empat lima. Makkk! Aku dah lambat nak pergi tadika..
Terus dia menyelak selimut dan melunjurkan kaki ke lantai. Bila dia
mahu berdiri, mulutnya terus mengaduh kesakitan apabila merasakan kakinya
teramat sakit. Lantas di lihat kakinya.
“Meera!” Suara Puan Mastura kedengaran lagi bersama ketukan yang
tidak putus-putus dipintu.
“Ye bu. Meera dah bangun.” Jawabnya kuat.
Dia terus melabuhkan duduk di atas katilnya. Mengurut dada
perlahan-lahan. Kenapalah aku tak ingat yang aku cuti harini? Bukankah malam
tadi aku sudah menghubungi Kak Umi dan memberitahunya akan ketidakhadiran aku
selama seminggu ini kerana kakiku berbalut?
“Meera.. Meera.. macam manalah kau boleh lupa?” Tangan mengetuk
kepalanya yang bengong dipagi hari ini. Pagi-pagi dah buat masalah. Dan tanpa
menunggu lebih lama, dia kembali merebahkan badannya ke tilam dan bersedia
untuk menyambung tidurnya.
NIK memandang ke kiri dan ke kanannya. Mencari cikgunya yang tidak
kunjung tiba semenjak tadi. Sudah setengah jam dia bersama kawan-kawannya
menunggu cikgunya untuk memulakan sesi pembelajarannya.
Seseorang masuk dan keadaan di kelas itu terus diam membuatkan Nik
menjadi pelik. Kenapa semua kawan aku diam bila cikgu ni masuk? Tapi kenapa
cikgu ni yang masuk? Mana Kak Meera? Pelbagai persoalan bermain difikirannya.
“Assalamualaikum semua.” Luna menyapa kesemua anak murid itu
bersama wajah yang sengaja diseriuskan. Biar semua murid disini gerun
kepadanya. Rotan ditangan sentiasa ditayang-tayangkan ketika dia sedang
mengajar.
“Waalaikumussalam cikgu..” Jawab kesemuanya sambil menunduk. Tiada
seorang pun yang berani memandang wajah cikgu itu kecuali Nik yang tidak
mengenali cikgu itu. Di tadika ini, hanya Kak Meera dan Cikgu Umi sahaja yang
dikenalinya.
“Untuk seminggu ini, saya yang akan mengajar kamu semua.” Beritahu
Luna sambil matanya memandang setiap seorang murid-murid di dalam kelas ini.
Nik mengangkat tangannya untuk bertanyakan sesuatu. “Ada apa?”
Tanya Luna.
“Mana Kak Meera?”
“Kak Meera sakit. Dia cuti seminggu. Minggu depan baru dia mengajar
kamu semua.” Keterangan dari Luna membuatkan murid-murid disitu mengeluh.
Seminggulah kena menghadap muka cikgu ni.
“Kak Meera ada bagi kamu semua kerja?” Tanya Luna inginkan
kepastian. Setahunya Meera tidak memberikan apa-apa kerja untuk anak muridnya
lakukan. Oleh sebab itu dia bertanya, manalah tahu Meera menyimpan kerja itu
dalam fail mereka.
“Tak ada.” Jawab mereka serentak. Wajah masih menunduk. Baik lelaki
mahupun perempuan hanya bermain dengan jemari masing-masing.
Luna terus menyerahkan setiap murid dengan dua helai kertas untuk
mereka siapkan. “Pastikan siap sebelum balik. Kalau tak, kamu semua akan balik
lambat.” Tegas arahan dari Luna membuatkan murid-murid pantas mencapai batang
pensil untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.
UNTUK kali ketiga Daneal melihat jam di pergelangan tangannya.
Pandangannya silih berganti dengan pintu tadika Nik. Manalah anak saudara aku
ni? Dah sepuluh minit aku tunggu kat sini. Melihatkan beberapa ibu bapa yang
turun dari kereta dan masuk ke dalam tadika itu membuatkan Daneal turut mematikan
enjin kereta dan melangkah memasuki tadika itu.
“Assalamualaikum cikgu. Mana anak saya? Dah sepuluh minit saya
tunggu, tapi tak keluar-keluar pun lagi.” Daneal hanya mendengar seorang ibu
yang bertanya pada seorang guru di hadapannya.
“Maafkan saya. Anak-anak encik dan puan dari kelas Dahlia masih
belajar. Sebab tadi mereka memulakan kelas agak lambat. Mungkin mereka akan
keluar sekejap lagi.” Tenang guru itu memaklumkan membuatkan ibu bapa yang
menunggu termasuk Daneal menganggukkan kepala. Biarlah lambat sikit keluar, nak
menimba ilmu pun kan.
Tiga minit menunggu, akhirnya kumpulan murid itu keluar juga
akhirnya. Masing-masing menayangkan wajah muram membuatkan semua ibu bapa
termasuk Daneal mengerutkan dahi. Macam ada sesuatu yang berlaku di dalam
kelas.
Daneal memanggil Nik yang sedang memakaikan kasut sekolahnya yang
berwarna hitam di kerusi tidak jauh dari tempatnya menunggu. Pandangan muram
dan suram dari Nik membuatkan Daneal terus mendukungnya dan membawanya masuk ke
dalam kereta.
Enjin kereta dihidupkan dan Daneal terus memandang Nik disebelahnya
yang hanya memandang kehadapan. Kepala anak buahnya digosok perlahan. Senyuman
terukir di bibir apabila melihat wajah monyok itu.
“Kenapa ni sayang?” Tanyanya prihatin.
“Nik tak nak sekolah esok. Minggu depan baru Nik sekolah balik.”
Daneal mengerutkan dahi. Kenapa pulak ni?
“Hey, mana boleh macam tu. Nik nak pandai, kan?”
“Tak nak datang sekolah jugak. Cikgu Luna marah Nik sebab jawapan
Nik salah. Lepastu dia pukul tapak tangan Nik dua kali guna rotan, sampai merah
tangan Nik.” Cerita Nik sambil menunjukkan tapak tangannya yang jelas kelihatan
kesan rotan yang dipukul sebanyak dua kali kepada Daneal.
“Cikgu Luna marah, sebab cikgu sayangkan Nik.” Daneal menerangkan.
Sejak dari dia zaman tadika lagi Ummi dan Abi menerangkan maksud itu. Jadi,
untuk apa pergi buat tunjuk perasaan pada cikgu kalau kita dah berjaya di masa
hadapan atas jasa cikgu yang garang seperti itu?
Lainlah kalau cikgu tu terajang sampai kita jatuh berdarah barulah
kita boleh terajang cikgu tu balik!
“Tak! Cikgu Luna tak sayang Nik. Cikgu Luna pun tak sayang
kawan-kawan Nik. Dia suruh kita orang buat banyak kerja sampai lenguh tangan.
Tak nak sekolah esok..”
Daneal tersenyum. “Kalau Nik tak nak sekolah minggu ni, nanti
minggu depan naik sekolah pun Nik akan jumpa dengan Cikgu Luna kan?”
Nik menggelengkan kepalanya. Tangan pak ciknya di pegang erat.
“Cikgu Luna gantikan Kak Meera minggu ni sebab Kak Meera sakit. Minggu depan
baru Kak Meera masuk.”
Tersentak Daneal mendengar nama Meera. Meera? Nameera Qaleesha ke?
Ahh bukanlah. Ramai dalam dunia ni nama Meera, bukan? Lupakan ajelah Neal!
“Sayang, dengar cakap uncle.
Kita kalau nak pandai, tak kisahlah cikgu tu garang ke, baik ke, kita kena
tetap belajar jugak. Sebab, dengan cikgu yang garang tulah yang akan buatkan
kita cepat tangkap apa yang dia ajar. Faham, kan?” Bahu Daneal di pegang
lembut.
“Tapi, Nik tak suka Cikgu Luna.”
“Mummy Nik pesan apa?”
Tanya Daneal. Dia pernah mencuri dengar pesanan kakaknya sebelum kakaknya
bertolak ke lapangan terbang tiga hari lepas.
“Belajar bersungguh-sungguh. Dengar cakap cikgu, cakap uncle, nenek dengan atok.” Jawab Nik
perlahan.
“Hmm see.. Mummy suruh
dengar cakap cikgu, kan? Jadi, cikgu pun ada pesan kan esok datang sekolah?”
Nik mengangguk.
“Jadi, esok Nik tetap kena sekolah. Hadapi kegarangan Cikgu Luna tu
dengan tabah.” Senyuman diberikan pada Nik sebagai penguat tenaganya untuk
mengharungi kedatangan hari esok dengan cikgu singa itu.
Daneal pandang sekeliling. Kereta-kereta ibu bapa yang menunggu
tadi juga sudah tiada di tempat parking tadi. Tadika itu juga sudah mahu tutup.
Hanya tinggal kereta miliknya sahaja yang terparking disini. Perlahan dia
memakai tali pinggang dan menukar gear ke D sebelum menurunkan break tangan.
Pedal minyak di tekan dan kereta melunjur sederhana membelah jalan raya.
“Uncle, ni apa?” Tanya
Nik sambil menunjukkan sesuatu yang dijumpaninya.
Daneal memandang sekilas sebelum memandang benda itu untuk kali
kedua. Signal ke kiri di berikan dan dia berhenti di tepi jalan.
“Mana Nik jumpa?”
“Dekat bawah ni.” Sambil menunjukkan ke arah lantai kereta.
Daneal mengambil telefon yang skrinnya sudah retak menanti belah
dari tangan Nik. Dahi dikerutkan memikirkan pemilik telefon ini. Terus dia
terbayang seseorang yang pernah menumpang keretanya sebelum ini.
“Meera!” Katanya.
“Meera?” Soal Nik.
Daneal tersenyum. Meera tertinggal telefonnya disini rupanya. Macam
manalah dia boleh tertinggal? Haish..
Daneal terus pandang Nik disebelah. “Nak teman uncle tak?”
“Pergi mana?”
“Baiki telefon ni.”
“Jom. Lepastu uncle
belanja Nik aiskrim ek?”
“Ye lah. Aiskrim aje tau.” Bebel Daneal sendiri dan menggerakkan
keretanya ke kedai membaiki telefon.
“SABAR dari segi bahasa bermaksud menahan dan mencegah. Menguatkan
makna seperti ini adalah firman Allah dalam Al-Qur’an: Dan bersabarlah kamu
bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari
dengan mengharap keredhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari
mereka kerana mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini; dan janganlah kamu
mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta
menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melepasi batas. (Surah Al-Kahfi/
18 : 28)
“Perintah untuk bersabar pada ayat di atas, adalah untuk menahan
diri dari keingingan ‘keluar’ dari kemuniti orang-orang yang menyeru Rab nya
serta selalu mengharap keredhaan-Nya. Perintah sabar di atas sekaligus juga
sebagai pencegahan dari keinginan manusia yang ingin bersama dengan orang-orang
yang lalai dari mengingat Allah SWT. Sedangkan dari segi istilahnya, sabar
adalah menahan diri dari sifat kegundahan dan rasa emosi, kemudian menahan
lisan dari keluh kesah serta menahan anggota tubuh dari perbuatan yang tidak
terarah.”
Meera menganggukkan kepalanya apabila dia sedikit-sebanyak sudah
mengetahui dan memahami makna sabar dari segi bahasa mahupun istilah. Sabar
adalah keteguhan bersama Allah, menerima ujian dari-Nya dengan lapang dan tenang.
“Adik!”
Terkejut Meera apabila disergah sebegitu oleh alongnya. Nasib baik
tak terpelanting laptopnya dek
disergah. Wajah Niezam dipandang tajam.
“Sukalah terkejutkan Meera, kan?”
Niezam hanya tersengih. Dia membawa diri duduk di hadapan adiknya.
Kaki adiknya yang berbalut disentuh lembut.
“Dah nak sembuh dah ni. Esok lusa bolehlah pergi mengajar, kan?”
“Minggu depanlah. Malas pulak nak mengajar waktu terdekat ni. Rehat
dekat rumah lagi seronok.”
“Tak rindu budak-budak?”
“Rinduuu sesangat. Tapi malas nak mengajar. Tengah tunggu mood
mengajar datang lah ni.” Meera tersenyum. Laptopnya
di tukar ke mood sleep.
“Kita kena cari mood tu, dik. Bukan tunggu. Kalau tunggu, sampai
bila-bilalah takkan jumpa.”
“Ni mesti copy paste ayat
Stephen King, kan?” Tanya Meera.
“Mestilah. Ayat-ayat dia memberi along inspirasi tau.”
“Whateverlah. Tolong adik
turun bawah ek? Bosan pulak terperap dalam bilik ni.” Meera memegang lengan
alongnya. Bersedia mahu turun ke tingkat bawah.
“Banyak cantik! Kaki tu dah sembuh, kan? Turun sendiri. Along back up dari belakang.”
Meera memuncungkan mulutnya. Geramnya! Baru nak bermanja dengan
along sendiri! Jadi terpaksalah dia berdiri sendiri tanpa bantuan seorang abang
yang hanya memandangnya dari dekat.
“Sakitlah, along. Tolonglah Meera..” Rayu Meera apabila kakinya
yang berbalut sudah menjejak lantai. Padahal tidaklah sesakit mana. Hanya
mahukan belaian dari si abang. Ceh!
“Tak ada tak ada.. gerak sendiri.” Itulah kata-kata yang keluar
dari mulut alongnya membuatkan Meera terasa mahu menangis.
“Tidak ku minta lahir ke dunia, tidak ku duga cacat begini,,,”
“Tak payah nak merayu bagailah. Along tetap takkan tolong punya.
Kalau nyanyi sedap tak apalah jugak. Sekejap lagi hujan kang, along suruh adik
angkat baju kat luar.” Potong Niezam.
Meera menjegilkan matanya memandang along. Tak guna! Ishhhh,
bencinya aku! Terus dia duduk di anak tangga. Protes! Biarlah apa along nak
cakap, dia tetap nak tunjuk perasaan jugak! Grr..
No comments:
Post a Comment
Buah fikiran anda amatlah di hargai.